Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN Suatu ketika dahulu kepesatan pembangunan dan ekonomi di Tanah Melyu telah menar ik minat buruh-buruh asing untuk bekerja di estet-estet , lombong bijih timah da n juga ladang pertanian di Tanah Melayu. Kedatangan buruh dari Negara China ke T anah Melayu secara besar-besaran telah bermula pada abad ke-15 hingga abad ke-20 lagi yang kebanyakannya berasal dari selatan Negara China lagi seperti Kwangtun , Kwangsi dan Fukien. Kini masyrakat Cina telah menjadi salah satu daripada tig a bangsa utama di Malaysia yang dianggarkan berjumlah seramai 7,500 000 orang ya ng kebanyakan daripada mereka tinggal di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur , Pe rak , Selangor, Sabar, Sarawak dan Johor. Setiap masyarakat di Malaysia akan men yambut perayaan masing-masing setiap tahun termasuklah masyarakat Cina. Bak kata pepatah tak lekang dek masa, tak lapuk dek hujan . Peribahasa inilah yang ingin kami kaitkan dengan tajuk topik praktikum kami iaitu Perayaan-Perayaan Masyarakat Cin a. Hakikatnya, generasi kini semakin melupakan perayaan-perayaan yang diwarisi s ejak turun-temurun ini. Secara ringkasnya, perayaan bermaksud sebuah acara yang meriah diadakan untuk memperingati sesuatu. Sebenarnya, perayaan kaum cina terbahagi kepada 9 jenis perayaan utama i aitu; 1) Tahun Baru Cina- Perayaan ini merupakan perayaan yang paling penting bag i menyambut tahun baru dalam kalendar Qamari Cina. Kalendar Qamari Cina terbahag i kepada 12 kitaran tahun. 2) Chap Goh Meh- Chap Goh Meh adalah 15 hari selepas perayaan Tahun Baru Ci na. Perayaan ini disambut bertujuan untuk menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. 3) Perayaan Qing Ming- Perayaan ini dikenali sebagai pesta Ching Ming (Mand arin) , Ceng Beng (Hokkient) . Perayaan ini disambut bagi memperingati nenek moy ang dan biasanya disambut pada bulan April. 4) Perayaan Duan Wu- Perayaan in juga dikenali sebagai perayaan Bulan Kelim a atau Bot Naga. Perayaan ini disambut bagi memperingati seorang bangsawan Cina yang bernama Qu Yuan. 5) Perayaan Hantu- Perayaan ini disambut pada malam ke-13, bulan tujuh meng ikut kalender Cina. Perayaan in adalah berdasarkan sejarah yang berlaku di Negar a China berkurun abad dahulu. 6) Perayaan Qi Xi- Perayaan ini merupakan Hari Valentine bagi masyarakat Cina yan g jatuh pada hari ketujuh dalam bulan tujuh mengikut kalender Cina. 7) Pesta Kuih Bulan dan Tanglung- Pesta ini disambut pada hari ke-15, pada bulan kelapan mengikut kalender Cina bertujuan untuk menyambut kemenangan orang Cina pada zaman dahulu yang pernah menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinast i Yuan (120 sebelum Masihi-134 Masihi). 8) Hari Sembilan Maharaja Dewa- Perayaan ini juga dikenali sebagai Kow Wong Yeh dan disambut pada bulan Sembilan mengikut kalender lunar Cina. 9) Perayaan Dongzhi- Perayaan ini disambut sekitar 22 Disember pada setiap tahun. Perayaan ini disambut bertujuan bagi memastikan setiap kelurga dapat berk umpul beramai-ramai untuk makan malam bersama.

2.0 PENYATAAN MASALAH Tanah air kita, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum ya ng hidup bersama secara aman, bagaikan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing . Dengan ini, kita dapat melihat pelbagai jenis perayaan yang mengagumkan sepert i perayaan kaum melayu, perayaan kaum india, perayaan kaum cina dan banyak banya k lagi. Malah, sedih dikatakan bahawa generasi muda pada zaman berteknologi ini sering mengabaikan perayaan kaum mereka sendiri.. Oleh yang demikian, kita diper tanggungjawabkan untuk mengkaji pemasalahan yang berlaku dengan menfokuskan kaji an kita dalam Perayaan-Perayaan Kaum Cina Di Malaysia supaya tragedi ini dapat d iatasi. Masalah yang paling serius ialah pengetahuan generasi muda pada zaman berteknolo gi ini terhadap kepentingan setiap perayaan kaum Cina semakin hari semakin pudar .Mereka hanya memberi tumpuan dalam mengejar teknologi yang canggih sahaja sehin gga melupai menunaikan tanggungjawab sebagai seorang kaum Cina. Sebagai contoh, generasi muda mudah tertarik dengan permainan komputer serta rangkaian sosial. M ereka tidak pernah mengambil berat tentang apa kepentingan atau makna sebenar se suatu perayaan bagi mereka. Masalah yang seterusnya ialah kekurangan minat golongan muda terhadap perayaan-p erayaan kaum Cina. Golongan muda pada masa kini menganggap meraikan sesuatu pera yaan telah ketinggalan zaman. Contohnya, semua kaum Cina adalah diwajib memakai pakaian yang berwarna cerah semasa menyambut Tahun Baru Cina kerana ini dianggap akan membawa nasib baik bagi seseorang. Tetapi golongan muda masa kini mengangg ap fikiran tersebut sangat kolot serta enggan mengikuti fikiran itu. Di samping itu, kekurangan pengembangan pengetahuan berkaitan dengan asal usul d an keunikan perayaan-perayaan kaum cina juga merupakan salah satu masalah yang b erlaku pada masa kini. Hal ini kerana ibu bapa sekarang kurang mendedahkan penge tahuan tentang perayaan-perayaan kaum cina kepada anak-anak mereka. Misalnya, te rdapat segelintir golongan muda cina yang tidak pernah dengar perayaan Qi Xi sej ak kecil lagi. Akhir sekali, asal usul perayaan kaum Cina semakin dilupai oleh golongan muda. Hal ini adalah disebabkan terdapat asal usul bagi sesuatu perayaan telah dicampur aduk dengan unsur-unsur negara barat. Contohnya, generasi muda masa kin i hanya mengingati Hari kekasih dan semakin melupakan Hari Qi Xi. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 1. Memupuk minat dan semangat ingin tahu golongan muda untuk melibatkan dir i dalam aktiviti perayaan Cina. 2. Mendedahkan konsep dan asal usul perayaan kaum Cina supaya golongan muda dapat memahami dan mengetahui setiap perayaan yang disambut dengan lebih mendal am dan tidak lagi dipengaruhi oleh pemikiran negatif. 3. Menekankan kepentingan dan makna sambutan setiap perayaan kaum Cina supa ya tradisi sambutan setiap perayaan dapat diteruskan dan dikekalkan oleh generas i muda. 4. Mengetahui tindakan yang boleh diambil untuk memberi pendedahan kepada o rang ramai terutamanya generasi muda mengenai asal-usul dan keunikan setiap pera yaan kaum Cina.

4.0 PERSOALAN KAJIAN 1. Apakah jenis jenis perayaan yang disambut oleh kaum cina di Malaysia? 2. Apakah kepentingan dan keistimewaan setiap perayaan terhadap kaum cina d i Malaysia? 3. Bagaimanakah kaum cina meraikan setiap perayaan tersebut? 4. Apakah perbezaan diantara setiap perayaan kaum cina?

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN DAN SUMBANGAN Melalui kajian ini, terdapat banyak kepentingan, maklumat dan sumbangan yang dap at kita perolehi. Pertama, kajian ini memperkenalkan jenis-jenis perayaan yang disambut oleh kaum Cina di Malaysia supaya tradisi perayaan tidak ditelan dek zaman. Selain itu, kajian ini juga dapat memupuk minat golongan muda terhadap perayaan kaum Cina supaya minat tersebut dapat dikekalkan secara berterusan. Seterusnya, melalui kajian ini, kita dapat mendedahkan kepentingan da n erti setiap perayaan kaum Cina kepada generasi muda agar pengetahun mereka leb ih mendalam tentang setiap perayaan yang disambut. Akhir sekali, kajian ini juga dapat membantu generasi muda mengetahui asal-usul setiap perayaan kaum Cina dengan lebih terperinci. 6.0 METODOLOGI Dalam menjalankan projek ini, kaedah kajian yang kami telah gunakan adalah kaeda h primer dan sekunder dimana kedua dua kaedah ini telah membanti kumpulan kami d alam mendapatkan dan mengumpulkan maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan proj ek ini.

Kaedah Primer Kaedah primer yang kami maksudkan adalah sesi soal jawab. Golongan muda yang ber umur dalam lingkungan 19 hingga 25 tahun. Pendapat orang muda terhadap perayaan perayaan kaum cina telahpun diambil oleh kami. Selain itu, sesi temu ramah juga dilakukan untuk mendapatkan pandangan orang orang tua yang arif dalam bidang per ayaan cina untuk mendapat maklumat yang lebih mendalam dan lebih sempurna mengen ali tajuk krusus kami. Sesi soal selidik juaga dilakukan dengan memilih beberapa responden untuk mendapatkan pandangan mereka. Borang soal selidik akan disediak an untuk menjalankan tugas ini. Kaedah Sekunder. Kaedak sekunder yang saya maksudkan ialah mencari maklumat yang diperlukan melal ui intrenet. Oleh yang demikian, kemudahan komputer diperlukan untuk menjalankan tugas ini. Di samping itu juga, sumber maklumat daripada buku buku rujukan, maj alah dan juga surat khabar juga akan kita gunakan untuk menyempurnakan krusus in i.

7.0 HASIL PROJEK YANG DIJANGKAKAN Setelah menyempurnakan kajian ini, kami berharap agar bahawa hasil yang dapat ka mi perolehi akan memenuhi objektif- objektif kajian yang ingin dikecapi iaitu ka mi dapat mendalamkan pengetahuan mengenali perayaan kaum Cina. Ini membenarkan k ami mengenali lebih banyak kebudayaan kaum Cina. Justeru, kami juga memperoleh gambaran yang lebih jelas tentang keistimewaan per ayaan- perayaan kaum Cina yang diwarisi secara turun-temurun sejak dahulu. Gamb aran ini menjadikan kami lebih faham akan tindakan seseorang daripada kaum yang berbeza dalam sesuatu perkara. Selain itu, kami juga dapat memupuk dan mengekalkan semangat yang ingin tahu dan keminatan terhadap perayaan-perayaan Cina. Kami juga dapat mengenali pelbagai p antang-larang kaum Cina yang unik. Tambahan pula, kami juga menyedarkan betapa pentingnya pengekalan pengetahuan pe rayaan perayaan kaum Cina supaya tidak ditelan zaman demi generasi muda yang aka n datang. Kami harus sentiasa menyambut perayaan-perayaan tradisi pada setiap ta hun supaya tidak dilupai oleh kaum-kaum muda. Kita berharap agar hasil yang kita peroleh ini bukan sahaja dapat menambahkan pe ngetahuan kita mengenali perayaan perayaan kaum cina malah membolehkan kita meny ebarkan pengetahuan kita di seluruh mata dunia. Selain itu, saya juga berharap a gar masyarakat sekarang dapat menerima dan juga menyertai segala gala aktiviti y ang berkaitan dengan perayaan perayaan tanpa mengira kaum dan juga budaya supaya pengetahuan tentang perayaan kita sendiri tidak akan pupus ditelan zaman. 8.0 PERANAN AHLI Secara amnya, kumpulan kami terdiri daripada 6 ahli. Kami akan duduk berbincang

tentang bagaimana untuk mengendalikan kajian ini. Kemudian, setiap ahli akan dib erikan tugasan masing-masing. Semua tugasan ahli akan digabungkan untuk menghasi lkan laporan akhir. Pengumpul Maklumat:Semua Ahli Penganalisis Maklumat:Semua Ahli Pentaksir Maklumat:Semua Ahli Rakaman dan Grafik:Nur Najwa Binti Zainon Sharifah.Nor Aqilah Binti Sayed Alwi Pencipta Borang Soal-selidik:Chiang Jia Hui Ng Wei Chien Penemuramah:Semua Ahli Pengurus Perbelanjaan:Chiang Jia Hui Penghubung:Nur Najwa Binti Zainon

Pengedit:Ng Wei Chien Teh Jia Ying Penaip Laporan:Adeline Wee Sui Yin Sharifah.Nor Aqilah Binti Sayed Alwi Pengurus Cetakan:Nur Najwa Binti Zainon

9.0 RUJUKAN Sumber internet http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Chap_Goh_Mei http://ms.wikipedia.org/wiki/Perayaan_Hantu http://ms.wikipedia.org/wiki/Perayaan_Kuih_Bulan http://ms.wikipedia.org/wiki/Perayaan_Duan_Wu http://ms.wikipedia.org/wiki/Qi_Xi http://ms.wikipedia.org/wiki/Perayaan_Qingming http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Sembilan_Maharaja_Dewa http://perayaancina.blogspot.com/

Sumber Rujukan Buku Goran Aijmer , Stockholm (1964) The dragon boat festival on the HUPEH-HUNAN Plai n, Central China Carol Stephanchuk &Charles Wong (1993) Mooncakes &hungry ghosts (Festivals of Ch ina) Wolfram Eberhard (1972) Chinese Festivals