Anda di halaman 1dari 2

PENDAHULUAN

Biarpun masa beredar dan dunia semakin canggih dengan arus kemodenan, Al-Quran tetap kukuh tidak berubah dan kandungannya masih terjaga seperti apa yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW lebih kurang 1400 tahun yang lalu. Secara umumnya, Al-Quran dari segi bahasa bererti bacaan seperti yang diterangkan dalam Surah Al-Qiyamah, ayat 17-18 yang berbunyi :

Maksudnya : Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telah selesai membacanya maka ikutilah bacaannya itu. Manakala dari segi istilah Al-Quran adalah Kalam Allah yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, yang disampaikan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah.

Daripada definisi di atas, jelas kepada kita bahawa Kitab al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang perlu dijaga dan dihormati. Oleh kerana Al-Quran adalah bacaan maka salah satu langkah yang terbaik untuk menjaganya adalah dengan menghafaz dan menghayati kandungannya. Kita juga perlu beradab semasa menggunakan Al-Quran.

Oleh yang demikian, pada perbincangan ini akan menjelaskan beberapa adab hamlah Al-Quran dan kaedah hafazan yang terbaik untuk menghafaz Al-Quran.

ADAB HAMLAH AL-QURAN


Adab Hamlah Al-Quran boleh dibahagikan kepada lima bahagian iaitu : (01) (02) Adab Dengan Al-Quran Adab Dengan Muallim

(03) (04) (05)

Adab Dengan Sahabat Adab Dengan Dirinya Adab Dengan Tempat

Gambarajah 1 : Adab Hamlah Al-Quran