Anda di halaman 1dari 11

Bagi sesiapa yang pernah mengikuti training - 6 Thinking Hats - Edward De Bono tentu tahu tentang picture di atas

kan! Ia adalah di antara subjek Kemahiran Berfikir. Antara yang menarik ialah konsep 6 topi pemikiran dan 6 kasut tindakan yang diperkenalkan oleh Edward de Bono. 6 Topi Pemikiran 1. Topi Hijau Topi hijau melambangkan pemikiran yang kreatif. Warna hijau melambangkan otak yang subur dengan idea-idea. Top hijau digunakan bagi mencari idea-idea alternatif berdasarkan maklumat yang ada. Topi hijau digunakan pada waktu mula-mula berfkir. Situasi yang paling penting bagi menggunakan topi hijau ialah ketika ingin menyelesaikan masalah. 2.Topi Kuning Topi kuning melambangkan pemikiran yang konstrukktif. Warna kuning melambangkan kecerahan yang bermakna positif. Topi kuning digunakan bagi mencari segala faedah daripada sebarang idea alternatif yang dikeluarkan oleh topi hijau. Situasi yang paling baik bagi menggunakan topi kuning ialah apabila mendapati idea-idea yang banyak kelemahan. 3. Topi Putih Topi putih melambangkan pemikiran objektif. Warna putih melambangkan kebersihan yag bermakna tiada prejudis. Topi putih digunakan untuk mencari fakta , angka dan maklumat semata-mata. Topi putih dipakai sebelum membuat sebarang keputusan memilih alternatif. 4. Topi Hitam Topi hitam melambangkan pemikiran yang kritikal dan negatif. Warna hitam melambangkan kegelapan yang bermaka tiada harapan. Topi hitam digunakan untuk mencari segala yang salah , sukar , berisiko dan berbahaya.

Topi hitam berguna untuk menghasilkan rancangan kecemasan dan keselamatan. Topi hitam dipakai sebelum membuat sebarang tindakan dengan memikirkan segala kebuurukan dan kerugian yang akan dialami. 5. Topi Merah Topi merah melambangkan pemikiran yang emosional. Warna merah melambangkan perasaan yang ghairah. Topi merah membenarkan pemikiran emosi dan intuisi sewaktu berfikir. Masa yang paling sesuai memakai topi ini ialah selepas mengambil kira semua fakta yang ada. 6. Topi Biru Topi biru melambangkan pemikiran untuk mengawal dan menguasai. Warna biru melambangkan langit yang bermakna paling atas. Topi biru mengawasi topi-topi lain bekerja. Orang yang paling sesuai untuk memakai topi ini ialah sesorang yang menjadi ketua. 6 Kasut Tindakan Kasut biru laut : bertindak secara formal, biasa, mudah, ringkas dan rutin . Kasut Kelabu : bertindak secara kajian, penyelidikan, cari bukti dan idea baru. Kasut Perang : bertindak secara nyata, praktikal, fleksibel dan berkesan. Kasut Oren : bertindak secara bahaya, keberanian, kecemasan, risiko dan krisis. Kasut Merah Jambu : bertindak secara penuh mesra, kasih sayang, prihatin . Kasut Unggu : bertindak secara kuasa, kepimpinan, rasmi & bertanggungjawab.

PENYELESAIAN MASALAH MELALUI PEMIKIRAN LATERAL

Posted by Faizul Idham 8:19 PTG, under | No comments 6 TOPI PEMIKIRAN (EDWARD DE BONO) PRAKATA Pemikiran Lateral ialah satu cara penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atau tradisional. Ia adalah pemikiran yang menitikberatberatkan pelbagai jenis jawapan dan ia digunakan untuk lari daripada idea-idea yang sudah lama dan sudah biasa diamalkan. Pada masa yang sama ia juga bertujuan melepaskan diri daripada cengkaman persepsi-persepsi lapuk untuk mencari dan mencipta idea-idea baru. Pemikiran lateral ini diasaskan oleh Dr Edward de Bono yang juga merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan dan pemikiran. Beliau memperkenalkan corak berfikir jenis ini setelah melihat setelah mendapati terdapat banyak halangan pada corak pemikiran konvensional. Edward De Bono telah mencipta satu kaedah yang membolehkan seseorang itu melakukan satu cara berfikir sahaja pada suatu waktu. Kaedah tersebut dikenali sebagai Enam Topi Pemikiran yang melambangkan enam cara atau stail pemikiran yang berbeza-beza. Antara topi-topi tersebut adalah:1. Topi hijau untuk percambahan idea kreatif. 2. Topi kuning untuk pemikiran konstruktif. 3. Topi putih untuk analisis dan objektif. 4. Topi hitam untuk pemikiran negatif dan berisiko. 5. Topi merah untuk emosi. 6. Topi biru untuk pemimpin paling atas. PENGENALAN Stress atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan seseorang. Individu berkenaan mendapati sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam

dirinya dan dengan alam sekitar. Dalam erti kata lain, individu tidak mencapai keseimbangan tahap homeostasis dalam badan. Robbins, 1993, menerangkan stress sebagai suatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut. Secara keseluruhannya stress adalah Ketidakupayaan untuk memenuhi tuntutan persekitaran, gangguan fungsi kehidupan, perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan hidup, peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif, tekanan yang mengakibatkan kebimbangan, keletihan dan ketegangan kepada individu serta tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh. Pada hakikatnya stress itu normal dan berlaku kepada setiap insan. Kita memerlukan 'stress' sebagai peransang. Namun apabila stress itu tidak boleh dikendalikan ia akan membebankan kita. Cara pengurusan stress berdasarkan kepada enam kaedah berfikir dalam pemikiran lateral Edward De Bono adalah seperti berikut:1. TOPI HIJAU (GREEN HAT) Antara idea kreatif yang dikeluarkan adalah seperti: 1) Bermuhasabah diri untuk mengetahui apakah aktiviti, amalan dan perasaan kita. 2) Membina kemahiran diri dalam menangani stress. 3) Kemahiran pengurusan diri. 4) Memperkemaskan pengurusan emosi seharian. 5) Gunakan kaedah penyelesaian masalah dalam menangani sesuatu masalah. 6) Bina ketahanan fizikal. 7) Kaji semula pegangan dalam kehidupan.

2. TOPI KUNING Antara idea-idea yang dikembangkan daripada topi hijau yang dikeluarkan oleh topi kuning untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut adalah seperti berikut: A. MUHASABAH DIRI 1) Lakukan ujian psikologi yang berkaitan seperti invebtori personaliti. 2) Renungan diri iaitu mendalami diri sendiri. 3) Tanya kawan rapat mengenai diri kita. 4) Temui kaunselor untuk meminta nasihat. B. MEMBINA KEMAHIRAN DIRI:Pembinaan kemahiran diri meliputi perkara berikut: 1) Kemahiran komunikas.i 2) Kemahiran membuat keputusan. 3) Kemahiran menyelesai masalah. 4) Kemahiran pengurusan masa. 5) Kemahiran ibadah. 6) Kemahiran dan kecekapan melakukan tugasan. C. KEMAHIRAN PENGURUSAN DIRI:1) Perancangan diri yang sistematik berpandukan jadual harian. 2) Penggunaan masa yang optimum. 3) Kawalan kegiatan dan aktiviti. 4) Menilai diri sendiri. D. MEMPERKEMASKAN PENGURUSAN EMOSI:Antara cara bagaimana untuk memperkemaskan pengurusan emosi adalah: 1) memahami situasi yang sedang berlaku. 2) Fahami emosi diri semasa.

3) Kenali emosi tertekan. 4) Kawal emosi. 5) Salur emosi. E. GUNAKAN KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH:1) Mengenalpasti masalah 2) Cari maklumat berkaitan yang cukup. 3) menganalisis maklumat. 4) Cari altenatif atau pilihan. 5) Nilai altenatif. 6) Bentuk rangka tindakan. 7) Laksanakan. 8) Buat penilaian. F. BINA KETAHANAN FIZIKAL:1) Amalkan pemakanan seimbang. 2) Jangan merokok / mengambil dadah / minum minuman keras. 3) Latihan jasmani yang seronok. 4) Ada masa berehat rancang percutian yang sesuai. 5) Sederhanakan kehidupan harian. 6) Seimbangkan kerja, masyarakat dan keluarga. G. KAJI SEMULA PEGANGAN HIDUP:1) Nilai semula kepercayaan diri believe system iaitu agama. 2) Mengenali positif diri 3) Mengenali negatif diri 4) Seimbangkan rohani dan jasmani

3. TOPI PUTIH Antara fakta yang dikeluarkan oleh topi berkenaan dengan idea-idea yang dikeluarkan oleh topi hijau dan kuning ialah: 1) Dapat mengenali diri kita sendiri dan mengetahui bagaimanakah kehidupan kita. 2) Dapat melatih diri dalam menangani stress dan berfikiran positif dalam menghadapi suatu tekanan. 3) Pengurusan diri yang lebih teratur. 4) Dapat mengawal keadaan emosi. 5) Dapat menangani permasalahan dengan tenang. 6) Dengan adanya ketahanan fizikal yang kuat, kita dapat meringankan bebanan kita. 7) Dengan pegangan hidup yang teguh, kita dapat meringankan bebanan yang kita hadapi.

4. TOPI HITAM Seterusnya, topi hitam mengeluarkan idea-idea negative seperti: 1) Bermusahabah diri juga tidak boleh membantu sepenuhnya dalam menyelesaikan stress. 2) Tiada masa untuk membina kemahiran diri dan membina ketahanan fizikal. 3) Diri yang terurus juga boleh menghadapi tekanan. 4) Mengunakan penyelesaian masalah juga tidak boleh membantu kerana tidak semestinya kaedah ini boleh membantu. 5) Malas mencari jalan atau pegangan kehidupan yang sebenar.

5. TOPI MERAH

1)

Biarpun muhasabah diri kadang-kadang tidak boleh membantu sepenuhnya tetapi sekurangkurangnya kita boleh mengenali diri kita sendiri.

2)

Setiap orang juga kadang-kadang tidak mempunyai masa yang cukup tetapi mereka boleh membina ketahanan diri secara sendirinya.

3) Apabila diri kita terurus, maka ia serba sedikit boleh membantu kita menangani stress. 4) Dengan adanya pengetahuan tentang kaedah penyelesaian masalah, kita boleh

mengaplikasikan serba sedikit dalam menyelesaikan masalah kita. 5) Dengan adanya pegangan hidup yang teguh, ia boleh membantu diri kita untuk terus berfikiran positif.

6. TOPI BIRU Kaedah penyelesaian yang boleh membantu dalam pengurusan stress ialah dengan cara membina kemahiran diri dalam menangani stress. Dalam kemahiran-kemahiran yang ada pada penyelesaian ini kita dapat menangani stress dengan positif. Cara membina kemahiran diri: 1) Kemahiran komunikas.i 2) Kemahiran membuat keputusan. 3) Kemahiran menyelesai masalah. 4) Kemahiran pengurusan masa. 5) Kemahiran ibadah. 6) Kemahiran dan kecekapan melakukan tugasan.

BAGAIMANA KITA BOLEH BERFIKIR? Semasa berfikir, otak bertindak dengan usaha untuk memahami ransangan luar yang diterima oleh deria. selepas itu,otak menukar ransangan ke dalam bentuk konsep, membuat tafsiran dan

bertindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan. WUJUDNYA PEMIKIRAN.... Pemikiran merupakan suatu proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental murid-murid, merupakan satu aktiviti mental dalam proses penyelesaian masalah. yang mana merupakan keupayaan otak dalam pelbagai kemahiran berfikiran. PROSES PEMIKIRAN Berlaku satu proses bagaimana otak kanan manusia berfikir secara kreatif dan bahagian kiri berfikir secara kritis. sebagai rumusan, pemikiran ialah satu usaha otak manusia untuk mencari maklumat dan mencapai keputusan yang paling wajar. rujukan: 1.Buku Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah - Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh ii. http://www.simplypsychology.pwp.blueyonder.co.uk/Self_Concept.pdf iii.http://www.geocities.com/yanpiaw/p3.htm JENIS- JENIS PEMIKIRAN 1. PEMIKIRAN MENDATAR Pemikiran mendatar juga dikenali sebagai " Lateral Thinking" yang diperkenalkan oleh Dr Edward De Bono. Menurut Dr Edward De Bono ,Pemikiran Lateral ialah satu cara

penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atau tradisional. Ia adalah pemikiran yang menitikberatberatkan pelbagai jenis jawapan dan ia digunakan untuk lari daripada idea-idea yang sudah lama dan sudah biasa diamalkan. Pada masa yang sama ia juga bertujuan melepaskan diri daripada cengkaman persepsi-persepsi lapuk untuk mencari dan mencipta idea-idea baru.
Dari segi definisi pemikiran lateral membawa maksud cara menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya imaginasi (bukan dengan menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yang biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak luar biasa sedikit) tetapi amat berkesan. Maklumat Lanjut: http://www.angelfire.com/on4/saifulazrul/PemikiranLateral.html PEMIKIRAN MENEGAK Ianya dikenali sebagai " Vertical Thinking" yang menggunakan proses-proses akal yang tradisional untuk menyelesaikan sesuatu masalah. kebanyakan manusia menggunakan pemikiran menegak hasil daripada pendidikan formal mereka. oleh itu, pemikiran ini juga dikenali sebagai pemikiran logik kerana ia menggunakan satu urutan langkah-langkah yang sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Pemikiran lateral
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari

Istilah pemikiran lateral telah dicipta oleh Edward de Bono pada tahun 1967.Secara umumnya,pemikiran lateral diguna untuk dimisahkan daripada idea yang sudah lama digunakan dan dipercayai baik serta betul.Pemikiran lateral seperti juga pemikiran kreatif yang diperlukan bagi mencari dan mencipta idea baru.Sesetengah pengkaji menganggap pemikiran lateral adalah sama dengan pemikiran kreatif.Secara khususnya ,pemikiran lateral mencakupi penggunaan teknik spesifik yang sengaja dipakai untuk menerbitkan idea baru.Kadangkala teknik tersebut menimbulkan provokasi minda yang dianggap kurang menyenangkan dan gila. Edward de Bono(1967)menggambarkan intipati pemikiran lateral sebagai 'kita tidak dapat menggali lubang-lubang baru di tempat-tempat yang lain kalau kita asyik menggali lubang supaya lebih dalam lagi '.Ini bermaksud berfikir dan bekerja dengan lebih keras dengan menggunakan idea dan cara lama,belum tentu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi tetapi penyelesaian mungkin dijumpai dengan menggunakan idea dan cara baru.Fokus

pemikiran lateral adalah untuk membolehkan otak maju ke depan daripada satu konsep kepada satu konsep yang lain dan daripada satu idea kepada idea lain.