Anda di halaman 1dari 4

Ulasan Buku : Ar-Raheeq Al-Makhtum Sirah Rasulullah SAW.

Nama : Muhammad Farhan bin Suria Wan Mohd Saufi bin Wan Mustafa

Alhamdulillah, dengan izinNya dan limpah keberkatan dari Ilahi dapat dengan jayanya kami membuat rumusan keseluruhan dengan sempurna di bawah lembayung kitab Ar-Raheeq Al-Makhtum: Sirah Rasulullah SAW oleh Sheikh Sofiy Ar-Rahman AlMubarakfuri. Sedikit sebanyak telah kami membuat kajian dan meneliti akan gaya penulisan yang di ketengahkan oleh penulis ini serta kekuatan dan kelemahan yang kami perolehi daripada kitab ini. Gaya penulisan yang beliau ketengahkan dalam kitab ini banyak menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan Al-Hadith sebagai pokok atau asas terhadap segala fakta atau hujah yang beliau ingin utarakan dalam menyampaikan isi-isi di dalam kitab ini. Beliau juga menggunakan syair-syair Arab sebagai bukti dalam apa yang berlaku dalam perjalanan dakwah Rasulullah SAW. Dalam awal penulisan dalam kitab ini, beliau telah mendedahkan kepada pembaca-pembaca akan suasana serta persekitaran yang wujud pada zaman Arab terdahulu serta asal-usul masyarakat Arab Jahiliyah. Di sini telah dapat kami lihat di mana beliau ingin membuka minda dan mata para pembaca terdahulu akan corak kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah dengan harapan supaya para pembaca akan terisi terdahulu sedikit sebanyak akan biah (suasana) masyarakat Arab di sana. Sebagai contoh, beliau telah menyatakan tentang terdapat beberapa kaum ataupun kelompok masyarakat Arab yang terdapat pada masa dahulu. Misalannya, Al-Arab Al-Baidah yakni masyarakat Arab yang sudah pupus, Al-Arab AlAribah dan pelbagai lagi. Ini telah mendedahkan kepada para pembaca bahawa masyarakat Arab ini mempunyai pelbagai kaum dan pecahan-pecahanya seperti mana juga masyarakat Melayu yang pelbagai seperti Jawa, Minangkabau, dan Bugis. Selain itu, Sheikh Sofiy Ar-Rahman Al-Mubarakfuri menggunakan ayat-ayat AlQuran dan hadith-hadith sahih sebagai suatu pengukuhan dalam penyampaian beliau dalam kitab ini. Beliau tidak sewenang-wenangnya menyampaikan sesuatu fakta tanpa

berlandaskan dalil-dalil serta nas-nas yang sahih dari Al-Quran dan As-Sunnah. Misalannya, pada berlakunya saat peristiwa Rasulullah SAW ingin berdakwah secara jahar di Bukit Safa, telah turunnya ayat yang memerintahkan Rasulullah SAW untuk menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh masyarakat Arab Jahiliyah di kota Mekah ketika itu. Firman Allah SWT:


Dan berilah peringatan kepada keluargamu yang terdekat. Dalam kisah ini, Allah SWT telah memerintahkan kepada Rasulullah supaya telah tiba saatnya untuk menyebarkan dakwah Islam secara terbuka dan meluas. Dengan ini, Rasulullah SAW telah pergi ke Bukit Safa untuk berkhutbah menyeru kepada seluruh penduduk-penduduk Mekah supaya meninggalkan agama menyembah berhala dan memeluk agama Islam. Dalam kisah ini, ianya telah bersumberkan hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas serta berlandaskan dengan ayat Al-Quran di atas sebentar tadi oleh Imam Bukhari bagi kisah ini. Sheikh Sofiy Ar-Rahman Al-Mubarakfuri juga ada menggunakan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah di mana Imam Muslim meriwayatkan hadith tersebut bagi cerita ini. Di sini, kita dapat meneliti bahawa beliau menggunakan pelbagai sumber yang sahih bagi mengukuhkan lagi penulisan beliau tentang Rasulullah SAW. Oleh itu, para pembaca akan berasa yakin dengan fakta-fakta serta perjalanan cerita yang dibawa oleh beliau dalam kitab ini. Syair-syair Arab juga ada digunakan oleh Sheikh Sofiy Ar-Rahman AlMubarakfuri dalam penyampaian beliau dalam mengisahkan perihal Sirah Rasulullah SAW. Syair-syair Araib merupakan suatu seni suara dan penulisan yang populara pada ketika itu dalam kalangan masyarakat Arab Jahiliyah. Bait-bait syair mereka amat unik dan menjadi suatu kemegahan bagi mereka yang bijak mengarang syair dan melontarkan syair-syair mereka dengan penuh emosi. Setelah mereka siap mengarang syair, mereka akan mendeklamasikan syair-syair mereka di tengah-tengah kota Mekah bagi menunjukkan keindahan bait-bait syair yang telah mereka karangkan. Sheikh Sofiy Ar-Rahman Al-Mubarakfuri telah menyelitkan beberapa syair-syair Arab bagi

memperkenalkan kepada para pembaca bahawa syair-syair Arab ini menjadi suatu kebanggaan kepada mereka ketika itu. Namun di sebalik syair-syair ini, terdapat beberapa ilmu dan cerita yang boleh kita dapati di dalamnya. Misalan, dalam kisah yang menggambarkan hubungan para sahabat dengan Rasulullah SAW di mana hubungan di antara mereka digambarkan sebagai besi yang tertarik jepada tarikan magnet seperti dalam syair ini: Gambaran dirinya memenuhi pada setiap jasad, Jiwanya menarik setiap hati lelaki.

Kekuatan yang dapat kami perolehi dalam kitab Sheikh Sofiy Ar-Rahman AlMubarakfuri ini adalah dalam gaya penulisan yang beliau gunakan. Seperti yang dapat kami lihat, pada pemulaan kitab ini beliau telah memperkenalkan kepada para pembaca mengenai keadaan fizikal dan muka bumi Semenanjung Arab serta budaya yang telah diterapkan oleh masyarakat Arab. Di sini, para pembaca akan terbuka minda mereka dan seolah-olah dapat merasai suasana di bumi Arab. Penulis telah mencuba membuat para pembacanya merasai akan kehadiran bau-bauan tanah bumi Arab dan ini akan membangkitkan keghairahan para pembaca dalam membaca kitab karangan beliau. Selain itu, setiap kisah yang beliau nukilkan dalam kitabnya amatlah sempurna dalam tertib penceritaan terhadap kisah Rasulullah SAW. Ini bermaksud beliau mengisahkan akan perihal kehidupan Rasulullah daripada saat sebelumnya lahir Rasulullah SAW sehinggalah wafatnya Rasulullah SAW. Beliau tidak melangkau akan kisah Rasulullah SAW di mana ianya boleh menyebabkan para pembaca merasa terganggu dalam kefahaman mereka untuk memahami dalam setiap bait-bait kisah yang dirakamkan di dalam kitab ini. Bagi kami, kitab ini memudahkan para pembaca untuk memahami dalam setiap kisah yang ditulis di dalamnya. Namun disebalik kekuatan dalam penulisan beliau, bagi kami terdapat sedikit kelemahan yang telah kami temui namun kelemahan tidak mencacatkan penulisan beliau. Hanya cuma diperbaiki sahaja sedikit demi sedikit demi memudahkan lagi untuk para pembaca memahami akan apa yang tersurat dalam kisah Rasulullah SAW pada kitab Ar-Raheeq Al-Makhtum: Sirah Rasulullah SAW ini. Dalam kitab ini, kami dapati

sesetengah ayat-ayat Al-Quran yang dihimpunkan di dalamnya tidak dinyatakan dari surah mana. Di sini, para pembaca akan mengalami sedikit kesukaran untuk membuat rujukan ayat-ayat Al-Quran yang telah dihimpunkan bersama dengan kisah-kisah yang berkaitan. Oleh itu, kami beranggapan kesilapan ini bukannya dilakukan oleh penulis tetapi ianya daripada sikap syarikat pencetakan yang alpa akan apa yang mereka lakukan. Mereka mungkin tidak tefikir akan apa akibatnya setelah mereka mengambil luwes dalam perkara sebegini. Ini berkemungkinan daripada sikat syarikat pencetakan yang hanya mahu mengambil untung diatas pencetakan yang mereka lakukan. Denga itu, kami akan mengambil iktibar diatas apa yang telah berlaku terhadap kitab ArRaheeq Al-Makhtum: Sirah Rasulullah SAW ini. Akhir kata, kami merasakan kitab Ar-Raheeq Al-Makhtum: Sirah Rasulullah SAW ini merupakan salah satu sumber rujukan yang paling muktabar di abad ini. Ini adalah kerana bagi kami kitab ini merupakan sumber yang mudah untuk di fahami bagi mereka yang baru ingin mendalami akan Sirah Rasulullah SAW. Fakta-fakta yang dikemukakan oleh Sheikh Sofiy Ar-Rahman Al-Mubarakfuri bertepatan dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith sahih yang muktabar. Dengan ini, kami mengesyorkan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang sirah, pilihlah kitab Ar-Raheeq AlMakhtum: Sirah Rasulullah SAW ini sebagai sumber rujukan utama dahulu sebelum ke kitab-kitab yang lain.InsyaAllah, akan mudah bagi mereka dalam memahami bidang sirah ini. Wallahualam.

Anda mungkin juga menyukai