Anda di halaman 1dari 10

NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM 1.

Jelaskan cirri-ciri atau perlakuan seseorang pegawai awam yang mencerminkan seseorang pegawai itu menghayati nilai-nilai ikhlas dan dedikasi Jawapan: Ikhlas; Tidak menunjuk-nunjuk dalam menjalankan tugas kepada pegawai-pegawai atasannya Tidak memilih sesuatu tugas tertentu untuk dilasanakan umpamanya tidak mengutamakan tugas yang ada hubungan dengan kenaikan pangkat malah tidak mengenepikan tugas yang kurang berhubung dengan kenaikan ; dan Dedikasi Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia menjalankna tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya; Tidak berputus asa dalam melaksanakan tugas dan sentiasa mengharapkan kejayaan ; dan Sanggup menghadapi cabaran dan persaingan dalam perubahan semasa demi meningkatkan maruah agama,bangsa dan negara 2. Akauntabiliti merupakan salah satu nilai yang penting dalam perkhidmatan awam terutamanya dalam menguruskan kewangan di sector awam. Kekurangan tahap akuntabiliti boleh menyebabkan berlakunya penyelewengan dan penyelahgunaan kuasa. Jelaskan lima tindakan yang perlu dijalankan bagi meningkatkan akuntabiliti Jawapan: Tindakan-tindakan bagi meningkat akuantabiliti: i.pihak pengurusan perlu menyatakan dengan jelas akauntabiliti bagi setiap tugas dan tanggungjawab ii.sistem akauntabiliti perlu diwujudkan di semua agensi kerajaan yang menetapkan tugas dan tanggungjawab setiap pekerja yang terlibat dalam melaksanakan satu tugas. Sistem ini perlu mengandungi penentuan tanggungjawab bagi setiap pekerja dan jenis tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya iii. akauntabiliti hendaklah dinyatakan secara bertulis dan di dokumenkan melalui undangundang, prosuder,peraturan dan arahan-arahan yang spesifik; iv. system kawalan kewangan perlu megambil perhatian ke atas tiga aspek yang penting, iaiitu: system belanjawan yang berkesan bagi pengagihan dan pembahagian peruntukan kewangan mengawas dan mengawal penggunaan tenaga manusia,asset dan perkhidmatan mewujudkan system perakaunan yang cekap dan kemaskini v. vi. vii. system pengawalan dan pengawasan seperti audit dalaman hendaklah dipertingkatkan keupayaannya penguatkuasaan hendklah diambil perhatian agar arahan-arahan dan peraturan jabatan dilaksanakan dengan tegas dan berkesan; dan akauntabiliti di peringkat individu di tingkatkan melalui perubahan-perubahan diri seseorang individu itu dengan penerapan nilai-nilai murni dan positif seperti bersih,cekap dan amanah dan sebagainya. Tonggak 12 telah diperkenalkan bertujuan untuk menerapkan nilai, norma dan etika perkhidmatan di kalangan penjawat awam. Ketekunan membawa kejayaan merupakan salah satu daripada tonggak tersebut. Huraikan pengertian serta nyatakan sepuluh amalan positif yang memperlihatkan nilai berkenaan.

3.

16

Jawapan: Pengertian; Ketekunan bererti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan sempurnanya dan membawa kejayaan serta kecemerlangan kepada agensi dan individu. Amalan positif: i. gigih dalam melaksanakan tugas yang mencagar ii. rajin dan sintiasa berusaha iii. tekun dalam menjalankan tugas iv. sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan v. berpandangan jauh vi. bersemangat dalam melaksanakan tugas yang diarah vii. dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi viii. sanggup berkorban ix. cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas x. tidak patah semangat xi. bercita-cita tinggi 4. Etika perkhidmatan awam adalah berteraskan kepada 7 Teras perkhidmatan. Huraikan lima daripada tujuh teras perkhidmatan tersebut. Jawapan: i. berazam meninggikan mutu perkhidmatan seseorang pekerja bertanggungjawab itu membaiki mutu perkhidmatannya dengan meningkatkan kemahirannya menerusi latiah-latiahn tertentu, pembacaan,perbincangan dan lain-lain lagi.Kesediaan seseorang pekerja untuk mengatasi kelemahan-kelemahan dirinya tanpa diperingatkan oleh ketuanya adalah satu sikap yang terpuji

ii. iii.

bekerja dengan penuh bertanggungjawab setiap pekerja dikehendaki bertabnggungjawab bererti melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin seperti mana yang diharapkan oleh organisasi berusaha mengikis sikap mementingkan diri kakitangan kerajaan perlu menyifatkan dirinya sebagai penggerak masyarakat tanpa mempergunakan kedudukannya bagi mencari keuntungan diri sendiri. Sifat sombong dan bongkak perlu dihapuskan dan digantikan dengan perasaan insaf dan sopan. berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan negara mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan keturunan serta mengamalkan pelnbagai kepercayaan dan budaya. Keadaan ini memerlukan semua kakitangan kerajaan bekerja dengan muhibbah dan kemesraan bekerja kea rah memajukan pemikiran rakyat adalah menjadi kewajipan bagi setiap kakitangan kerajaan membantu memberi kefahaman kepada masyarakat awam tentang dasar, program serta hasrat kerajaan agar pembangunan dan perubahan yang dibawa oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancer dan jayanya. bekerjasama dalam membenteras keselamatan dan musuh-musuh negara

iv.

v.

vi.

17

semua pihak adalah terlibat dalam uasaha membenteras kelemahan negara seperti kemiskinan , kejahilan dan rasuah. Kerjasama antara semua pihak awam perlu swasta serta golongan-golongan tertentu adalah penting bagi memastikan keamanan serta menggerakkan negara kea rah pembangunan yang menyeluruh berpegang teguh kepada ajaran agama

vii.

berpegang teguh kepada ajaran agama merupakan satu aspek yang sangat penting dalam menjalankan tugas. Ini adalah kerana agama itu sendiri membawa nilai-nilai yang baik dalam membentuk pekerja yang jujur, cekap dan berkesan.

5.

Seseorang pegawai awam sewajarnya memahami dan mengamalkan nilai-niali murni dan etika kerja dalam pengurusan seharian. Huraikan pengertian nilai dan etika kerja berikut dalam konteks pengurusan sebuah organisasi. a. akauntabiliti b. integriti c. profesionalisme Jawapan: a. Akauntabiliti Bermakna tanggungjawab seorang terhadap tugas-tugas yang perlu dilaksanakan dari konteks pengurusan organisasi dalam perkhidmatan awam, akauntabiliti bermaksud tanggungjawab pegawai-pegawai dan kakitangan awam dalam melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan bagi memastikan pencapaian matlamat serta ibjektif tugas-tugas tersebut. Pelaksanaan tugas-tugas tersebut hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.Undang-undang yang berkuatkuasa, prosuder dan arahan, sikap cermat dan cekap perlu diutamakan.

b.

Integriti Sering dihubungkaitkan dengan nilai-nilai amanah, jujur,kebolehpervayaan dan sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri,.Dalam kontek pengurusan organisasi, sebarang kerja yang dilakukan hendaklah dengan penuh ketulusan hati dan tahu menggunakan kuasa dengan adil dan saksama profesionalisme bermakna setiap anggota organisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan akan dapat dihasilkan jika masalah yang dibangkitkan dapat diselesaikan secara professional. Oleh itu, setiap anggota organisasi hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan kebolehan dan kemahiran yang sedia ada.

c.

6.

Berdasarkan kepada tonggak 12 huraikan amalan-amalan positif dan negative yang berkaitan dengan tonggak kemuliaan kesederhanaan Jawapan: Amalan positif: Jelas dan jitu dalam pemikiran,penulisan dan percakapan

18

Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan Tidak membazir di dalam perbelanjaan pejabat Bersifat pemaaf di dalam pergaulan Boleh menerima teguran Berlaku adil dalam semua tindakan Menepati janji Sedia menerima cadangan dan nasihat Jujur dan ikhlas Merendah diri Bijaksana dalam membuat pertimbangan Bermaruah dan berhemah tinggi Berjimat cermat Cermat dalam kata-kata Tidak memperagakan kemewahan Mesra dalam pergaulan Senang didampingi oleh semua pihak

Amalan negative : 7. Menonjol-nonjolkan diri Bercakap dengan menggunakan perkataan bombastic Mengada-ngada Sombong dan meninggi diri Menyukarkan persoalan yang mudah Memperbesarkan perkara kecil Kedekut atau berlebihan dalam memenuhi keperluan organisasi Berlebihan dalam mengampu ketua Memperagakan kemewahan dan kedudukan Kerap menghias diri di pejabat Membazir dan merosakkan harta benda kerajaan Bersifat melampau dan keterlaluan dalam semua hal.

Huraikan lima nilai-nilai peribadi asas yang perlu diamalkan atau dihayati oleh seseorang anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas-tugas sehariannya. Jawapan: Nilai-nilai yang perlu dihayati oleh pegawai-pegawai kerajaan ialah i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. adil amanah bertanggungjawab ikhlas dedikasi tekun berdisiplin bekerjasama berbudi mulia bersyukur jujr baik hati rajin menepati masa

8.

Huraikan pengertian tiga daripada nilai-nilai berikut :

19

a. b. c. d. a. Amanah

amanah bekerjasama berdisiplin bertaggubgjawab

Bermakna boleh dipercayai sama ada menjalankan tugas ataupun menyimpan rahsia. Seseorang yang mempunyai nilai ini tidak akan menyeleweng dari tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Setiap urusan yang dipertanggungjawabkan akan ditunaikan serta dilaksanakan sebaik mungkin. Nilai amanah ini akan membentuk perilaku individu yang mulia. Sebagai manusia kita hendaklah menunaikan amanah kepada Tuhan ,negara,organisasi,masyarakat,keluarga dan diri sendiri.

b.

Bekerjasama Kita masing-masing memerlukan dan diperlu antara satu sama lain. Kerjasama yang diperlukan ini ialah kerjasama antara angota-anggota kerajaan di semua peringkat, semua perkhidmatan dan semua Kementerian.kerjasama juga penting antara sector awam dan sector swasta

c.

berdisiplin akur dan patuh kepada semua peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan perkhidmatan dan tugas yang dijalankan. Patuh kepada perintah, rajin serta sentiasa berusaha mencari kemajuan dan kejayaan

d.

bertanggungjawab bermakna kewajipan yang perlu dilaksanakan atau disempurnakan. Segala akibat dari tindakan serta perbuatannya akan dipertanggungjawaqbkan olehnya. Akauntabiliti adalah merupakan antara cirri utama nilai bertanggungjawab. Seseorang yang bertanggungjawab sentiasa sanggup dirinya dinilai dan diperiksa.

9.

Nyatakan sebab-sebab mengapa etika perkhidmatan awam diwujudkan dan berikan tujuh amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah agensi kerajaan bagi melaksanakan etika tersebut. Jawapan: a. sebab-sebab etika perkhidmatan awam diwujudkan b. Permintaan rakyat ke atas perkhidmatan awam terus meningkat dan mereka mahukan satu pentadbiran yang dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan Adanya tuduhan bahawa terdapat penyelewengan di dalam perlaksanaan dasar-dasar kerajaan Kerajaan berazam untuk meninggikan lagi mutu kecekapan dan prestasi perkhidmatan awam Disebabkan factor-faktor luar seperti kemorosotan ekonomi, ancaman keselamatan kepada rantau ini dan kemunculan gejala-gejala social yang kurang sihat.

amalan-amalan yang boleh dilaksanakan pemberian penghargaan mengadakan dialog serta perbincangan untuk menerangkan cara perlaksanaan etika perkhidmatan awam menubuhkan jawatankuasa kelab sukan kebajikan dan social

20

10.

mengeluarkan berita jabatan mengadakan majlis jamuan minum the dan sebagainya menganjurkan majlis syarahan / ceramah agama memberi kakitangan kursus / latihan mengadakan pertandingan pejabat terbersih mengadakan lawatan mengejut untuk menaksir perjalanan kerja-kerja pejabat menyediakan manual kerja penyediaan buku panduan mewujudkan perpustakaan jabatan

Berikut adalah di antara etika perkhidmatan yang terkandung di dalam tonggak 12 yang menjadi teras kepada kakitangan kerajaan bagi meningkatkan prestasi masing-masing: i. ii. iii. iv. menghargai masa keseronokan bekerja pengaruh teladan kewajipan menjalankan tugas

Jawapan: i. menghargai masa ii. setiap kakitangan kerajaan haruslah berusaha kea rah penggunaan masa secara maksimum. Ini dapat dilakukan dengan cara mendisiplinkan diri dan menggunakan catatan penggunaan masa setiap hari. Tepat pada masa hendaklah dijadikan tabiat yang harus dimulakan, bisakan dan dikekalkan kerana ia merupakan maruah diri dan adanya rasa hormat pada orang lain.

keseronokan bekerja konsep kerja sebagai ibadat akan menimbulkan dedikasi,ketekunan,amanah,bertanggungjawab dan ikhlas kerja akan menyeronokkan jika seseorang berasa bangga dengan hasil kerjanya dan bersikap positif terhadap cabaran baru.

iii.

pengaruh teladan sifat merendah diri memerlukan kekuatan peribadi dan kebijaksanaan. Ketua yang mempunyai sifat ini dihormati pejerjanya dan lebih mudah mengawal organisasi ketua yang tegas tetapi adil lebih senang meningkatkan produktiviti dan kualiti organisasi serta lebih mudah dicontohi.

iv.

kewajipan menjalankan tugas sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan tekun dan sabar dalam menjalankan tugas dan boleh diharap untuk menyempurnakan tugas.

11.
Jawapan

Huraikan lima nilai-nilai profesionalisme yang semestinya ada pada kakitangan Perkhidmatan Awam

Nilai-nilai Profesionalisme 1. Berilmu Mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi.

21

Setiap anggota sentiasa berusaha untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran sedia ada.

2. Kreatif dan inovatif Menggalakkan penyertaan yang lebih gigih oleh anggota organisasi untuk terlibat dalam menyelesaikan masalah-masalah dalam organisasi. 3. Integriti Dikaitkan dengan nilai-nilai amanah, jujur, kebolehpercayaan. Sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Sebarang tugas dilaksanakan dengan penuh ketelusan hati Mengguna kuasa dengan adil dan saksama.

4. Akauntabiliti
Tanggungjawab melaksanakan tugas Memastikan pencapaian objektif dan matlamat tugas-tugas tersebut. Mengikut peraturan yang ditetapkan, undang-undang yang berkuatkuasa prosedur dan dan arahan. Perlulah cekap dan mengutamakan sikap berhati-hati dan cermat. Memastikan tidak ada pembaziran yang menjejaskan penggunaan sumber-sunber awam.

5. Berkecuali Tanpa membawa apa-apa bentuk tekanan luar berhubung dengan sesuatu tuntutan yang berkaitan dengan tugas awamnya. Bersedia dan berusaha dengan bersungguh-sungguh melaksanakan semua dasar , program dan aktiviti yang telah direncanakan oleh kerajaan. Tidak dibenarkan bergiat secara aktif mana-mana parti politik untuk mengelakkan kerajaan daripada menghadapi keadaan serba salah. 6. Kepimpinan Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang berkesan. Berupaya mendorong, merangsang, membangun serta mengembeling sepenuh tenaga, kepakaran dan peralatan yang ada bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Mempunyai wawasan yang jelas. Mampu memberi panduan, dengan sistematik dan berkesan. Pengurusan masa yang berkesan. Membuat keputusan yang berkesan. 7. Bekerjasama Budaya antara jabatan/kementerian dalam melaksana tugas bagi mencapai objektif. Setiap anggota tidak mungkin dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan secara bersendirian. Kerjasama perlu pada semua peringkat dan antara sektor. 8. Berorientasikan pelanggan Bersedia memenuhi kehendak pelanggan dan stakeholder. Berfikiran terbuka dan bersedia mendengar pandangan pelanggan. Sentiasa mendampingi pelanggan bagi mendapatkan idea-idea baru bagi meningkatkan prestasi dan mutu kerja. Sentiasa responsif dan proaktif. 9. Pengurusan Diri Menjaga imej diri dari segi pakaian, tutur kata, gerak-geri, budi bahasa dan kesihatan diri. Personaliti yang baik. Tidak sombong, setia kawan, arif tentang perilaku dan cara bergaul, berdisiplin, berbudi bahasa dan berhemah tinggi. 10. Kemajuan diri Sentiasa mencari peluang bagi meningkatkan kebolehan diri.

22

Melaksanakan tugas dengan cemerlang. Sentiasa meningkatkan tahap kebolehan dan kecekapan dalam bidang yang diceburi. Sentiasa menyalakan semangat ingin tahu, mempunyai fikiran yang rasional dan saintifik serta semangat ingin berbakti bagi menyelesaikan masalah kerja dan masyarakat.

12. Sepuluh nilai murni dalam Perkhidmatan Awam bertujuan untuk membimbing anggota-anggota ke arah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. (Nilai dan Etika PA) INTAN 1999 Sebagai anggota Perkhidmatan Awam , sejauh manakah nilai-nilai murni itu mempengaruhi komitmen anda bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dalam organisasi. Jawapan: Adil dalam perlantikan Individu layak dan berkebolehan sahaja dilantik ke dalam satu-satu jawatan Pekerja yang benar-benar memenuhi syarat dan dinilai dari perspektif yang adil sahaja disahkan dalam jawatan Pekerja-pekerja yang layak dan berkemampuan sahaja dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat

Amanah dalam menjalankan tugas Bermakna boleh dipercayai sama ada menjalankan tugas ataupun menyimpan rahsia. Seseorang yang mempunyai nilai ini tidak akan menyeleweng dari tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Setiap urusan yang dipertanggungjawabkan akan ditunaikan serta dilaksanakan sebaik mungkin. Nilai amanah ini akan membentuk perilaku individu yang mulia. Sebagai manusia kita hendaklah menunaikan amanah kepada tuhan ,negara,organisasi,masyarakat,keluarga dan diri sendiri.

Bertanggungjawab dalam perkhidmatan awam bermakna kewajipan yang perlu dilaksanakan atau disempurnakan. Segala akibat dari tindakan serta perbuatannya akan dipertanggungjawabkan individu. Akauntabiliti adalah merupakan antara ciri utama nilai bertanggungjawab. Seseorang yang bertanggungjawab sentiasa bersedia dinilai dan diperiksa.

Ikhlas dalam perkhidmatan awam Tidak menunjuk-nunjuk dalam menjalankan tugas kepada pegawai-pegawai atasannya Tidak memilih sesuatu tugas tertentu untuk dilasanakan umpamanya tidak mengutamakan tugas yang ada hubungan dengan kenaikan pangkat malah tidak mengetepikan tugas yang kurang berhubung dengan kenaikan pangkat atau ganjaran.

Dedikasi dalam perkhidmatan awam Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia menjalankna tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Tidak berputus asa dalam melaksanakan tugas dan sentiasa mengharapkan kejayaan . Sanggup menghadapi cabaran dan persaingan dalam perubahan semasa demi meningkatkan maruah agama,bangsa dan negara

Tekun dalam perkhidmatan awam Mengutamakan kepentingan tugas daripada kepentingan diri supaya hasil kerjanya benar-benar sempurna Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan untuk kemajuan negara

23

Dapat meningkatkan mutu kecekapan dan produktiviti ke tahap yang cemerlang

Berdisiplin dalam perkhidmatan awam

akur dan patuh kepada semua peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan perkhidmatan dan tugas yang dijalankan. Patuh kepada perintah, rajin serta sentiasa berusaha mencari kemajuan dan kejayaan Bekerjasama dalam perkhidmatan awam Kita masing-masing saling memerlukan antara satu sama lain. Kerjasama yang diperlukan ini ialah kerjasama antara angota-anggota kerajaan di semua peringkat, semua perkhidmatan dan semua kementerian.Kerjasama juga penting antara sektor awam dan sector swasta Berbudi mulia dalam perkhidmatan awam Bertutur dengan lemah lembut tetapi tegas Memberi layanan dengan wajah yang manis dan bersopan santun Bertindak dengan kelakuan yang menyenangkan Bersedia membantu orang lain dengan tangan terbuka

Bersyukur dalam perkhidmatan awam Bekerja dengan tekun tanpa mengeluarkan sebarang rungutan Patuh dan sabar menerima semua arahan Sanggup mengorbankan masa dan tenaga dalam melaksanakan tugasnya demi kepentingan bangsa,agama dan negara.

11. Huraikan

a) Terangkan kepentingan nilai dan etika dlm perkhidmatan awam b) Jelaskan maksud dan pemakaian dua (2) nilai utama berikut dlm perkhidmatan awam 1. Taat setia 2. Berkecuali

Jawapan Kepentingan Nilai dan etika dlm perkhidmatan awam Nilai dan etiika menentukan arah dan memberikan makna kpd pemikiran, tindakan dan t/laku anggota perkhidmatan awam bagi memenuhi t/jawab dan amanah sbg pekerja Nilai dan etiika memberi penyatuan dan penyelarasan antara anggota perkhidmatan awam sbg institusi utama yg membuat sumbangan kpd pembangunan tamadun masyarakat Nilai dan etiika perkhidmatan awam merupakan standard mutlak bagi mendorong anggota perkhidmatan berkhidmat dgn ikhlas dan berkesan Taat Setia Taat setia kpd raja,negara dan kerajaan adalah nilai yg penting perlu diamalkan dan dihayati Peraturan pegawai awam kelakuan dan tatatertib 1993 mengkhendaki pegawai pada setiap masa dan waktu menumpukan taat setianya yg tak berbelah bahagi kpd YDPA, negara dan kerajaan Rukun negara menghendaki setiap pegawai mendukung prinsip kesetiaan kpd raja dan negara Bagi menentukan nilai ini dipatuhi, setiap anggotanya dikehendaki mematuhi tatakelakuan serta ikrar yang termaktub dlm beberapa peruntukan yg berkenaan. Berkecuali Anggota perkhidmatan awam dikehendaki melaksanakan tugas tanpa membawa apa2 bentuk pengaruh atau tekanan luar berhubung dgn sesuatu tuntutan yg berkaitan dgn tugas awam. Mereka tidak dibenarkan menyertai secara aktif dlm mana2 parti politik utk mengelakkan kerajaan drp menghadapi keadaan serba salah

24

Nilai ini termaktub dlm tatatertib 1993 dan surat pekeliling Bil 30 tahun 1974

12. Pegawai awam hendaklah sentiasa memiliki keperibadian unggul yg dizahirkan melalui sikap dan tatakelakuan yg berasaskan nilai2 murni. Bagi memastikan semua pegawai menghayati nilai2 tsb nyatakan dan huraikan perkara2 bkt:Mempunyai keazaman dan kegigihan Bersikap positif Mempunyai sifat keberanian dan sanggup menerima cabaran Jawapan Mempunyai keazaman dan kegigihan Tidak berputus asa dan Sanggup berkorban masa dan tenaga bagi memastikan rancangan dan tugas dilaksanakan spt mana dijadualkan demi mencapai matlamat organisasi Berupaya menggunakan strategi dan kaedah lain yg bersesuaian melalui inisiatif sendiri spt mdptkan sokongan pihak2 ttu utk memastikan objektif organisasi tercapai

Bersikap positif Mempunyai keyakinan dan percaya sesuatu perkara boleh dilaksanakan walaupun dlm suasana dan keadaan yg sukar Sentiasa percaya setiap isu atau masalah mempunyai jalan penyelesaian Sentiasa menganggap sesuatu yg negatif itu boleh diperbaiki atau diterjemahkan kpd sesuatu yg bernilai positif Mempunyai sifat keberanian dan sanggup menerima cabaran Boleh mengemukakan pandangan secara berani tetapi secara bertangungjawab dan berhemah Sanggup menerima cabaran utk memajukan diri dan organisasi Mempunyai semangat dan keupayaan utk melaksanakan tugas yg mencabar dan sanggup mengambil risiko dlm melaksanakannya

13.

25

Anda mungkin juga menyukai