komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah Terdapat 2 jenis kategori utama komunikasi iaitu komunikasi lisan (verbal) dan komunikasi secara bukan lisan (non-verbal). Komunikasi lisan merupakan cara berkomunikasi di mana seorang individu itu menyampaikan maklumat secara lisan kepada individu yang lain atau sekumpulan pendengar. Dalam proses pengajaran di bilik darjah, guru merupakan penyampai maklumat atau mesej kepada pelajar yang merupakan pendengar dan penerima mesej tersebut. Komunikasi secara lisan ini perlulah jelas dan dapat difahami oleh penerima. Ini amat penting bagi seorang guru ketika sesi pengajaran di dalam bilik darjah. Guru seharusnya mempunyai suara yang kuat, jelas serta maklumat yang hendak disampaikan mestilah dapat difahami dan diterima oleh para pelajar dengan jelas. Komunikasi secara lisan ini akan berkesan jika kriteria-kriteria yang disebutkan itu menepati pada seorang guru kerana dalam proses penyampaian maklumat, guru memainkan peranan penting dalam memindahkan idea dan maklumatnya kepada para pelajar. Cara menyebut dan perkataan-perkataan yang digunakan seharusnya boleh difahami oleh pelajar agar mereka dapat menerima pembelajaran dengan mudah. Komunikasi bukan lisan pula merujuk kepada proses penyampaian mesej melalui isyarat tangan, mimic muka, gerak badan, pandangan mata (eye contact) dan sebagainya. Kita dapat memahami mesej yang disampaikan oleh seseorang melalui gerak geri badannya walaupun tanpa melalui percakapan seperti contoh menganggukkan kepala tanda bersetuju, senyuman sebagai tanda memberi galakan peneguhan dan sebagainya. Sehubungan itu, dalam perhubungan antara guru dan pelajar, guru perlulah memberi gerak isyarat yang positif kepada pelajar dalam sesuatu perkara supaya ia akan dapat meningkatkan motivasi dan memberi peneguhan yang positif kepada pelajar tersebut. Di dalam komunikasi, terdapat 5 jenis model-model komunikasi. Antaranya ialah Model Shannon dan Weaver, Model Simetri Newcomb, Model Wilbur Schramm, Model Schramm II dan Model Schramm III.
Destinasi (otak)
Alat pemancar
Sumber (rangsangan)
Enkod
Isyarat (mesej)
Dekod
Destinasi (orang)
MODEL SCHRAMM II
Model ini adalah sambungan daripada model Schramm I tetapi model ini mengaitkan proses komunikasi dengan bidang pengalaman orang yang menyampaikan dan menerima mesej. Ia juga mengatakan bahawa komunikasi akan menjadi berkesan apabila sumber yang dienkod adalah sama dengan mesej yang didekod oleh penerima. Dalam proses P & P, tahap penerimaan pembelajaran murid-murid adalah bergantung kepada keberkesanan aktiviti dalam darjah iaitu cara pengajaran yang disampaikan oleh guru. Komunikasi akan lebih berkesan jika bidang pengalaman bertindih di antara guru dan murid.
MODEL SCHRAMM III Schramm menyatakan komunkasi merupakan interaksi antara dua pihak yang mana kedua-dua pihak berperanan dalam menyampaikan dan menerima mesej. Ketika di dalam bilik darjah, model ini sering diaplikasikan kerana guru dan murid-murid saling mengadakan perbincangan samada dalam kumpulan atau secara individu.
Model Schramm III Secara keseluruhannya, kebanyakan model-model komunikasi ini menekankan kepada keberkesanan dalam menyampaikan mesej terutama guru dan penerimanya adalah murid-murid. Oleh itu, guru memainkan peranan dalam memastikan mesej yang disampaikan ketika dalan pengajaran dapat difahami dan diterima oleh murid-murid. Perkataan-perkataan yang sesuai haruslah digunakan agar murid dapat memahami apa yang diajar oleh guru dan suara juga merupakan faktor penting dalam memastikan keberkesanan dalam komunikasi. Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada keupayaan murid untuk mentafsir mesej yang disampaikan oleh guru.
Dalam kehidupan kita seharian, komunikasi tidak semestinya sentiasa berkesan. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan gangguan ketika proses komunikasi dijalankan. Gangguan atau halangan dalam komunikasi ini akan menyebabakan mesej yang disampaikan itu tidak dapat difahami dan diterima dengan jelas terutamanya dlam bilik darjah di mana para pelajar tidak dapat memahami kerana hilang tumpuan ketika guru mengajar di atas elemen-elemne yang boleh mengganggu konsentrasi mereka ketika belajar. Antara gangguan-gannguan ini ialah bunyi bising, suasana bilik darjah, guru yang kurang kemahiran mengajar dan interaksi , perhubungan guru dan pelajar dan sebagainya. Bunyi bising seringkali menjadi faktor utama kepada komunikasi yang tidak berkesan. Bunyi bising boleh berpunca dari luar atau dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru seharusnya mengawal keadaan pelajar dan kelas supaya kebisingan mereka dapat dikawal dan tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam darjah. Bagi
guru yang kurang berpengetahuan dan berkemahiran, proses komunikasi di antara guru dan murid mungkin boleh terbatas kerana pelajar akan gemar bertanya apabila dia tidak memhahami sesuatu perkara. Jika guru tersebut tidak mempunyai pengetahuan mendalam, maka guru tersebut tidak dapat memberi penjelasan dan pelajar mungkin kurang berminat untuk mengajukan pertanyaan lain. Inilah mengakibatkan hubungan antara komunikasi guru dan pelajar berkurangan. Faktor suasana bilik darjah yang agak kurang kondusif juga boleh menjejaskan keberkesanan dalam komunikasi. Oleh itu, kebersihan teutamanya hedaklah dijaga setiap masa dan juga cara penyusunan perabot di dalam kelas juga boleh mempengaruhi pelajar supaya selesa ketika sesi pembelajaran dijalankan. Jika kedaan kelas yang kotor, tingkap tertutup, kerusi dan meja berselerak maka ia akan menghilangkan minat pelajar untuk belajar dan guru juga sukar untuk memberi pengajaran di dalam kelas.