Anda di halaman 1dari 20

1.

0 PENGENALAN Dewasa kini memang tidak dapat dinafikan bahawa Negara kita Malaysia kaya dengan pelbagai kebudayaan serta amalan masing-masing mengikut

kaum.Penduduk yang berbilang bangsa dan agama inilah yang mewarnai imej negara kita serta membina negara yang aman, makmur dan sejahtera. Aspek penting yang menjadi agenda utama dalam pembentukan negara ini sejak dari dulu lagi ialah perpaduan di kaum tidak mengira lapisan umur. Justeru itu, pelbagai inisiatif dijalankan oleh pihak kerajaan khususnya untuk membentuk dan mengekalkan perpaduan tersebut sekaligus menyahut seruan dan matlamat 1 Malaysia . Mengikut norma ,golongan pendidik merupakan agen terpenting yang mampu membina serta membentuk kefahaman dan penghayatan dalam diri pelajar mengenai kepelbagaian sosiobudaya dan implikasinya kepada diri sendiri, bangsa dan agama. Pendidik bertanggungjawab memberikan pendedahan awal kepada pelajar untuk belajar memahami budaya sendiri dan orang lain. Tanggungjawab ini harus dipikul dan dilaksanakan dengan amanah oleh guru bagi melahirkan modal insan yang bertamadun, tahu menghargai dan menghormati budaya orang lain dan secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada proses mencapai perpaduan yang dihasratkan.

2.0 KONSEP KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA Terdapat berbagai-bagai takrifan dan pandangan yang dikemukakan berkaitan budaya atau kebudayaan.Secara amnya,budaya atau kebudayaan berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu Buddhayah dari perkataan Buddhi yang membawa maksud budi atau akal manusia. Kamus dewan (2007) mendefinisikan budaya sebagai tamadun,

peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi.Manakala kebudayaan pula dijelaskan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Ia juga merupakan segala hasil kegiatan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesebuah masyarakat.
1

Menurut Koentjaraningrat (2002), budaya adalah keseluruhan fikiran dan hasil karya manusia berasaskan proses pembelajaran iaitu mencakupi keseluruhan dimensi kehidupan manusia.Ini bermakna budaya tersebut boleh dipelajari oleh seseorang individu atau sekumpulan individu dalam kehidupan mereka. Menurutnya lagi, terdapat 7 unsur utama dalam budaya iaitu agama dan upacara

keagamaan,sistem dan organisasi masyarakat,sistem pengetahuan, bahasa dan kesenian, sistem ekonomi serta sistem teknologi dan peralatan. Menurut A.Aziz Deraman (1994) mengatakan bahawa sifat budaya adalah universal tetap dari segi paradoksnya.Pada masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain.Namun terdapat juga persamaan antara budaya iaitu harus dipelajari serta dikongsi,bersifat sejagat, boleh diwarisi dan berubah ubah,mempunyai unsur simbolik dan adanya pandangan semester (world view). Budaya dapat digolongkan kepada dua komponen utama iaitu material dan bukan material.Kedua-dua komponen ini tergolong dalam budaya kerana kita memiliki segala benda yang boleh dirasa,dilihat dan disentuh dalam kehidupan.Budaya material bermaksud peralatan dan kelengkapan yang digunakan seperti

rumah,kereta,pakaian dan sebagainya.Manakala budaya bukan material adalah ciptaan-ciptaan abstrak yang diwarisi secara turun temurun.Contohnya adat

istiadat,amalan dan kepercayaan,ilmu pengetahuan,nilai-nilai serta peraturan dan hukum yang berkaitan seperti tingkahlaku,cerita-cerita rakyat atau tarian

tradisional.Terdapat lima unsur utama budaya yang terdapat dalam kelompok masyarakat iaitu simbol atau lambang, bahasa, nilai dan kepercayaan, norma masyarakat dan teknologi. Oleh yang demikian ,adalah sangat penting bagi seorang guru untuk memahami konsep budaya agar dengan adanya pemahaman terhadap budaya maka guru dapat menerapkan unsur-unsur kebudayaandalam diri murid. Murid pula akan lebih mengenali budaya khususnya yang terdapat di Malaysia. Ini secara tidak langsung akan dapat menyemai nilai-nilai murni dalam diri murid iaitu menghormati budaya orang lain serta menghargai budaya mereka sendiri.Guru pula akan lebih
2

bersedia untuk berhadapan dengan pelajar yang berasal daripada pelbagai latarbelakang dan budaya. Secara tidak langsung,sikap prejudis terhadap pelajar dapat dielakkan dan membentuk guru yang lebih berhemah. Sosiobudaya merujuk kepada konsep bangsa,bahasa dan adat

resam,struktur masyarakat atau kelas sosial serta jantina.Kesemua elemen ini merupakan perkara penting yang harus dititik beratkan dalam kepelbagaian sosiobudaya.Para pelajar harus diberi kefahaman yang jelas berkaitan unsur-unsur yang terdapat dalam kepelbagaian sosiobudaya agar nilai-nilai murni dapat dipupuk dalam diri pelajar-pelajar tersebut. Justeru mereka akan mampu menghormati budaya kaum lain,mengamalkan sikap kerjasama dan toleransi antara satu dengan yang lain. Aspek bangsa adalah salah satu elemen penting yang harus difahami dalam konsep kepelbagaian sosiobudaya.Pemahaman ini penting bagi mengukuhkan hubungan etnik bagi mencapai perpaduan.Tanpa keserasian bangsa maka akan timbul sikap prejudis,stereotaip dan etnosentrik dalam kalangan masyarakat dan akhirnya akan menyebabkan perpecahan kaum seperti peristiwa tragis yang pernah berlaku satu masa dulu iaitu peristiwa 13 Mei 1969 serta tragedi di Kampung Medan pada 12 Mac 2001.Peristiwa-peristiwa seumpama ini bukan sahaja menjejaskan hubungan antara kaum tetapi juga memburukkan imej negara.Perdana menteri kita sendiri iaitu YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak juga menyeru kepada rakyat Malaysia agar menyedari pentingnya hubungan yang baik sesame bangsa dan kaum.

Kelas sosial bermaksud golongan individu yang memiliki cara hidup tertentu dan berprestij.Dengan adanya pemahaman yang jelas mengenai struktur masyarakat maka tidakakan timbul penindasan golongan atasan terhadap orang-orang biasa atau bawahan.Adat resam yang menjadi amalan dan kepercayaan sesebuah suku kaum juga harus difahami dengan mendalam bagi mengelakkan timbulnya masalah dalam masyarakat.Guru juga harus bertindak secara professional iaitu memberi penjelasan yang jelas kepada para pelajar berkaitan adat resam yang

pelbagai agar pelajar tahu tentang hal-hal tersebut.Begitu juga halnya dengan aspek jantina dan kepercayaan.

3.0 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Sebagai pendidik,

adalah sangat penting untuk mengetahui peranan guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat dalam usaha memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari pelbagai kaum dan latar belakang.

3.1 Guru

Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional. Guru tidak harus membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Murid dari kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas.

Karl Marx berpendapat kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran. Terdapat lima kelas sosial yang boleh dibezakan iaitu golongan atasan, pertengahan atasan, pertengahan bahawan, pekerja dan bawah.

Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan.

Guru harus berusaha menolong murid memahami dan membentuk nilai sikap, tingkah laku yang sesuai. Guru harus melayan keperluan murid kearah perkembangan potensi secara optimum. Murid harus dibantu untuk memahami kekuatan dan dan kelemahan yang ada pada diri mereka; setiap kelemahan perlulah diatasi dan kekuatan yang ada boleh digunakan untuk membantu murid lain yang memerlukannya.

Selain itu, Guru mesti membiasakan diri datang awal ke kuliah dan mempunyai amalan sentiasa menepati masa. Guru harus mengunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid. Memulakan set induksi yang menarik dan aktiviti pembelajaran yang menghilangkan rasa kebosanan atau melakukan tugasan yang berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut.

Guru tidak harus melengahkan waktu untuk memulakan pengajaran dan akan hanya akan menamatkan pengajaran pada minit-minit akhir tempoh pengajaran. Masa pengajaran hendaklah dimaksimumkan dengan aktiviti merangsangkan minda. Katakata motivasi dan penuh senyuman dan jenaka, pujian supaya suasana sentiasa ceria, di samping teguran berupa nasihat dan bukan leteran.

Guru mesti merumuskan hasil pembelajaran yang telah dikembangkan melalui pelbagai kaedah yang menarik. Guru bukan sekadar mengambarkan sepintas lalu isi kandungan tetapi boleh menggerakkan murid memberi rumusan berdasarkan pengalaman pembelajaran tersebut. Rumusan boleh dibuat seperti susunan dalam baitbait puisi, sajak, pantun, soal jawab dan main peranan.

Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian serta mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan.

Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada murid telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam pengajaran dan pembelajaran, ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. Guru harus kreatif dan inivatif untuk menjadikan sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran menjadi efektif, menarikdan

menyeronokkan. Guru adalah segala-galanya.

Dalam usaha menghasilkan guru yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia, permulaan latihan guru untuk guru pelatih yang berminat dalam profesion keguruan dibuat dengan teliti. Pelatih harus terdiri daripada mereka yang berminat dan mempunyai sahsiah yang baik sahaja yang terpilih, langkah-langkah inovatif juga perlu dipergiatkan bagi menarik lebih ramai murid cemerlang menyertai profesion keguruan.

Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak dan patut menjadi guru.

3.2 Murid

Murid adalah pelanggan bagi setiap guru didalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik yang melampaui tingkahlaku manusia. Kerapkali terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah dan adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

Antara perkara yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkahlaku murid ialah menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prejudia terhadap bangsa lain.

Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan akktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosiaisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakt dan seterusnya berupaya membentuk mesyarakat yang toleran kearah memacu pembangunan negara.

Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid. Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, seberapa yang terdaya murid harus diingatkanan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Pengunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kea rah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.

Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina.

Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting kea rah pembentukan budaya penyayang. Komunksi berkesan dapat dijelmakan melalui cara bertutur, pengunaan bahasa badan, penulisan, juga melalui pengunaan alat-alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya.

Murid mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah. Guru mesti mengunakan komunikasi berkesan untuk menghasilkan motivasi yang berkesan. Guru diminta membiasakan diri dengan senyuman selain kerap dan mudah memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya misalnya kelas yang lebih teratur, bersih dan kemas.

Murid biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Oleh itu guru mesti membentuk program-program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkahlaku negatif.

Murid biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, disamping meningkat kecergasan mental, kreatif dan ininovatif dan bermatlamat. Guru diperlukan membentuk budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra sesama murid dan murid dengan guru.

Tindakan murid boleh dibuat jangkaan oleh guru. Guru boleh dapat mengurangkan kadar ponteng dan masalah disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kadar bilangan murid yang terlalu ramai dan tidak seimbang bukanlah ukuran subjektif bahawa kelas itu tidak dapat dibangunkan. Kecekapan yang ditunjukkan rumahku. oleh bakal guru menghasilkan sebuah bilik darjah yang dapat menjadi sebuah rumah yang menepati slogan bilik darjahku,

ditransformasikan

Ketegasan terhadap disiplin murid perlu dilakukan dengan cara dan pendekatan berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan mendera tetapi lebih kepada pengajaran. Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai murid memang mengambil masa yang lama.

3.3 Sekolah

Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Pada peringkat rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada peringkat menengah pula terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.

Sekolah Premier iaitu sekolah yang mempunyai tradisi penajang seperti sekolah yang berusia 100 tahun atau lebih dan sekolah di dalam persekitaran yang strategik serta infrastruktur yang baik seperti sekolah yang berjiran dengan Putrajaya dan Cyberjaya. Turut tersenarai adalah Maktab Rendah Sains Mara, sekolah swasta dan sekolah antarabangsa.

Di peringkat sekolah rendah, terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (bahasa pengantar utama adalah Bahasa Kebangsaan), SJKC (bahasa pengantar Bahasa Cina) dan SJKT (bahasa Tamil).

Diperingkat sekolah menengah pula terdapat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang memberi peluang murid cemerlang khususnya dari kawasan luar Bandar mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka terus berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Setiap SBP mempunyai bidang keistimewaan masing-masing seperti permainan ragbi di Kolej Melayu Kuala Kangsar, pencaragam di Sekolah Menengah Tun Fatimah, pidato di Kolej Islam Kelang.

Sekolah Menengah Teknik memberi peluang belajar kepada murid yang cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional. Matlamatnya adalah untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang mencukupi.

Sekolah menengah teknik menawarkan bidang vokasional seperti ekonomi rumah tangga, pertanian, ketukangan elektrik, mekanikal dan awam manakala dalam bidang teknikal termasuklah kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam. SMT yang
9

cemerlang termasuklah SMT Dato Undang Hj Md Sharip (ekonomi rumah tangga), SMT Chenor (pertanian), SMT Sri Manjung (ketukangan elektrik), SMT Muazam Shah (ketukangan awam), SMT Shah Alam (ketukangan mekanikal) dan SMT Cheras (kejuruteraan)

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menawarkan dan menyediakan program Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu, dalam dan luar negara.

Sekolah Bestari merupakan sekolah-sekolah yang terletak di Koridor Raya Multimedia terutama di Putrajaya dan Cyberjaya. Sekolah ini mempunyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategik berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan.

Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran, autisme, sindrom-down, keupayaan kognitif rendah, ADHD dan disleksia. Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi insan yang berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Indrapura contohnya menyediakan kemudahan pelajaran bagi ketiga-tiga kategori Pendidikan Khas. SMT memberi peluang pendidikan kepada murid bermasaalah pendengaran dengan menawarkan kursus-kursus anjuran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).

Kepelbagaian sosio budaya juga telah mewujud sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil. Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengetasi masalah kepelbagaian sosiobudaya melalui aktiviti yang dijalankan disekolah. Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu daripada usaha Kementerian Pelajaran untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum.

10

Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid disekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam.

Apabila anak orang Melayu, Cina, India dan kaum lain dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana mereka ini masih kanak-kanak yang boleh dilentur.

3.4 Kurikulum Tersirat

Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk

dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu. (Saedah Siraj, 2001; Wiles and Bondi, 1998; Pratt, 1994; Schubert, 1986).

Diperingkat pelaksanaan, kurikulum menampilkan penyampaian isi kandungan yang telah disusun dalam kurikulum itu sendiri. Diperingkat penilaian pula, pengukuran serta pengujian dijalankan untuk menentukan pencapaian objektif yang tercatat.

Majoriti tokoh pendidikan tempatan dan luar negara mengakui bahawa apa yang sebenarnya yang dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan lainya bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran atau proforma kursus tetapi merangkumi kesemua pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut semasa belajar. (Margolis, 2001; Cahfel, 1997; Eisner, 1994). Ini lah yang dikatakan Kurikulum Tersirat.

11

Idea kurikulum tersirat pada peringkat awal diperkenalkan oleh Jackson (1968) dalam bukunya Life in Classrooms yang dijadikan fokus kajian oleh Snyder (1973), Apple (1980), Bergenhenegouwen (1987), Portelli (1993) dan lain-lain lagi. Ausbrooks (2000) menjelaskan bahawa kurikulum tersirat adalah is composed of the implicit messages in th schools sosial climate, unwritten yet understood by all. It is the body of knowledge a child absorbs in school simply by being there day after day. This is the curriculum that creates a schools so called learning environment.

Cahfel (1997) berpendapat terdapat dua bentuk kurikulum yang dilaksanakan disekolah iaitu overt (terbuka) yang memberi fokus kepada kursus pengajian yang eksplisit dan covert (tersirat) yang memberi fokus kepada pembelajaran yang tacit (diaplikasikan tetapi tidak didokumentasikan dan tidak tercatat).

Cahfel mendapati bahawa kurikulum tersirat boleh didefinisikan sebagai normanorma, nilai dan kepercayaan yang tidak dinyatakan dalam kurikulum tetapi diajar secara tidak langsung didalam kelas dan didapati bahawa kurikulum tersirat tidak dinyatakan dalam kurikulum rasmi sahaja.

Melalui kurikulum tersirat, kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Kurikulum tersirat boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan aktiviti unit kokurikulum. Guru digalakan menyelit nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, harus menyelitkan dan mengalakkan interaksi dalam kelas sosial.

Carpenter (1985) juga memperolehi kajian selari dengan dapatan diatas dimana beliau mendapati bahawa kumpulan guru pelatih yang tidak diajar dengan kemahiran belajar didapati tidak mempunyai keyakinan untuk mengajar kemahiran belajar di sekolah.

12

4.0 Strategi dalam menangani ketaksamaan peluang pendidikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Penekanan dalam aspek pendidikan sentiasa dititik berat memandangkan pendidikan mampu mengubah taraf hidup sesebuah masyarakat. Pendidikan membolehkan setiap individu menguasai ilmu pengetahuan dan seterusnya mampu mengatasi ranjau dan rintangan kehidupan. Di Malaysia, kerajaan sentiasa merancang dan memperkemaskan sistem pendidikan melalui belanjawan tahunan dan Rancangan Malaysia.Namun ketidaksamaan peluang dalam bidang pendidikan di negara kita masih lagi berlaku. Ketidaksamaan peluang pendidikan di Malaysia boleh dilihat daripada perutusan Tahun Baru 2006 Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menyatakan,

merapatkan jurang pendidikan yang merangkumi jurang antara bandar dan luar bandar, jurang antara yang miskin dan kaya, jurang digital dan jurang antara mereka yang berkeperluan khas agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.

Daripada kenyataan ini, ketidaksamaan peluang pendidikan masih jelas berlaku dan memerlukan perhatian daripada semua pihak. Ketidaksamaan peluang pendidikan dapat dibahagikan kepada kelas sosial, gender, kumpulan minoriti dan murid berkeperluan khas. Berpaksikan kepada teras Keempat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu Merapatkan Jurang Pendidikan, adalah menjadi tanggungjawab guru dalam merancang strategi bagi menangani isu ketaksamaan peluang pendidikan yang wujud di dalam kelas seterusnya dapat merapatkan jurang pendidikan. Guru haruslah bijak dalam merancang strategi pengajaran serta peka terhadap keadaan di sekeliling agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Antara strategi bagi menangani isu ketaksamaan peluang pendidikan dalam kelas ialah guru mestilah menyediakan iklim bilik darjah yang kondusif dan mesra
13

budaya.Hal ini merupakan aspek yang yang paling penting dalam menangani isu ketaksamaan peluang pendidikan. Sebagai permulaan, bilik-bilik darjah di sekolah

perlulah menerapkan ciri-ciri mesra budaya dan mesra pelajar. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, mesra membawa maksud berpadu atau bercampur manakala budaya ialah cara berfikir dan perlakuan. Jadi, bilik darjah mesra budaya dapat dirumuskan sebagai bilik darjah yang mempunyai pelbagai cara pemikiran dan perlakuan yang berbeza dan boleh berpadu dalam satu-satu masa. Mesra budaya disini lebih menekankan kepada bilik darjah mempunyai persekitaran fizikal dan persekitaran

sosio-emosi yang berkesan. Seperti yang kita ketahui, Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. Jadi,tidak hairanlah sekolah-sekolah yang ada sekarang ini terdiri daripada murid-murid dari pelbagai bangsa dan agama. Melihatkan kepada suasana kepelbagaian sosio budaya di sekolah,maka guru mestilah bijak dalam mengaplikasikan strategi pengajaran yang bersesuaian dengan murid agar pendidikan untuk semua murid dapat diberi secara efisien. Guru seharusnya tidak mempunyai perasaan berat sebelah terhadap sesuatu kaum semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran

berlansung. Hal ini akan menyebabkan berlakunya perasaan kurang senang dalam kalangan murid. Guru mestilah menyediakan aktiviti yang melibatkan semua murid tidak kira kaum apa sekalipun agar tidak berlaku keciciran murid akibat perbezaan sosio budaya. Sebagai contoh, semasa pengajaran subjek Bahasa Melayu, guru seharusnya tidak tertumpu hanya kepada murid-murid Melayu sahaja kononnya beranggapan bahawa murid Melayu lebih mudah untuk berkomunikasi. Pengajaran mestilah meliputi semua murid tanpa meminggirkan mana-mana kaum. Aktiviti yang digunakan oleh guru juga mestilah tidak menyentuh aspek-aspek yang melibatkan sesuatu bangsa atau agama supaya masalah ejek-mengejek terhadap sesuatu budaya dapat

dielakkan.Jadi,guru merupakan agen yang penting dalam mewujudkan suasana yang mesra sosio-budaya samada di dalam kelas mahupun di luar kelas.

Penerapan nilai murni dapat membantu dalam menangani ketaksamaan pendidikan. Antara nilai murni yang dapat diterap oleh guru semasa pengajaran
14

Sainsialah semangat kerjasama dan cintakan negara. Hal ini dapat dibuktikan apabila masalah pergaduhan kaum yang sering kali berlaku di sekolah menunjukkan bahawa kerjasama antara semua murid masih lagi berada di tahap yang rendah. Guru memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan murid. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya diskriminasi terhadap sesuatu kaum dalam kalangan murid. Guru hendaklah memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid tanpa mengira bangsa dan agama. Murid mestilah bekerjasama semasa proses pembelajaran agar setiap ilmu yang dipelajari dapat dikongsi bersama tanpa mengira kaum. Selain itu juga,penerapan nilai murni semasa aktiviti pengajaran harus ditekankan. Sebagai contoh, semasa guru menjalankan eksperimen Sains, penekanan terhadap nilai murni wajib diterap dalam diri murid-murid. Contohnya ialah menghargai diri sendiri dan orang lain. Dengan adanya nilai murni seperti ini,maka murid akan sendirinya menghargai diri mereka serta orang yang berada di sekeliling mereka termasuklah ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Hal ini dapat dilihat apabila murid akan berkawan dengan semua rakan sebaya tanpa mengira kelas social serta ekonomi seseorang itu. Selain itu,guru juga boleh menggunakan kaedah pengajaran yang berpusatkan murid. Hal ini disebabkan kerana guru dapat mengesan mana-mana murid yang

mengalami masalah dalam menyesuaikan diri dengan rakan sebaya seterusnya membantu mereka agar dapat bekerjasama sesama mereka dalam menyelesaikan sebarang tugasan yang diberi guru. Kebanyakan murid yang mempunyai masalah dalam bergaul dengan rakan sekelas adalah disebabkan oleh perbezaan yang wujud antara mereka.Contohnya ialah taraf kehidupan,perbezaan kaum serta murid-murid yang dikategorikan sebagai murid keperluan khas. Faktor-faktor inilah yang menyumbang kepada berlakunya ketidaksamaan peluang pendidikan di dalam kelas masing-masing Mereka akan berasa malu dan beranggapan bahawa mereka serba kekurangan untuk bergaul dengan rakan yang lain. Setiap guru mestilah cakna

terhadap keperluan murid semasa mengajar. Melalui aktiviti yang berpusatkan murid seperti aktiviti penyelesaian masalah, guru dapat membimbing mereka agar bekerjasama serta melatih kemahiran komunikasi sesama rakan sekelas. Murid yang mempunyai kekurangan tidak dibiar sebegitu sahaja. Guru mestilah melibatkan semua
15

murid dalam sesuatu aktiviti yang berpusatkan murid supaya setiap murid dapat menyumbang idea serta pendapat masing-masing. Melalui kaedah ini, murid diberi peluang untuk bergaul dan bekerjasama tanpa mengira bangsa,status ekonomi serta taraf pendidikan seterusnya membantu guru dalam menangani masalah ketidaksamaan peluang pendidikan yang wujud di dalam kelas. Selain itu.penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya membantu guru dalam menangani masalah ketaksamaan peluang pendidikan. Melalui penggunaan ICT, murid yang bersekolah di kawasan pedalaman akan mendapat pendedahan yang sewajarnya mengenai kecanggihan teknologi dalam pendidikan seiring era globalisasi yang menghendakkan rakyat agar celik IT. Kaedah pengajaran yang berbantukan penggunaan ICT mampu menghasilkan sebuah pengajaran yang berkesan. Hal ini kerana teknologi yang digunakan dapat menarik minat murid untuk belajar. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi juga perlu diajarkan kepada murid di luar bandar supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet. Penggunaan ICT di aplikasikan dalam subjek Sains adalah dalam bentuk berikut : Mod Penemuan iaitu memahami sesuatu konsep seperti perisian simulasi Mod resos iaitu aktiviti melalui internet , muat turun untuk mencari bahan. Mod perhubungan ialah menghantar dan menerima e-mel Mod sokongan seperti memproses perkataan , pereka bentuk grafik.

Dalam merealisasikan strategi ini,pihak kerajaan memainkan peranan yang penting dalam menyediakan kemudahan ICT seperti makmal komputer dan bilangan computer yang sewajarnya di sekolah-sekolah yang terletak diluar bandar.Dengan adanya kemudahan seperti ini,maka hal ini memudahkan tugas guru untuk mengajar tajuk-tajuk Sains yang sukar dan memerlukan penggunaan ICT sekaligus dapat mengurangkan jurang pendidikan antara murid di bandar dan murid di luar bandar dalam aspek teknologi.

16

Dalam proses pendidikan, murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata pelajaran yang bersifat keperempuanan dan kelakian. Pemilihan ini secara langsung menjadi ketaksamaan pendidikan terus dalam masyarakat kita. Dalam zaman penjajahan, peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki. Sifat dan perilaku yang semulajadi yang ada pada lelaki dan perempuan dibentuk secara sosial dan juga budaya. Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri fizikal yang jelas antara lelaki dan perempuan. Aminah Ahmad (2000), menyatakan penglibatan wanita dalam pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di peringkat menengah, terutama di sekolah vokasional dan teknik dan juga di institusi pengajian tinggi, khususnya di politenik. Mengikut kajian, kebanyakan ruang dan peluang untuk berjaya dimonopoli oleh golongan perempuan. Dalam kajian Shamsulbahriah (1989), berdasarkan data sekunder kajian beliau mendapati wujud ketaksamaan gender dalam peluang pendidikan di negara Malaysia. Oleh yang demikian, guru perlu mengambilkira faktor jantina ketika melaksanakan pengajaran dalam kelas. Aktiviti yang dilaksanakan mestilah sesuai untuk dilakukan oleh semua murid tanpa mengira jantina murid tersebut agar tiada murid yang tersisih daripada melakukan aktiviti tersebut. Murid Berkeperluan Khas mengikut Dr Chua Tee Tee (9182) merupakan satu program pendidikan yang dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani dan sosial atau emosi. Terdapat anggapan negatif samada anak mereka itu normal atau berkeperluan khas. murid berkepeluaran khas terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori masalah dan kategori masalah khusus. Murid berkeperluan khas mempunyai kecerdasan yang amat rendah berbanding dengan kecerdasan purata dan mereka sangat menghadapi masalah dalam penyesuaian diri antara rakan sebaya. Dengan membandingkan dua definisi berkenaan, jelas menunjukkan kepada kita bahawa majoriti kanak-kanak pintar cerdas dan kanak-kanak terencat akal menghadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa. Hal ini lebih merumitkan guru apabila mereka lsukar dalam menyesuaikan diri apabila proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Oleh itu mereka memerlukan sebuah pendidikan khas yang mana guru yang benar-benar terlatih dalam mengajar murid sebegitu.Dalam erti kata lain,murid yang berkeperluan khas ini perlu
17

diasingkan daripada murid biasa agar proses pengajaran guru berjalan lancar. Selain itu, kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh yang demikian, mereka tidak menafaatkan sepenuhnya sistem pendidikan yang sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan motivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju. Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. Oleh itu, guru harus memberi fokus terhadap masalah sosio-emosi mereka. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang direka oleh guru mestilah sesuai dengan pemikiran aras tinggi mereka agar mereka tidak jemu untuk belajar dan mampu memotivasikan mereka agar lebih bersemangat dalam mencari ilmu. Kanak-kanak

berkeperluan khas juga menghadapi kecelaruan tingkah laku iaitu tingkah laku terbias. Mereka ini mempunyai tingkah laku yang suka menentang autoriti, tidak mematuhi peranan atau undang-undang, kurang bertimbang rasa dan suka menyerang orang. Terdapat juga kanak-kanak daripada golongan ini yang hiperaktif atau

hiperkinetik. Mereka juga mempunyai sifat pengongkongan dalaman. Kadang-kadang mereka juga bersifat pendiam, sensitif, pasif, tidak suka berkawan dan mudah tersinggung serta sering melakukan tindakan luar kawalan.Jadi,tugas seorang guru bukanlah untuk mengajar semata-mata tetapi mereka mestilah kreatif dalam merancang pengajaran agar menarik minat semua murid tanpa ada yang tercicir. Kita sedia maklum bahawa terdapat kanak-kanak normal yang enggan berkawan dengan kanakkanak yang berkeperluan khas.Hal ini menyebabkan ada sebilangan kanak-kanak yang berkeperluan kahs yang tercicir.Oleh yang demikian,guru menjadi pemangkin dalam menggalakkan murid-murid agar berkawan dengan semua tanpa mengira bangsa, atau kecacatan.Jadi,dengan langkah ini maka guru sedikit sebanyak dapat mengurangkan ketidaksamaan peluang pendidikan yang wujud antara murid normal dan murid keperluan khas.

18

Kepelbagaian

strategi

dalam

pengajaran

akan

menjadikan

kelas

lebih

menyeronokkan dan mampu menarik minat semua murid sekaligus dapat menyediakan peluang pendidikan yang sama rata. Pembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan harian murid. Pendekatan kontekstual ini digunakan di mana murid belajar secara menyiasat seperti dalam pendekatan inkuiri-penemuan. Dalam pembelajaran kontekstual, kaitan di antara bahan yang diajar dengan kehidupan harian dieksplisitkan secara lansung. Dalam konteks ini, murid tidak belajar secara teori sahaja tetapi dapat menghayati kerelevanan pembelajaran terutama subjek Sains yang memerlukan mereka untuk membuat perkaitan antara pengalaman dengan situasi kehidupan mereka.

(Gambarajah 1.0) Sebagai penutup, kita perhatikan pada gambarajah 1.0 diatas. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang berada pada bahagian golongan pertengahan bawah mendapat peluang pendidikan yang lebih tinggi berbanding yang yang kelas bawahan. Ini menunjukan memang benar terdapat jurang yang amat dalam dalam konteks peluang pendidikan. Ini tidak termasuk lagi dalam konteks sosio-budaya yang
19

lebih menjurus kepada budaya setempat dan agama yang berlainan dalam sesebuah komuniti di sekolah. Jadi kes sebegini menjadi cabaran yang agak besar dalam usaha bersama mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang adil dan saksama pada semua murid. Sudah menjadi tanggungjawab semua untuk merapatkan jurang perbezaan peluang pendidikan dalam bilik darjah tanpa mengira guru mahupun ibubapa. Dan kita sebagai guru terutamanya, kita bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam merapatkan jurang yang dalam ini melalui dasar-dasar yang terdapat dalam Kementerian Pelajaran. Kita sebagai guru adalah medium dan pengantara dalam usaha memupuk dan mendidik modal insan yang akan menjadi peneraju negara pada masa akan datang dalam usaha menjadikan nama Malaysia disegani dimata dunia kelak.

5.0 Penutup Sebagai seorang guru, mestilah bijak dalam menyusun strategi pengajaran di dalam kelas. Isi pengajaran di dalam kelas mestilah tidak menyentuh sensitiviti perkauman dan agama yang mana boleh menyebabkan perbalahan antara pelajar.Guru hendaklah menyemai semangat perpaduan dan kerjasama agar murid tahu bahawa mereka juga bertanggungjawab membina perpaduan yang kukuh sesama murid bagi menjana kecemerlangan dalam pendidikan . Kepelbagaian sosio budaya menjadikan pendidikan di Malaysia lebih seronok untuk dipelajari kerana murid dapat

mempelbagaikan kefahaman dan berkongsi idea mengenai budaya masing-masing. Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai sosio-budaya. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman di kalangan murid.

20