Anda di halaman 1dari 11

PENUBUHAN KELAB

PENUBUHAN KELAB KOMPUTER SEKOLAH KEBANGSAAN DEMIT (1) KOTA BHARU, KELANTAN.

PENDAHULUAN
Penubuhan Kelab Komputer Sekolah Kebangsaan Demit 1 bertujuan menambahkan kegiatan di bidang pendidikan yang dijalankan di sekolah. Kelab ini bertujuan untuk pengukuhan dan pengayaan pembelajaran, saling lengkap melengkapi pembelajaran di bilik darjah bagi menyubur nilai-nilai murni. Kelab Komputer ini adalah gerak kerja ko-kurikulum yang penting bagi melengkapkan pengetahuan dan pengalaman para pelajar di sekolah ini. Menerusi kelab ini, perkembangan sosial, minat dan bakat dapat diseimbangkan dengan perkembangan mental pelajar-pelajar. Kelab ini dapat membantu pelajar memperdalamkan pengetahuan tentang Teknologi Maklumat untuk memberi peluang kepada pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti tempatan dan luar negara. Menjadikan sekolah setaraf dengan sekolah bestari, sebagai tempat yang menarik dan mengembirakan pelajar. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang setanding dengan negara-negara yang telah maju dalam bidang perindustriaan. Demi mencapai hasrat tersebut, pelajar-pelajar yang masih di bangku sekolah harus disemaikan dengan rasa ingin dan cinta terhadap kemajuan. Mereka harus dilatih untuk menyumbangkan tenaga dan fikiran bagi menghasilkan rekacipta yang boleh memberi manfaat kepada manusia. OBJEKTIF KELAB KOMPUTER. Mengumpul, menyimpan dan mangedar maklumat melalui komputer. Mementingkan untuk pengajaran dan pembelajaran. Membina bahan-bahan media untuk pengajaran dan pembelajaran melalui komputer. Meningkat taraf pengajaran, pembelajaran dan prestasi pencampaian akademik melalui komputer. Menggalak para pelajar dan guru menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menggalakkan tabiat belajar sendiri dan tabiat ingin tahu di kalangan pelajar melalui penggunaan komputer dan internet. Melatih murid-murid menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat kerja, serta menggunakan alat-alat berkomputer. Melatih para pelajar mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah. Menanam sifat sabar supaya pelajar tidak putus asa apabila menghadapi dugaan atau cabaran seperti kesilapan atau kegagalan menghasilkan program komputer. Menggalak guru-guru dan pelajar gemar membuat rujukan bahan bacaan atau berbincang sesama mereka yang lebih berpengetahuan dalam bidang sains komputer dan teknologi tentang alat-alat atau pemprosesan yang boleh meningkatan keilmuan pelajar di bidang komputer. Mendedahkan kepada guru-guru dan pelajar tentang kemahiran menggunakan alat-alat tertentu dalam komputer. Mendedahkan kepada pelajar dan para pendidik, ilmu penyelenggaraan komputer agar mereka dapat baikpulih sendiri komputer tanpa menghabiskan masa dan wang untuk dihantar ke kedai komputer. MATLAMAT KELAB KOMPUTER. Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah. Menyediakan kemudahan mendapatkan pengetahuan dan maklumat dengan segera melalui komputer (internet). Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan mengembirakan. Kelab Komputer sebagai tempat untuk kegiatan pengajaran dan pembelajaran. Membentuk dan melahirkan pelajar-pelajar yang memetingkan keilmuan, dinamik, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah pelajar-pelajar di sekolah dan di kalangan masyarakat. Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif selaras dengan Falasafah Pendidikan dan Rukun Negara. Mengukuh dan mengayakan pengalaman yang para pelajar perolehi dalam kelas. Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran para pelajar dalam bidangbidang berkomputer. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah. Membina dan meningkatkan minat dan bakat para pelajar di bidang komputer.

Merapatkan jurang perbezaan kemudahan-kemudahan pendidikan antara sekolah-sekolah bestari dengan sekolah-sekolah biasa. Kemudahan pengumpulan, penyimpanan, penyebaran dan pengurusan segala maklumat melalui komputer untuk keperluan pendidik dan para pelajar. Kelab Komputer sebagai tempat untuk berlatih dan mendorongkan pendidik dan pelajar dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran untuk mengguna pendekatan berkomputer. Menggalakkan penggunaan komputer dalam pengajaran dam pembelajaran oleh murid dan guru. Komputer sebagai alat bantu mengajar (ABM) yang lebih berkesan. Menghasilkan media dalam pengajaran dan pengajaran melalui komputer agar pelajar lebih berminat untuk belajar. Mengadakan program penggunaan komputer untuk para pelajar dan pendidik. Memberi khidmat penerbitan bahan pengajaran dan pembelajaran berkomputer dan pengembangan untuk warga sekolah. Membantu para pendidik dan pelajar mempelbagaikan kaedah pengajaran selaras dengan pendekatan melalui komputer. PERSEDIAAN DAN PELAKSANAAN. Menubuh dan mengaktifkan Jawatankuasa Kelab Komputer Sekolah. Memberi pendedahan dan kesedaran kepada ibu bapa dan para pelajar mengenai peranan mereka dalam program Kelab Komputer Sekolah. Menyediakan jadual waktu kelas komputer di waktu persekolahan harian. Membentuk dan merancang Sukatan Pelajaran untuk kelas komputer agar selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia. Menyediakan Kurikulum Kelab Komputer dengan objektif dan kemahiran yang hendak dicapai. Menetapkan tenaga pengajar dan pengawas bilik komputer. Berusaha menyediakan kemudahan peralatan komputer sekolah. Mendapat kebenaran pengakuan ibu bapa / penjaga tentang kesedian untuk menjadi ahli Kelab Komputer. Meransang murid-murid sentiasa bersikap positif. Menunjukkan inisaitif ingin mencuba dan berpandangan jauh.

PELAKSANAAN PROJEK KELAB KOMPUTER.

Untuk membantu pergerakan Kelab Komputer Sekolah berjalan dengan lincin, pengurusan
yang teratur diperlukan. Pihak sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat perlulah bekerjasama membentuk Jawatankuasa Kelab Komputer. CADANGAN AHLI JAWATANKUASA INDUK KELAB KOMPUTER Penaung Y.Brs Pn. Hjh. Hasmah Jusoh Guru Besar Pengerusi Tn. Hj. Daud Hj. Yusoff Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi I Pn. Hjh. Nik Makhnun Nik Ahmed Kamil Penolong Kanan HEM Naib Pengerusi II Pn. Hjh. Zakiah Zakaria Penolong Kanan Ko-Kurikulum Pengurus Projek En. Che Pa Bin Hassan Setiausaha (Guru) Bendahari (Guru)

Jawatan Kuasa Bertindak Wakil Guru

Jawatan Kuasa Pelajar


Terdiri dari Ahli Kelab dan dilantik.

PERANAN JAWATANKUASA.
Merancang, menyelaras dan melaksanakan kegiatan kelab dengan teratur dan terperinci, dengan mengembelingkan tenaga golongan murid, guru, ibu bapa dan masyarakat. Berusaha bagi menyediakan kemudahan-kemudahan dan peralatan-peralatan Kelab Komputer. Berusaha meningkatkan lagi penglibatan murid dalam kegiatan Kelab Komputer. Berusaha menerapkan nilai-nilai sosial yang positif, membina sikap dan tabiat dan budi pekerti yang baik di kalangan murid. Memberi penghargaan kepada murid-murid yang melibatkan diri dalam kegiatan Kelab Komputer yang aktif. Menilai keberkesanan kegiatan Kelab dari semasa ke semasa. BIDANG TUGAS PENGERUSI KELAB KOMPUTER Menjalankan tugas sebagai Pengerusi Kelab Komputer Sekolah. Mempastikan segala perancangan aktiviti dan program Kelab Komputer berjalan dengan teratur. Membimbing dan memberi galakan bagi meningkatkan lagi kecekapan guru melaksanakan kegiatan Kelab Komputer. Memastikan matlamat Kelab Komputer Sekolah tercapai. Bertindak sebagai pihak perantaraan di antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat. Memberi contoh dan tauladan. BIDANG TUGAS NAIB PENGERUSI I Membantu menjalankan tugas Pengetua. Memangku tugas Pengetua semasa ketiadaan beliau di sekolah. Mewakili Pengetua bila keadaan memerlukan. BIDANG TUGAS NAIB PENGERUSI II Bertugas sebagai ketua penyelaras dan penyelia bagi semua kegiatan kokurikulum.

Bertanggungjawab dalam pengagihan tugas kepada guru. Membantu Pengetua dalam perancangan dan pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah. Menentukan dan memilih kegiatan yang bersesuaian yang hendak dijalankan oleh kelab di sekolah. BIDANG TUGAS GURU PENYELARAS. Menentukan penglibatan para pelajar dan pendidik. Merekodkan semua kegiatan yang telah dijalankan oleh kelab. Menyelaras dan melaksanakan unit-unit yang dipertenggungjawabkan. PENYERTAAN PARA PELAJAR. Ahli kelab terbuka kepada pelajar sekolah dengan kebenaran dan kesanggupan ibu bapa/penjaga membayar yuran keahlian sebagaimana yang ditetapkan. Guru harus memasti ada kesimbangan penglibatan murid dalam kelab komputer. Kelas komputer diwajibkan untuk semua kelas. PENYELIAAN KEGIATAN KELAB. Kehadiran: Kehadiran pelajar dan orang perseorangan yang terlibat hendaklah menepati masa yang ditetapkan. Rekod kedatangan pelajar hendaklah dicatatkan. Penyertaan: Penyertaan dan penglibatan semua pihak hendaklah secara aktif dan menyeluruh. Kemudahan dan peralatan: Semua kemudahan dan peralatan komputer yang ada hendaklah diguna dan dijaga dengan sebaik-baiknya. Disiplin: Guru hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan dan disiplin sebelum, semasa dan sesudah kegiatan kelab dijalankan. Kewangan: Bendahari hendaklah menyimpan rekod kutipan sumbangan dan perbelanjaan kelab. Semua kutipan hendaklah dimaklumkan kepada Pengetua. AKTIVITI KELAB. Aktiviti berterusan. Sesi perbincangan tentang masalah-masalah seharian supaya dapat mengenalpasti masalah yang boleh diselesaikan. Menganjurkan kelas-kelas komputer mengikut tingkat pencapaian para pelajar.

Waktu kegiatan Kelab Komputer hendaklah di luar jadual waktu rasmi sekolah. Waktu kelas komputer hendaklah dimasukkan dalam Jadual Waktu resmi sekolah. Ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk belajar komputer. Ahli-ahli kelab boleh dibahagikan kepada kumpulan yang kecil tidak melebihi tiga orang bagi satu komputer. Ahli boleh juga belajar bersendirian jika ia berminat dan berkemampuan. Guru penasihat hendaklah menentukan tempoh masa ahli kelab menggunakan alatan komputer. Keselamatan ahli hendaklah diutamakan bila mereka menggunakan alatan komputer. AKTIVITI SAMPINGAN Menjalan latihan asas bagi ahli-ahli Kelab Komputer untuk mengembangkan daya kriatif dan berkemahiran menggunakan komputer.
Menganjur

ceramah oleh agensi-agensi kerajaan atau swasta yang ada kaitan dengan penggunaan komputer dalam kehidupan.

Menganjurkan lawatan ke tempat-tempat yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran berkomputer. Pertunjukan filem atau vedio dokumentasi berkenaan dengan perihal komputer dan penggunaan komputer dalam kehidupan moden. Membuat penilaian kegiatan Kelab Komputer Sekolah dengan mengadakan pelbagai ujian. Mengalakan pelajar meneruskan pengajian untuk mendapat diploma atau ijazah di bidang komputer. Di waktu rehat pelajar dibenar untuk masuk ke bilik komputer bagi menjalankan aktiviti ulangkaji, main games (tajam minda), belajar secara bersendirian dengan mengguna CD. Pelajar akan dikenakan bayaran sebanya 50 sen untuk tujuan tersebut. Kegiatan pelajar akan diawasi oleh guru komputer. Menerbit risalah bulanan Gubahan Saujana untuk diedar kepada warga sekolah. Mengemaskini laman web kelab komputer.

PENUTUP Apabila kegiatan dijalankan di luar sekolah, seperti lawatan sambil belajar, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi daripada ibu bapa dan Guru Besar terlebih dahulu.

Kebenaran Pengarah Pendidikan Negeri juga diperlukan, sekiranya kegiatan diadakan di luar negeri. Semua kutipan wang sumbangan perlu dimaklumkan kepada Jawatan kuasa, semua kutipan wang hendaklah disertai dengan resit pembayaran sebagai bukti pembayaran. Disediakan oleh: Che Pa Bin Hassan Guru Penyelaras Kelab Komputer Sekolah Kebangsaan Demit 1 Kota Bharu, Kelantan.

PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH

MUSNAINI

1.1 Pengenalan

Peranan pendidikan pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalam pengajaran-pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era ICT. Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005). Perubahan ini memberikan kesan sama ada positif dan juga negatif kepada masyarakat di negara membangun.

Profesion keguruan juga terjebak dalam pengaruh ini yang merupakan trend dan ideologi abab ke-21. ICT memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan abab ke -21. Perkembangan pendidikan baru dalam pengetahuan ICT memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakkan dan berkebolehan mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara.

Selain itu, teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Winston Churcil menyatakan empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda. Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.

Ellington, Percival dan Race (1993) menjelaskan bahawa penggunaan komputer dalam pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mana lebih berasaskan sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menekankan peranan individu. Ramai penulis menyatakan kekuatan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah objektif pembelajarannya yang lebih luas, pembelajarannya yang juga boleh dilakukan sendiri serta mendapat maklum balas segera melalui pendekatan interaktif; dan membolehkan simulasi pengalaman pembelajaran dilakukan secara terus. Manakala kelemahan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula ialah teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

memerlukan guru-guru celik komputer, atau sekurang-kurangnya berasa senang menggunakan papan kekunci, sukar mendapatkan bahan berasaskan komputer yang sesuai dan tersedia, dan usaha mereka bentuk bahan pembelajaran berasaskan komputer memerlukan kemahiran yang tinggi (Ellington et al. 1993). Cabaran-cabaran globalisasi menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi.

Untuk menjayakan pelaksanaan penggunaan IT lebih berkesan, kemudahan infrastruktur ICT perlu disediakan dan dirancang dengan baik. Kemudahan ICT dapat membantu perlaksanaan kurikulum dengan berkesan. Pembelajaran bukan lagi tertumpu dengan kaedah pengajaran di bilik kuliah semata-mata. Penggunaan teknologi ICT perlu dieksploit sepenuhnya supaya memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran pelajar. Penggunaan modul pembelajaran dalam bentuk CD-ROM, multimedia, simulasi dan sebagainya memerlukan prasarana yang bersesuaian.

1.3 Pernyataan Masalah

Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Negara membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Akan tetapi, terdapat pelbagai kekangan dan cabaran dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru di Sekolah Menengah, ini termasuklah kekangan menghabiskan silibus, sikap negatif guru, kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan, jurang ICT dan digital, sumber kewangan yang tidak mencukupi.

Memandangkan Sekolah Bestari yang berasaskan penggunaan ICT dan multimedia telah tercetusnya isu kekurangan penggunaan komputer apatah lagi sekiranya kajian ini diperluaskan ke Sekolah Menengah. Peranan Pendidikan pada abad ini amat mencabar kerana mempunyai

tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar meningkatkan penggunaan IT dalam pengajaran pembelajaran sesuai dengan perubahan era ICT. Inovasi teknologi juga penting kerana selaras dengan dasar IT dalam pembangunan negara. Oleh itu, inovasi teknologi perlu diperluaskan dan mendasari pembaharuan pedagogi serta pengurusan pendidikan moden di sekolah-sekolah di Malaysia menjelang tahun 2020. Pelan tindakan berkaitan dengan inovasi teknologi ICT perlu dirangka dan mencorakkan anjakan baru dalam reformasi pendidikan dan pembentukan sekolah berkesan. Sekolah-sekolah menengah perlu mempunyai kelengkapan infrastruktur ICT dan diuruskan berasaskan inovasi ICT.

Peralatan yang digunakan dalam pengajaran di Sekolah Menengah terdiri daripada komputer, overhead projector ,note book, digital camera dan transperansi, slaid dan kemudahan peralatan muiltimedia lain. Peralatan-peralatan ini penting sekiranya kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan. Semua peralatan ini, boleh dikategorikan kepada penggunaan teknologi tinggi dan penggunaan teknologi rendah. Era teknologi maklumat dan komunikasi, World Wide Web (WWW) telah menjadikan internet lebih mesra pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke dalam satu halaman paparan. E-pembelajaran ini dapat digunakan secara luas iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik juga dalam keadaan tidak formal. Ia bersifat kos efektif di mana banyak bahan yang terdapat pada pelbagai laman mampu diakses oleh guru dan pelajar tanpa menggunakan banyak kos.

Anda mungkin juga menyukai