Anda di halaman 1dari 21

PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR KASAR KANAK-KANAK MASALAH PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN INSTRUMEN MOVEMENT ASSESSMENT BATTERY

FOR CHILDREN (MABC)

ERNIE SULIANA BINTI MD. SHARIFF

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19 : 16 ( Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


JUDUL :
PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR KASAR KANAK-KANAK MASALAH PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN INSTRUMEN MOVEMENT ASSESSMENT BATTERY FOR CHILDREN (MABC) SESI PENGAJIAN : Saya, 2007/2008

ERNIE SULIANA BINTI MD.SHARIFF


(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. 2. 3. 4. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. **Sila tandakan ( ) SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TERHAD

TIDAK TERHAD

TANDATANGAN PENULIS Alamat Tetap No 4580, Jln Sj 4/3, Tmn Seremban Jaya, 70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tarikh :
CATATAN

TANDATANGAN PENYELIA

DR.MOHAD ANIZU BIN HJ MOHDNOR

30 APRIL 2008

Tarikh :

30 APRIL 2008

* Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR KASAR KANAK-KANAK MASALAH PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN INSTRUMEN MOVEMENT ASSESSMENT BATTERY FOR CHILDREN (MABC)

ERNIE SULIANA BINTI MD.SHARIFF

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan ( Sains Sukan ).

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

ii

iii

iv

DEDIKASI

Teristimewa Buat Ayahanda dan Bonda Yang Sentiasa Dalam Ingatan Allahyarham Md.Shariff Bin Shafiee Allahyarhamah Aishah Binti Hamid Kekanda dan Adinda Tersayang Ramlee bin Md shariff Ramlah bt Md.shariff Azmi bin Md.shariff S.Rohani bt Md.Shariff Zamri Bin Md.shariff Norma bt Md.shariff Emirul Hisyam bin Md.shariff Mohd Ibrahim bin Md.shariff

Sahabat-sahabatku SPS 05/09- Mas, umi,wawa,uming ,dan mereka yang tidak tercatat namanya disini

Kalian pencetus Inspirasi Pendorong Semangat Terima Kasih Tak Terhingga

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan berkat dan kesabaran akhirnya saya dapat menyempurnakan kajian ilmiah ini dalam tempoh yang telah di tetapkan.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Dr. Mohad Anizu Bin Haji Mohd Nor dan Puan Halijah Binti Ibrahim selaku pensyarah dan pembimbing yang telah banyak membantu serta memberi tunjuk ajar yang berguna dalam proses menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya SK Taman Universiti 4, khususnya kepada guru-guru yang terlibat iaitu Pn.Zulaiha Binti Md.Taher, Cik Azilah Binti Mohd Nor, Cik Rosnani Binti Latif dan En.Hazeeli Bin Mohd Shariff serta pelajar-pelajar di atas kerjasama yang diberikan sepanjang saya menjalankan kajian.

Akhir kata, semoga segala kerjasama, tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak akan diberkati oleh Allah hendaknya. InsyaAllah

vi

ABSTRAK

Perkembangan kemahiran motor halus dan motor kasar seseorang kanak-kanak banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi badan. Namun kanak-kanak pendidikan khas berbeza daripada kanak-kanak biasa atupun sederhana dari segi mental, keupayaan deria, ciri-ciri saraf, otot, fizikal, tingkahlaku sosial ataupun emosi, keupayaan komunikasi dan pelbagai kekurangan. Oleh itu, objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui prestasi kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran. Kajian ini penting kerana pengukuran prestasi kemahiran motor halus dan motor kasar di kalangan kanakkanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen ujian yang telah diterima pakai di peringkat antarabangsa masih kurang dilaksanakan dan tiada hasil penyelidikan didokumenkan di Malaysia. Kajian ini berbentuk kajian eksperimental. Seramai 22 orang kanak-kanak bermasalah pembelajaran berumur 7 hingga 14 tahun daripada pelbagai jenis kecacatan seperti autisme, ceberal palsi, sindrom down dan slow learner di SK Taman Universiti 4, Skudai Johor terlibat dalam penyelidikan ini. Pengumpulan data melalui ujian Movement Assessment Battery For Children yang telah dibangunkan oleh Harcourt Assessment. Ujian ini mengandungi 3 bahagian iaitu Manual Dexterity, Ball Skill serta Static and Dinamic Balance. Data yang dikumpul untuk dianalisis dengan menggunakan Microsoft Excel. Melalui ujian yang dilakukan, 56.25 % daripada semua subjek telah menyelesaikan kesemua ujian. Daripada keputusan ujian, perbezaan umur dan kecacatan mempengaruhi tahap keupayaan kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran. Kesimpulannya, kajian seperti ini amat

diperlukan bagi membantu meningkatkan prestasi kanak-kanak masalah pembelajaran.

vii

ABSTRACT

Development of children gross motor and fine motor depends on their brain development, body balancing and the increase of body coordination. However, special education childrens mental are different than normal or moderate childrens mental. Beside that communication ability, sensory ability, characteristic of nerves, muscles, physical, social behaviour or emotion and variety of deficiency also different. Therefore, the objective of this research to know the performance of gross motor and fine motor skill among learning disabilities children. This research is important because the measurement of gross motor and fine motor skills performance among learning disabilities children using the test instrument that had been use at the international level are not fully implemented and there is no documented research output in Malaysia. This research is experimental research. There are 22 learning disabilities students from 7 to 14 years old from Sek. Keb. Taman Universiti 4 were involved in this research.

Autisme, Ceberal Palsy, Down Syndrom and Slow Learner were categorised as learning disabilities. Data were collected through MABC that were developed by Harcout Assessment. This test consist of 3 part which are Manual Dexterity, Ball Skill and Static and Dinamic Balance. The data collected were analysed using Microsof Excel. There is 56.25% from 22 student did the test completely. From the data collected, In age differentiation and learning disabilities influenced the development of gross and fine motor. In conclusion, this particular research is needed to assist in increasing the performance of learning disabilities students.

viii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKASURAT

Halaman Judul Pengesahan Penyelia Pengakuan Dedikasi Penghargaan Abstrak Abstract Senarai Kandungan Senarai Jadual Senarai Lampiran

i ii iii iv v vi vii viii xii xiii

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8

Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Kepentingan Kajian Batasan Kajian Definisi Operasional

1 4 5 6 7 7 8 9

ix

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1 2.2 2.3

Pengenalan Kajian-kajian Berkaitan Kesimpulan

11 11 14

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 3.10

Pengenalan Reka Bentuk Kajian Tempat Kajian Sampel Kajian Instrumen Kajian Prosedur Kajian Kajian Rintis Analisis Data Jangkamasa Kajian Kesimpulan

16 16 17 17 17 20 62 62 63 63

BAB VI

ANALISIS DATA

4.1 4.2

Pengenalan Analisis Data Kuantitatif 4.2.1 4.2.2 Latar belakang Responden Mata Senarai Semak

64 65 65 65

4.3

Ketangkasan Manual, Kemahiran Bola dan Keseimbangan Statik dan Dinamik

69

4.4

Perbandingan Pencapaian Sampel Dengan Rekod Asas Movement Assessment Battery For Children

75

4.5

Kesimpulan

76

BAB V

PERBINCANGAN,CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 5.2

Pengenalan Perbincangan 5.2.1 Tahap keupayaan / prestasi kemahiran motor halus dan motor kasar bagi kanak-kanak masalah pembelajaran.

77 78 78

5.2.2

Perbezaan tahap keupayaan/prestasi 80 kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran

5.2.3

Faktor umur kanak-kanak

81

masalah pembelajaran mempengaruhi tahap keupayaan kemahiran motor halus dan motor kasar mereka 5.3 Kesimpulan 82

xi

5.4

Cadangan 5.4.1 Pemilihan subjek ( umur, latar belakang keluarga, tahap kesihatan) 84

5.4.2

Kajian rintis terhadap sampel yang akan diuji mestilah kategori yang sama

84

5.4.3

Lebih memberi fokus kepada satu kecacatan 85 dan kemahiran tertentu

5.4.4 5.4.5 5.4.6 5.4.7

Tempat Pengujian Masa Pengujian Latihan kepada penguji

85 86 86

Kemudahan catatan ( pencatat, video, foto) 87

5.5

Penutup

88

RUJUKAN

89-90

LAMPIRAN A-G

91-117

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL

TAJUK

MUKASURAT

3.5.1

Jenis ujian Kemahiran Motor Kasar mengikut Peringkat Umur Jenis ujian Kemahiran Motor halus mengikut Peringkat Umur Keputusan Senarai Semak dan Ujian Tugasan Keputusan Senarai Semak dan Ujian Tugasan Kemahiran Motor Kasar (7 hingga 8 tahun) Kemahiran Motor Halus (7 hingga 8 tahun) Kemahiran Motor Kasar (9 hingga 10 tahun) Kemahiran Motor Halus (9 hingga 10 tahun) Kemahiran Motor Kasar (11 hingga 14 tahun) Kemahiran Motor Halus (11 hingga 14 tahun) Frekuensi Keputusan Ujian

18

3.5.2

18

4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9

66 68 70 71 72 72 73 74 75

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKASURAT

Contoh Borang Ujian

91-108

B C

Surat Permohonan Kebenaran Sekolah Surat Kebenaran dari Pihak Sekolah

109-110 111

Contoh Surat Kebenaran Ibu Bapa

112-113

E F

Contoh Surat Maklum balas Ibu Bapa Surat Pengesahan Pelajar

114 115

Surat Kebenaran dari Kementerian Pendidikan Malaysia Surat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Johor

116

117

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Pembelajaran adalah bertujuan untuk memperolehi kemahiran, pengetahuan dan membentuk sikap. Pembelajaran Kemahiran Motor melibatkan proses dalam saraf deria dan proses motor. Pembelajaran ini adalah bertujuan untuk memperolehi maklumat, menggunakan maklumat, belajar sesuatu dan membuat sesuatu.

Sebagai contoh kes mengdiagnosis dan merawat pesakit. Pegawai Perubatan perlu kepada kemahiran persepsi untuk mengesan simptom atau masalah kesihatan pesakit. Kemudian dengan menggunakan kemahiran motor, doktor cuba merawat pesakit. Oleh itu pembelajaran kemahiran motor memerlukan penggunaan persepsi mental sebelum bertindak. Antara contoh aktiviti lain yang memerlukan

pembelajaran kemahiran motor ialah seperti mengambil gambar foto, bermain alat muzik, menggunakan komputer peribadi, memasukkan benang ke dalam jarum dan memanjat tangga.

Menurut pendapat Schmidt (1982), pembelajaran motor merupakan satu proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan tindakan atau pergerakan yang kekal. Pembelajaran telah berlaku berdasarkan maklum balas

mengikut prestasi pengetahuan (knowledge of performance) dan pengetahuan keputusan (knowledge of results).

Kemahiran adalah satu tindakan, tugas atau corak tindak balas tertentu serta kebolehan dan kesanggupan yang diperkembangkan. Ini adalah satu sifat am yang bergantung kepada faktor-faktor keturunan, persekitaran dan pembelajaran. Menurut Maier (1980) dalam Arasoo (1989), kemahiran motor ialah kebolehan mengeluarkan suatu corak unsur perlakuan yang berhubung dengan persekitaran tertentu.

Kemahiran motor merupakan pergerakan yang melibatkan otot-otot pada badan. Menurut Singer (1972), beliau telah menghuraikan domain psikomotor

mengikut kemampuan motor (motor abilities), ciri-ciri afektif dan kemampuan kognitif. Domain psikomotor terbahagi kepada tiga komponen seperti Kemahiran Motor (Motor Abilities), Tugasan Fizikal (Physical Tasks) Persepsi Motor (Perceptual-Motor Behavior). dan Tingkahlaku

Kemahiran motor dibahagikan kepada dua bahagian iaitu motor kasar dan motor halus (Magill, 2001). Kemahiran motor kasar merupakan kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot kasar atau besar yang melibatkan banyak anggota. Kemahiran motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot kecil atau halus dan sukar dilihat. Walaubagaimanapun, terdapat kesukaran dalam mengaplikasikan sesetengah kemahiran bagi menentukan penggunan kumpulan otot kasar atau otot halus.

Menurut Model Simpson, E.J (1972) terdapat empat tahap cara penguasaan kemahiran. Tahap pertama ialah memerhati (perception). Selain itu, ada juga

pengalaman kemahiran yang ditimba dengan membaca buku atau merujuk video. Pada tahap kedua pula ialah peniruan (imitation). Kemahiran mengikut dan cuba meniru apa yang dilakukan oleh orang lain dengan bimbingan. Mereka belajar kemahiran dengan melihat individu lain yang berpengalaman dan tahap ini merupakan tahap paling asas sekali. Tahap ketiga pula pada peringkat berlatih

(trainning) iaitu mengikut urutan dan masih cuba mencari penyelarasan antara bahagian dalam sesuatu kemahiran. Tahap keempat ialah penyesuaian (adaptation) dan ianya merupakan kemahiran yang dapat dikuasai dengan sempurna.

Menurut Huttenlocher, (1990, 1994) kanak-kanak merupakan individu yang mempunyai perkembangan kemahiran motor yang cepat sama ada kemahiran motor kasar atau motor halus. Perkembangan kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus seorang kanak-kanak banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak

Berbeza pula dengan kanak-kanak pendidikan khas. Mengikut terjemahan Kirk (1993), Murid Pendidikan Khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dalam ciri-ciri mental, keupayaan deria, ciriciri saraf dan otot ataupun fizikal, tingkah laku sosial ataupun emosi, keupayaan komunikasi dan pelbagai kekurangan. Antara kategori Murid Pendidikan Khas ialah bermasalah pembelajaran. Di Malaysia Masalah Pembelajaran ini merangkumi perkembangan yang lewat bagi kanak-kanak yang berusia bawah tiga tahun seperti Sindrom Down, Autisme, ADHD (Attention Deficit and Hyperactivity Disorder), terencat akal (berusia lebih tiga tahun) dan masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia, disgrafia, diskakulia dan lain-lain.

Sebenarnya,

kanak-kanak

yang

bermasalah

pembelajaran

bukanlah

bermaksud bodoh, lembab, malas atau tahap kecerdasan yang rendah ataupun berlaku akibat daripada perbezaan budaya, status sosial, kekangan ekonomi dan pengaruh persekitaran tetapi masalah pembelajaran bermaksud masalah khusus di dalam otak kanak-kanak seperti ini. Ianya boleh menjejaskan cara seseorang itu memproses dan bertindak balas terhadap sesuatu maklumat. Contohnya sesetengah kanak-kanak mungkin mempunyai beberapa masalah kemahiran motor yang akan memperlahankan kelajuan menulis mereka. Masalah ini selalunya disebabkan oleh

otot jari yang lemah. Menyedari begitu banyak perkara yang boleh menjejaskan kemampuan seseorang anak belajar, penilaian untuk mengatasi masalah

pembelajaran perlu dilakukan dengan teliti. Oleh itu, tahap keupayaan kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran boleh diukur menggunakan Instrument Movement Assessment Battery for Children (MABC).

1.2

Latar Belakang Masalah

Thelen (2000) dalam Gallahue dan Ozmun (2006) telah menyatakan kawalan motor muncul daripada interaksi yang berterusan dan rapat antara sistem saraf dan penglihatan, anggota badan dan bahagian lain badan. Ini menerangkan bahawa pergerakan antara badan berkait rapat dengan sistem saraf yang membawa maklumat. Kawalan motor oleh saraf akan mengawal pergerakan otot-otot bagi menghasilkan suatu pergerakan.

Ini sangat berbeza dengan masalah yang dihadapi oleh Zamri di mana beliau memperolehi kemahiran bercakap pada usia 5 tahun dan mengalami kesulitan dalam pembelajarannya (Teoh Hsien-Jin., 2007). Permasalahan ini berlaku ekoran

daripada interaksi yang tidak berterusan. Antara faktor yang menjejaskan pembelajaran adalah masalah fizikal seperti hilang pendengaran, kurang penglihatan, terencat mental, kecederaan otak dan perkembangan pertuturan yang lewat. Faktor fisiologikal, psikologikal dan persekitaran juga perlu dipertimbangkan.

Tingkah laku manusia merupakan unsur yang penting bagi pergerakan. Pergerakan ini berkait rapat dengan kemahiran motor. Pergerakan amat penting untuk memenuhi keperluan hidup yang sempurna. Pergerakan melibatkan pelbagai jenis otot badan dan menghasilkan lakuan motor. Kawalan motor mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawal kedua-duanya. Kawalan pergerakan yang dicapai menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem biologi.

1.3

Pernyataan Masalah

Kajian yang lepas menunjukkan 50% kanak-kanak masalah pembelajaran berhubung rapat dengan Developmental Coordination Disorder (DCD) Kaplan et.al (1998), Sugden dan Wann (1987). Perkaitan antara koordinasi motor yang lemah dan masalah pembelajaran menunjukkan peningkatan rangkaian saraf yang lemah sedangkan ia bertanggungjawab untuk mengintegrasikan maklumat daripada deria motor (Waber et .al, 2000).

Menurut Jongmanns et. al (2003), kanak-kanak dengan masalah DCD dan Learning Disabilities (LD) adalah lemah dalam semua prestasi yang melibatkan kognitif dan motor. Bahagian hadapan otak berfungsi untuk memproses maklumat Namun kerosakkan di bahagian tersebut akan menyebabkan sebahagian persepsi motor dan simptom kognitif menyumbang kepada masalah pembelajaran (Habib, 2000). Namun kanak-kanak dengan masalah DCD dan LD memerlukan masa untuk memproses maklumat bagi menentukan pergerakan yang perlu dilakukan.

Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengukur tahap keupayaan kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak masalah pembelajaran mengikut jenis masalah dan perbezaan peringkat umur. Melalui kajian ini, pengkaji dapat melihat sejauhmana masalah pembelajaran mempengaruhi prestasi kemahiran motor.

1.4

Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut:-

1.4.1

Untuk mengetahui prestasi kemahiran motor halus kanak-kanak masalah pembelajaran.

1.4.2

Untuk mengetahui prestasi kemahiran motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran.

1.4.3

Untuk membandingkan tahap keupayaan kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran mengikut jenis masalah kecacatan.

1.4.4

Untuk membandingkan tahap keupayaan kemahiran motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran mengikut peringkat umur.