Anda di halaman 1dari 16

Isi Kandungan

Penghargaan .............................................................. Tugasan 1................................................................... Tugasan 2................................................................... Tugasan 3.................................................................... Refleksi....................................................................... Borang Kolaborasi...................................................... Bibliografi...................................................................

Penghargaan
Assalamualaikum w.b.t.... Alhamdulillah....Kami bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, tugasan yang telah diamanahkan kepada kami dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Sekalung penghargaan kepada pensyarah Jabatan Matematik iaitu Tuan Haji Mohd Ariff bin Abd. Rahman di atas segala tunjuk ajar yang diberikan sehingga terhasilnya tugasan ini. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar beliau kami tidak akan dapat menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya. Terima kasih juga kepada rakan-rakan unit Matematik 1 yang sentiasa berkongsi idea dan bertukar-tukar pendapat dalam menyiapkan tugasan ini. Sedikit sebanyak idea-idea yang dikongsi itu membawa manfaat kepada kami. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga yang sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini. Diharapkan agar tugasan ini akan dapat meningkatkan pengetahuan kami dalam pendidikan Matematik, InsyaAllah..........

Salwa bt Sulaiman Siti Noor Haiza bt Saleh

TUGASAN 1

PENGENALAN: Nombor merupakan simbol untuk menyatakan bilangan atau kuantiti. Ia adalah sesuatu yang abstrak di mana kita tidak dapat lihat, pegang atau merasainya.Oleh itu, nombor ditulis menggunakan simbol atau lambang yang dinamakan angka. Pada zaman dahulu, manusia menggunakan batu-batu kecil, garisangarisan yang ditulis pada dinding, gua atau batang kayu bagi melambangkan bilangan harta mereka.Peringkat ini dikenali sebagai peringkat pra sejarah nombor. Kira-kira 5000 tahun dahulu,manusia telah menggunakan simbol untuk mewakili nombor termasuklah pada zaman tamadun kuno seperti Mesir, Rom, China dan India. Manusia pada zaman tersebut telah berjaya mencipta berbagaibagai sistem penomboran yang kita gunakan pada masa kini.

SISTEM PENOMBORAN MESIR. Sistem penomboran Mesir ialah sejenis system angka yang telah digunakan di Mesir sehingga awal alaf pertama masihi. Penomboran Mesir menggunakan Sistem Pengumpulan Pernomboran mudah di mana nombornombor dibentuk dengan menggabungkan simbol hiegoglifik yang mewakili

kuasa sepuluh. Cara untuk merekod kuantiti bagi penomboran Mesir berdasarkan asas sepuluh dengan simbol satu, sepuluIh dan kuasa sepuluh berturut-turut. Suatu hieroglifik khusus digunakan untuk setiap nombor yang berkuasa sepuluh. Namun begitu, tidak terdapat simbol untuk mewakili sifar. Pernomboran Mesir mempunyai asas perpuluhan dan membolehkan prinsip aditif (penambahan). Sistem penulisan nombor Mesir kuno ditulis dari kanan ke kiri. Cara penulisan ini masih kekal digunakan sehingga ke hari ini namun simbol yang digunakan telah diubah mengikut kesesuaian semasa. Simbol yang digunakan di dalam angka Mesir ditunjukkan di bawah:

Nilai 1 10 100 1000

Hieroglif

Transliterasi m nt atau t

Keterangan Satu lejang aksara Tulang tumit Simpulan tali Bunga teratai

10,000

Jari

Atau 100,000

fn

Berudu atau Katak

1,000,000 atau lebih

Manusia yang sedang mengangkat keduadua tangan

PERBANDINGAN SISTEM PERNOMBORAN MESIR DENGAN PERNOMBORAN HINDU-ARAB. Terdapat persamaan dan perbezaan di antara sistem pernomboran Mesir dan Hindu-Arab. Kedua-dua sistem pernomboran ini menggunakan prinsip pengumpulan. Selain itu, Pernomboran Mesir dan Hindu-Arab menggunakan sistem asas 10. Pernomboran Mesir dan Hindu-Arab berbeza dari aspek penggunaan sifar di mana pernomboran Mesir tidak terdapat sifar. Selain itu, pernomboran Mesir menggunakan simbol heiroglifik berbanding pernomboran Hindu-Arab menggunakan digit. Angka dalam pernomboran Mesir juga tidak boleh ditulis dalam bentuk cerakin berbanding pernomboran Hindu-Arab. Pernomboran Mesir adalah berasaskan sistem gundalan berbanding pernomboran Hindu-Arab yang berasaskan pengumpulan sepuluh-sepuluh (sistem pengumpulan).

SISTEM PERNOMBORAN BABYLONIAN Sistem pernomboran Babylonian ialah sejenis sistem pernomboran yang digunakan pada zaman Babylon.Sistem ini diguna pada (1894-1530 SM) di Mesopotamia. Sistem ini ditulis dalam bentuk tulisan kuneiform yang berbentuk baji. Sistem pernomboran Babylonian adalah lebih canggih daripada sistem pernomboran Mesir walaupun sistem pernomboran bagi kedua-dua negara ini

berkembang pada masa yang sama. Ini kerana dalam sistem pernomboran Babylonian simbol yang digunakan untuk mewakili nilai berbeza bergantung kepada tempat yang ditulis. Kedudukan setiap angka memberi kesan kepada nilainya. Terdapat ruang untuk membezakan nilai tempat dan angka. Walaupun begitu, ia menyebabkan kekeliruan kerana nilai boleh disalah tafsirkan. Untuk mengatasi masalah tersebut satu simbol yang terdiri daripada dua segitiga kecil disusun di atas satu sama lain bertindak sebagai penentu tempat untuk menandakan ruang kosong bagi mengelakkan kekeliruan. Orang Babylanion tidak menganggap sifar sebagai suatu nombor walaupun penentu tempat bertindak seolah-olah nombor sifar. Gambarajah di bawah menunjukkan sistem pernomboran Babylanion:

PERBANDINGAN SISTEM PERNOMBORAN BABYLANION DENGAN SISTEM PERNOMBORAN HINDU-ARAB. Sistem pernomboran Babylanion dan pernomboran Hindu-Arab keduaduanya menggunakan simbol untuk mewakili nilai adalah berbeza bergantung kepada tempat yang ditulis. Dari sudut perbezaan pula, pernomboran Babylanion menggunakan 2 angka berbanding Hindu-Arab yang menggunakan 10 angka. Selain itu, pernomboran Babylanion menggunakan sistem yang berulang tidak seperti pernomboran Hindu-Arab. Selain itu juga, pernomboran Babylanion menggunakan sistem asas 60 manakala pernomboran Hindu-Arab menggunakan sistem asas 10.

SISTEM PERNOMBORAN MAYAN: Sistem pernomboran Mayan merupakan satu sistem angka berasaskan sistem 20 (vigesimal) yang digunakan oleh Tamadun Maya Pra-Columbus. Ia terdiri daripada tiga simbol iaitu cengkerang, palang dan titik.

1 5

= =

Suatu titik mewakili satu, palang mewakili lima manakala cengkerang pula mewakili sifar. Nilai tempat digunakan untuk mengembangkan sistem pernomboran Mayan bagi mendapatkan nilai yang besar. Bagi sistem pernomboran Mayan, nilai tempat bagi nombor disusun secara menegak. Bagi nombor selepas 19 pula, ia ditulis secara menegak dalam gandaan dua puluh. Sebagai contoh, tiga puluh dua akan ditulis sebagai satu titik di atas dua titik, yang diletakkan di atas dua baris. Titik pertama merupakan satu dua puluh atau 1x20 yang akan ditambah dengan dua titik dan dua baris atau dua belas.Oleh itu, (1x20 ) + 12 = 32. Selain daripada simbol titik dan baris, sistem pernomboran Mayan juga oleh digambarkan dengan lambang glif wajah atau gambar. Glif wajah bagi sesebuah nombor mewakili dewa dewi yang dikaitkan dengan nombor tersebut. Nombor glif wajah ini sangat jarang digunakan dan kebanyakannya hanya boleh ditemui pada ukiran monument yang rumit. Sistem pernomboran Mayan:

PERBANDINGAN SISTEM PERNOMBORAN MAYAN DENGAN PERNOMBORAN HINDU-ARAB. Sistem pernomboran Mayan dan Hindu-Arab kedua-duanya mempunyai sifar dalam sistem pernomboran mereka. Selain itu, kedua-dua sistem pernomboran ini juga menggunakan nilai tempat. Sistem pernomboran Mayan dan Hindu-Arab berbeza di mana Mayan menggunakan asas 20 manakala Hindu-Arab menggunakan asas 10. Pernomboran Mayan adalah berasaskan 3 simbol manakala Hindu-Arab berasaskan 10 simbol yang dipanggil digit. Nilai tempat bagi sistem pernomborn Mayan disusun secara menegak berbanding pernomborn Hindu-Arab secara melintang. Sistem pernomboran Mayan menggunakan 20 simbol daripada nombor 0-19 untuk mendapatkan nombor-nombor yang seterusnya manakala pernomboran Hindu-Arab pula menggunakan 10 simbol daripada no 0-9.

TUGASAN 3:
SISTEM PERNOMBORAN BARU:

SIMBOL

NILAI

> >> >>> U > >> >>>

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

20 30 40 50

MASALAH BERAYAT DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM PERNOMBORAN BARU. Terdapat orang murid di dalam kelas 6Gemilang. orang daripada mereka ialah murid-murid perempuan. Berapakah bilangan murid-murid lelaki dalam kelas tersebut?

Jalan penyelesaian:

Jumlah murid

Murid perempuan = Murid lelaki = jumlah semua murid jumlah murid perempuan. = - =

REFLEKSI
SALWA BT SULAIMAN 800402-11-5042 Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya tugasan yang telah diamanahkan kepada saya berjaya disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Semasa mula-mula mendapat tugasan ini saya tidak faham apakah kehendak tugasan yang diberikan. Namun setelah penerangan diberikan oleh pensyarah iaitu Tn Hj Mohd Ariff bin Abd. Rahman dan perbincangan yang dibuat bersama

rakan-rakan, saya dapat memahami dengan baik tugasan yang perlu saya selesaikan. Untuk mendapatkan maklumat tentang sistem pernomboran kuno, saya membaca modul pendidikan matematik serta mendapatkan pelbagai maklumat dari internet.Tugasan ini banyak memberi pengetahuan kepada saya di mana saya dapat mengetahui perkembangan sistem pernomboran dahulu sehinggalah wujudnya sistem pernomboran yang ada sekarang ini. Tugasan yang diberikan ini banyak memberi pengajaran kepada saya agar menghargai masa yang ada. Ini kerana pada masa yang sama saya perlu menyiapkan tugasan-tugasan lain di samping tanggung jawab saya terhadap kerjaya saya. Jadi, saya perlu membahagikan masa dengan sebaik-baiknya agar tanggungjawab saya sebagai pelajar dan pendidik dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Saya berharap agar segala ilmu yang terdapat dalam tugasan ini akan memberi pelbagai maklumat kepada saya.Segala ilmu yang diperolehi sewajarnya diaplikasikan dengan sebaiknya, InsyaAllah.

REFLEKSI
NAMA: SITI NOOR HAIZA BT SALEH NO K/P : 690305-07-5056 Berdasarkan kepada tajuk kerja kursus yang diberi, saya cuba memahami dan mencari bahan yang berkaitan dengan kerja kursus matematik ini. Saya berbincang dengan sahabat sekumpulan untuk mengumpul maklumat yang berkaitan. Nota ringkas mengenai sistem numerasi kuno dan perbandingan dengan sistem penomboran Hindu Arab diperolehi daripada nota-nota dan juga internet. Kami terpaksa memikirkan simbol-simbol yang sesuai untuk digunakan di dalam kerja kursus ini. Agak susah untuk mencipta simbol yang mewakili

nombor-nombor kerana melalui kerja kursus ini barulah saya mendapat pendedahan mengenai sistem penomboran. Kami telah berbincang tentang tugasan ini dan mula membuat pembahagian tugas. Alhamdulillah akhirnya dapat juga kami mereka simbol yang dikehendaki dan mencipta ayat matematik berdasarkan simbol nombor yang direka itu. Kekangan masa selain daripada tugas-tugas di sekolah juga tugas-tugas di rumah menyebabkan saya dan rakan kumpulan jarang berjumpa. Walau bagaimanapun kami sering berhubung melalui laman sosial popular masa kini iaitu facebook dan juga telefon.Dari situlah saya mendapat maklum balas daripada rakan kumpulan serta masalah-masalah yang dihadapi olehnya. Kerjasama yang diberikan oleh rakan kumpulan memudahkan tugasan dilakukan. Akhir sekali, dengan melaksanakan tugasan ini, makin bertambahlah ilmu pengetahuan saya mengenai tajuk yang dipelajari.

BORANG KOLABORASI

NAMA NO K/P UNIT PENSYARAH TARIKH 30.7.2011

: SALWA BT SULAIMAN : 800402-11-5042 : MATEMATIK 1 : TN. HAJI MOHD ARIFF B. ABD RAHMAN KOMEN T/TANGAN

AKTIVITI - tugasan Matematik diberikan.

5.8.2011 20.8.2011

- perbincangan bersama rakan - kali pertama - pensyarah memberi penerangan berkaitan tugasan yang diberikan. - perbincangan bersama rakan kali kedua - perbincangan bersama rakan kali ketiga

- pembahagian tugas -tugasan peta minda konsep nombor dapat difahami dengan baik. - mengumpul maklumat yang telah diperolehi. -perbincangan mengatasi masalah-masalah dalam menyiapkan tugasan. -mengemaskini tugasan yang telah dibuat.

24.8.2011 15.9.2011

22.9.2011

- perbincangan bersama rakan kali keempat.

BORANG KOLABORASI

NAMA NO K/P UNIT PENSYARAH TARIKH 30.7.2011 5.8.2011 20.8.2011

: SITI NOOR HAIZA BT SALEH : 690305-07-5056 : MATEMATIK 1 : TN. HAJI MOHD ARIFF B. ABD RAHMAN KOMEN - pembahagian tugas -tugasan peta minda konsep nombor dapat T/TANGAN

AKTIVITI - tugasan Matematik diberikan. - perbincangan bersama rakan - kali pertama - pensyarah memberi penerangan berkaitan

24.8.2011 15.9.2011

tugasan yang diberikan. - perbincangan bersama rakan kali kedua - perbincangan bersama rakan kali ketiga

difahami dengan baik. - mengumpul maklumat yang telah diperolehi. -perbincangan mengatasi masalah-masalah dalam menyiapkan tugasan. -mengemaskini tugasan yang telah dibuat.

22.9.2011

- perbincangan bersama rakan kali keempat.

Bibliografi dan Rujukan


Mok Soon Sang (2000). Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 1. Modul Matematik Pendidikan Rendah . Kurikulum Pendidikan Matematik . Institut Pendidikan Guru ( 2011). 3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Angka_Maya 4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Angka_Babylon 5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Angka_Mesir 6. http://www.scribd.com/doc/59429450/SISTEM-PERNOMBORAN-AWAL 7. http://ms.wikipedia.org/wiki/Angka_hindu_Arab