Anda di halaman 1dari 2

PPIK 1: UNTUK MENYIASAT PERUBAHAN TENAGA AKTIVITI i ii Buka lampu meja Menyalakan lilin PERUBAHAN TENAGA Tenaga elektrik

Tenaga cahaya Tenaga kimia Tenaga cahaya + tenaga haba Tenaga solar Tenaga elektrik +tenaga cahaya

iii

Menghidupkan kalkulator solar

iv

Memasukkan dua bateri pada Tenaga kimia Tenaga elektrik + tenaga kereta mainan dan hidupkannya kinetik Meregang gelang getah Tenaga keupayaan Tenaga kinetik + tenaga keupayaan elastik Tenaga elektrik tenaga bunyi

vi

Memerhati telefon yang berdering

Di akhir aktiviti jawab soalan yang berikut: 1. Apakah yang anda telah pelajari daripada aktiviti ini? Dalam aktiviti ini, saya telah mempelajari mengenai pelbagai jenis tenaga yang wujud seperti tenaga elektrik, kinetik, keupayaan dan sebagainya dan saya juga dapat mengetahui bahawa setiap benda yang ada di bumi akan mengalami perubahan tenaga dan ia tidak akan hilang begitu sahaja. 2. Dimanakah bahagian kurikulum sekolah rendah tajuk ini diajar? Sains Tahun 5, Menyiasat Alam Fizikal, Bidang Pembelajaran: Tenaga. 3. Bincangkan bagaimana kamu boleh menggunakan aktiviti ini untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran? Saya boleh memberikan kerja rumah kepada murid saya untuk menguji kefahaman mereka mengenai topik ini dan memberikan lembaran kerja untuk mereka catatkan. Selain itu, saya juga boleh mengetahui tahap pencapaian murid yang sebenarnya dan dapat membantu saya untuk mengenalpasti murid yang manakah yang mempunyai salah tanggapan atau kekeliruan. Oleh itu saya boleh membetulkan kembali kesalahan mereka untuk tujuan penambahbaikan. Selain itu, saya juga boleh menggunakan aktiviti ini didalam kelas bertujuan untuk menarik perhatian murid serta untuk mengelakkan rasa bosan. Disamping itu, mereka juga diberi peluang untuk melihat secara terus kerana menggunakan

bahan konkrit. Melalui aktiviti ini pelajar akan mengingati sesuatu perkara dalam masa yang lebih lama kerana mereka akan melakukannya 4. Apakah peranan guru dalam aktiviti ini? Guru sebagai fasilitator yang mana guru hanya memberikan arahan kepada murid untuk menjalankan aktiviti ini dalam kumpulan yang ditetapkan. Guru akan memantau setiap kumpulan samada mereka melakukan aktiviti ini dengan cara yang betul atau tidak. Guru akan menjawab sebarang kemusykilan jika murid bertanya. 5. Apakah kesukaran atau salah tanggapan murid dalam mempelajari peubahan tenaga? Antara kesukaran yang dihadapi oleh murid adalah murid tidak dapat melihat tenaga secara konkrit. Sebagai contoh dalam bateri terdapat tenaga kimia. Jika guru gagal menerangkan mengapa bateri dikatakan tenaga kimia maka salah tanggapan akan terus berlaku. Selain daripada itu, terdapat juga murid menyangkakan bahawa tenaga yang kita gunakan akan terus hilang namun pada hakikatnya tenaga itu akan berubah kepada bentuk yang lain. Selain daripada itu, murid juga merasakan bahawa apabila objek yang tidak bergerak tidak mempunyai tenaga tetapi pada hakikatnya ia masih mempunyai tenaga iaitu tenaga keupayaan 6. Sebagai seorang guru, bagaimana kamu boleh membantu murid untuk mengatasi kesukaran dan salah tanggapan? Untuk mengatasi permasalahan iniialah guru mesti menerangkan konsep sebenar dengan jelas dengan bantuan beberapa alat bahan bantu mengajar. Selain itu, guru juga perlu membuat lebih banyak aktiviti secara praktikal dan memberi peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti dengan sendiri tanpa mengharapkan guru supaya mereka boleh belajar melalui pengalaman. Menayangkan video juga dapat membantu murid supaya murid boleh melihat dengan lebih jelas apa yang dipelajari oleh mereka. Memberi latihan sehingga murid itu berjaya memahami konsep yang sebenar.