Anda di halaman 1dari 23

Hari Chap Goh Mei

Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei. Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar "Chingay".

Perayaan Duan Wu

Perlumbaan Perayaan Perahu Naga di Macau Perayaan Duan Wu atau Perayaan Perahu Naga ialah salah satu perayaan tradisional dalam masyarakat Cina. Ia merupakan hari cuti di Taiwan (Dunw Ji), serta di Hong Kong dan Macau (Tuen Ng Jit). Mulai 2008, ia kembali menjadi hari cuti di Republik Rakyat China. Terdapat beberapa teori mengenai asal usul perayaan ini. Yang paling terkenal ialah untuk mengingati seorang penyair masa dahulu yang bernama Qu Yuan. Beliau sanggup membunuh diri untuk menyelamatkan negaranya. Aktiviti tradisi perayaan ini ialah memakan bak cang (Rou Zhong = dalam Bahasa Cina) dan berlumba perahu naga.

Perayaan Hantu
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Perayaan Hantu
Perayaan Hantu Nama rasmi Agama Buddha: Ullambana (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: Ylnpn) Fahaman Tao dan kepercayaan tradisi: Zhngyun Ji (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) Juga dinamakan Diraikan oleh Jenis Keutamaan Bulan Hantu

penganut agama Buddha, Tao, agama tradisional Cina Perayaan Asia dan agama Buddha Pembukaan pintu Neraka, membolehkan semua hantu untuk mendapat makanan dan minuman malam ke-14 bulan qamari ke-7 Penyembahan nenek moyang, menderma makanan (kepada para sami dan juga yang telah meninggal), membakar kertas topekong, berdikir Obon

Tarikh Amalan

Berkaitan dengan

Perayaan Hantu ialah sebuah perayaan Cina yang disambut oleh orang Cina di merata dunia. Dalam kalendar Cina (kalendar lunisolar), Perayaan Hantu jatuh pada malam ke-14 bulan ke7. Mengikut adat resam Cina, hari ke-13 bulan ke-7 dalam kalendar qamari bergelar Hari Hantu dan bulan ketujuh secara amnya dianggap sebagai Bulan Hantu (), iaitu apabila

hantu-hantu dan roh-roh, termasuklah para leluhur yang lama meninggal, keluar dari alam ghaib. Ketika perayaan Qingming ahli keluarga yang masih hidup memberi penghormatan kepada leluhur mereka manakala pada Hari Hantu yang meninggal menziarahi yang hidup. Pada hari ke-13 ketiga-tiga alam Syurga, Neraka dan fana dibuka dan pada masa ini penganut agama Tao dan Buddha melaksanakan upacara amal untuk mengubah dan membebaskan penderitaan orang yang meninggal. Ciri-ciri terpenting dalam Bulan Hantu ialah penyembahan nenek moyang, yang mana ketaatan para keturunan disambungkan kepada para leluhur walaupun selepas kematian mereka. Kegiatan yang dijalankan pada bulan ini termasuk menyediakan persembahan makanan secara ritual, pembakaran wang neraka dan bungkusan yang mendandungi kain untuk memberi penghormatan kepada roh-roh leluhur yang menziarah, iaitu melayan orang yang meninggal seolah-olah mereka masih hidup. Makanan dihidangkan dengan kerusi kosong bagi setiap ahli yang meninggal dalam keluarga. Keraian yang lain termasuk melepaskan perahu kertas kecil dan tanglung di atas air, yang menandakan tindakan membantu roh-roh sesat mencari jalan.

Perayaan Hantu di Malaysia


Perayaan Hantu di Malaysia dimodenkan dengan persembahan pentas seolah-olah konsert dengan sifat-sifat tersendiri dan berbeza daripada keraian Perayaan Hantu di negara lain. Pertunjukan pentas yang dikenali sebagai 'Koh-tai' oleh penutur bahasa Hokkien ini dipersembahkan oleh sekumpulan penyanyi, penari, dan penghibur di atas sebuah pentas sementara yang didirikan di kawasan perumahan daripada dana sumbangan para penduduk.

[sunting] Perayaan Hantu di Jepun: O-bon


Rencana utama: O-bon

Berlatarkan penerangan Jambatan Albuquerque, sukarelawan Jepun meletakkan tanglung berlilin pada Sungai Sasebo River pada perayaan Obon.

O-bon, atau cuma Bon, merupakan versi Jepun bagi Perayaan Hantu yang lama berubah menjadi cuti perjumpaan semula keluarga yang mana penduduk bandaraya kembali ke kampung halaman untuk membersihkan dan menziarahi kubur nenek moyang mereka. O-bon yang sering merangkumi pesta tarian ini lama wujud di Jepun sejak lebih 500 tahun lalu. Perayaan Jepun ini diadakan dari 13 hingga 16 bulan Julai (masing-masing "Obon Sambutan" dan "Obon Perpisahan" respectively) di pantai timur Jepun (Kant), pada bulan Ogos di pantai barat (Kansai).

[sunting] Hari Ibu Vietnam


Di Vietnam, perayaan ini bergelar Vu Lan dan dijadikan Hari Ibu. Pada hari inilah sesiapa yang ibunya masih hidup akan berterima kasih, manakala yang ibunya sudah tiada berdoa agar roh ibu-ibu mereka diberkati.

Perayaan Kuih Bulan

Suasana perayaan di Victoria Park, Hong Kong

Kuih Bulan Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh (Cina Ringkas: ; Cina Tradisional: ; pinyin: zhngqiji) merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Kuih bulan juga dikaitkan dengan Pesta Tanglung, namun ini adalah perayaan berbeza. Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.

Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Hari Tahun Baru Cina. Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan, selain dengan kuih bulan itu sendiri. Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.

Houyi dan Chang'e


Kisah malam berlakunya peristiwa dewi bulan Chang'e (bahasa Cina: ) dibawa ke bulan yang dikenali ramai oleh bangsa Cina menjadi topik kegemaran para penyair. Berlainan dari kebanyakan dewa bulan di budaya-budaya lain yang mempersonifikasi bulan, Chang'e pula berdiam di bulan. Kisah tradisi mengisahkan riwayat Houyi dan Chang'e sekitar tahun 2170 SM, ketika pemerintahan Maharaja Yao legenda yang menyusuli zaman Huang Di. Banyak sekali variasi dan adaptasi legenda Chang'e sehingga mampu mengelirukan kita. Apapun, kebanyakan kisah Chang'e dalam mitos Cina melibatkan elemen-elemen berikut dalam apa jua bentuk: Houyi (bahasa Cina: ) si pemanah; Chang'e, Dewi Bulan Abadi; seorang maharaja, baik adil mahupun zalim; suatu atma jiwa; dan Bulan:
[sunting] Houyi si pemanah

Terdapat sekurang-kurangnya 6 variasi kisah ini yang mengisahkan Houyi sebagai pemanah.
Versi 1

Houyi ialah seorang dewa, sementara Chang'e pula seorang gadis molek yang berkhidmat di Istana Maharaja Jed (bahasa Cina: ; pinyin: Yd) sebagai pengiring Maharani Barat (permaisuri Maharaja Jed), sebalik sebelum kahwin. Pada suatu hari, Houyi mencetuskan kecemburuan dewa-dewi lain sehingga mereka mempersendakan Houyi menghadap Maharaja Jed. Maka Houyi dan isterinya Chang'e pun diusir dari kayangan, sekaligus terpaksa menampung kehidupan dengan memburu di Bumi. Maka dari saat inilah Houyi menjadi pemanah tersohor. Pada ketika ini juga, terdapat sepuluh matahari, dalam bentuk burung berkaki tiga, yang berdiam di sebatang pokok kertau di laut timur; setiap hari salah seekor burung ini dijadualkan untuk mengelilingi dunia dengan pedati yang dipandu oleh Xihe (bahasa Cina: ), iaitu "ibu" segala suria. Tibanya juga satu hari apabila kesepuluh-sepuluh matahri saling berhampiran lalu mengakibatkan Bumi terbakar. Maharaja Yao selaku pemerintah China mengarahkan Houyi agar menembak sembilan daripada suria-suria tersebut. Setelah selesainya tugas ini, maka Maharaja mengurniakan sebiji ubat yang mengabadikan nyawa Houyi, sambil memesannya: "Janganlah teragak-agak untuk menelan ubat ini; mula sekali siapkan diri dengan doa dan puasa selama setahun".[1] Houyi membawa ubat itu pulang lalu menyorokkannya di bawah sebatang kasau, sambil memulihkan semangatnya. Ketika Houyi menyembuh dirinya, Houyi diarah menghadap maharaja sekali. Chang'e perasan sekilauan cahaya dari kasau lalu mencari dan menelan ubat itu jua. Dalam sekelip mata, dia mendapati

dirinya boleh terapung. Pada detik ini pulangnya Houyi, maka dia menyedari apa yang sudah berlaku lalu memarahinya. Chang'e pun terapung dari tingkap ke angkasa.[1] Dengan berlengkapkan busur di tangannya, Houyi mengejar Chang'e mengelilingi separuh angkasa. Lama-kelamaan, Houyi terpaksa kembali ke Bumi kerana angin kencang. Chang'e akhirnya mendarat di Bulan dan mula batuk kerana kesukaran bernafas. Secebis ubat itu terkeluar dari mulutnya.[1] Pada masa itu, di bulan wujudnya seekor arnab, maka Chang'e mengarahkan arnab itu untuk membuatkan sebiji lagi ubat agar dia dapat kembali ke Bumi untuk bertemu semula dengan suaminya. Sehingga hari ini, arnab tersebut masih cuba membuat ubatnya. Houyi pula membina istana di matahari bernama "Yang" (prinsip jantan), dan Chang'e pula "Yin" (prinsip betina). Setahun sekali, pada hari bulan purnama, Houyi menziarahi isterinya. Begitulah sebab pada malam inilah bulan adalah paling indah.[1] Kisah ini terdapat dalam dua koleksi bertulis zaman Dinasti Han Barat (206 BCE-24 CE), iaitu Shan Hai Jing, Buku Gunung dan Laut, dan Huainanzi, suatu kitab falsafah.[2]
Versi 2

Sekitar tahun 2170 SM, bumi mengalami sepuluh matahari, kesemuanya merentungkan tanaman dan memandulkan manusia. Dengan perasaan penuh belas kasihan terhadap rakyat jelata, Houyi si pemanah bertindak dengan menjatuhkan sembilan matahari tetapi membiarkan satu demi manfaat manusia. Sesudah menyiapkan tugasnya dia dijadikan wira rakyat. Dia mengahwini Change maka mereka berdua pun hidup bahagia. Houyi ramai sekali anak muridnya yang setia mempelajari kemahiran memanah daripadanya. Pada suatu hari, dalam perjalanan pulang ke rumah, maharaja dewa mengurniakan sebiji ubat hidup abadi kepada Houyi sebagai ganjaran atas jasanya memadam matahari. Baginda menggesa Houyi agar tidak berlengah lagi untuk menelan ubat itu. Akan tetapi, Houyi amat mencintai Change dan enggan meninggalkannya, maka dia menyerahkan ubat tersebut pada Change untuk disimpan di tempat yang selamat. Change meletakkan ubat itu dalam peti barang kemasnya. Akan tetapi, salah seorang anak murid Houyi iaitu Peng mendapat tahu rahsia ini lalu hendak mencuri ubat itu. Pada suatu hari, Houyi dan anak-anak buahnya pergi ke kawasan gunung, kecuali Peng yang berpura-pura sakit. Change juga berdiam di rumah sahaja. Peng mencuri masuk bilik Change lalu memaksanya untuk menyerahkan ubat itu. Change sedar dirinya tidak terlawan Peng maka dia terus terbang jauh dari situ. Chang'e tidak sanggup meninggalkan suami tersayang, jadi dia dia berehat di Bulan yang paling dekat dengan Bumi. Setelah Houyi menyedari perkara ini, marah dan sebak jadinya. Houyi mendongak ke langit malam dan memanggil nama Change tak henti-henti. Beliau menemui bayang-bayang wanita seiras Chang'e pada bulan, lalu terkejar-kejar bulan itu tetapi tidak dapat kerana dihalang angin.
Versi 3

Suatu ketika dulu, Bumi dikitari sepuluh biji matahari, setiap satu bergilir-gilir menyinari bumi. Pada suatu hari, tiba-tiba kesemua sepuluh matahari muncul serentak, lalu membahangkan bumi dengan keterlaluannya. Mujurlah tibanya seorang pemanah gagah bernama Houyi, tiba di bumi untuk menjatuhkan sembilan biji matahari. Maka beliau menjadi Raja, tetapi lama-kelamaan menjadi zalim.

Pada suatu hari, Houyi mencuri air atma jiwa dari seorang dewi. Akan tetapi, air itu jatuh dalam mulut ratunya Chang'e untuk menyelamatkan rakyat jelata dari kezaliman si raja. Setelah meminumnya, Chang'e terapung jauh hingga mencapai bulan. Betapa cintanya Houyi terhadap ratunya, maka tak sanggup baginda menjatuhkan bulan.

[sunting] Arnab Jed


Fail:Change and jade rabbit.jpg Dewi Chang'e dan Arnab Jed.

Menurut kisah lama, Arnab Jed ini membuat ubat-ubatan bersama dewi Chang'e, untuk santapan dewa-dewi. Ada yang kata arnab ini cuma satu bentuk jelmaan Chang'e sendiri. Anda boleh perhatikan bahawa tompok-tompok gelap pada permukaan bulan purnama menyerupai bentuk arnab, sepasang telinganya tercacak ke kanan, sementara di kirinya ada dua bulatan besar yang mewakili kepala dan badannya. [3] Mengikut legenda, tiga pari-pari mengubah bentuk diri mereka menjadi orang tua yang mengemis makanan dari rubah, monyet, dan arnab. Si rubah dan si monyet ada makanan untuk dihulurkan kepada mereka, tetapi sayangnya si arnab tiada apa-apa untuk diberi maka ia melimpat ke dalam api marak untuk menawarkan daging dirinya sahaja. Orang-orang tua itu terharu oleh pengorbanan dan kemurnian si arnab lalu mengurniakan tempat tinggal di Istana Bulan untuknya di mana si arnab menjadi "Arnab Jed".

[sunting] Penggulingan pemerintahan Mongol


Mengikut sebuah kisah rakyat terkenal (yang tidak semestinya terbukti oleh catatan sejarah), Perayaan Kuih Bulan disambut untuk memperingati pemberontakan warga China menentang pemerintah Dinasti Yuan berbangsa Mongol (12801368) pada abad ke-14.[4] Sukar untuk merancang pemberontakan kerana larangan terhadap perhimpunan.[4] Menyedari bangsa Mongol tidak makan kuih bulan, maka Liu Bowen () dari wilayah Zhejiang, penasihat kepada ketua pemberontak Zhu Yuanzhang, mendapat jalan mengadakan pemberontakan sempena Perayaan Kuih Bulan. Beliau meminta izin untuk mengedarkan beribu-ribu biji kuih bulan kepada warga kota untuk memohon restu semoga maharaja Mongol panjang umur. Dalam setiap kuih dimasukkan sekeping kertas yang bertulis: "Hapuskan Mongol pada lima belas hari bulan lapan" ().[4] Pada malam perayaan, para pemberontak berjaya meyerang dan menggulingkan pemerintahan mereka, disusuli penubuhan Dinasti Ming (1368-1644) di bawah pimpinan Maharaja Zhu. Semenjak itulah perayaan ini disambut di peringkat kebangsaan dengan hidangan kuih bulan.

Perayaan Qingming
Perayaan Qingming (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: qng mng ji), juga dipanggil Pesta Ching Ming, Ceng Beng atau (diterjemah sebagai "Perayaan Jelas dan Terang"), merupakan perayaan Cina yang diadakan pada hari ke-104 selepas solstis musim sejuk (atau hari ke-15 selepas ekuinoks musim bunga), dan lazimnya diadakan sekitar 5 April dalam kalendar Gregorian (lihat kalendar Cina). Pada setiap tahun lompat pula, Qing Ming diadakan pada 4 April. Secara istilah astronomi, perayaan ini merupakan jieqi (lihat

Qingming). Dalam jieqi, perayaan Qingming jatuh pada hari pertama jieqi ke-5, yang juga dipanggil Qingming. Namanya menandakan masa bagi orang ramai untuk keluar dari rumah dan menikmati kehijauan musim bunga ( Tqng, "memijakkan kaki di atas tanah kehijauan"), dan juga menziarahi kubur orang tersayang yang sudah meninggal. Perayaan Qingming dijadikan cuti umum di Republik China di Taiwan, dan juga di Hong Kong dan Macau namun bukan di tanah besar China.

Tahun Baru Cina


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Tahun Baru Cina Tulisan Tradisional: Tulisan Ringkas: Maksud harfiah: [papar]Transliterasi Nama Cina alternatif Tulisan Tradisional: Tulisan Ringkas: Maksud harfiah: [papar]Transliterasi

tahun baru takwim qamari

perayaan musim bunga

Tahun Baru Cina

Malam Tahun Baru Cina di Meizhou, China

Juga dinamakan

Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim Bunga

Diraikan oleh Jenis Keutamaan Tarikh 2009 Tarikh 2010 Tarikh 2011 Perayaan

terutamanya tamadun Asia Timur China, kebudayaan, agama Buddha Hari pertama kalendar Cina (qamari) 26 Januari 14 Februari 3 Februari sambutan Tahun Baru, perhimpunan keluarga, jamuan sekeluarga. Perayaan Tanglung yang mengakhiri perayaan ini

Berkaitan dengan

Rencana ini mengandungi teks bahasa Cina. Anda hanya dapat melihat jika anda mempunyai sokongan perisian tertentu.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.) Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumahrumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau. Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei. Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

Tarikh perayaan
Rencana utama: Astrologi Cina

Sambutan Tahun Baru Cina di Chinatown, London.

Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwanhaiwan tersebut.

Haiwan Dahan bumi

Tarikh

Tikus

19 Februari 1996 7 Februari 2008

Lembu

chu

7 Februari 1997 26 Januari 2009

Harimau yn

28 Januari 1998 14 Februari 2010

Arnab

mo

16 Februari 1999 3 Februari 2011

Naga

chn

5 Februari 2000 23 Januari 2012

Ular

24 Januari 2001 10 Februari 2013

Kuda

12 Februari 2002 31 Januari 2014

Kambing wi

1 Februari 2003 19 Februari 2015

Monyet shn

22 Januari 2004 8 Februari 2016

Ayam

yu

9 Februari 2005 28 Januari 2017

Anjing

29 Januari 2006 16 Februari 2018

Khinzir

hi

18 Februari 2007 5 Februari 2019

Sejarah
Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

Mitos

Puisi Tahun Baru Cina tulisan tangan ditampal pada pintu ke rumah orang, di Lijiang, Yunnan, China.

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nin () ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang

membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Gu nin (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ), yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".[1][2]

Sambutan perayaan
Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga saudara-mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.

Sebelum Tahun Baru


Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina. Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.[3]

Hari pertama

Perayaan Tahun Baru Cina, pada hari kelapan, di pinggir kota Vancouver, Kanada.

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.[4] Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang. Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari ke-2
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , ki nin) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka.[5] Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

Hari ke-3
Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut:

Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" ( ch ku), yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja[5] Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.[6]

Hari ke-5
Di bahagian utara China, ladu (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , jiozi) dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" (, p w). Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.

Hari ke-7
Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (, pinyin: rn r, Kantonis: yan yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.[7] Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.[7][8]

Hari ke-9
Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan ( tin gng) di tokong agama Tao. Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu. Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

Hari ke-15
Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yunxio ji (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ), atau Chap Goh Mei () dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tngyun (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ), bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tngyun ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.

Hidangan Tahun Baru

Jamuan pertemuan semula


Jamuan pertemuan semula (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: tunyun fn) diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: y) sebagai makanan penting, tidak dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah Cina nin nin yu y (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ), yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun."[3][9]

Intisari makanan
Bahasa Cina
[*]

Nama

Huraian

Luohan zhai

Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya merangkumi 18 bahan, sering disaji pada hari pertama Tahun Baru. Sejenis lumut ( berbentuk rambut manusia, disebut "fat choy" dalam bahasa Kantonis ) luhn sering menjadi ciri-ciri utama hidangan Buddha dan sajian lain, kerana zhi namanya sama bunyinya dengan "kemakmuran". Suku kaum Hakka biasanya menyaji kiu nyuk () dan yong tau fu.

Ikan

() y

Ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. Sebutan perkataan Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan" (bahasa Cina: ; pinyin: y). Ramuan utama bagi yee sang.

Yee sang

() yshng

Salad ikan yang dilambung cebisan ramuannya apabila disambung untuk menyambut tuah.[8]

Ladu jiaozi

() jiozi

Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan tongkol emas Cina kuno, seolah-olah berisi tuah.

Limau jnj; mandarin atau

Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi masyarakat Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan daunnya untuk buang sial, buah limau mandarin pula

gn

melambangkan kesejahteraan dan kemewahan.

Kuih bakul

ningo

Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu, Zhejiang dan Shanghai) kerana namanya serupa sebutan dengan "kian tahun kian tinggi".[2]

Mi

Mi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat, namun amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru.

Gula-gula

Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-gula Cina berwarna merah atau hitam.

Tikoy

Puding yang diperbuat daripada tepung pulut, kanji gandum, garam, air, dan gula. Warna gula yang digunakan menentukan warna puding ini (putih atau perang).

[*]

: Tulisan Cina diberi (tulisan Cina ringkas disediakan dalam kurungan jika berlainan dari bentuk tradisionalnya) diikuti pinyin.

Amalan Tahun Baru

Ang pau
Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: hng bo, bahasa Hokkien (POJ): ng-pau; bahasa Hakka: hung bao; , atau , bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.[2] Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (, b jn). Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.[10]

Pasar Tahun Baru

Membeli-belah di Pasar Tahun Baru Kreta Ayer, Singapura

Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan rumah.

Bunga api
Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.[11]
Larangan mercun

Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun baru, namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun adanya laporan mengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau menderita akibat kecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka, kerajaan-kerajaan dan pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya atas sebab-sebab keselamatan.

Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namun Beijing menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad, dan undang-undangnya tidak selalu dikuatukasakan.[12] Di kawasan luar bandar pula, mercun masih digemari ramai dan lorong-lorong selalu diliputi warna merah bangkai mercun. Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu, kerajaan kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga mengadakan pertunjukan bunga apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun Baru Cina. Pertunjukan seumpamanya juga diadakan di bandaraya-bandaraya dalam dan luar China.

Singapura: Pengharaman separa dikenakan terhadap mercun pada Mac 1970 setelah berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68 orang lain.[13] Ini dilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas berlakunya letupan yang mengorbankan nyawa dua orang[14] serta satu serangan terhadap dua orang polis yang cuba menghalang sekumpulan orang daripada membakar mercun pada Februari 1972.[15] Bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan membenarkan mercun dilepaskan pada musim perayaan. Ketika kegiatan menyala mercun di Kreta Ayer, tepat pada waktu malam hari pertama Tahun Baru Cina, mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Peristiwa-peristiwa lain yang membenarkan mercun ditentukan oleh lembaga pelancongan atau pertubuhan kerajaan lain. Namun begitu, mercun tidak boleh dijual secara komersial. Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura. Bagaimanapun, kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari Thailand untuk memenuhi kehendak diri mereka. Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam ketika Tahun Baru Cina[16], terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan penduduknya bukan kaum Cina agar menghindari apa-apa pertelingkahan antara kaum, kecuali di beberapa kawasan metropolitan seperti Jakarta and Medan, di mana tahap toleransi sosial antara kaum cukup memuaskan. Amerika Syarikat: Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik larangan mercun setelah sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000 batang mercun dibakar di Chatham Square, Chinatown.[17]

Pakaian
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.

Shou Sui
Shou Sui (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa.[18]

Simbol
Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan, yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara (f), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina (do), atau "terbalik",

berbunyi sama dengan (do), atau "tiba". Maka, f do melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan kemakmuran.[19]

Bunga
Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika pasaran tahun baru.

Hiasan Bunga

Maksud

Bunga plum

melambangkan tuah

Kumkuat

melambangkan kemakmuran

Narcissus

melambangkan kemakmuran

Bunga kekwa

melambangkan panjang umur

Buluh

tumbuhan digunakan sepanjang tahun

Bunga matahari bermaksud tahun yang elok

Ikon dan hiasan


Ikon Makna Ilustrasi

Ikan

Ikan koi sering kelihatan dalam lukisan. Sajian berhias yang memaparkan ikan juga dapat dilihat. Ikan melambangkan lebihan atau simpanan tambahan supaya ada lebih untuk hidup pada baki tahun. Ikan berpadu dengan pepatah Cina (ninnin yuy).[9]

Jongkong Yuanbao

Yuanbao emas (; jn yunbo) melambangkan wang dan/atau kemewahan. Jongkong berbentuk Yuanbao ini merupakan perantara pertukaran piawaian di China zaman silam.

Tanglung

Tanglung kertas Cina tradisional ini biasanya berbeza daripada tanglung yang digunakan ketika Perayaan Kuih Bulan. Tanglung ini berwarna merah dan selalunya berbentuk bujur. Tanglung-tanglung yang digunakan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung, dinyala terang-terang, berwarna-warni, dan berbagaibagai saiz dan bentuknya.

Perhiasan

Hiasan secara amnya menyampaikan ucapan Tahun Baru. Poster kaligrafi Cina memaparkan peribahasa Cina. Hiasan-hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru, simpul Cina, keratan kertas dan gurindam.

Tarian singa

Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan orang Cina.

Cai Shen

Cai Shen (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) merupakan dewa kekayaan yang disembah orang agar memperoleh tuah dan berkat pada malam Tahun Baru dalam kepercayaan Cina.

Balik kampung
Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang terbesar, apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga orang Cina seberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanak

saudara pada malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) dan boleh disamakan dengan fenomena "balik kampung" sewaktu masyarakat Melayu menyambut Aidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada balik kampung, maka timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan raya khususnya untuk perayaan ini seperti mana yang dijalankan ketika Aidilfitri.

Rumah terbuka
Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong asing, beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka perayaan ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.

Ucapan
Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah, yang dikenali sebagai "ungkapan pembawa tuah" (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: jxing ha).

Selamat Tahun Baru


"Selamat Tahun Baru" (Tulisan Cina Tradisional: ; Tulisan Cina Ringkas: ; pinyin: xnnin kuil; Bahasa Kantonis (Yale): snnhn faailohk; bahasa Hokkien (POJ): in-n khai-lok) ialah ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara Barat. Namun di bahagian utara China, "gu nin ho" (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) yang dijadikan ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru antarabangsa, boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru.

Gong xi fa cai

Kung Hei Fat Choi di Lee Theatre Plaza, Hong Kong

"Gong xi fa cai" (Tulisan Cina Tradisional: ; Tulisan Cina Ringkas: ; pinyin: gngx fci; Bahasa Kantonis (Yale): gnghi faatchih; bahasa Hokkien (POJ): Kiong-h hoat-chi; bahasa Hakka: Kung hei fat choi), yang diterjemah sebagai "Tahniah dan semoga mendapat rezeki". Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai bersinonim dengan "Selamat tahun baru" mula digunakan berabad-abad lalu. Dua aksara pertama ungkapan ini mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut legenda, ucapan tahniah adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat, namun secara praktis ini juga boleh melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk)[20]; manakala dua aksara terakhir ditambah sebagai menyentuh idea kapitalisme dan konsumerisme yang makin penting di kalangan masyarakt Cina seluruh dunia. Ucapan ini kerap didengar di kalangan komuniti yang berbahasa Inggeris sewaktu Tahun Baru Cina di beberapa tempat dsi dunia yang mempunyai komuniti berbahasa Cina yang ketara, termasuk komuniti pendatang Cina yang lama menetap selama beberapa generasi, serta pendatang baru dari tanah besar China, Hong Kong, Macau dan Taiwan, dan pendatang transit (khususnya golongan siswa).

Ucapan lain
Terdapat ucapan lain bagi Tahun Baru Cina, antaranya boleh dijerit dengan sekuatnya tanpa mengira penerima dalam situasi tertentu. Contohnya, memecah objek ketika tahun baru dianggap tidak bagus, dan jika berlakunya sedemikian " usu png'n" (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) diucapkan serta-merta, yang bermakna "semoga keamanan berkekalan tahun demi tahun". (Su, bermaksud "usia") sama bunyi dengan ("pecah"), sebagai demonstrasi bagi kegemaran orang Cina "bermain-main" dengan perkataan dalam bahasa mereka. Melalui cara yang sama, (Ninnin yuy), hajat penambahan hasil setiap tahun, memanipulasi suku kata y yang juga ditulis (ikan), menjadikannya ungkapan utama bagi sajian tahun baru berikan dan juga lukisan dan grafik ikan yang digantung pada dinding atau dijadikan hadiah.[2][9] Ucapan-ucapan ini juga diujar sebelum menerima angpau oleh kanak-kanak, apabila bertukar hadiah, menziarahi tokong, atau ketika melambung ramuan-ramuan yee sang di Malaysia dan Singapura. Kanak-kanak nakal sering berjenaka dengan mengucap (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: Gngx fci, hngbo nli), yang diterjemah menjadi "Tahniah dan semoga peroleh rezeki, mintalah bagi ang pau."

Pantang-larang sewaktu perayaan

Tuah baik

Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru. Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun. Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya. Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.

Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan. Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.

Nasib Malang ("Tuah buruk")

Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar". Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".) Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis". Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.) Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru. Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus. Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".