Anda di halaman 1dari 13

Mengapa Guru Perlu Kreatif dan Inovatif?

Profesor Andy Hargreaves dalam bukunya Teaching in the Knowledge Society (2003) ada menyatakan bahawa pendidikan pada masa ini sedang berada dalam the age of insecurity. Dalam keadaan yang serba tidak menentu ini, guru akan memainkan salah satu daripada peranan berikut:

Guru menjadi pemangkin yang mempercepatkan proses globalisasi; Guru menjadi penghalang keburukan-keburukan hasil daripada globalisasi; dan Guru menjadi mangsa globalisasi kerana mereka tidak dapat mengikuti rentak dan perubahan semasa.

Guru perlu kreatif dan inovatif untuk menghasilkan pengajaran & pembelajaran yang berkesan dalam memainkan peranan sebagai pemangkin atau pengadang kepada keburukan hasil globalisasi dan tidak menjadi mangsa kepada globalisasi. Melalui pengajaran & pembelajaran kreatif dan inovatif guru, murid dapat memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengamalkan sikap dan nilai serta dapat mengembangkan daya kreativiti dan inovasi mereka. _________________mbf...

Admin
Admin

Number of posts: 1766 Registration date: 19/04/2008

Re: Mengapa Guru & Murid Perlu Kreatif & Inovatif?


by Admin on Tue Apr 12, 2011 6:31 pm

Mengapa Murid Perlu Kreatif dan Inovatif?


Kreativiti perlu dibangunkan dalam kalangan murid sejak peringkat awal persekolahan. Ia bertujuan untuk membolehkan mereka tahu potensi dan kecenderungan diri serta mencetuskan potensi yang tersembunyi dalam diri mereka. Antara kepentingan kreativiti kepada murid adalah untuk:

Menggalakkan murid meneroka bidang dan teknologi baru. Membiasakan minda mencari jawapan yang bilazim dan tidak Mencerna idea untuk menghasilkan penulisan bagi Menilai kualiti hasil kerja yang dihasilkan dan membuat Mengerahkan pemikiran bercapah dan think out of the box. Mencari penyelesaian berdasarkan penaakulan, imaginasi dan Menyerlahkan personaliti individu yang kreatif.

konvensional. menyelesaikan tugasan dengan lebih lancar. penambahbaikan.

visualisasi.

Indikator Kreativiti utk Sains


by Cikgu X on Thu May 26, 2011 11:48 am Melalui kemahiran saintifik dan inkuiri (mengkaji, mengeksperimenkan, berbincang, membina pernyataan dan penjelasan) murid:

Menggunakan idea atau model untuk menjelaskan fenomena. Menjana idea untuk menghasilkan/mensintesiskanteori dan hipotesis. Mengaplikasikan pelbagai kemahiran untuk menguji teori dan hipotesis. Mempersembahkan idea untuk menjelaskan fenomena melalui pelbagai kaedah dan bentuk komunikasi Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran untuk membuat ramalan/inferens/ kesimpulan. Membuat perkaitan antara pengetahuan saintifik dengan kehidupan harian

Model Proses Kreatif Terarah


Model diperlukan untuk memberikan gambaran secara keseluruhan tentang proses kreatif. Melalui model, urutan, perkaitan, corak, aliran dan organisasi dapat ditunjukkan. Model juga amat penting untuk minda berfungsi kerana membenarkan kita untuk menjangkau keperluan, langkah dan tindakan akan datang.

_________________mbf...

Admin
Admin

Number of posts: 1766 Registration date: 19/04/2008

Re: Model Proses Kreatif Terarah


by Admin on Tue Apr 12, 2011 7:03 pm Model Proses Kreatif Terarah sesuai dijadikan model umum proses kreatif untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Model Proses Kreatif Terarah mempunyai ciri yang berikut:

Menggabungkan konsep pelbagai model pemikiran kreatif yang

ada sebelum ini, termasuk model penyelesaian masalah kreatif dan model membuat keputusan kreatif. Terdapat keseimbangan antara imaginasi dan analisis. Melibatkan pemikiran kritis dan kreatif. Melibatkan kedua-dua proses mental, iaitu kognisi dan

metakognisi. Rajah di atas menunjukkan Model Proses Kreatif Terarah. Model Proses Kreatif Terarah mempunyai empat fasa yang terdiri daripada Fasa Persediaan, Fasa Imaginasi, Fasa Perkembangan dan Fasa Tindakan. Fasa Persediaan bermula dengan pemerhatian sehingga proses analisis secara berfikrah (thoughtful) situasi, objek dan karya, cara sesuatu itu berfungsi atau gagal dan sebagainya. Maklumat yang diperoleh melalui pemerhatian dan analisis disimpan dan diproses oleh minda. _________________mbf...

Admin
Admin

Number of posts: 1766 Registration date: 19/04/2008

Re: Model Proses Kreatif Terarah


by Admin on Tue Apr 12, 2011 7:06 pm Dalam Fasa Imaginasi, idea dijanakan untuk mencari hubung kait dan gabung jalin dengan menggunakan teknik seperti sumbangsaran. Seterusnya, idea dikutip dan sintesis idea berlaku untuk memilih atau menghasilkan ciptaan. Seterusnya dalam Fasa Perkembangan, penambahbaikan terhadap hasil idea perlu dijalankan sebelum penilaian terakhir. Suatu ciptaan asli tidak bermakna dan tidak bernilai jika tidak digunakan atau tidak dilaksanakan. Semua idea baharu yang dilaksanakan membawa perubahan dalam kehidupan harian dan menggerakkan individu untuk memulakan semula pemerhatian dan

penganalisisan. Melalui fasa tindakan ini, kreativiti menjadi amalan berterusan. Model Proses Kreatif Terarah sangat sesuai dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kerana model ini selari dengan model pengajaran dan pembelajaran sedia ada yang memupuk kreativiti dalam kalangan murid. _________________mbf...

Indikator Amalan Kreativiti bagi Proses Kreatif Terarah


Setiap fasa dalam model Proses Kreatif Terarah melibatkan kemahiran utama sebagai asas bagi fasa tersebut. Kemahiran utama itu pula diperincikan melalui indikator amalan kreativiti seperti yang diperlihatkan dalam Jadual di bawah. Indikator dalam amalan kreativiti tersebut dapat dijadikan rujukan dan diaplikasikan oleh guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Utama 1.0 Fasa Persediaan 1.1.1 Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau. 1.1.2 Menumpukan pemerhatian kepada objek,perkataan, ayat atau teks secara menyeluruh. 1.1.3 Menggunakan alat, radas, bahan, instrumen atau spesimen yang sesuai. 1.1.4 Mengendalikan alat, radas, bahan, instrumen atau spesimen dengan betul. 1.1.5 Menggunakan pelbagai kaedah atau prosedur yang sesuai. 1.1.6 Mengenal pasti ciri objek, situasi atau fenomena dengan tepat. 1.1.7 Mendapatkan makna dengan betul. 1.1.8 Mengenal pasti objek, situasi atau fenomena sekeliling yang berkaitan. 1.2.1 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul. 1.2.2 Mengasingkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu. 1.2.3 Mengumpulkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu. 1.2.4 Menyusun maklumat mengikut kriteria tertentu. 1.2.5 Mengesan sebab berdasarkan maklumat berwibawa. 1.2.6 Mengkaji kesan baik dan kesan buruk 1.2.7 Mengimbas kembali idea. 1.2.8 Mencari banyak bukti yang diterima dan disokong berdasarkan fakta dan maklumat. Indikator Amalan

1.1 Pemerhatian Membuat pemerhatian aktif untuk mengumpul maklumat.

1.2 Analisis Menganalisis maklumat dengan menghuraikan bahagian kepada yang lebih kecil bagi memahami sesuatu. .

_________________mbf...

Admin
Admin

Number of posts: 1766 Registration date: 19/04/2008

Re: Indikator Amalan Kreativiti bagi Proses Kreatif Terarah


by Admin on Tue Apr 12, 2011 7:20 pm . Kemahiran Utama Indikator Amalan 2.0 Fasa Imaginasi 2.1 Penjanaan idea Menghasilkan ideaidea yang berkaitan dengan sesuatu perkara. 2.1.1. Menghasilkan idea-idea baharu yang banyak (yang mungkin benar atau tidak pasti tetapi logik). 2.1.2. Menghasilkan idea secara berterusan. 2.1.3. Menghasilkan idea yang bermakna. 2.1.4. Mencari hubung kait, gabung jalin atau corak berdasarkan maklumat yang ada.

2.2.1 Membuat kesimpulan, membuat pengitlakan dan membina tajuk. 2.2.2 Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik lukisan, kraf, binaan, peta, rajah, puisi, muzik, lagu, karangan, 2.2 Sintesis idea laporan dan lakaran. Menggabungkan 2.2.3 Menentukan maklumat diperoleh mencukupi dan maklumat yang memastikan sama ada maklumat tambahan diperlukan. berasingan untuk 2.2.4 Membuat keputusan tentang sintesis akhir. menghasilkan dan 2.2.5 Membincang kebaikan atau kelebihan dan keburukan memilih sesuatu. atau kekurangan yang menjurus kepada keputusan akhir. 2.2.6 Mencabar dan menilai maklumat baharu yang diperoleh sama ada memerlukan tindakan susulan atau diketepikan. 2.2.7 Membuat refleksi yang berterusan. .

Re: Indikator Amalan Kreativiti bagi Proses Kreatif Terarah


. Kemahiran Utama 3.0 Fasa Perkembangan 3.1 Penambah baikan Membuat 3.1.1. Menokok tambah idea. penambahbaikan 3.1.2. Mengubah suai idea. untuk 3.1.3. Memberi pelbagai penerangan rasional mengembangkan tentang idea. atau 3.1.4. Memberi pelbagai contoh berkaitan dengan mempelbagaikan tugasan. sesuatu idea untuk 3.1.5. Memberi pelbagai kategori atau aspek. meningkatkan mutu atau keindahan hasil karya atau ciptaan 3.2.1 Memberi alasan yang tepat untuk menerima atau menolak idea. 3.2.2 Menyatakan kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan, kelebihan dan kekurangan berdasarkan bukti atau alasan tertentu. 3.2.3 Membuat wajaran dengan betul. 3.2.4 Membuat pilihan berdasarkan kenyataan atau fakta sebenar dan tidak dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka. Indikator Amalan

3.2 Menilai Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara

Admin
Admin

Number of posts: 1766 Registration date: 19/04/2008

Re: Indikator Amalan Kreativiti bagi Proses Kreatif Terarah


by Admin on Tue Apr 12, 2011 7:29 pm . Kemahiran Utama 4.0 Fasa Tindakan 4.1.1 Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan 4.1 Pelaksanaan khusus. Menyampaikan dan 4.1.2 Menyusun idea secara tersusun dan mempersembahkan mudah difahami. idea atau 4.1.3 Menghasilkan idea tidak sama menghasilkan dengan orang lain, idea tidak seperti yang prototaip biasa dan idea yang belum ada atau frekuensi ideanya kecil. 4.2 Amalan berterusan Peka kepada perkara di sekeliling dan menjana idea untuk berkreatif. . 4.2.1 Peka kepada perkara di sekeliling. 4.2.2 Membuat pemerhatian untuk mengenal pasti masalah, kesilapan dan kelemahan. 4.2.3 Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baharu secara berterusan. Indikator Amalan

Berdasarkan kepada definisi-definisi tersebut kita boleh menjelaskan kreativiti sebagai: i. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif. ii. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menggunakan daya imaginasi, idea

kreatif dan pemikiran kreatif. iii. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan idea yang tulen, asli atau baru. iv. Hasil kreativiti mempunyai nilai, kegunaan atau memenuhi sesuatu keperluan

Mengapa Kreativiti

KREATIVITI, sebagai satu anugerah Tuhan merupakan potensi yang


dimiliki oleh semua individu. Namun begitu tidak semua orang boleh menjadi individu yang kreatif. Pemikiran kreatif dan inovatif perlu dibangunkan dan dikembangkan dalam kalangan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum persekolahan perlu memberi peluang kepada murid untuk menjadikan mereka suka menyoal dan mencari jawapan, melihat hubung kait, menjangka peristiwa yang akan berlaku, membuat spekulasi tentang kemungkinan, meneroka idea, berfikir secara literal, dan sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea, tindakan dan hasil. Bagi memastikan kurikulum persekolahan dapat membangunkan daya kreativiti murid, objektif pembelajaran yang berkaitan kreativiti perlu dikembangkan. Aktiviti yang meningkatkan minat dan kreativiti perlu disediakan dan murid perlu dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif. Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang saling berkaitan. Secara umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Dalam konteks pendidikan, kreativiti dan inovasi saling bergandingan bagi memastikan kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pembangunan modal insan yang dihasratkan.

Anda mungkin juga menyukai