Anda di halaman 1dari 5

Tajuk : GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis,

para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian. Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk. Guru Penjana Transformasi Negara Guru Penjana Transformasi Negara Inilah tema hari guru pada tahun 2011.Walaupun sudah hampir setahun berlalu tetapi tema ini tetap dianggap mekar di hati para guru. Guru Penjana Transformasi Negara bermaksud profesion keguruan menjadi agen utama bagi memanifestasikan perubahan perubahan yang positif dalam usaha membangunkan negara Malaysia dan seisinya secara holistik. Justeru , akan saya tunjukkan pada hari ini, transformasi transformasi yang mampu digapai apabila guru melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dalam mendidik modal insan yang menjadi asas kepada penggerak negara. Peranan guru dan pendidik amat jelas diperlukan untuk menyemarakkan aspirasi negara dalam usaha melaksanakan transformasi negara ke arah melahirkan modal insan berprestasi tinggi. Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara jika dilihat secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar kerana zaman dan keadaan telah berubah maka guru sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Perlaksanaan KSSR, SPPK dan MBMMBI yang mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan diharap dapat merealisasikan transformasi pendidikan yang diingini. Begitu juga dengan penggunaan IT (teknologi maklumat) dan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) yang begitu izhar eksplisitnya . Warga guru merasa amat bertuah kerana mempunyai transformasi ICT nya bagi memastikan agar matlamat untuk mentransformasikan pendidikan negara tercapai. Guru jugalah yang menjadi sumber inspirasi anak watan bagi memacu aspirasi negara ke arah Wawasan 2020. Di samping itu, guru juga menjadi wadah penyemai perpaduan.kerana guru- guru bertanggungjawab menanam sifat perpaduan dalam jiwa generasi muda bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kendatipun begitu, guru yang diibaratkan lilin membakar dirinya untuk menerangi orang lain mendepani pelbagai onak dan cabaran terutamanya dalam melayani kerenah anak-nak muridnya. Meniti hari ke hari, cabaran guru makin sukar. Antaranya, ada saja dalam kalangan pelajar yang menimbulkan masalah disiplin. Ada pula yang sering tidak membuat kerja sekolah. Bagai jatuh ditimpa tangga, kalau ada pelajar yang terlibat dalam kes buli atau prestasi mereka merudum pasti wujudnya segelintir ibu bapa yang akan menunding jari ke arah guru seolah-olah guru sahaja yang bertanggungjawab atas disiplin dan perkembangan anak-anak mereka. Namun, di sebalik semua kekusutan tersebut, para guru juga sering dihargai. Sebagai bukti, Hari Guru yang kita sambut pada 16 Mei setiap tahun merupakan suatu simbolik penghargaan masyarakat 1 Malaysia kepada guru-guru. Sidang hadirin sekalian, Dalam menjana transformasi negara tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi ia juga berperanan sebagai murabi untuk membentuk bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia dan di akhirat. Mereka berada di hadapan untuk membangun bangsa yang cemerlang yang akan menentukan sebuah negara yang maju, aman dan dihormati.

Maka dalam merealisasikan harapan yang tinggi ini, guru terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan termasuk perubahan dalam sistem penyampaian dan maklumat agar selari dengan kehendak yang diperlukan oleh masyarakat bagi tujuan mencapai aspirasi negara.

Hadirin warga budiman sekalian,

Profesion perguruan seperti juga profesion yang lain perlu melalui proses transformasi bukan sahaja untuk memperkembangkan status profesionalisme nya sahaja tetapi untuk menyokong dan mendukung hasrat kerajaan agar ia selari dengan dasar serta keperluan negara. Dalam hal ini golongan guru memainkan peranan yang penting sebagai penjana segala bentuk transformasi negara yang menjurus ke arah pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara bukan sahaja di mata kita tetapi di mata masyarakat dunia. Istilah guru itu sendiri telah memberi gambaran bahawa seorang guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas bukan sahaja terbatas kepada pengetahuan bidang kandungan pengajarannya tetapi merentasi pelbagai bidang termasuk bidang pentadbiran, penyelidikan dan sebagainya. Apa yang lebih penting di sini ialah pengetahuan ini harus mampu digembelingkan, diamalkan dan kemudian diaplikasikan dalam proses pengajaran pembelajaran di tempat kerjanya Hadirin yang dihormati sekelian, Jika dahulu gurulah yang berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar di mana hanya guru sahaja yang bercakap dan menyoal. Namun dalam era baru ini, guru berperanan sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahirkan dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Cara mengajar juga telah berubah di mana dahulu ilmu disampaikan secara lisan dan bertulis. Namun kini teknologi komputer telah memberikan sesi pembelajaran berjalan secara interaktif dan lebih menarik lagi. Selain itu guru juga berperanan dalam menentukan corak pembangunan sesebuah negara. Ini sangat bersesuaian dengan tema yang sedang dibincangkan ini. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru. Guru juga adalah model

manusia berkelakuan baik. guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan sempit daripada aspek bangsa, kelas, sosial dan kedaerahan.

Hadirin dan hadirat sekalian, Tema atau slogan untuk hari guru pada kali ini adalah jelas menunjukkan bahawa Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara yang melambangkan warga pendidik mampu melakukan transformasi bagi melahirkan lebih ramai lagi golongan yang bijak pandai. Ianya mampu dilaksanakan selaras dengan perkembangan teknologi negara, jika dahulu pelajar hanya boleh mendapatkan sumber rujukan melalui buku sahaja. Kini pelbagai kaedah rujukan mampu dilakukan, ini termasuk penggunaan internet dan sebagainya. Galakan dan dorongan dari tema ini akan mampu memberi semangat kepada warga pendidik di seluruh Malaysia bagi meneruskan usaha murni mereka untuk melahirkan anak-anak muda yang bijak pandai dan golongan yang berilmu tinggi untuk memimpin negara pada satu hari kelak. Seiring dengan tema Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara, juga guru harus menterjemahkan hasrat kerajaan dan juga masyarakat Malaysia amnya untuk bergerak maju ke hadapan dan melaksanakan transformasi dalam pendidikan negara seiring dengan kemajuan teknologi dan pemikiran masyarakat. Guru-guru seharusnya mengaplikasikan kemajuan teknologi dan juga strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dan berkesan berlandaskan hukum agama. Namun hakikatnya hal ini memerlukan keazaman dan semangat yang tinggi untuk direalisasikan ditambah dengan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh para guru pada hari ini. Para hadirin yang dikasihi, Kesimpulannya dari pidato ini, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa guru di samping menjadi penjana transformasi pendidikan negara, juga harus bergerak pantas turut sama turun padang memainkan peranan dan melaksanakan tugasnya dengan lebih drastik agar hasilnya dapat dimanfaatkan secara berkesan dan berketepatan dengan visi dan

misinya. Selain dari mempunyai hati yang kukuh, jiwa yang tenang dan semangat yang kental dalam apa jua tindakan dan cabaran yang melintang dalam usaha menongkah arus kehidupan. Saya ingin menegaskan kembali yang sambutan hari guru bukanlah sekadar untuk mengenang jasa guru, bermain permainan dengan guru-guru di padang, acara persembahan di dewan atau memberi hadiah, malah penghayatannya perlu dilihat dari skop yang lebih meluas kerana Islam memuliakan peranan guru dalam masyarakat dan mengangkat darjat mereka yang memiliki ilmu dan mengajarkannya kepada mereka yang lain. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Guru penjana transformasi negara adalah pembentuk generasi muda negara di masa hadapan..... Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.

Sekian, terima kasih.