Anda di halaman 1dari 1

Saya setuju pendapat cikgu.

Kanak-kanak mempunyai daya kreativiti yang semula jadi dan menghasilkan sesuatu yang baru berdasarkan pemerhatian mereka. Seorang kanak-kanak yang kreatif akan dapat memikirkan sesuatu yang baru dan dihasilkan berdasarkan imaginasi mereka. Jika kanak-kanak ini diberikan sebatang pensel dan sehelai kertas dan dikehendaki melukis kenderaan akan datang, pasti kita akan dapat melihat pelbagai jenis kenderaan yang berbeza. Ini kerana kreativiti kanak-kanak tidak sama dan mereka mempunyai idea dan pendapat yang tersendiri.

Unit ukuran digunakan sebagai faktor untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat. Ia telah digunakan zaman dahulu lagi tetapi tidak mempunyai unit yang seragam seperi hari ini. Pada zaman dahulu manusia menggunakan matahari, bulan, planet-planet dan bintang-bintang sebagai rujukan untuk mengukur masa. Selain itu pemburu-pemburu zaman ais di Eropah telah menggores dan membuat lubang pada tulang-tulang bintang dan kayu-kayu untuk mengira hari. Jam pasir juga telah digunakan pada zaman dahulu. Pada hari ini sekarang manusia telah menggunakan jam sebagai alat untuk mengukur masa yang lebih tepat. Beribu tahun yang lalu, manusia menggunakan anggota badan mereka seperti tangan, kaki atau jari untuk mengukur panjang. Setiap orang pada masa itu mengukur mengikut cara mereka sendiri tanpa ada ukuran yang seragam. Ukuran yang melibatkan anggota badan seperti depa, langkah dan jengkal. Pada masa kini jika hendak mengukur panjang ada pelbagai alat seperi pembaris, pita pengukur dan sebagainya. Alat ini menggunakan unit yang seragam supaya dapat mengukur dengan tepat dan sama panjangnya. Bagi mengukur berat, manusia zaman dahulu menggunakan binatang dan barang dagangan. Sukatan yang digunakan zaman dahulu ialah tahil, kati, cupak, gantang dan mayam. Selain itu dacing dan pikul digunakan untuk menimbang emas, perak, bijih timah dan rempah. Pada zaman ini alat penimbang digunakan untuk menimbang berat dan unit yang biasa digunakan ialah gram dan kilogram. Pada zaman dahulu, unit isi padu adalah mengikut nama-nama bekas yang standard. Unit gelen telah digunakan untuk unit isi padu cecair. Jika isi padu cecair yang lebih besar, ia diukur dengan menggunakan tong, hogsheads atau bekas lain dengan unit wain. Pada masa sekarang, unit isi padu yang digunakan ialah liter dan mililiter. Berbagai-bagai alat digunakan untuk menyukat cecair seperti buret, pipet dan silinder penyukat dan menggunakan unit yang seragam. Oleh itu semakin maju kehidupan manusia maka pelbagai alat telah direka untuk memudahkan kehidupan manusia yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai