Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PROGRAM AKUJANJI PELAJAR PMR/SPM/STPM 2012

1.0

PENGENALAN Program Akujanji atau Penilaian Kendiri Prestasi Akademik ini dirancang untuk

pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM pada tahun 2012. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar menentukan matlamat mereka dalam peperiksaan. Oleh itu pelajar akan mempunyai motivasi dalaman bagi memastikan matlamat mereka tercapai. Motivasi belajar tidak akan terbentuk apabila pelajar tersebut tidak mempunyai keinginan, cita-cita, atau maklum manfaat belajar bagi dirinya. Justeru, jika pelajar ingin berjaya di dalam peperiksaan maka mereka perlu perlu ada semangat, cita-cita ataupun keinginan untuk berjaya. Program ini juga dapat memberi peluang kepada pihak sekolah untuk melaporkan pencapaian akademik dan perkembangan sahsiah pelajar kepada para waris. Selain itu program ini juga dapat membantu para waris mengetahui cara-cara yang terbaik untuk mendidik dan membimbing anak-anak masing-masing agar cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah. Berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh guru berkaitan pelajar, diharapkan para waris dapat memantau pergerakan dan aktiviti anak masing-masing. 2.0 MATLAMAT Program ini bertujuan untuk membantu para pelajar menetapkan matlamat mereka dalam menhadapi peperiksaan PMR, SPM atau STPM pada tahun ini. Kehadiran para waris pula dapat merapatkan jurang di antara ibu bapa dengan pihak sekolah terutama berkaitan hal-hal yang melibatkan tahap pencapaian akademik pelajar di SMK St. Theresa.

3.0

OBJEKTIF

Di akhir program diharap dapat : 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 Membuka minda pelajar mengenai tahap pencapaian diri. Melahirkan pelajar yang berwawasan. Membantu pelajar mengenalpasti sasaran pencapaian dalam peperiksaan PMR, SPM atau STPM. Meningkatkan motivasi belajar dalam diri setiap pelajar. Mengadakan kerjasama erat antara ibu bapa dengan pihak sekolah dalam usaha untuk meningkatkan prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Memberi peluang waris mendapatkan maklumat pembelajaran anak masingmasing. Membantu pihak sekolah merancang program dan mencari alternatif terbaik bagi meningkatkan prestasi pelajaran dan sahsiah para pelajar. Memberi pendedahan tentang strategi, matlamat dan harapan sekolah dalam mencapai visi dan misi sekolah. 4.0 TARIKH Program Akujanji Pelajar PMR/SPM/STPM 2012 ini akan diadakan pada 17 Januari 2012 (Selasa) dan 19 Januari 2012 (Khamis). 5.0 TEMPAT Waris akan akan bersama-sama anak-anak masing-masing sewaktu pelajar mengisi borang akujanji dan melafazkan ikrar di Dataran Perpaduan/Bilik Multimedia SMK St. Theresa. 6.0 SASARAN Program ini dijalankan untuk semua calon peperiksaan PMR, SPM dan STPM 2012.

7.0

AHLI JAWATAN KUASA Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Setiausaha : Pn. Rohayah bt Johari (Pengetua) : Pn. Chua Jock Cheng (Pk Pentadbiran) : Tn. Hj. Zahri bin Zakaria (PK HEM) : En. Dass Velaisamy (PK Kokurikulum) : Pn. Nor Hayati bt Ahmed (Kaunselor) :

Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana

JK Sambutan 17 Januari 2012 (Selasa) En. Muhamad Amin b. Abdul Majid (SU STPM & Penyelia Tingkatan 6) Pn. Ng Chia Hooi (Guru Pengawas) Pengawas JK Sambutan 18 Januari 2012 (Rabu) En. Mohamad Husairi b. Yusoff (SU SPM & Penyelia Tingkatan 5) Pn. Ng Chia Hooi (Guru Pengawas) Pengawas JK Sambutan 19 Januari 2012 (Khamis) En. Muhamad Amin b. Abdul Majid (SU PMR & Penyelia Tingkatan 3) Pn. Saripah Anom bt Hj. Hussin (Guru Pengawas) Pengawas JK Dokumentasi Pn. Nor Hayati bt Ahmed Jurugambar Mohamad Hilmi bin Hasan JK Brosur Pn. Ratna Devi a/p Murugaya Pengacara Majlis Tingkatan 6 Pn. Muniroh bt Mohd Jusoh Tingkatan 5 Pn. Salmah bt Syed Mohamad Tingkatan 3 Pn. Saraspathy a/p Visvanathan

JK Persediaan Tempat Tingkatan 6 Atas En. Gobinathan a/l Subramaniam Pn. Norizan bt Yusoff Pn. Nursiah bt Radin Tingkatan 3 En. Suhaimi bin Salleh Pn. Shobashini a/p Sangaram En. Mohd Fadzal bin Abdul Majid Pn. Noorhayati bt Yusoff Pn. Saripah Anom bt Hj. Hussin En. Lim Eng Huat 8.0 TENTATIF Tarikh/Masa 17 Jan 2012 Selasa 8.30 pagi 17 Jan 2012 Selasa 11.00 pagi 19 Jan 2012 Khamis 8.30 pagi 8.00 pagi 8.30 pagi 9.00 pagi 9.40 pagi 10.10 pagi 10.30 pagi 9.0 PENUTUP Tingkatan 3 Tingkatan 5 Tingkatan 6 Atas Tingkatan Terlibat Tempat Bilik Multimedia Dataran Perpaduan Dataran Perpaduan Tindakan Penyelia Tingkatan 6 Guru Tingkatan 6 Penyelia Tingkatan 5 Guru Tingkatan 5 Penyelia Tingkatan 3 Guru Tingkatan 3 Tingkatan 5 Pn. Tee Geok Lan Pn. Kamariah bt Aripin Cik Lim Ju Vian En. Vela Kumaran a/l Velayutham Pn. Lim Bee Hoon

Aturcara Program Berkumpul di Dataran Perpaduan Kehadiran Waris Taklimat Pengetua Lafaz Ikrar oleh pelajar Waris Tandatangan Borang Akujanji Majlis bersurai

Program Akujanji ini amat penting kepada pihak sekolah untuk memastikan para pelajar dan waris memahami kehendak pihak sekolah dalam merealisasikan visi dan misi sekolah. Oleh itu diharapkan agar program yang dirancang ini dapat mewujudkan kerjasama yang padu di antara pihak sekolah dan waris. Seterusnya, diharapkan sasaran pihak sekolah akan dapat dicapai pada tahun ini dan tahun-tahun berikutnya. Pihak sekolah juga berharap agar para waris merasai bahawa kejayaan sekolah adalah kejayaan pelajar dan juga waris. Kejayaan yang dicapai oleh pihak sekolah akan dapat memartabatkan imej Sekolah Menengah Kebangsaan St Theresa dalam Daerah Kuala Muda Yan dan seterusnya di peringkat yang lebih tinggi.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

..................................................

..........................................................

Disokong dan disahkan oleh,

Tarikh :............................................

..................................................