Anda di halaman 1dari 18

Pendahuluan

Pendudukan Jepun semasa perang Pasifik (1941-1945) adalah suatu peristiwa yang sangat penting penulisan sejarah Malaysia secara langsung kerana

peristiwa ini telah mengubah landskap politik sosial dan ekonomi Tanah Melayu secara keseluruhannya. 1 Selanjutnya, peristiwa ini juga telah

memberi kesan

terhadap masyarakat serta individu yang mengalami

kesengsaraan daripada kekerasan jepun semasa pendudukan mereka di Tanah Melayu. Namun begitu, di sebalik peristiwa ini, sudah pastinya terdapat individu yang akan merakamkan pengalaman mereka semasa peristiwa itu berlangsung secara naratif sejarah khususnya bagi di dalam catatan catatan mereka melalui penulisan di surat khabar, majalah , surat-menyurat, memoir dan diari yang berkaitan langsung dengan peristiwa perang dunia kedua itu di samping peranan para sejarawan di dalam mengkaji pendudukan jepun di Tanah Melayu dan Singapura semasa perang dunia kedua itu sendiri .2 Oleh itu, penulis akan cuba meneliti pengalaman seorang tokoh politik penting Singapura yang menjadi saksi penting di dalam peristiwa pendudukan jepun di Singapura iaitu Lee Kuan Yew yang menulis sebuah memoir yang bertajuk Memoir Lee Kuan Yew: The Singapore Story dengan memberi fokus terhadap pengalaman beliau semasa pendudukan Jepun . Selain itu, esei ini turut

membandingkan penulisan ahli sejarah lain sebagai rujukan sampingan agar

C.M.Turnbull, History Of Singapore 1819-1975, (Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1977), hlm 1 2 Ibid

dapat

menilai memoir ini secara lebih cermat lagi. 3 Tetapi , sebelum

membicarakan mengenai memoir ini, kita harus meneliti tentang maksud sebenar memoir agar perbincangan tentang sumber memoir ini menjadi lebih terperinci lagi. Memoir menurut kamus dewan bermaksud riwayat hidup yang ditulis oleh individu itu sendiri yang lazimnya merupakan individu penting dalam sesebuah negara, pertubuhan dan sebagainya. 4 Di samping itu istilah pendudukan pula bermaksud perihal menakluki negara lain oleh kuasa yang lain.
5

Tetapi secara dasarnya, esei berpendirian bahawa

memoir ini

memainkan peranan penting sebanyak sembilan puluh peratus di dalam mengkaji peristiwa perang dunia kedua (pendudukan jepun) di Singapura sungguhpun sepuluh peratus lagi penceritaan beliau boleh dipertikaikan.

Secara keseluruhannya, penulis memoir iaitu Lee Kuan Yew telah memberikan suatu gambaran sebenar tentang pendudukan jepun di Singapura secara jelas dan tepat.

Pendudukan Jepun Dalam Memoir Lee Kuan Yew: The Singapore Story
Penulisan memoir ini dalam konteks pengalaman perang Jepun di Tanah Melayu dan Singapura telah dimulakan dengan beliau telah mengatakan

Lee Kuan Yew Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, (Singapore: Times Media Private Limited,1998) hlm VIII, 4 Teuku Iskandar Kamus Dewan Edisi Ketiga, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1998), hlm 875 5 Teuku Iskandar , Kamus Dewan Edisi Ketiga, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998), Hlm 318

bahawa pada 8 Disember 1941, Singapura telah dibom oleh tentera udara diraja imperial jepun. 6 Dalam memoir ini, beliau telah menggambarkan

keadaan dahsyatnya tindakan Jepun di dalam menjalankan peperangannya bagi meruntuhkan empayar British di Asia Tenggara dan seterusnya menakluki Tanah Melayu dan Singapura bagi kepentingan imperialisme Jepun dalam lingkungan persemakmuran Asia timur raya tersebut (LSKATR). 7 Jepun melancarkan peperangan bukan sahaja untuk kepentingan sumber bagi perindustrian Jepun tetapi juga merupakan sebahagian daripada cita-cita politik Jepun iaitu untuk menjadi ketua bagi kawasan Asia sungguhpun akan menyebabkan Jepun bertembung dengan kuasa barat.8 Bagi Lee Kuan Yew, beliau menggambarkan bahawa Jepun memulakan serangan dengan

melancarkan pengeboman ke atas Singapura pada 8 Disember 1941. Menurut beliau (Lee Kuan Yew) serangan udara oleh Tentera Udara diraja Jepun ini telah membunuh 60 orang dan mencederakan 130 orang .9 Selain itu, serangan jepun di dalam memoir ini juga menunjukkan bahawa tentera udara Jepun juga turut memusnahkan limbungan Keppel(Keppel Harbour Docks) , kem tentera laut sembawang, tengah dan kem tentera udara Seletar juga turut dibom oleh tentera Jepun. 10 Serangan ini jika diteliti mengikut pandangan para sarjana

Paul.H.Kratoska, The Japanese Occupations In Malaya 1941-1945: A Social and Economic History,( ST Leonard: Allen and Unwind Pte Ltd, 1998), hlm 3 7 Lee Kuan Yew , Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, (Singapore: Times Media Private Limited, 1998), hlm 13
8 9

Ibid Lee Kuan Yew (1998) Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, (Singapore: Times Media Private Limited, 1998), hlm 13 10 Ibid

sememangnya benar-benar berlaku dan serangan ini merupakan suatu strategi Jepun bagi memusnahkan pertahanan British di Tanah Melayu. British yang mengalami kekurangan senjata serta peralatan kerana terpaksa menumpukan kepada perang di Eropah menyebabkan Jepun mudah melaksanakan pengeboman Singapura dan menakluki tanah Melayu .11 Dalam hal ini, Lee Kuan Yew telah mengatakan dengan tepat tentang peristiwa ini dengan jelas dan beliau tidak memperbesarkan peristiwa ini. Seterusnya, di dalam mengkaji peristiwa ini, Lee Kuan Yew juga turut menerangkan bahawa para pelajar Kolej Raffles ada yang pulang ke kampung halaman masing-masing dan ada yang memasuki pasukan perubatan sukarela British iaitu Medical Auxiliary Service apabila Jepun menyerang Tanah Melayu . dan beliau ditugaskan bagi kawasan Kolej Raffles iaitu tempat beliau melanjutkan pelajaran di Singapura. Beliau secara terus terang mengatakan bahawa beliau berbasikal dari Kolej Raffles ke rumahnya di Norfolk Road sejauh 3 batu. 12 Beliau bertugas sehingga 12 Februari 1942 sehingga pasukan ini dibubarkan. Perkara ini bagi para sarjana sememangnya berlaku semasa perang dunia kedua di Singapura. C.M Turnbull misalnya memberitahu bahawa seramai 8000 orang Singapura terlibat di dalam pasukan sukarela British di dalam mempertahankan Singapura. Dalam kajian beliau, Turnbull

11

C.M.Turnbull, A History Of Singapore, 1819-1975, (Kuala Lumpur: Oxford University Press,1977), hlm 172 12 Lee Kuan Yew , Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, (Singapore: Times Media Private Limited, 1998), hlm 14

menggambarkan bahawa seramai 500 orang terlibat di dalam pasukan perubatan sukarela atau MAS . 13 Lee Kuan Yew merupakan sebahagian

daripada anggota pasukan perubatan sukarela tersebut. Hal ini membenarkan apa yang ditulis oleh beliau khususnya perang dunia kedua itu sendiri serta menunjukkan bahawa beliau jujur di dalam menulis memorinya khususnya yang berkaitan dengan zaman pendudukan Jepun itu sendiri. Dalam memorinya, khususnya pada bahagian penaklukan Jepun di Singapura, beliau menggambarkan bahawa masyarakat British dan Asia khususnya orang china sangat takut kepada Jepun. Beliau menerangkan di dalam memorinya bahawa ramai orang barat lari daripada tanah Melayu menuju ke Singapura. Di samping itu pula, ramai dalam kalangan mereka khususnya orang cina turut terlibat di dalam membantu pihak China di tanah besar bagi membantu Kerajaan China di dalam perang China-Jepun semenjak tahun 1937.14 Ketakutan ini wujud kerana terdapatnya kebimbangan bahawa Jepun akan membalas dendam terhadap kaum China kerana membantu Kuomintang China di dalam menghadapi peperangan dengan empayar Jepun.15 Lantas menyebabkan ramai kaum kulit putih dan orang Cina yang lari ke Singapura semasa peperangan tersebut berlaku. Gambaran ini

menggambarkan pendirian

Lee Kuan Yew

terhadap Jepun. Beliau

menganggap Jepun sebagai suatu musuh dan ini adalah pendirian orang cina
13

C.M.Turnbull, A History Of Singapore, 1819-1975, (Kuala Lumpur: Oxford University Press,1977), hlm 177 14 Ibid 15 Lee Kuan Yew , Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, ( Singapore: Times Media Private Limited, 1998), hlm 15

terhadap jepun itu sendiri.16Bagi Victor Purcell, pendirian politik orang Cina ini banyak berkaitan dengan masalah yang dihadapi kerajaan China seperti peperangan dengan pihak Jepun pada tahun 1937 lantaran kesan daripada peristiwa di negara China itu, masyarakat China di Tanah Melayu telah mendermakan wang dan menubuhkan The Chinese Distress Relief Fund untuk menyalurkan derma orang Cina kepada Kerajaan China bagi menghadapi

asakan Jepun. Masyarakat Cina juga turut memulaukan barangan Jepun pada tahun 1937 sebagai tanda protes di atas kekejaman Jepun di negara China.17 Oleh itu, apabila berlakunya serangan Jepun ke atas Tanah Melayu dan Singapura, telah timbul kebimbangan masyarakat China tentang tindakan Jepun terhadap mereka khususnya kebimbangan bahawa Jepun akan bertindak kejam ke atas penduduk Cina lalu menyebabkan sebahagian mereka lari ke Singapura bersama-sama dengan orang Eropah ke Singapura.

Kekejaman Jepun di Singapura


Pada 14 Februari 1942,peperangan di Singapura dan Tanah Melayu telah ditamatkan apabila tentera bersekutu yang terdiri daripada tentera British, Australia, India dan Rejimen Melayu telah dikalahkan oleh pihak Jepun. A.E.Percival telah menyerah kalah tanpa syarat kepada Jeneral Tomoyuki Yamashita pada tahun baru Cina tahun 1942. Bagi masyarakat cina khususnya

16 17

Ibid Victor Purcell , Chinese In Malaya, (Kuala Lumpur: Oxford University Press,1967), hlm 45

di Singapura, hal ini adalah sesuatu yang agak malang bagi kaum Cina . 18 Dalam memoir Lee Kuan Yew, beliau menggambarkan bahawa beliau cuba untuk menyelamatkan dirinya dan memastikan bahawa dirinya tidak disedari oleh tentera Jepun. Namun beliau telah ditahan dan kempeitai telah bertindak menghalakan bayonet lalu menendang, menampar serta memaksanya

melutut.19 Di samping itu, terdapat sebahagian orang yang dipaksa melutut di bawah terik mentari selama berjam-jam. Dalam gambaran peristiwa ini terdapat suatu pemahaman bahawa Jepun bertindak zalim terhadap penulis sedangkan penulis memoir Lee Kuan Yew tidak bersalah apa pun kepada Jepun. Penulis menggambarkan bahawa sebahagian daripada sistem

ketenteraan Jepun adalah bersikap keras dan kejam terhadap orang lain. 20 Keganasan Jepun jika diteliti daripada berbagai-bagai sudut sememangnya adalah sesuatu yang mustahil tidak akan berlaku. Gambaran kekejaman Jepun semasa Perang Pasifik(1941-1945) oleh tentera imperial diraja Jepun sememangnya digambarkan oleh sarjana lain. Misalnya Ooi Keat Gin mengatakan bahawa pihak Jepun pernah terlibat di dalam operasi yang menindas seperti kawad maut Bataan (1942), kawad maut Sandakan(1944) dan sebagainya.21 Kekejaman jepun dalam peperangan Pasifik berlaku ekoran daripada semangat imperialisme Jepun yang berusaha meluaskan kuasanya di
18 19

Ibid Lee Kuan Yew , Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, (Singapore: Times Media Private Limited, 1998), hlm 16 20 Ibid 21 Ooi Keat Gin, Baik Buruk Dan Dahsyat Wajah Peperangan dan Akibatnya Terhadap Asia Tenggara Pada Kurun Ke 20, Siri Syarahan Umum Perlantikan Profesor, (Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia, 2010), hlm 62

Asia.

Selanjutnya, bagi pihak Jepun sendiri khususnya di dalam budaya

ketenteraan Jepun , perkara ini bukanlah sesuatu yang menghairankan serta diterima oleh orang Jepun terutamanya golongan tentera.22 Bagi masyarakat Asia khususnya di Tanah Melayu dan Singapura, Mereka tidak mampu menerima tindakan Jepun ini yang dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan. Dalam memoir ini, Lee Kuan Yew yang mengalami peristiwa ini melihatnya daripada perspektif masyarakat Asia yang bukan Jepun lalu menganggapnya sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. Oleh sebab itulah, gambaran tentang Jepun adalah kejam di dalam memoir ini. Tetapi, secara keseluruhannya, beliau menjelaskan peristiwa ini dengan jelas sebagai mewakili ketidakpuasan hati masyarakat di Singapura akan tindakan Jepun ini dan beliau tidak mengutuk sekeras nya tindakan Jepun itu .23 Ini membuktikan bahawa beliau menceritakan seperti mana pengalaman beliau semasa pendudukan Jepun tanpa memperbesarkan cerita kekejaman Jepun secara keterlaluan.

Sook Ching: Pembunuhan Beramai-ramai di Singapura.


Di dalam memoir Lee Kuan Yew: The Singapore Story ada mengatakan bahawa di Singapura, pihak Jepun telah melakukan kekejaman ke atas penduduk Singapura khususnya kaum China. Lee Kuan Yew menggambarkan bahawa tentera Jepun telah mengarahkan agar orang-orang Cina dikumpulkan
22 23

Ibid Ibid.hlm 61

dan diperiksa oleh orang yang memakai hud yang mengenal pasti individu yang menjadi pembantu negara China semasa berperang dengan Jepun. Beliau merupakan antara individu yang terselamat daripada menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai itu.24 Dalam memoir ini juga, Lee kuan Yew turut mengatakan bahawa keadaan di Singapura adalah sungguh menakutkan dan terdapat kebimbangan bahawa Jepun akan pergi rumah ke rumah untuk membuat serbuan serta menangkap sesiapa sahaja yang di syaki sebagai tali barut China . Memoir juga turut menekankan tentang cara kempeitai terhadap pemuda cina yang berkumpul akan disyaki sebagai musuh kepada Jepun. Pada akhir bahagian ini, beliau mendakwa seramai 50000 orang Cina yang mati semasa peristiwa tersebut.25 Sebahagian besar sejarawan mengakui bahawa peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Singapura pada 18 hingga 22 Februari 1942. Istilah Sook Ching adalah istilah Hokkien yang bermaksud aktiviti pembersihan. Istilah pembersihan bagi perspektif Jepun adalah bagi menghapuskan musuh atau elemen anti Jepun.26 Penaklukan Singapura telah menyebabkan pihak Jepun berasakan bahawa mereka terdedah kepada gerakan penentangan di Singapura yang rata-rata penduduknya adalah berbangsa China. Oleh itu, Jepun bertindak melakukan Sook Ching bagi mengukuhkan kedudukan tentera Jepun di Asia
24

Lee Kuan Yew , Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, (Singapore: Times Media Private Limited, 1998) hlm 21 25 ibid
26

Kevin Blackburn, The collective Memory Of The Sook Ching Massacre and The Creation of The Civilian War Memorial Of Singapore, Journal Of Malaysia Branch Royal Asiatic Society, Volume 73, 2,( Julai 2000) hlm 74

tenggara dan Singapura khususnya. Di samping itu, bagi pegawai Jepun seperti Jeneral Yamashita, Jeneral Tsuji, mereka merasakan perlu

menghapuskan elemen penentangan itu dengan menumpukan kepada kaum China.


27

Tambahan pula, rakyat China di Singapura menunjukkan

penentangan mereka terhadap Jepun semasa peperangan di negara China pada tahun 1937 yang melibatkan Jepun. Semangat patriotik kecinaan orang China di Tanah Melayu dan Singapura telah mendorong mereka membantu kerajaan Kuomintang bagi menghadapi imperialisme Jepun di China. Oleh itu, Sook Ching adalah suatu strategi bagi menghapuskan penentangan terhadap Jepun.28 Oleh itu, Tentera Jepun bertindak dengan menggerakkan pembunuhan beramai-ramai mulai 18 Februari - 22 Februari 1942. Menurut arahan yang dikeluarkan oleh pemerintah tertinggi Tentera Jepun, setiap unit diarahkan membunuh golongan yang disenaraikan oleh pegawai tentera Jepun dan mereka diberi masa selama lima hari untuk melaksanakan tindakan mereka. 29 Pandangan sejarawan ini sememangnya memberikan kita suatu pemahaman penting bahawa penulis memoir iaitu Lee Kuan Yew sememangnya telah merasai sendiri pengalaman sook ching itu serta merupakan antara individu yang menjadi saksi penting peristiwa itu di Singapura .Lantas membuktikan bahawa pihak Jepun pernah melakukannya semasa menduduki Singapura
27 28

Ibid Hayashi Hirofumi, Massacre Of The Chinese Singapore and Its Coverage, New Perspective on The Japanese Occupations In Singapore 1941-1942, peny. Akashi Yoji dan Yoshimura Mako, (Singapore: National University Of Singapore Press,2008) hlm 236-237. 29 Kevin Blackburn, The collective Memory Of The Sook Ching Massacre and The Creation of The Civilian War Memorial Of Singapore , Journal Of Malaysia Branch Royal Asiatic Society, 73, 2, ( Julai 2000) hlm 74

10

semasa perang Pasifik(1941-1945). Namun begitu, di dalam mencatatkan pandangannya tentang sook ching, beliau agak berlebihan terutamanya apabila memoir membincangkan tentang jumlah kematian orang Cina di Singapura semasa berlakunya penyembelihan beramai-ramai tersebut. Jumlah yang dianggarkan oleh Lee Kuan Yew sebanyak 50000 korban jiwa itu adalah suatu yang agak mustahil untuk dilaksanakan di dalam tempoh yang singkat oleh tentera imperial Jepun (IJA).30 Hal ini menurut Kevin Blackburn , Jepun sedang melaksanakan proses imperialisme di Asia lalu menyebabkan sebahagian besar angkatan tentera Jepun perlu di mobilisasi kan bagi peperangan Jepun di Asia Tenggara. Tambahan pula, pada Februari 1942, tentera Jepun baru mula menyerang Indonesia dan mula menumpukan perhatian di Burma. 31 Jika diteliti melalui rekod-rekod Jepun, pihak Jepun mengutarakan jumlah korban sook ching sebanyak 5000 orang sahaja. Secara keseluruhannya, tiada rekod rasmi yang dapat menjelaskan jumlah sebenar mangsa yang dibunuh oleh tentera Jepun semasa peristiwa Sook Ching itu berlaku. Oleh itu, pada bahagian ini, pandangan Lee Kuan Yew di dalam memorinya tentang jumlah mangsa kekejaman Jepun antara 18 Februari hingga 22 Februari 1942 boleh dipertikaikan .32

30

Lee Kuan Yew , Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, (Singapore: Times Media Private Limited, 1998) hlm 22 31 Kevin Blackburn, The collective Memory Of The Sook Ching Massacre and The Creation of The Civilian War Memorial Of Singapore,(2000) Journal Of Malaysia Branch Royal Asiatic Society, 73, 2,(Julai 2000) hlm 75
32

Ibid

11

Kekurangan barangan keperluan dan Kewujudan Pasar Gelap.


Kekurangan makanan merupakan masalah besar yang sering dicatatkan oleh sebahagian besar penulisan sejarah mengenai pendudukan Jepun di Singapura. Di dalam tulisannya, Lee Kuan Yew juga turut mencatatkan perkara ini. Beliau mengatakan bahawa sepanjang pendudukan Jepun di Singapura, sebahagian besar masyarakat bandar Singapura mengalami kekurangan barangan keperluan.
33

Antaranya beliau mengatakan bahawa masyarakat

Singapura mengalami kekurangan beras serta ketiadaan sayur yang bermutu tinggi. Malah, harga daging adalah terlalu mahal pada waktu tersebut. Ibu penulis misalnya terpaksa memasak menggunakan kentang manis muda. Kekurangan bahan makanan menurut Lee Kuan Yew berlaku kerana beliau kekalahan tentera Jepun di dalam perang di Pasifik dan Midway menyebabkan koloni Jepun kekurangan makanan.34 Tindakan ini menyebabkan kesusahan kepada masyarakat di Tanah Melayu dan Singapura kerana bahan makanan sememangnya amat diperlukan oleh manusia dan keadaan di Singapura adalah sangat meruncing semasa pendudukan Jepun. Sungguhpun di dalam memoir beliau menulis tentang usaha untuk menternak ayam, tetapi ketidakmampuan

33

Lee Kuan Yew , Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, (Singapore: Times Media Private Limited, 1998), hlm 26
34

Ibid

12

keluarga penulis untuk memberikan dedak kepada ayam menyukarkan usaha itu.35 Jika merujuk kepada latar keadaan di Tanah Melayu dan Singapura semasa pendudukan jepun itu, sememangnya terdapat kewajaran untuk mengatakan bahawa kekurangan makanan semasa pendudukan Jepun adalah sesuatu yang normal di dalam masa pendudukan Jepun. Sebagai contoh, keadaan di Pulau Pinang adalah hampir sama seperti di Singapura di mana berlakunya

kekurangan makanan. Catuan yang dibuat oleh pihak berkuasa jepun iaitu badan kawalan makanan tidak begitu berjaya di dalam mengatasi masalah ini. 36 Keadaan ini diburukkan lagi oleh masalah inflasi yang berpunca daripada pengeluaran wang yang berlebihan. Apabila kekurangan barangan sudah pastinya akan berlaku inflasi yang merencatkan kehidupan masyarakat bandar semasa pendudukan jepun. Menurut Paul H Kratoska, masyarakat di Tanah Melayu tidak mendapat bekalan beras daripada Siam dan Burma secara konsisten kerana kapal-kapal dagangan jepun di tenggelamkan oleh tentera berikat. Selain itu, dasar ekonomi kawalan juga menyebabkan masalah kepada penduduk bandar. Bagi Jepun, keperluan makanan sewajarnya ditumpukan kepada keperluan ketenteraan Jepun yang mendesak serta semua orang harus berkorban untuk keperluan ketenteraan Jepun. Kedua-dua faktor ini telah menyebabkan masalah bekalan makanan yang meruncing dalam kalangan
35 36

Ibid, hlm 27 Gumbang Pura, Masalah Inflasi di Pulau Pinang Semasa Pendudukan Jepun, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kumpulan Esei pelajar, Peny. Paul H Kratoska dan Abu Talib Ahmad, (Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, 1987). Hlm 74

13

masyarakat di Tanah Melayu dan Singapura khususnya masyarakat bandar. 37 Selanjutnya kajian lain yang dilakukan oleh sarjana lain turut mengutarakan hal yang sama. Misalnya Gumbang Putera merujuk kepada masalah inflasi di Pulau Pinang telah memperincikan bahawa pihak berikat telah

menenggelamkan banyak kapal-kapal perdagangan yang menuju ke Tanah Melayu dan Singapura sehingga menyebabkan kekurangan makanan. Kekurangan makanan telah menyebabkan harga makanan menjadi sangat mahal.38 Jika diteliti daripada memoir Lee Kuan Yew serta perbandingannya dengan pandangan para sejarawan tentang keadaan ini, sememangnya memoir ini tidak mengada-adakan cerita tentang masalah kekurangan bahan makanan tersebut. Sebaliknya memoir secara jelas telah menerangkan tentang masalah yang berlaku di kawasan bandar seperti di Singapura, Pulau Pinang dan sebagainya.39 Pasar gelap menurut kamus dewan merujuk kepada kawasan perniagaan yang dijalankan secara haram tanpa mendapat kelulusan daripada kerajaan dan beroperasi secara haram. 40 Dalam memorinya, beliau terlibat di dalam perniagaan pasar gelap pada pertengahan 1944. Sungguhpun beliau menerima bantuan makanan seperti beras, minyak dan sebagainya. Beliau berpendapat
37 38

Ibid Gumbang Pura, Masalah Inflasi di Pulau Pinang Semasa Pendudukan Jepun, dalam Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Kumpulan Esei Pelajar, peny. Paul H Kratoska dan Abu Talib Ahmad, (Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, 1987), Hlm 77
39 40

Ibid Teuku Iskandar , Kamus Dewan Edisi Ketiga, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998), Hlm 983

14

bahawa gajinya di dalam pentadbiran jepun adalah tidak mencukupi kerana inflasi. Penglibatan beliau adalah sebagai penjual permata dan juga pembekal gam bagi kegunaan pejabat di Singapura.
41

penglibatan ini dilakukan oleh

penulis memoir bersama dengan sahabatnya Nyuk Lin. Jika meninjau kepada latar peristiwa yang berlaku semasa pendudukan Jepun, sememangnya kewujudan pasar gelap merupakan sesuatu yang penting di dalam kajian tentang peristiwa pendudukan Jepun semasa perang Pasifik di Singapura. kewujudan pasar gelap berlaku kerana masalah kekurangan makanan semasa pendudukan jepun. Sungguhpun sudah ada sistem kawalan makanan melalui kupon yang dikeluarkan jepun, tidak mampu menampung permintaan yang meningkat. 42 Lantas sebahagian peniaga mengambil kesempatan ini bagi menjual barangan dengan cara haram dan penyeludupan. Tambahan pula, terdapat sesetengah kumiai yang terlibat dengan perkara tersebut serta rasuah dalam kalangan pegawai jepun itu sendiri . Kesannya pasar gelap menjadi sesuatu yang penting semasa penjajahan jepun atas faktor survival kehidupan masyarakat. 43 Oleh itu, Lee Kuan Yew telah menonjolkan suatu gambaran tentang aktivitinya secara jelas tanpa menafikan bahawa beliau adalah antara individu yang mengambil kesempatan semasa pendudukan jepun bagi
41

Lee Kuan Yew , Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story, (Singapore: Times Media Private Limited, 1998), hlm 28-29
42

Ibid Gumbang Pura, (1987) Masalah Inflasi di Pulau Pinang Semasa Pendudukan Jepun, dalam Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Kumpulan Esei Pelajar, Peny. Paul H Kratoska dan Abu Talib Ahmad, Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu kemanusiaan Universiti Sains Malaysia. Hlm 77.
43

15

meneruskan kehidupan semasa pendudukan jepun di Singapura antara tahun 1941-1945.44 Kesimpulan. Penulisan memoir Lee Kuan Yew: The Singapore Story telah mendedahkan tentang keadaan yang berlaku semasa pendudukan Jepun di Singapura semasa perang Pasifik antara tahun 1941-1945 . Oleh itu, secara keseluruhannya, esei merumuskan bahawa penulisan memoir Lee Kuan Yew: The Singapore Story ini secara jujur telah menggambarkan keadaan yang berlaku di Singapura semasa penjajahan Jepun. Selanjutnya, memoir ini turut berjaya untuk membantu para sarjana untuk memahami situasi yang wujud di Singapura semasa pendudukan Jepun seperti kekejaman Jepun, Sook Ching, kekurangan makanan , kewujudan pasar gelap dan sebagainya. Sungguhpun terdapat juga sebahagian penceritaan Memoir ini boleh dipertikaikan, tetapi ia tidak

menjejaskan fakta mengenai pendudukan Jepun secara keseluruhannya. Oleh itu, sememangnya memoir ini bukan sahaja mampu menjelaskan keadaan Singapura semasa pendudukan Jepun, tetapi memoir ini juga dapat digunakan sebagai bahan penting di dalam mengkaji sejarah Singapura semasa perang Pasifik (1941-1945) secara lebih teratur pada masa hadapan.

44

Ibid

16

Bibliografi

Gumbang Pura. 1987. Masalah Inflasi di Pulau Pinang Semasa Pendudukan Jepun, ms 73-85 . Dalam Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Kumpulan Esei Pelajar. Disunting oleh Paul H Kratoska dan Abu Talib Ahmad, Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu kemanusiaan Universiti Sains Malaysia.

Hayashi Hirofumi. 1998. Massacre Of The Chinese Singapore and Its Coverage, ms 234-249 Dalam: New Perspective on The Japanese Occupations In Singapore 1941-1942, diselenggarakan oleh Akashi Yoji dan Yoshimura Mako, Singapore: National University Of Singapore Press

Kevin Blackburn. 2000. The collective Memory Of The Sook Ching Massacre and The Creation of The Civilian War Memorial Of Singapore, Journal Of Malaysia Branch Royal Asiatic Society, 73, 2 (Julai )

Lee Kuan Yew .1998. Memoir Of Lee Kuan Yew: The Singapore Story. Singapore: Times Media Private Limited

Ooi Keat Gin. 2010. Baik Buruk dan dahsyat pelbagai Wajah Peperangan Dan Akibatnya di Asia Tenggara Pada Kurun Ke 20, Siri Syarahan Umum Perlantikan Profesor, Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia

Paul.H.Kratoska. 1998. The Japanese Occupations In Malaya 1941-1945 : A Social and Economic History, ST Leonard: Allen and Unwind Pte Ltd, Teuku Iskandar .1998. Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Victor Purcell . 1967. Chinese In Malaya, Kuala Lumpur: Oxford University Press,

17

18

Anda mungkin juga menyukai