Anda di halaman 1dari 2

Refleksi

Syukur saya kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus Falsafah Pendidikan di Malaysia yang telah diberikan kepada saya.Dalam proses menyiapkan kerja ini,banyak panduan serta pengajaran yang boleh kami pelajari daripadanya. Ketika menyiapkan kerja kursus ini banyak perkara yang baru dapat saya timba,malahan pelbagai ilmu pengetahuan yang saya perolehi.Ini penting kepada saya apabila bergelar sebagai guru kelak.Malahan dengan membuat kerja kursus ini dapatlah saya perolehi input bermakna di mana di dalam tajuk tugasan ia memberi info yang berguna tentang pelaksanaan KSSR di sekolah.Saya juga lebih faham tentang aspek-aspek yang terlibat dalam KSSR iaitu prinsip,struktur,bidang pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam KSSR.Saya dapat mendalami tentang perbezaan antara ciri-ciri KBSR dan KSSR dengan lebih lanjut hasil daripada membuat kerja kursus Falsafah Pendidikan di Malaysia ini. Di samping itu,saya juga terpaksa menempuh pelbagai cabaran serta halangan.Namun,saya tidak akan berpatah semangat untuk terus menghadapinya pada masa akan datang.Segala cabaran dan halangan akan saya jadikan pengajaran agar kerja kursus yang dijalankan ini berjalan lancar.Keadaan ini menyebabkan saya sedar bahawa untuk menuju ke arah sesuatu kejayaan adalah memerlukan pengorbanan yang agak tinggi untuk mencapainya. Semasa menyiapkan kerja kursus Falsafah Pendidikan di Malaysia ini terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan yang wujud daripadanya.Kelebihan yang diperolehi semasa meyiapkan kerja kursus ini ialah ia menyedarkan saya bahawa untuk mencapai kejayaan bukanlah mudah malah memerlukan pengorbanan besar dari segi masa,tenaga dan wang ringgit.Kerja kursus ini juga dapat memupuk jiwa saya tentang kesabaran yang kental dalam menempuh cabaran dan halangan itu.

12

Lebih-lebih lagi,ia juga dapat memupuk hubungan yang erat antara guru pelatih dengan pensyarah melalui tunjuk ajar yang diberikan.Hal ini secara tidak langsung terjadi semasa saya mengadakan kolaborasi dengan para pensyarah.Saya dapat mengenali pensyarah dengan lebih mendalam dalam situasi sebegini.Pensyarah yang tidak mengajar saya juga menjadi lebih rapat dengan menjalankan kerja kursus ini. Saya juga tidak terlepas dari menemui kelemahan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.Pada awalnya,terdapat pemahaman terhadap kesukaran untuk memulakannya.Ini kerana kehendak soalan.Bagi mengatasi masalah

kurangnya

tersebut,saya telah berjumpa dengan pensyarah Falsafah Pendidikan di Malaysia, Encik Azizi bin Jaafar untuk mendapatkan keterangan yang lebih terperinci. Justeru itu,masalah seperti pertindihan atau pertembungan dengan banyak kerja kursus yang lain,terpaksa memperuntukkan masa yang seragam dan teratur serta kekurangan sumber rujukan adalah memang menjadi lumrah kehidupan di institut pendidikan guru.Selain peruntukkan masa yang singkat dan sibuk dengan masa kuliah dan aktiviti kokurikulum Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) yang diadakan pada 29 Feb 2012 yang lalu. Walaubagaimanapun,masalah tersebut dapat ditempuhi dengan usaha

sabar,bertawakal dan bernekad agar dapat menyiapkan kerja kursus pendek Falsafah Pendidikan di Malaysia ini dalam masa yang telah diperuntukkan.Selain itu,daripada kerja kursus ini,saya memperolehi kesedaran agar lebih mengutamakan pengurusan masa yang sempurna.Ia juga mengajar saya erti kesabaran,kerjasama dan komitmen. Kesimpulanya,semasa proses menyiapkan kerja kursus ini saya mengenal erti kesabaran,ketabahan dan kesungguhan.Saya juga telah menyedari bahawa setiap ilmu tidak akan datang bergolek dengan sendirinya,sebaliknya kita harus berusaha mendapatkannya.Akhir kalam,saya bersyukur kepada Tuhan dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pensyarah dan juga rakan-rakan yang sudi memberi kerjasama serta mengemukakan idea-idea yang bernas semasa proses menyiapkan tugasan ini.

13