Anda di halaman 1dari 4

(Mesyuarat ini diteruskan juga walaupun YDP PIBG SMK Sijangkang Jaya tidak dapat hadir kerana ayahanda

mertuanya telah kembali kerahmatullah - AlFatihah) Mengumumkan ketibaan: Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat diiringi oleh Naib Yang DiPertua PIBG, Puan Pengetua dan tetamu-tetamu jemputan. Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk Kasihnya ibu membawa ke syurga Kasihnya ayah dan ibu berkorban nyawa Kasihnya guru mencurah ilmu Pemacu segala pelita dan lampu Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Menjalankan tugas dengan amanah yang berkat Seribu tahun menjadi hikmat Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam Satu Malaysia. Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat Yang Dihormati En Ahmad b. Yahya, Pegawai Khas kpd Yang Berbahagia Dato Hj Nordin b Selamat, Penyelaras Pembangunan Persekutuan, DUN Sijangkang. Yang Dihormati Tn Hj Zulkapli b. Mohamed, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat, Yang Berusaha Pn. Hjh Noor Hayati bt Sarbini, Pengetua SMK Sijangkang Jaya dan barisan pentadbir. Yang Berusaha Naib Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, En Abdul Halid bin Mohd Yassin dan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Sijangkang Jaya sesi 2011. Yang Dihormati lagi dikasihi, guru-guru, ibu bapa dan para hadirin sekalian. Pada pagi yang permai ini, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12 SMK Sijangkang Jaya.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman bin Mohd Karli,

Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat, En Ahmad bin Yahya dan Tn Hj Zulkepli bin Mohamed ke majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 12. Saya juga melahirkan rasa banga dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran ibu bapa, guru-guru dan para tetamu dalam menunaikan amanah sebagai Ahli PIBG. Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk kita mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Pepatah Melayu ada menyatakan, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyakalau kita dapat satukan dan sepadukan idea, pasti kecemerlangan menjadi milik kita bersama. Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Dawami b. Shaien untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Dawami b. Shalen atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Hadirin yang dihormati, Sebagai tanda setia, tanda kasih kepada Negara. Marilah sama-sama kita kumandangkan suara, untuk menyanyikan lagu Negaraku bersama iringan muzik. Para hadirin dipersilakan untuk berdiri. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas nyanyian yang dikumandangkan sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Kepimpinan diteladani, Program dirancang dan direalisasikan, Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hjh Noor Hayati bt Sarbini, Pengetua SMK Sijangkang Jaya merangkap Penasihat PIBG SMK Sijangkang Jaya ke-12 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha Pn. Hjh Noor Hayati bt Sarbini, Pengetua SMK Sijangkang Jaya. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Naib Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, Yang Berusaha En Abd Halid bin Mohd Yassin untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan..

Demikian tadi ucapan oleh Naib Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, En Abdul Halid bin Mohd Yassin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Sidang hadirin yang budiman, Kalau Dato pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami; Kepada Dato ruang diberi, Mohon rasmikan majlis kami majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya kali ke-12. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. Dengan Bismillah kita mulai, Alhamdulillah wassola tannabi, Dengan takdir Ilahi Rabbi, Selesai sudah upacara merasmi. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli, atas ucapan perasmian sebentar tadi. Orang berbudi, Kita berbahasa. Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Naib Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, Encik Abd Halid bin Mohamad Yassin untuk menyampaikan cenderamata tanda penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli atas kesudian Dato menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya ke 12 tahun 2012. Tinggi bukit silang-gemilang, Air pasang tenang-tenangan, Budi sedikit takkan hilang, Dalam hati kenang-kenangan.

Majlis pada hari ini diteruskan pula dengan acara cabutan bertuah khas untuk para ibu bapa dan guru SMK Sijangkang Jaya. Hadiah cabutan bertuah kita pada hari ini telah disumbangkan oleh; Yang Berbahagia Dato Hj Nordin bin Selamat. Penyelaras Pembangunan Persekutuan DUN Sijangkang. Untuk menyempurnakan majlis , dipersilakan NYDP PIBG bagi menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman bin Mohd Karli dan Yang Dihormati Encik Ahmad bin Yahya untuk naik

ke pentas untuk membuat cabutan. Dipersilakan Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli untuk membuat cabutan 5 nombor bertuah. Encik Ahmad bin Yahya juga diminta untuk membuat cabutan 5 nombor bertuah.

Dimaklumkan, nombor masing-masing tercatat pada buku program hadirin pada hari ini. Penerima bertuah yang pertama ................... Hadirin bertuah yang terakhir ialah ................. Hadirin sekalian, Usah kecewa kerana acara cabutan bertuah masih belum lagi berakhir. Diminta para hadirin untuk bersabar dan setia menunggu sehingga ke akhir majlis. Kalau ada jarum yang patah, Jangan di simpan di dalam peti, Kalau ada khilaf dan salah, Jangan disimpan di dalam hati. Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya 2012. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli dan para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini. Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Dato dan para tetamu jemputan khas diiringi Pengetua, Yang Berusaha Pn. Hjh Noor Hayati bt Sarbini, untuk menikmati juadah yang disediakan di Bilik Gerakan Sekolah. Para ibu bapa dan hadirin juga dipersilakan untuk menjamu selera. Agenda seterusnya iaitu Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya kali ke 12 akan dipengerusikan oleh Naib Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, Encik Abd Halid bin Mohd Yassin. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Pengacara Majlis : EN SAHARUDDIN BIN ABDULLAH CIK NORLIYANA

Anda mungkin juga menyukai