Anda di halaman 1dari 40

BAB 1: PENDAHULUAN Sejak diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, bahasa Melayu telah memainkan peranan

yang penting dalam bidang ilmu. Apabila berperanan sebagai bahasa ilmu, maka bahasa Melayu telah melalui satu evolusi yang besar bagi memperkayakan kosa katanya. Perkembangan ini telah membawa kepada perbicaraan yang luas tentang hal, aspek, bidang dan peristiwa. Perbicaraan hal, aspek, bidang dan peristiwa yang berbeza-beza telah menyebabkan masyarakat menggunakan pelbagai bentuk bahasa yang berlainan. (Abdul Hamid Mahmood, 2001: 13). Pemilihan bahasa ditentukan oleh situasi dan bidang yang dibicarakan. Hal ini bermaksud setiap individu akan memilih variasi bahasa yang sesuai dengan situasi tertentu. Masyarakat tanpa sedar menggunakan pelbagai variasi bahasa untuk menyampaikan sesuatu perkara, hal atau keadaan. Perbezaan ini wujud akibat daripada fakta yang dipertuturkan, tajuk yang diperkatakan, tujuan perbincangan dan suasana penggunaan bahasa. Dengan demikian, lahirnya laras bahasa (Ab. Razak Ab. Karim, 2008). Laras harus dibezakan dengan dialek kerana dialek lahir dari penggunaan bahasa yang berbeza-beza disebabkan oleh faktor geografi atau daerah, tetapi laras terbentuk daripada penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor sosial (Adenan Ayob, et al, 2010). Memandangkan laras mempunyai pertalian yang erat antara pengguna bahasa dan bahasa, maka konsep ini telah mendapat perhatian dalam kalangan ahli-ahli bahasa dan lingusitik, khususnya dalam kajian sosiolinguistik. Nik Safiah Karim (1989) menyatakan bahawa setiap penutur bahasa Melayu perlu mengenali laras-laras utama bahasa Melayu terutamanya laras formal dan tidak formal. Hal ini bertujuan bahasa dapat digunakan dengan betul dalam situasi-situasi tertentu.

1

1.1 Latar Belakang Kajian Laras merupakan salah satu cabang dalam kajian sosiolinguistik. Konsep laras atau register telah diperkenalkan oleh ahli linguistik barat, iaitu Reid pada tahun 1956. Beliau menjelaskan bahawa seorang penutur dalam situasi bahasa yang berbeza-beza akan menggunakan laras mengikut situasi sosial yang berlainan. Kajian ini kemudiannya diteruskan secara teoritis dan ada juga secara terperinci oleh ahli linguistik dan sosiolinguistik. Secara rasminya, kajian laras bermula sekitar tahun 1960-an apabila pengkaji bahasa aliran generatif yang diterajui oleh Noam Chomsky tidak melihat bahasa dari sudut masyarakat. Walhal bahasa dan masyarakat mempunyai pertalian yang erat (Teo Kok Seong, 2007). Di Malaysia bidang ini semakin mendapat tempat. Terawal Tan Jian Pian (1975) yang telah menggunakan kaedah analisis linguistik dengan tumpuan kepada leksis dan tatabahasa untuk mengkaji laras sains dalam bahasa Inggeris. Kemudian, banyak lagi kajian yang dilakukan seperti Asmah Haji Omar (1984), (1987), (2005), Nik Safiah Karim (1989), S.Nathesan (1992), S. Karthiyani (1994), Ab. Razak Ab. Karim (2008), Midiyana Mohamad (2008), dan Mohd Zulhisyam (2009). Laras atau register boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa (Nik Safiah Karim (1989). Takrifan ini selaras dengan kenyataan yang menyatakan laras sebagai “varieties according to use”. (Halliday et al. , 1964; Crystal & Dary, 1969; Geogory & Carroll, 1978; dalam Hudson, 1996). Nik Safiah Karim (1989) juga menyatakan “sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur”. Hal ini dapat diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Janet (2001), iaitu laras sebagai gambaran bahasa yang digunakan oleh sekumpulan manusia yang berbicara tentang sesuatu perkara yang atau penggunaan bahasa berdasarkan situasi oleh kumpulan tersebut. Dengan demikian,

2

ternyata laras mempunyai kaitan yang erat dengan penutur bahasa dari segi penggunaan bahasa. Menurut Asmah Hj Omar (2005) pula, laras adalah “konsep yang digunakan untuk merujuk kepada ragam sesuatu bahasa dari segi sistem dan struktur bahasa yang digunakan”. Beliau juga menjelaskan bahawa kata-kata atau ungkapan khusus, struktur ayat tertentu menjadi penentu laras. S. Nathesan (2008) pula menyatakan bahawa laras merujuk kepada ragam atau variasi bahasa yang memperlihatkan penggunaan leksis bidang, pola-pola penggunaan bahasa mengikut bidang dan ketenunan untuk kesinambungan bahasa. Penggunaan bahasa ini akan memanipulasi unsur tatabahasa, iaitu sintaksis dan morfologi demi menyesuaikannya dengan laras yang dibicarakan. Berbeza dengan Abdullah Hassan (1997) yang melihat laras sebagai ciri gaya penceritaan yang istimewa yang digunakan untuk sesuatu jenis bidang. Beliau juga menegaskan bahawa unsur bahasa sangat penting dalam laras dan bukannya unsur makna kerana makna yang sama boleh hadir dalam beberapa laras. Kenyataan ini sama seperti kenyataan Hudson, (1996) yang menyatakan,
”the distinction is needed because the same person may use very different linguistic items to express more or less the same meaning on different accasions…”

Daripada

definisi-definisi

yang

dikemukakan,

dapat

dilihat

kesemuanya

mengaitkan laras dengan masyarakat. Sehubungan itu, dengan mengkaji laras, banyak aspek penting tentang bahasa dan hubungannya dengan masyarakat dapat diketahui (Kamaruddin Haji Husin, 1995). 1.2 Permasalahan Kajian Akhbar yang menjadi medium menyampaikan maklumat kepada masyarakat merupakan media yang bukan sahaja mengandungi berbagai-bagai-bagai jenis berita tetapi juga berbagai-bagai-bagai jenis laras dan gaya bahasa. Antara ruangan yang dimuatkan

3

dalam akhbar dan majalah Melayu ialah penulisan pojok. Penulisan pojok begitu istimewa kerana penulisnya diberikan ruangan dan kebebasan untuk mengulas, mengkritik atau memuji tentang isu-isu semasa isu-isu semasa yang hangat diperkatakan menggunakan gaya tersendiri. Ada kalanya isu-isu itu tidak dapat diulas atau sentuh dalam penulisan rencana. Gaya santai yang digunakan dalam penulisan ini telah menyebabkan masyarakat lebih memahami isu kemasyarakatan kerana

penggunaan bahasa yang ringkas, tepat dan padat. Walaupun penggunaan bahasa yang ringkas, tepat dan padat ini membawa kepada manipulasi hukum tatabahasa tetapi inilah cirinya yang tersendiri yang ada dalam bidang kewartawanan. Biarpun penulisan pojok berjaya mempengaruhi masyarakat, namun kajian terhadap penulisan ini masih kurang. Di Malaysia, kajian bahasa kolumnis ini masih belum mendapat penelitian khusus. Pengkaji bahasa dan linguistik laras atau ragamragam yang lebih popular dalam akhbar seperti laras bahasa laporan berita, laras bahasa sukan, dan laras bahasa ekonomi. Justeru, pengkaji berasa amat wajar laras bahasa kolumnis ini dikaji. 1.3 Objektif Kajian Bahasa Melayu dalam media massa telah memperkayakan kosa kata bahasa Melayu. Kepelbagaian ragam dan laras dapat media massa juga mencerminkan kepesatan bahasa. walau bagaimanapun, kajian terhadap media massa lebih banyak menumpukan kepada ruangan yang popular seperti laporan berita dan iklan. Walhal keistimewaan media massa di Malaysia juga boleh dilihat dalam tulisan pojok yang mengulas atau memberi komen kepada isu-isu kemasyarakatan. Tulisannya bertunjangkan kepada pemerhatian, pengalaman dan fakta. Oleh sebab masih belum ada kajian yang dibuat ke atas tulisan pojok lagi, maka adalah wajar ia dilakukan. Kajian ini akan mengenal pasti ciri-ciri tulisan pojok yang ada

4

5 Skop Kajian Kajian ini meneliti ciri-ciri tulisan pojok “Biar Putih Tulang” tulisan A. Beliau dianggap kolumnis yang berjaya mempengaruhi masyarakat dengan tulisan pojoknya kerana berani 5 . 1. Maka. khususnya Berita Harian kajian ini diharapkan memberi input yang berguna dalam menghasilkan tulisan pojok sebagai wahana pemikiran wartawan ke atas isu-isu kemasyarakatan. bahasa dapat diperluas dan dikembangkan. Kajian ini juga diharapkan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat dengan memberi lebih kefahaman berkaitan laras bahasa kolumnis. dengan demikian. Dengan laras. diharapkan kajian ini dapat memberi sedikit sumbangan terhadap kajian laras memandangkan kerana bidang ini semakin kurang diberi perhatian. diharapkan kajian ini dapat menjadi kayu ukur kepada pihak penerbitan dalam memastikan tulisan pojok yang diterbitkan mementingkan penggunaan bahasa dan memenuhi ciri-ciri laras-yang sepatutnya terutama dari segi gaya penulisan yang bermutu dan berkesan agar dapat memartabatkan penggunaan bahasa Melayu. Pengklasifikasian ciri ini dibuat berdasarkan pendekatan yang digunakan oleh Ure dan Ellis (1977). 1.4 Kepentingan Kajian Kewujudan laras bahasa dalam sesuatu karya tidak boleh disangkal.pada tulisan Kunta Kinte. Dengan memahami ciri-ciri yang ada dalam laras tersebut. maka pengetahuan berkaitan penggunaan bahasa berdasarkan situasi dalam dipertingkatkan. Bagi pihak penerbitan akhbar. laras merupakan gaya penceritaan yang untuk sesuatu bidang. Oleh itu. Kadir Jasin yang menggunakan nama pena Kunta Kinte. Dengan demikian. Kunta Kinte merupakan penulis pojok yang berpengaruh selepas kolumnis Kajai dan A. Hal ini dikatakan demikian kerana. Samad Ismail. makin bertambah pengetahuan laras melalui kajian yang dijalankan oleh penyelidik.

Konsep-konsep ini akan dirujuk dalam penulisan yang dibuat. idea.6 Definisi Operasional Terdapat beberapa konsep penting yang perlu diberi perhatian khusus sebelum meneruskan kajian ini.6. Kehebatannya telah membawa kepada pembukuan tulisan pojok beliau hasil usaha pelajar tahun empat. Lazimnya. 1. malahan banyak juga yang menentang. Pengkaji akan meneliti ciri-ciri linguistik berdasarkan pendekatan Ure dan Ellis (1977) pada sampel kajian.1 Bahasa Bahasa merupakan alat perhubungan dan komunikasi manusia. untuk kajian ini hanya 3 buah teks dipilih secara rawak yang mewakili sampel kajian. 6 . Tindakannya menyebabkan ada yang menyokong dan menjadi pengikut setianya. 1. bahasa ditakrifkan sebagai satu sistem lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh manusia untuk berhubung.2 Laras Laras merupakan variasi bahasa yang memperlihatkan hubungan yang erat antara pengguna bahasa dengan penggunaan bahasa. Jabatan Pengajian Media bagi menyiapkan latihan ilmiah. Apabila pengguna bahasa menggunakan bahasa mengikut situasi atau bidang maka akan terbentuklah laras. hujahan. atau apa-apa maksud semasa komunikasi berlangsung. Penggunaan bahasa ini akan disesuaikan berdasarkan situasi dan keadaan.6. Bahasa sangat diperlukan untuk menyampaikan maklumat.mengkritik dan mengulas isu-isu kemasyarakatan tanpa rasa takut. Walau bagaimanapun. Buku setebal 269 ini menghimpunkan 104 buah tulisan pojok dan setiap satunya dikelompokkan kepada 13 topik perbincangan. 1.

laman sesawang atau telefon bimbit.6. Di dalam akhbar juga dimuatkan artikel. politik. 1. lidah pengarang. Akhbar memaparkan berita yang berlaku di dalam dan luar negara.1.5 Akhbar Akhbar ialah maklumat bercetak yang diterbitkan setiap hari atau seminggu sekali atau dua kali seminggu. Media massa boleh hadir dalam dua bentuk.3 Laras Bahasa Kolumnis Laras bahasa kolumnis ialah variasi bahasa yang lahir daripada penggunaan bahasa dalam penulisan media massa.4 Media Massa Media massa sangat penting untuk menyampaikan informasi secara efektif kepada setiap lapisan masyarakat. radio. visual atau gabungan sumber bertulis. Laras kolumnis mempunyai ciri-ciri tersendiri kerana penulisannya menggunakan gaya tersendiri dan tidak terikat dengan dasar akhbar. Kolumnis bebas membicarakan berbagai-bagai-bagai topik atau perkara sehinggakan perkara yang tidak boleh disentuh atau diulas oleh penulis tajuk rencana atau editorial juga boleh dimuatkan dalam 7 . manakala media elektronik ialah televisyen. laporan berita ekonomi. audio atau visual. sama ada media cetak atau media elektronik.6. sukan. Media cetak terdiri daripada sumber bertulis. 1. cerpen dan sebagainya. kartun.6. manakala media elektronik pula terdiri daripada sumber bertulis. manuskrip dan buku. audio. majalah.6 Kolumnis Kolumnis merupakan istilah yang digunakan kepada penulis ruangan tetap atau pojok yang berikan ruangan khas dalam akhbar atau majalah. Antara contoh media cetak ialah surat khabar. agama.6. Penulisannya juga berdasarkan komen atau ulasan terhadap isu semasa yang dibicarakan. 1. iklan.

ilmu laras bahasa akan terus berkembang. hanya wartawan terpilih sahaja yang tanggung jawatan ini.6. Oleh itu. Kebanyakan kolumnis menggunakan nama pena semasa menulis.ruangan mereka. 1.7 Tulisan Pojok Tulisan pojok merupakan satu ruangan yang dimuatkan dalam akhbar yang memaparkan hasil tulisan kolumnis yang mengkritik atau memberi komen terhadap isuisu hangat diperkatakan pada masa tersebut. penelitian laras bahasa juga harus ditumpukan kepada dalam dunia kewartawanan yang berbeza dengan bidang lain. 1. Tulisan ini menggunakan gaya bahasa lucu tetapi pedas atau menyindir. Dengan demikian. 8 . Bertitik tolak daripada itu. Pengguna bahasa perlu berpengetahuan tentang laras bagi membolehkan mereka mengenal pasti dan menggunakan bahasa yang sepatutnya berdasarkan situasi tertentu.7 Kesimpulan Kajian laras amat diperlukan untuk memahami fungsi dan keberkesanan bahasa.

Namun. Secara kesimpulannya beliau merumuskan bahawa buku teks mempunyai laras tersendiri dan kebanyakannya memperlihatkan persamaan dari aspek leksis. ayat penyata. Aspek yang dikaji hanyalah perbendaharaan kata. Aspek yang sering diberi perhatian ialah penggunaan tatabahasa dan perbendaharaan kata termasuklah Begitu juga dengan kajian sarjana S. 9 . Fitra (2010) yang melihat wacana pojok dari sudut gaya bahasa sindiran yang digunakan dalam akhbar Kompas. iaitu tesis sarjana Elfisa. Nathesan (1992) yang mengenal pasti laras buku teks. tatabahasa dan kohesi. Daripada kelima-lima gaya bahasa sindiran tersebut. manakala dari segi kohesi ternyata kohesi dengan cara rujukan rentas dan penghubung banyak digunakan. tatabahasa (morfologi dan sintaksis). manakala dari segi istilah pinjaman ternyata penggunaannya agak kurang. dan kohesi. sinisme dan satire paling banyak digunakan. Namun begitu kohesi perujukan lebih banyak digunakan berbanding dengan kohesi cara penghubung. satire dan innuendo. Kajiannya menemui ada 5 gaya sindiran yang digunakan dalam akhbar Kompas. Kajian beliau mendapati istilah jauh lebih kecil daripada kata umum. Dari segi ayat. sarkasme.BAB 2: SOROTAN KAJIAN 2. ayat aktif dan ayat majmuk begitu dominan sekali. Beliau menggunakan 6 buah buku teks sebagai korpus kajian dengan menggunakan pendekatan Leech dan Short (1981). sinisme. hanya satu yang paling hampir dengan kajian dibuat.2 Kajian Laras Bahasa Kajian laras bahasa pernah dilakukan beberapa ahli bahasa dan linguistik terkemuka di Malaysia seperti Nik Safiah Karim (1989) dan Asmah Haji Omar (1984)(1987).1 Kajian Tulisan Pojok Secara umumnya pengkaji hanya menemui beberapa kajian berkaitan tulisan pojok yang ditulis di Indonesia.(2005). 2. iaitu ironi.

beliau menemui cakap ajuk lebih banyak digunakan dalam laporan berita Pada masa yang sama beliau juga menemukan ada wujud kesalahan bahasa dalam 10 . Kajian tersebut mengkaji unsur-unsur laras melalui aspek leksikal dan tatabahasa. Kebanyakan Istilah yang digunakan terdiri daripada istilah bahasa Melayu. maka ditemui banyak istilah khusus dalam kajian tersebut yang diterjemahkan secara langsung. Oleh sebab perjanjian banyak dipengaruhi oleh tradisi penulisan bahasa Inggeris. iaitu bahasa tubuh laporan berita dan bahasa tajuk berita.S. Beliau juga menemukan ayat majmuk campuran dan unsur keterangan lebih kerap digunakan. Dari segi sintaksis. Daripada kajian yang dijalankan beliau merumuskan Bidang undang-undang dan kehakiman memiliki larasnya tersendiri. ayat dan kohesi. laporan penghakiman. iaitu perjanjian. iaitu melihat bahasa laporan kepada dua bahagian.3 Kajian Laras Bahasa dalam Akhbar Di Malaysia kajian laras dalam akhbar pernah disentuh oleh beberapa pengkaji. ternyata laras undang-undang dan kehakiman mempunyai ciri-ciri sintaksis standard dan khusus. ordinan dan enakmen dan perundangan subsidiari. Dengan demikian. Bagi bahasa tubuh laporan berita. Begitu juga bagi ayat yang dibina. Karthiyani (1994) pula mengkaji laras undang-undang dan kehakiman dengan menggunakan keempat-empat jenis tulisan undang-undang dan kehakiman. Kajian laras undang-undang juga pernah dilakukan oleh Midiyana Mohamad (2008) yang melihat pengaruh terjemahan dalam laras bahasa undang-undang dengan tumpuan diberikan kepada surat perjanjian jual beli tanah. Antaranya Asmah Haji Omar (1987) pernah mengkaji bahasa laporan akhbar menggunakan pendekatan tersendiri. istilah pinjaman atau separa pinjaman. 2. makalah undang-undang. dan undang-undang seperti akta. beliau merumuskan bahawa laras bahasa undang-undang banyak dipengaruhi oleh penterjemahan bahasa Inggeris. Beliau menggunakan kaedah elektik dalam kajian dengan memberi tumpuan kajian kepada perbendaharaan kata.

beliau melihat retorik tajuk berita dan nahu tajuk berita. Daripada kedua-dua golongan ini dilihat.laporan berita kerana ucapan yang dikeluarkan oleh sumber secara serta-merta. kajian yang menggunakan akhbar secara atas talian sebagai korpus kajian juga pernah dibuat oleh Mohd Zulhisyam (2009). Walau bagaimanapun. Sumber laporan dan tanda baca juga dibincangkan dalam kajian ini selain daripada ungkapan-ungkapan khusus dalam laporan akhbar serta jenis ayat. Daripada kajian yang dijalankan beliau telah menjelaskan bahawa laporan berita merupakan manifestasi sosial dan perlakuan sosial. Selain itu. khususnya kesalahan nahu dan pemilihan kata-kata. kata nama lebih kerap digunakan dalam ayat. Dari segi bahasa tajuk berita. Dengan demikian. Wong Nai Kun (2003) juga ada menjalankan kajian laras bahasa dalam akhbar. klausa waktu dan proniminalisasi. Kajiannya telah menggunakan pendekatan Leech & Short (1981) bagi mengkaji perbendaharaan kata dan morfologi bahasa arab dalam laras bahasa sukan bola sepak dan tenis dalam laman web Arab aljazeera. Berbeza dengan Ahn Young Ho (2004) yang menganalisis tajuk-tajuk berita harian tahun 1996-1997.net. Sama seperti kajian-kajian yang lain. 11 . beliau merumuskan bahawa bahasa laporan berita mempunyai gaya yang tersendiri sama ada dari segi bahasa atau retorik. Kajian tersebut juga menghuraikan kelainan bahasa tulisan yang khas kerana tajuk berita sendiri sudah ditetapkan pola-pola bahasanya. kajiannya memfokuskan laras ekonomi yang terdapat dalam akhbar Melayu dengan melihat aspek leksikal dengan melihat kekerapan penggunaannya berbanding istilah lain. manakala bagi sukan tenis 272 kata nama dan 40 kata kerja. beliau juga menemukan istilah-istilah khusus dalam laman web tersebut yang terdiri daripada 360 istilah kata nama dan 121 istilah kata kerja bagi sukan bola sepak.

Hanya kajian Asmah Haji Omar (1987) sahaja yang melihat laras umum yang mengkaji laporan akhbar. Penelitiannya lebih bersifat laras khusus kerana memperkatakan bidang ilmu seperti ekonomi dan sukan. Dengan demikian. kajian laras bahasa dengan mengambil akhbar sebagai korpus kajian sudah banyak dilakukan. Namun.4 Kesimpulan Tulisan pojok merupakan satu penulisan dalam laras bahasa kolumnis. Oleh itu perlu diperbanyakkan lagi kajian laras bahasa agar pengungkapan ilmu yang ada di dunia. 12 . masyarakat lebih memahami laras dan tahu menggunakan bahasa mengikut situasi atau bidang.2. Daripada kajiankajian lepas memperlihatkan masih kurang pengkaji menggunakan tulisan pojok sebagai bahan kajian.

2 Kaedah Analisis Linguistik Kaedah ini bersifat deskriptif dan akan menggunakan kaedah analisis linguistik untuk mengkaji laras tulisan pojok yang ditulis oleh Kunta Kinte dalam ruangan “Biar Putih 13 . Tajuk Artikel Antara demokrasi dan prut tidak berisi Perihal gagak pandai bermuka-muka Syaratkan pekerja asing belajar bahasa Melayu Tarikh Diterbitkan 14 November 1988 29 Januari 1990 13 Julai 1992 3.2. buku.BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 3. Kajian ini menggunakan dua kaedah. Antaranya Universiti Malaya. Perpustakaan Akademi Pengajian Melayu. 3. 1.1 Kaedah Kepustakaan Pengkaji telah mencari maklumat daripada beberapa buah perpustakaan. 3. Pelbagai bahan dirujuk seperti artikel daripada majalah. Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Perpustakaan Hamzah Sendut 1. 2. Sebanyak 3 teks dipilih secara rawak yang mewakili sampel kajian.1 Bahan Kajian Kajian ini meneliti ciri-ciri tulisan pojok “Biar Putih Tulang” yang ditulis oleh Kunta Kinte/ A. 3. prosiding dan tesis sebagai data sekunder.2 Kaedah Kajian Kaedah kajian penting untuk mendapatkan data. iaitu: Bil. Perpustakaan Tuanku Bainun. Kadir Jasin yang diterbitkan oleh Universiti Malaya. iaitu kedah kepustakaan dan kaedah analisis linguistik. Perpustakaan Utama. Perpustakaan Peringatan Zaba.2. Universiti Sains Malaysia. jurnal.

1 Pendekatan Halliday et al. iaitu Pendekatan Halliday et al. Bagi gaya penyampaian.Tulang” yang dimuatkan dalam Berita Harian. Cara penyampaian ini akan berubah mengikut situasi. iaitu keadaan yang melibatkan aktiviti berbahasa. 3. mengemukakan tiga dimensi utama bagi mengklasifikasikan bahasa berdasarkan peranan berbahasa dan sebahagiannya pula dimainkan oleh bahasa di dalamnya. Pendekatan Ure dan Ellis (1977) dan Pendekatan Leech & Short (1981). Tiga dimensi tersebut ialah: i.3 Pendekatan Laras Terdapat beberapa jenis pendekatan yang telah digunakan dalam pengkajian laras bahasa. ii. hubungan antara penutur dalam perlakuan bahasa dilihat. Bagi aspek kedua pula merujuk kepada sebahagian daripada perlakuan atau peristiwa yang melibatkan penggunaan bahasa. Kaedah ini sangat sesuai dan sering digunakan dalam penyelidikan laras bahasa. (1964) Halliday et al. Biasanya gaya penyampaian wacana ini bersifat kolokial dan bersantun. sama ada disampaikan dalam bentuk lisan atau tulisan. Media atau saluran yang digunakan untuk menyampaikan aktiviti berbahasa merujuk kepada dimensi kedua. 3. Tajuk wacana (field of discourse) Cara penyampaian (mode of discourse) Gaya wacana ( style of discourse) Tajuk wacana merujuk kepada dua aspek.3. Sifat 14 . iaitu cara penyampaian. iii. Dimensi ini berupaya menghubungkan peranan aktiviti berbahasa dalam sesuatu situasi. (1964).

Cara penyampaian .2 Pendekatan Ure dan Ellis (1977) tidak dinyatakan dengan jelas dari Ure dan Ellis melihat kepentingan peristiwa bahasa sebagai fokus dalam kajian laras bahasa kerana beranggapan bahasa digunakan berdasarkan satu situasi sosial. mereka telah membahagikan laras bahasa kepada dua. hubungan sosial dan peribadi.Bahan yang diperkatakan . manakala situasi persekitaran melibatkan aspek-aspek langsung dalam penggunaan bahasa yang merangkumi empat aspek.Aspek ayat . Sehubungan itu. pendekatan Ure dan Ellis (1977) boleh digambarkan seperti rajah berikut: LARAS ciri-ciri keperihalan ciri-ciri lingusitik situasi luaran situasi persekitaran .Fungsi sosial perlakuan bahasa 15 . iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran.Hubungan sosial & peribadi . Ciri-ciri keperihalan boleh dilihat dari dua aspek. iaitu kosa kata.3. Ciri-ciri linguistik pula ada tiga aspek penting.Aspek kosa kata . iaitu ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik.kolokial dan bersantun ini walau bagaimanapun aspek penjenisan laras. iaitu cara penyampaian. 3. Situasi luaran ialah latar belakang sosial dan budaya sesebuah masyarakat. bahan yang diperkatakan dan fungsi sosial perlakuan bahasa. ayat dan ketenunan. Secara rumusannya.

iv. Aspek ini melihat pemilihan kata-kata yang membawa pelbagai maksud. Sementara itu. watak dengan watak lain dan maklumat tentang pengetahuan yang dikongsi bersama oleh para penutur. keindahan bahasa dikaitkan dengan penggunaan sesuatu bahasa yang dapat menghasilkan keindahan dalam wacana. Hubungan ini dilihat kerana mereka beranggapan bahawa wujud hubungan sosial antara penutur. simile. Empat kategori tersebut ialah: i. personifikasi dan sebagainya. iaitu antara pengarang dengan pembaca. iii. kata-kata khusus dan umum. Aspek ini merangkumi unsur-unsur bahasa seperti metafora. Kajian tersebut telah memasukkan aspek semantik dan leksikal bagi mengetahui bagaimana kata-kata melibatkan pelbagai maksud dipilih. ii. Aspek tatabahasa pula menyentuh tentang sintaksis yang di dalamnya terangkum jenis-jenis ayat.3. unsur dialek dan kata asing. 16 .3 Pendekatan Leech dan Short (1981) Leech dan Short menggunakan empat kategori utama untuk menganalisis gaya laras teks fiksyen. penggunaan bentuk kata formal dan tidak formal. penggunaan frasa serta pola-pola ayat dalam teks yang dianalisis. struktur ayat. Bagi aspek tautan perhubungan antara teks yang dihubungkan antara dengan yang lain dikaji.3. Konteks pula melihat hubungan antara luaran teks atau sebahagian teks. Leksikal Tatabahasa Keindahan Konteks dan tautan Aspek leksikal merujuk kepada kata-kata dan penggolongan kata yang digunakan dalam sesuatu bidang.

manakala dari aspek linguistik data dikaji dari dua aspek sahaja.3. iaitu aspek kosa kata dan aspek ayat. hubungan peribadi dan sosial dan bahan yang diperkatakan yang akan dikaji. Hal ini bermaksud fungsi sosial perlakuan bahasa dan aspek ketenunan tidak akan dianalisis dalam kajian ini. data dianalisis berdasarkan situasi luaran dan situasi persekitaran. ayat. pendekatan Ure dan Ellis (1977) dan pendekatan Leech dan Short (1981). hanya aspek cara penyampaian.al (1964).5 Kesimpulan Metodologi kajian penting untuk memastikan data dapat ditentukan dan dianalisis secara sistematik. didapati pendekatan Ure dan Ellis (1977) yang paling sesuai kerana kajian ini perlu dikaji dari aspek ciri-ciri keperihalan serta aspek kosa kata. Kajian ini menghuraikan metodologi kajian kepada tiga bahagian. Bagi pendekatan kajian. 17 . Dari situasi persekitaran.4 Penganalisisan Data Setelah memahami ketiga-tiga pendekatan yang dikemukakan. pendekatan kajian dan penganalisisan kajian. 3. kaedah kajian. Dengan memahami pendekatan yang ada dalam laras. iaitu pendekatan Halliday et. maka penelitian terhadap korpus kajian lebih menarik dan sempurna. Ciri-ciri laras dari segi keperihalan dan linguistik akan dikenal pasti dalam teks yang dikaji. iaitu ciri-ciri linguistik di dalamnya. telah dibincangkan tiga pendekatan yang popular dan sering digunakan dalam kajian laras. iaitu bahan kajian. Dari segi keperihalan. Data yang dipungut akan dianalisis menggunakan secara manual.

iaitu aspek kosa kata.1. Walau bagaimanapun. 4. Kadir Jasin sebagai Ketua Pengarang Kumpulan The News Straits Times 18 . Keadaan ini bersesuaian dengan jawatan yang dipegang oleh individu terbabit. Ciri keperihalan terdiri daripada situasi luaran dan situasi persekitaran. menegur.BAB 4: ANALISIS DAN PERBINCANGAN Dalam bahagian ini dibincangkan ciri-ciri laras berdasarkan pendekatan Ure dan Ellis (1977). Hal ini disesuaikan dengan kebebasan kolumnis untuk menulis. Keseluruhan bahasa yang dipamerkan mempamerkan struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan perlakuan anggota masyarakatnya. sesebuah teks boleh dilihat melalui ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik. iaitu Datuk A. mengkritik. menghebahkan sesuatu perkara. Bagi Ure dan Ellis (1977). individu yang menghasilkan tulisan pojok dalam korpus kajian dilihat mempunyai kebebasan bersuara dalam menyampaikan rasa hati melalui penulisannya. Berdasarkan situasi ini. aspek fungsi perlakuan manusia dan ketenunan tidak akan dibincangkan dalam kajian ini. Ia dilihat dari aspek situasi luaran dan situasi persekitaran. dan melontarkan idea kepada masyarakat umum. bahan yang diperkatakan serta fungsi sosial perlakuan manusia.1 Situasi Luaran Situasi luaran membawa maksud latar belakang sosial suatu budaya dalam sesebuah masyarakat. Situasi persekitaran dilihat dari empat aspek. Dari segi ciri-ciri linguistik pula ditandai dengan tiga aspek. hubungan sosial dan peribadi. ternyata penulisan beliau bersifat terbuka. iaitu cara penyampaian. Kedua-dua aspek ini mempunyai kaitan dengan masyarakat dan zaman teks tersebut dihasilkan. 4. Daripada 3 buah teks yang dikaji.1 Ciri-ciri Keperihalan Ure dan Ellis (1977) menyatakan ciri-ciri keperihalan ialah ciri-ciri luaran teks yang terdapat dalam satu peristiwa bahasa. aspek ayat dan ketenunan.

Tapi dia tak peduli. manusia melarat. Tapi di merata stesen kereta api bawah tanah di London. (halaman 143) Dari pada contoh-contoh yang dikemukakan dapat dilihat sikap keterbukaan kolumnis dalam menyuarakan isi hati kepada masyarakat. dan politik yang diserapi komunis menjadi negara contoh di kalangan negara perindustrian baru. Walau bagaimanapun. Hal ini dapat dibuktikan melalui contoh-contoh berikut: a) Britain lebih lama amal demokrasi daripada kita. Mari sini jadi sini mari. Malahan.Press. cepat sikit jadi sikit cepat. Akhirnya bahasa Melayu jadi bahasa pasar. Begitu juga dengan contoh b) yang melihat ketegasan Lee Kuan Yew dalam mentadbir dan membentuk negara ke arah negara 19 . Walau bagaimanapun tulisan pojok Kunta Kinta menggunakan kebebasan ini dengan berlandaskan fakta. pedas sikit jadi sikit pedas. (halaman 4) c) Bila jumpa pekerja restoran dari India. semua terbalik. Contohnya a) dengan jelas memerihalkan keadaan di kota London yang masih banyak golongan gelandangan. (halaman 3&4) b) Satu dunia belasah dan caci Lee Kuan Yew kerana ketegasannya. penulisan tersebut masih berlandaskan fakta. kaki botol dan sampah masyarakat menumpang teduh daripada angin dingin dan sejuk. kita pun cakap Melayu macam orang dari India juga. Kesudahannya dia berjaya ubah Singapura daripada kerajaan yang huru-hara. negara yang diperas ugut oleh kesatuan sekerja militan. golongan ini masih wujud sehingga sekarang.

Selain itu sudah lumrah manusia yang suka akan penyampaian maklumat dalam bentuk cerita.2. Bukan fasal apa.1. Kunta Kinte telah menggunakan kelebihannya sebagai Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press untuk mendekati masyarakat dengan cara tersendiri. 4. Daripada penulisan yang dibuat. Secara umumnya. Malahan. sehingga kini Singapura merupakan sebuah negara yang kukuh dari segi ekonominya. kita tidak lupa kepada ekonomi.1. Daripada kajian yang dijalankan ke atas 3 buah teks ditemui penulisan dibuat dalam bentuk naratif dan argumentasi. Gaya penulisan naratif kerap digunakan dalam tulisan pojok kolumnis.1 Cara Penyampaian Cara penyampaian merupakan jenis bahasa yang digunakan. Hal ini dapat dibuktikan seperti berikut: a) Hari ini kita cakap sikit fasal demokrasi dan ekonomi. khususnya orang Melayu itu sendiri. Gaya ini dipilih kerana lebih mudah difahami.perindustrian baharu sehingga dijadikan negara contoh. Dulu 20 . tapi semata-mata supaya dalam kita mabuk politik ni. terangkum pelbagai gaya penulisan. 4. maka dengan ini dapat dilihat bahawa tulisan pojok dihasilkan oleh masyarakat yang terbuka. Situasi yang digambarkan tersebut masih terus wujud sehingga sekarang dan semakin berleluasa penggunaannya.2 Situasi Persekitaran Tiga perkara yang akan dibincangkan di sini meliputi cara penyampaian. Dalam contoh c) pula kolumnis melahirkan isi hati tentang penggunaan bahasa pasar dalam kalangan masyarakat. gaya naratif memang lazim digunakan dalam laporan berita. Dalam tulisan pojok Kunta Kinte bentuk penyampaian yang digunakan ialah tulisan. hubungan sosial/ peribadi dan bahan yang diperkatakan. Melalui contoh-contoh (a-c).

Akhirnya dia memberanikan diri hinggap di dahan rendah di hadapan pahlawan. Sekaliskala ia berteriak dengan nada suara sayu. Mahathir. halaman 244) 21 . (perenggan 5. fasal lebuh raya. Lama Si Gagak berlegar di udara mengikut perjalanan pahlawan. fasal projek kereta nasional. kita janganlah pijak sampai ranap ke bumi. sedang ia terbang rendah. Mahathir guna banyak isu ekonomi. masa itu ekonomi kita tengah teruk.member kita yang belasah Dr. Si Gagak ternampak pahlawan yang mengalahkan tuannya. Semakin lama semakin dekat dia menghampiri pahlawan. Mereka bukanlah originator isu itu. Mereka pangku saja kerana nak jatuhkan Dr. Mereka tak peduli ekonomi hancur. Mereka belasah fasal buat Jambatan Pulau Pinang. Pas dan Aliran dalam pilihan raya umum 1986. rakyat menganggur asal Dr. Gagak pandai menukar suara. adakala lembut. Semua tak betul. Adakala garang. Teriakan lembutnya didengar oleh pahlawan. Dia mendongak melihat Si Gagak. Si Gagak berlegarlegar di udara meninjau tingkah laku pahlawan itu. Mahathir dan member-member dia jatuh. (Perenggan 1. Sepatutnya bila ekonomi teruk. Maklumlah. halaman 3) b) Suatu hari. Yang mula-mula bangkit hal ini ialah DAP. Tapi itulah yang mereka buat.

(perenggan 2. kaki botol dan sampah masyarakat menumpang teduh daripada angin dingin musim sejuk. Perdana Menteri pun boleh dicaci cerca. Tapi di merata stesen kereta api bawah tanah di London. Di sana ada hakim yang pemabuk dan yang rasuah. Tapi ramai rakyat tidur atas jalan. dan kalau mereka mahu mereka boleh guna bahasa Melayu. manusia melarat. halaman 3&4) b) Daripada kecil hati atau marah orang belajar atau guna bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Dengan jalan ini lebih ramai orang Melayu akan tahu. halaman 141) 22 .Penggunaan gaya argumentasi dapat dilhat seperti berikut: a) Kita jangan asyik cakap fasal demokrasi saja. Tapi bila kita nak disiplinkan sikit kehakiman kita supaya tak jadi macam Amerika atau Britain. Demokrasi penting. pakaian yang sempurna. dan bumbung di atas kepala lebih penting. Kunta Kinte rasa lebih baik kita cari jalan galak orang lain pula belajar dan guna bahasa kita. panggilan ketika mereka jadi hamba abdi. kita kena belasah. badan yang sihat. terus duduk di kawasan sesak atau ghetto. Di Amerika pun macam itu juga. Britain lebih lama amal demokrasi daripada kita. India cukup kuat demokrasinya. Tapi orang Negro terus dicaci dan dipanggil nigger. Tapi perut yang kenyang. (perenggan 3. Di sana semua orang bebas maki hamun sesama sendiri. Keputusan hakim di dalam mahkamah dipertikai.

Walaupun tergambar unsur peribadi dalam tulisan pojok ini. Maka. Dalam teks dikaji unsur yang bersifat peribadi ada ditemui. Hubungan yang terbina ini bukan satu hubungan bersifat formal. Isu ini dibincangkan selaras dengan keadaan pada masa tersebut. di sini terpancar sifat peribadi penulis dalam memperkatakan sesuatu isu kemasyarakatan tersebut.1. iaitu Dr. penggunaan frasa kita juga menggambarkan hubungan sosial antara penulis dan pembaca.2 Hubungan Sosial dan Peribadi Ure dan Ellis (1977) melihat dua aspek yang berlainan dalam memperkatakan hal ini. namun masih wujud hubungan sosial antara kolumnis dan pembaca kerana penulis acap kali mendapat maklum balas sama ada positif atau negatif dari pembaca.2. beliau mengaitkan pelbagai masalah politik yang melibatkan parti lawan dalam usaha untuk menjatuhkan Dr. Di sinilah dapat dilihat ramai yang mengikuti penulisan Kunta Kinte sama ada mereka menyokong atau menolak tulisan tersebut.1. kolumnis menyampaikan pendapatnya kepada khalayak pembaca.4. Pendapat ini disampaikan menggunakan gaya penyampaian tersendiri hasil daripada pemerhatian atau pengalamannya.3 Bahan yang Diperkatakan Kebanyakan hal yang diperkatakan ialah isu-isu semasa yang hangat diperkatakan pada masa tersebut. iaitu Krisis Perlembagaan Malaysia 1988. Mahathir. 23 . Selain itu. 4. Aspek pertama yang dilihat ialah hubungan peribadi. Ada antara pembaca yang menghantar surat tanda memprotes tulisan Kunta Kinte. Hal ini dikatakan demikian kerana. Dalam penulisan Kunta Kinte. Misalnya teks 1 membicarakan tentang ketegasan dalam kepimpinan Perdana Menteri pada masa tersebut.2. Maka. iaitu hubungan sosial dan hubungan peribadi. Perihal kedua pula merujuk kepada unsur sosial. kita dapat lihat wujud hubungan sosial tersebut. Mahathir Mohamad.

4. 4. 24 . aspek ketenunan tidak dikaji dalam tulisan pojok ini. Hal ini sesuai dengan kenyataan Asmah Haji Omar (1987) yang menyatakan bahawa bahasa lidah pengarang tidak mengkhusus kerana bergantung pada topik atau tajuk yang dibincangkan. ayat dan ketenunan. Hal ini dapat dilihat dari contoh tersebut. Daripada ketiga-tiga teks yang dianalisis. ada pejuang bahasa yang terkilan fasal kerajaan galak orang kita perbaik penguasaan bahasa Inggeris. manakala dalam teks 3 yang dikaji beliau membangkitkan masalah bahasa pasar.Dalam teks 2 pula Kunta Kinte menggunakan anekdot dalam tulisan pojoknya apabila mewujudkan watak gagak. Pelbagai bidang atau hal dirangkumkan dan diolah atas pandangan dan pengamatan penulisan yang diselaraskan dengan isu-isu yang hangat pada masa tersebut.1 Aspek Kosa Kata 4.1. Oleh itu. Kunta Kinte pun terkilan juga.1 Tiada istilah khusus kerana bersifat umum.2 Ciri-Ciri Linguistik Ciri-ciri linguistik merujuk kepada aspek kosa kata.2. Walau bagaimanapun. laras ini bukanlah didaktik. Pada masa yang sama. ternyata tulisan pojok tidak mempunyai istilah khusus. Bukan fasal kerajaan mahu orang kita fasih bahasa Inggeris.2. Fokus diberikan kepada ketidakfasihan atau ketidakbolehan pekerja asing yang bekerja di Malaysia bertutur dalam bahasa Melayu. Watak ini diwujudkan sebagai analogi kepada situasi yang berlaku dalam masyarakat yang bermuka-muka bagi mendapatkan kesenangan hidup. a) Kunta Kinte dengar. dapat dirumuskan bahawa tulisan pojok ini tidak membincangkan satu bidang sahaja.

Pelenyapan imbuhan Media massa mempunyai beberapa kendala dalam penulisan.1. Antara contoh percampuran bahasa tersebut adalah seperti berikut: a) b) Mereka bukanlah originator isu itu. d) Ramai daripada mereka dilahirkan dengan silver spoon – anak doktor. Hari ini kita cakap sikit fasal demokrasi dan ekonomi. anak orang istana. demokrasi memang baik.2. 25 . memang okay. Perkara ini hanya ditemui dalam teks 1 yang dikaji sahaja. anak peguam. Maka. wujud unsur pelenyapan imbuhan dalam tulisan ini.tapi fasal sesetengah pejuang bahasa kita lebih banyak guna bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. maka fungsi bahasa tersebut juga ada yang berubah. panggilan ketika mereka jadi hamba abdi. halaman 141) 4. percampuran bahasa ini bukanlah bersifat dominan dalam penulisan tersebut.3. terus duduk di kawasan sesak atau ghetto. (perenggan 1. anak pegawai tinggi negeri 4. Tapi orang Negro terus dicaci dan dipanggil nigger. Berikut diberikan beberapa contoh pelenyapan imbuhan dalam teks yang dikaji. a) Teks 1 i. Chandra Muzaffar dan like-minded people seperti mereka. Walau bagaimanapun.1. Apabila dilenyapkan imbuhan tersebut. c) Bagi bleeding heart liberals macam Datuk Musa. Paling utama ialah kendala ruang.2. Bahasa Melayu bercampur dengan bahasa Inggeris Dalam tulisan pojok ini ditemui percampuran bahasa antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.2.

Mereka pangku saja kerana nak jatuhkan Dr. iii. … yang menganggur mula dapat kerja… Kita jangan asyik cakap fasal demokrasi saja. Masa nak jatuhkan Tunku Abdul Rahman dulu… Tapi bila kita nak disiplinkan sikit kehakiman kita supaya tak jadi macam di Amerika atau Britain… vii. vii. maka kolumnis telah menggunakan unsur-unsur kependekan. Mereka hantar anak anak mengaji di sekolah rendah dan swasta yang utamakan bahasa Inggeris. Masa nak jatuhkan Tunku Abdul Rahman… …panggilan ketika mereka jadi hamba abdi… …sesetengah pejuang bahasa kita lebih banyak guna bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. v. iv. Semua tak betul. iii. vi.ii.2. Menggunakan kependekan Memandangkan kendala ruang menjadi salah satu perkara yang ditekankan dalam penulisan dalam media massa. Kunta Kinte pun setuju kalau kita tak buat kerja lain… 26 . viii. Hal ini boleh dilihat berdasarkan contoh berikut: a) teks 1 i. iv. b) Teks 3 vi.4. v.1. 4. Mahathir. ii. Yang banyak digunakan dalam tulisan ini ialah perkataan tidak yang dipendekkan kepada tak dan nak bagi kependekan hendak. Ini sudah sampai peringkat hina negara kita. Mereka tak peduli ekonomi hancur… Ekonomi tak boleh dijadikan peluru lagi.

Menggunakan bahasa perbualan Penulisan Kunta Kinte dilihat bersifat santai dan bersahaja. Hal ini merupakan ciri tersendiri yang ada dalam tulisan pojoknya. …sampai bila pun tak ramai orang fasih berbahasa Melayu… Hanya Malaysia. ii. dulu. iv.2. v. Indonesia dan Brunei saja penduduknya tak sampai 200 juta. Hari ini kita cakap sikit fasal demokrasi dan ekonomi. b) Teks 2 Tapi itulah yang mereka buat. Itu pun Kunta Kinte rasa kita di Malaysia saja yang kadang-kadang macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorong nak jadikan bahasa Melayu bahasa rantau ini.b) teks 3 i. v. tapi semata-mata supaya dalam kita mabuk politik ni… iii. ni dan tu. Mahathir guna banyak isu ekonomi. Mereka pangku saja kerana nak jatuhkan Dr. iv. Berikut diberikan contoh-contohnya: a) Teks 1 i. Dulu member kita yang belasah Dr. saja. Kebanyakan bahasa yang digunakan mudah difahami. Memandangkan penulisan ini bersifat santai. member.5.1. iii. Bukan fasal apa. Jadi suka tak suka… Tapi sekarang Kunta Kinte tak sentuh lagi akhbar bahasa Indonesia… 4. maka banyak ditemui penggunaan bahasa perbualan seperti tapi. ii. vi. sikit. Mahathir… Apa bendanya budaya politik Melayu tu member? 27 .

i. Indonesia dan Brunei saja penduduknya tak sampai 200 juta. tapi fasal sesetengah pejuang bahasa kita ini lebih banyak guna bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. Mereka hairan kerana satu masa dulu pendeta-pendeta yang bertapa di puncak gunung memberi nasihat jangan berkawan dengan Si Gagak. (halaman 243) b) … Kunta Kinte memang seronok baca akhbar Indonesia bila sekalisekala ke Jakarta. Walhal. Dalam tulisan pojok ini didapati ada kesalahan penggunaan kata sendi. perkataan bila dan apabila bukan dalam golongan yang sama dan tidak boleh dipendekkan. Contoh penggunaan kata oleh kerana dan bila dapat dilihat daripada beberapa contoh berikut: a) Tetapi oleh kerana kita sudah cerita fasal kuda. manakala bila itu kata tanya. iii. 4. ii. Perkataan apabila itu merupakan kata sendi yang digunakan untuk merujuk kepada waktu. Kesalahan kata sendi Kata sendi ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa nama. Bukan fasal kerajaan mahu orang kita fasih bahasa Inggeris. (halaman 141) 28 . Sepatutnya oleh hadir dengan kata sebab kerana sebab itu merupakan kata nama.2.1.6. maka minggu ini kita cerita fasal haiwan lain pula. c) Teks 3 i. Begitu juga denga penggunaan kata sendi apabila yang dipendekkan menjadi bila. Walhal perkataan oleh dan kerana itu masing-masing tergolong dalam golongan kata sendi. Yang pertama kesalahan kata sendi oleh yang dihadirkan dengan kerana. Kalau kita harap orang kita saja guna bahasa Melayu… Hanya Malaysia.

Sehubungan itu. Bagi contoh ketiga. (halaman 141) c) Kita minta sambal bilis. perkataan belasah. Contohnya. Antaranya: a) Dulu member kita yang belasah Dr. Begitu juga dengan contoh kedua. Dalam tulisan pojok ini ditemui beberapa kesalahan pemilihan diksi. perkataan minta dianggap tidak sesuai kerana perkataan itu lebih kepada penggunaan bahasa basahan apabila membuat pesanan makanan. Mahathir guna banyak isu ekonomi. 29 .2. perkataan memesan lebih sesuai digunakan kerana perkataan memesan membawa maksud meminta dibuatkan atau dibawakan sesuatu.7. apabila penulis menggunakan perkataan belasah. Daripada tiga contoh yang diberikan. Ada kalanya pemilihan perkataan yang tidak tepat membawa kepada penafsiran yang berbeza. Pemilihan diksi kurang tepat Pemilihan diksi amat penting dalam pengungkapan idea. sentuh dan minta tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. walhal penulis ingin menyatakan bahawa dia tidak lagi membaca akhbar Indonesia. pembaca akan membayangkan perbuatan memukul. Perkataan sentuh tidak membawa maksud membaca. (halaman 3) b) Kini Kunta Kinte tak sentuh lagi akhbar bahasa Indonesia sebab lebih banyak bahasa Jawa daripada bahasa Indonesia.c) …asyik gunakan bahasa asing bila bercakap atau menulis bahasa Melayu. dia bagi dalca.1. (halaman 142) d) e) f) Sepatutnya bila ekonomi teruk… (halaman 3) Bila kita buat syarat macam ini… (halaman 142) … Kunta Kinte naik pening bila pergi ke kedai kopi… (halaman 142) 4.

Maka.1 Ayat klasik dan moden bebas digunakan Umumnya.8. Contohnya dalam dilihat seperti berikut: a) Di Amerika pun macam itu juga.2. (halaman 141) Kalau kita harap orang kita saja guna bahasa Melayu. Berdasarkan teks tulisan pojok.2.2.2.2 Aspek Ayat 4. Kunta Kinte banyak menggunakan kata partikel dalam penulisannya sama ada untuk memberi penegasan pada frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat bahagiannya. Kunta Kinte telah memvariasikan penulisannya dengan menggunakan bahasa Melayu klasik dan moden. sebab kita pun biasa dengan bahasa itu… (halaman 141) 4. (halaman 3) b) Perdana Menteri pun boleh dicaci cerca. tulisan pojok tidak terikat dengan gaya penulisan. (halaman 4) c) Mereka pun bijak dan arif juga.4. (halaman 243) e) Aku pun tidak senang menerima rakyat biasa sebagai tuan… (halaman 243) f) Si Gagak pun terbang jauh ke seberang lautan… (halaman 244) g) Si Gagak pun membuka cerita… (halaman 244) h) Maka Si tiong dan Si Kuda pun amatlah sugul… (halaman 244) i) j) Kunta Kinte pun terkilan juga.1. (halaman 4) d) Maka mereka pun dipanah dan dibedil. sampai bila pun tak ramai orang fasih bahasa Melayu… (halaman 141) k) Itu pun Kunta Kinte rasa kita di Malaysia saja yang kadang-kadang macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorong… (halaman 141) l) Tapi waktu itu Kunta Kinte memang seronok baca akhbar bahasa Indonesia. 30 . Partikel pun banyak digunakan Partikel lazimnya digunakan untuk memberi penekanan dalam sesuatu ayat.

memuja keagungan anak raja. Alkisahnya. Biar suara tidak lunak. ada harta. padat dan jelas. maka minggu ini kita cerita fasal haiwan lain pula. Kunta Kinte rasa belum terlalu lewat mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua pembaca berketurunan Cina. Si Gagak terbang melayanglayang menghidu udara segar dan makanan enak.Penggunaan bahasa Melayu klasik dapat dilihat dalam teks 2. Tetapi oleh sebab kita sudah cerita fasal kuad. Anak raja pula hidup senang-lenang. gagak jinak makan di tangan.2 Penggunaan ayat tunggal Apabila tulisan dalam media massa menekankan konsep ringkas. Gagak bukan sebarang gagak. Si Gagak gagah juga berlagu dan menyanyi memuji. Semakin senanglah hidupnya dengan makanan terhidang. Tangan bukan sebarang tangan.2.2. Penggunaan ayat tunggal ini 31 . Walaupun teks ini menggunakan bahasa klasik. a) Sempena menyambut Tahun Baru Cina. Moga-moga Tahun Kuda membawa kemakmuran kepada semua. namun ada juga perenggannya menggunakan bahasa Melayu moden. Tahun Kuda. (perenggan 1. maka diceritakanlah oleh orang dahulu kala akan cerita seekor gagak yang pandai tipu helah. ada nama. Sabtu lalu. maka sudah pasti ayat yang digunakan tidak terlalu rencam. iaitu anekdot yang mengupas isu kaki ampu atau orang yang bermuka-muka dalam artikel Perihal Gagak Pandai Bermuka-muka. ada kuasa. halaman 243) 4. tangan pahlawan berdarah raja.

Penggunaan ayat tunggal dalam teks 1 boleh dilihat seperti berikut: a) Maklumlah.3 Memulakan ayat dengan kata hubung kata hubung tetapi/ tapi Kata hubung tetapi/ tapi digunakan dalam ayat untuk menyatakan fakta yang bertentangan. Walau bagaimanapun. 4.2. c) Apa mereka buat? d) Mereka diam.banyak digunakan dalam penulisan teks 1 yang ditulis pada tahun 1988. i) j) Demokrasi penting. f) Budaya mana satu? g) Apa bendanya budaya politik tu member? h) Kita jangan asyik cakap fasal demokrasi saja. (halaman 4) f) Tetapi dalam masa kurang 10 tahun dia berjaya… (halaman 4) g) Tapi bila kerajaan kritik atau bertindak… (halaman 5) 32 .2. masa itu ekonomi kita tengah teruk. maka kata hubung ini sepatutnya hadir di tengah-tengah ayat. ini tidak bermakna teks 2 dan 3 tidak mempunyai ayat tunggal. India cukup kuat demokrasinya. dalam tulisan pojok ditemui penggunaan kata hubung tetapi/ tapi di awal ayat seperti berikut: a) Tapi itulah yang mereka buat… (halaman 3) b) Tapi orang Negro terus dicaci… (halaman 3) c) Tapi di merata stesen kereta api bawah tanah… (halaman 3) d) Tapi bila kita nak disiplinkan sikit kehakiman kita… (halaman 4) e) Tapi dia tak peduli. e) Ekonomi tak boleh jadikan peluru lagi. Apabila digunakan untuk menggambungkan ayat. Walau bagaimanapun. k) Presiden Suharto kurangkan kebebasan. b) Semua tak betul.

fasal projek kereta nasional. fasal lebuh raya.2. fasal projek kereta nasional dan fasal lebuh raya. Mereka belasah fasal lebuh raya. Mereka belasah fasal buat Jambatan Pulau Pinang. Mereka belasah fasal buat Jambatan Pulau Pinang. 33 .h) Tetapi oleh kerana kita sudah cerita fasal kuda… (halaman 243) i) j) Tetapi mereka pintar… (halaman 244) Tapi waktu itu Kunta Kinte memang seronok baca akhbar bahasa Indonesia… (halaman 141) k) Tapi sekarang Kunta Kinte… (halaman 141) 4. ii. Mereka belasah fasal projek kereta nasional. Pada dasarnya ayat tersebut terdiri daripada tiga ayat. kecuali yang terakhir membentuk ayat berikut: v. Kata hubung dan yang berulang boleh dihilangkan. iaitu: i.). Contohnya dalam ayat a) Mereka belasah fasal buat Jambatan Pulau Pinang. Ayat-ayat tersebut digabungkan dengan kata hubung dan yang membentuk ayat seperti berikut: iv.2. iii.4 Pengguguran kata hubung dan dalam ayat majmuk gabungan Lazimnya. bagi ayat yang digabungkan kerana mempunyai kesetaraan subjek atau predikat kata hubung dan yang digunakan secara berulang boleh digugurkan dan menggantikannya dengan tanda baca koma (. Mereka belasah fasal buat Jambatan Pulau Pinang dan fasal projek kereta nasional dan fasal lebuh raya.

Kebanyakan ciri-ciri linguistik hanyalah kesalahankesahan bahasa. 34 . anak peon. anak orang istana. dalam tulisan pojok yang dikaji. di pekan kecil. anak pekebun sayur. (halaman 4) e) Hujung bulan kena hantar duit kepada ibu bapa di kampung. di lombong. fasal demokrasi. fasal budaya politik Melayu. (halaman 243) 4. (halaman 3) c) Ramai daripada mereka dilahirkan dengan silver spoon – anak doktor. anak polis pacak. (halaman 4) d) Mereka anak pesawah. Ternyata. ada nama. anak pegawai tinggi negeri. iaitu keperihalan dan linguistik. Oleh sebab tulisan pojok merupakan penulisan umum. anak pekedai runcit. itulah keistimewaan yang ada pada penulisan ini. maka tiada jargon yang ditemui bagi mewakili laras bahasa kolumnis ini.Walau bagaimanapun. anak pelombong timah. Ciri-ciri ini boleh dilihat daripada dua ciri. namun. anak penjual kacang goreng. penerapan pendekatan Ure dan Ellis (1977) telah berjaya menghuraikan keistimewaan tersebut. fasal projek kereta nasional. anak peguam. (halaman 3) b) Sekarang mereka cakap pula fasal kebebasan. Paling menyerlah sekali ciri-ciri linguistik yang ada padanya. ada harta.3 Kesimpulan Kajian terhadap 3 buah tulisan pojok tulisan Kunta Kinte memperlihatkan ada ciri-ciri tersendiri dalam laras bahasa kolumnis. fasal lebuh raya. Kunta Kinta telah menggugurkan kata hubung dan bagi ayat-ayat gabungannya. anak pekebun kecil. santai dan mempunyai gaya penulisan tersendiri. ada kuasa. (halaman 4) f) Anak raja pula hidup senang-lenang. Hal ini dapat dilihat berdasarkan beberapa contoh yang diberikan: a) Mereka belasah fasal buat Jambatan Pulau Pinang.

manakala ulasan dan kritikan yang dibuat itu merujuk kepada hubungan peribadi.BAB 5: KESIMPULAN Kajian ini merupakan satu percubaan untuk meneliti satu lagi laras bahasa kolumnis. Biarpun tulisan pojok satu bentuk penulisan dalam dunia kewartawanan. Hubungan sosial terbina apabila kolumnis sering mendapat maklum balas yang positif atau negatif daripada pembaca. Dari aspek keperihalan. Ternyata tulisan pojok mempunyai ciri-ciri keistimewaannya tersendiri. Laras bahasa kolumnis ini juga memperlihatkan ada hubungan sosial dan peribadi. aspek laras dilihat dari dua ciri. walaupun bersifat peribadi isuisu kemasyarakatan yang dibincangkan dalam tulisan pojok bersandarkan fakta. 35 . Kajian hanya menumpukan 3 buah tulisan pojok yang ditulis oleh Kunta Kinte dalam akhbar Berita Harian. Walaupun tidak mempunyai istilah khusus. Unsur kependekan dan bahasa bahasa turut banyak ditemui. Seperti yang dinyatakan tadi. Begitu juga dengan aspek ayat. iaitu ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik. Penggunaan bahasa dalam laras ini tidak mengikut hukum tatabahasa yang betul Sesuai dengan konsep santai. khususnya bagi golongan kata kerja. maka bahasa yang digunakan juga santai sehingga ada beberapa istilah Inggeris dalam teks tersebut. Laras kolumnis bukanlah laras ilmu tetapi laras biasa yang tidak diwakili istilah khusus. namun daripada dapatan menunjukkan konsep yang dibawa tidak sama dengan laras bahasa laporan berita atau laras bahasa editorial. tulisan pojok bukanlah semata-mata tulisan yang berasaskan emosi tanpa ada fakta tetapi komen atau kritikan terhadap isu-isu kemasyarakatan yang bertunjangkan kepada fakta. Kendala yang terhad menyebabkan perkara ini berlaku. banyak aspek yang boleh disentuh dalam tulisan ini terutamanya kesalahan bahasa. Begitu juga dengan penggunaan tanda koma juga banyak digunakan bagi menggantikan kata hubung dan. Pada masa yang sama kolumnis gemar melenyapkan imbuhan pada kata. Dengan menggunakan pendekatan Ure dan Ellis (1977).

laras bahasa kolumnis dengan tumpuan tulisan pojok menunjukkan ciri-ciri yang tersendiri. untuk menyambung dan ada kalanya berbelit-belit. Bagi manamana ayat majmuk yang sepatutnya mengekalkan hubung dan pada akhir ayat juga telah dihilangkan. iaitu ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik. Ciri-ciri ini menepati ciri-ciri yang dikemukakan oleh Ure dan Ellis (1977) yang melihat laras daripada dua ciri. bahasa dalam tulisan pojok banyak menggunakan ayat tunggal. Secara kesimpulannya. Selain itu. Malahan. Kata hubung tetapi/ tapi pula kerap kali digunakan pada pangkal ayat.Kebebasan penulis pojok berkarya dengan gaya tersendiri menyebabkan bahasa klasik dan bahasa moden digunakan bagi mempelbagaikan gaya penulisan. 36 .

Ahn. Bahasa Malaysia saintifik. Adenan Ayob. Menguasai bahasa Melayu tinggi. Kepelbagaian laras bahasa Melayu. 10-13. Tesis PhD yang tidak diterbitkan. Asmah Haji Omar (1987). Dewan Bahasa. Bhd. Laras bahasa iklan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Universiti Malaya. Bahasa iklan perniagaan.Young Ho (2004). Tanjong Malim: Emeritus Publications. Analisis bahasa dalam Kitab Tib Puntianak. 37 . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Karim (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.satu kajian bahasa retorik. Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan Akademi Pengajian Melayu. Kuala Lumpur: Affluent Master Sdn. Ab. Mohd Rashid Md Idris & Mohd Ra’in Shaari (2010). Ab. Razak Ab. Abdullah Hassan (1997). Asmah Haji Omar (2005). Bahasa laporan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Januari). Karim (2006). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Razak Ab. Aspek kemahiran berbahasa. Shah Alam: Fajar Bakti. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan esei-esei lain.Bibliografi Abdul Hamid Mahmood (2001). Asmah Haji Omar (1984). Laras bahasa : suatu analisis tajuk-tajuk berita dalam Berita Harian tahun 1996-1997. Choo Hung Fei (2011.

Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya dan Penerbit Universiti Malaya. terjemah). Australia: Cambridge University Press. (2001). (Karya asli diterbitkan 1983) Midiyana Mohamad (2008). Pengaruh terjemahan dalam laras bahasa undang-undang: kajian kes surat perjanjian jual beli rumah. (Webster. Skripsi Sarjana yang tidak diterbitkan.G.A. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Mohd Zulhisyam Mustapai (2009). (2nd edition). Disertasi Sarjana tidak diterbitkan. Koesworo. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. FX Dkk (1994). Martin. (2nd edition). A (1996). Bahasa. Halliday.J. M. Janet. J. London: Continum. pnyt). (1997). Sociolinguistics.K & Hasan. (1985). Halliday. Bhd.J & Chaudhary. Kadir Jasin (1998). Laras bahasa sukan dalam laman web Arab. Language and society. Disertasi Sarjana tidak diterbitkan. A.(Asruddin Barori Tou. dan teks: aspek-aspek bahasa dalam pandangan semiotik sosial. Laras bahasa.Elfisa. R. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Padang: University Andalas. terjemah). Kuala Lumpur: Universiti Malaya 38 . konteks. H. L. Sistem media massa-satu perbandingan. Gaya bahasa sindiran dalam wacana pojok pada surat khabar Kompas.A. (Bukhory Haji Ismail. Kamaruddin Haji Husin (1995). England: Pearson Education Limited. An introduction to sociolinguistic. Di balik tugas kuli tinta. M. R. Fitra (2010).K (2007). Yogyakarta: Gadjah Mada University Press. Jakarta: Yayasan Pustaka Nusantara. Kunta Kinte/ A. Hudson.

J. Penggunaan laras ekonomi dalam akhbar Melayu : satu analisis leksikal. Ure. Laras bahasa Melayu dalam bidang undang-undang dan kehakiman. (1977). 1. Nai Kung (2003). Onn. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wong. Dalam Villegas. Nik Safiah Karim (1990). 4852. Dalam Zulkifley Hamid. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood (2009). Farid M. Linguistik Melayu. Disertasi Sarjana tidak diterbitkan. Tatabahasa Dewan (edisi ketiga). Mounton: The Hague. Karthiyani (1994). Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Register in describe and linguistics sociology. S. 39 . Disertasi Sarjana tidak diterbitkan. Dalam Monograf Jabatan Bahasa Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya S. Sosiolinguistik.Nik Safiah Karim (1989). Ramli Md Salleh & Rahim Aman (pnyt). J. Laras bahasa: satu analisis terhadap buku teks sekolah menengah rendah.114-128). Teo Kok Seong (2007). Laras bahasa. Nathesan (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Beberapa persoalan sosiolinguistik bahasa Melayu. Disertasi Sarjana tidak diterbitkan. Nathesan (1992). O. Sanat Md Nasir (2005). Laras khutbah. & Ellis.Laras bahasa ilmiah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Issues in sociolinguistics.U (pnyt). S. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. (hlm. Nik Safiah Karim.

40 .