Anda di halaman 1dari 31

1.0 Pengenalan Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia.

Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya (Raminah Hj. Sabran, 1993). Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di sekolah. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu perlu memainkan peranan yang utama bagi memastikan murid-murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya. Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia (Melayu) sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Banyak aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran. Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis. 1.1 Sukatan Pelajaran Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Sharbi Ali, 2005) dengan jelas menyenaraikan matlamat dan objektif mata pelajaran Bahasa Melayu. Matlamat yang hendak dicapai dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan murid yang berketerampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sukatan

Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMSR) [Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), 2001] telah menjelaskan objektif pengajaran bahasa Melayu adalah untuk membolehkan kanak-kanak bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan. Oleh itu, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah menyediakan dokumen sebagai garis panduan kurikulum untuk semua sekolah dibawah KPM. Tugasan ini akan dimuatkan dengan perkara-perkara penting yang terdapat dalam sukatan pelajaran BMSR. 1.2 Huraian Sukatan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid. Huraian Sukatan Pelajaran merupakan satu cadangan dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan yang tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian Sukatan Pelajaran juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan dan harian di dalam bilik darjah. 2 .0 Sukatan Pelajaran Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan

hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. 2.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Intelek

Rohani

ILMU PENGETAHUAN AKHLAK MULIA

INSAN SEIMBANG DAN HARMONIS

TANGGUNGJAWAB DAN SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT

Jasmani

Emosi

KESELURUHAN FALSAFAH BERPAKSIKAN KETUHANAN Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Warganegara Malaysia yang baik Percaya dan patuh kepada Tuhan Berilmu Pengetahuan Berakhlak mulia Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu Unsur Intelek Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif Daya pemikiran yang logik dan analitis Ilmu yang bermanfaat Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu.

Unsur Rohani dan Emosi Keyakinan terhadap Tuhan Kepercayaan beragama Kemantapan jiwa Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat Berbudi pekerti mulia Berbakti dan berkorban

Unsur Jasmani Kecergasan fizikal dan kesihatan diri Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat.

2.2 Matlamat

MATLAMAT

Melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi

Memenuhi keperluan diri

Memperoleh ilmu

Perhubungan sosial

Urusan harian

2.3 Objektif

Mendengar dan Memahami pengucapan

Bertutur menggunakan sebutan dan intonasi

berbincang dan berkongsi pendapat

Membaca

OBJEKTIF

memupuk minat Membaca

Memperkembang kemahiran berfikir

Kemahiran menulis

menggunakan bahasa baku

menghargai dan menghayati keindahan bahasa

mengamalkan nilai murni

2.4 Organisasi Kandungan

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan focus kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis. Hasil Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.

Kemahiran bahasa

Pengisian kurikulum

ORGANISASI KANDUNGAN

Hasil Pembelajaran

Sistem bahasa

2.5 Kemahiran Bahasa

* keupayaan murid mendengar dengan teliti, kemahiran Mendengar maklum memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi dan dapat member balas

* keupayaan murid berbual untuk menjalinkan Kemahiran Bertutur sebutan sopan. hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, idea dengan dan intonasi yang betul dan

* keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi dan jeda yang Kemahiran Membaca betul. * Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan menggunakan pelbagai secara kritis dengan teknik membaca

* keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea dalam bentuk Kemahiran Menulis betul serta tulisan yang cantik dan jelas. penulisan dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang

2.6 Hasil Pembelajaran

HASIL PEMBELAJARAN

DITAFSIRKAN DARIPADA OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA

PETUNJUK TENTANG KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI OLEH MURID

MEMBANTU GURU MEMILIH KANDUNGAN, KAEDAH,SUMBER DAN PROSEDUR PENGAJARAN

DAPAT DICAPAI DENGAN MENGGABUNGJALINKAN KEMAHIRAN BAHASA, SISTEM BAHASA DAN PENGISIAN KURIKULUM

MEMBANTU GURU MEMBUAT PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENCAPAIAN MURID

2.7 Sistem Bahasa Sistem Bahasa merujuk kepada Bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa.

Kosa Kata Kosa Kata Umum Umum Istilah Istilah

Tatabahasa Tatabahasa Morfologi Morfologi Sintaksis Sintaksis

Sebutan Sebutan Bahasa Melayu baku Bahasa Melayu baku

SISTEM BAHASA SISTEM BAHASA Peribahasa Peribahasa Bahasa Kiasan Bahasa Kiasan Simpulan Bahasa Simpulan Bahasa Perumpamaan Perumpamaan Pepatah Pepatah Perbilangan Perbilangan Intonasi mengikut Intonasi mengikut pola pola Jenis ayat Jenis ayat Susunan ayat Susunan ayat Ragam ayat Ragam ayat Sistem Ejaan Sistem Ejaan Pola keselarasa vokal Pola keselarasa vokal Ejaan kata pinjaman Ejaan kata pinjaman Ejaan kata dasar dan Ejaan kata dasar dan kata pinjaman kata pinjaman

2.8 Pengisian Kurikulum Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah.

Kewarganegaraan

Ilmu PENGISIAN KURIKULUM

Nilai

Peraturan Sosiobudaya

Kemahiran Bernilai Tambah

2.8.1 Komponen Pengisian Kurikulum ELEMEN Ilmu Nilai Kewarganegaraan BIDANG Merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin yang dapat digunakan untuk memperkembang ilmu Penyerapan nilai murni untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia Membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia Pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air Melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa Peraturan Sosiobudaya Kemahiran Bernilai Tambah dan Negara Kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia Mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. a) Kemahiran Berfikir Memerlukan pemikiran kritis dan kreatif Dapat menggunakan computer untuk tujuan komunikasi Menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian c) Kemahiran Belajar Cara Belajar Peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan Membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi duni yang sering berubah dan mengamalkan pembelajaran seumur hiidup b) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

d) Kajian Masa Depan Mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan e) Kecerdasan Pelbagai Merangkumi verbal-linguistik, logic-matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal dan naturalis f) Pembelajaran Konstruktivisme Membina pemahaman dan pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada g) Pembelajaran Kontekstual Mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan

2. 9 Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Kemahiran mendengar dan bertutur merujuk kepada keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan ditutur dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada perbualan harian atau situasi formal. Kemahiran ini bertujuan untuk menimbulkan kemesraan dan mengeratkan persahabatan serta dapat membincangkan topik yang mencabar. Semua perbualan harus mengambil kira aspek sosiobudaya dan tatasusila untuk menjamin kesejahteraan hubungan.

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Berbual dalam situasi formal dan tidak formal Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik dan berkesan Berbincang tentang tajuk-tajuk relevan secara bertatasusila

2.10 Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca merupakan kebolehan murid membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancer serta memahami bahan yang dibaca. Penekanan diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis. Hasil Pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah membaca kuat, memahami maklumat, menaakul dan menghayati teks.

KEMAHIRAN MEMBACA

Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai

Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks

Membaca, menaakul dan menghayati teks yang dibaca

2.11 Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. Hasil Pembelajaran bagi Kemahiran Menulis ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif dan membuat ulasan.

KEMAHIRAN MENULIS

Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan

Mencatat dan menyusun maklumat

Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton atau dibaca

3.0 Huraian Sukatan Pelajaran

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah merangkumi kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis. Penumpuan pada kemahiran-kemahiran ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, huraian sukatan pembelajaran telah digubal bertujuan untuk memberi panduan dan membantu para guru dalam melaksanakan pembelajaran yang berkesan. 3.1 Matlamat

Keperluan diri Keperluan diri

Urusan harian Urusan harian

MATLAMAT MATLAMAT -melengkapkan murid -melengkapkan murid dengan ketrampilan dengan ketrampilan berbahasa dan berbahasa dan berkomunikasi berkomunikasi

Memperoleh ilmu Memperoleh ilmu

Perhubungan sosial Perhubungan sosial 3.2 H a s i l P e m b e l a j a r a n

Kemahiran Bahasa Mendengar dan bertutur

Hasil Pembelajaran 1.0 2.0 3.0 4.0

Kemahiran Berbahasa 1.1, 1.2, 1.3,1.4, 1.5, 1.6 2.1, 2.2 3.1, 3.2, 3.3 4.1, 4.2, 4.3, 4.4 5.1, 5.2 6.1, 6.2, 6.3, 6.4, 6.5, 6.6 7.1, 7.2, 7.3 8.1, 8.2, 8.3, 8.4, 8.5, 8.6 9.1, 9.2, 9.3 10.1, 10.2, 10.3 11.1, 11.2,11.3, 11.4

Membaca

5.0 6.0 7.0

Menulis

8.0 9.0 10.0 11.0

3.3 Huraian Hasil Pembelajaran

Huraian Hasil Pembeljaran dalam lajur kedua menyatakan secara jelas aras kemahiran yang perlu dicapai oleh murid mengikut tahap keupayaan dan kemajuan mereka sama ada pada Aras 1, Aras 2 atau Aras 3. Aras 1 ialah aras yang paling asas yang harus dicapai oleh semua murid. Kandungan kurikulum bagi aras ini adalah yang paling minimum yang harus dikuasai oleh semua murid. Aras 2 ialah aras bagi murid yang berpencapaian sederhana manakala Aras 3 ialah aras yang paling tinggi sekali bagi murid yang cemerlang. Pemeringkatan berdasarkan aras ini sejajar dengan pembelajaran masteri dan membolehkan murid yang cemerlang terus maju tanpa mengabaikan murid yang berpencapaian rendah. Apabila murid berupaya mencapai Aras 1, maka mereka boleh meneruskan pembelajaran ke Aras 2 dan seterusnya ke Aras 3. Sekiranya seseorang murid masih tidak berupaya mencapai Aras 1, maka guru hendaklah melatih dan membimbing murid tersebut sehingga mereka berjaya menguasai aras tersebut. Penilaian terhadap pencapaian murid bagi setiap aras perlu dilaksanakan untuk mengenalpasti sama ada murid perlu dibimbing atau boleh beralih ke pelajaran seterusnya.

ARAS 3 ARAS 2

ARAS 1

3.4 Cadangan Aktiviti

Cadangan aktiviti / nota dalam lajur ketiga mengandungi cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu belajar di bilik darjah. Cadangan tersebut disesuaikan dengan Huraian Hasil Pembelajaran serta mengambil kira elemen yang terkandung dalam pengisian kurikulum, contohnya kemahiran meramal dan membuat pilihan menggunakan kajian masa atau mengaplikasikan jenis kecerdasan pelbagai yang unik bagi seseorang murid. Semua cadangan ini hanyalah sebagai panduan untuk guru. Guru boleh mengubahsuai atau memilih teknik atau aktiviti lain yang sesuai dengan kebolehan murid.

4.0 Konsep 5P

Konsep 5P merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah. Konsep 5P merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak secara berasingan. Konsep 5P menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan pemulihan.

Penggabungjalinan Penggabungjalinan

Penilaian Penilaian

Penyerapan Penyerapan

5P 5P

Pemulihan Pemulihan

Pengayaan Pengayaan

4.1 Penggabungjalinan

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. TUJUAN Kemahiran dapat dikuasai serentak Pengajaran lebih menarik dan berkesan Berpeluang menggunakan kemahiran secara semulajadi Melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar PRINSIP Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai Guru mesti tahu kemahiran yang ingin digabungjalinkan Kemahiran focus dan sampingan hendaklah dirancang Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar BENTUK PENGGABUNGJALINAN Kemahiran -kemahiran bahasa -lebih daripada satu mata pelajaran Bahan -bahan utama dan bahan sokongan Aktiviti -sekurangkurangnya 2 atau lebih aktiviti

4.2 Penyerapan

Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.

TUJUAN PENYERAPAN

Menambahkan kefahaman dan kemahiran

Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan

Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati

Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu

Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif dan positif

Membantu murid menguasai pengetahuan

Memahami,menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai dengan perkembangan diri

Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima masyarakat

5 Unsur Penyerapan

Kemahiran Bernilai Tambah Peraturan Sosio-budaya


kewarganegaraan

Nilai Murni Ilmu

Terdapat 17 nilai murni yang perlu diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu: NILAI 1. Baik hati CONTOH Belas kasihan Bertimbang rasa Murah hati Saling memahami 2. Berdikari Sedia memaafkan Bertanggungjawab Tidak boleh berharap atau bergantung kepada orang lain Jaya diri 3. Berhemah tinggi Yakin kepada diri sendiri Kesopanan Mengaku kesalahan sendiri Ramah mesra Hormat kepada ibu bapa 4. Hormat -menghormati Hormat kepada orang yang lebih tua Taat kepada raja dan Negara Hormat kepada hak asasi 5. Kasih sayang Sayang kepada nyawa Sayang kepada alam sekeliling Cinta kepada Negara Cinta kepada keamanan dan 6. Keadilan 7. Kebebasan 8. Keberanian keharmonian Bertindak adil Sentiasa saksama Kebebasan di sisi undang-undang Kebebasan dalam system demokrasi Berani dengan tidak membuta tuli Berani kerana benar

Berani mempertahankan kebenaran 9. Kebersihan fizikal dan mental Berani bertanggungjawab Kebersihan diri Kebersihan persekitaran 10.Kejujuran Pertuturan dan kelakuan yang sopan Amanah Bercakap benar 11.Kerajinan Ikhlas Cekal Daya usaha Dedikasi Gigih 12.Kerjasama Tekun Persaudaraan Tanggungjawab bersama Gotong-royong Toleransi Kebaikan bersama 13.Kesederhanaan Perpaduan Sederhana dalam meningkatkan kepentingan diri dan orang lain Tidak keterlaluan dalam pertuturan 14.Kesyukuran dan tingkah laku Berterima kasih Mengenang budi Menghargai 15.Rasional Boleh membuat pertimbangan Boleh membuat penaakulan 16.Semangat bermasyarakat Berfikiran logik dan terbuka Bermuafakat Kejiranan Peka kepada isu-isu sosial dan masyarakat

17.Semangat kewarganegaraan

Berbangga menjadi rakyat Malaysia Semangat patriotik Berusaha dan produktif

4.3 Pengayaan Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembeljaran yang menarik dan mencabar untuk member peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti dan semangat kepimpinan. Aktiviti

pengayaan berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas.

Memperluas pengalaman dan pengetahuan

Berminat untuk belajar sendiri dan berdikari OBJEKTIF PENGAYAAN

Aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar

Meminati dan menguasai bacaan luas

Melahirkan daya cipta dan kebolehan

4.4 Pemulihan Pemulihan dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Merupakan langkah khas yang guru lakukan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai

kemahiran asas membaca, menulis dan mengira supaya jurang perbezaan dengan murid lain dapat dikurangkan.

OBJEKTIF PEMULIHAN

Menguasai kemahiran tertentu

Mendapat peluang yang sama

Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai Mengurangkan masalah melalui bantuan guru Mengembangkan potensi dan minat dalam pelajaran

Membina, memperoleh dan mengembangkan sikap Meneruskan pelajaran bersesuaian dengan keperluan masing-masing

4.5 Penilaian Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang sistematik untuk memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Ia juga merupakan satu proses

untuk menguji,mengukur dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian

Pemulihan

Pengayaan

Penilaian Konsep Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Anda mungkin juga menyukai