Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI BERKAITAN CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN.

Amirhan Bin Latuwo Syukur Alhamdulillah, Saya berasa sangat lega kerana berjaya menyiapkan

tugasan kerja kursus Matematik 2 ini dengan kerjasama yang baik daripada ahli kumpulan saya iaitu, amrit kaur, yung ee jia Nur Ain, viviana dan muhammad ikhwan. Sewaktu menerima tugasan ini, saya kurang memahami tugasan yang perlu dilakukan. Kami telah membuat banyak kali perbincangan untuk meneliti dan memahami dengan lebih mendalam mengenai setiap tugasan untuk memenuhi setiap kriteria yang diminta. Semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya akui sememangnya tugasan ini agak rumit terutamanya bagi saya yang kurang arif mengenai penyediaan aktiviti. Saya dan ahli kumpulan telah Membina satu cadangan aktiviti yang dapat membantu guru-guru Tahun 2 melaksanakan pengajaran dan pembelajaran matematik bagi merealisasikan tuntutan dan hasrat KSSR berdasarkan pilihan tajuk yang diberi bagi memenuhi kehendak tugasan matematik ini. Tugasan ini sedikit mencabar bagi kami kerana KSSR adalah kurikulum yang baru setahun diperkenalkan di malaysia. Hal ini menyukarkan kami mencari bahan rujukan untuk menbina satu aktiviti. Namun hasil daripada kolaburasi dengan pensyarah bimbingan dan rakan-rakan, akhirnya dapat juga kami menyiapkan tugasan ini. Melalui ini, saya dapat mempelajari bagaimana menyediakan aktiviti dalam menbantu guru-guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai bakal guru, ilmu yang saya dapat hasil daripada tugasan ini sangatlah berguna pada masa hadapan kelak, agar saya lebih bersedia dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran saya nanti. Selain itu, saya dapati kerjasama dalam kumpulan amatlah penting bagi menyiapkan satu tugasan yang diberi. Oleh itu, saya berharap agar guru-guru pelatih dapat mengekalkan sifat kerjasama dalam diri sendiri untuk kebaikan bersama. Kepentingan aktiviti aktiviti pengajaran dalam kelas dapat dilihat berdasarkan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar pada peringkat ini yang lebih menekankan pendekatan Belajar Melalui aktiviti pengajaran kerana ia boleh

mempengaruhi perkembangan setiap pelajar dari berbagai aspek iaitu fizikal, kognitif, mental, bahasa dan sosio emosi. Di samping itu juga, ianya juga mampu menggalakkan perasaan yang positif di mana pelajar dalam kumpulan masing-masing atau kelas masing-masing akan saling menghargai, menyokong, dan menghormati di antara satu sama lain. Situasi sebegini sudah tentu akan membantu perkembangan kemahiran sosial seperti komunikasi, interpersonal, interaksi kumpulan dan resolusi konflik. peningkatan pencapaian akademik, sosial, dan psikologikal. Namun demikian, Sebelum sebarang aktiviti atau strategi boleh digunakan dengan berkesan, guru perlu terlebih dahulu menyedari beberapa perkara yang perlu ada pada seorang guru bagi membolehkan pendekatan ini digunakan untuk mengajar untuk kefahaman. Di antara keperluan yang perlu ada pada seorang guru adalah, dia perlu menguasai kandungan mata pelajaran yang ingin diajarnya dan perlu tahu apa tujuan dan input yang bakal diberikan kepada pelajarnya. Kesimpulannya, aktiviti pengajaran amat berguna kepada semua guru-guru bagi melahirkan suasana pembelajaran yang efektif dan menyeronokkan. Disamping menerapkan nilai-nilai murni semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada Puan Mariani binti abdullah selaku pensyarah MTE 3102, rakan ahli kumpulan, rakan kumpulan Matematik Bserta semua pihak yang membentu saya dan ahli kumpulan yang lain untuk menyiapkan tugasan ini. Hasil akhirnya adalah

Anda mungkin juga menyukai