Anda di halaman 1dari 27

1.

PENDAHULUAN

Pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran. Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif dan formatif. Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid, pemerhatian dan ujian secara lisan boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran. Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak. Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dibuat bersama Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Guru

menggunakan hasil pentaksiran ini untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya Untuk menjalankan pentaksiran terhadap seseorang murid, ujian diagnostik perlulah dijalankan untuk mengetahui tahap keupayaan intelektual seseorang murid secara terperinci. Ujian diagnostik akan dijalankan kepada murid setelah murid selesai menjalani ujian saringan yang dilaksanakan terlebih dahulu oleh guru untuk menentukan situasi seseorang murid sama ada layak ataupun tidak untuk terlibat dengan ujian diagnostik.

2.0

CIRI-CIRI DAN PROFIL MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN YANG TERLIBAT DALAM PENTAKSIRAN

Bagi melaksanakan tugasan ini, saya telah memilih dua orang murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran dengan bantuan daripada guru-guru untuk membantu saya dalam menjalankan pentaksiran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik, serta pemerhatian tingkah laku terhadap kedua orang murid tersebut. Berikut merupakan cirri-ciri dan profil murid yang telah dipilih. 2.1 Ciri-Ciri dan Profil Murid Bagi Pentaksiran Bahasa Melayu

Nama Murid Tarikh Lahir No. Pendaftaran OKU Jantina Umur Bangsa Agama Sijil Lahir Alamat

: : : : : : : : :

Vicktor Ng Jian Yi 28 Jun 2002 LD/12/01/11/003425 Lelaki 10 tahun Cino (Cina-Dusun) Kristian SB 111925 (010627-12-1375) Taman Telipok Ria Fasa 1 Blok 9 GF Lot 13 Jalan Tuaran, 89200 Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah.

Jenis Masalah

Kurang Upaya Intelektual- Minimum (Minimum Intellectual Disability)

Vicktor Ng Jian Yi dilahirkan pada 28 Jun 2002 dan lebih selesa dipanggil dengan panggilan Vicktor di kalangan guru-guru dan rakan-rakannya. Vicktor telah disahkan mengalami masalah Kurang Upaya Intelektual atau lebih dikenali sebagai lembam (Slow Learne)r pada tahun 2011.
2

Menurut Hallahan dan Kaufman (2006), Akta Pendidikan Individu dengan Keperluan Khas (IDEA-1997, 2004) mendefinisikan Masalah Pembelajaran Khusus kanak-kanak lembam sebagai satu atau lebih kecelaruan pada proses asas psikologikal kanak-kanak lembam sebagai satu atau lebih kecelaruan pada proses asas psikologikal kanak-kanak yang mengaitkan pemahaman atau penggunaan bahasa (penulisan atau bacaan) yang boleh mengganggu kemahiran mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja dan mengira. Namun begitu, permasalahan ini bukanlah berpunca daripada masalah pendengaran atau penglihatan, masalah motor atau masalah mental. Vicktor pada mulanya bersekolah di SJK (C) Yick Nam, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah, sebelum ditempatkan di SK.Pekan Telipok, Tuaran Kota Kinabalu pada 20 Jun tahun 2011. Vicktor merupakan anak pertama daripada dua orang adik-beradik. Sejak dari lahir, perkembangan Vicktor dikatakan normal dari segi fizikal. Perkembangan fizikal Vicktor seperti kanak-kanak normal. Keupayaan Vicktor untuk melakukan sebarang pergerakan tidak terbatas dan tidak mempunyai halangan. Vicktor juga bebas daripada sebarang penyakit serius yang boleh memudaratkan kesihatan. Dari aspek sosial-emosi, Vicktor juga tidak mempunyai kesukaran untuk bersosial dengan orang-orang di sekelilingnya. Dia mampu bersosial dengan baik sama seperti kanak-kanak normal, serta tidak mempunyai masalah tingkahlaku yang serius. Dari aspek pertuturan Vicktor tidak mengalami masalah untuk berinteraksi. Dia boleh bertutur dengan baik dan boleh berkomunikasi dengan lancar. Vicktor juga boleh mengikuti dan memahami arahan dengan baik. Dalam aspek kognitif dan intelek, kanak-kanak lembam dikatakan

menghadapi kepayahan untuk menguasai kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira. Walaupun menghadapi masalah ini, Vicktor dikatakan berkebolehan untuk melahirkan buah fikirannya sendiri. Vicktor juga mampu untuk menyatakan pendapat logiknya secara lisan. Namun begitu, penyataan pendapat dari segi tulisan masih lagi di tahap yang lemah. Kesukaran dalam menguasai kemahiran akademik merupakan salah satu ciri yang ada pada hampir kesemua kanak-kanak lembam. Kesukaran mereka menguasai konsep 3M merupakan masalah paling utama bagi kanak-kanak ini. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada guru-guru, Vicktor boleh mengecam
3

abjad dan angka, mengetahui konsep matematik tambah dan tolak, serta boleh membaca perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang mudah. Secara keseluruhannya, Vicktor sudah boleh menguasai konsep 3M (Membaca, Menulis, Mengira) peringkat rendah. Semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Vicktor dikatakan aktif dalam menyuarakan pendapat apabila guru bertanyakan soalan umum, namun apabila guru mengajukan soalan kepada Vicktor, dia hanya mendiamkan diri. Vicktor juga dikatakan suka menyampuk apabila guru-guru mengajukan soalan kepada murid lain. Walaupun begitu, Vicktor dikatakan antara murid yang paling berdisiplin di dalam kelasnya. 2.2 Ciri-Ciri dan Profil Murid Bagi Pentaksiran Matematik

Nama Murid Tarikh Lahir No. Pendaftaran OKU Jantina Umur Bangsa Agama Sijil Lahir Alamat

: : : : : : : : :

Mohamad Shukri Amirul bin Shamsudin 27 November 2001 LD/12/01/000930 Lelaki 11 tahun Bajau Islam SB 368642 (010627-12-1375) B3-3-15, Taman Telipok Ria Jalan Tuaran Telipok Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah.

Jenis Masalah

Kurang Upaya Intelektual- Sederhana (Modarate Intellectual Disability)

Muhamad Shukri Amirul bin Shamsudin yang lebih selesa dipanggil sebagai Shukri telah mendapat penempatan di SK. Pekan Telipok, Tuaran Kota Kinabalu pada 03 Mei 3010. Shukri merupakan anak bongsu daripada 8 orang adik beradik. Shukri
4

merupakan pelajar asal di SK. Pekan Telipok yang telah dikesan mengalami masalah pembelajaran. Shukri seterusnya telah menjalankan pemeriksaan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan hasilnya Shukri telah didiagnosis mengalami masalah kurang upaya intelektual (Intelligence Disabilitiy) tahap sederhana atau lebih dikenali sebagai sloe learner. Shukri juga tidak menghadapi masalah yang sukar dalam bersosial. Masalah sosio-emosi sememangnya sudah sinonim dengan kanak-kanak lembam.

Berdasarkan sumber daripada guru-guru, Shukri dikatakan mempunyai masalah tingkah laku yang agak teruk. Shukri dikatakan agak sukar untuk mengikuti arahan yang diberikan oleh guru-guru kepadanya semasa berda di sekolah. Selain itu, Shukri juga mempunyai tumpuan yang singkat semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sedang berjalan. Shukri mudah tertarik dengan rangsangan dari luar. Keadaan tersebut sering kali membuatkan proses P&P terganggu. Namun begitu, Shukri sentiasa bersungguh-sungguh melakukan aktiviti yang diminatinya seperti mewarna dan membuat lembaran kerja yang diberikan oleh guru Shukri juga aktif dalam memberi pendapat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kesukaran menguasai kemahiran akademik merupakan masalah kanakkanak lembam yang mengatasi masalah-masalah lain seperti tingkah laku dan sosio-emosi. Tahap kemahiran akademi Shukri dikatakan hanya boleh mengecam abjad dan angka, mengetahui konsep matematik tambah dan tolak, serta boleh membaca perkataan-perkataan yang mudah iaitu pada peringkat rendah sahaja. Shukri berkebolehan untuk melahirkan buah fikirannya sendiri secara lisan, namun begitu, penyataan pendapat dari segi tulisan masih lagi di tahap yang lemah. Jika dilihat pada aspek perkembangan fizikal, Shukri mempunyai

perkembangan fizikal yang normal sama seperti kanak-kanak normal. Shukri boleh melakukan pergerakan-pergerakan bebas dan dikatakan sangat aktif dalam bidang sukan. Antara sukan yang paling diminati oleh Shukri ialah sukan bola sepak.

3.0

KAEDAH DAN PROSEDUR PENTAKSIRAN YANG DIJALANKAN Kaedah pentaksiran yang telah dipilih dalam usaha menjayakan tugasan ini

ialah dengan menggunakan kaedah ujian diagnostik bagi pentaksiran Bahasa Melayu dan Matematik. Di samping itu, saya juga telah menjalankan pemerhatian terhadap kemahiran tingkah laku ke atas kedua-dua murid tersebut sepanjang proses ujian ini dijalankan dengan menjalankan pemerhatian tingkah laku menggunakan teknik merekod tingkah laku kaedah perekodan peristiwa (Event/ Frequency Data Sheet). 3.1 Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik merupakan satu instrument yang digunakan untuk mengukur daerah kelemahan murid secara terperinci. Melalui ujian ini, guru dapat mengenalpasti apakah masalah sebenar murid di peringkat awal. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru merancang kejayaan program pemulihan kelak. Sebelum melaksanakan ujian pentaksiran ini, saya telah meminta kebenaran kepada guru penyelaras untuk memilih dua orang murid untuk dijalankan ujian serta memohon untuk menggunakan salah satu bilik darjah bagi memudahkan dan melancarkan lagi perjalanan ujian yang dilaksanakan. Dalam Ujian diagnostik, soalan yang dibina terbahagi kepada beberapa perkara atau bahagian iaitu Diagnostik Pengamatan dan Diagnostik Lisan. Sebelum melaksanakan ujian diagnostik, semakan terhadap proses Pengajaran dan Pembelajaran yang lepas telah dijalankan bagi mengenalpasti kesemua kemahiran yang telah dilaksanakan pada sesi P&P yang telah diajar. Hal ini perlu bagi

menentukan pembinaan soalan bagi ujian diagnostik yang akan dilaksanakan serta bagi memudahkan pembinaan soalan mengikut bahagian ujian yang telah ditentukan. Berdasarkan hasil semakan program pengajaran dan temu bual bersama guru-guru, saya telah diberi maklumat bahawa guru-guru telah mengajar muridmurid tersebut sebanyak tiga kemahiran iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan juga prabacaan. Oleh yang demikian, saya telah menyediakan ujian diagnostik berdasarkan kompenen kemahiran-kemahiran tersebut.

Tujuan pelaksanaan ujian Diagnostik Pengamatan adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti gerak mata, koordinasi mata-tangan dan kecekapan saraf. Soalan yang dibina bagi bahagian ini mengandungi arahan-arahan yang perlu disebut oleh guru dan dilakukan oleh murid. Soalan yang diberikan turut melibatkan gambar rajah. Sementara itu, pelaksanaan ujian Diagnostik Lisan adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid secara lisan seperti pertuturan, gagap, gerak mata, membaca, menyebut, mengeja dan membatang perkataan ataupun angka. Sebahagian soalan yang telah dibina meminta murid memberikan pendapat mengenai sesuatu gambar yang ditunjukkan .

3.2

Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan contohnya bagi mengukur tingkah laku. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat. Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati sampelsampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk mengkaji tingkah laku yang telah ditunjukkan oleh murid yang telah terpilih. Hal ini kerana, kaedah ini sesuai digunakan khususnya apabila ingin mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan dan kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif. Sebelum menjalankan pemerhatian, saya telah membuat perancangan terhadap jenis tingkah laku yang ingin difokuskan semasa menjalankan pemerhatian. Saya telah memilih tingkah laku tumpuan singkat dan juga tingkah laku mengganggu rakan sebagai tingkah laku sasaran yang akan diperhatikan berdasarkan masalah tingkah laku murid yang telah dipilih.
7

Sepanjang menjalankan pemerhatian, saya telah menggunakan kaedah Perekodan Peristiwa atau Kekerapan (Event/ Frequency Recording) bagi

memudahkan pemerhatian dilaksanakan. Kaedah perekodan tingkah laku ini sesuai digunakan untuk merekodkan kekerapan tingkah laku seseorang murid dalam tempoh masa yang ditentukan. Berikut adalah jadual persediaan untuk menjalankan pemerhatian yang telah dirancang sebelum menjalankan pemerhatian tingkah laku terhadap murid. Rancangan tersebut telah disediakan bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan pemerhatian yang dilaksanakan. PERSEDIAAN UNTUK MENJALANKAN PEMERHATIAN BIL 1 PROSES PERANCANGAN CATATAN

Tingkah laku yang 1. Tumpuan singkat diperhatikan Sistem/kaedah pengukuran Rancangan sistem 2. Mengganggu rakan Perekodan Peristiwa/ Kekerapan (Event/ Frequency Recording). 1. Di mana? 2. Berapa kali dijalankan? 3. Siapa yang diperhatikan? 4. Bagaimanakah data pemerhatian dicatatkan?

pengumpulan maklumat

Alatan pelaporan data. Menjalankan pemerhatian

- Penjelasan - Jadual - Mengikut perancangan. - Menilai Kelemahan sistem yang digunakan. - Menganalisis hasil pemerhatian. - Membuat cadangan intervensi.

Jadual 1: Jadual Perancangan Pemerhatian.

3.3

Temu Bual

Kaedah temu bual merupakan perbualan diantara penemubual (penngkaji) dan responden. Temu bual melibatkan respon berbentuk verbal dan juga gerak badan. Temubual yang dikawal dengan baik menjadi cara yang berkesan untuk mendapatkan data. Kaedah temu bual membolehkan penyelidik mengkaji responrespon dengan lebih terperinci kerana kaedah ini melibatkan percakapan, perasaan dan sikap yang akan menghasilkan satu kadar gerak balas yang lebih besar.

Temu bual biasanya digunakan sebagai kaedah pengumpulan maklumat tentang pengetahuan seseorang, nilai dan kesukaan, untuk menguji hipotesis atau untuk mengenalpasti pembolehubah serta kaitan antaranya, dan

menghubungkaitkan teknik-teknik penyelidikan lain seperti pemerhatian untuk memantau isu-isu.

Selain daripada kaedah pemerhatian, saya juga telah menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan maklumat berkenaan tingkah laku dan peringkat kemahiran murid-murid yang telah dipilih. Jenis temu bual yang telah saya gunakan ialah temu bual perbualan tidak rasmi. Temu bual jenis ini melibatkan penjanaan soala-soalan secara spontan. Teknik temu bual tidak rasmi berbentuk terbuka dan tertutup. Proses temu bual jenis ini adalah longgar.

Saya telah menjalankan temu bual perbualan tidak rasmi ini ke atas beberapa orang guru untuk memperolehi maklumat berkaitan dengan masalah tingkah laku dan juga tahap kemahiran murid-murid yang telah dipilih. Input dan maklumat yang diperolehi berkenaan dengan murid-murid yang telah dipilih adalah berbeza mengikut guru-guru yang berbeza. Hasil temu bual akan diterangkan dengan lebih lanjut lagi dalam bahagian analisis maklumat.

4.0

ANALISIS DAPATAN PENTAKSIRAN 4.1 Analisis Dapatan Pentaksiran Bahasa Melayu

Setelah selesai menjalankan ujian pentaksiran Bahasa Melayu bagi murid yang bernama Vicktor Ng Jian Yi, atau lebih mesra dengan panggilan Vicktor, saya telah membuat analisis berdasarkan hasil ujian yang diperolehi. Ujian pentaksiran Bahasa Melayu yang diberikan kepad Vicktor melibatkan tiga kemahiran iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan prabacaan. Berikut adalah merupakan hasil analisis yang telah diperolehi. Saya telah menyediakan tujuh buah soalan yang terbahagi kepada tiga kemahiran iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan prabacaan. Vicktor berjaya menjawab kesemua soalan yang diberikan. Bagi kemahiran yang pertama iaitu kemahiran mendengar, soalan yang diberikan meminta Vicktor untuk menunjukkan gambar kenderaan mengikut bunyi yang diperdengarkan oleh guru. Saya telah memilih untuk memperdengarkan bunyi kereta kepada Vicktor dan memintanya untuk menunjukkan gambar kenderaan yang telah diperdengarkan

kepadanya. Vicktor berjaya menunjukkan gambar yang betul dan saya kemudiannya meminta kepada Vicktor untuk mewarnakan gambar kenderaan tersebut.

Berdasarkan daripada jawapan yang diberikan oleh Vicktor dalam soalan pertama ini, saya telah membuat analisis bahwasanya Vicktor mempunyai keupayaan

mendengar dan keupayaan mendiskriminasi bunyi yang didengarnya. Hal ini mungkin disebabkan oleh keadaan persekitaran Vicktor yang terbiasa dengan kenderaan tersebut sehingga Vicktor dapat mengenalpasti bunyi kenderaan tersebut. Manakala dalam kemahiran yang kedua iaitu kemahiran bertutur, soalan yang disediakan melibatkan kemahiran mengajuk bunyi iaitu mengajuk bunyi manusia. Arahan soalan meminta Vicktor untuk mengajuk bunyi ketawa lalu membulatkan gambar orang ketawa yang tertera pada kertas ujian. Soalan berdasarkan kemahiran bertutur yang seterusnya menginginkan Vicktor untuk suaikan gambar ekspresi orang yang sedang ketawa dan menangis pada dua kolum gambar yang berbeza. Soalan yang seterusnya melibatkan kemahiran mengajuk bunyi haiwan. Vicktor diminta untuk mengajuk bunyi haiwan yang ditunjukkan oleh guru yang terdapat pada kertas soalan. Haiwan-haiwan yang ditunjukkan iaiah seperti itik, ayam, kucing dan lembu. Vicktor seterusnya diminta untuk menggunting gambar
10

haiwan-haiwan tersebut kemudian melekatkannya pada ruangan atau petak yang telah disediakan pada kertas soalan. Analisis yang telah dibuat berdasarkan soalan kemahiran bertutur ini ialah, saya dapat mengenal pasti bahawa Vicktor mampu membunyikan semula ekspresi yang ditunjukkan dalam gambar yang ditunjukkan sama ada ianya bunyi manusia ataupun haiwan. Ini menandakan bahawa Vicktor peka terhadap bunyi-bunyi yang sering didengarnya di persekitarannya sehinggakan Vicktor mampu mengenal pasti bunyi-bunyi haiwan di sekelilingnya dan mampu menyatakan emosi serta ekspresi muka yang ditunjukkan oleh individu-individu di sekelilingnya. Kemahiran yang ketiga dan yang terakhir iaitu kemahiran prabacaan. Kemahiran prabacaan ini melibatkan kemahiran mengenal persamaan objek, huruf dan suku kata iaitu mengecam persamaan dari segi bentuk. Soalan yang telah

diberikan kepada Vicktor berdasarkan kemahiran ini ialah meminta untuk suaikan bentuk gambar yang sama. Antara bentuk yang telah diberikan ialah bentuk bulat, segi empat dan segi tiga. Soalan seterusnya meminta Vicktor untuk mewarnakan bentuk benda yang sama mengikut warna yang telah ditetapkan dalam gambar iaitu merah bagi objek yang berbentuk bulat, biru bagi objek yang berbentuk segi tiga, dan hijau bagi objek yang berbentuk segi empat. Analisis yang telah dilakukan bagi kemahiran ini telah menunjukkan bahawa Vicktor dapat mengenal pasti konsep

bentuk geometri yang asas. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh kesedaran Vicktor terhadap bentuk-bentuk yang sering dijumpainya di persekitarannya. Secara keseluruhannya, ujian pentaksiran Bahasa Melayu yang dijalankan ke atas Vicktor ini menunjukkan bahawa Vicktor menguasai kemahiran-kemahiran yang telah diajarkan oleh guru bahasanya setakat ini. Perkaitan antara kehidupan seharian dan pengajaran guru berkemungkinan akan memberikan pemahaman dan pengukuhan yang lebih berkesan kepada Vicktor. Sepanjang ujian dijalankan, Vicktor menunjukkan minat yang penuh dan mengikuti arahan yang diberikan oleh guru dengan baik sekali.

11

4.2

Analisis Dapatan Pentaksiran Matematik

Ujian pentaksiran Matematik ini telah dijalankan ke atas seorang murid yang bernama Mohamad Shukri Amirul bin Shamsudin. Setelah selesai menjalankan ujian pentaksiran Matematik, saya telah membuat analisis berkaitan dengan kemahiran Matematik Shukri berdasarkan hasil ujian yang diperolehi. Ujian pentaksiran

Matematik yang diberikan kepad Shukri melibatkan empat kemahiran iaitu pranombor, nombor bulat dalam lingkungan 1 hingga 10, operasi tambah dalam lingkungan 10 dan operasi tolak dalam lingkungan 10. Daripada empat kemahiran ini, saya telah menyediakan lapan soalan yang dibahagikan kepada beberapa aras. Berikut merupakan hasil analisis ujian yang telah diperolehi. Berdasarkan kemahiran yang pertama iaitu pranombor, soalan yang telah saya sediakan melibatkan kemahiran mengklasifikasikan objek mengikut warna iaitu mengasingkan objek mengikut warna asas. Soalan pertama yang melibatkan kemahiran ini meminta Shukri untuk memadankan warna yang sama di antara dua bahagian yang telah disediakan. Warna yang terlibat merupakan warna-warna asas iaitu warna merah, bird an kuning. Soalan seterusnya yang masih dalam bidang kemahiran yang sama bagi aras sederhana meminta Shukri untuk mewarnakan gambar yang disediakan mengikut warna yang telah ditetapkan pada soalan ujian yang diberikan. Antara warna yang telah ditetapkan ialah warna hijau bagi gambar yang berbentuk segi empat, warna merah bagi gambar yang berbentuk segi tiga, dan warna kuning bagi gambar yang berbentuk bulat. Soalan aras tinggi bagi kemahiran yang sama pula meminta Shukri mewarnakan gambar jalur gemilang mengikut warna yang betul dengan berpandukan gambar yang disediakan oleh guru. Hasil analisis yang telah diperolehi berdasarkan kemahiran pranombor ini menunjukkan tahap pengamatan Shukri berada pada tahap sederhana. Berdasarkan soalan pertama dan kedua, Shukri mampu mengklasifikasikan objek mengikut warna yang diberikan dengtan baik. Shukri dilihat lebih memahami konsep ini jika objek yang ingin diklasifikasikan berkaitan bentuk yang sering dilihatnya di sekeliling. Namun begitu, jika melibatkan lebih daripada satu konsep sepertimana yang diminta dalam soalan ketiga, Shukri mengalami masalah untuk meneliti warna yang betul bagi tiap-tiap jalur yang terdapat pada Jalur Gemilang sehingga telah melakukan kesilapan mewarnakan jalur-jalur tersebut.

12

Bagi kemahiran yang kedua iaitu nombor bulat dalam lingkungan 1 hingga 10, soalan yang disediakan melibatkan kemahiran menulis nombor 0 hingga 10 iaitu kemahiran menulis nombor 0 hingga 10 dengan cara yang betul. Bagi soalan

kemahiran ini, Shukri telah diminta untuk menulis semula angka yang telah ditunjukkan di dalam petak-petak ruangan yang telah disediakan pada kertas ujian. Soalan yang disediakan meminta Shukri untuk menulis semula angka 2 dengan cara yang betul. Berdasarkan dapatan analisis yang telah dibuat, Shukri didapati boleh menulis angka 2 dengan betul dan mengetahui konsep angka yang ditulis olehnya. Walaubagaimanapun, bentuk angka konsisten dan sentiasa berubah-ubah yang ditulis oleh Namun Shukri belum begitu, secara

saiznya.

kesuluruhannya, Shukri telah mengetahui konsep nombor bulat dalam Matematik. Kemahiran yang ketiga iaitu operasi tambah dalam lingkungan 10 melibatkan soalan kemahiran menguasai konsep tambah iaitu menyatukan dua kumpulan benda. Bagi soalan ini, saya telah menyediakan soalan aras rendah untuk diberikan kepada Shukri. Dalam soalan ini, saya telah meminta Shukri untuk mengenal pasti kumpulan objek atau benda yang perlu ditambah tanpa hasil tambah benda tersebut. Saya kemudiannya meminta Shukri untuk menggunting hasil penyatuan objek yang telah disediakan pada lembaran yang seterusnya dan menampalnya pada ruangan hasil penyatuan objek-objek yang ditunjukkan. Kesemua jawapan yang diberikan oleh Shukri adalah betul. Setelah menganalisis hasil ujian bagi kemahiran ini, saya telah mendapati bahawa Shukri boleh memahami konsep tambah dalam lingkungan 10 dengan baik walaupun tanpa menggunakan sebarang objek untuk dijadikan sebagai contoh ataupun ilustrasi bagi membantunya memahami konsep tambah. Menerusi kemahiran yang keempat dan yang terakhir iaitu operasi tolak dalam lingkungan 10, soalan yang telah disediakan melibatkan kemahiran menguasai konsep tolak iaitu dengan mengurangkan benda dalam kumpulan. Arahan soalan meminta Shukri untuk mewarnakan baki epal yang telah ditolak. Soalan yang terakhir daripada kemahiran yang sama merupakan soalan aras tinggi. Soalan tersebut telah meminta Shukri untuk melukiskan semula baki yang tinggal dalam ruangan yang telah disediakan. Analisis yang telah saya lakukan menunjukkan bahawa Shukri tidak dapat memahami konsep tolak dengan baik. Berdasarkan soalan analisis yang disediakan, Shukri hanya dapat menjawab dengan betul dua daripada lima soalan pada soalan aras rendah yang telah diberikan. Shukri tidak mewarnakan dan melukiskan baki
13

epal setelah ditolak, sebaliknya menulis semula jumlah epal yang ditolak daripada jumlah epal yang sedia ada. Shukri memerlukan arahan lisan yang jelas sebelum melaksanakan ujian yang berkaitan dengan kemahiran ini. Secara kesimpulannya, Shukri dapat menguasai tiga daripada empat kemahiran yang telah dilaksanakan dalam ujian pentaksiran bagi Matematik ini. Shukri boleh mengetahui konsep nombor bulat dengan baik dan dapat menulis setiap nombor dari 0 hingga 9 dengan baik. Walaubagaimanapun, kelemahan yang paling ketara dapat dilihat pada kemahiran keempat yaitu operasi tolak.

4.3

Analisis Pemerhatian Tingkah Laku

Menurut Miltenberger (2001), tingkah laku merupakan apa yang dicakapkan dan katakana yang mempunyai satu atau lebih dimensi yang boleh diukur. Tingkah laku juga boleh diperhati, diterangkan dan memberi kesan kepada persekitaran. Tingkah laku yang berlaku dipengaruhi oleh peristiwa dalam persekitaran . Dalam proses melaksanakan ujian pentaksiran ini terhadap dua orang murid yang telah dipilih, saya juga telah menjalankan kajian pemerhatian tingkah laku terhadap kedua orang murid tersebut. Keadah perekodan data yang telah saya gunakan ialah kaedah Perekodan Peristiwa atau Kekerapan. Berikut merupakan analisis pemerhatian tingkah laku bagi Vicktor (pentaksiran Bahasa Melayu) dan Shukri (pentaksiran Matematik). Tingkah laku sasaran yang menjadi perhatian dalam pemerhatian ini merupakan tingkah laku bermasalah. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran dan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah. Tingkah Laku sasaran yang difokuskan merupakan tingkah laku bermasalah negatif iaitu tumpuan singkat dan juga mengganggu rakan.

14

4.3.1 Analisis Pentaksiran Tingkah Laku Murid A (Vicktor)

Analisis Tingkah Laku Vicktor Ng Jian Yi (Pentaksiran Bahasa Melayu)

Tarikh

: 24 Mac 2012 (Khamis)

Nama Penilai : Selizah Bruslim

Nama Murid : Vicktor Ng Jian Yi Kelas : Alif

Pemerhatian Tingkah Laku Murid Tumpuan singkat Menganggu Rakan Kekerapan Kejadian // Jumlah Masa Ulasan Tambahan

2 30 minit

Pemerhatian dijalankan pada kelas pada waktu pagi (10.00 pagi - 10.30 pagi) semasa kelas Bahasa Melayu.

Jadual 2: Data Perekodan Peristiwa Atau Kekerapan- Analisis Tingkah Laku Vicktor

Berdasarkan analisis tingkah laku yang telah diperhatikan terhadap Vicktor, Vicktor, masalah tumpuan singkat yang dialaminya merupakan tingkah laku bermasalah yang domain baginya. Faktor yang telah menyebabkan Vicktor tidak menumpukan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran ialah faktor persekitaran. Vicktor tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dijalankan oleh guru kerana sering tertarik dengan gangguan luar seperti tertarik dengan aktiviti P&P yang dijalankan oleh guru-guru lain bagi kelas yang lain. Aktiviti yang telah menarik perhatian Vicktor sehingga menyebabkan tumpuannya terganggu ialah aktiviti menonton TV. Selain itu, sesi pendidikan Jasmani yang dijalankan di luar bilik darjah juga turut menarik perhatian Vicktor untuk menjenguk keluar ke luar bilik darjah.
15

Tingkah laku mengganggu rakan yang ditunjukkan oleh Vicktor pula berpunca daripada gangguan daripada rakan sekelasnya yang lain sehingga menyebabkan Vicktor mengganggu semula rakannya sebagai tindakannya untuk membalas perbuatan rakan tersebut. Gangguan yang ditunjukkan oleh Vicktor ialah merebut pencil rakan. Tingkah laku yang ditunjukkan oleh Vicktor pada mulanya berunsur mempertahankan diri. Walaupun tingkah laku yang ditunjukkan oleh Vicktor tergolong dalam tingkah laku bermasalah, Vicktor masih boleh mendengar dan mengikuti arahan yang diberikan oleh guru dengan baik. Vicktor masih berada dalam kawalan guru-gurunya. Masalah tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh Vicktor juga berada di tahap yang minimum dan dapat dikurangkan dari semasa ke semasa dengan menggunakan intervensi dan strategi menangani masalah tingkah laku yang sesuai.

4.3.2 Analisis Pentaksiran Tingkah Laku Murid B (Shukri)

Analisis Tingkah Laku Mohamad Shukri Amirul bin Shamsudin (Pentaksiran Matematik)

Tarikh

: 24 Mac 2012 (Khamis)

Nama Penilai : Selizah Bruslim

Nama Murid : Mohamad Shukri Amirul bin Shamsudin Kelas : Alif

Pemerhatian Tingkah Laku Murid Tumpuan singkat Menganggu Rakan Kekerapan Kejadian //// Jumlah Masa Ulasan Tambahan Pemerhatian dijalankan pada 30 minit //// 5 kelas pada waktu pagi (10.00 pagi - 10.30 pagi) semasa kelas Bahasa Melayu.

Jadual 3: Data Perekodan Peristiwa Atau Kekerapan- Analisis Tingkah Laku Shukri
16

Setelah menganalisis tingkah laku yang telah diperhatikan terhadap Shukri, tingkah laku bermasalah paling domain yang telah ditunjukkan oleh Shukri

merupakan tingkah laku mengganggu rakan atau lebih dikenali sebagai tingkah laku disruptif. Tingkah laku bermasalah ini ditunjukkan oleh Shukri setiap 5 minit jika dikira secara purata. Antara faktor yang telah menjadi penyebab berlakunya tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh Shukri ialah faktor persekitaran dan faktor diri sendiri. individu Bagi faktor diri sendiri, Duke (1980) telah menyatakan bahawa setiap bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid

berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai the potential influence of students free will . Manakala Mengikut Rabven (1977) apabila murid-murid tidak berminat dalam mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang telintas dalam fikiran mereka. Tingkah laku mengganggu rakan yang ditunjukkan oleh Shukri berkemungkinan disebabkan kerana kebosanan dan perasaan tidak berminat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dijalankan oleh guru. Antara tingkah laku tidak dapat menumpukan perhatian yang ditunjukkan

oleh shukri ialah seperti kerap mengajukan soalan yang sama kepada guru semasa proses P&P sedang berjalan. Soalan yang ditanyakan oleh shukri berbunyi demikian, Cikgu, bila kita nak buat aktiviti mandi? . Selain itu, shukri juga gemar bergerak sesuka hati , Shukri suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku, melakukan aktiviti yang disukai bilabila masa. Manakala tingkah laku mengganggu rakan yang ditunjukkan oleh Shukri adalah seperti berikut, berkelakuan nakal seperti merampas alatan menulis rakanrakannya yang lain contohnya pensel, membuat bising di dalam kelas seperti banyak bercakap serta ketawa dengan terbahak-bahak dan dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa menghiraukan orang-orang di sekelilingnya. Shukri juga sering kali menggunakan kata-kata yang agak kasar. Shukri sering kali mengugut bahawa dia akan menumbuk rakan-rakannya serta guru-gurunya jika kehendaknya tidak dituruti. Tingkah laku yang ditunjukkan oleh Shukri tersebut kadang kala menimbulkan

perasaan kurang selesa kepada orang-orang sekelilingnya.


17

Namun begitu, berdasarkan maklumat daripada guru-guru, tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh Shukri ini mempunyai pasang surutnya.

Sebahagian daripada tingkah laku yang ditunjukkan sering berulang namun masih dapat dikawal oleh guru-guru dengan menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai digunakan bagi menangani masalah tingkah laku seperti mana yang ditunjukkan oleh Shukri.

5.0

RANCANGAN INTERVENSI YANG BERSESUAIAN

Selepas analisis keputusan pentaksiran diperolehi, beberapa rancangan intervensi telah dibuat dan dicadangkan kepada murid yang terlibat dengan pentaksiran ini.berikut merupakan antara rancangan intervensi yang telah dicadangkan.

5.1

Rancangan Intervensi Pentaksiran Bahasa Melayu (Vicktor)

Penilaian ke atas kanak-kanak bermasalah pembelajaran dari peringkat awal persekolahan menjadi suatau kepentingan supaya program-program intervensi awal dapat diaturkan. Program-program intervensi yang disediakan juga perlu

disesuaikan untuk setiap kanak -kanak menurut diagnosis kekuatan dan kelemahan kanak-kanak itu sendiri. Setiap program yang diatur semestinya mempunyai objektifnya yang tersendiri yang perlu difahami oleh ibu bapa. Sebagai contoh, jika seseorang kanakkanak itu kurang bermotivasi untuk bercakap, usaha-usaha untuk merangsang minatnya untuk bercakap, membina keyakinan diri dan memberi dia peluang berinteraksi serta bergaul dengan dengan rakan-rakan sebayanya boleh dijalankan. Setelah menyelesaikan analisis keputusan ujian pentaksiran bagi Bahasa Melayu, Matematik dan tingkah laku ke atas pelajar yang telah terpilih iaitu Vicktor dan Shukri, beberapa intervensi telah dicadangkan mengikut keperluan-keparluan yang dirasakan dapat membantu murid-murid tersebut memperbaiki kelemahankelemahan mereka berdasarkan jenis kemahiran yang telah diuji. Berdasarkan analisis ujian pentaksiran Bahasa Melayu yang telah dijalankan ke atas Vicktor, intervensi yang boelah dialakukan bagi memperbaiki kemahiran
18

mendengar ialah dengan menggunakan aktiviti pengamatan pendengaran. Antara aktiviti pendengaran yang boleh digunakan ialah seperti mengetuk benda atau bahan seperti paku, tin, meja dan tempurung satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan bunyinya. Aktiviti bermula dengan guru, memperkenalkan benda-benda yang akan menghasilkan bunyi tersebut. Murid kemudiannya diminta untuk pusing ke belakang, setelah itu guru akan mengetuk bahan-bahan tersebut. Seterusnya guru meminta murid untuk menyatakan apakah bunyi yang dibunyikan. Dengan aktiviti ini, murid akan menjadi lebih peka dengan bunyi-bunyi yang berada di sekelilingnya. Strategi berpusatkan murid dan bahan juga boleh digunakan secara seiringan. Melalui strategi ini, guru-guru boleh

memberi galakan kepada Vicktor untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas. Manakala melalui strategi berpusatkan bahan pula,guru-guru boleh menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan secara disusun, dan sesuai dengan perancangan yang dibuat. Penerangan yang jelas tentang keperluan dan kehendak aktiviti yang akan dijalankan haruslah diterangkan kepada Vicktor terlebih dahulu. Strategi ini boleh dijalankan ke atas Vicktor bagi membantu Vicktor menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh. Bagi memperbaiki kemahiran bertutur pula, guru boleh menggunakan teknik pengajaran bahasa bagi mengendalikan suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif. Tujuan menggunakan pelbagai teknik ini adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru. Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah, teknik bercerita, teknik latih tubi, teknik tunjuk cara, teknik bersoal jawab, teknik main peranan, teknik menyanyi, teknik lakonan dan teknik kuiz. Sebagai contoh, guru melaksanakan aktiviti menggunakan teknik main peranan. Guru tidak hanya melibatkan Vicktor, malah turut melibatkan rakan-rakannya yang lain. Guru boleh meminta murid-murid untuk memilih watak masing-masing sebagai contoh watak dalam konteks pekerjaan seperti guru, polis dan sebagainya. Setelah itu, muridmurid boleh melakonkan watak tersebut dengan menggunakan dialog masingmasing. Dengan itu, komunikasi secara aktif akan berlaku dan akan meningkatkan kemahiran bertutur murid-muridnya.

19

Berdasarkan kemahiran prabacaan, guru boleh menjalankan pengajaran melalui pendekatan secara individu kepada Vicktor. Melalui pendekatan ini, guru boleh menumpukan perhatian kepada Vicktor secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu. Guru boleh menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan. Aktiviti yang melibatkan kaedah suku kata amat sesuai untuk digunakan bagi mengajar Vicktor. Ianya bersesuaian kerana masalah yang dihadapi oleh Vicktor tidak berada di tahap yang teruk dan Vicktor dapat menyerap input-input pengajaran yang berada di tahap rendah dengan mudah.

5.2

Rancangan Intervensi Pentaksiran Matematik (Shukri)

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Berdasarkan hasil analisis ujian pentaksiran Matematik yang telah dijalankan ke atas Shukri, saya telah mencadangkan beberapa rancangan intervensi yang

boelh digunakan oleh guru-guru untuk memperbaiki kemahiran matematik Shukri. Berdasarkan soalan ujian yang dijalankan, terdapat empat kemahiran Matematik yang disediakan dalam pentaksiran kemahiran matematik tersebut. Dalam mengatasi masalah pembelajaran kemahiran Matematik yang dihadapi oleh Shukri ini, program intervensi yang khusus boleh digunakan terdiri daripada pelbagai teknik pengajaran yang selaras dengan keupayaan Shukri. Beberapa

kaedah umum yang perlu difahami dan dikuasai oleh pendidik matematik ialah menggunakan teknik Penglibatan aktif ( active involvement ). Penglibatan aktif

merupakan satu teknik pengajaran yang melibatkan para pelajar secara aktif dalam aktiviti seperti menulis, perbincangan secara lisan serta pergerakan yang melibatkan anggota badan (D'Augustine,1973). Setiap pelajar terlibat di dalam mengembangkan sesuatu konsep yang diajar. Melalui penglibatan secara aktif, penekanan pembelajaran dapat diberikan kepada pemikiran konstruktif oleh semua pelajar, dengan aktiviti biasanya tertumpu kepada pembinaan konsep baru atau penguasaan kemahiran baru (Nik Azis, 1992). Teknik ini sesuai digunakan ke atas Shukri kerana
20

penglibatannya secara aktif akan menjadi asas penting kepada pembentukan struktur secara retroaktif dan proses asimilasi yang menyeluruh. Selain itu kaedah Perbincangan dan penemuan ( Discussion and discovery ) juga boleh digunakan. Perbincangan yang berlaku antara Shukri dengan guru serta dengan rakan-rakannya akan mewujudkan perbincangan yang bermakna di mana mereka boleh saling bantu antara satu sama lain berkenaan dengan kemahiran yang ingin ditingkatkan. Manakala penemuan adalah satu teknik pengajaran di mana para pelajar akan mengkaji sesuatu situasi yang berstruktur atau tidak berstruktur sehingga mereka memperolehi satu kesimpulan yang. Kaedah penemuan merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisa dan menemui. Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk membuat generalisasi. Kaedah penemuan boleh dilakukan dalam dua bentuk iaitu, penemuan kreatif (creative discovery) atau penemuan terpimpin (guided discovery). Teknik Analogi ( Analogy ) merupakan satu teknik pengajaran di mana cerita atau 'perumpamaan' dibuat untuk mewakili seuatu konsep yang hendak diajar (D' Augustine, 1973). Contoh analogi untuk konsep pembundaran:

Kemana harus saya lompat ? Mengapa ?

Melalui teknik, pembelajaran yang berlaku akan menjadi lebih menarik dan dapat difahami dengan lebih jelas. Teknik seperti ini amat sesuai dijalankan ke atas Shukri kerana teknik ini mampu menarik minatnya untuk belajar. Oleh itu, Shukri akan dapat memahami sesuatu konsep pembelajaran kemahiran yang dipelajarinya kelak.

21

Di samping itu,kaedah eksperimen / kerja praktik juga boleh digunakan untuk mengajar kemahiran Matematik ini ke atas Shukri. Kaedah eksperimen atau kerja praktik boleh ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang mempunyai tujuan untuk mendapatkan hasil daripada kerjanya. Dalam pengajaran matematik, kaedah eksperimen ialah suatu kaedah di mana pelajar dilatih menggunakan alat bantu mengajar untuk memahami konsep dan menguasai sesuatu kemahiran. Kaedah ini sesuai dijalankan ke atas Shukri bagi memperbaiki kemahiran operasi tolak yang tidak dapat dikuasainya berdasarkan analisis ujian pentaksiran yang telah dibuat. Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, kaedah eksperimen telah digunakan secara meluas. Antara contoh aktiviti yang menggunakan kaedah eksperimen ini ialah mengagihkan sebilangan biji guli ke dalam beberapa bekas yang disediakan untuk memahami konsep bahagi atau purata.

5.3

Intervensi Tingkah Laku (Vicktor dan Shukri)

Modifikasi dan intervensi tingkah laku ialah suatu pendekatan yang bersistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi pelaziman. Berikut ialah huraian beberapa teknik yang sesuai digunakan untuk perlaksanaan program modifikasi tingkah laku ke atas Vicktor dan Shukri. Teknik time out boleh digunakan oleh guru sekiranya tingkah laku mengganggu rakan ditunjukkan oleh Vicktor dan Shukri. Vicktor dan Shukir akan diasingkan daripada mengikuti aktviti kelas sekiranya mereka mengganggu rakanrakan mereka. Dengan cara ini, Vicktor dan Shukri mempunyai peluang untuk menyatakan perasaannya dan bukan melepaskan geram melalui perbuatan seperti yang biasa dilakukakannya untuk menarik perhatian dengan mengganggu rakanrakan mereka. . Guru juga boleh mereka bentuk dan mengurus persekitaran bilik darjah bukan hanya untuk mengurangkan tingkah laku antisosial tetapi juga meningkatkan kekerapan interaksi antara guru dengan murid sebagai asas kepada pembinaan tingkah laku positif dan kejayaan akademik. Kebanyakan masalah tingkah laku di dalam kelas boleh dikawal dengan menggunakan pengurusan tingkah laku yang proaktif. Hal ini dapat membantu memberikan kefahaman kepada Vicktor dan Shukri dalam membezakan tingkah laku yang boleh dilakukan dengan tingkah laku terlarang.

22

Pemberian pujian dan ganjaran kepada Vicktor dan Shukri juga boleh digunakan untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Contohnya, jika sebelum ini Vicktor dan Shukri kerap menjawab soalan dengan nada yang kuat, tetapi pada hari itu dia menjawab dengan suara yang sederhana, maka Vicktor dan Shukri layak diberi pujian dan ganjaran. Ianya bertujuan supaya mereka tahu

bahawa apa yang dilakukan oleh mereka pada ketika itu adalah tingkah laku yang betul dan mereka akan berasa dihargai apabila guru memuji atau memberi ganjaran atas perlakuan yang mereka tunjukkan. Ini dapat memotivasikan Vicktor dan Shukri supaya dapat mengekalkan dan mengukuhkan tingkah laku yang diingini. Adakalanya, guru tidak boleh terlalu terikat dengan kehendak murid memandangkan terdapat lagi murid lain yang perlu diberi perhatian. Cara yang paling praktikal untuk dilaksanakan apabila murid melakukan tingkah laku sasaran ialah dengan memberi hukuman bagi mengurangkan tingkah laku tersebut. Contoh, hukuman yang akan diberikan ialah dengan menahan Vicktor dan Shukri pada waktu rehat dan mengurungnya di dalam bilik pengurusan tingkah laku. Dengan ini, Vicktor dan Shukri akan sedar bahawa perlakuan tersebut adalah salah dan akan menyebabkan kemarahan orang lain. Objektif menjalankan hukuman ini adalah bagi mewujudkan tingkah laku positif yang diingini bagi meningkatkan tingkah laku positif dalam dirinya. Menghukum akan dapat membantu mencegah tingkah laku yang tidak diingini dengan mengaitkannya dengan rangsangan yang menyakitkan. Justeru, di kemudian hari, Vicktor dan Shukri akan lebih berhati-hati apabila ingin melakukan sesuatu perkara yang dilarang oleh guru. Dia akan ingat bahawa dia akan mendapat hukuman apabila melakukan tingkah laku yang dilarang dan akan menyebabkan guru memarahinya.

23

6.0

RUMUSAN Pentaksiran dalam Pendidikan Khas dilaksanakan bagi medapatkan

gambaran terhadap tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Melalui ujian pentaksiran, guru dapat mengenalpasti apakah masalah sebenar murid di peringkat awal. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru merancang kejayaan program pemulihan kelak. Dalam konteks pentaksiran tingkah laku, keadaan dan suasana sekolah juga kadangkala menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan menyebabkan tingkah laku bermasalah. Kelas yang terlalu ramai, alat kelengkapan yang tidak mencukupi, suasana di dalam kelas yang tidak teraputik, alat bantu mengajar yang tidak cukup, gangguan dari luar dan keadaan sekolah yang tidak sempurna dari segi kemudahan asas. Kesemuanya ini boleh menimbulkan kegelisahan dan menganggu kelancaran perjalanan kelas. Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh terkenal boleh dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi merancang strategi-strategi untuk meningkatkan lagi keberkesanan bagi meningkatkan kemahiran bahasa dan matematik serta mengatasi tingkah laku bermasalah dan prestasi murid-murid dan akademik di sekolah. Oleh demikian, pentaksiran haruslah dijalankan dengan lebih kerap dan tersusun, bijak dan teratur agar ia dapat meningkatkan kemahiran yang sepatutnya diperolehi oleh murid-murid dan tidak membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah.

24

RUJUKAN Abd. Rahim Talib .2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah

Pembelajaran. Kuala Lumpur. MeteorDoc. Sdn. Bhd. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman .2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Kuala Lumpur. Quantum Books. APA STYLE. (n.d.). MENILAI KANAK-KANAK PRASEKOLAH YANG LEMBAB. Retrieved March 18, 2012, from http://www.oocities.org/uitm_ot/menilai_kanak.htm APA STYLE. (n.d.). PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN. Retrieved March 18, 2012, from http://mahirkmm.tripod.com/taksir2.htm

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. 1992. Pendidikan Khas Dan Pemulihan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Garciulo R.M .2003. Special Education in Contemporary Society: An Introduction to Exceptionality. United State. Wadsworth Thomson Learning. Hajah Hasnah Udin. 1988. Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hajah Hasnah Udin & Hajah Aishah Hj. Jaafar .1992. Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: DBP/Kementerian Pelajaran Malaysia. Hamid Arshat. (n.d.). Masalah Pembelajaran:MASALAH PEMBELAJARAN DI KALANGAN KANAK KANAK. Retrieved March 18, 2012, from

http://www.hamidarshat.com/anak-penjagaan informasi-167/190-masalah pembelajaran.html Jamila K.A Mohamad .2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur. PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd. Li, Moore & Dennis. 1998. Acceptance of Disability and Its Correlates. Journal of Social Psychology, 138(1), 13-26. Messe .2001.HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah

Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia. Mohamad Aman & Kasim Abd. Majid .2003. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak Kanak ( Tingkatan 4). Selangor. Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Mohd. Salleh Lebar. 1999. Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Dalam Pendengaran. Serdang. Universiti Putera Malaysia.
25

Mohd. Sharani Ahmad. 2004. Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. Kuala Lumpur. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. NADZIRAH ABDUL RAHIM. (2010, September 27). D20071029865 PENYELIDIKAN ILMIAH . Retrieved March 18, 2012, from

http://nadzzirah.multiply.com/journal/item/11/DATA_PRIMER_PEMERHATI N_ _TUGASAN_PEMBENTANGAN_kelas_maya_27092010?&show_interstitial 1&u=%2Fjourna %2Fitem

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN. (2009, Ogos 26). Teacher's Departmen . Retrieved March 18, 2012, from http://cikguhaidi.wordpress.com/2009/08/26/pentaksiran-dalam-pemulihan end/ Prado, D.F .1991. A Guide and Handbooks for Parents of Mentally Retarded Children. Illinois. Charles C Thompson. Rosalwani Che Soh. 2006. Jangan malu ada anak Sindrom Down. Diperolehi pada Oktober 2009 daripada http://www.kdsf.org.my/html/Utusan%20Malaysia% 20Online%20-%20Muka%20Hadapan.htm Ross .1993. HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah

Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia. Saadah binti Sumrah, Salwan binti Sudirman, Roslee bin Ahmad. (2008).

KAEDAH MENANGANI KANAKKANAK BERMASALAH TINGKAHLAKU. Retrieved March 18, 2012, from

http://eprints.utm.my/6290/1/SaadahSumrah2008_KaedahMenanganiKanak anak BermasaahTingkahlaku.pdf Sandra F. Rief. 2008. Bagaimana Mendekati dan Mendidik Kanak-Kanak ADD/ADHD (Terjemahaan PTS Publications). Kuala Lumpur. Institut

Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas. (n.d.). Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran . Pendidikan Khas: Retrieved March 18, 2012, from Unit

http://www.upkkl.com/2011/04/pendidikan-khas

bermasalah-pembelajaran.html
26

Sheila Devaraj & Samsilah Roslan. 2006. Apa itu Disleksia. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Universiti Sains Malaysia (USM). (2009, Mac). Buletin Pendidikan Khas Jilid 1, Bil. 1/200. Retrieved Mac 18, 2012, from

http://web.usm.my/education/buletinpendkhas/Buletin_PendKhas Jld_1_Bil_1.pdf Wikipedia Ensiklopedia Bebas .2009. Sekolah Pendidikan Khas Diperoleh pada 9 Oktober daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_khas Zamri Mahamod .2009. Posiding Seminar Pendidikan Khas. Bangi. Fakulti

Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Zarin Ismail, Safani Bari & Soo Boon Seng .2004. Integrasi Sosial Murid

Berkeperluan Khas Bermasalah Pendengaran dan Program Inklusif . Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Zulkiply Yaakob. 2009. Pendidikan Khas Pra Sekolah Diperolehi pada 9 Oktober 2009 daripada http://zulprasekolah.blogspot.com Zuly .2009. Program Untuk Pelajar Berkeperluan Khas Diperolehi pada 9 Oktober 2009 daripada http://www.scribd.com/doc/14853835/Bab-9-Program-UntukPelajar-Berkeperluan-Khas

27

Anda mungkin juga menyukai