Anda di halaman 1dari 15

2 Berdasarkan permasalah yang ditimbulkan dalam kerja kursus kemahiran berfikir kali ini, saya memilih situasi yang

pertama yang menuntut saya untuk menghurai dan mengaplikasikan alat berfikir FIP dalam menyelesaikan masalah seperti yang dinyatakan. Soalan 1 Seseorang ibu bapa boleh memilih sifat-sifat seorang guru untuk mendidik anak-anak mereka. Apakah lima sifat yang paling penting yang perlu dipertimbangkan? Aplikasikan First Important Priority (FIP) untuk soalan ini.

3 FIP merupakan akronim kepada First, Important, Priorities yang membawa kepada maksud Utama, Penting dan Prioriti. Alat berfikir ini mengambil kira perkara-perkara yang penting sahaja dalam menentukan prioriti serta mengelakkan perkara yang tidak patut diutamakan. Dalam erti kata lain, alat berfikir ini mengutarakan perkara-perkara yang memiliki keutamaan yang perlu diutamakan atau didahulukan. Ia menilai sesuatu perkara secara keseluruhan terlebih dahulu dan melakukan pemerhatian dan memperincikan lagi perkara tersebut ke dalam skop yang lebih kecil kerana perkara yang memiliki keutamaan-keutamaan yang perlu diutamakan atau didahulukan dapat dikenalpasti. Alat berfikir ini juga, mengingatkan seseorang agar mengambil kira perkaraperkara yang penting. Ia menjadi satu landasan kepada kita untuk meneliti sesuatu perkara yang memiliki keutamaan-keutamaan diutamakan dahulu supaya kita dapat sesuatu keputusan dengan hati yang terbuka. Tambahan pula, FIP dapat membantu seseorang itu untuk berfikir secara terfokus. Dalam mencari keutamaan dalam sesuatu perkara dan mengutamakan keutamaan tersebut penelitian yang tinggi amat penting dan kekuatan fokus memainkan peranan yang penting dalam mendapatkan hasil yang terbaik. Alat ini membantu seseorang itu untuk mengasah pemikiran yang lebih terfokus dan menghasilkan fikiran dan idea yang kreatif serta inovatif.

4 Sedasawarsa ini, guru merupakan satu profesion yang semakin banyak diceburi oleh masyarakat pada hari. Walaupun ia menuntut komitmen yang tinggi tetapi demi membantu generasi yang akan datang memacu Negara pengorbanan menjadi galang gantinya. Oleh itu, sifat-sifat seoran guru perlu disemai bagi memenuhi tuntutan semasa yang mahu melahir seorang guru yamg berkaliber seperti mana yang dinyatakan dalam falsafah pendidikan Negara. Ibu bapa sentiasa mahukan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak mereka khususnya dalam aspek pendidikan. Tanggungjawab ini diserahkan kepada guru bagi membentuk keperibadian dan minda anak-anak mereka untuk menjadi seorang insan yang ulul albab. Dalam hal tersebut, mereka boleh memilih sifat-sifat guru untuk mendidik anakanak mereka. Terdapat banyak sifat-sifat guru yang penting. Namun hasil daripada pemerhatian dan temu bual yang saya lakukan, ada antara sifat-sifat tersebut yang mempunyai keutamaan dan memiliki prioriti. Saya senaraikan seperti dibawah sifat-sifat tersebut :(1) Baik hati. (2) Penyayang. (3) Amanah.. (4) Jujur. (5) Berdisiplin. (6) Tegas. (7) Penyabar (8) Prihatin. (9) Berpengetahuan luas.

5 Antara 9 sifat ini, terdapat sifat yang perlu ada pada seorang guru yang penting, utama dan prioriti. Saya telah menyenaraikan sifat-sifat tersebut dan menyatakan rasional sifat-sifat tersebut dipilih. (1) Amanah. Rasional : Sebagai jaminan bahawa guru tersebut melaksanakan tugasnya dengan penuh dedikasi, bersemangat serta tidak menyeleweng. (2) Penyabar. Rasional : Membentuk seorang guru yang mempunyai ketahanan dalam aspek dalam dan luaran dan mampu untuk mengawal emosi serta minda dalam menangani kerenah murid yang pelbagai. (3) Penyayang. Rasional : Setiap guru mesti bersifat denga sifat penyayang dan menganggap pelajar/muridnya seperti anak mereka sendiri. Hal ini penting bagi memutik bibitbibit keikhlasan dan rasa tanggungjawab dalam diri seorang guru. (4) Prihatin. Rasional : Menjadikan guru sentiasa peka tentang keadaan pelajar/muridnya dan mengambil berat tentang hal ehwal serta masalah murid dan pelajarnya. (5) Berpengetahuan luas. Rasional : Seorang guru mest memiliki ilmu yang luas serta berkemahiran dalam pelbagai jenis bidang agar ilmu yang disampaikan kepada murid/pelajarnya pelbagai merangkumi pelbagai aspek dan tidak terikat kepada sesuatu bidang sahaja. Pemilihan sifat-sifat yang penting, utama dan prioriti ini telah saya senaraikan berdasarkan pemerhatian dan kajian saya tentang alat berfikir FIP serta dengan menemubual ibu bapa serta meminta pandangan dari rakan-rakan serta pensyarah penasihat saya. Sifat-sifat ini dipilih kerana rasionalnya yang lebih penting berdasarkan sifat-sifat guru-guru yang lain.

6 Seterusnya saya memilih soalan 3 yang menuntut saya untuk menghurai dan mengaplikasikan alat berfikir Consequences & Sequel (C & S) dalam menyelesaikan masalah yang telah dinyatakan. Soalan 3 Pada masa akan datang manusia mungkin bekerja tiga jam dalam sehari disebabkan peningkatan dalam penggunaan robot. Buat satu Consequences and Sequel (C & S) untuk jangka masa panjang mengenai isu ini.

7 Disebut C dan S dan digunakan untuk memikirkan kesan dan akibat yang mungkin terjadi hasil pelaksanaan sesuatu cadangan. C & S di sini adalah berasal dari perkataan bahasa Inggeris consequence dan sequel. C & S menunjukkan kesan dan akibat sesuatu keputusan yang akan diambil untuk jangka masa yang panjang. Ini bagi memberikan pandangan atau ramalan awal bagi keputusan kesan dan akibat yang akan kita hadapi pada masa yang akan datang. Oleh itu, ia memberi kita peluang untuk melakukan penambahbaikan sebelum,semasa dan selepas keputusan itu dibuat bagi mendapatkan hasil yang memuaskan dan kita tidak menyesal atas keputusan yang telah kita ambil. C & S juga membantu seseorang untuk melihat jauh ke hadapan. Ia menggalakkan setiap orang untuk sentiasa berfikir ke hadapan dan berani untuk menanggung risiko atas keputusan yang dilakukan. Apabila kita dapat melihat serba sedikit tentang kesan dan akibat yang akan kita hadapai pada masa yang akan datang atas keputusan yang kita ambil, kita dapat melihat kekuatan dan kelemahan sesuatu perkara dari setiap sudut dan kita dapat membetulkan apa yang salah dan lemah. Oleh itu, apabila kita mempunyai pemikiran jauh ke hadapan, kita mampu untuk mendapat hasil yang sangat memuaskan. C & S juga digunakan sebagai alat berfikir kerana ia memainkan peranan dalam menggalakan seseorang itu untuk melakukan penilaian. Penilaian disini membawa maksud kita mampu untuk melakukan perbandingan, penilaian dan pemerhatian atas perkara yang kita sedang pertimbangkan. Kita dapat menilai sesuatu perkara dari pelbagai segi seperti pro dan kontranya, baik buruk dan kekuatan dan kelemhan sesuatu perkara tersebut. Untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan, penilaian itu amat penting kerana kesan dan akibatnya akan kita hadapi secara holistik.

8 Manusia sentiasa mahukan kehidupan yang lebih fleksibel. Mereka mahukan kehidupan yang kurang tekanan dan beban kerja yang menjengkelkan. Setiap tahun, manusia memikirkan pelbagai cara bagi memudahkan urusan mereka seharian sebagai contoh penggunaan robot. Kemungkinan manusia untuk bekerja 3 jam sehari kerana peningkatan penggunaan robot haruslah difikirkan semula dari pelbagai aspek iaitu kesan dan akibatnya untuk dalam beberapa tempoh seperti berikut :Tempoh masa = Jangka masa panjang 1- 5 Tahun (1) Kurang tekanan dan bebanan dalam bekerja. (2) Penjanaan ideaidea yang mantap bagi menhasilkan robot-robot yang mampu untuk melakukan pelbagai kerja. (1) Kurang mahir dalam pengendalian robot akan menyebabkan kemalangan seperti kebakaran dan letupan. (2) Manusia akan kehilangan sumber rezeki bagi yang tidak berkemampuan. (3) Sumber alam akan berkurangan kerana pelbagai bahan mentah akan digunakan bag menhasilkan sesebuah robot 5 25 tahun (1) Manusia dapat (1) Negara miskin akan Kesan Positif Kesan Negatif

mengecapi pembangunan secara drastik. (2) Ekonomi sesebuah Negara akan meningkat hasil daripada pengeluaran robot. 25 Tahun dan ke atas (1) Manusia dapat hidup dengan selesa tanpa menggunakan sebarang tenaga. (2) Pekerjaan manusia menjadi mudah dan tidak membebankan.

terus mundur kerana kurang tenaga mahir untuk meghasilkan robot. (2) Berlaku inflasi mata wang kerana peningkatan harga bahan mentah. (1) Kadar reproduktif manusia akan berkurang . (2) Jangka hayat manusia akan berkurang. (3) Dunia akan semakin rosak akibat dari pembangunan robot yang tidak terancang.

Setelah mengambil kira kesan dan akibat cadangan ini, barulah saya dapat membuat keputusan. Manusia tidak wajar bekerja selama 3 jam atas bantuan robot kerana ia memberi kesan yang buruk kepada manusia kerana perkembangan minda akan terbantut kerana semua kerja dilakukan oleh robot dan apabila kita kurang menggunakan tenaga dalam aktiviti seharian ia akan bertukar menjadi lemak dan menyebabkan tubuh kita akan menjadi lemah kita jangka hayat manusia akan menurun secara drastik. Kita seharusnya merasa berpuas hati atas segala usaha yang kita lakukan kerana hasil itu sendiri memberi inspirasi kepada kita.

10 Seterusnya saya memilih soalan 4 yang menuntut saya untuk menghurai dan mengaplikasikan alat berfikir Other Peoples View dalam menyelesaikan masalah yang telah dinyatakan. Soalan 4 Para pekerja sebuah kilang menuntut kenaikan gaji kerana sara hidup kian meningkat. Pihak pengurusan enggan berbuat demikian kerana pesaing luar Negara sedang menurunkan harga produk yang sama. Lakukan Other Peoples View (OPV) untuk situasi ini.

11 Alat berfikir OPV selalunya digunakan untuk mendengar pandangan orang lain dalam sesuatu hal. OPV yang bermaksud Other Peoples View amat penting terutamanya bagi pemimpin kerana mereka perlu melihat sama ada keputusan yang dibuat itu nanti mendapat sokongan atau bantahan dari pihak lain.

Membantu seseorang untuk memahami sudut pandangan orang lain.

OPV IALAH KITA MENDENGAR DAN MENIMBANG PANDANGAN DARI ORANG LAIN.

OTHER PEOPLES VIEW (OPV)

Membantu seseorang dalam meluaskan lagi pandangan.

Rajah 1.1 Peta Minda OPV

12 Dalam menyelesaikan isu tuntutan kenaikan gaji oleh pekerja sebuah kilang dari pihak pengurusan, pandangan dari pelbagai pihak dan kelompok masyarakat perlu diambil kira dan didengari agar kita dapat membuat keputusan yang terbaik dan memuaskan hati semua pihak. Pandangan dari para pekerja, pihak pengurusan serta pihak kementerian dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) terutamanya amat penting kerana mereka merupakan empat golongan yang paling utama terlibat dengan isu ini. Bagi mendapatkan maklum balas yang terbaik, saya telah melakukan beberapa siri perbincangan bersama pensyarah dan guru-guru pelatih yang lain mengenai isu ini. Saya juga mendapatkan pandangan dari masyarakat umum melalui forum dan perbincangan di laman sesawang FACEBOOK dan lain-lain. Hasil dari pemerhatian dan tinjauan saya, ramai pihak tidak bersetuju dengan tuntutan tersebut terutamanya dari pihak pengurusan sendiri dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Berikut adalah bilangan sasaran dan sebab-sebab . Bilangan sasaran dan sebab-sebab mereka tidak bersetuju. (1) Pihak pengurusan. Berdasarkan kepada statistik ekonomi serantau dan kajian tentang perbandingan prestasi syarikat dan produk pengeluaran mereka dengan syarikat dan kilang lain, mereka dapati persaingan mereka amat tinggi sehingga mereka terpaksa mengurangkan kos-kos tertentu bagi mencari peluang perniagaan dan keuntungan serta pulangan modal yang terbaik bagi menampung segala perbelanjaan termasuk membayar gaji para pekerja. Meraka sedaya upaya cuba untuk memberi yang terbaik kepada pekerja tetapi akibat daripada beberapa kekangan, tuntutan kenaikan gaji dari para pekerja terpaksa mereka tolak.

13 (2) Badan Bukan Kerjaan (NGO). Dalam menangani isu ini, pihak NGO berpendapat bahawa para pekerja tidak sepatutnya menuntut kenaikan gaji dari pihak pengurusan kilang kerana sekarang sedang berlaku inflasi dan kegawatan ekonomi Negara serantau yang membantutkan proses import dan eksport ke beberapa buah Negara. Oleh itu, antara pendekatan yang dicadangkan ialah para pekerja perlu melakukan pekerjaan sambilan atau mencari alternatif lain bagi menampung kos sara hidup yang tinggi. Pihak NGO akan membantu mereka dari segi barang keperluan dan membantu mereka menambah pendapatan para pekerja dari yang sedia ada. (3) Pihak kerajaan. Pihak kerajaan juga berpendapat bahawa para pekerja tidak seharunya menuntut kenaikan gaji dari pihak pengurusan kilang berdasarkan keadaan ekonomi semasa. Untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik, pihak kerajaan telah menghantar beberapa biro yang berkaitan bagi menerangkan kepada para pekerja tentang keadaan ekonomi Negara dan prestasi syarikat. Melalui sesi ini, diharapkan para pekerja faham dan mengambil sebarang inisiatif yang telah dicadangkan bagi menyelesaikan isu ini. Dalam masa yang sama, pihak kerajaan akan membantu para pekerja kilang melalui alternatif yang telah disediakan oleh kerajaan Malaysia seperti pinjaman wang dan sebagainya. Keterangan dan keputusan diatas menunjukkan bahawa respon yang diberikan oleh pelbagai pihak adalah mengikut keadaan semasa dan kajian yang mereka lakukan untuk menyelesaikan isu tuntutan kenaikan gaji dari para pekerja di sebuah kilang.

14 Rumusan. Dalam menyelesaikan masalah, kita perlu memikirkan alternatif dan cara yang pelbagai agar keputusan yang kita buat memuaskan hati semua pihak. Kemahiran berfikir banyak membantu kita dalam menyelesaikan masalah serta membentuk pemikiran yang kreatif dan kritis dalam menghadapi norma masyarakat kita seharian. Bagi menyelesaikan masalah, Dr Edward De Bono telah menyenaraikan beberapa alat berfikir bagi membantu masyarakat dunia menyelesaikan masalah yang terpaksa kita hadapi. Ia merupakan rumusan dalam meringankan beban bagi mereka yang buntu dalam mencari jalan penyelesaian. Pengaplikasian alat-alat berfikir tersebut secara efektif mampu membuah hasil yang terbaik dan memuaskan hati setiap pihak dan ia memberi satu kesan yang sangat positif. Apabila sesuatu keputusan itu membuahkan hasil yang memuaskan hati, sudah pasti ia mempengaruhi emosi dan fikiran kita dan membawa kepada kehidupan yang lebih baik.

15 Refleksi. Awal kalam, saya ingin memanjat setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat llahi kerana dengan limpah kurnianya beserta dengan izinya jua, saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus Kemahiran Berfikir ini dengan sempurna. Sebelum saya membuat refleksi dengan lebih lanjut, saya mengaku bahawa sebelum ini saya kurang memahami dan kurang mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan Kemahiran Berfikir. Tetapi setelah saya mendapat tugasan daripada PN Norhayati Binti Che Husin, pensyarah penasihat, saya berupaya untuk menguasai apakah yang dimaksudkan dengan Kemahiran Berfikir tersebut. Pada masa yang sama juga, saya berupaya untuk memahami Kemahiran Berfikir dari pelbagai sudut. Rentetan itu, apabila saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna, saya telah menguasai multi-ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan Kemahiran Berfikir tersebut. Melalui kerja kursus Kemahiran Berfikir yang diberikan, saya telah memilih 3 alat berfikir bagi menyelesaikan masalah dan isu yang telah dinyatakan. Justeru, ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian saya dan menjadikan sistem kehidupan seharian lebih menyeronokan. Selain daripada itu, melalui kerja kursus ini juga telah mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara diri saya dengan rakan-rakan guru pelatih yang lain dan pensyarah-pensyarah di Jabatan Ilmu Pendidikan kerana ia mendorong saya supaya bekerjasama dalam melakukan perbincangan dan belajar untuk berkongsi maklumat, mengemukakan pendapat dan secara tidak langsung dapat bertukar idea dalam sesi sumbang saran antara satu sama lain. Perkara ini amat penting kerana ia boleh mendorong diri seseorang supaya berfikiran secara glokal dan global iaitu berfikiran terbuka terutamanya kepada diri sayai yang bakal menjadi guru pada suatu hari nanti. Akhir sekali, saya juga berkesempatan untuk berkolaborasi dengan Pn Norhayati Binti Che Husin. saya telah diberi tunjuk ajar dan nasihat yang baik mengenai langkahlangkah untuk menghasilkan sebuah tugasan yang lengkap. Melalui cara-cara yang disyorkan oleh Pn Norhayati tersebut, saya telah berjaya untuk menghasilkan sebuah

16 tugasan yang sempurna selaras dengan kehendak dan peraturan kerja kursus yang telah ditetapkan. Melalui kerja kursus ini juga, kami telah memperbanyak penggunaan inisiatif sendiri dan mengelakkan diri daripada mengamalkan amalan plagiat.

Anda mungkin juga menyukai