Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI KESELURUHAN

Pertama kali memulakan mata pelajaran olahraga, saya agak risau kerana diberi penerangan bahawa kami perlu mengusai teknik pelbagai jenis sukan olah raga. Dari bangku sekolah lagi saya tidak mahir dalam apa jenis sukan kerana faktor kesihatan. Malah dengan fizikal saya yang kecil ini saya meragui saya dapat mencapai tahap yang di kehendaki. Kali pertama aktivi yang saya ingat adalah ujian larian 1500m. Agak lama saya sudah tidak berlari seperti itu. Walaupun kerja saya sebelum ini mengunakan banyak aktiviti fizikal namun larian memerlukan stamina yang tinggi yang sememangya tidak dipunyai saya. Ketika dalam larian saya rasa amat keletihan. Dengan penyakit asma saya, saya amat khuatir jika selepas itu penyakit asma akan menyerang. Namun demi semangat kesukanan dan melihat kawan-kawan tetap bersemangat meneruskan larian terutama meraka yang fizikal agak besar, saya meneruskan larian dengan penuh semangat. Saya merasakan agak bertuah kerana diajar oleh Tuan Haji Hazman. Beliau tidak mahu kami menjadi seorang atlet malah memahami keadaan kami dari pelbagai latar belakang. Apa yang dititik beratkan oleh beliau adalah kami mengetahui teknikteknik olahraga dengan betul. Dengan ilmu yang betul, kami dapat menurunkan ilmu yang ditimba kepada pelajar-pelajar yang berbakat dan berminat dalam olahraga. Banyak mengenai olahraga yang telah kami pelajari di IPG ini. Dari larian 100m hingga ke lontar peluru telah kami pelajari teknik-teknik yang betul. Teknik yang betul amat penting kerana setiap permain dan sukan mempunyai peraturan. Dengan mengetahui peraturan dapat mengelakkan atlet dari tersingkir atau mata tidak dikira. Sebagai seorang guru, aspek-aspek teknikal ini amat penting diketahui supaya atlet dikalangan murid-murid kita tidak merasa kecewa atau putus ada kerana kesilapan kita tidak mengetahui akan peraturan dalam pertandingan itu.

Anda mungkin juga menyukai