Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI BMM 3104 ATIQA NABILA BINTI AZMAN 900104-14-5540 2010141340083 PISMP Pendidikan Khas 4 Januari 2010 Alhamdulillah,

akhirnya berjaya juga saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (BMM 3104) ini dengan jayanya. Tugasan ini telah diterima pada 2 Febuari 2012 dan perlu dihantar pada 2 Mac 2012. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan seramai 2 orang. Rakan sekumpulan saya ialah Nurfaharin binti Shani. Tugasan ini adalah berpaksikan kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,kemahiran membaca dan menulis. Melalui tugasan ini, saya dikehendaki memberikandefinisi dan konsep bagi kemahiran berbahasa, aspek-aspek penting berkaitankemahiran berbahasa dan faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya masalah dalammerancang aktiviti kemahiran berbahasa. Selain itu, saya juga dikehendakimenyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang menggabungjalinkankemahiran tersebut.Melalui tugasan ini, saya mendapat banyak maklumat yang berguna untukdigunakan sebagai guru Bahasa Melayu pada masa akan datang. Saya juga dapatmemahami apa yang dimaksudkan dengan kemahiran berbahasa. Selain itu, sayadapat belajar cara untuk menyediakan RPH yang menggabungjalinkan pelbagaikemahiran berbahasa. Semasa menyiapkan tugasan ini, saya tidak mengalamisebarang masalah kerana buku-buku rujukan yang digunakan mempunyai banyakmaklumat yang berkaitan. Bahan-bahan yang diperoleh dari internet juga banyakmembantu. Saya juga turut mengadakan perbincangan dengan rakan sekuliahmengenai tajuk tugasan ini.Kesimpulannya, tugasan ini sangat bermakna kepada saya sebagai seorangbakal guru Bahasa Melayu. Hal ini kerana, melalui tugasan ini dapat memberipengalaman dan ilmu pengetahuan baru kepada saya. Terima kasih yang tidakterhingga juga diucapkan kepada pensyarah BMM 3104 kami, En. Hegratul Al-Amin b.Shahbudin kerana banyak mencurahkan ilmu dan membimbing saya melaksanakantugasan ini