Anda di halaman 1dari 3

Kenal pasti dua murid yang menghadapi masalah tingkah laku yang berlainan di

dalam bilik darjah anda. Jelaskan ciri-ciri masalah tingkah laku murid-murid tersebut.
Cadangkan teknik modifikasi tingkah laku yang dapat anda gunakan untuk menangani
masalah tingkah laku mereka.

Definisi tingkah laku bermasalah adalah sebarang tingkah laku yang boleh

mengganggu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Terdapat pelbagai jenis tingkah laku bermasalah yang dilakukan oleh murid-murid di

sekolah, samada tingkahlaku bermasalah jenis minor, major dan kronik, ia diukur

mengikut berapa seriusnya masalah itu. Bagi seorang guru, mereka pasti tidak dapat

mengelak daripada bertemu dengan masalah ini, seperti saya juga, terdapat berbagai

ragam murid di dalam sebuah kelas samada tingkah laku bermasalah minor atau major

sahaja. Tingkah laku yang menarik untuk dibincangkan adalah dalam kategori minor

adalah murid bercakap pada waktu yang tidak sesuai dan untuk tingkah laku

bermasalah major pula, murid yang selalu tidak dapat menyiapkan kerja rumah.

Bagi tingkah laku bermasalah minor iaitu murid suka untuk bercakap pada

yang tidak sesuai adalah dari kalangan seorang murid lelaki tahun dua bernama nor

Luqman Hakim. Antara ciri-cirinya, asalnya dia adalah murid yang aktif di dalam

kelas, Luqman sememangnya petah berkata-kata, kadang kala dia memberikan

jawapan untuk setiap soalan guru dan guru sering memberinya peluang untuk

bercakap. Namun akhirnya ia telah menjadi biasa hinggakan setiap kali guru

bercakap, dia pasti akan menyampuk. Jadi ia telah mengganggu pengajaran dan

pembelajaran murid-murid lain. Sehinggakan guru boleh terlupa apa yang hendak

disampaikan setelah disampuk oleh Luqman. Rakan-rakan sekelas juga sering

terganggu dengan sifat Luqman. Masalah ini tidaklah sebesar masalah kronik, namun

jika dibiarkan ia boleh bertambah melarat sehinggkan dia boleh menyampuk

perbualan orang tua pada masa hadapan. Mungkin akan dikategorikan sebagai kurang
ajar. Setelah mengenal pasti masalah, guru perlu menggunakan teknik-teknik

memodifikasikan murid. Antara yang boleh dan telah dilakukan oleh saya sendiri

adalah dengan menetapkan matlamat tingkah laku yang betul yang harus ditunjukkan

kepada murid. Antara yang saya lakukan adalah, mendengar pendapat dan cerita

murid tanpa mencelah, kemudian saya menerangkan kepada mereka kita perlu

menghormati orang yang bercakap dengan mendengar tanpa menyampuk dan hanya

bercakap setelah diberi keizinan atau setelah orang yang bercakap telah habis

bercakap. Kemudian saya cuba mempraktikkannya ke atas Luqman sendiri, sehingga

dia boleh mengikuti seperti yang dilakukan oleh rakannya yang lain. Cara modifikasi

yang lain adalah seperti memberikan peneguhan atas sikapnya yang mengikut

matlamat yang telah ditentukan seperti pujian. Antara cara lain adalah dengan denda

seperti memarahinya, mengugut untuk memanggil ibu bapanya datang sekiranya tidak

berubah. Dan terakhir adalah dengan memberi peluang akan kepetahannya dengan

memasukkannya dalam pertandingan bercerita. Ini supaya bakat yang ada disalurkan

dengan cara yang baik. Masalah Luqman ini, tidaklah dapat diselesaikan segera,

namun ia berjaya mencegahnya atau membataskan masalahnya ke peringkat yang

rendah. Ini kerana ia memerlukan proses yang berterusan untuk memastikan ia

berkesan dan melatihnya untuk masa hadapan.

Masalah tingkah laku yang ingin dibincangkan adalah dalam kategori major

iaitu sederhana berat dalam tingkah laku bermasalah. Kebanyakan guru memang

mempunyai masalah yang sama iaitu murid enggan menyiapkan kerja sekolah.

Hampir semua murid di kelas saya agak sukar untuk menyiapkan kerja rumah yang

guru berikan. Ada sesetengah murid nampak seperti sangat berminat dan faham

terhadap pelajaran yang diajar, namun apabila diberikan kerja masih tidak dapat

menyiapkan kerja mereka. Sebahagian yang lain pula gagal menyiapkan kerja rumah
atas alasan tidak tahu untuk menyelesaikan soalan-soalan yang diberikan, walaupun

telah diterangkan cara menyelesaikannya. Teknik modifikasi yang boleh diambil

seperti yang telah saya lakukan adalah, mengambil alternatif lain dengan menukar

kerja rumah menjadi kerja sekolah iaitu murid tidak dibenarkan membawa kerja yang

diberi ke rumah, tetapi harus menyiapkannya sewaktu di sekolah, samada selepas

waktu pengajaran dan pembelajaran atau semasa aktiviti pengukuhan. Modifikasi lain

dengan cara mendenda murid-murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah sebagai

peneguhan negatif. Peneguhan positif seperti memberi ganjaran untuk kerja rumah

yang disiapkan. Bukanlah setiap kali siap kerja sekolah, diberi ganjaran, tetapi guru

menyediakan rekod prestasi murid, murid yang paling banyak menyiapkan kerja

sekolah akan diberi ganjaran. Cara ini juga boleh menjadi bukti atas kesalahan yang

murid lakukan. Kerana gagal menyiapkan kerja sekolah dikategorikan sebagai

kesalahan disiplin. Cara ini hampir berjaya memastikan murid menyiapkan kerja

sekolah, namun tidak semua yang berjaya dipulihkan.

Kesimpulannya, seorang guru perlu bijak dalam mengatasi pelbagai jenis

tingkah laku bermasalah dari murid-muridnya. Banyak cara lain yang boleh diambil

untuk merubah murid yang bermasalah. Jika masalah semakin berat dan bertukar

menjadi kronik, guru perlu mendapatkan bantuan lain seperti meminta kerjasama dari

guru disiplin ataupun kaunselor di sekolah. Ini bagi memastikan murid dapat belajar

dengan baik tanpa menjejaskan masa depan mereka.

Anda mungkin juga menyukai