Anda di halaman 1dari 11

FADHILAT DAN KHASIAT AL-FATIHAH

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran" "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."

Di antara fadhilat membaca surah Al fatehah ialah: 1) Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak. 2) Siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya. 3) Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah. 4) Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya. 5) Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali. 6) Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.

Analisa Bacaan Al-Fatehah Nama : ______________________________ ( Tarikh Semakan


Ayat 1

) Tahun

: _______________________
Ayat 2 Ayat 3 Ayat 4 Ayat 5 Ayat 6 Ayat 7


Kesalahan: Kesalahan:

Kesalahan:

Kesalahan:

Kesalahan:

Kesalahan:

Kesalahan:

Jumlah Markah :

Komen :

20

WUDUK
- Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: - Dari Rasulullah saw. beliau bersabda: "Sembahyang salah seorang di antara kalian tidak akan diterima apabila ia berhadas hingga ia berwuduk".

Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:1. Sembahyang-sembahyang sunat. 2. Thawaf di Baitullah. 3. Menyembahyangkan mayat. 4. Sujud tilawah atau sujud syukur. 5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.

1.Syarat-syarat Wuduk

Syarat sah Wuduk itu ada enam:1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk) 2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun. 3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan). 4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar. 5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb. 6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.

2. Rukun-rukun Wuduk Rukun wuduk itu ada enam perkara:-

Sunat: Bersihkan kedua-dua belah tangan dan hidung.

Rukun/Wajib: 1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wuduk, bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-

"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta'ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.

NIAT & BASUH SELURUH MUKA

DARI TELINGA KIRI-KANAN

2. MEMBASUH MUKA, mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali.

HUJUNG JARI HINGGA SIKU

MULAKAN TANGAN KANAN KE KIRI

3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.

MENYAPU AIR KE KEPALA

MENCUCI KEDUA TELINGA

4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata dan menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.

MEMBASUH KEDUA BELAH KAKI

MULAKAN KAKI KANAN KE KIRI

5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga buku lali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali.

6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.

Selesai mangangkat Wuduk hendaklah membaca Doa Selepas Wuduk:

Asy hadu allailaha illallahu wahdahu lasyarikalah, wa asy hadu anna muhammadan 'abduhu warasuluh. Allahummaj 'alni manat tawabina waj 'alni minal mutatahirin. waj 'alni min abdikas solihin. Subhanakallahumma wabihamdika asy hadu alla illa anta astagfiruka waatubu ilaik. Wasollallahu 'ala saiyidina muhammadiw waala alihi wasahbihi wassalam.

Maksudnya: Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Ya Allah , jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat

kepujianMu. Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Ku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. 3. Sunat-sunat Wuduk Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwuduk:1. Menghadap ke arah Kiblat. 2. Menbaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim". 3. Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwuduk. 4. Berkumur atau bersugi. 5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali. 6. Menyapu air ke kepala. 7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari. 8. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata. 9. Menjelai jari-jari tangan dan kaki. 10. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri. 11. Mengulang 3 Kali setiap basuhan. 12. Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwuduk. 13. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wuduk dengan kain atau sebagainya. 14. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba. 15. Berjimat ketika menggunakan air. 16. Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wuduk. 17. Membaca Doa Selepas Wuduksetelah selesai berwuduk.

4. Perkara yang membatalkan wuduk. Enam perkara membatalkan wuduk:1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya. 2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk. 3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya. 4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati. 5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya). 6. Murtad.

5. Perkara yang sunat untuk berwuduk. 1. Sehabis keluar darah dari hidung. 2. Sesudah mengantuk. 3. Hendak berjalan jauh. 4. Sehabis ketawa berbahak-bahak. 5. Ragu-ragu dalam berwuduk. 6. Sehabis berkelahi, mengumpat, memaki, mencaci,mengadu domba, marah atau mengeluarkan kata-kata kotor. 7. Kerana hendak tidur siang ataupun malam.

8. Kerana hendak membaca ayat-ayat Al-Quran, Hadith atau Zikrullah. 9. Kerana hendak Iktikaf di dalam masjid. 10. Hendak bertabligh, pidato atau mengajarkan ilmu agama. 11. Ziarah ke kubur. 12. Memegang atau memikul mayat. 13. Jika dalam keadaan marah.

Anda mungkin juga menyukai