Anda di halaman 1dari 7

Pendahuluan Bilik darjah boleh didefinisikan sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan merupakan tempat

yang terpenting yang perlu ada di sekolah. Secara amnya bilik darjah ialah bilik-bilik di mana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata-mata ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi para pelajar atau murid yang belajar dan guru yang mengajar serta berinteraksi antara satu sama lain di dalamnya. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kondusif bermaksud sesuai, baik dan membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu. Manakala istilah kondusif berdasarkan Cambridge Advanced Learners Dictionary (2004) pula membawa maksud menyediakan keadaan yang betul (the right conditions) yang dapat memberi ransangan untuk memastikan sesuatu yang baik berlaku (Princeton Universiti, 2003). Maka, persekitaran fizikal sebuah bilik darjah yang konduksif bermaksud

tempat yang baik dan sesuai yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran serta pelbagai aktiviti yang dijalankan. Oleh itu, perancangan dan pembentukan persekitaran fizikal sebuah bilik darjah merupakan satu unsur penting dalam menjamin kualiti proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Savage (1999), susun atur fizikal bukan sahaja dapat mempengaruhi sikap pelajar malah sikap guru dan ini dapat menyumbangkan kepada peningkatan akademik serta memperelokkan tingkah laku pelajar. Suasana bilik darjah yang kondusif bukan sahaja akan menggalakkan pembelajaran yang menyeronokkan tetapi juga memberi ruang kepada pelajar untuk lebih mudah dan cepat memahami pelajaran dengan cara yang lebih efektif. Susun atur suasana fizikal memainkan peranan penting dan guru haruslah memainkan peranan, berusaha sebaik mungkin untuk penambahbaikan daya tarikan bilik darjah. Sekiranya susunan bilik darjah tidak dapat diatur seperti mana yang dirancang, maka ianya akan menghadkan apa dan bagaimana cara sepatutnya pembelajaran itu harus dijalankan.

Bilik Darjah Kondusif Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), pembelajaran akan berkesan sekiranya persekitarannya, iaitu bilik darjah diurus dengan baik agar murid-murid boleh bekerjasama, berkomunikasi dan berkongsi dengan teratur dan selesa. Bilik darjah yang kondusif merangkumi 4 aspek utama iaitu :1. Persekitaran Fizikal Suasana fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan hubungan murid dengan murid. (HalizaHamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2008). Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid.

2. Persekitaran Psiko-soaial Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008), psiko-sosial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psiko-sosial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai cirri-ciri antarantanya suasana yang selesa, komunikasi terbuka, perkongsian idea dan lain-lain lagi.

3. Peraturan Bilik Darjah Murid-murid di sekolah rendah memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Menurut Mok Soon Sang (2009), peraturan memfokuskan jangkaan atau standard tingkah laku yang spesifik atau umum. Apabila seseorang guru Berjaya membentuk peraturan yang bersesuaian dengan aspek psiko-sosial murid-murid yang belajar di dalam bilik darjah berkenaan, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan terkawal tanpa sebarang gangguan seterusnya meningkatkan keberkesanan pemerolehan ilmu.

4. Rutin Bilik Darjah Di samping peraturan bilik darjah yang dipercayai mampu membantu meningkatkan pembelajaran dan mengawal disiplin, rutin bilik darjah atau disebut pensisteman bilik darjah juga dilihat sebagai salah satu aspek yang menyumbang kea rah pembelajaran yang berkesan. Menurut A.J. Michael (2008), adalah dibuktikan oleh penyelidik bahawa pensisteman bilik darjah

menjadikan individu itu lebih yakin, tenteram dan mempunyai tujuan. Kebiasaannya, rutin atau tabiat harian menyemai perasaan penting, bertanggungjawab, dan berguna kepada individu berkenaan. Salah satu cara terbaik untuk memupuk sifat-sifat tersebut ialah dengan menyediakan jadual tugas kelas. Dengan rutin demikian, maka murid akan berasa lebih bertanggungjawab sekaligus membantu membina kemahiran sosial dan emosi semasa berinteraksi ketika menjalankan tugas.

Kepentingan Bilik Darjah Kondusif

Lakaran Pelan Lantai dan Dinding Serta Kedudukan Peralatan Dan Perabot

Bajet Projek Pengubahsuaian Bilik Matematik BIL ITEM HARGA SEUNIT KUANTITI ANGGARAN KOS

Refleksi Individu Syukur Alhamdulillah, Pemulaannya saya merasakan tugasan ini terlalu sukar. Walau bagaimanapun hasil perbincangan dengan rakan-rakan saya berjaya menyiapkan tugasan ini pada waktu yang ditetapkan. Langkah pertama yang saya buat, ialah saya melayari internet bagi mendapatkan seberapa banyak maklumat. Disamping itu saya juga membuat pembacaan beberapa buah buku. Rujuk lampiran. Langkah kedua, saya mengenalpasti kehendak soalan iaitu mencari maklumat mengenai kepentingan persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif. Saya juga memberi justifikasi tentang peralatan dan perabot yang akan dibekalkan dalam kelas tersebut bagi mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Matematik. Langkah ketiga, saya cuba membuat lakaran pelan lantai dan dinding serta kedudukan peralatan/perabot dalam bilik darjah tersebut mengikut skala yang ditunjukkan. Langkah keempat, saya membuat bajet projek yang menunjukkan anggaran kos untuk setiap item merangkumi semua kos peralatan dan kos kerja pengubahsuaian sebuah bilik matematik yang kondusif tertakluk kepada bajet yang diberi iaitu sebanyak RM 25 000.