Anda di halaman 1dari 9

Kerajaan Bani Abbasiyyah (Arab: al-Abbsidn) ialah nama yang diberi bagi Khalifah Baghdad iaitu empayar kedua

a Islam selepas penyingkiran pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun 750 selepas mereka berjaya mengalahkan tentera Ummaiyyah dalam medan peperangan. Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258 selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol menghancurkan Baghdad. Riwayat hidup Beliau adalah anak kepada Khalifah Muhammad Al Mahdi. Dilahirkan pada tahun 145H, di Raiy. Pernah menjadi penglima perang menyerang Rom semasa ayahnya menjadi gebenor di Afrika Utara. Peribadi Seorang yang gagah berani. Seorang yang cederong dalam hal ugama Sentiasa mengambil berat dalam kerja-kerja pemerintahannya. Bijak berpolitik dan cekap. Beliau melazimi sembahyang tiap-tiap hari seratus rakaat hinggalah ke masa beliau meninggal dunia kecuali keuzuran. Pemurah dan bertimbang rasa dengan orang-orang miskin. Gemar mendengar nasihat orang-orang bijak pandai. Berfikir luas dan tegas. Mengerjakan Haji sebanyak 9 kali semasa hidupnya. Dilantik menjadi Putera Mahkota pada tahun 166H. Menjadi Khalifah pada tahun 170H. Ketika itu beliau berusia 25 tahun. Wafat pada tahun 193 Hijrah di Tus (Tours).Dan memerintah selama 23 tahun

Pemurah dan dermawan. Suka menikmati Syaer dan Qasidah. Cintakan ilmu pengetahuan dan menghormati alim ulama Mengambil berat hal rakyat. Keadaan Negara dalam masa pemerintahannya 1- Keadaan aman dan tenteram kerana banyak pemberontakan dapat dihapuskan . 2- Negara berada dalam keadaan yang kuat dan teguh sehinga disegani oleh Negara-negara lain yang bersedia menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Abbasiah. 3- Ekonomi Negara teguh dan maju. Baghdad telah muncul sebagai pusat perdagangan yang terkemuka. 4- Baghdad muncul sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan. Ramai penuntut dari luar negeri mengunjungi Baghdad bukan sahaja untuk mempelajari ilmu-ilmu tafsir dan hadis, malah ilmu perubatan, matematik, falak dan sebagainya. 5- Di dalam Negara terdapat ramai cendekiawan dalam berbagai-bagai bidang seperti penulis kesusasteraan. Para cendekiawan mendapat kedudukan istimewa dan penghormatan yang tinggi daripada para pemerintah. Perkembangan Ilmu Pengetahuan / Kegiatan Intelekual Seperti yang sudah diketahui bahawa pengasas dalam bidang ilmu pengetahuan ini ialah Khalifah Abu Jaafar Al Mansur, kemudian disambung lagi oleh Khalifah Harun Al Rashid dan seterusnya Khalifah Al Makmun. Di zaman pemerintahan Al Makmun, perkembangan ilmu pengetahuan ini telah mencapai kepada kemuncak kejayaan.

Di zaman Khalifah Al Makmun jugalah Kota Bagdad menjadi pusat tumpuan pengkajian ilmu pengetahuan. Ahli-ahli bijak pandai dibawa masuk ke kota Bagdad bagi tujuan memperkembangkan ilmu pengetahuan serta pengusahaan dalam penterjemahan buku-buku asing dimulakan. Hasil dari usaha tersebut, maka telah terkumpul dan terbitlah ilmu Al Kimia, Astronomi, Mathematics, Geography, Falsafah, Lojik, Ilmu Bahasa dan perubatan serta Sains. Di samping itu, kecerdasan intelektual di zaman Kerajaan Bani Abbasiyah ini juga telah melahirkan tokoh-tokoh ilmu pengetahuan yang masyhur, sehinggakan sumbangan mereka tersebut dapat diwarisi hingga ke hari ini. Di antara tokoh-tokoh tersebut ialah: a) Jabir bin Hayyan (776M) iaitu tokoh dalam bidang ilmu Al Kimia (Alchemy). b) Abu Yusof Yakob bin Ishak Al Kundi (810-873M) iaitu tokoh dalam bidang Falsafah. Di samping itu beliau juga bijak dalam ilmu Kedoktoran dan Muzik. c)Muhammad bin musa Al Khawarizimi (108-850M) iaitu tokoh dalam bidang Ilmu Hisab. d)Abu Jaafar Muhammad bin Jarir Al Tabari (839-923M) iaitu tokoh dalam bidang ilmu Sejarah. e)Muhammad bin Ismail Al Bukhari yakni Imam Bukhari (810-870M) adalah tokoh dalam meriwayat dan mengumpulkan Hadis-Hadis Nabi S.A.W. f) Imam Abu Hanafiah Al Nukman bin Thabit iaitu pelopor Mazhab Hanafi adalah tokoh dalam bidang ilmu Fiqih. g)Abu Nawas (810M) Abu Tamman (854) dan Al Bahtari (820-897M) adalah tokoh dalam bidang Kesusasteraan.

PERKEMBANGAN ILMU PADA ZAMAN KHILAFAH ISLAM ABBASIYAH Banyak golongan-golongan pemikir lahir semasa zaman ini, ramai diantara mereka ialah bukan Islam dan bukan Arab Muslim. Mereka ini memainkan peranan yang penting dalam menterjemahkan dan mengembangkan karya Greek dan Hindu, dan ilmu zaman pra-Islam kepada

masyarakat Kristian Eropah. Sumbangan mereka ini menyebabkan seorang ahli falsafah Greek iaitu Aristotle terkenal di Eropah. Tambahan pula, pada zaman ini menyaksikan penemuan semula ilmu geografi, matematik, dan astronomi seperti Euclid dan Claudius Ptolemy. Ilmu-ilmu ini

kemudiannya diperbaiki lagi oleh beberapa tokoh Islam seperti Al-Biruni dan sebagainya. Zaman ini juga menyaksikan lahir sarjana-sarjana Islam terkenal seperti Ibnu Sina, Al-Khindi, alFarabi dan sebagainya. Sarjana-sarjana Islam ini meningkatkan lagi pencapaian Islam dalam bidang perubatan melalui pengetahuan yang diwarisi daripada Zaman Yunani yang diserap dan digabung dengan kajian yang mereka lakukan. Avicenna telah mengenal pasti sifat berjangkit pada penyakit batuk kering, menggambarkan pleurisy, dan pelbagai jenis penyakit saraf yang lain. Beliau turut menjelaskan bahawa penyakit boleh tersebar dengan pencemaran air dan tanah. Kitab perubatannya yang paling utama 'Canon of medicine' telah diterima pakai di Europah sebagai buku teks rasmi sehingga abad ke tujuh belas. Rhazes (865-925) merupakan pakar perubatan klinikal pada zaman medieval. Pencapaiannya yang utama adalah jumpaan mengenai perbezaan antara measles dan smallpox. Pakar sains Islam yang lain telah mengetahui mengenai kebaikan penyucian (cauterization), dan agen jangkitan (styptic), mengenal pasti barah perut, memberikan penawar racun, dan mencapai kemajuan cemerlang dalam merawat penyakit mata. Selain itu mereka mengenal pasti ciri-ciri jangkitan wabak bubonic, dengan menyatakan bahawa ia boleh disebarkan melalui pakaian. ILMU HADIS Diantara tokoh yang terkenal di bidang ini adalah Imam Bukhari, hasil karyanya yaitu kitab al-Jami alShahih al-Bukhari. Imam Muslim hasil karyanya iaitu kitab al-Jami Al-shahih Al-muslim, Ibnu majjah, Abu Daud, At-Tirmidzi dan Al-Nasai.

ILMU TAFSIR Pada masa ini ilmu Tafsir menjadi ilmu yang terpisah dari ilmu Hadits. Buku tafsir lengkap dari al-Ftihah sampai al-Ns juga mulai disusun. Menurut catatan Ibn al-Nadm yang pertama kali melakukan penyusunan tafsir lengkap tersebut adalah Yahya bin Ziyd al-Daylamy atau yang lebih dikenal dengan sebutan Al-Farr. Terdapat dua cara yang ditempuh oleh para mufassir dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran. Pertama, kaedah tafsir bil matsur iaitu kaedah penafsiran oleh sekelompok mufassir dengan cara member penafsiran al-Quran dengan hadits dan penjelasan para sahabat. Kedua, kaedah tafsir bi al-rayi yaitu penafsiran al-Quran dengan menggunakan akal lebih banyak dari pada hadits. Diantara tokoh-tokoh mufassir adalah imam al-Thabary, Al-Suda Muqatil bin Sulaiman.

ILMU PERUBATAN Dalam bidang perubatan ini, ianya dimainkan peranan oleh Umak-ulamak Jundishapur iaitu akedemik Falsafah dan Perubatan yang telah diasaskan oleh Maharaja Shapur pada tahun 555M di bandaraya Farsi. Di masa pemerintahan Abu Jaafar, beliau telah melantik Jurjis bin Bakhtishu menjadi tabib peribadinya. Ini adalah oleh kerana Jurjis telah merawat beliau semasa sakit perut sehinggalah beliau sembuh. Dalam masa pemerintahan Khalifah Harun Al Rashid pula Jurjis bin Bakhtishu telah dilantik menjadi ketua perubatan di rumah sakit Baghdad. Sementara di zaman Khalifah Al Makmun iaitu pada tahun 830M, beliau telah mengasaskan Baitul Hikmah di Baghdad, yang mana telah menghasilkan terjemahan buku-buku dan naskah-naskah Gerik dalam ilmu perubatan yang dicipta oleh Galen, termasuklah juga Ilmu Mathematics dan Sains yang dicipta oleh Euclid dan Ptoiemy.

SUMBANGAN ISLAM DALAM PERUBATAN Tidak dinafikan tokoh-tokoh perubatan Islam banyak menyumbangkan ilmu perubatan mereka kepada dunia perubatan. Kejayaan mereka telah mendapat penghargaaan yang tinggi di kalangan pengarang dunia Barat. Oftalmologi merupakan sumbangan yang terkemuka dalam perubatan Islam. Istilah-istilah seperti retina dan katarak yang digunakan dalam oftalmologi sekarang adalah berasal dari orang Arab.

Orang Arab juga telah membuat sumbangan yang penting terhadap beberapa jenis penyakit mata dan rawatannya. Satu keadaan yang dinamakanPannus terdapat dalam penyakit Trakoma telah dijelaskan oleh orang Arab. Glaukoma merupakan suatu keadaan peningkatan tekanan dalam bebola mata telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh orang Arab. Sumbangan tamadun Islam terhadap farmasi, farmakologi fan farmakognosi masih ketara hingga kini. Materia media penulisan orang Islam masih lagi digunakan di Afrika Utara, India, Pakistan, Bangladesh dan beberapa negara lain di Asia. Secara umumnya tokoh-tokoh Islam telah menghasilkan tiga prinsip penting. Dalam bidang kimia ubat dan alkemi, tokoh-tokoh Islam telah memperkenalkan kepada dunia betapa pentingnya kejituan pemerhatian, kawalan percubaan dan penyimpanan rekod. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip ini masyarakat Islam telah merangsang dan menggalakkan pertumbuhan serta perkembangan kimia di Eropah. Orang Islam buat pertama kalinya telah menubuhkan kedai apotekari dan dispensari yang mempelopori pusat pengajian farmasi. Umat Islam merupakan masyarakat yang pertama sekali melaksanakan pengawalan etik farmasi melalui undang-undang pemeriksaan. Formulasi farmaseutikal terkawal telah diterbitkan oleh umat Islam dan menggariskan secara rasmi penyediaan dan penyimpanan ubat. Di samping itu pelbagai bentuk dos ubat telah dikemukakan oleh tamadun Islam. Diantaranya ialah dalam bentuk salap, serbuk, minyak, pes, pil tablet, rebusan, sirap dan lain-lain. Selain cara-cara membuat ubat, umat Islam adalah umat yang pertama sekali melaksanakan kawalan mutu ke atas hasilnya. Seorang pegawai khas akan dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan pengawalan mutu.

TOKOH-TOKOH DALAM PERUBATAN ISLAM HUNAYN IBNU ISHAQ Beliau merupakan seorang pengamal perubatan dan penterjemah yang terkenal. Beliau juga dikenali sebagai Joannitius yang dilahirkan di Hirah (Iraq) dan mempelajari ilmu perubatan di Baghdad. Khalifah al-Mamun (813-833 M ) melantik beliau menjadi pengarah Institut al-Hikmah. Semasa pemerintahan Khalifah al-Mutawakil (847-861 M) beliau dilantik sebagai doktor istana.

Hunayn Ibnu Ishaq telah berjaya menterjemah buku Materia Medika oleh Dioscorides, Aphorisma oleh Hippocrates dan hampir semua karya Galen. Terjemahan buku-buku ini ke dalam bahasa Arab adalah sangat berguna untuk pendidikan perubatan asas.

ABU ALI HUSSAIN IBNU ABDULLAH IBNU SINA Ibnu Sina atau lebih dikenali sebagai Avicenna dikalangan orang Barat merupakan seorang tokoh politik dan perubatan, falsafah dan fiologis yang terkenal di dunia. Beliau dilahirkan di Isfahan. Pada masa kecil lagi Ibnu Sina mempelajari bahasa Parsi dan Arab. Semasa berumur sepuluh tahun, beliau telah menghafal Al-Quran dan mula mempelajari ilmu perubatan ketika berumur enam belas tahun. Dua tahun kemudian, beliau menjadi terkenal apabila beliau dapat menyembuhkan sultan setelah doktordoktor yang berpengalaman gagal. Beliau selepas itu telah dilantik menjadi doktor istana. Dengan itu beliau telah mendapat peluang keemasan kerana beliau telah diberi kebebasan menggunakan perpustakaan istana yang sangat kaya dengan pelbagai jenis buku. Beliau menghasilkan buku yang pertama ketika berumur dua puluh satu tahun. Sepanjang hayat Ibnu Sina, beliau telah menulis sebanyak 456 buah buku. Karyanya yang paling masyhur dalam bidang perubatan ialah Al-Qanun fi Al-Tibb. Ia dijadikan sebagai buku teks perubatan di negara Islam dan Eropah selama 600 tahun. Ibnu Sina telah dapat membincangkan penyakit - penyakit seperti tetanus, pleuritis, antraks dan diabetes dengan tepat. Beliau juga memberi gambaran klinikal yang tepat mengenai meningtis dan diagnosis. Sumbangan beliau terhadap bidang farmasi juga tidak kurang pentingnya. Dalam bukunya beliau telah membincangkan tentang proses penyediaan ubat . Beliau menyenaraikan pelbagai jenis ubat seperti antidot, pes, preservatif, jem, lozeng, pil, minyak , salap dan infusi. Beliau juga menyentuh mengenai kepentingan dos. Sumbangan ini telah menggalakkan pertumbuhan sejarah farmasi dengan secara langsung. Ramai lagi tokoh Islam dalam perubatan yang muncul selepas Ibnu Sina. Sumbangan mereka terhadap perubatan moden tidak boleh diperkecilkan. Boleh dikatakan asas ilmu perubatan moden sekarang berasal dari konsep-konsep yang ditimbulkan oleh pakar-pakar perubatan Islam. Tanpa sumbangan ini peruabatan moden tidaklah semaju sekarang. Malangnya, selepas keruntuhan kota Baghdad telah menyebabkan ilmu-ilmu yang dikumpulkan oleh orang-orang Islam terhapus. Orang-orang Barat telah

mengambil langkah yang kejam seperti memusnahkan buku-buku hasil karya Islam setelah mereka menguasainya.

ILMU MATEMATIK Pada zaman ini muncul beberapa formula matematik yang baru iaitu trigonometri, algebra, geometry dan logarithm. Sistem angka juga diperkenalkan dalam abjad abjad Arab. Tokoh yang terkenal ialah AlKhawarizmi yang merantau ke India untuk mempelajari Ilmu Matematik. Beliau juga mahir dalam ilmu falak dan geografi. Pencapaian teragung pakar sains Islam adalah menggabungkan geometri Yunani dengan sistem nombor hindu. Dengan pengenalan nombor sifar (0), pakar matematik Islam telah berjaya mengembangkan pengiraan berasaskan sistem perpuluhan dan memajukan algebra. Dengan asas geometri Yunani kepada rujukan pergerakan bintang-bintang, pakar matematik Islam mencapai kemajuan pesat dalam trigometri sphere. Dengan itu mereka menyatukan dan memajukan kesemua bidang pengatahuan methematik. ILMU KIMIA Ahli kimia Islam turut mengatasi alkhemi, rekaan Yunani Hellenistik, sistem kepercayaan bahawa kesemua logam pada asasnya adalah sama, dengan itu logam asas boleh ditukarkan kepada emas sekiranya perkakasan yang betul (batu falsafah) dapat dijumpai. Hasil ujian pakar kimia Islam, sesetengahnya menolak teori penukaran logam sepenuhnya. Selain itu,mereka turut menjumpai pelbagai jenis unsur dan sebatian baru, antara lain soda karbonat, tawas, borax, silver nitrat (larutan ion perak), saltpeter, nitrik dan asid sulfrik. Selain itu,ahli sains Islam merupakan yang pertama menggambarkan proses kimia penyulingan, penapisan dan sublimation.

ILMU PEMBUATAN KERTAS Di samping kemajuan beberapa disiplin ilmu sains sebagaimana yang telah dipaparkan di atas umat Islam Era Abbasiyah juga mengalami kemajuan ilmu dibidang ilmu lainnya seperti biologi, geografi, arkitek dan lain-lain.

Era Keemasan Dinasti Abbasiyah juga mencatat penemuan-penemuan dan inovasi penting yang sangat bererti bagi manusia. Salah satu diantaranya adalah pengembangan teknologi pembuatan kertas. Kertas yang pertama kali ditemukan dan digunakan dengan sangat terbatas oleh bangsa China Berjaya dikembangkan oleh umat Muslim Era Abbasiyah, setelah teknologi pembuatannya dipelajari melalui para tawanan perang dari Cina yang berhasil ditangkap setelah meletusnya Perang Talas. Setelah itu kaum Muslim berhasil mengembangkan teknologi pembuatan kertas tersebut dan mendirikan pabrik kertas di Samarkand dan Baghdad. Hingga pada tahun 900 M di Baghdad terdapat ratusan percetakan yang mempekerjakan para tukang tulis dan penjilid untuk membuat buku. Perpustakaan-perpustakaan umum saat itu mulai bermunculan, termasuk perpustakaan peminjaman buku pertama sepanjang sejarah. Dari Baghdad teknologi pembuatan kertas kemuddian menyebar hingga Fez dan ahirnya masuk ke Eropa melalui Andalusia pada abad 13M.

ILMU ASTROLOGI Ilmu astrologi adalah ilmu yang baru pada zaman ini. Ilmu adalah berkait dengan keadaan bumi, jarak bumi, mengukur jarak antara bumi dan matahari. Ilmu ini turut dikenali ilmu kaji bintang dimana jadual pergerakan bulan dan bintang turut direkodkan. Daripada ilmu ini, manusia dapat memahami sistem geologi bumi serta pengaruh bulan terhadap pertukaran musim. Tokoh yang terlibat ialah Jabir AlBattani(929 M), Abu Rayhan Al-Biruni (1048M) serta Nasir Al-Din Al Tusi (1274M)

ILMU PERDAGANGAN Dalam bidang perdagangan, perkembangan perdagangan tidak mungkin wujud tanpa perkembang perindustrian. Hampir setiap negeri mempunyai pengilangan sesuatu yang khusus, Mosul di Syria merupakn pusat kapas, dan kain; Baghdad khusus dalam penghasilan barangan kaca, perhiasan, barangan tembikar, dan sutera, Morocco dalam penghasilan barangan kulit, Toledo di Sepanyol bagi penghasilan pedangnya yang terbaik.Selain itu terdapat pelbagai bandar lain yang turut menghasilkan dadah, minyak wangi, karpet, tapestries, brocades, satin, barangan logam, kertas dan lain-lain.