Anda di halaman 1dari 2

KUNG FU TZE SUMBANGAN 1) Beliau merupakan orang pertama dalam sejarah China yang mengajar jumlah pelajar yang

g ramai iaitu 7000 orang, dan 10 orang dari mereka menjadi pemikir dan sarjana yang terkenal. 2) Dalam kitab Lun Yu, Kung Fu Tze telah memberikan beberapa cara untuk menjadi Junzi (budiman). Antara cara untuk menjadi seorang Junzi ialah:

a) Tidak merasa resah, pilu atau takut. b) Bekerja dengan tegas dan bersungguh-sungguh, tidak membuat kesalahan, melayani orang lain dengan bahasa yang baik dan teliti sesuai dengan adat c) Membantu orang lain untuk menjayakan pekara yang baik dan tidak membantu orang lain untuk menjayakan pekara yang jahat 3) Kung Fu Tze merupakan pengasas kepada aliran Konfusianisme atau Ju Chiaadalah merupakan satu aliran pemikiran falsafah atau agama. 4) Menulis buku mengenai pemikiran politik dan social dalam satu siri buku yang dipanggil Five Classics. 5) Pengasas kepada Falsafah Konfusianisme.

LATAR PENDIDIKAN 1) Beliau menerima pendidikan dalam bidang muzik, penulisan dan ritual. 2) Mendapatkan pendidikan dan pengajaran pertama dari ibunya sendiri

memandangkan ayahnya telah meninggal dunia sejak beliau berumur 3 tahun. 3) Ibunya mengajarkan enam pelajaran utama yang meliputi ritual, muzik, memanah, membawa kereta perang, ilmu kira-kira dan menulis kaligrafi Cina. 4) Mempelajari enam buah kitab iaitu Kitab lagu-lagu dari zaman kuno (The Book of Songs), Kitab Sejarah (The Book of History), Kitab Ritual (The Books of Rites), Kitab Muzik (The Book of Music) dan Yi Ching (The Book of Change) serta Risalah Musim bunga dan musim luruh (The Spring and Autumn Annals) yang kemudiannya diedit dan diperbaharui semula oleh beliau. 5) Pernah mendapat pendidikan di sekolah negeri namun ibunya membawa beliau kepada ibubapa Zheng Zai yang juga merupakan abang kepada ibunya untuk mendapatkan pelajaran tambahan kerana ibunya menganggap pendidikan di sekolah tersebut terlalu mudah dan melambatkan proses perkembangan ilmu anaknya. 6) Melalui pelajaran yang diperolehi daripada abang ibunya itu, dia dapat memantapkan pengetahuannya mengenai enam pelajaran utama yang meliputi ritual, muzik, memanah, membawa kereta perang, ilmu kira-kira dan menulis kaligrafi Cina yang sebelum ini telah diajar oleh ibunya. 7) Teladan dan disiplin yang terdapat dalam diri abang ibunya itu turut mendidik beliau untuk membina karakter yang baik. 8)