Anda di halaman 1dari 70

Areila Sahimi

Bab 1
RISSA berjalan menonong masuk ke dalam bank. Keadaan lengang sedikit. Mungkin sudah merapati waktu rehat, maka orang ramai lebih menumpukan perhatian pada gerai-gerai makan daripada berurusan di bank. Makan lebih penting, kan? Semua kakitangan di dalam pejabat ini memandang Arissa dengan pelik. Arissa buat tidak tahu. Janji dia masih ada sebatang hidung yang masih tegak di tengah muka dan bukannya sudah berganti dengan belalai gajah. Dia datang ke sini semata-mata untuk berjumpa pegawai yang bernama Khairil Izlan itu. Ada perkara yang perlu dia buat perhitungan dengan lelaki itu. Yang pastinya bukan soal loan peribadi yang ingin dibincangkan dengan pegawai bank tersebut. Dia terus menghampiri kaunter nombor 1 yang kosong. Khairil Izlan ada? Dia bertanya. Juruwang yang sedang menambah satu lapis lagi ketebalan solekannya dengan bedak kompak Miyami memandang ke arah Arissa. Bedak kompaknya itu ditutup

Calon Jodoh Untuk Adik

dan diletak ke tepi. Wajahnya tersipu-sipu malu apabila Arissa menerjah kaunternya ketika dia sedang bersolek. Cik nak berjumpa dengan Encik Khairil untuk apa, ya? Berkenaan pinjaman atau Saya kawan lama Khairil Izlan. Kami satu sekolah. Saya nak berjumpa dengan dia. Arissa laju mencelah. Juruwang yang memakai tag nama Hazean itu mengangguk-angguk. Eh. Itu dia Encik Khairil Izlan. Juruwang itu menunjuk ke arah seorang lelaki yang kemas berkemeja lengan panjang dan dasi menjerut di leher. Juruwang tersebut pergi ke arah lelaki itu. Encik Izlan, kawan lama encik nak jumpa. Katanya satu sekolah. Telunjuknya dituding ke arah Arissa yang bertocang kuda dan agak serabai sedikit penampilannya. Arissa memandang sahaja lelaki itu dari jauh. Dan lelaki itu turut sama memandangnya. Arissa rasa sekarang lelaki itu sedang meneliti penampilan dirinya. Agaknyalah. Biasa kalau ada orang memandangnya dengan pandangan tidak berkelip adalah kerana mereka begitu kagum dengan matanya yang dihiasi kelilingnya dengan celak berwarna hitam. Ataupun lelaki itu sedang melihat kekusutan sang patah hati ini! Khairil Izlan merapati kawan lamanya itu. Ah, sejak bila pula di sekolahnya dahulu punya pelajar perempuan? Setahunya pelajar MCKK semuanya lelaki. Mak cik kantin adalah. Mungkin juga ada antara rakan sekolah yang mengalami krisis gender. Barangkali. Hai. Khairil Izlan menegur. Seperti biasa dia pasti akan bersikap mesra dengan sesiapa sahaja yang datang ke bank ini.

Areila Sahimi

Arissa merenung tajam lelaki ini. Keningnya terangkat sebelah. Jadi ini Khairil Izlan. Bibirnya menutur nama lelaki yang sudah berdiri di hadapannya itu. Khairil Izlan sekadar mengangguk menjawab dengan mesra. Ya. And you? Sa Baru sahaja Arissa mahu membuka mulut Khairil Izlan lebih cepat mencelah. Lunch hour. Apa kata kita pergi makan bersama, pelawa Khairil Izlan seterusnya menunjukkan jam di pergelangan tangan kepada gadis tersebut. Sesungguhnya mendengar suara lunak itu membuatkannya yakin yang ini perempuan tulen. Bukan luaran sahaja nampak macam Madhuri Dixit tetapi bila bercakap keluar suara garau yang parau. Arissa menimbang. Dia lihat jam di tangan kirinya pula. Memang waktu makan tengah hari. Dahinya berkerut untuk menerima pelawaan lelaki ini. Akan tetapi masakan dia perlu membincangkan soal peribadi di tengah-tengah Maybank? Dia mengangguk jua. Mengikut lelaki itu pergi ke kedai mamak yang terletak sederet dengan Maybank ini. Gerai mamak yang terletak di hujung sekali. Hanya selang empat lot kedai sahaja. Saya ada perkara nak bercakap dengan awak. Arissa memulakan sebaik sahaja selesai membuat pesanan kepada mamat Indonesia yang mukanya sipi-sipi menyerupai aktor seberang yang bernama Dude Herlino. Oh. Dia rasa pelik sekejap. Seorang warga Indonesia bekerja di kedai mamak. Pelik. Pertama kali dia berjumpa kes sebegini. Jika dia khabarkan pada teman serumahnya yang sangat fanatik sebelum

Calon Jodoh Untuk Adik

dengan pelakon itu, pasti hari-hari dia akan diajak makan ke sini. Percayalah. Kerana ianya benar. Berkenaan dengan personal loan ke? Khairil Izlan bertanya. Tali leher yang menjerut di leher dilonggarkan. Lengan kemeja yang panjang disentengkan separuh agar kuah kari kepala ikan yang menjadi idamannya sejak pagi tadi tidak terkena baju. Arissa fokus kembali tentang tujuan asalnya ke sini. Khairil Izlan dipandangnya. Arissa ke sini untuk membincangkan berkenaan hal dia, Khairil Izlan, Azizi dan dot-dot-dot (dia telah berjanji dengan dirinya yang dia tidak mahu menyebut nama yang terakhir itu). Bukannya mahu memancing Dude Herlino itu ataupun tentang pinjaman peribadi. Oh. Sungguh matanya tidak berkelip memandang sekali lagi ke muka jejaka Indonesia itu ketika dia menghantar teh tarik dan Nescafe ais di meja sebelah. Arissa jakun! Sungguh tasteless!!!! Apa semua orang yang nak berjumpa dengan awak mahu membincangkan soal pinjaman ke? Arissa menyoal Khairil Izlan kembali. Tadi juruwang bertanya hal yang sama juga padanya. Secara kebetulan, bank kami sekarang membuat promosi untuk kakitangan kerajaan. Jika buat pinjaman peribadi RM10,000 dan ke atas, interestnya akan jadi rendah. Tapi kena buat minimum sepuluh tahun. Buat pengetahuan cik, bank kami menawarkan kadar interest paling rendah jika dibandingkan dengan bank-bank lain yang ada di Malaysia. Khairil Izlan memberi penerangan yang panjang lebar. Walaupun dia tidak akan mendapat sebarang komisen jika gadis ini bersetuju untuk membuat pinjaman dengan bank tempat dia bekerja, tetapi apa salahnya dia

Areila Sahimi

membantu majikannya untuk menambah pelanggan baru. Paling tidak dia boleh tolakkan gadis ini kepada Azwan, yang bertugas sebagai sales person di bahagian pinjaman. Arissa menggaru tepi telinga apabila mendengar penerangan yang tidak dia pinta itu. Kenapa ya, sekarang sikit-sikit orang akan bercakap tentang pinjaman peribadi. Hendak besarkan rumah pun buat pinjaman peribadi. Hendak kahwin pun pakai pinjaman peribadi juga. Sampai masuk ke bank pun benda pertama yang mereka bertanya pun adalah tentang pinjaman peribadi. Minta maaflah Encik Khairil Izlan. Sengaja Arissa menyebut nama penuh lelaki itu. Buat masa sekarang saya belum berminat untuk membuat sebarang bentuk pinjaman dengan bank tempat awak bekerja. Saya penganggur, bukan kakitangan kerajaan. Payslip pun takde, pasti sebelum apaapa... borang saya itu akan dibuang ke dalam tong sampah. Saya nak bincangkan soal lain yang langsung tidak ada kenamengena dengan urusan bank. Sekali lagi fokusnya hilang apabila Dude Herlino itu menghantar pesanan mereka pula. Aduh! Benaran! Dia benar-benar mirip Dude Herlino. Suhaila tidak patut tahu daya penarik yang ada di kedai mamak ini. Arissa tidak lalu jika diajak makan kedai mamak hari-hari. Mulut, tolong jangan bukak cerita apabila pulang ke rumah nanti. Dia berpesan pada mulutnya sendiri yang kadang-kadang terlalu lancang untuk bercerita. Tambah-tambah dengan cerita sensasi yang membuatkan dia teruja untuk mengkhabarkan pada seluruh dunia. Soal lain? Soal apa? Khairil Izlan bertanya dengan ketawa kecil. Dia rasa si gadis yang tidak tahu apa namanya ini sedang cuba mengurat dia. Maklumlah, ada sahaja

Calon Jodoh Untuk Adik

pelanggan di bank yang selalu bermain mata dengannya acap kali dia pergi memeriksa di kaunter hadapan. Arissa menaikkan kening apabila melihat Khairil Izlan sedang enak tertawa tanpa tahu apa sebab musababnya. Dia berasa sangat hairan dengan sikap lelaki itu. Dia ini manusia spesies apa? Datangnya dari planet mana? Benaknya menyoal. Arissa sendiri hidup tidak keruan, lelaki itu boleh pula bersenang-lenang makan nasi kandar bersama kari kepala ikan merah dan bendi rebus kunyit dengan lahapnya. Lantas dia keluarkan sekeping kad dari dalam beg sandangnya. Kad yang penuh dengan kesan renyuk sepertimana renyuknya hati dia saat membaca isi kandungan kad tersebut. Kad itu dia lempar di depan Khairil Izlan yang rakus pula meneguk teh tarik yang berasap. Okey. Arissa hairan lagi. Lidah lelaki ini spesies lidah biawak apa? Tahan panas. Tidak melecur meneguk teh tarik dengan cara sebegitu. Huh! Khairil Izlan merenung wajah Arissa. Mungkin agak terpanar dengan sikap kurang ajar Arissa yang melempar kad undangan perkahwinan berwarna merah jambu itu di hadapannya ketika dia sedang makan. What is this? soal Khairil Izlan yang masih bersahaja. Walaupun dia kurang senang dengan budakponteng-kelas-tatasusila ini, bercakap kasar dengan perempuan bukanlah caranya. Seorang lelaki perlu bersikap gentleman dan berbahasa manis di hadapan setiap perempuan jika mahu dilabel sebagai lelaki Melayu terakhir. Arissa ternganga. Lelaki ini sedang berlagak maco atau memang jenis manusia tidak punya hati dan perasaan? Ataupun lelaki ini memang sedang menanggung duka sengsara di atas suatu perpisahan tetapi terpaksa

Areila Sahimi

membekukan hati agar boleh menikmati hidup ini dengan gembira. Sedangkan Arissa, masih lagi frust menonggeng! Terfikir-fikir dia sendiri. Encik Khairil, cuba baca siapa nama pengantin perempuan yang tertulis pada kad itu. Arissa meminta Khairil Izlan membaca nama yang dicetak dengan menggunakan warna keemasan di atas kad berwarna merah jambu itu. Arissa mendengar Khairil Izlan membaca perlahan. Tapi wajahnya tetap beriak selamba. Arissa tetap mengharap ekspresinya itu berubah. Arissa memberinya sedikit masa. Mungkin seorang lelaki perlu mengambil masa sedikit dan menarik nafas dalam-dalam sebelum mengeluarkan ekspresi sebenarnya. Selang beberapa minit penantiannya hampa belaka. Arissa merenung tunak ke wajah Khairil Izlan. Dia langsung tidak menunjukkan sebarang tanda mahu mengamuk, atau paling kurang pun sekadar menumbuk meja apabila nama bakal pengantin perempuan itu ada kena-mengena dengan dirinya. Tetapi dia kembali meratah kepala ikan merah sehingga berterabur tulang-tulang ikan tersebut di dalam pinggan nasinya yang telah licin. Encik Khairil Izlan, inikan kekasih awak. Arissa cuba memberitahu kebenaran yang memang sudah jelas di depan mata kepadanya. Owh kami sudah putus lima bulan yang lepas. Jadi secara automatik dia adalah bekas kekasih saya, jawab Khairil Izlan mudah. Arissa mengerutkan dahi. Melihat sahaja Khairil

Calon Jodoh Untuk Adik

Izlan yang ke singki untuk mencuci tangannya dan mengambil tisu di kaunter. Kemudian masih memandang lelaki itu yang kembali ke meja mereka. Setelah Khairil Izlan kembali duduk dan selesai menyedut teh tariknya Arissa menyambung semula. Okey. Lima bulan yang lepas dia kekasih Encik Khairil Izlan. Takkan Encik Khairil Izlan tak rasa apa-apa bila selepas lima bulan menjadi bekas kekasih encik, sekarang ini dia sudah mahu berkahwin dengan lelaki lain. Khairil Izlan mengerut dahi apabila gadis ini benarbenar menunjuk minat yang amat sangat tentang manusia yang tercatat namanya pada kad perkahwinan ini. Cik ni siapa? Sudahlah datang macam mahu menyerang saya, sekarang mahu soal selidik saya. Ejen FBI atau pasukan Gerak Khas ke cik ini? Dia menyoal sinis. Badannya disandar di belakang kerusi sambil tangan memeluk tubuh dan mata masih merenung ke wajah gadis genit ini. Arissa membulatkan mata. Jika niat lelaki ini untuk bercanda, minta maaf banyak-banyak kerana sejak dia putus dengan Azizi dengan siapa-siapa pun dia sudah hilang mood mahu bergurau senda. Suhaila sendiri sudah merungut kerana sudah lama tidak mendengar lawak bodohnya yang bisa membuatkan rumah sewa mereka itu menjadi gamat. Ya, sebelum ini dia memang juara dalam bab bergurau senda dan menjadi mak cik lawak walaupun dia tidak dapat meneruskan uji bakat Raja Lawak musim kedua kerana sewaktu itu dia kelu tidak dapat berkata apa-apa apabila melihat Afdlin Shauki yang besarnya berganda daripada dalam televisyen. Buat pengetahuan awak, saya adalah bekas kekasih bakal pengantin lelaki dalam kad tu.

Areila Sahimi

Arissa berkata geram. Memberitahu siapa dia yang sebenarnya. Khairil Izlan ketawa kecil. Owh. Dia mengangguk-angguk. Azizi? Dia menyoal. Kad tadi dilempar lembut ke arah Arissa semula. So? Encik Khairil Izlan, sebab awak tak pandai menjaga kekasih awak dulu tu la kekasih awak tu boleh mencaras boyfriend saya. Kata-kata Arissa mula menjadi lebih kasar. Kad itu dia ambil dan memasukkannya ke dalam beg. Wajah Khairil Izlan berkerut. Cuba mentafsir maksud gadis ini. Maksud awak tu apa? Dia mengajukan soalan. Arissa tepuk dahi. Awak nikan nak kata bengap tapi jawatan tinggi dekat dalam bank tu. Takkan awak tak faham? Kalau awak jaga girlfriend awak dulu tu baik-baik pastilah dia tidak akan menggatal dengan boyfriend saya. Jadi tak adalah dia nak mencantas jalan saya, mencaras boyfriend saya, kata Arissa keras tapi masih bernada terkawal. Sebagai seorang yang berpenampilan rock dan hati batu seperti dirinya ini dia harus bijak mengawal rasa marahnya. Dia tidak mahu kerana bercelak tebal atas bawah alis mata orang-orang di dalam kedai mamak ini menganggap ianya cukup sinonim dengan sikap panas baran selain dari berperangai setan. Excuse me cik adik. Awak nak menyalahkan saya pulak. Awak tu pandai ke menjaga bekas boyfriend awak dulu tu? Kalau awak pandai jaga tak adalah dia tinggalkan awak. Kata Khairil Izlan cuba membalas kenyataan yang

Calon Jodoh Untuk Adik

dikeluarkan oleh gadis bermata hitam ini tadi. Memulangkan paku buah keras kepada tuannya semula. Arissa menarik nafas dalam-dalam. Dia sudah cukup menjaga perhubungannya dengan Azizi semasa mereka masih berstatus pasangan kekasih tetapi awek dia tu yang memang menggatal! Arissa terdengar ketawa lelaki itu yang semakin galak. Ketawanya itu penuh dengan nada sindiran kerana telah membuatkan dia terdiam tidak menjawab. Ketawanya itu juga telah berjaya menaikkan rasa panasnya. Untuk mengelakkan dia melakukan sesuatu yang bodoh dan memalukan diri sendiri, dia bangun. Beg sandang dia sangkut semula ke bahu. Dia berlalu pergi meninggalkan lelaki ini yang masih lagi ketawa. Terasa dia seperti baru membuat kerja bodoh dengan menemui lelaki itu hari ini. Patutlah aweknya dahulu meninggalkannya dan mendapatkan lelaki lain. Jika dia pun pasti dia akan lakukan perkara yang sama. Bezanya dia tidak akan sesekali mencaras boyfriend teman baiknya sendiri. Tapi, Fazura tega melakukannya walaupun dia tahu Arissa adalah sahabatnya.

10

Areila Sahimi

Bab 2
RISSA pulang ke rumah dengan hati yang sebal. Menyesal pula dia menjalankan akalnya untuk berjumpa dengan lelaki berhati batu yang langsung tidak berperasaan itu. Menyesal sangat-sangat. Masuk ke dalam rumah, dia lihat Suhaila sedang sibuk membantu perempuan kaberet itu menggubah hantaran untuk majlis perkahwinannya. Sengaja dia meletakkan ganti diri perempuan kaberet kepada Fazura. Itulah ganti diri yang paling sesuai untuk Fazura. Tidak kira siapa punya, semua mahu disapu. Boyfriend teman baik sendiri pun dia sanggup sapu seperti di dalam dunia ini hanya Azizi sahajalah satusatunya lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Hai Ris. Kau baru balik? Aku ada belikan kuih cucur udang untuk kau. Ada atas meja. Silalah makan, tegur Fazura dengan berhemah. Tidak mahu ada kata-katanya terus menyinggung perasaan Arissa. Apatah lagi dia mahu menjernihkan hubungannya dengan Arissa setelah apa yang berlaku. Semua ini bukan pintanya. Jika begitulah cinta, bagaimana dia harus bertindak?

11

Calon Jodoh Untuk Adik

Arissa menghadiahkan sebuah jelingan yang maha tajam. Sudah kau rampas kekasih hatiku itu, sekarang mahu sogokkan aku dengan cucur udang pula. Ingat cucur udang warung Mak Tam tu boleh mengubat rasa sakit di hati? Desis hatinya. Dia terus berlalu tanpa menghiraukan Fazura dan Suhaila. Arissa menyampah melihat muka Fazura yang selalu berlagak seperti dia tidak bersalah. Macamlah cantik sangat mukanya itu. Owh terlupa suatu perkara yang menjadi fakta tentang Fazura. Fazura mempunyai alis mata yang cantik, hidung mancung dan kulit putih gebu. Dia juga mempunyai ketinggian yang boleh melayakkan dia untuk menjadi seorang model Muslimah kerana wajah persis keturunan Arab yang dimilikinya itu bisa membuatkan ramai yang tertarik. Pertama kali dia perkenalkan Azizi kepada Fazura (sewaktu itu mereka masih berteman baik), Azizi turut mengakui kecantikan yang ada pada Fazura. Ah! Dasar lelaki bermata keranjang, di hadapan Arissa sebagai kekasihnya waktu itu boleh pula dia memuji kecantikan wanita lain. Melihat muka Suhaila geram di hatinya menjadi berganda-ganda. Suhaila boleh sahaja bermuka sardin seperti tiada apa-apa yang berlaku. Ini pasti idea Suhaila mengajak Fazura untuk menginap semalam dua di rumah mereka untuk menyiapkan hantarannya. Pintu bilik dihempas kuat, menunjukkan protes. Beg sandang dihayunkan sahaja di atas tilam sebelum badan menghenyak tilam spring single yang sekadar dihamparkan di atas lantai bilik. Lengan diletak di atas dahi. Merenung siling dengan rasa berbalam-balam. Argh!!! Bunyi suara Popeye dari telefon bimbit menandakan ada mesej masuk. Malas-malas dia mengambil beg sandangnya yang ada di

12

Areila Sahimi

sebelah. Telefon bimbit dikeluarkan. Mesej yang masuk dibaca. Matanya membuntang. Sudah! Bala tiba. Dia buat tidak tahu pada mesej itu. Tidak berapa lama selepas itu bunyi pula irama lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan yang sememangnya cukup sinonim dengan jiwanya sekarang. Ini lagu tema untuk musim ini. Talian dijawab. Malaslah Kak Ina. Arissa berkata sebelum sempat Kak Inanya di hujung talian sana berkata apa-apa. Sebelum Kak Inanya menggunakan helahnya baik dia menolak awal-awal. Dia malas menemani Kak Inanya membeli-belah. Bukan dia tidak faham perangai Kak Inanya yang suka menyuruh dia menjaga anak-anaknya sementelah dia sibuk membeli-belah. Tambahan pula sekarang ini tengah mega sale. Dia perlu mengelakkan diri dari menjadi amah Kak Inanya. Tolonglah Ris. Akak nak harapkan siapa tolong tengok-tengokkan budak-budak tu? Abang Shah belum balik dari Kuching lagi ni. Jomlah Ris. Pampers Gegirl dah habis, kata Arina penuh mengharap. Arissa mendengus. Itu sahajalah modal Kak Inanya. Menggunakan nama anak-anak saudaranya untuk melemahkannya. Akak kalau nak beli handbag Guess tu cakaplah nak beli handbag. Jangan cakap nak beli Pampers Gegirl pulak, katanya setelah menghidu taktik Kak Inanya. Menggunakan nama Gegirl pulak. Dia tahu, malam tadi telinganya sudah berbuih mendengar angan-angan Kak Inanya yang ingin membeli handbag Guess berwarna pink seperti jiran sebelah rumahnya. Kata Kak Ina, dia hanya menunggu green light daripada Abang Shahrul sahaja. Pasti

13

Calon Jodoh Untuk Adik

lampu sudah hijau. Sebab itu hari ini tak sempat-sempat Kak Inanya mahu pergi beli juga. Arissa mengetap bibir apabila mendengar suara Kak Inanya yang mengekek ketawa dari hujung talian. Kan dah kata dah. Bolehlah ya Ris. Alah duduk rumah pun bukan Ris buat apa. Bukan Ris ada kerja pun. Arina berkata dengan ketawa yang masih bersisa. Arissa gigit bibir bawah. Cuba menimbang-nimbang pelawaan Kak Inanya. Betul juga. Di rumah pun aku panas hati. Lebih baik aku ikut Kak Ina. Sekurang-kurangnya Kak Ina tidak lokek. Paling-paling tidak pun, aku nak suruh Kak Ina belikan T-shirt di Padini Authentic nanti sebagai kerelaan aku menjadi penjaga kepada anak-anak dia. Alah aku rasa elaun yang Abang Shahrul berikan pada Kak Ina setiap bulan tu masih berbaki lagi kalau setakat mahu belikan adik kesayangannya ini sehelai T-shirt Padini Authentic. Sehelai sahaja. Bukan banyak-banyak helai pun! Desis hatinya. Okeylah kak. Nanti Kak Ina ambil Ris okey, putusnya. Good girl. Macam inilah adik Kak Ina. Malam nanti tidur aje kat rumah akak. Banyak benda nak update dengan Ris, kata Arina. Okey, balas Arissa. Dia juga ada benda yang ingin dikemas kini dengan Kak Inanya. Kalau boleh dia nak abang turut sama ada. Senang untuk dia menceritakan kepada keduanya. Owh, ya. Mereka tidak tahu dia sudah menjanda. Menjanda tu maksudnya sudah putus cinta, ditinggal kekasih bukan ditinggal suami. Kerana itu diletakkan koma dua di atas.

14

Areila Sahimi

Kalau bab shopping Kak Ina adalah manusia yang paling menepati waktu. Cepat sahaja Toyota Wish Abang Shahrul yang Kak Ina gunakan sudah berada di depan pagar rumah sewa Arissa. Dia bergegas turun. Di belakangnya sudah siap bergalas beg sandang. Dia bercadang untuk melepak di rumah kakaknya seminggu dua sementara Abang Shahrul tiada di rumah. Kalau abang iparnya yang terbaik itu ada di rumah, dia segan sedikit nak tidur di situ. Pergi mana Ris? tegur Suhaila. Keluar. Dalam rumah ni panas! Sindirnya pedas seraya menjeling tajam pada Fazura yang sedang terkemutkemut memotong reben berwarna pink. Bencilah! Warna pink adalah warna impian yang ingin dia gunakan sebagai warna tema majlis kahwinnya dengan Azizi. Itulah yang dia selalu berangankan dulu. Huh. Suhaila menjongket bahu. Tidak mahu bercakap lebih panjang. Dia tahu, Arisa pasti ke rumah Kak Arina kerana di situlah tempat Arisa selalu melepak.

SEPERTI yang sudah Arissa telah, inilah kerjanya apabila mengikut Kak Inanya membeli-belah. Dia akan menjaga anak-anak Kak Inanya yang dua orang ini. Dia tak tahu di kedai mana pula yang Kak Inanya nak pergi sukat. Disebabkan dia sudah tidak larat mengikut hala tuju Kak Inanya, dia lepak di dalam restoran McDonalds sahaja. Dia memerhati anak-anak Kak Inanya yang sedang bermain di dalam playground yang disediakan di restoran ini. Mataku tidak lekang melihat kelibat mereka dari jauh. Memandangkan keadaan agak sesak dia perlu berhati-hati. Dulu pernah terjadi tragedi. Boboy hilang semasa dalam

15

Calon Jodoh Untuk Adik

jagaannya di pusat membeli-belah Alamanda. Kak Inanya bukan main mengamuk sakan. Mujur ada insan yang terjumpa Boboy lalu membawa Boboy mendapatkan deejay yang bertugas untuk memaklumkan ada budak hilang melalui pembesar suara. Dan berlakulah peristiwa jejak kasihan di tepi kaunter deejay yang bertugas. Kak Inanya menangis bagai nak rak sedangkan Boboy relaks sahaja. Disebabkan peristiwa itu sebulan dia memboikot Kak Inanya, sehinggakan Abang Shahrul pula yang main peranan sebagai tukang pujuk. Bukankah sudah dia katakan? Abang Shahrul adalah abang ipar yang terbaik. Sedikit pun dia tidak marahkan Arissa, sebaliknya isterinya yang kena bambu. Memang patut pun kerana jika Kak Inanya sudah membeli-belah, sampai terlupa anak-anak. Sibuk hendak beli handbag, handbagnya yang berdua ini boleh terlepas. Hari itu, salah dia juga kut. Kerana terpandangkan Azizi sedang berpegang tangan dengan Fazuralah membuatkan dia leka dalam mengawasi Boboy dan Gegirl. Hari itu jugalah, segalagalanya terbongkar yang selama ini mereka bermain di belakangnya. Boleh saya duduk di sini? sapa satu suara. Arissa mengalih pandang sebentar kepada si dia yang bersuara itu. Dia lihat, seorang lelaki sedang menatang dulang berisi set Big Mac besar bersamanya. Dia sekadar mengangguk memandangkan semua meja telah penuh. Kotak Happy Meal Boboy dan Gegirl yang sudah kosong, dialihkan ke tepi. Memberi ruang untuk lelaki ini meletakkan dulangnya. Boboy! Arissa berteriak tiba-tiba apabila melihat ada bunga-bunga pergaduhan di antara Boboy dengan seorang budak lain yang berebut untuk bermain di papan gelongsor. Boboy yang salah. Dia nampak. Boboy yang

16

Areila Sahimi

sengaja mahu menunjuk kuasa macamlah playground ini abah dia yang punya. Inilah sebab-musabab kenapa dia kureng sikit mahu menjaga anak-anak Kak Inanya. Anakanak Kak Inanya jika di belakang ibu bapa mereka agak bertanduk juga. Itu yang dia tak tahan. Arissa mengalih pandang pada lelaki yang duduk di hadapannya. Hatinya tersenyum lucu melihat lelaki itu tersedak sambil mengurut dadanya. Mungkin dia tersedak akibat mendengar suaranya yang nyaring ketika memarahi Boboy. Berkerut-kerut muka lelaki ini. Anak? Lelaki itu bertanya. Arissa tidak terus menjawab. Kemudian dia mengangguk. Lelaki itu mengangguk-angguk. Tapi daripada pandangan matanya seakan tidak mempercayai kata-kata Arissa tadi. Achu nak air, pinta Gegirl yang tercungapcungap. Lelaki di hadapan Arissa itu mempamerkan senyum segaris. Gegirl telah mengkantoikannya. Arissa buat tidak tahu pada senyuman itu. Milo ais di dalam cawan kertas Gegirl yang masih berbaki disuakan kepada Gegirl. Lelaki itu masih lagi memerhatikan Arissa. Arissa berdecit. Tidak selesa. Bunyi Popeye menjerit lagi. Yes! Mummy budak berdua ini sudah selesai membeli-belah dan memintanya untuk terus ke parking kereta. Tanpa berlengah dia terus menarik Boboy dan Gegirl yang sedang bermain keluar dari kawasan playground McDonalds itu. Ketika dia melalui meja lelaki itu, dilihatnya lelaki itu tersenyum lagi. Entah bagaimana, dia boleh pula membalas senyuman itu. Mungkin juga kerana senyuman itu terlalu menawan.

17

Calon Jodoh Untuk Adik

Bunyi Popeye menjerit untuk kesekian kalinya. Cepatlah! Arissa mendengus geram dengan SMS Kak Inanya yang baru masuk. Kak Ina nikan. Mentang-mentang sudah dapat membeli apa yang dihajatinya, menyuruh dia cepatcepat pula. Semakin laju dia menyeret dua-dua anak Kak Inanya menuju ke parking kereta.

18

Areila Sahimi

Bab 3
RINA dan Azmer masih tekun mendengar cerita Arissa walaupun mereka nampaknya seperti kurang faham dengan apa yang dia katakan. Arissa bercerita sambil menangis teresak-esak. Dia bercakap dengan hingus penuh dalam hidung. Suaranya juga sudah bertukar nada. Dia menjadi sengau apabila bercakap dalam keadaan hidung tersumbat. Ala-ala Kak Nita gitu! Sesekali dia lihat Azmer dan Arina berpandangan sesama mereka. Boboy dan Gegirl yang tidak faham apa-apa hanya bermain dengan kotak tisu. Habis semua tisu mereka tarik keluar sehingga berselerak ke sekitar ruang tamu. Azmer menepuk lembut bahu Arissa. Tak apalah Ris. Bukan jodoh Ris dengan Zizi la tu. Azmer bersuara apabila yakin Arissa telah menemukan noktah pada cerita sedihnya itu. Ceritanya sangat sedih sehinggakan kini air mata Si Arissa masih belum lagi berhenti mengalir.

19

Calon Jodoh Untuk Adik

Arissa merengus geram. Abang kandungnya telah menyebelahi kaum sejenisnya. Lelaki semuanya sama sahaja. Dia kesat lagi air mata dengan belakang telapak tangan kerana tisu semuanya sudah habis berselerak angkara kerja Boboy dan Gegirl. Dia menjeling abangnya. Sudahlah Ris. Biasanya memang macam tu. Anggap sahaja Zizi tu bukan soulmate kau. Keadaan memang selalu macam ni. Sebelum kita belum jumpa lelaki yang betul-betul akan menjadi soulmate kita, kita pasti akan dipertemukan dengan lelaki-lelaki hampeh dulu. Percayalah. Arina mencelah seakan-akan dia pakar dalam merawat hati dan jiwa sang patah hati, yang kecundang dalam percintaan. Arissa mendengar dengan teliti kata-kata Arina. Kata-kata Arina dan Azmer tidak jauh beza, tetapi dia lebih suka pada kata-kata Arina. Sekurang-kurangnya Arina masih mahu menyebelahinya sebagai adik kandung. Bukan seperti kenyataan Azmer yang lebih bersifat gender dengan menyebelahi kaum sejenisnya. Bukanlah semua lelaki hampeh. Ris kenalah post mortem diri sendiri dulu. Baru boleh salahkan diri orang lain. Azmer berkata tegas. Dia tidak sependapat dengan Arina. Menegakkan kenyataannya kerana dia pasti, Arisa pasti ada salah. Jika tidak masakan dia ditinggalkan oleh Azizi. Abang tu memanglah. Abang lelaki. Memanglah abang akan menangkan kaum abang, sampuk Arina. Bibirnya menjuih. Menunjukkan rasa geram pada Azmer yang tidak habis-habis membela kaum sejenis. Sepatutnya sokonglah adik sendiri dulu. Ini mencari kesalahan Arissa pula. Bukan abang menangkan. Tapi tengok Arissa. Keadaan dia macam mana? Hidup seperti apa?

20

Areila Sahimi

Jari Azmer menuding ke arah Arissa. Arissa dan Arina saling berbalas pandang. Arina mengetap bibir. Mungkin dia merasakan apa yang Azmer katakan itu betul. Arissa mengeluh lemah. Faham sangat abangnya tu tengah menyindir, sengaja bercakap begitu agar dia cepatcepat mengubah penampilannya dan menjadi lebih feminin seperti Kak Inanya. Dari dulu abangnya marah bila dia berani pakai jean dan baju ketat macam kain balut nangka tu. Abangnya marah bila dia suka sangat pakai gelang hitam kat tangan. Abangnya marah kalau dia pakai celak gaya gothic tu. Abangnya kata tu semua macam fesyen orang jahat, padahal dia rasa cool aje. Yalahkan.... Dia ajelah yang nampak jahat. Sebab tu tak ada orang nak dekat dia. Sudahlah Ris. Tak payahlah nak sedih-sedih menangis macam ni. Buruk abang tengok. Abang ramai kawan lelaki. Nanti abang kenalkan sorang pada Ris. Mana tahu boleh jadi calon jodoh untuk Ris. Bijak Azmer memujuk adik bongsunya itu. Jika tiada jodoh mahu kata apa lagi? Cari sahaja calon yang baru. Mata Arina membuntang apabila mendengar usul Azmer. Setelah perkara yang menyakitkan hatinya itu terjadi, abangnya masih lagi mahu melakukan perkara yang sama. Dengan Arissa pula. Arina mendengus kuat. Kenalkan dengan kawan-kawan abang? Dia menyoal dengan nada sarkastik. Sape? Ee? sambungnya lagi, menyebut nama si keparat itu dengan payah. Tak payah Ris. Kawan-kawan abang semua kategori

21

Calon Jodoh Untuk Adik

hampeh. Lebih hampeh dari Azizi. Nanti biar Kak Ina aje carikan calon jodoh untuk Ris. Pasti terbaik. Sengaja Arina berkata sebegitu agar Arissa tidak terpengaruh dengan cadangan gila abangnya itu. Dia sememangnya ada masalah peribadi dengan teman abangnya yang bernama Ee tu. Mendengar kata-kata Arina membuatkan Azmer ketawa. Masih tak habis lagi marah Ina pada Ee, ya? Sudahlah Ina balas Azmer. Arissa abang minta ya. Jangan jadi macam Kak Ina. Emosi tak kena tempat, senda Azmer. Arina mencuka. Itulah satu-satunya kawan abangnya yang paling dia tidak boleh tengok mukanya sampai sekarang pun. Benci dan menyampah melihat muka Ee yang selalu bajet maco. Ee yang pernah buat dia malu satu masa dahulu. Kalau dengan Ee pun tak ada salahnya. Ee tu bujang. Bukan suami orang, giat Azmer lagi Walaupun dia sebenarnya tidaklah berhajat mahu memadankan Ee dengan Arissa. Cuma dia sengaja suka mengusik Arina dengan membangkitkan soal Ee. Abang nikan sengaja, kan? marah Arina. Stop stop! Arissa mengambil langkah bijak. Sekarang ni siapa sebenarnya yang sedang beremosi? Sekarang ini siapa yang patah hati? Azmer dan Arina sama-sama berhenti bertekak. Boboy dan Gegirl yang sedang menyepahkan rumah juga senyap. Mereka berlari mendapatkan mummy mereka apabila ada singa mahu naik minyak. Sekarang Ris tak mahu siapa-siapa. Putus Arissa.

22

Areila Sahimi

Dia bukan tahap perempuan sangap yang lahap sangat mahu terus menerus mencari pengganti. Sekurang-kurangnya biarlah dia habis edah terlebih dahulu sebelum ada manamana pihak yang ingin memadankan dirinya dengan manamana calon. Arissa terus naik ke atas meninggalkan abang dan kakaknya yang dirasakan ada gaya macam nak bersambung bertekak lagi. Dia malas mahu masuk campur. Si Ee yang menjadi punca pertengkaran mereka berdua itu pun dia tak kenal.

23

Calon Jodoh Untuk Adik

Bab 4
EESOKAN harinya, Arissa telah pulang semula ke rumah sewanya. Hajat untuk berlamalama terbantut apabila Kak Ina telah mula membebelbebel di tepi telinganya dengan mengatakan hajatnya untuk memperkenalkan dia dengan orang itu dan orang ini. Oleh sebab itu dia mengambil langkah bijak untuk keluar dari rumah Kak Ina awal-awal lagi. Dia menarik nafas lega apabila hanya Suhaila seorang sahaja duduk di ruang tamu. Mujur hari ini Fazura tiada di rumah mereka. Jika tidak, pasti dia akan duduk terkurung di bilik sendiri. Ris, sekejap. Aku nak cakap, tegur Suhaila meminta Arissa untuk berhenti sebentar kerana ada benda yang ingin dibicarakannya. Arissa menurut. Kakinya dihayun lemah. Punggungnya juga diletakkan lemah di atas sofa. Apa dia? Kau marah aku ya Ris? Suhaila bertanya. Nadanya berbunyi serba salah. Arissa merenung ke dalam mata bundar Suhaila.

24

Areila Sahimi

Perlukah Suhaila bertanya lagi kepadanya jika dia sudah tahu apa jawapan untuk soalannya tadi? Dia mengeluh lemah. Aku malaslah nak cakap pasal benda ni. Ris kau kawan aku, Faz kawan aku. Aku tak boleh nak pilih salah sorang antara korang berdua. Dua-dua aku sayang, kata Suhaila perlahan. Sukar untuk dia memilih yang mana satu buat masa sekarang ini. Arissa melihat semula raut wajah Suhaila yang sugul. Tidak adil pula dia mengheret Suhaila sama-sama ke dalam masalah ini. Aku faham. Kau tak payah risau okey. Aku okey dan tak ada apa-apa, katanya sekadar mahu menyedapkan hati Suhaila. Tapi semalam kau macam berangin aje dengan aku, balas Suhaila akan sikap Arissa semalam. Mendengar bunyi dentuman pintu bilik pun dia sudah agak yang marah Arissa masih memuncak. Api marah pun tidak ada tandatanda seperti mahu reda. Arissa mengetap bibir. Dah kau ajak perempuan tu ke sini tanpa bagitau aku. Memanglah aku berangin. Sekurang-kurangnya kau bagitaulah dulu. Senang aku standby cili padi untuk aku ganyang-ganyangkan ke muka perempuan yang merampas boyfriend aku tu, hamburnya penuh amarah. Suhaila menelan air liur. Terkedu. Arissa ketawa kecil melihat muka cuak Suhaila. Lakonannya berkesan. Jokinglah. Kau ingat aku berani ke nak cederakan orang sampai macam tu sekali? Suhaila mengurut dada. Lega.

25

Calon Jodoh Untuk Adik

Kau boleh terima kenyataan ke yang kawan kita tu nak kahwin dengan Azizi? duga Suhaila. Excuse me. Apa dia? Arissa merapatkan cuping telinganya kepada Suhaila. Dia bukan kawan kita. Kawan kau aje. Lantaklah dia nak kahwin dengan Zizi ke, dengan siapa pun. Aku tak mahu ambil tahu apa-apa hal yang berkaitan dengan dia dah. Suhaila mendengus. Geram dengan sikap Arissa yang tidak habis-habis mahu menyalahkan Fazura sepertilah dia itu tidak bersalah langsung. Dua-dua pun bersalah, tetapi sekurang-kurangnya Fazura ada juga inisiatif mahu membetulkan perhubungan, sedangkan Arissa, asyik bertindak mengikut kepalanya sahaja. Tapi kau tak boleh nak marah-marah sampai macam ni tau Ris. Kau sendiri tahu, Zizi sebenarnya tak ada apa-apa perasaan pada kau. Tak pernah pun sukakan kau apatah lagi nak jatuh cinta dengan kau. Kau aje yang melebih-lebih. Dari dulu kau tahu kan, Zizi sebenarnya ada perasaan dekat Fazura? Tapi disebabkan Fazura pilih mamat yang kerja dekat Maybank tu, baru Zizi pilih kau. Zizi tu pilih kau pun sebab terpaksa. Masa dia bersama kau pun sekadar alasannya sahaja supaya dia mudah mendekati Fazura, luah Suhaila akan perkara yang sebenarnya. Arissa tiba-tiba terasa geram. Ya. Dia sedar dia telah diperbodohkan. Sayang punya pasal dia rela diperbodohkan oleh Azizi. Suhaila benar 180%! Tapi mamat Maybank itulah antara penyebabnya juga. Jika mamat Maybank tu tahu menjaga kekasihnya betul-betul, pasti lama-lama Azizi akan jatuh cinta pada dia juga. Dia yakin. Ini disebabkan mereka berdua putus cinta, Fazura telah menerima lamaran Azizi untuk menjadi kekasihnya. Patutkah dia marah pada Fazura kerana mencaras Azizi padahal Fazura langsung tidak tahu

26

Areila Sahimi

dia dan Azizi sedang dalam proses menjalinkan hubungan percintaan kerana mereka selalu sahaja katakan pada semua orang yang mereka sekadar teman tapi mesra? Atau sebenarnya dia yang terlebih emosi, memanjang-manjangkan masalah ini? Arissa cuba muhasabah diri. Menimbang tara apa yang telah berlaku ini baik-baik. Semalam kau ke mana? tanya Suhaila apabila Arissa lama berdiam diri. Aku tidur kat rumah kakak akulah, jawabnya. Tak. Sebelum Kak Ina ambik kau. Kau ke mana? Kata nak cari kerja sama-sama. Suhaila bertanya kerana semalam jenuh dia mencari Arissa tetapi tidak berjumpa. Janjinya mahu mencari kerja bersama-sama. Owh aku pergi berjumpa dengan si mangkuk tingkat tu, kata Arissa bersama sengih di bibir. Suka pula dia meletakkan gelaran itu kepada Khairil Izlan. Mangkuk tingkat Wang Kelian! Siapa pulak mangkuk tingkat tu? Kalau mangkuk hayun dan mangkuk tandas tu aku tahulah, tanya Suhaila polos. Arissa ketawa lagi. Dalam ramai-ramai kenalannya Suhailalah yang paling polos dan selalu blur. Mangkuk hayun dan mangkuk tandas tu merujuk kepada kata ganti diri bagi Azizi dan Fazura yang kadangkala (atau kerap kali) Arissa guna. Mamat Maybank tu, jawabnya selamba dengan ketawa kecil meletus di bibir. Wah suka pula ya. Mulut Suhaila ternganga luas. Serius? Matanya berkelip-kelip. Dia cuba mencari kebenaran di sebalik kata-kata Arissa tadi.

27

Calon Jodoh Untuk Adik

Arissa sekadar mengangguk. Ya ampun Ris. Senekad ni kau Ris. Ingatkan Faz dengan Zizi aje yang kau serang. Ini sampaikan bekas balak Faz pun kau pergi serang jugak, kata Suhaila seraya mengurut dada kerana dia sungguh tidak sangka yang Arissa akan pergi menyerang sehingga sejauh ini. Arissa sekadar bersahaja melihat reaksi Suhaila yang agak dramatik menunjukkan rasa terkejutnya. Tapi aku agak menyesal jugak pergi jumpa mangkuk tu, katanya tiba-tiba. Kenapa? Suhaila bertanya. Gayanya seperti ingin benar tahu. Aku rasa agak bagus jugak perempuan kaberet tu putus dengan mamat tu, balas Arissa seperti menyokong pula tindakan Fazura meninggalkan si mangkuk tingkat itu. Mangkuk tingkat itu jenis yang menjengkelkan. Kalau bagi free pada dia pun, dia tak hengen! Pulak dah. Apesal? soal Suhaila pelik kerana tibatiba sahaja Arissa berubah dengan menyokong tindakan Fazura meninggalkan bekas teman lelakinya itu. Si mangkuk tu lelaki yang menyakitkan hati, kau tau. Batu. Tak berperasaan. Hampeh! hambur Arissa penuh emosi. Apabila terbayangkan wajah lelaki itu yang selamba itu terus kusyen kecil dihempuk-hempuk dengan penumbuknya. Okey. Okey. Okey. Suhaila mengangkat tangan. Dia tahu jika dia tidak menahan Arissa dari berkata-kata, habis semua gerabak KTM pun belum tentu ceritanya berkenaan mamat Maybank tu akan selesai.

28

Areila Sahimi

Kau nak cakap mamat tu teruklah ya? sambung Suhaila apabila Arissa telah berhenti berkata. Arissa mengangguk. Haah. Okey. Kalau macam tu, mari kita sambung tengok Sponge Bob, kata Suhaila kembali memberi tumpuan pada kartun Sponge Bob di kaca televisyen. Arissa berdecit mendengar cadangan Suhaila untuk menonton Sponge Bob. Tapi dia turutkan juga. Tapi mamat tu hensem tak? tanya Suhaila tibatiba. Dia tidak pernah melihat rupa mantan pacar Fazura itu. Selalu mendengar cerita sahaja. Dengar dari cerita, katanya boleh tahan juga. Macam rumah flat kos rendah yang gagal mendapat CF, kata Arissa bersahaja. Matanya masih dihala pada skrin televisyen. Owh. Suhaila mengangguk-angguk. Maknanya tak hensemlah tu, kata Suhaila dengan nada yang rendah faham benar tentang terma-terma yang biasa Arissa gunakan bagi menerangkan sesuatu sifat yang tak kena pada pandangan matanya. Arissa mendengar baris akhir kata-kata Suhaila yang agak perlahan. Bibirku mengukir senyum segar. Penipuannya berhasil. Sebenarnya mamat tu boleh tahan orangnya. Tambah-tambah lagi melihat mamat tu mengenakan kemeja lengan panjang yang berwarna pink lembut itu. Sangat-sangat maskulin. Dia tak tipu. Cuma dia malas menunjukkan rasa terujanya kerana sebab mamat itulah punca dia dan Azizi putus. Tapikan aku ada jumpa somebody yang lagi best

29

Calon Jodoh Untuk Adik

dari mamat tu. Percayalah! Arissa mula teruja membuka cerita. Siapa? soal Suhaila yang nampaknya lebih berminat terhadap Sponge Bob dan Patrick dari mendengar cerita Arissa. Arissa gigit bibir. Alamak! Kan dah cakap. Dia jenis pantang kalau dapat berita sensasi. Dia kan ala-ala Beautiful Nara. Mahu cepat sahaja mencanang satu rumah. Dia tersengih menghadap Suhaila. Tak ada apa-apa. Tak ada apa-apa, katanya seraya menggeleng kepala berkali-kali. Dia tak nak makan di mapley yang berjiran dengan Maybank tu lagi. Cakap cepat. Suhaila menunjuk gaya taikonya apabila dia perasaan intonasi nada Arissa telah berubah secara mendadak. Dia pasti sudah dapat menghidu sesuatu. Ngeee. Ada sorang mamat Indonesia persis Dude Herlino kerja dekat mapley sebelah Maybank tu, cerita Arissa dengan lemah. Terasa payah mulutnya ini mahu menuturkan nama hero sinetron seberang yang berwajah jambu itu. Esok kita breakfast kat sana! Putus Suhaila terus masuk ke biliknya meninggalkan Arissa seorang diri di ruang tamu. Arissa tepuk dahi. Tepuk mulut berkali-kali. Kan.

30

Areila Sahimi

Bab 5
ERANA kelancangan mulutnya sendiri, akibatnya dia terpaksa datang ke sini kembali. Memenuhi hasrat Suhaila yang kepingin benar mahu melihat mamat Indonesia yang dikhabarkan persis Dude Herlino itu. Malang bagi Suhaila, bayang Si Dude Herlino cap ayam itu langsung tidak kelihatan. Yang ada hanyalah kembar Salman Khan yang sejak dari tadi asyik sangat bermain mata dengan Suhaila. Sorrylah ya bhai, kerana zaman demam Bollywood sudah lama berlalu. Kau nikan Ris, kencing aku, kan? Kau tahu tak, dari rumah kita nak ke sini tu berapa jauh. Sampainya hati kau Ris, hambur Suhaila menunjukkan rasa kecewanya kepada Arissa. Penuh drama dan penuh aksi. Pada Arissa, Suhaila adalah pelakon terbaik. Kalaulah Suhaila bergandingan dengan Dude Herlino dalam sebuah sinetron usaha sama antara negara Malaysia dan Indonesia, dia pasti sinetron itu akan meletup boombastik. Manalah aku tahu hari ini hari off day mamat tu.

31

Calon Jodoh Untuk Adik

Lagi satu bukan aku yang ajak kau ke sini. Kau yang ajak aku ke sini. Kau pun satu Eila, apa taste entah. Takkanlah dengan mamat macam tu pun kau hadap beb, balas Arissa pula dengan mulut penuh dengan tosai sardin. Owh dia rasa mahu ketawa pula apabila mengenangkan gandingan dari dua negara tersebut. Bagai pinang diblender halus! Pap! Aduh! Arissa mengaduh. Tulang menjadi mangsa sepakan Suhaila. Sakit dowh!!! keringnya

Kenapa kau gelak-gelak? omel Suhaila. Teh tariknya diteguk perlahan. Aku saja aje nak pastikan. Betul atau tak yang mamat itu ala-ala Dude Herlino. Kau tau, kan? Aku ni ala-ala boleh jadi nervous bila kau bercerita dengan gah kau jumpa mamat yang macam Dude Herlino tu, terang Suhaila akan kedudukan sebenarnya. Tidak mungkinlah dia bakal jatuh cinta pada lelaki asing yang mempunyai kad pengenalan berwarna merah. Hatinya masih lagi menginginkan seorang lelaki Melayu warganegara Malaysia dan bekerja sebagai seorang jurutera. Eh jurutera? Ada-ada sahaja. Suhaila menarik senyum tanpa sedar. Kau tu memang menggatal! balas Arissa selamba aje. Auch!!! Sakitlah pinggan! Arissa mengerang lagi. Kali ini Suhaila menendang dengan sekuat hati. Hei awak. Datang sini lagi? tegur satu suara. Arissa yang sedang menunduk menggosok-gosok tulang keringnya segera mengangkat muka. Hish!!! Okey. Dia yang salah. Dia yang datang ke kawasan lelaki ini. Dia sekadar

32

Areila Sahimi

menjeling Khairil Izlan yang sudah tersenyum sinis kepadanya. Hai saya Suhaila. Pantas Suhaila memperkenalkan diri tanpa perlu menunggu Arissa memperkenalkannya kepada Khairil Izlan. Arissa mengetap bibir melihat tingkah Suhaila. Suhaila gaya-gaya polos tetap juga ada gen-gen miang dalam DNAnya. Pada Arissa, seorang perempuan tidak perlulah menunjukkan gaya teruja yang maksimum apabila bertemu dengan seorang lelaki yang kemas berkemeja lengan panjang berwarna biru lembut dengan tali leher menjerut di leher. Buat malu sahaja. Khairil Izlan, balas Khairil Izlan. Awak datang sini untuk menyerang saya lagi ke? Khairil Izlan bertanya dengan kening terangkat-angkat. Dia tersenyum sinis menghadap Arissa yang sekadar buat tidak tahu sahaja dengan kehadirannya. Arissa menjeling sekilas. Keningnya naik sebelah. Kebiasaan. Dia sudah terbiasa menaikkan kening sebelah apabila terasa hendak marah pada seseorang. Itulah cara dia menenangkan diri sebelum ada kerusi meja melayang hinggap ke kepala Khairil Izlan. Pap! Sakitlah bodoh! Arissa mengetap bibir apabila buat kali ketiganya Suhaila menendang tulang keringnya tanpa belas. Gila kau macam flat kos rendah tak dapat CF. Hensem dowh! Macam kondominium mewah dekat Bukit Antarabangsa tu, bisik Suhaila. Matanya bercahaya seakanakan terkena aura cahaya dari wajah Khairil Izlan.

33

Calon Jodoh Untuk Adik

Arissa sudah dapat rasakan tahap keterujaan Suhaila naik mendadak apabila dia cekap menangkap lelaki inilah bekas pacarnya Fazura. Dia menjuling mata ke atas mendengar suara Suhaila. Dia juga dapat lihat dengan jelas Khairil Izlan tersenyum bangga kerana pasti dia juga mendengar kata-kata pujian daripada Suhaila. Orang lelaki, memang pantanglah bila ada seorang awek memuji ketampanan wajahnya. If you dont mind, boleh saya join awak berdua makan? Dia meminta kebenaran. Gayanya sangat budiman. Tapi sebelum sempat Arissa membuka mulut untuk memberi kebenaran, dia tanpa segan silu telah melabuhkan punggung di kerusi kosong di sebelah Arissa dan Suhaila. Dia suka diapit oleh dua orang perempuan kerana senyumannya yang meleret itu sampai sekarang tak mati-mati lagi. Arissa membuat konklusi, lelaki ini pasti kaki perempuan. Eila jom! Arissa segera mengajak Suhaila beredar dari restoran mamak ini. Lagipun Dude Herlino cap ayam itu tiada, jadi tak bersebab hendak berlama-lama di dalam restoran ini. Tosai sardin dan teh tarik pun sudah lama selamat jadi penghuni perut. Suhaila mempamerkan senyum sumbing kepada Khairil Izlan sebelum mereka beransur dari situ. Sampai di tempat parkir motor, Suhaila mencebik. Pasti tidak puas hati kerana Arissa cepat-cepat mengajak dia pergi sebelum sempat dia berkenalan lebih rapat dengan Khairil Izlan. Jika Arissa katakan citarasa Suhaila adalah gred D nanti dia marah. Sebab itulah bila dia bercinta tak kekal lama. Semuanya hampeh. Macam aku jugak! Desis hatinya.

34

Areila Sahimi

Bab 6
UDAH hampir empat bulan Arissa putus dengan Azizi. Jika diikutkan kiraan bulan dan hari, dia telah lepas tempoh edah. Satu tempoh yang sangat sakit. Tapi mahu buat macam mana, jodohnya bukan dengan Azizi. Hidup mesti diteruskan walaupun tanpa dia di sisi. Aiceh!!! Arissa memang suka mengingati benda-benda lama di samping melayan rasa jiwangnya itu jika terpaksa menanti seseorang dalam tempoh waktu yang lama. Jam tangan dilihat. Mana abang ni? Sorry Ris. Abang ada hal tadi, kata Azmer yang baru tiba. Nafasnya tercungap-cungap. Arissa lihat abangnya yang kepenatan. Abang ni janji pukul berapa? Datang pukul berapa? bebelnya macam nenek-nenek. Sorrylah. Abang lambat. Azmer melihat jam tangannya. Kemudian bibirnya menarik sengih bersalah. Satu jam, sambungnya kemudian.

35

Calon Jodoh Untuk Adik

Right, balas Arissa sepatah seraya kepalanya mengangguk laju. Alah Ris ni. Hari ni cuti, kan? balas Azmer lalu melabuhkan punggung di sebelah Arissa. Arissa mencebik. Memanglah hari ni off day Ris, tapi abang tak patutlah datang lambat macam ni. Ris patut duduk rumah berehat tau. Abang tahu tak, penat kerja buat sales ni. Harihari tak pernah tak sibuk. Time-time cuti inilah kena berehat betul-betul, bebel Arissa seterusnya bercerita tentang kerja barunya sebagai jurujual sambilan di Courts Mammoth yang setiap hari sibuk memburu pelanggan. Inilah susahnya bila bekerja gaji berdasarkan komisen. Jika malas alamatnya tak dapatlah duit. Tapi jika rajin, gaji boleh mengalahkan pegawai gomen! Yalah. Ataupun bising-bising ni sebab memang tak mahu jumpa abang lepas loan peribadi tu tak lulus, duga Azmer. Sebelum ini Arissa pernah meminta wang lebih kurang RM3,000 untuk dijadikan modal perniagaan onlinenya tetapi dia tidak bagi. Bukan kerana dia kedekut dengan Arissa, tetapi Azmer masak benar dengan sikap Arissa yang suka buat kerja sekerat jalan. Semangat Arissa tu ikut musim. Sekarang musim orang sibuk mencari duit melalui perniagaan online dia pun sibuk-sibuklah nak join sekali. Kerana sudah faham dengan sikap Arissa, permintaan Arissa sekadar dibuat lalu di dalam lubang telinga sahaja. Kerjalah dengan Court Mammoth dahulu, biar pandai mencari duit sendiri. Arissa mencebik mendengar kata-kata abangnya. Sudah tahu lagi mahu tanya. Alah apalah sangat dengan loan dari abang yang

36

Areila Sahimi

tak approve tu. Ris pun boleh kumpul duit sendiri. Silap hari bulan nanti terus bukak kedai sendiri tau tak, katanya menjawab penuh azam. Dia mahu buktikan kepada abangnya yang dia bukan jenis cakap main-main. Semangatnya jugak bukan on, off mengikut musim. Abang ni kenapa nak jumpa Ris? tanyanya apabila melihat Azmer senyap sahaja. Cuma bibir Azmer sahaja mengukir senyuman melihat mulutnya yang dari tadi asyik tidak henti-henti membebel. Abang sengaja. Nak tengok adik abang, ucap Azmer lembut. Arissa memandang abangnya dengan pandangan pelik. Sambil ketawa dia bertanya, abang ni kenapa? Dah buang tebiat ke? Azmer turut sama ketawa. Dia melepaskan keluhan lemah sebelum berkata. Tak ada apalah. Saja. Hari ni nak makan tengah hari dengan Ris. Abang ni bukan makan tengah hari. Dah pukul empat petang. Tapau makan malam teruslah, balas Arissa seraya menunjuk jam tangan Swatch kepada abangnya. Jam tangan ini hadiah daripada abangnya sempena ulang tahun kelahirannya yang kedua puluh dua tahun. Untuk ulang tahun kedua puluh tiga tahun ini, dia sudah tahu apa hadiah yang ingin dia minta daripada abangnya. Down payment untuk sebuah kereta Viva kerana menunggang scooter di waktu tengah hari rembang telah membuatkan kulitnya menjadi semakin gelap. Dia tunggu detik itu. Tinggal lagi enam bulan sahaja. Apa-apa ajelah untuk adik abang. So, kita nak makan dekat mana? tanya Azmer. Ermmm JM Beriani nak? Dah lama tak makan

37

Calon Jodoh Untuk Adik

beriani kat situ. Boleh tapaukan untuk Eila sekali. Pasti hati minah tu berbunga-bunga dapat makan beriani yang abang belanja, kata Arissa penuh ekspresi dari dalam jiwa. Sengaja dia mahu mengusik abangnya. Tapi Arissa tak tipu kerana sudah dapat dibayangkan sengih bahagia Suhaila jika abangnya membelikan Suhaila sesuatu walaupun hanya sekadar sebungkus nasi beriani berlaukkan ayam madu dan popadom. Walaupun Suhaila meminati Dude Herlino, tetapi rasa minat itu tidak mampu mengatasi perasaan cintanya pada Azmer yang sudah tertanam sejak sekian lama. Tidak berubah walaupun Azmer tak pernah melayan Suhaila. Seraya itu tangan abangnya naik untuk meluku kepalanya tetapi dia sempat mengelak. Dia tertawa bila melihat abangnya berwajah kelat dengan gurauannya itu. Abangnya memang begitu setiap kali soal Suhaila cuba dibangkitkan. Cepatlah Ris. Arah Azmer meninggalkan dia yang masih ketawa. yang sudah

Azmer nampak maco tapi dalam hati tetap ada taman. Kata tak suka Suhaila, tapi setiap kali dikenenkenenkan muka tetap merah. Tetap juga malu-malu kucing. Alah! Arissa pasti dalam hati ada cintalah tu! Dia menuruti langkah abangnya yang sudah jauh ke depan dengan ketawa masih setia di bibir.

38

Areila Sahimi

Bab 7
AK keluar Ee? Azmer bertanya apabila melihat Khairil Izlan hanya terlentang di tengah ruang tamu rumah sambil menonton DVD. Minggu ni aku nak merehatkan minda dekat rumah ajelah Mer, jawab Khairil Izlan bersahaja. Pelik pulak aku bila kau tak keluar malam-malam minggu macam ni. Biasa kau kalau keluar malam-malam minggu macam ni memang pakat terus tak balik rumah, balas Azmer tentang sikap Khairil Izlan yang gemar berfoyafoya bila tiba setiap malam minggu. Gelas berisi air suam diletakkan di atas meja kopi sebelum punggungnya dilabuh malas. Alahhh kau ni Mer, aku bayar sewa rumah ni jugaklah. Macam tak suka pulak aku duduk di rumah, ngomel Khairil Izlan. Aku bukan tak suka. Aku cuma pelik aje, kata Azmer lagi tidak mahu Khairil Izlan salah sangka.

39

Calon Jodoh Untuk Adik

Shah kata kau baru clash. Betul ke? Azmer bertanya berkenaan hubungan jadi-tak-jadi Khairil Izlan yang seringkali bertemu titik noktah sebelum ada happy ending yang menarik. Khairil Izlan ketawa. Biasalah Shahrul. Mulutnya seperti perempuan. Langsung tidak boleh menyimpan rahsia. Aku mana pernah kekal lama, kata Khairil Izlan bersahaja seperti dia sudah biasa dengan soalan yang diajukan oleh Azmer itu. Jadi, betullah ni? Tak jadi jugaklah kau nak kahwin tahun ni? Azmer menyindir. Khairil Izlan berdecit. Azmer dijeling. Aku pun tak tahulah kau ni Ee. Nak kata skil tak mantap, aku rasa sejak dari zaman belajar lagi kaulah lelaki pujaan satu UiTM dulu. Mana awek yang tak pernah nak menolak setiap kali kau ajak couple. Kau kena mandi bunga ni Ee. Biar boleh melekat seorang, usul Azmer. Aku tak jumpa yang sesuai lagi. Nanti aku dah jumpa yang sesuai nanti aku kahwinlah, balas Khairil Izlan acuh tidak acuh. Bosan apabila ada yang selalu mengajukan soalan berkaitan dengan teman hidup, soal kahwin-kahwin ini. Melihat Shahrul yang terlalu dikawal oleh isterinya itu pun sedikit sebanyak membuatkan dia agak seriau. Azmer mencebik. Banyaklah kau tak jumpa yang sesuai. Berapa banyak dah anak dara orang yang kau heret ke sana ke mari? Tak sesuai konon. Azmer mencemuh. Aku heret aje Mer. Tapi aku tak pernah buat apaapa. Aku masih ada moral yang tinggi lagi Mer, balas Khairil

40

Areila Sahimi

Izlan mengingatkan Azmer, senakal-nakal dia, tiada seorang pun anak dara orang yang pernah dia rosakkan. Jika keluar pun, dia tidak pernah membawa mereka semua itu ke kelab malam. Tempat yang selalu dia pergi pun kedai mamak, kerana itulah faktor utama kenapa orang perempuan tidak boleh melekat dengannya terlalu lama. Semuanya kerana kedai mamak! Ah! Orang perempuan zaman sekarang semuanya bercitarasa tinggi. Mahu ke tempat yang mewahmewah sahaja. Ya. Tu aku tau. Kau memanglah sahabat aku yang paling tinggilah sangat moral tu. Main-mainkan hati perempuan lain kau kata kau bermoral tinggi. Azmer berceramah. Mer, aku duduk kat rumah hari-hari minggu ni untuk menenangkan fikiran aku. Bukan nak dengar kau membebel macam ni. Potonglah kau ni. Khairil Izlan menggumam. Konsentrasinya pada filem yang ditonton sedikit terganggu dengan bunyi suara daripada penceramah bebas yang tidak ada payment tu. Ee panggil Azmer. Apa dia? Potonglah kau ni. Tak senang betul aku nak tengok TV, gumam Khairil Izlan lagi. Aku nak tanya sesuatu. Apa dia? Kau bukan gay, kan? Choiii!!!! Tanpa sedar kotak DVD itu dibaling ke arah Azmer. Azmer meletuskan tawa. Bila aku tengok keadaan kau yang macam ni, aku teringat pulak pada adik aku.

41

Calon Jodoh Untuk Adik

Tanpa sedar dia menutur rendah. Eh Ina apa khabar ya sekarang? Agak kalau aku datang kat depan dia ada tak harapan untuk aku kena baling dengan kasut ke, dengan pasu bunga ke, gurau Khairil Izlan. Aku rasa dia akan baling kau dengan parang, getus Azmer geram. Adik kau tu menakutkan aku sungguhlah. Tapi aku salute pada Shahrul sebab boleh tahan dengan dia. Aku tak cakap pasal Inalah. Wahhh maju setapak bro! Sejak bila kau ada adik angkat ni? Tak update dengan aku pun. Khairil Izlan sedikit teruja apabila teman baiknya itu sudah menunjukkan tahap peningkatan terhadap perhubungan dengan makhluk yang bernama perempuan. Dia duduk menghadap Azmer. Kau ingat aku macam kau? Aku tak ada masa nak mengangkat anak orang jadi adik aku. Cukuplah yang ada ni aje, balas Azmer. Khairil Izlan mengeluh. Laaa tapi tadi kau tak cakap pasal Ina. Habis, kau bercakap pasal adik kau yang mana pulak ni? Khairil Izlan keliru. Kau dah lupa ke? Aku kan ada dua orang adik. Yang seorang lagilah. Khairil Izlan menepuk dahi. Owh aku lupa. Yalah. Dah kau tak kenalkan dekat aku, kan? Mana aku nak tau. Aku tahu Ina ajelah. Apa kena dengan adik kau tu? Macam kau. Baru lepas putus cinta. Tapi dia tak adalah macam kau yang masih boleh happy happy menonton Adnan Sempit sambil makan kerepek ubi cap Cikgu Hendon dan Suami ni, balas Azmer. Plastik kerepek ubi cap Cikgu

42

Areila Sahimi

Hendon dan Suami berperisa BBQ ditarik menghampirinya. Kerepek ubi tersebut dimasukkan ke dalam mulut satu per satu. Kau nak cakap, situasi adik kau dan aku tu berbezalah ya? Normallah. Perempuan. Penuh dengan emosi. Putus cinta menangis. Aku lemaslah dengan perempuan yang asyik sangat nak keluar air mata ni, kata Khairil Izlan, memperlekehkan kaum wanita. Kau tu tak bercinta sungguh-sungguh. Aku rasa satu hari nanti kalau kau bercinta dengan sepenuh hati baru kau tau macam mana sakitnya hati bila kena tinggal, selar Azmer pedas. Bro, kau cakap banyak. Kau tu jangankan bini, makwe pun aku tengok tak pernah ada, nak menasihatkan aku, bidas Khairil Izlan. Jika Shahrul yang sudah punya dua orang anak mahu menasihat bolehlah jugak dia ambil kira. Ini Azmer berlagak seperti punya pengalaman luas sedangkan bercinta pun tak pernah ada di dalam kamus hidupnya. Tapi betullah perempuan ni makhluk Tuhan yang paling complicated. Dua tiga bulan lepas, awek mana entah, serang aku dekat bank. Marah-marah aku. Katanya akulah punca dia break off dengan boyfriend dia. Sebab aku putus dengan Fazuralah, Fazura tu caras boyfriend dia, cerita Khairil Izlan sambil ketawa. Lucu setiap kali mengingatkan wajah berkerut gadis bercelak hitam atas bawah itu. Girlfriend kau bukan Amelia ke? Azmer blur. Aku belum pernah menggunakan istilah girlfriend. Khairil Izlan membetulkan kenyataan Azmer itu. Padanya selagi dia tidak berjumpa dengan seorang perempuan yang tidak kisah untuk dating di kedai mamak

43

Calon Jodoh Untuk Adik

hari-hari selagi itulah perempuan tersebut tidak melepasi tahap penilaian yang pertama. Tak. Fazura adik angkat aku sebelum aku mengangkat Si Amelia tu pulak, balas Khairil Izlan lagi. Tengok! Sikap kau ni sudah mendatangkan kesan buruk pada perhubungan orang lain. Azmer tidak habis membebel. Sebenarnya orang perempuan ni memang macam tu. Pada aku senang aje. Kumbang bukan seekor. Bunga bukan sekuntum. Gah Khairil Izlan menuturkan. Aku ni berdoa sangat agar ada antara adik-adik angkat ko tu yang boleh buat kau tertunduk. Khairil Izlan ketawa besar mendengar doa Azmer itu. Doa seorang sahabat. Hebat! Ubat? Khairil Izlan menyoal apabila melihat Azmer mengambil dua tiga biji pil di dalam bekas ubat. Supplement, balas Azmer bersahaja. Sejak bila kau pandai makan benda-benda ni semua? Menjaga kesihatan. Apa salahnya? Khairil Izlan mengangkat bahu, malas mahu mengambil tahu supplement apa yang diambil oleh Azmer itu. Silap hari bulan kalau dia bertanya, mahu Azmer boleh bertukar menjadi pakar kesihatan pula selepas tadi jenuh juga dia mendengar ceramah percumanya. Dia mahu menonton dengan tenang. Matanya kembali menonton Adnan Sempit di kaca LCD. Azmer juga, walaupun sudah menonton filem ini banyak kali. Kemudian mereka sama-sama ketawa apabila mendengar dialog Shaheizy Sam yang berbunyi banana fruits two times.

44

Areila Sahimi

Bab 8
RISSA masih lagi tekun membantu Arina di dapur. Kacang botol dan timun yang telah dibersihkan dipotong kecil-kecil supaya mudah dimakan dengan nasi. Hari ini ada aktiviti makan-makan. Setiap bulan inilah aktiviti yang mereka biasa lakukan. Cuma bulan lepas sahaja tiada aktiviti makan-makan kerana Azmer ada kerja di luar. Arissa sudah berada di rumah Arina sejak semalam lagi. Maklumlah, bukankah dia bekerja part time sebagai orang gaji Arina? Di luar, Azmer dan Shahrul sedang sibuk memanggang ikan terubuk. Bau aroma rempah yang dilumur di sekeliling ikan terubuk itu benar-benar membangkitkan selera. Kelebihan Arina yang membuatkan Shahrul semakin hari semakin menyayangi Arina adalah kerana kebolehan Arina memasak segala jenis masakan. Arissa bangga dengan Kak Inanya kerana di awal perkahwinannya, Kak Ina bukan pandai masak pun. Masak nasi pun selalu sahaja hangit. Yang dia master hanyalah Maggi-kari-telur-gegar sahaja. Kini, dia sangat hebat. Macam Chef Diva!

45

Calon Jodoh Untuk Adik

Mummy, abah dah siap masak ikan, beritahu Boboy. Apesal muka macam ni, Boy? tanya Arina seraya membersihkan muka Boboy yang sedikit hitam dengan kertas tisu. Ni main apa ni Boy? Mesti main dengan arang ni, bebel Arina tidak habis-habis. Sudahlah Kak Ina. Jom, kita bawa semua ni ke depan. Makan kat pondok depan tukan, kata Arissa tidak mahu mendengar lagi suara Kak Inanya membebel marahkan Boboy. Yalah. Ris bawak semua ni keluar dulu. Kakak nak tukarkan baju Boboy sekejap, kata Arina memberi arahan. Okey. Arissa akur. Sayur pucuk ubi masak lemak dia senduk ke dalam mangkuk. Begitu jugak dengan daging masak kicap dan sayur campur. Bawang kecil, cili padi dan tomato yang telah siap dihiris-hiris diperahkan asam limau dan kicap cap Kipas Udang sebagai pencecah ikan bakar pun sudah siap sedia. Dia angkat satu per satu ke hadapan sementara kakaknya memandikan Boboy. Di bilik air tingkat atas, masih kedengaran suara Kak Inanya membebelkan Boboy. Kak Ina kalau sekali membebel memang payah nak berhenti. Mereka semua sudah berkumpul di atas pondok kecil di laman rumah Kak Ina dan Abang Shahrul. Semua makanan sudah siap berhidang. Selang beberapa minit muncul Kak Ina dan Boboy. Kelihatannya mata Boboy bengkak sedikit. Masih kedengaran Boboy yang tersedu-sedan ketika mendapatkan abahnya. Shahrul cepat-cepat memujuk anak kecil itu.

46

Areila Sahimi

Arissa fikir, pasti teruk Boboy kena marah dengan mummynya tadi. Entah-entah kepit ketam Kak Ina kena di badannya. Selesai membaca doa mereka semua makan dengan berseleranya ditambah lagi dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, semuanya makan bertambah dua tiga kali. Cuma Azmer sahaja yang kelihatan agak kurang berselera. Sikitnya makan abang. Selalu abanglah orang paling last sekali habis makan, kata Arissa apabila melihat Azmer sudah mencuci tangan pada paip di tepi pondok. Haahlah Abang Mer. Tambahlah lagi, kata Shahrul pula. Di hadapan ahli keluarga dia akan menggunakan kata ganti diri Abang Mer kepada Azmer sebagai tanda hormat. Tapi apabila lepak-lepak berdua dia dan Azmer lebih senang untuk menggunakan kau-aku sahaja. Azmer sekadar mempamerkan senyuman segaris. Dah kenyang. Tadi sebelum datang ke sini abang dah makan dengan Ee, beritahu Azmer. Arina mencebik. Tak habis-habis dengan Ee, ngomelnya ketika menyuap nasi ke mulut Gegirl. Ee ada dekat rumah ke hari ini? Kenapa tak ajak dia makan sekali? sahut Shahrul pula sengaja mahu menggiat isterinya. Mata Arina membuntang. Suami dan abangnya selalu begitu. Itulah perkara yang paling dia tidak suka kenapa perkara itu yang seringkali mereka persendakan. Serentak dengan itu Azmer dan Shahrul sama-sama meletus ketawa. Arissa menjadi pelik melihat mereka bertiga. Ini

47

Calon Jodoh Untuk Adik

sudah kali keberapa dia mendengar nama Ee itu. Setiap kali nama Ee disebut, pasti Kak Inanya naik berang. Sape Ee tu abang? katanya ingin tahu. Kawan abang dengan Abang Shah, beritahu Azmer tanpa berselindung. Kenapa Kak Ina marah sangat setiap kali nama Ee naik? Arissa bertanya lagi. Tiba-tiba dia berminat pula untuk mengetahui gerangan nama Ee itu. Mana ada kakak marah. Meluat aje, sampuk Arina menyangkal kata-kata Arissa. Kata-kata Arina itu sekali lagi mengundang tawa kecil Azmer dan Shahrul. Ris nak berkenalan dengan Ee tak? Dia baik, kata Azmer tiba-tiba. Arissa merenung abangnya. Abang jangan pandai-pandai nak kenenkan Arisa dengan Ee tu. Ina tak setuju, sampuk Arina laju. You pun ya sambungnya lagi menuding telunjuk ke arah Shahrul yang tersengih-sengih menyokong usul Azmer itu. Ris pun ya. Banyak lagi lelaki lain kat luar sana. Tak payah nak hadap sangat Ee tu. Arissa memandang pelik ke arah kakaknya yang tidak berhenti membebel. Aku pun kena? Apa ni nak marah-marah orang pulak? Tak cakap apa pun, katanya tidak puas hati. Dia tidak tahu hujung pangkal jalan cerita pun apa sebenarnya sengketa mereka dahulu. Apa salahnya dengan Ee? Sekurang-kurangnya

48

Areila Sahimi

abang tahu yang Ee boleh jaga Ris dengan baik kalau mereka bersama, selar Azmer. Kadang-kadang dia rasakan Arina terlalu berlebihan memarahi Khairil Izlan seperti ini. Jika bukan kerana usaha Khairil Izlan yang murni itu, tidak mungkin jugaklah Arina akan menemui bahagia dengan Shahrul sehingga ada anak dua. Kenapa hal yang lama perlu dipanjang-panjangkan? Ada benarnya kata-kata Khairil Izlan. Kaum wanita biasanya dikuasai emosi. Jangan nak mengada! Ris jangan terima usul abang tu. Kalau betul Ris nak cari calon, kakak boleh kenalkan yang lebih baik, yang lebih ganteng, yang lebih hebat dari Ee, tukas Arina. Sudahlah. Abang Mer dengan Kak Ina ni dari hari tu bertekak bila sebut aje nama Ee. Ris tak perlukan mana-mana lelaki pun setakat ni okey. Come onlah. Kasi canlah Ris enjoy dulu. Lagipun terburu-buru buat apa, katanya mahu menamatkan perdebatan mulut antara Azmer dan Arina. Azmer mempamerkan senyumannya. Abang sengaja aje bergurau. Kita bukan selalu berkumpul ramai-ramai macam ni. Takut nanti dah tak ada peluang lagi nak berkumpul bergurau adik-beradik macam ni, ujar Azmer rendah. Arissa dan Arina berpaling melihat tepat ke wajah Azmer. Apalah Abang Mer ni. Bukan setiap bulan ke kita berkumpul macam ni? ujar Shahrul seraya menepuk bahu Azmer. Ada segaris senyuman payah terukir di bibirnya. Azmer tersenyum hambar.

49

Calon Jodoh Untuk Adik

Yalah. Aku tahu. Tapi aku kan sejak dua menjak ni sibuk aje. Manalah tahu tak ada peluang nak berkumpul macam ni, tipu Azmer. Abang ni apalah! Kalau bulan depan abang sibuk, kita kan boleh postpone bulan depan lagi. Kalau bulan depan lagi abang sibuk. Kita boleh postpone ke bulan bulan depan lagi. Kalau sibuk jugak, kita boleh postpone Bulan bulan bulan depan lagi. Sahut mereka semua. Mereka semua ketawa senang hati di dalam pondok. Senang hati kerana perut kenyang. Dan jugak ada yang senang hati bila cerita Ee mati di situ sahaja.

50

Areila Sahimi

Bab 9
RISSA tidak tahu apa yang ada di dalam fikiran kakaknya sehingga dia benar-benar melakukannya. Dia tak pernah jangka yang kakaknya akan mengambil kira soal abang yang ingin mengkenenkan Ee buatnya itu menjadi terlalu serius di dalam hidupnya. Dia ingat cerita itu habis setakat hari itu sahaja tetapi rupa-rupanya ada sambungan sampai ke hari ini. Tanpa menunggu masa yang lama kakaknya telah menetapkan janji temu Arissa dengan teman lamanya. Kak Ina memang pantas! Sepantas Soyuz yang membawa Dr. SMS naik ke ISS rasanya. Dengan tindakan drastik kakaknya itu tidak semena-mena dia lebih teruja untuk berjumpa dengan Ee daripada berjumpa dengan date yang kakaknya aturkan hari ini. Berpengaruh sungguh ya Ee itu. Aduhai Kak Ina. Melecetnya lebih! Arissa memang sayangkan kakaknya walaupun mulut kakaknya agak jahat dan selalu membuatkan tahi telinganya mencair setiap kali sesi membebel bermula. Akan tetapi Arissa akan lebih sayangkan kakaknya jika dia berusaha

51

Calon Jodoh Untuk Adik

menolong Arissa mencari kerja yang lebih baik dan bergaji lebih tinggi daripada bekerja sebagai jurujual di Courts Mammoth. Ini mahu membantu mencari lelaki yang boleh dijadikan bakal suami pula. Arissa masih muda. Sikit bulan lagi umurnya akan menginjak ke angka dua puluh tiga tahun. Dia belum mahu berkahwin kerana dia belum pass memasak pun lagi. Percayalah!!! Arissa seperti lembu dicucuk hidung. Tidak boleh nak menolak. Tidak boleh berkata tidak. Mentang-mentang selama ini hampir seluruh maintenance hidupnya ketika masih belajar dan menganggur dahulu ditanggung oleh kakaknya, sewenang-wenangnya dia memaksa Arissa melakukan benda-benda yang paling dia tidak suka. Kononkonon sebagai membalas jasa. Perlukah dia bertemu dengan lelaki yang ingin dikenalkan kepadanya yang masih single and available ini dengan memakai baju kurung kain cotton dan mekap melekat di muka? Arissa terasa dirinya seperti diperlakukan macam badut sarkas. Selalunya dia mengenakan celak mata berwarna hitam atas bawah alis mata sahaja. Tapi kerana mengikut telunjuk kakaknya, mata Arissa seperti mata burung nuri. Warna-warni! Kuning ada. Hijau ada. Macam dekat petrol pam jugak! Atas desakan kakaknya, Arissa berada di sini hari ini pada hari cutinya. Di tengah-tengah Secret Recipe menanti lelaki yang telah kakaknya tetapkan untuk bertemu janji dengannya hari ini. Hatinya sedikit gementar. Dia tidak tahu bagaimana rupanya lelaki yang ingin kakaknya perkenalkan kepadanya. Mujur juga kakaknya turut sama menemani. Kalau tidak, dia rasa dia dah lama lari dari sini. Tak kuasa eih nak bertemu janji buta-buta macam ni. Semua itu mana boleh pakai!

52

Areila Sahimi

Argh Arissa sudah menanti hampir satu jam tetapi kelibat lelaki ini tidak juga muncul. Bengangnya Arissa kerana telah membuang waktu percuma sahaja. Kak, Ris paling pantang tau pada orang yang tak punctual. Arissa mula merungut. Bencinya dia pada orang yang tak pandai menepati waktu. Mintak maaflah. Awal-awal lagi markah buat lelaki yang belum dia temui itu telah ditolak satu. Sabarlah. Mungkin jalan jammed. Kita mana tahu masalah orang. Kita order brownies pulak nak? Arina yang turut sama kelihatan gelisah cuba mengumpan Arissa dengan brownies sementara mahu menanti calon pilihannya itu tiba. Ngeee tak maulah! kata Arissa laju. Kak, lama-lama ni Abang Shahrul tak bising ke? soal Arissa. Sudah hampir dua jam dia dan kakaknya keluar. Dia risau pula abang iparnya itu akan bising nanti jika isteri kesayangannya itu pulang lewat. Tak apa. Dia pergi memancing dengan abang, kata Arina bersahaja. Arissa melopong. Boboy dengan Gegirl? Rumah tersengih. opah diorang, kata Arina sambil

Arissa mengetap bibir. Senangnya kakak! Suka-suka hati sahaja meninggalkan anak di rumah mertua sedangkan dia boleh bersenang-lenang keluar. Ris, Ris dia dah datang, kata Arina seakan teruja melihat kehadiran teman lamanya itu. Dia meminta Arissa membetulkan kedudukannya dan memperkemaskan diri apabila lelaki itu semakin menghampiri. Arissa menoleh ke belakang selepas membetulkan

53

Calon Jodoh Untuk Adik

baju kurungnya. Dia terpanar melihat susuk tubuh lelaki itu. Lelaki yang sama dia jumpa di McDonalds hari itu! Tidak seperti Arissa yang terkejut beruk, lelaki itu kelihatan biasa sahaja. Boleh tersenyum lagi. Okey. Satu markah buat senyuman yang manis itu. Hai Encik Fariz. Kenalkan. Inilah adik saya, Seri Arissa. Arina memperkenalkan Arissa kepada temannya yang bernama Fariz itu. Siti Nurhaliza? kata Fariz buat-buat tidak dengar dengan kata-kata Arina tadi. Arina hanya ketawa mendengar jenaka lelaki itu. Arissa pula sekadar tersenyum tawar. Lawak lelaki bernama Fariz ini langsung tidak membuatkan dia rasa mahu ketawa. Kalau lawak sebegitu sudah basi untuk diperdengarkan kepada dia kerana ramai manusia telah menggunakan lawak yang sebegitu kepadanya semenjak Siti Nurhaliza menang AJL pada tahun 1996 melalui lagu Jerat Percintaan. Tahun tu dia masih bodoh-bodoh jugak sebab dia tak kenal pun Anuar Zain yang kena ikat tangan waktu Siti Nurhaliza bertanding! Melihat Arissa yang langsung tidak bereaksi dengan jenakanya membuatkan Fariz seperti malu sendiri. Seri Arissa, kata Arissa cuba membetulkan sebutan lelaki itu. Dia tidak mahu memalukan kakaknya di depan lelaki ini. Arina awal-awal lagi sudah bagi amaran kepadanya agar menjaga tingkah di depan temannya ini kerana Fariz bukan sembarangan orang. Fariz bekas bos Arina semasa dia menjalani latihan praktikal di Jabatan Perkhidmatan Awam dulu. Dulu Fariz hanyalah pegawai kerajaan skim PTD M41 sahaja. Sekarang dia sudah menjawat gred yang lebih tinggi.

54

Areila Sahimi

Gred M48. Arina kata gaji mencecah RM5,000 sebulan dan telah pun memilih opsyen pencen apabila bersara kelak. Ada rumah sendiri dan memandu Nissan Sentra berwarna hitam. Walaupun rumah dan kereta masih dalam pinjaman bank, tetapi menurut kiraan Arina, sebelum pencen pasti dua-dua hutang itu akan selesai. Silap hari bulan sempat membeli sebiji banglo sebagai rumah kedua pula. Kelebihan kakaknya yang paling dia kagumi. Kak Inanya kalau buat research pasal seseorang pasti dia akan buat sungguh-sungguh. Semua benda dia akan korek dalamdalam. Gayanya Encik Fariz ini calon yang paling sesuai untuknya pada mata Arina. Arissa? Entah. Tak ada feeling langsung. Sepanjang tempoh pertemuan itu, dia lebih banyak mendiamkan diri. Kak Ina tetap Kak Ina. Dia kata mahu perkenalkan Encik Fariz kepada Arissa. Tapi Arissa rasa kakaknya pula yang over. Rancaknya Arina dan Encik Fariz bercerita itu ini sampaikan Arissa rasa dia macam tunggul aje di tengah-tengah mereka berdua. Tahulah sudah lama tidak bertemu, tapi perlukah buat episod Jejak Kasih di sini? Di hadapan Arissa yang bagaikan telah disumpah menjadi tunggul kayu. Kak. Arissa mencelah di balik perbualan Arina dan Fariz yang masih lagi rancak berlangsung. Apa dia? soal Arina. Nak pergi tandas, kata si tunggul kayu ini perlahan sambil bermuka ketat. Ermmm. Arina membalas dengan gaya bersahaja. Selepas itu dia menyambung semula perbualan yang terhenti akibat gangguan Arissa tadi. Sepanjang perjalanan ke tandas, tidak henti-henti

55

Calon Jodoh Untuk Adik

mulut Arissa menggumam dengan sikap kakaknya yang bagaikan telah lupa dengan tujuan utamanya membawa dia ke sini. Dia terasa seperti membuang masa. Kalaulah cuti hari Sabtu ini dia duduk di rumah sambil menonton filem Shah Rukh Khan dalam slot Panggung Sabtu di TV3 pasti lebih menarik kut daripada duduk menjadi tunggul di tengah-tengah kakaknya dan Encik Fariz. Menyesal! Selesai urusan pelaburan di tandas Arissa kembali semula. Dia lihat hanya Encik Fariz sahaja yang berada di meja. Kakaknya pula sudah ghaib. Ah, sudah! Kak Ina mana? soalnya ketika melabuhkan punggung. Ina dah balik. Boboy dan Gegirl dah meragam, jawab Fariz bersahaja. Mata Arissa membulat mendengar jawapan Fariz. Kak Ina kan sengaja! Kalau macam tu saya pun nak balik jugaklah, katanya seraya mengangkat punggung. Eh, Ina aturkan pertemuan ni untuk kenalkan awak dengan saya. Lagipun awak minta cuti hari ini pun memang untuk berjumpa dan berkenalan dengan saya, kan? Kita tak sempat nak berkenalan lagi. Takkan awak nak balik dah? Fariz cuba menahan Arissa dari pergi. Kaki Arissa terhenti melangkah. Benaran! Kelmarin atas usahanya menahan telinga mendengar ceramah daripada supervisornya akhirnya hari ini dia dibenarkan untuk bercuti juga. Jarang supervisornya memberi cuti kepada kakitangannya pada hujung minggu. Lagipun mana ada seorang salesperson pun mahu bercuti time Sabtu atau Ahad pada waktu seluruh orang gomen mendapat gaji. Komisen yang boleh diperolehi pada hari

56

Areila Sahimi

Sabtu dan Ahad adakala macam menang loteri. Dia sudah dapat membayangkan bagaimana menjunamnya graf jualannya pada bulan ini. Memang tidak akan mencapai target bulanan kerana bulan ini sahaja sudah dua kali berturut-turut dia mengubah cutinya ke hari Sabtu dan Ahad. Pasti Encik Razak, pengurus cawangan itu akan membebel kepadanya kala melihat hasil jualannya. Ngeee dia tak suka buat sale! Arissa lihat pandangan mata Fariz. Seperti mengerti apa yang lelaki itu harapkan, dia kembali duduk. Saya ingatkan Encik Fariz lebih berminat untuk bersembang dengan Kak Ina aje, katanya sinis ketika melabuhkan punggung kembali. Fariz ketawa kecil mendengar sindiran Arissa itu. Arisa nak makan apa-apa lagi ke? Dia bertanya. Arissa menggeleng. Tak apa. Saya dah terlebih makan pun semasa menunggu Encik Fariz datang tadi, jawabnya terus terang. Okey. Jadi kita nak mula dari mana? Fariz bertanya. Arissa lihat wajah Fariz yang beriak bersahaja. Mula apa? Dia bertanya kembali kerana kurang faham soalan Fariz. Kita nak berkenalan, jadi saya nak tau kita nak mula dari mana, terang Fariz. Owh. Mulut Arissa membulat. Dia tersengih. Nampaknya dia jenis lelaki yang straight forward. Menyoal pun tidak ada kias-kias dan bunga-bunga. Encik Farizlah cerita pasal Encik Fariz dulu. Arissa menyuruh Fariz memulakan dulu.

57

Calon Jodoh Untuk Adik

Biasa ladies first. Tak apa. Tu semua dah basi. Kita buatlah cara kita, ujar Arissa. Nama saya Syed Mohd Fariz bin Syed Mohd Omar. Umur tiga puluh lima tahun. Anak kedua daripada empat beradik. Saya anak lelaki tunggal dalam keluarga. Bekerja sebagai kakitangan awam. Masih bujang. Arissa menelan air liur mendengar Fariz bercerita tentang dirinya. Tang umur ada masalah sikit. Tiga puluh lima tahun? Tu lebih tua daripada abang tau! Lupakah Kak Inanya pada kriteria laki-laki idamannya yang pernah dia nyatakan kepada kakaknya dahulu? Lelaki idamannya perlulah mempunyai perbezaan umur sekurang-kurangnya setahun dengan dia atau paling tidak tua lima atau enam tahun sahaja. Kak Ina ni ada ke patut mengadjust pak cik tua untuk dirinya. Dia hampir mencecah dua puluh tiga tahun. Beza dua belas tahun tu! Saya Arissa. Umur nak dekat dua puluh tiga tahun. Anak bongsu. Saya kerja di Courts Mammoth. Sales person, kata Arissa senada sengaja mencipta suasana hambar kerana dia tidak berkenan mahu berkenalan dengan lelaki yang tua dua belas tahun daripada dirinya. Owhhh dua puluh tiga tahun, kata Fariz bersahaja. Arissa lihat Fariz mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia fikir Fariz mengagak seorang perempuan yang berpakaian sepertinya pasti berada dalam lingkungan umur yang sebegitu. Sales person? Dia bertanya. Mengagak itulah jawatan paling sesuai untuk Arissa di Courts Mammonth. Arissa mengangguk lantas berkata dengan bangga.

58

Areila Sahimi

Kalau nak beli TV LCD besar ke, plasma besar ke, home theather besar ke boleh datang jumpa saya. Fariz tertawa besar mendengar kata-kata Arissa itu. Ina cakap awak berminat menceburi bidang perniagaan. Arissa menelan air liur. Sehingga ke situ pun Kak Ina ceritakan kepada Fariz? Sekarang mungkin tidak. Tapi mungkin nanti-nanti saya bakal bergelar businesswoman yang berjaya. Fariz ketawa lagi setelah mendengar jawapan Arissa yang mungkin agak kreatif. Single? Dia bertanya lagi. Kali ini Arissa hanya mengangguk kepala. Dia memang seorang perempuan yang baru kehilangan kekasih akibat dicaras oleh teman baik sendiri. Single and available? Fariz masih lagi menyoal Arissa. Lebih kurang, jawab Arissa malas. Bagus! Suara Fariz yang sedikit kuat untuk jawapan yang Arissa berikan pada soalan terakhirnya itu membuatkan Arissa sedikit terkejut. Mukanya berkerut. Cuba mentafsir reaksi lelaki itu tadi. Bagus? soal Arissa. Keningnya terangkat. Bagus sebab tak ada siapa yang akan mengganggu kalau awak dan saya masih single dan available. Jadi kita boleh mulakan dengan langkah pertama. Sudi jadi kekasih saya? Arissa melopong mendengar kata-kata Fariz. Siapa nak jadi girlfriend dia? Tak mahu aku! Desis hatinya. Baru pertama kali bertemu sudah mahu declare pakwe-makwe.

59

Calon Jodoh Untuk Adik

Adakah ini tanda-tanda dia seorang lelaki yang terdesak untuk berumah tangga kala umur tiga puluh lima tahun masih belum punya calon isteri? Encik Fariz, awak dah tersilap okey. Saya setuju jumpa awak hari ini sebab Kak Ina yang suruh saya berkenalan dengan encik. Berkenalan aje. Bukan suruh terus jadi kekasih encik tau. Kata-kata Arissa yang kedengaran cukup jujur dan tidak pandai nak menipu membuatkan Fariz ketawa besar. Saya main-main sahajalah. Saya tahu awak baru putus cinta. Bukan senangkan nak bikin cinta baru, katanya bersahaja. Mata Arissa membuntang. Pasti kakaknya telah bercerita secara detail perihal dirinya. Pengalaman dia putus cinta pun Kak Inanya canangkan jugak. Macam-macam jugak Kak Ina dah ceritakan pada awak, kata Arissa. Sikit-sikit. Saya yang minta Ina ceritakan sedikit sebanyak tentang orang yang dia nak perkenalkan pada saya. Saya dah lama tak jumpa Ina. Saya pun tak tahu dia dah berkahwin. Saya dan Ina pun berjumpa semula dalam Facebook asalnya. Dari situlah dia mula promote pada saya yang dia ada seorang adik yang masih single. Bila saya lihat gambar Ina bersama awak baru saya tahu awak adik Ina. Saya masih ingat wajah awak semasa kita berjumpa di McD dulu, ujarnya. Laaa ya ke? Maknanya awak tahulah saya adik Kak Ina yang Kak Ina nak kenalkan tu? Fariz mengangguk. Awak agak manis bila pakai baju kurung. Nice.

60

Areila Sahimi

Arissa tersenyum malu mendengar kata-kata Fariz. Dia bijak memuji. Ermmm jomlah kita balik. Dah lama kita kat sini, kata Arissa setelah agak lama dia dan Fariz bertukar cerita. Okey. Saya hantar Arissa. Eh, tak apalah. Saya boleh balik sendiri. Jangan macam tu. Ina amanahkan saya untuk hantar awak selamat pulang ke rumah. Saya tak boleh mungkir janji. Kata Fariz jujur. Arissa tidak ada pilihan. Dia angguk sahajalah. Fariz orang baik-baik. Buat apa nak takut? Seperti yang kakaknya maklumkan kepadanya, memang Nissan Sentra hitam yang menghantarnya sehingga ke rumah dengan selamat.

61

Calon Jodoh Untuk Adik

Bab 10
EMANCING di kolam ikan berbayar ni bukanlah aktiviti yang paling aku suka, ngomel Khairil Izlan sambil tangannya melontar mata pancing ke dalam kolam untuk sekian kalinya. Sudah berjamjam dia di sini, tetapi mata kailnya masih lagi belum mengena. Kenapa ada manusia yang sanggup menjadikan aktiviti memancing sebagai hobinya sedangkan ianya terlalu membosankan. Bagai menanti buah yang tidak gugur. Syyy!!!! Azmer dan Shahrul sama-sama meletakkan telunjuk di bibir. Isyarat agar Khairil Izlan duduk diam-diam. Khairil Izlan berdecit. Tengok. Sudahlah korang paksa aku datang ke sini, lepas tu suka-suka pulak suruh aku diam, bising Khairil Izlan lagi. Suaranya kuat sedikit. Syyy. Sekali lagi Azmer dan Shahrul serentak mengisyaratkan agar Khairil Izlan diam. Khairil Izlan mengeluh lemah. Inilah satu-satunya

62

Areila Sahimi

aktiviti yang paling dia tidak boleh masuk dengan mereka berdua. Korang tau tak aktiviti memancing ni tak akan dapat hilangkan bosan aku tau! gumam Khairil Izlan. Dia mencangkung di hadapan kolam. Masih mahu memberi sedikit harapan agar adalah seekor ikan yang akan merentap umpannya nanti. Hey, Ee. Kau senyap boleh tak? Macam mana kail kau nak mengena kalau dari tadi kau asyik membebel aje, marah Shahrul yang mula bosan dengan bebelan Khairil Izlan yang dari tadi tidak henti-henti. Kalau aku tahulah macam ni punya bosan memancing, baik aku duduk di rumah sambil menonton Hantu Kak Limah Balik Rumah! Khairil Izlan membebel lagi. Tangannya meraba ke dalam bakul bekalan yang dibawa oleh Shahrul. Roti Gardenia di dalamnya diambil. Dia makan roti tawar itu bersama air mineral. Kau kata kau bosan duduk rumah, aku ajaklah kau ke sini. Lagipun dah lama kan kita tak pergi memancing sama-sama, sahut Azmer yang masih setia menanti mata kailnya mengena. Entah kau ni pun Ee. Cer kalau aku ajak memancing perempuan, tentu kau tak akan membebel macam nikan? Mesti muka tu ada senyum sentiasa. Sedas Shahrul bagi. Dia tidak memandang muka Khairil Izlan sebaliknya masih lagi memandang ke mata pancingnya yang masih pegun itu. Korang ni kenapa? Masing-masing nak cari salah aku. Berapa kali aku nak cakap, bukan aku yang cari perempuan-perempuan tu. Mereka aje yang menagih sedikit kasih sayang dari aku. Khairil Izlan membela diri.

63

Calon Jodoh Untuk Adik

Yalah kau tu. Kau pun pantang. Melayan ajelah, ujar Shahrul yang sememangnya kurang berkenan dengan perangai Khairil Izlan yang satu itu. Aku melayan supaya orang tak cop aku sebagai abang sombong. Tengok sekarang, bila tak ada yang menagih kasih, kan aku relaks aje boleh melepak dengan korang. Jadi terbukti. Bukan aku yang mengejar perempuan. Tetapi perempuan yang suka mengejar aku, terang Khairil Izlan dengan panjang lebar. Sudahlah kau. Ikan dalam kolam ni pun tak lalu nak dengar pujian kau terhadap diri kau tu sendiri. Perasan, selar Shahrul yang sudah malas mahu melayan perasan Khairil Izlan itu. Sebelum Khairil Izlan mengaku dirinya sekacak Aaron Aziz, baiklah dia berhenti dahulu. Khairil Izlan rungutan Shahrul itu. mengekek ketawa mendengar

Kau ni Shah, semenjak kahwin dengan Ina mulut pun dah 2x5 dengan dia. Main sembur aje mana tempat tak kira masa, kata Khairil Izlan, masih ketawa. Giliran Shahrul pula mencebik apabila diperli oleh Khairil Izlan. Ina tak bising Shah kau keluar memancing lamalama ni? sampuk Azmer yang baru teringat bahawa mereka telah berada di sini sejak pagi tadi. Sekarang pun sudah menginjak ke petang masih lagi belum menunjukkan tanda mahu pulang. Owh... tak, dia keluar dengan Ris tadi. Anak-anak pulak sejak semalam aku dah eksport ke rumah mak aku, beritahu Shahrul. Keluar dengan Ris? Azmer mengerut dahi.

64

Areila Sahimi

Haah. Shahrul mengangguk. Katanya nak kenalkan teman lamanya ketika praktikal dulu dengan Arissa. Hah? Mata Azmer membulat. Maknanya Adjustlah tu sampuk Khairil Izlan. Ina ni entah sape-sapelah yang dia kenalkan pada Arisa tu, keluh Azmer. Dia ingat lagi, sebelum ini pun Arina ada mengkenenkan Arissa dengan teman lamanya juga, tetapi apa sudah jadi? Arissa sendiri yang datang mereport yang calon Arina itu tak boleh pakai. Belum apa-apa sudah pandai main pegang-pegang. Dah tentulah Ina akan kenalkan dengan lelaki yang baik-baik. Aku pasti tu, kata Shahrul. Ya kalau baik. Kalau tak? Azmer sangsi untuk calon kali ini. Kau memang takut ya adik kau dekat dengan mana-mana lelaki. Dulu kau ingat aku tak tau ke yang kau selalu aje bagi warning pada boyfriend-boyfriend Arissa, selar Shahrul mengingatkan kembali setiap tindak-tanduk Azmer yang dirasakan terlalu mengongkong kehidupan Arissa. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Jika bukan kerana Arissa jenis yang keras kepala, pasti tiada warna-warni dalam hidup budak seorang itu kalau mahu buat apa sahaja kena ikut pantang larang abangnya. Aku warning sebab aku tak mahu diorang mainmainkan Arissa. Aku warning sebab aku nak diorang boleh fikir dua tiga kali sebelum buat adik aku kecewa, kata Azmer tentang relevan setiap tindakan yang diaturkan untuk melindungi seorang adik perempuan.

65

Calon Jodoh Untuk Adik

Dan mungkin sebab warning-warning kau tu la adik kau asyik kecewa aje dengan lelaki-lelaki itu, balas Shahrul. Salah satu sebab kenapa ramai sangat lelaki yang takut nak mendekati Arissa adalah kerana Azmer. Kalau tidak Arissa bukanlah kategori wanita teruk sangat pun sampai boleh ada pengalaman lima enam kali putus cinta! Macam yang Ina cakap, dah memang mereka semua tu hampeh. Aku tak nafikan. Arissa berkawan main redah aje. Tak pandang kiri kanan. Yang dia tahu muka handsome, jambu itu yang dia berkenan, gumam Azmer. Perbualan mereka bertukar serius. Mata kail sudah tidak dipedulikan lagi. Kau nak lelaki yang macam mana yang boleh jaga Arissa? soal Shahrul. Macam kau boleh jaga Ina cukuplah. Aku bukan apa, aku nak bila aku tak ada nanti, akan ada lelaki yang baik yang boleh bimbing, yang boleh sayang Arissa macam mana aku sayang dia, jawab Azmer. Shahrul mengeluh. Pandangannya dilemparkan ke tengah kolam. Kau nak ke mana ni, Mer? Shahril Izlan mencelah apabila keduanya sudah terdiam. Tak adalah ke mana. Cuma kalau boleh, biarlah orang yang bersama Arissa nanti lelaki yang aku kenal. Yang aku tahu hati budinya, balas Azmer tenang. Tak apalah Mer. Kalau kau tak ada nanti, aku ada. Aku boleh jadi abang pada adik kau tu. Ha ha ha. Anytime aku boleh jaga. Aku suka adik-adik angkat ni. Khairil Izlan berseloroh. Keningnya menari ronggeng.

66

Areila Sahimi

Kata-kata Khairil Izlan itu membuatkan baik Azmer mahupun Shahrul tersentak. Kedua-duanya memandang tepat ke muka bersahaja Khairil Izlan yang masih lagi laju memasukkan roti tawar ke dalam mulut. Sebenarnya itu adalah roti yang telah tamat tarikh luput. Sengaja Shahrul membawanya untuk dijadikan umpan. Mana tahu kalau ikan di dalam kolam ini bertukar selera mahu makan umpan roti Gardenia pula. Shahrul sudah terlambat untuk memberitahu Khairil Izlan yang itu adalah roti expired apabila hanya tinggal kepala roti sahaja di dalam plastik. Ermmm biarlah. Paling-paling tidak pun hanya mengalami cirit-birit selama satu hari aje. Betul kau boleh jaga Arissa? Betul kau boleh sayang Arissa, Ee? Azmer menyoal bertubi-tubi. Inginkan kepastian. Untuk kau. Anything! Anytime! seloroh Khairil Izlan dengan yakin lagi. Kau boleh jaga dia untuk aku Ee? Azmer serius bertanya. Khairil Izlan menjadi tidak sedap hati. Dia mainmain aje. Kau ni Mer. Janganlah serius sangat, kata Khairil Izlan sambil tersengih panjang. Pancing aku Shah. Pancing aku! Jerit Khairil Izlan apabila melihat mata kailnya bergerak. Dia dan Shahrul terus menarik mata kail itu naik ke atas. Rezeki dia akhirnya. Seekor ikan tilapia yang telah mengena. Di satu tempat di hujung sana, Azmer melepaskan keluhan lemah lagi.

67

No. ISBN:- 978-967-5067-95-2 Jumlah muka surat:- 472 Harga Runcit:- S/M: RM19, S/S: RM22 Harga Ahli:- S/M: RM15, S/S: RM18 Sinopsis:Calon Jodoh Untuk Adik membawa kisah keluarga Arissa yang penuh dengan drama, kalah Drama Minggu Ini! Azmer yang terpaksa menggalas tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga setelah kematian orang tua mereka inginkan yang terbaik buat adik bongsunya, Arissa. Sementelah nyawanya tidak panjang akibat penyakit yang dideritainya. Bagi Arina pula, dia mahukan adiknya, Arissa berkahwin dengan orang yang berpangkat supaya hidup terjamin di masa hadapan. Kisah bermula apabila Khairil Izlan (Ee) terheret ke dalam rancangan Azmer. Mengangkat Arissa yang sudah besar panjang itu untuk menjadi adik, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Khairil Izlan dan Arissa pun bukan boleh bertentang mata. Pendek kata, pantang

berjumpa pasti meletus perang dunia! Mengenangkan itu adalah wasiat terakhir Azmer merangkap rakan baiknya, Khairil Izlan terpaksa akur dalam tak relanya itu. Menjadi abang kepada Arissa bukanlah mudah. Budak tu bukan boleh ditegur. Pantang ditegur ada sahaja tembakan peluru torpedo yang keluar dari mulutnya. Berbisa dan pedas. Sabar Ee. Bersabar itu separuh daripada iman. Arissa pula sumpah! Hidup dia jadi tak tentu arah apabila Abang Azmer menyahut panggilan Ilahi. Pulak tu wajib menerima Abang Ee sebagai abang angkat. Memang dia mengamuk tahap gaban ketika itu. Abang Ee nak gantikan tempat Abang Azmer? Huh! Kirim salamlah awal-awal! Jangan harap dia terima Abang Ee! Tetapi, lama-lama dia boleh terima kehadiran Abang Ee apabila lelaki itu sering menolongnya sama seperti arwah Abang Azmer yang sentiasa berada di sisi Arissa apabila dia memerlukan seseorang dalam kehidupannya. Abang Ee taklah seteruk yang disangka. Abang Ee baik sebenarnya. Arina pula mula tak sedap hati. Dia dah ada calon untuk digandingkan dengan Arissa. Fariz, berjawatan besar sudah tentulah gajinya pun besar. Memang sesuai sangat untuk disatukan dengan Arissa. Cuma Arissa aje yang macam tak berkenan apabila kakaknya itu cuba kenenkan dirinya dengan Fariz. Tapi, dia cuba berkawan dengan Fariz dulu. Ambil hati Kak Ina yang bersusah payah carikan calon untuk dirinya. Terus terang, Arissa cuma perlukan abang aje dan tak mahu ada kakak yang lain. Cukuplah ada Kak Ina, tak perlu ada Kak Maisarah. Sakitnya hati bila Abang Ee berbaikbaik semula dengan Kak Maisarah kerana dia tahu, sekarang ini hatinya sudah jatuh sayang pada Abang Ee. Habis tu, Fariz macam mana? Takkan akibat sering

putus cinta, ada hati nak madukan mereka berdua? Abang Ee dan Fariz hidup bermadu? Oh! Hati Arissa sudah gila! Abang rekomen calon A, Kak Ina suruh pilih calon B. Disebabkan dua calon ini, Arissa pening. Yang mana satu dia patut undi? Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan CALON JODOH UNTUK ADIK di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196