Anda di halaman 1dari 18

INSTITUT PERGURUAN TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP) DENGAN KEPUJIAN AMBILAN JANUARI 2011

FALSAFASH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ( EDU 3101 )


NAMA NO. IC OPSYEN SUBJEK

: : : :

AHMAD FAHMI BIN KHARUDIN 890805-11-5479 MATHEMATICS / ENGLISH / BAHASA MELAYU FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PENSYARAH TARIKH

: :

EN. ROSLI BIN MOHAMAD 4 MAC 2011

PROFIL

NAMA KURSUS OPSYEN NO. KAD PENGENALAN TARIKH LAHIR BANGSA AGAMA ALAMAT NO. TELEFON NO. BILIK ASRAMA NAMA BAPA NAMA IBU BIL. ADIK BERADIK ANAK KE NAMA PENJAMIN 1 NO. TELEFON NAMA PENJAMIN 2

: AHMAD FAHMI BIN KHARUDIN : PISMP AMBILAN JANUARI 2011 : MATEMATIK / BAHASA INGGERIS / BAHASA MELAYU : 890805 - 11 - 5479 : 05 OGOS 1989 : MELAYU : ISLAM : LOT 013 811, KG PADANG AIR, TEPOH, 21060 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN. : 019-9120130 : 317 : 06 : KHARUDIN BIN MUDA : MASLAINI BINTI MOHD ARIFIN : 08 : 01 : KHARUDIN BIN MUDA : 012-9094947 : NORBAYA BINTI MOHD PHAZIL

NO. TELEFON

: 013-3541377

ISI KANDUNGAN
I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX. X. XI. Tugasan kursus Boring kolaborasi Biodata Penghargaan Pengenalan Ciri-Ciri Guru Yang Berkesan Contoh guru yang memenuhi cirri untuk mencapai FPG Kesimpulan Refleksi Bibliografi Lampiran

PENGHARGAAN
Pertamanya, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan untuk kerja kursus pendek Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia ini. Walaupun terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi dalam menyiapakan kerja kursus ini,saya tetap berasa gembira dengan tugasan yang diberikan sehinggalah tugasan ini sempurna disiapkan. Saya berasa amat bersyukur kerana mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak dalam usaha menyiapakan kerja kursus pendek ini.Ucapan setinggitinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing bagi mata pelajaran ini, iaitu En. Rosli Bin Mohamad yang telah banyak memberikan banyak maklumat dan sokongan kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini. Selain itu,saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang tidak pernah jemu memberikan cetusan pendapat dan idea yang bernas untuk dikongsi bersama bagi menjayakan tugasan ini. Akhir kalam, saya berharap agar kerja kursus ini dapat memuaskan hati semua pihak dan dapat dijadikan sebagai bahan bacaan yang boleh memberikan panduan kepada para pembaca seterusnya memberi impak positif dalam kehidupan seharian.

PENGENALAN
Konsep Pendidikan Merujuk kepada pendapat umum, pendidikan bermaksud aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Dari segi pendapat yang khusus pula, pendidikan itu boleh dimaksudkan sebagai aktiviti persekolahan. Melalui maksud ini, dapat kita ketahui bahawa pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik muridmurid supaya menjadi insan yang tinggi dengan ilmu pengetahuan, berbudi pekerti mulia dan juga berupaya menguasai sesuatu kemahiran tertentu bertujuan untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat pada masa hadapan. Tujuan utama pendidikan ialah untuk menyediakan seseorang individu yang berupaya memainkan peranan yang baik dalam golongan masyarakat sekeliling. Dalam usaha ini juga, pendidikan menjadi satu agen penyebaran dan agen untuk mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan semasa. Tambahan pula, dalam masyarakat moden masa kini, pendidikan merupakan sesuatu yang penting dan kemestian. Pendidikan penting untuk menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi cabaran dalam hidup yang mencabar. Selain daripada itu juga, pendidikan penting dalam membuat sesuatu perubahan untuk memberikan sumbangan berguna untuk kegunaan masyarakat itu sendiri.

Pengertian Pendidikan Perkataan pendidikan itu sendiri mempunyai penjelasan, tafsiran dan pemahaman yang berlainan dari sudut pandangan dan pemikiran setiap individu yang berbeza. Selain daripada itu, pengertian yang mengaitkan pendidikan juga sentiasa berubah mengikut keadaan, peredaran masa, tujuan dan juga tugasnya. Berikut diberikan beberapa contoh pengertian pendidikan mengikut tokoh-tokoh yang mengeluarkan pendapatnya:

a) Plato (427-347 SM) Pendapatnya ialah, pendidikan merupakan satu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat Socrates yang menyatakan bahawa pendidikan bertujuan untuk memberi latihan moral kewarganegaraan yang baik. Proses pendidikan dapat membentuk

warganegara yang baik, setia dan juga warganegara yang mematuhi undangundang negara. b) Aristotle (384-322 SM) Beliau menghuraikan pendidikan sebagai ilmu yang bersifat etikal dan juga politikal dalam bukunya yang bertajuk Politik. Beliau berkata, matlamat pendidikan ialah memberi setiap warganegara semua peluang untuk mencapai kebahagiaan hidup mereka. Proses pendidikan juga dapat melatih setiap warganegara mematuhi peraturan-peraturan dan tingkah laku yang baik dan cekap dalam bidang pengurusan pentadbiran serta dapat mempertahankan kedaulatan Negara. c) Jean Jacques Rousseau (1712-1778 M) Beliau merupakan seorang pendidik di benua Eropah, melihat bidang pendidikan sebagai satu proses yang berterusan dan bermula daripada zaman kanak-kanak lagi. Dalam proses ini, segala kebolehan semula jadi yang ada pada seseorang itu akan terserlah dengan sendirinya mengikut kehendak dan juga secara semula jadi.

d) Froebel (1782-1852 M) Menurut beliau, pendidikan bertujuan mencapai kehidupan yang lurus, suci dan juga mulia.

e) John Stuart Mill (1806-1873 M) Beliau melihat pendidikan sebagai suatu proses yang memberi bantuan untuk setiap individu bertujuan untuk meneruskan hidup yang lebih gembira.

f)

Maria Montessori (1870-1952 M) Beliau merupakan seorang pendidik dan juga merupakan seorang doctor di Itali. Beliau menyatakan bahawa pendidikan sebagai proses membentuk dan mengembangkan tahap intelek,jasmani, rohani dan sosial kanak-kanak.

g) Mohammad Qatb Mengikut pandangan yang dikeluarkan beliau, beliau berpendapat bahawa pendidikan ialah satu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan secara seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah untuk mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan ataupun ke tahap yang lebih baik.

h) Dr. Mohd Athiyah Al-Abrasyi Beliau memandang proses pendidikan sebagai pembinaan tingkah laku manusia yang berakhlak tinggi dan mulia di bawah teras ajaran agama Islam.

i)

Amal Al-Shaibani Beliau pula mengeluarkan kenyataan bahawa pendidikan digunakan untuk melatih manusia untuk membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan juga persiapan untuk berhadapan dengan akhirat.

j)

Imam Al-Ghazali (1058-1111 M) Beliau berpendapat bahawa proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan saling hormat-menghormati.

Kehendak Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang perlu dihayati dan diamalkan dalam melaksanakan tugas harian.

Falsafah Pendidikan Guru Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang akan disebut selepas ini akan menentukan arah haluan, asas dan juga sumber inspirasi kepada matlamat dan juga pendidikan guru:

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta

menyanjung

warisan

kebudayaan

negara,

menjamin

perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Matlamat Pendidikan Guru Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru seperti yang telah disebut, maka bolehlah juga kita anggapkan bahawa matlamat pendidikan guru ialah untuk melahirkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial dan juga dari segi amalan tingkah laku atau perbuatan. Selain daripada itu juga, matlamat pendidikan guru ialah untuk guru berupaya mencapai kecemerlangan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan pada zaman sekarang.

Model Konseptual Pendidikan Guru

Model Konseptual Pendidikan Guru telah dirangka berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Guru dan Matlamat Pendidikan Guru. Contoh-contoh ini mengandungi akauntibiliti guru dalam tiga aspek utama, iaitu:

Ketuhanan

Proses peningkatan ilmu, proses penghayatan dan juga amalan individu berasaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.

Kemasyarakatan

Penekanan dan penumpuan terhadap peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan juga sebagai agen perubahan.

Kendiri

Penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan juga yang berpekerti mulia.

Dengan tiga aspek tersebut berada di bahagian yang paling utama, di bawahnya pula terdapat Model Konseptual Pendidikan Guru yang mana mempunyai tiga aspek asas, iaitu:

Dengan tiga aspek tersebut berada di bahagian yang paling utama, di bawahnya pula terdapat Model Konseptual Pendidikan Guru yang mana mempunyai tiga aspek asas, iaitu:

Pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Pengetahuan

Kemahiran

Kemahiran ikhtisas yang mana merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan juga kualiti pembelajaran.

Nilai

Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berbudi pekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion perguruan.

Ketiga-tiga aspek disatukan dan digabungkan seterusnya diaplikasikan dalam semua disiplin dan program perguruan yang dirancangkan.

Implikasi Falsafah Pendidikan Guru

Susulan kepada Falsafah Pendidikan Guru ini, tujuan penubuhan Falsafah Pendidikan Guru akan lebih menampakkan kesannya dan juga implikasinya jika para guru memainkan peranan mereka dengan bersungguh-sungguh dan serius. Terdapat banyak cara guru untuk memainkan peranan mereka dengan berkesan dan efektif. Antara peranan-peranan guru sebagai pendidik ialah seperti berikut:

a)

Para guru hendaklah mempersiapkan diri mereka dengan memperkayakan ilmu pengetahuan am. Selain daripada itu juga, para guru juga semestinya memperhebatkan pengetahuan dalam mata pelajaran di sekolah, khasnya mata pelajaran Kemahiran Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) serta pengetahuan ikhtisas keguruan.

b)

Seterusnya ialah para guru hendaklah mengamalkan pengajaran dan juga pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan juga berdisiplin.

c)

Selain daripada itu juga, para guru juga seharusnya menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan juga kepada para pelajar bertepatan dengan permintaan dan kemahuan Falsafah Pendidikan Guru.

d)

Yang keempat pula, para guru hendaklah menyempurnakan tanggungjawab dan akauntibiliti sebagai seorang guru yang sentiasa mencari ilmu serta

mengamalkannya bertujuan untuk memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan juga tuntutan masa depan.

e)

Akhir sekali ialah, para guru sebaik-baiknya menggunakan segala ilmu dan juga kemahiran mendidik serta nilai keguruan bertujuan untuk merangsang

perkembangan pelajar.

Peranan guru dalam membimbing murid-murid dalam bilik darjah untuk melahirkan warganegara yang dapat memberi sumbangan ke arah kesejahteraan keluarga, masyarakat dan.

Langkah-Langkah Guru Membimbing Murid Dalam Bilik Darjah Para guru semestinya membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada murid-murid mereka ketika berada di sekolah, khususnya di dalam bilik darjah. Tujuan bimbingan daripada guru-guru ialah supaya murid-murid tersebut akan menjadi warganegara yang dapat memberi sumbangan ke arah kesejahteraan keluarga, masyarakat dan juga negara. Terdapat banyak kaedah dan juga cara untuk guru-guru memberi bimbingan terhadap murid-muridnya. Antara kaedah-kaedah tersebut ialah seperti berikut: a) Para guru hendaklah membantu murid bermasalah Sebagai contoh, jika seorang guru kelas mendapati ada di kalangan murid kelasnya yang kelihatan seperti mempunyai masalah, guru kelas tersebut hendaklah bertanya kepada murid berkenaan dan jikalau guru berkenaan berkemampuan untuk membantu, guru tersebut hendaklah membantu. Dengan cara ini, secara tidak langsung guru tersebut telah menerapkan nilai murni dalam diri murid yang dibantu itu serta turut memberi kesan kepada murid yang lain di dalam kelas tersebut. Nilai murni seperti mengambil berat, tolong-menolong dan lain-lain lagi amat penting untuk diajar dan diterap ke dalam diri murid-murid ketika mereka masih kecil lagi b) Banyakkan aktiviti berkumpulan Sebagai contoh, jika di dalam kelas terdapat aktiviti yang melibatkan murid-murid, guru yang terlibat seboleh-bolehnya melakukan aktiviti yang hendak dijalankan itu dalam bentuk berkumpulan. Kumpulan tersebut hendaklah ditentukan oleh guru yang terlibat. Jika kaedah ini dilakukan dalam kelas sesama murid-murid, ia juga akan menerapkan nilai murni sesama mereka. Antara contoh-contoh nilai murni yang dapat dilihat ialah saling bekerjasama antara satu sama lain, rajin dan juga mendengar arahan yang diberi.

c)

Menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) Sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin hari semakin canggih, cara dan kaedah pengajaran juga hendaklah setara dengan kemajuan yang kita kecapi sekarang. Sebagai contoh, ketika mengajar, guru seboleh-bolehnya hendaklah menggunakan alatan-alatan bantu mengajar ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan memaksimakan penggunaan alat bantu mengajar di dalam kelas, sekaligus dapat meningkatkan tahap penerimaan murid-murid terhadap pelajaran dan seterusnya mereka akan memberi perhatian yang tinggi ketika belajar.

d)

Mengawal suasana di dalam kelas Suasana di dalam kelas juga merupakan salah satu perkara penting bagi mempengaruhi kejayaan seorang guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran ketika di dalam kelas. Suasana di dalam kelas antara satu kelas dengan kelas yang lain adalah sama sekali berbeza. Jadi, atas sebab ini, para guru hendaklah menerima keadaan ini. Mereka juga sepatutnya tidak menjadikan factor ini untuk gagal melakukan proses mengajar dengan baik. Jika guru dapat mengawal suasana di dalam kelas dengan baik, murid-murid akan berasa selesa ketika mereka belajar dan mereka juga dapat memberi perhatian dengan sebaikbaiknya.

e)

Mengenal peribadi dan latar belakang murid Bagi seorang guru, mereka perlu mempunyai hubungan baik dengan murid-murid mereka. Mereka juga hendaklah tahu serba sedikit mengenai latar belakang murid-murid mereka. Tujuannya ialah untuk mengeratkan lagi hubungan dengan murid tersebut selain daripada dapat mengetahui apa yang murid-murid suka dan tidak suka. Dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu guru memahami murid-murid mereka manakala dari segi minat murid-murid pula sudah semestinya akan meningkat. Minat mereka untuk belajar bertambah kerana mereka mempunyai guru yang memahami mereka. Seperti yang telah dinyatakan tadi, terdapat banyak langkah dan kaedah bagi individu

guru untuk membimbing murid-murid mereka ketika berada di dalam kelas khasnya.

Dengan cara-cara tersebut, diharapkan para guru dapat membimbing semua muridmuridnya menjadi insane yang dapat membantu memberi sumbangan ke arah kesejahteraan agama, bangsa dan juga negara.

KESIMPULAN
Guru juga merupakan tenaga ikhtisas dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Guru yang menghayati dan mengamalkan Falsafah

Pendidikan Guru dapat memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan warganegara yang dapat menyumbangkan tenaga dan kemahiran demi kesejahteraan keluarga, masyarakat dan Negara. Guru memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah pendidikan guru. Oleh itu, guru haruslah memainkan peranannya secara menyeluruh. Hal ini kerana, guru adalah ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait dengan masyarakat. Pada masa kini, peranan guru telah bertukar bukan lagi menumpukan tugas mengajar ilmu pengetahuan sahaja tetapi berusaha mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani agar menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia, berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup serta menjadi insan yang berguna untuk pembangunan Negara. Untuk menghadapi cabaran-cabaran dan melaksanakan tugas-tugas secara profesional serta dengan penuh keyakinan, adalah perlu bagi guru berinovatif dengan menghayati Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dalam melaksanakan tugas harian.

REFLEKSI
Setelah selesai menyiapkan kerja kursus ini, banyak pengetahuan yang saya perolehi. Antaranya ialah dapat mengetahui kod-kod etika perguruan Malaysia.Setiap guru itu haruslah mematuhi kod etika itu demi menjaga status,akhlak dan maruah dalam profesionnya.Setiap guru itu juga haruslah mempunyai tanggungjawabnya terhadap pelajar, terhadap ibu bapa dan terhadap masyarakat dan negara. Daripada kerja kursus pendek ini juga,saya telah dapat mengenali ciri-ciri dan kualiti seorang guru yang profesional.Seseorang guru yang profesional itu hendaklah mempunyai daya ingatan yang baik.Daya ingatan yang baik akan membantu guru menyampaikan pelajaran sepenuhnya mengikut rancangan yang disediakan.Muridmurid tidak akan ketinggalan sebarang isi pelajaran yang penting.Oleh itu,daya yang baik merupakan syarat penting untuk mempertingkatkan kualiti profesional seseorang guru. Bagi menyiapkan tugas ini, saya juga mendapat didikan dan bimbingan daripada pensyarah yang amat saya hargai iaitu En. Rosli bin Mohamad.Beliau telah memberi penerangan yang berkesan bagi menyiapkan kerja kursus ini. Saya rasa amat bertuah kerana dapat dibimbing oleh beliau. Akhir sekali, saya berharap dapat meningkatkan lagi prestasi pembelajaran pada masa hadapan dengan pengetahuan yang saya perolehi daripada kerja kursus ini.

BIBLIOGRAFI
RUJUKAN DARIPADA LAMAN WEB http://pernikmagazine.wordpress.com/category/pendidikan/pengantar-pendidikan/ http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=falsafah_pendidikan&unit=kementeria n&bhs=my http://myais.fsktm.um.edu.my/4990/1/11.pdf www.geocities.com/athens/acropolis/9317/falsafah.html www.teachersrock.net/KPLIr.pdf www.bpg.edidik.edu.my

RUJUKAN DARIPADA BUKU

1. Mohamad Sahari Nordin ( 2008 ), Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah, Kuala Lumpur : Penerbit UIAM/IIUM Press. 2. Bryan Coombs ( 1995 ), Mengajar Secara Elektif, Johor darul takzim: Institut Terjemahan Negara Malaysia. 3. Mok Soon Sang, 2004 Pengantar Pendidikan Teras untuk Kursus Persediaan sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah.Kumpulan Budiman Sdn.Bhd 4. Dr.Ee Ah Meng.2003. Ilmu Pendidikan Pengetahuan Dan Keterampilan Ikhtisas. Fajar Bakti Sdn. Bhd

5. Dr Tajul Ariffin b. Noordin, Dr Aini bte. Dan,1992. Pendidikan dan Wawasan 2020. Arena Ilmu Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 6. Shahabuddin Hashim,Mahani Razali,Ramlah Jantan.2003.Psikologi Pendidikan. Selangor PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS


NAMA PELAJAR : AHMAD FAHMI BIN KHARUDIN KUMPULAN SEMESTER MATA PELAJARAN : PISMP - MATH - JANUARI 2011 :1 : FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : EN. ROSLI BIN MOHAMAD (890805-11-5479)

PENSYARAH PEMBIMBING

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

KOMEN

T/TANGAN PENSYARAH