Anda di halaman 1dari 16

.::*~Halaqah~*::.

Forum Komuniti Muslim & Muslimah Keberkatan menjamin ketenangan

Keberkatan menjamin ketenangan


www Halaqahnet Pengirim : aligaban

SETIAP kali sebelum menjamah makanan, kita pasti tidak terlepas membaca doa yang berbunyi Ya Allah, berkatilah rezeki kami dengan apa yang Engkau berikan kepada kami dan jauhi kami dari seksaan api neraka.

SENTIASA MERASA CUKUP. rezeki yang berkat menjadikan seseorang itu sentiasa merasa cukup dan tenang walaupun bukan hidup dalam kemewahan.
Bermakna, kita memang mengharapkan makanan dan apa saja rezeki yang kita peroleh diberkati Allah.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tiada seorang pun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperoleh salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa. (Hadis riwayat atTabrani).

Yang jelas, pengharapan kita untuk mendapatkan rezeki yang berkat menjadikan kehidupan kita lebih tenang, cukup dan sentiasa dalam naungan Allah. Rasulullah bersabda: Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Justeru, dalam isu keberkatan, setiap Muslim perlu mempunyai sifat qanaah iaitu reda dan menerima apa saja tanpa menuntut perkara yang bukan keperluannya. Lawan kepada sifat qanaah adalah tamak.

Ia menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki orang lain. Maka, ucapan Alhamdulillah perlu dilafazkan bagi menanam sifat qanaah supaya kita sentiasa menerima perkara yang baik.

Rezeki adalah ketentuan Allah kurniakan kepada hamba-Nya dari pelbagai sudut. Terdapat tiga kesudahan rezeki iaitu jika pakaian, lama kelamaan pasti ia terbuang, makanan menjadi najis atau menjadi bekalan di akhirat jika dibelanjakan ke jalan Allah.

Justeru, untuk menambah keberkatan kita perlu membiasakan diri dengan amalan bersedekah. Sifat pemurah akan memberikan ketenangan kepada diri selain turut disayangi orang lain.

Kita perlu ingat, harta yang kita miliki selama ini terdapat juga hak orang lain yang wajib ditunaikan.

Kekayaan bukan terletak pada hebatnya harta seperti kereta mewah, rumah, tanah serta perniagaan yang dijalankan tetapi kekayaan iman yang mencerminkan kesederhanaan hidup.

Dari Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: Allah berfirman kepada malaikat pembahagi (pengedar) rezeki kepada bani Adam: Mana satu hamba-Ku yang kamu temui menuju harapannya kepada Aku semata- maka jaminkanlah rezekinya di langit dan bumi. Dan mana satu hamba-Ku yang kamu temui sedang mencari rezekinya, sesungguhnya dia sedang menuntut keadilan, maka lorongkanlah jalan-jalannya tetapi jika dia menuntut selain dari itu, maka biarkanlah antara mereka dengan apa yang mereka tuntut itu, kelak mereka tidak akan memperoleh lebih daripada apa yang Aku tentukan untuk mereka itu. (Hadis riwayat Abu Naim).

Apabila rezeki tiada nilai keberkatan, kita sentiasa dalam suasana tidak mencukupi. Ada satu, mahu yang lain dan begitulah seterusnya namun tetap merasa kekurangan. Berkat bermaksud peningkatan serta penyuburan iaitu yang sedikit kita merasa seolah-olah banyak

dan mencukupi. Allah Maha Berkuasa untuk memberi, menarik, meluas serta menyempitkan rezeki sesiapa sahaja.

Memang banyak hikmah rezeki yang berkat, antaranya menjadi punca termakbulnya doa.

Ingatlah, jika Allah cepat memakbulkan sesuatu doa hamba-Nya itu, bermakna Allah amat menyayanginya. Jika Allah lambat memakbulkan doa, maka itu adalah satu ujian buat hamba-Nya manakala jika Allah tidak memakbulkan doa seorang hamba-Nya maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Jadi, kita perlu sentiasa mencari keberkatan dalam hidup seharian kerana ia penting bagi menjamin kesejahteraan. Apabila mendapat keberkatan, kemurahan rezeki itu secara langsung dapat dinikmati. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Barang siapa yang ingin murah atau lapang rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia menghubungkan atau menyambungkan silaturahim (sesama manusia) (Riwayat Bukhari).

Kita jangan mendidik diri dengan sifat kedekut kerana ia menyempitkan rezeki.

Rezeki amat berkait rapat dengan peribadi seseorang. Ia akan tertahan apabila mereka bergelumang dengan dosa yang dilakukan seharian tanpa bertaubat.

Firman Allah yang bermaksud: Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. (Surah al-Baqarah ayat 168).

Bagaimana kehidupan kita jika sentiasa bergelumang dengan pendapatan haram? Rasulullah bersabda yang bermaksud: Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya. (Hadis Riwayat At-Tarmizi).

Seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis; apabila Said Bin Abi Waqas meminta agar Rasulullah mendoakannya supaya Allah memperkenankan doanya, maka Rasulullah bersabda yang bermaksud: Perelokan sumber rezekimu, pasti doamu dimakbulkan. Kadang kala kita hairan kerana umat Islam takut untuk memakan daging babi kerana ia adalah haram tetapi mereka selamba dan acuh tidak acuh apabila mengambil pendapatan haram.

Penceramah dan perunding motivasi, Mohd Zawawi Yusoh berkata, berkat berkaitan dengan langkah kita ke syurga ataupun neraka.

Setiap pekerjaan yang dilakukan janganlah sehingga mengabaikan ibadat asas seperti solat kerana ia menghilangkan keberkatan rezeki.

Jika solat terabai, berat untuk sedekah, bersikap acuh tak acuh dengan pengeluaran zakat maka akan hilang nilai keberkatan itu sendiri, katanya.

Beliau berkata keberkatan juga berkait rapat dengan cara dan proses seseorang itu mendapatkan rezekinya tidak kira apa saja pekerjaan yang mereka lakukan.

Tanda keberkatan adalah semakin banyak mereka menerima sesuatu, semakin taat mereka kepada Allah dan semakin baik hubungan dengan orang di sekeliling. Bagi mereka yang bekerja di pejabat, mereka perlu mematuhi peraturan iaitu cukup masa bekerja, tuntutan kerja lebih masa dibuat dengan betul serta tidak mencuri tulang, katanya.

Selain itu, beliau berkata pelaksanaan kerja juga perlu sentiasa betul agar yang menurut perintah Allah s.w.t.

Dalam perniagaan misalnya, jika pelaksanaannya tidak betul seperti unsur penipuan dan riba dalam pengurusan, pasti hasilnya tidak sah.

Kerja yang berkat dan sempurna sentiasa melaksanakan perintah Allah. Firman Allah yang bermaksud: Dan katakanlah (Wahai Muhammad): Bekerjalah kamu. Nanti Allah akan melihat pekerjaanmu serta Rasul-Nya dan orang-orang Mukmin. Nanti kamu akan di kembalikan kepada Yang Mengetahui yang ghaib dan yang hadir, lalu dikhabarkan-Nya kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Surah at-Taubah ayat 105).

Katanya, Allah mengurniakan kepada manusia pelbagai bentuk rezeki seperti wang, pangkat mahupun kuasa.

Manusia perlu menitikberatkan usaha mencari rezeki halal supaya hidup bertambah berkat di dunia dan akhirat.

Apabila sumber itu halal, maka lahirlah perbuatan mulia. Manakala jika makanan itu berpunca dari sumber haram, akan lahirlah perbuatan tercela, katanya.

Sumber : http://epondok.wordpress.com/ Comments [1] Re: Keberkatan menjamin ketenangan oleh Ummi Munaliza Tanda keberkatan adalah semakin banyak mereka menerima sesuatu, semakin taat mereka kepada Allah dan semakin baik hubungan dengan orang di sekeliling. [2] Re: Keberkatan menjamin ketenangan oleh msa Alhamdulillah Rabb al-'alamiin...jadikan kami hambaMu yang bersyukur kepadaMu ya Allah..amiin [3] Re: Keberkatan menjamin ketenangan oleh cahayahati13781 Navigation [0] Kaifa Ihtadaitu [#] Forum Go to full version

REZEKI melimpah, halal dan berkat adalah dambaan atau keinginan setiap orang, apatah lagi disertakan dengan kedudukan yang mulia dan ilmu yang bermanfaat. Namun untuk mencapai kenyataan itu bukanlah mudah. Ini kerana wang yang melimpah dan kedudukan yang tinggi bukanlah sesuatu yang dapat membawa serta menjamin keberkatan hidup yang sejati. Ini membuktikan rezeki yang melimpah tidak menjamin kehidupan yang berkat. Rezeki yang melimpah juga tidak menjamin hidup yang harmoni, bahagia dan tenang. Allah berfirman: Sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat keadaan hamba-hamba-Nya. (asy-Syura: 27) Kita sering melihat orang yang diberi rezeki yang melimpah tetapi menggunakan kekayaan mereka bagi mengingkari Allah, membelanjakan pada jalan sesat dan digunakan bagi mencari tempat di neraka. Bukankah itu kebodohan yang nyata? Sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya memakan rezeki yang baik dan jangan mengikut jejak syaitan. Sesungguhnya, syaitan adalah musuh yang nyata. Rezeki yang halal dan berkat dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati. Ia juga dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat Dhuha. Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki yang diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga. Waktu yang sesuai untuk sembahyang Dhuha: Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan ditakhirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Masanya dalam pukul 7 pagi-1 tengahari. Perlaksanaan: Pada asasnya perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut. Islam itu mudah, kita ikut mana yang rasa kita mudah. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang

membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah bermaksud: Adalah Nabi Sallallahu alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya. (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah) Untuk mengamalkan sunat Dhuha, bagi yang bekerja, dicadangkan mengambil wuduk di rumah. Selepas itu kita akan menaiki kenderaan dalam keadaan berwuduk ke tempat kerja dan insyaallah mendapat perlindungan Allah S.W.T semasa perjalanan. Bila sampai ke tempat kerja terus mengerjakan sembahyang Dhuha. Niat bagi sembahyang Dhuha ialah : Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala Bacaan surah yang digalakkan adalah seperti berikut:
Cara1 Rakaat 1 Rakaat 2 Al-Syamsy Al-Laiil Cara2 Al Dhuha An Nasr Cara3 Al-Kursi 7X Al-Iklas 11X

Bacaan bagi sujud terakhir:(dibaca sebanyak 3 kali)

Doanya : Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Hikmah: Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu alaihi wasallam bersabda bermaksud : Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikannya sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hambahambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya, ( Riwayat At-Thabarani ) Nota tambahan; Kepada mereka yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Sebenarnya boleh kita baca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan semata-mata harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dan doanya pun, kita boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari illahi. Sumber: Zaharuddin.net, Halaqah Redz@Gjan

One Response to Solat Sunat Dhuha

Keberkatan menjamin ketenangan

SETIAP kali sebelum menjamah makanan, kita pasti tidak terlepas membaca doa yang berbunyi Ya Allah, berkatilah rezeki kami dengan apa yang Engkau berikan kepada kami dan jauhi kami dari seksaan api neraka. SENTIASA MERASA CUKUP. rezeki yang berkat menjadikan seseorang itu sentiasa merasa cukup dan tenang walaupun bukan hidup dalam kemewahan. Bermakna, kita memang mengharapkan makanan dan apa saja rezeki yang kita peroleh diberkati Allah. Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tiada seorang pun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperoleh salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa. (Hadis riwayat at-Tabrani). Yang jelas, pengharapan kita untuk mendapatkan rezeki yang berkat menjadikan kehidupan kita lebih tenang, cukup dan sentiasa dalam naungan Allah. Rasulullah bersabda: Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Justeru, dalam isu keberkatan, setiap Muslim perlu mempunyai sifat qanaah iaitu reda dan menerima apa saja tanpa menuntut perkara yang bukan keperluannya. Lawan kepada sifat qanaah adalah tamak. Ia menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki orang lain. Maka, ucapan Alhamdulillah perlu dilafazkan bagi menanam sifat qanaah supaya kita sentiasa menerima perkara yang baik. Rezeki adalah ketentuan Allah kurniakan kepada hamba-Nya dari pelbagai sudut. Terdapat tiga kesudahan rezeki iaitu jika pakaian, lama kelamaan pasti ia terbuang, makanan menjadi najis atau menjadi bekalan di akhirat jika dibelanjakan ke jalan Allah. Justeru, untuk menambah keberkatan kita perlu membiasakan diri dengan amalan bersedekah. Sifat pemurah akan memberikan ketenangan kepada diri selain turut disayangi orang lain. Kita perlu ingat, harta yang kita miliki selama ini terdapat juga hak orang lain yang wajib ditunaikan. Kekayaan bukan terletak pada hebatnya harta seperti kereta mewah, rumah, tanah serta perniagaan yang dijalankan tetapi kekayaan iman yang mencerminkan kesederhanaan hidup. Dari Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: Allah berfirman kepada malaikat pembahagi (pengedar) rezeki kepada bani Adam: Mana satu hamba-Ku yang kamu temui menuju harapannya kepada Aku semata- maka jaminkanlah rezekinya di langit dan bumi. Dan mana satu hamba-Ku yang kamu temui sedang mencari rezekinya, sesungguhnya dia sedang menuntut keadilan, maka lorongkanlah jalan-jalannya tetapi jika dia menuntut selain dari itu, maka biarkanlah antara mereka dengan apa yang mereka tuntut itu, kelak

mereka tidak akan memperoleh lebih daripada apa yang Aku tentukan untuk mereka itu. (Hadis riwayat Abu Naim). Apabila rezeki tiada nilai keberkatan, kita sentiasa dalam suasana tidak mencukupi. Ada satu, mahu yang lain dan begitulah seterusnya namun tetap merasa kekurangan. Berkat bermaksud peningkatan serta penyuburan iaitu yang sedikit kita merasa seolah-olah banyak dan mencukupi. Allah Maha Berkuasa untuk memberi, menarik, meluas serta menyempitkan rezeki sesiapa sahaja. Memang banyak hikmah rezeki yang berkat, antaranya menjadi punca termakbulnya doa. Ingatlah, jika Allah cepat memakbulkan sesuatu doa hamba-Nya itu, bermakna Allah amat menyayanginya. Jika Allah lambat memakbulkan doa, maka itu adalah satu ujian buat hamba-Nya manakala jika Allah tidak memakbulkan doa seorang hamba-Nya maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Jadi, kita perlu sentiasa mencari keberkatan dalam hidup seharian kerana ia penting bagi menjamin kesejahteraan. Apabila mendapat keberkatan, kemurahan rezeki itu secara langsung dapat dinikmati. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Barang siapa yang ingin murah atau lapang rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia menghubungkan atau menyambungkan silaturahim (sesama manusia) (Riwayat Bukhari). Kita jangan mendidik diri dengan sifat kedekut kerana ia menyempitkan rezeki. Rezeki amat berkait rapat dengan peribadi seseorang. Ia akan tertahan apabila mereka bergelumang dengan dosa yang dilakukan seharian tanpa bertaubat. Firman Allah yang bermaksud: Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. (Surah al-Baqarah ayat 168). Bagaimana kehidupan kita jika sentiasa bergelumang dengan pendapatan haram? Rasulullah bersabda yang bermaksud: Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya. (Hadis Riwayat At-Tarmizi). Seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis; apabila Said Bin Abi Waqas meminta agar Rasulullah mendoakannya supaya Allah memperkenankan doanya, maka Rasulullah bersabda yang bermaksud: Perelokan sumber rezekimu, pasti doamu dimakbulkan. Kadang kala kita hairan kerana umat Islam takut untuk memakan daging babi kerana ia adalah haram tetapi mereka selamba dan acuh tidak acuh apabila mengambil pendapatan haram. Penceramah dan perunding motivasi, Mohd Zawawi Yusoh berkata, berkat berkaitan dengan langkah kita ke syurga ataupun neraka. Setiap pekerjaan yang dilakukan janganlah sehingga mengabaikan ibadat asas seperti solat kerana ia menghilangkan keberkatan rezeki.

Jika solat terabai, berat untuk sedekah, bersikap acuh tak acuh dengan pengeluaran zakat maka akan hilang nilai keberkatan itu sendiri, katanya. Beliau berkata keberkatan juga berkait rapat dengan cara dan proses seseorang itu mendapatkan rezekinya tidak kira apa saja pekerjaan yang mereka lakukan. Tanda keberkatan adalah semakin banyak mereka menerima sesuatu, semakin taat mereka kepada Allah dan semakin baik hubungan dengan orang di sekeliling. Bagi mereka yang bekerja di pejabat, mereka perlu mematuhi peraturan iaitu cukup masa bekerja, tuntutan kerja lebih masa dibuat dengan betul serta tidak mencuri tulang, katanya. Selain itu, beliau berkata pelaksanaan kerja juga perlu sentiasa betul agar yang menurut perintah Allah s.w.t. Dalam perniagaan misalnya, jika pelaksanaannya tidak betul seperti unsur penipuan dan riba dalam pengurusan, pasti hasilnya tidak sah. Kerja yang berkat dan sempurna sentiasa melaksanakan perintah Allah. Firman Allah yang bermaksud: Dan katakanlah (Wahai Muhammad): Bekerjalah kamu. Nanti Allah akan melihat pekerjaanmu serta Rasul-Nya dan orang-orang Mukmin. Nanti kamu akan di kembalikan kepada Yang Mengetahui yang ghaib dan yang hadir, lalu dikhabarkan-Nya kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Surah at-Taubah ayat 105). Katanya, Allah mengurniakan kepada manusia pelbagai bentuk rezeki seperti wang, pangkat mahupun kuasa. Manusia perlu menitikberatkan usaha mencari rezeki halal supaya hidup bertambah berkat di dunia dan akhirat. Apabila sumber itu halal, maka lahirlah perbuatan mulia. Manakala jika makanan itu berpunca dari sumber haram, akan lahirlah perbuatan tercela, katanya.

TARIKH 1 Mei adalah tarikh Hari Pekerja yang disambut di seluruh dunia. Pada tarikh ini semua majikan seharusnya memahami dan merasakan bahawa tanpa pekerja yang rajin, jujur dan amanah semua matlamat sukar untuk dicapai. Begitulah pentingnya pekerja di sisi majikan. Pekerja yang dedikasi, jujur dan amanah sukar dicari pada masa kini. Kebanyakan mereka yang bekerja hanya untuk mendapat gaji dan imbuhan. Bekerja sebagai ibadah seharusnya menjadi matlamat dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Bagaimanapun, masih ada mereka yang bekerja dengan jujur, amanah, dedikasi dan menjadikan kerja sebagai ibadah dalam kehidupan. Mereka ini bekerja demi menyara keluarga dan anak yang masih bersekolah, sama ada di sekolah rendah, menengah dan universiti. Mereka mengharapkan kerja halal dan daripada hasilnya akan mendatangkan keberkatan kepada keluarga dan anak-anak pada masa akan datang. Konsep bekerja sebagai ibadah mesti diterapkan dalam melaksanakan kerja yang diamanahkan. Melalui kerja sebagai ibadah akan menjelmakan segala amalan agama dalam bentuk praktikal. Ia juga menjadikan semua anggota dan pancaindera manusia mengabdikan diri kepada Allah. Justeru, ibadah perlu difahami dalam konsep lebih luas meliputi ibadah khusus (fardu ain) iaitu solat, zakat, puasa dan haji di samping tuntutan ibadah umum (fardu kifayah) seperti kebajikan, melakukan pekerjaan, amalan sunat dan sebagainya. Apa pun pekerjaan yang dilakukan mesti halal agar dapat memberikan kebaikan dan pahala serta mendapat keberkatan di sisi-Nya. Pekerjaan yang tidak halal bukan saja menyumbang kepada dosa malah tidak akan mendatangkan keberkatan kepada diri dan keluarga. Keberkatan yang dimaksudkan di sini ialah wang yang diperoleh daripada hasil kerja walaupun sedikit, tetapi mencukupi untuk menanggung dan menyara keluarga. Bagaimanapun wang yang diperoleh daripada kerja yang tidak halal tidak pernah cukup walaupun banyak. Di sinilah konsep kerja sebagai ibadah juga menyumbangkan kepada keberkatan. Mereka yang bekerja dengan jujur, ikhlas, dedikasi serta amanah akan memperoleh pendapatan yang berkat. Mencari rezeki yang halal daripada pekerjaan sangat digalakkan dalam Islam yang mendatangkan keberkatan. Allah berfirman yang bermaksud: Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan ayat-ayat Kami, maka Kami seksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan. (Surah Al-Araf: 96).

Tanpa iman dan amal soleh menyebabkan kemunduran yang menjadi syarat untuk mendapat limpahan nikmat dan rezeki daripada Allah. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu dan harga barang meningkat, ia menjadi ujian yang harus dihadapi dengan tenang dan sabar. Mata pencarian dan hasil kerja mesti halal. Nabi s.a.w. pernah berpesan: Mencari rezeki yang halal adalah wajib sesudah menunaikan yang fardu (seperti solat, puasa dan lain-lain). (Riwayat Ath Thabrani dan Al Baihaqi). Justeru, sebagai pekerja lakukan kerja halal yang diamanahkan dengan penuh taat dan jujur bagi kesejahteraan seluruh umat. Dalam melaksanakan kerja, jangan hentikan usaha yang mulia sebelum hasilnya dapat dikecapi dan dinikmati. Kepuasan dalam bekerja terletak pada usaha gigih. Berusaha dengan gigih dan keras merupakan kunci kejayaan dalam setiap pekerjaan. Oleh sebab itu, kerja yang dilakukan dengan penuh semangat tanpa mengenal putus asa, akan dapat mengatasi segala-galanya. Dalam kehidupan, selagi kita bernyawa dan boleh bekerja, kita mesti bekerja dengan tujuan sebagai ibadah kepada keluarga, bangsa dan negara. Segala-galanya akan menjadi amalan yang baik. Nilai hidup seseorang akan diukur melalui kerja yang mulia yang dilakukan semasa hayatnya, bukan pada usia yang lanjut tanpa melakukan apa-apa kerja yang berfaedah untuk orang lain. Imam As-Syafei pernah menyatakan berpergianlah, nescaya anda akan mendapat ganti daripada orang yang anda tinggalkan, kemudian bekerja keras kerana kelazatan hidup terletak di sana. Oleh sebab itu, bekerja keras demi menanggung anak dan isteri serta keluarga adalah amal kebajikan yang baik. Di sinilah letaknya bekerja sebagai ibadah. Ketelitian dan kerajinan dalam pekerjaan akan membuahkan keberuntungan pada masa depan. Pada masa kini dalam melaksanakan apa jua kerja ilmu dan kemahiran sangat penting. Gabungan kedua-dua perkara ini dapat memberikan kejayaan dan kemanfaatan kepada bidang kerja yang dilakukan. Bidang pekerjaan juga sangat luas dan memerlukan pelbagai ilmu dan kemahiran yang tinggi. Apabila sesuatu kerja itu dapat dilakukan dengan menyeronokkan ia akan membawa kegembiraan dalam hidup. Bekerjalah dengan tabiat yang baik seperti tidak curi tulang, rajin dan dedikasi yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan pembangunan negara. Peribahasa Arab mengatakan: Kalau kerja itu menyusahkan, menganggur pula adalah merosakkan. Oleh itu, bagi mereka yang tidak bekerja elakkan daripada menganggur. Bagi mereka yang belum bekerja, carilah kerja yang sesuai dan diminati supaya kerja tersebut menjadi senang dan menggembirakan sepanjang hidup. Dalam hal ini, kita tidak digalakkan selalu bertukar kerja kerana sukar untuk menentukan masa depan. Pekerjaan yang paling baik adalah tetap walaupun sedikit upahnya. Apabila dibukakan pintu rezeki dan mendapat pekerjaan maka hendaklah seseorang itu jangan suka berpindah kepada pekerjaan lain iaitu mencari pintu rezeki lain bagi mendapatkan keberkatan.

Justeru, Nabi berpesan: Sesungguhnya Allah suka kepada hamba yang bekerja dan berusaha. Sesiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya maka dia serupa dengan seorang mujahid di jalan Allah aza wajalla. (Riwayat Ahmad). Begitulah pentingnya pekerjaan kepada diri, keluarga dan masyarakat. Lantaran itu, kerja yang baik akan menyumbang juga kepada pembangunan negara. Dalam hal ini, Allah memberi rezeki kepada hamba-Nya sesuai dengan kegiatan dan kemahuan usahanya serta cita-cit