Anda di halaman 1dari 31

Muzik Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan adalah berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi,

budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza, iaitu bunyi yang dikira sedap didengar oleh pendengarnya dan apa-apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan. Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar muzik pula adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang atau disiplin. Muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik yang boleh dibunyikan dengan beberapa gabungan alat muzik.

Eksplorasi Muzik Terdapat tujuh unsur yang dikatogerikan dalam eksplorasi muzik. Antaranya ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Melodi Irama Harmoni Warna ton Tekstur Bentuk Ekspresi

Melodi Melodi merupakan salah satu asas dalam elemen muzik. Not dibunyikan dengan pic dan tempoh tertentu. Dengan menyambungkan not-not dalam satu siri, satu demi satu, melodi akan terhasil. Melodi ialah not-not yang dapat menarik perhatian pendengar untuk mendengar. Melodi adalah turutan pic yang disusun sama ada secara menaik, menurun atau mendatar. Susunan pic ini terdiri daripada bunyi panjang atau pendek yang membentuk irama melodi yang berkontur. Melodi berubah apabila pic dan not diubah. Dalam muzik, melodi juga alunan, suara, atau baris merupakan siri turutan yang menghidupkan keharmonian kod. Walau bagaimanapun, turutan tersebut haruslah berubah dan kelihatan sebagai satu entiti yang dipanggil melodi. Secara khususnya, ia merangkumi corak perubahan nada dan tempoh, manakala secara umumnya ia merangkumi sebarang corak perubahan peristiwa dan mutu. Melodi boleh dikatakan hasil yang terdapatnya perhubungan corak yang berubah mengikut masa. Perubahan adalah perlu bagi "difahami sebagai terhubung atau tak terhubung." Melodi sering mengandungi satu atau lebih frasa muzik, motif dan sering diulangi dalam lagu atau pelbagai bentuk lain. Melodi juga boleh diterangkan dengan dengan pergerakan melodi atau nada atau selang antara nada, jurang nada, ketegangan dan pelepasan, sambungan dan koheren, kadens, dan bentuk.

i. Pic Pic adalah bunyi yang rendah, sederhana atau tinggi. Pergerakan ton boleh berulang ke atas atau ke bawah, mengikut langkah seperti anak tangga; mungkin separuh langkah, langkah penuh atau pun melompat. Turun dan naik ton menentukan pic. Contohnya, semasa menyanyi kan lagu Negaraku, pic pada ra adalah lebih tinggi daripada pic pada ne Solfa: do re mi fah soh lah ti do re. Melodi yang terdiri daripada pic yang sama membosankan pendengar. Semasa melodi dimainkan, pic akan menaik, menurun atau mendatar. Ini telah menghasilkan bentuk garisan melodi.

(a) Renj Dalam muzik, renj alat muzik ialah pic terendah dan pic tertinggi yang boleh dibunyikan. Bagi suara nyanian, pic terendah dan pic tertinggi adalah dikenali sebagai renj vokal. Renj muzik juga dikenali sebagai jarak antara not terendah dan tertinggi. Terma-terma seperti renj suara (sounding range), renj tulisan (written range), renj tempoh (duration range) dan renj dinamik (dynamic range) mempunyai makna yang sama. Renj suara (sounding range) merupakan pic yang dihasilkan oleh instrumen, manakala renj tulisan (written range) merujuk kepada not-not yang dituliskan dalam helaian muzik. Renj tempoh (duration range) ialah perbezaan antara irama terpendek dan irama terpanjang. Renj dinamik (dynamic range) ialah perbezaan antara suara yang paling kecil dan suara yang paling besar sesuatu instrumen. Dalam kumpulan koir, para penyanyi koir dikatogeri kepada kumpulan tertentu berdasarkan renj suara mereka. Penyanyi perempuan dibahagikan kepada soprano dan alto, manakala penyanyi lelaki dikatogeri kepada tenor dan bass. Berikut merupakan renj-renj suara soprano, alto, tenor dan bass.

Soprano Dari C tengah (C4) hingga ke A tinggi (A5) Alto Dari G3 (not G di bawah C tengah ) hingga ke F5 (F di oktaf kedua , di atas C tengah) Tenor Dari C3 (C yang terletak satu oktaf di bawah C tengah) hingga ke A4 (A di atas G tengah) Bass Dari E2(E yang terletak dua oktaf di bawah C Tengah) hingga ke E di atas C tengah.

(b) Tessitura Dalam muzik, tessitura merujuk kepada renj yang boleh diterima dan paling selesa dinyanyi oleh seseorang penyanyi atau insrtumen, atau renj yang membolehkan suara tersebut dikeluarkan dengan keadaan yang paling baik. Tessitura juda boleh didefinisikan sebagai pic renj yang paling kerap muncul dalam sesuatu skor muzik. Contohnya, tessitura bagi lagu Chan Mali Chan ialah not G kerana terdapat sebanyak 26 not G dalam skor tersebut dan bilangan tersebut merupakan bilangan not yang paling banyak.

ii. Jeda Semasa dua not dimainkan atau dinyanyikan, pendengar dapat mendengar not tersebut dengan serentak, sejelas seperti mendengar not tersebut satu demi satu. Dua-dua not ini menjadi satu apabila dimainkan bersama, tetapi identiti not tersebut tidak hilang. Kombinasi suara ini ialah jeda. Contohnya,

Apabila not yang sama dimainkan serentak oleh ledih daripada satu suara atau instrumen, suara tersebut dikatakan ialah Unison. Contohnya,

Major

M2

M3 *

P4

P5

M6

M7 *

Oktaf

Do Minor

Re m2 *

Mi m3

Fa P4

So P5 * So

La m6

Ti m7

Do Oktaf

Do

Re

Mi Fa * = semiton

La

Ti

Do

Jenis jeda Unison Minor kedua, m2 Major kedua, M2 Minor ketiga, m3 Major ketiga, M3 Perfek keempat, P4 Perfek kelima, P5 Minor keenam, m6 Major keenam, M6 Minor ketujuh, m7 Major ketujuh, M7 Oktaf, P8

Bilangan semiton 0 semiton 1 semiton 2 semiton 3 semiton 4 semiton 5 semiton 7 semiton 8 semiton 9 semiton 10 semiton 11 semiton 12 semiton

iii. Kontur Kontur merupakan pergerakan lagu. Kontur disebut Disjunct (melodi melompat) atau Conjunct (melodi bertangga / mengikut langkah). Gerak bertangga (conjunct motion) ialah melodi yang menaik dan menurun dengan perlahan, dan hanya terdapat perbezaan yang sedikit antara not yang pertama dan seterusnya. Gerak berlompat (disjunct motion) pula ialah melodi yang menaik dan menurun dengan cepat, dan terdapat jarak jeda yang besar antara dua not. Contohnya,

Gambar 1 : Bentuk gerbang yang menunjukkan Kenaikkan dan penurunan pic dalam melodi.

iv. Rangkai lagu Rangkai lagu ialah satu frasa lagu yang dinyanyikan senafas. Contohnya , lagu NEGARAKU. Penyanyi haruslah mengambil nafas dalam masa tertentu atau masa yang sesuai supaya tidak menggangu tempo lagu tersebut. Simbol dalam skor lagu memberikan perhatian kepada ahli muzik supaya dia mengambil nafas bagi membolehkan dia menyanyi rangkai lagu seterusnya dengan lancar. v. Skel Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut langkah tertentu, contohnya skel C major. Skel adalah koleksi pic yang disusun secara menaik atau menurun. Skel digunakan untuk menunjukkan bagaimana not not muzik digunakan untuk membentukan melodi. Skel juga merujuk kepada satu siri not yang picnya menaik atau menurun dalam turutan. Pada sesebuah piano, terdapat kunci putih dan kunci hitam. Jika kami bermula main dengan not C dan key putih seterusnya hingga ke not C yang terletak di oktaf seterusnya, kami telah memainkan skel C major. Terdapat 8 not dalam setiap skel. Not not yang terdapat dalam skel C major bermula dengan C (tengah), D, E, F, G, A, B dan C (tinggi), ataupun di oktaf yang ledih tinggi dan lebih rendah. Skel juga boleh dimainkan dengan menurun, contohnya, C (tinggi), B, A, G, F, E, D dan C (tengah). Pada skel C major, terdapat 5 ton dan 2 semiton. E F, B- C adalah satu semiton, manakala C D, D E, F G, G A, dan A B adalah satu ton.

Skel Diatonik ( Diatonic scale ) Dalam teori muzik, skel diatonik mengandungi lapan not not muzikal yang dijarakkan atau dipisahkan oleh ton dan semiton. Skel diatonik terdiri daripada lima ton dan dua semiton. skel major dan minor merupakan skel diatonik.

Skel Major Skel major adalah salah satu contoh skel diatonik. Skel major mengandungi tujuh not dan ditambah dengan not pertama ( tonic ) sebagai not ke lapan iaitu oktaf. Skel major terbentuk daripada gabungan lima ton dan dua semiton. Untuk membentuk skel major, not tonik sehingga oktaf mestilah disusun mengikut T, T, S, T, T, S. T ialah ton dan S ialah semiton.

Gambar 3 : Gambar di atas menunjukkan bilangan dan jenis kromat yang terdapat dalam setiap skel major.

Skel Minor Skel minor juga merupakan salah satu contoh skel diatonik. Skel minor mengandungi tujuh not dan ditambah dengan not pertama ( tonic ) sebagai not ke lapan iaitu oktaf. Skel minot terdiri daripada minor natural, minor harmonik dan minor melodic. Skel minor natural terbentuk daripada gabungan lima ton dua semiton. Untuk membentuk skel minor, not tonik sehingga oktaf mestilah disusun mengikut T, S, T, T, S, T, T. ( T ialah ton dan S ialah semiton)

Gambar 4 : Gambar di atas menunjukkan bilangan dan jenis kromat yang terdapat dalam setiap skel minor.

Skel Minor Harmonik Skel minor harmonik terbentuk mengikut sunsunan T, S, T, T, S, T, T tetapi not ke tujuh dinaikkan sebanyak satu satu semitone. Contohnya:

Dalam skel minor harmonik, tanda kromat tidak dituliskan di depan baluk. Tanda kromat Cuma dituliskan pada not yang perlu disyapkan atau difletkan sahaja.

Skel Minor Melodik Skel minor melodik terbentuk mengikut T, S, T, T, S, T, T not keenam dan ketujuh dinaikkan sebanyak satu semiton apabila skel disusun secara menaik, not keenam dan ketujuh akan diturunkan sebanyak satu semiton apabila disusun secara menurun.

vi. Solfa Solfa merupakan teknik pengajaran untuk mengajar nyanyian semerta (sight singing). Setiap not dalam skor dinyanyi dengan muzik silabik. Dalam muzik, solfa merupakan satu teknik nyanyian menggunakan suku kata mengikut pic tertentu. Tangga solfa menaik mengikut turutan 1 oktaf ialah Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, Do'. Tujuh muzik silabik yang biasa digunakan untuk latihan oleh Negara-negara barat ialah : do (doh dalam tonik solfa), re, mi, fa, sol(so dalam tonik solfa), la dan ti/si. Berikut merupakan contoh solfa bagi lagu Chan Mali Chan. (nyanyi ikut melodinya) So so so so so fa mi so fa mi re Re la la la la la so la ti to ti la so So so so so so fa mi so fa mi re Re la la la la la so la ti to ti la so To to to to ti ti ti ti la la la la so la ti to ti la so Langkah-langkah mengajar lagu menggunakan solfa dengan isyarat tangan. a) Pic dikenalkan dengan isyarat tangan berdasarkan lagu. b) Murid menyanyikan lagu berpandukan isyarat tangan guru. Ini dilakukan secara baris demi baris.

Irama Irama merupakan kesatuan melodi yang tak terpisahkan dengan melodi, harmoni, dan juga sebagai sesuatu faktor ekspresi melalui penggunaan tubuh dan berkenaan dengan instrument perkusi.

Pengembangan konsep irama meliputi: detik, meter corak irama, tempo dan rentak. Tujuan pengembangan konsep muzik pada anak adalah untuk mengembangkan konsep rasa irama. Rasa irama dapat dilatih melalui membaca notasi irama, misalnya: guru menulis notasi irama di papan tulis atau menggunakan peta irama, kemudian anak berlatih bertepuk dan berhenti sesuai notasi (tepuk dan diam). Pengajaran irama Perancis terhadap anakanak juga penting kerana irama ini memudahkan anak-anak bertepuk dengan detik yang betul. Sebelum memahami elemen-elemen ini, nama not dan nilainya haruslah diketahui terlebih dahulu.

Pengajaran irama melalui tepuk tangan.

Not Semibrif Minim bertitik Minim Krocet Kuaver Semikuaver Irama Perancis

Irama Perancis Ta a a a Ta a a Ta a Ta Ta te Ta- fa te- fe

(a) Detik Dalam muzik, detik adalah unit denyutan. Denyutan yang berulang dan berterusan adalah elemen yang fundamental dan penting dalam seni muzik. Jangka masa dari satu detik ke satu detik diukur dengan nilai not muzik. Detik ialah rentak yang konsisten, contohnya denyutan jantung. Dalam sesuatu muzik terdapat bunyi berkala iaitu bunyi yang tetap yang boleh ditepuk sepanjang muzik tersebut. Ada tempat yang detiknya lebih kuat dirasai dan ada tempat yang kurang kuat. Detik yang kuat diistilahkan sebagai tekanan (accent). Bahagian detik yang kuat ini kadang-kadang ditanda dengan simbol > . Semasa kami menepuk tangan atau menghentak kaki dengan mengikut muzik, kami sebenarnya tengah memberi responsi kepada muzik dan mengira detik. Detik membahagikan muzik kepada unit masa. detik boleh ditunjukkan melalui garisan masa (timeline). Contohnya, Detik Masa Dengan menyanyi lagu America : My coun- try tis of three, Sweet land of lib- er ty,

Of

three

sing

Land

Setiap tanda menunjukkan detik, perkataan sing perlu dinyanyikan selama 3 detik. Kadang-kadang detik adalah kuat dan mudah untuk dikesan terutamanya dalam muzik rock dan persembahan pancaragam, tetapi ia juga boleh menjadi lembut dan susah dikesan. Hal ini demikian kerana pemain lagu rock dan pancaragam kerap menggunakan drum.

(a) Meter Dalam bidang muzik, sesetengah detik dikuatkan dan ditekankan daripada yang lain. Organisasi detik dalam kumpulan ialah meter. Kumpulan yang mengandungi nombor detik yang tetap dikenali sebagai ukuran (measure). Detik yang dikuatkan atau ditekankan dikenali sebagai derap bawah (downbeat). Dalam muzik, terdapat beberapa jenis meter. Jika measure

mempunyai 2 detik, jadi meter ini ialah meter duaan (duple meter). Meter ini dikira dengan 1-2, 1-2. Contohnya, lagu Mary had a little lamb. Ma-ry had 1 2 a lit-tle lamb, lit-tle lamb, lit-tle lamb 1 2 1 2 1 2

Detik 1 ditekankan.

Jika measure mempunyai 3 detik, jadi meter ini ialah meter tigaan (triple meter). Meter ini dikira dengan 1-2-3,1-2-3. Contohnya lagu America.

My 1 Of 1

coun- try tis 2 three 2 3 I 3 1 sing 1 2 2

of three, 3

Sweet land 1 2

of 3

lib- er ty, 1 2 3

Meter quadruple (quadruple meter) mempunyai 4 detik. Detik 1 meter ini ditekankan tetapi detik 3 juga dikuatkan sedikit. Meter ini dikira dengan 11-2-3-4, 1-2-3-4. Perkataan pertama contoh lagu dibawah ialah derap atas (upbeat): Mine eyes have seen the glo-ry of the 1 2 3 4 com-ing of the Lord; He is 1 2 3 4

Meter dikategorikan kepada dua jenis, iaitu meter lazim dan meter tidak lazim. Carta di bawah menunjukkan jenis-jenis meter. Jenis meter Ukuran meter Meter duaan (duple meter) Meter tigaan (triple meter) Meter quadruple (quadruple meter) Meter lazim 2 2 3 2 4 2 2 4 3 4 4 4 2 8 3 8 4 8 Meter tidak lazim 2 4 9 4 12 4 6 6 8 16 9 9 8 16 12 12 8 16

Dalam meter, nombor di bahagian atas merujuk kepada bilangan not, manakala nombor di bahagian bawah merujuk kepada jenis not. Contohnya,

2. Nombor 2 membawa maksud bahawa terdapat 2 krocet dalam satu bar.

2
4
1. Nombor 4 mewakili jenis not krocet. Ini kerana terdapat 4 krocet dalam satu semibrif.

4 Meter 4 merupakan sukat lazim (common time). Carta berikut menunjukkan nombor-nombor yang mewakili jenis not. Nombor 2 4 8 16 Jenis not minim krocet kuaver semikuaver

(b) Corak irama Corak irama terbentuk apabila bunyi dan senyap (rehat) disusun menggunakan berlainan nilai masa untuk menjadikan satu corak yang nyata. Semasa menulis corak irama, pembahagian meter adalah penting sebagai panduan dan sukatan nilai not dalam setiap bar agar menepati bilangan detik yang ditetapkan mengikut meter yang digunakan. Antara elemen yang terkandung dalam corak irama ialah nilai not dan tanda rehat (tripet, titik bertanda pada not), tekanan, sinkopasi serta anakrusis . Nilai not dan tanda rehat (not breve, tripet, titik bertanda pada not) (1) Nilai not

Nama

Carta

Nilai

Semibrif Minim Krocet Kuaver

(2) Tanda rehat


Name Not Rehat Nilai

(3) Not bertitik

Minim bertitik

Krocet bertitik

Kuaver bertitik

(4) Triplet Setiap not boleh dibahagikan untuk menjadi triplet dalam bentuk ini.

Triplet ini dimainkan dalam masa satu krocet.

Triplet ini dimainkan dalam masa satu semibrif.

Triplet ini dimainkan dalam masa satu kuaver.

Triplet ini dimainkan dalam masa satu minim.

Triplet ini dimainkan dalam masa satu minim.

Triplet ini dimainkan dalam masa satu semibrif.

Triplet ini dimainkan dalam masa satu krocet.

Triplet ini dimainkan dalam masa satu kuaver.

Tekanan dan sinkopasi Semasa menyanyi atau memainkan sesuatu corak irama sering kali terdapat detik yang dirasakan lebih kuat atau lebih diberi penegasan yang lebih daripada detik-detik lain. Menguatkan detik tertentu diertikan sebagai memberi tekanan. Simbol ^ dan > digunakan sebagai tanda tekanan pada detik yang berkenaan.

Sinkopasi ialah gangguan dalam pengaliran irama. Contoh kepada sinkopasi ialah kemunculan tekanan irama pada not yang biasanya tidak ditekankan. Sinkopasi telah digunakan dalam pelbagai jenis muzik dan merupakan asas muzik Afrika seperti ragtime, jazz, jump blue, funk, rap dan lain-lain. Contohnya, dalam meter tekanan biasanya dikenakan pada detik nombor genap, jika tekanan ditekan pada detik nombor bulat, irama meter tersebut dikatakan telah disinkopasikan.

Anakrusis Dalam muzik, anakrusis ialah not atau urutan not yang mendahalui derap bawah pertama dalam bar. Contohnya, dalam lagu Happy Birthday to You, anakrusis dikenakan pada perkataan Happy manakala tekanan dikenakan pada perkataan Birthday. Dalam lagu The Star Spangled Banner, perkataan Oh ialah anakrusis.

x x

x /

Oh, say, can you see, by the dawn's ear ly light. . .

(c) Tempo Tempo adalah unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik dalam sesebuah lagu. Sesetengah lagu boleh dicipta dalam tempo cepat, lambat atau sederhana. Tempa boleh dinyatakan dengan menggunakan istilah seperti Allegro, Andante dan Moderato. Tempo juga boleh dinyatakan dalam bentuk digit mengikut sukatan Metronome dan ditulis seperti berikut:

Berikut merupakan makna terma-terma yang menunjukkan tempo. Biasanya terma-terma ini boleh dilihat di pemulaan skor lagu. Terma largo grave adagio andante moderato allegretto allegro vivace presto prestissimo Maksud Sangat lambat, luas Sangat lambat, serius Lambat Sederhana lambat, kadar jalan kaki Sederhana Sederhana cepat Cepat Meriah Sangat cepat Secepat yang boleh

(d) Rentak Rentak merupakan corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi lagu. Corak irama rentak memberi identity kepada sesebuah lagu sebagai lagu Mac, Waltz, Inang, Masri ,Asli, Sumazau dan Joget. Beberapa contoh corak irama rentak tersebut adalah seperti berikut:

(e) Ostinato Ostinato ialah satu corak irama yang dinyanyikan atau dimainkan secara instrumental berulang-ulang dalam sesebuah lagu lazimnya sebagai iringan dan harmoni.

Warna Ton Kebanyakan orang dapat membezakan alat instrument seperti trompet dan flut walaupun alat-alat tersebut tengah memainkan ton yang sama. Kualiti yang membezakan bunyi alat-alat ini adalah dikenali sebagai warna ton. Perubahan pada warna ton menghasilkan kepelbagaian dan sebaliknya. Contohnya, melodi yang sama akan memberikan kesan ekspresi yang berlainan. Jika melodi tersebut dimainkan oleh trombon dan saxofon, warna ton melodi yang dihasilkan memberikan ekspresi yang lain. Instrumen yang mempunyai saiz yang berbeza menghasilkan renj dan warna ton yang berbeza. Contohnya, soprano, alto, tenor, baritone, bass saxophone. Warna ton sesebuah instrumen adalah bergantung kepada renj yang dapat dimainkan. Contohnya, Klarinet menghasilkan bunyi yang gelap (dark) dan kaya (rich) semasa dimainkan pada pic yang rendah, dan memberikan warna ton yang bijak (brilliant) dan tinggi (piercing) semasa dimainkan pada pic yang tinggi. Kebanyakan instrumen mempunyai renj yang besar berbanding dengan suara, biasanya instruman ada 3-4 oktaf dan terdapat juga instrumen yang mempunyai 6-7 oktaf. Instumen dikatakan menghasilkan warna ton lebih cepat daripada suara. Terdapat lima jenis instrumen yang masing-masing menghasilkan warna ton yang berlainan semasa dimainkan, antaranya ialah idiofon, aerofon, kordiofon, membranofon dan elektrofon. Idiofon adalah muzik yang sumber bunyinya berasal dari bahan dasarnya. Contohnya, kolintang, drum, bongo, kabasa dan angklung. Aerofon adalah alat muzik yang sumber bunyinya berasal dari hembusan udara. Contohnya, seruling, trompet, harmonika dan trombon. Kordiafon adalah alat muzik yang sumber bunyinya berasal dari tali. Contohnya, bass, gitar, biola, sitar, piano dan kecapi. Elektrofon adalah alat muzik yang suber bunyinya dari selaput atau membrane. Contohnya, kibor, gitar elektrik, dan piano elektrik.

Dalam koir, ahli koir dibahagi dalam kumpulan yang berbeza mengikut warna ton untuk menyanyikan renj yang yang lain. Hal in demikian kerana warna ton ahli lelaki dan ahli perempuan adalah sangat berbeza. Warna ton sesame jantina juga mempunyai perbezaan juga. Suara perempuan dikategorikan di bawah soprano dan alto, manakala lelaki dikategorikan di bawah tenor dan bass. Warna ton suara kanak-kanak dan dewasa juga berbeza, kanak-kanak boleh menyanyi pic yang lebih tinggi daripada orang dewasa.

Tekstur Tekstur ialah adunan muzik. Tekstur ialah kombinasi ciri melodi, irama dan harmoni dalam muzik, jadi tekstur menentu segala kualiti muzik. Tekstur sentiasa menerangkan ketumpatan, ketebalan dan renj atau luas antara pic terendah dan pic tertinggi. Contohnya,

Terdapat 3 jenis tekstur dalam muzik, iaitu monofon, polyfon, dan homofon. Jenis tekstur Monofon keterangan -tekstur garisan melodi yang tidak ditemani oleh melodi lain, maksudnya cuma Lagu Pop goes the Weasel menyanyi visual

terdapat satu bunyi. -Jika anda

seorang, anda menghasilkan muzik monofon. -mempersembahkan garisan melodi oleh satu lebih

daripada satu instrumen atau suara dikenali sebagai unison dan juga menghasilkan

tekstur monofon.

Polyfon

-persembahan

garisan

serentak yang dilakukan oleh dua atau lebih garisan melodi menghasilkan monofon. -dalam beberapa menyaing menambah dibandingkan melukis. melodi Setiap tekstur, garisan untuk terdapat melodi Lagu Book 1 - Fugue No. 21 in Byang flat major (BWV 890) tekstur

perhatian,

dimensi

dengan garisan saling

memperkayakan satu sama lain. Homofon -melodi utama yang ditemani oleh kord menghasilkan

tekstur homofon. -perhatian adalah fokus pada melodi, tetapi disokong dan diperkayakan oleh muzik latar Lagu If ye love me belakang.