Anda di halaman 1dari 32

ABSTRAK

Latihan industri dapat memberikan pendedahan kepada pelajar untuk memperolehi pengalaman suasana pekerjaan sebenar yang berkaitan dengan bidang kewangan serta dapat membentuk sikap positif dan bersedia terhadap alam pekerjaan. Pelajar juga dapat membina dan meningkatkan kemahiran professional dan pengetahuan yang berkait rapat dengan keperluan gunatenaga dan industri pada masa kini serta pelajar dapat mengetahui cara-cara aliran kewangan dalam sesebuah syarikat. Oleh itu, pelajar dapat membuat analisa kewangan apabila bekerja di syarikat lain pada suatu hari nanti.

Penghasilan laporan latihan industri ini dibuat berdasarkan fakta dan pengalaman yang dilalui semasa menjalani latihan industri ini serta semangat kerjasama dan penerangan serta tujuk ajar daripada kakitangan di sini. Selain itu, merujuk fail-fail kewangan syarikat juga dapat membantu untuk penghasilan laporan ini

Semasa menjalani latihan industri di Menara Teknik ini, saya telah diberi peluang oleh pihak pengurusan Menara Teknik untuk membantu dalam kerja-kerja membuka akaun pada setiap bulan, untuk membuat akaun haruslah berpandukan penyata bank. Selain itu, saya diberi tunjuk ajar bagaimana untuk membuat invois.

1.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT

Menara Teknik mula beroperasi pada 25 Mac 1997. Syarikat ini mempunyai pengkhususan dalam perkhidmatan perundingan kejuruteraan Elektrik dan Mekanikal. Syarikat ini mempunyai dua cawangan iaitu kejuruteraan mekanikal yang beroperasi di Seremban

manakala cawangan elektrik beroperasi di Melaka. Kedua-dua prinsipal Menara Teknik merupakan seorang jurutera professional dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini serta memenuhi piawaian JKR, keperluan pihak berkuasa tempatan serta undang -undang bangunan. Pengarah-pengarah dari Menara Teknik merupakan bekas-bekas Jurutera dari Jabatan Kerja Raya Elektrik dan Mekanikal (JKR). Mereka juga proaktif dan membenarkan perkhidmatan kerajaan untuk menyertai dalam persekutuan banggunan. Menara Teknik lebih berminat dalam rekaan ataupun lakaran, implementasi, penyeliaan dan pentauliahan dalam infrastruktur projek untuk elektrik dan komunikasi serta perkhidmatan bangunan. Mereka berhubung dengan pelanggan, jurutera-jurutera konsultan, arkitek-arkitek, kerajaan dan pihak berkuasa.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di sini adalah merekabentuk, implementasi, penyeliaan dan pentauliahan dalam infrastruktur projek untuk kerja-kerja elektrikal, mekanikal dan telekomunikasi. Selain itu, Menara Teknik menawarkan servis untuk rekaan atau lakaran. Perkhidmatan yang lain adalah penentuan spesifikasi, menyediakan lukisan untuk projek,

menyediakan dokumen-dokumen tender serta tender projek, pengurusan dan penyeliaan projek, pemeriksaan dan pengujian projek serta menyelia kontraktor melakukan pengujian di tapak projek dan pengurusan projek secara keseluruhan.

1.2 CARTA ORGANISASI MENARA TEKNIK

MENARA TEKNIK
PRINSIPAL (ELEKTRIK) Ir. SH. JAAFAR B. SH. ISMAIL

JURUTERA KANAN Umar Bin Sirun

JURUTERA Effendy Bin Muhamad

PENTADBIRAN & KEWANGAN 1 Sh. Firhan Bin Sh. Zakaria

PENYELIA KANAN Zakaria Bin Putih

PEMBANTU TEKNIK Hairul Faiz Bin Wahat

PENTADBIRAN & KEWANGAN 2 Nor Azdhar Bin Mat Johan

JURUTEKNIK Helmi Hakim Bin Leman

JURUTERA Mohd Najib Bin Mohd Yusof

PEMBANTU KHAS Shahira Akmal Bte Md Taha

PEMBANTU JURUTERA Mohd Ramzi Bin Mohd Sari

JURUTERA Muhammad Nursham Bin Sapee

Menara Teknik diterajui oleh Ir Sh. Jaafar Bin Sh. Ismail sebagai pengarah syarikat. Beliau dilahirkan pada 12 September 1962. Beliau telah menamatkan pelajaran dalam bidang B.Sc. in Engineering (Hons) pada Mei 1985 dari Universiti Southern Illinois, Carbondale, U.S.A dan telah mendapat kelulusan iktisas dari Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera Profesional Berdaftar. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang elektrikal dan telah bekerja dalam sektor swata dan sektor kerajaan. Antara pengalaman bekerja beliau ialah :

a) 1 Jun 2000-2009

Jawatan Organisasi Pengkhususan

: Rakan Kongsi (Elektrik) : Menara Teknik : Kejuruteraan Elektrik, Perunding dan Pengurusan Kontrak

i.

Skop Kerja Menjalankan, melaksanakan dan memberikan servis perundingan kejuruteraan bahagian elektrik dan menyediakan khidmat nasihat untuk kerja-kerja kejuruteraan. Mengambil bahagian atau membantu dalam pembinaan, penyelenggaraan, perbaikan, pembangunan, kawalan kerja, operasi dan mengurus kerja-kerja elektrik.

b) 1 Januari 1997-31 Mei 2000

Jawatan Organisasi

: Pengurus Projek : ICM Industries Corp. Sdn. Bhd.

Pengkhususan : Perancangan, Merekabentuk, Menyelia & Menyelenggara

a)

Skop Kerja Bertanggungjawab dalam mengurus perancangan bandar, pengukuran, seni bina, awam&struktur, mekanikal dan elektrik servis untuk pembangunan Kolej Islam Melaka dan projek lain yang dijalankan oleh syarikat.

c) 17 Januari 1994 - 31 Disember 1996

Jawatan Organisasi

: Penolong Pengarah (Elektrik) : Jabatan Kerja Raya, Malaysia (Cawangan Melaka)

Pengkhususan : Perancangan, merekabentuk, penyeliaan, penyelenggaraan & pengurusan fungsi khas.

i) Skop Kerja Bertanggungjawab untuk merekabentuk, menyelenggara dan mengurus fungsi khas dalam servis pemasangan elektrik dan dipercayai oleh JKR Melaka. Juga mengandungi semua persatuan dan pembangunan kerajaan negeri dalam pemasangan lampu jalan dan kerja-kerja infrastruktur.

d) 1 Januari 1990 -16 Januari 1994

Jawatan Organisasi

: Jurutera Elektrik : Jabatan Kerja Raya, Malaysia (Cawangan Kerja Tentera, Cawangan Melaka)

Pengkhususan : Merekabentuk, menyelia & menyelenggara.

i) Skop Kerja Bertanggungjawab dalam merekabentuk, menyelia dan menyelanggara kerja-kerja pemasangan elektrik di bawah kuasa kehakiman dan JKR Melaka.

e) 1 April 1985 - 31 Disember 1989

Jawatan Organisasi

: Jurutera Elektrik : Jabatan Kerja Raya Malaysia (HQ Bahagian Elektrik, Kuala Lumpur)

Pengkhususan : Merekabentuk dan menyelia.

i) Skop Kerja Bertanggungjawab dalam merekabentuk dan menyelia pemasangan elektrik bagi projek-projek di bawah kementerian kediaman.

1.3

BIDANG KERJA PERUNDING M&E.

Di bawah merupakan skop-skop perkhidmatan yang ditawarkan oleh Menara Teknik. Namun demikian, perkhidmatan adalah berdasarkan kepada kehendak pelanggan (klien) dan ianya tidak hanya terbatas dengan perkara di bawah ini sahaja.

Di dalam melaksanakan sesebuah projek, penyelenggaraan bangunan mengikut system / perkhidmatan elektrik dan mekanikal perlulah diambil kira. Kebiasaannya, perkara-perkara yang terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan bangunan bagi perunding M&E ialah:

i.

Persiapan Projek a. Kos awal bagi taksiran dan rekabentuk; b. Butir-butir rekabentuk dan pelan; c. Penyusunan dokumen tawaran dan dokumen kontrak; d. Mencari tender baru dan tawaran tender.

ii.

Perlaksanaan Projek. a. Penyelenggaraan tapak bangunan dan pengurusn kontrak; b. Jadual kerja, pengawasan kos dan penyelengaraan.

iii.

Bantuan Bagi Kerja-Kerja Yang Dijalankan. a. Tugas-tugas penyelenggaraan.

iv.

Kerja-Kerja Elektrik: a. Electrical Services; b. Telephone & IT Services; c. PA (Public Address) & AV (Audio Visual)-ELV System

a)

Electrical Services

Bahagian Dalaman projek - Di dalam skop kerja-kerja elektrikal (di dalam bangunan) ianya merangkumi lighting works, pemasangan power supply (s/s/o,switch socket outlet), pendawaian, pemasangan switch board, sistem perlindungan kilat, pembumian, electrical equipment dan segala kerja-kerja yang berkaitan dengan elektrikal.

Bahagian Infrastruktur Untuk bahagian infrastruktur, ianya melibatkan kerja-kerja pendawaian dan pemasangan lampu jalan (street lighting), lampu kawasan, lampu limpah (high mast), kerja-kerja kabel bekalan dan sistem CCTV.

b)

Telephone & IT Services

Bahagian Dalaman projek Telephone services melibatkan kerja-kerja pendawaian kabel telefon, pemasangan telefon, DP distribution point. Manakala untuk skop kerja IT ianya melibatkan pemasangan peralatan IT, point IT, SDF, joint box, Key telephone system, risers ducts, distribution box dan sebagainya.

Bahagian Infrastruktur Bagi bahagian infrastruktur pula, telephone & IT services melibatkan kerja-kerja Telekom mainhole, JC9C, JC9, JB30, telefon pit serta kerja-kerja talian bawah tanah (underground).

c)

PA (Public Address) & AV (Audio Visual)-ELV System.

i)

P.A System

Public Address (PA) ialah sistem penyiaran pengguna contohnya TV. Di dalam skop ini, ianya melibatkan kerja-kerja pendawaian, speaker point, volume control, equipment installation seperti speaker, box apeaker, system open conference iaitu sistem yang biasa digunakan di dalam bilik mesyuarat. PA juga melibatkan sistem MATV (Multiple Access Televisyen).

ii)

AV System

Sistem ini pula melibatkan kerja-kerja pendawaian & pemasangan AV seperti sistem projektor complete with LCD projektor, screen motorize dan sebagainya.

1.4

SKOP PERLAKSANAAN PROJEK

1.4.1 INDUSTRI PEMBINAAN

INDUSTRI PEMBINAAN

KONVENSIONAL

REKA & BINA Pembahagian untuk industri pembinaan.

PAKEJ

1.4.2 KONVENSIONAL

Di dalam sistem konvensional, perunding akan dilantik oleh klien atau pemilik. Perlantikan dibuat sama ada secara terus atau melalui pemilik. Dalam sistem konvensional terdapat kontraktor utama dan sub-kontraktor yang akan dilantik selepas berjaya memenangi tender yang telah di sediakan oleh pihak perunding. Kontraktor akan bekerja di bawah arahan perunding dan segala kerja-kerja yang akan dijalankan oleh pihak kontraktor perlulah mengikut spesifikasi yang telah dikeluarkan oleh pihak perunding.

1.4.3 PAKEJ

Di dalam sistem pakej ianya sama dengan sistem konvensional, cuma terdapat sedikit perbezaan di mana sub-kontraktor tidak terlibat dalam sistem ini. Sub-kontraktor akan dilantik sendiri oleh kontraktor utama dan perlantikan dibuat tanpa melalui proses-proses perebutan tender.

1.4.4 REKA DAN BINA

Design & Build pula ialah Reka dan Bina. Di sini, pihak klien akan melantik kontraktor utama, manakala kontraktor utama ini akan melantik teamnya sendiri yang terdiri daripada pihak perunding serta sub-kontraktor. Dalam sistem ini, tender akan disediakan oleh klien.

1.5

PROSES PERLAKSANAAN PROJEK

PROJEK A

KLIEN

PERUNDING

KONTRAKTOR UTAMA

Carta alir untuk proses pelaksanaan projek.

10

1.5.1 KLIEN

Klien merupakan salah satu pihak yang terlibat di dalam industri pembinaan. Klien merupakan pihak empunya projek/ pembiaya projek ataupun dengan kata lain pemilik bagi sesuatu projek yang hendak dijalankan.

1.5.2 PERUNDING

Perunding pula merupakan salah satu pihak penting yang terlibat di dalam industri pembinaan dan mempunyai kerja-kerja yang berbeza antara satu sama lain. Kebiasaannya perunding teridri daripada beberapa pihak berkumpulan iaitu : a) Arkitek b) C&S (Civil&Structure) c) M&E (Mechanical&Electrical) d) QS (Quantity Surveyer) e) Perancang Bandar (Kategori Sampingan) f) Jurukur Tanah (Kategori Sampingan)

1.5.3 KONTRAKTOR

Kontraktor pula ialah pihak yang menjalankan kerja-kerja pembinaan dalam menyiapkan sesuatu projek seperti membina bangunan, struktur dan sebagainya. Antara kelas-kelas kontraktor yang terlibat adalah seperti berikut : i. ii. Kontraktor Kelas A Melaksanakan projek bernilai RM 9 juta ke atas Kontraktor Kelas B - Melaksanakan projek bernilai RM 5 juta hingga RM 9 juta. 11

iii.

Kontraktor Kelas C - Melaksanakan projek bernilai RM 3 juta hingga RM 5 juta.

iv.

Kontraktor Kelas D - Melaksanakan projek bernilai RM 1 juta hingga RM 3 juta.

v. vi.

Kontraktor Kelas E - Melaksanakan projek bernilai RM 1 juta ke bawah. Kontraktor Kelas F - Melaksanakan projek bernilai RM 200 ribu ke bawah.

1.6

LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN PROJEK PROJEK A Cadangan Rekabentuk Anggaran Harga BQ - Bill of Quantity (Jumlah Kuantiti) Dokumen Tender Persetujuan Kontrak Lukisan Kontrak

Lukisan Pembinaan

Lukisan Perubahan

Lukisan Terpasang

12

1.6.1

CADANGAN REKABENTUK

Pada peringkat permulaan projek pembangunan, langkah pertama yang harus dilakukan oleh pihak perunding ialah mencadangkan design kepada pihak klien. Cadangan rekabentuk di sini bermaksud pihak perunding perlu menghasilkan suatu lukisan (lukisan mengenai bidang elektrik / mekanikal) kepada pihak klien, untuk dipersetujui. Lukisan ini yang akan diserahkan kepada klien, terlebih dahulu diterima daripada arkitek. Dengan kata lain, arkitek menyerahkan suatu lukisan kepada pihak perunding seterusnya setelah perunding itu membuat design untuk elektrikal & mekanikal , barulah ianya dihantar kepada kilen untuk dipersetujuinya. Design ini penting kerana pihak klien akan membuat anggaran harga (estimate) bagi projek yang akan dilaksanakan. Contohnya, berapa jumlah bilangan lampu untuk keseluruhan projek, jenis kipas, lampu, kipas pelawas yang akan digunakan, apakah kesesuaian lampu mengikut kawasan, jenis switch socket outlet, telephone & IT systems seperti distribution point, riser ducts dan

sebagainya. Selain daripada lighting installation, perunding perlu juga membuat design untuk mechnical parts seperti fire fighting systems, air-conditioner systems, heater point, cold water plumbing system dan sebagainya.

Di dalam bahagian infrastruktur pula, electrical parts melibatkan lampu kawasan, penanaman kabel bawah tanah, jenis kabel, saiz kabel dan sebagainya. Telephone systems pula seperti JC9C,JC9, kabel bawah tanah dan sebagainya.

13

1.6.2 ANGGARAN HARGA

Kerja-kerja anggaran mengenai kadaran harga (estimate) dilakukan pada peringkat cadangan. Kadaran harga untuk electrical parts akan dibuat untuk menentukan kos untuk kerjakerja electrical & mechanical.

1.6.2.1

KEPENTINGAN MEMBUAT ANGGARAN

Kepentingan membuat anggaran adalah untuk memastikan bahawa peruntukan yang akan diterima mencukupi sebelum kerja-kerja tersebut dijalankan. Dengan itu anggaran harga diperlukan pada peringkat awal kerja atau projek untuk pengetahuan semua pihak yang terlibat ( Juru Ukur Bahan, Pegawai Penguasa (S.O.), jabatan pengguna dan sebagainya ) bagi penyedian peruntukan kerja-kerja atau projek tersebut. Anggaran harga yang salah atau terlalu tinggi boleh menyebabkan :-

(a)

Projek tergendala dan seterusnya terhenti.

- Peruntukan tidak mencukupi dan kerugian bagi syarikat atau pihak yang menjalankan kerja-kerja tersebut

(b)

Perbelanjaan yang tinggi ( Overdesign atau Overestimate )

- Menunjukkan ketidakcekapan kakitangan tersebut dan seterusnya jabatan atau kementerian itu.

14

Kerugian bagi pihak syarikat atau swasta, kerana harga yang mereka tawarkan tinggi dibandingkan dengan tawaran dari pihak lain maka tawaran mereka tidak diterima. Anggaran harga boleh dibahagikan kepada dua bahagian :a) Anggaran awal b) Anggaran akhir

a)

ANGGARAN AWAL

Anggaran awal ini boleh dianggap sebagai anggaran kasar sahaja, iaitu selepas lukisanlukisan bangunan yang diterima dari pihak arkitek atau pegawai persediaan (Prelimentary As Tendered Detail Abstract (ATDA) bagi tujuan peruntukan ke pihak pengguna jabatan atau bangunan tersebut.

Harga anggaran ini boleh dibuat dengan merujuk kepada harga dari projek-projek atau kerja-kerja yang telah dibuat terdahulu. Cth:- Bangunan Piawai bagi sekolah-sekolah, pejabat kerajaan, dan sebagainya dengan menambah ( Contingency Sum ) antara 10% hingga 20%.

Bagi bangunan-bangunan ( Non-Standard ) anggaran awal boleh didapati atau dibuat dengan menyediakan lukisan ( Sketch ) rekabentuk elektrik dengan mengetahui jenis sistem pendawaian yang akan digunakan, bilangan dan jenis lampu-lampu, bilangan mata-mata kuasa ( suis soket alir keluar ) dan sebagainya.

15

b)

ANGGARAN AKHIR

Anggaran ini adalah anggaran yang terakhir di mana anggaran dibuat ke atas sesuatu projek. Kadar Harga disediakan dan diisikan oleh kontraktor dalam membuat sebutharga atau tawaran, pada peringkat ini cara panggilan kerja telah diketahui. Bagi anggaran untuk sebutharga atau tawaran harga tersebut hendaklah berpandukan kepada harga-harga terbaru barang pada masa itu merujuk dari harga barang dalam sebutharga atau tawaran yang baru (terbaru) dan juga harga dari pihak pembekal barang-barang tersebut.

1.6.3 JUMLAH KUANTITI/BQ-BILL OF QUANTITY )

Peringkat ketiga bagi sistem perlaksanaan projek adalah menyediakan Bill of Quantity (BQ). BQ dibuat setelah keseluruhan anggaran dilakukan. Kemudiannya BQ ini akan disertakan bersama-sama dengan tender dokumen untuk diisi/dipenuhkan oleh kontraktor utama yang berminat untuk melobi projek yang akan dilaksanakan.

1.6.4

DOKUMEN TENDER

Dokumen tender dibuat untuk dijual kepada kontraktor yang ingin melobi harga untuk merebut sesuatu projek. Ini adalah untuk mendapatkan kontraktor utama yang terbaik dari segi harga tawarannya serta pengalaman yang luas bagi kontraktor itu sendiri. Di dalam dokumen tender terdapat BQ, spesifikasi, lukisan tender, maklumat projek dan borang kontrak yang masih kosong. Terdapat pelbagai cara untuk memanggil tender seperti: Tender secara rundingan Rundingan akan dibuat secara terus antara klien dengan kontraktor di mana kontraktor berkenaan sepakat untuk melaksanakan projek berkenaan sehingga siap di bawah harga yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

16

Tender secara selektif pemanggilan tender secara selektif ialah klien akan memilih kontraktor yang terbaik untuk melaksanakan projek berkenaan. Pemilihan ini bergantung kepada 2 faktor seperti yang diterangkan di atas iaitu dari segi harga tawaran dan juga pengalaman pihak kontraktor tersebut.

Tender secara iklan cara ini dilakukan dengan mengiklankan tender di dalam akhbar tertentu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Kebiasaannya tender yang diiklankan ini adalah tender untuk projek kerajaan. Setelah perlantikan dibuat oleh klien (di bawah pengesyoran perunding) maka kontraktor yang layak dan terbaik sahaja akan dilantik. Kemudiannya surat perlantikan akan dikeluarkan (Letter of Acceptance). Namun demikian, pihak kontraktor juga perlulah berdaftar dengan Contruction Industrial Development Board (CIDB). Untuk melaksanakan projek kerajaan pula, kontraktor perlu berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

1.6.5 DOKUMEN KONTRAK

Dokumen Kontrak (Contract Document) merupakan suatu perjanjian oleh pihak kontraktor kepada pihak klien. Di dalam perjanjian ini satu dokumen kontrak disediakan.

Segala dokumen di dalam perjanjian ini perlu ditandatangani oleh kontraktor utama. Ini adalah penting kerana ianya adalah bukti yang mana pihak kontraktor sedia menerima projek ini dan juga bersedia untuk menyiapkan projek berkenaan. Dengan adanya perjanjian kontrak ini, pihak kontraktor adalah terikat dengan segala perjanjian yang telah dipersetujui olehnya. Antara maklumat di dalam contract document adalah contract drawing, BQ, spesifikasi, serta borang kontrak yang telah diisi/ ditandatangani oleh kontraktor.

17

1.6.6 MENANDATANGANI KONTRAK

Jika didapati perlu atau lebih sesuai mengadakan suatu kontrak formal, kontrak itu hendaklah dibuat di atas nama kerajaan dan ditandatangani hanya oleh pegawai yang diberi kuasa di bawah Ordinan Kontrak Kerajaan.

1.6.7

LUKISAN KONTRAK

Lukisan Kontrak merupakan lukisan yang terkandung di dalam perjanjian kontrak. Segala lukisan di dalam lukisan kontrak ini perlu sama dengan maklumat yang ada di dalam Dokumen Kontrak.

1.6.8

LUKISAN PEMBINAAN

Lukisan Pembinaan merupakan lukisan yang akan diserahkan kepada kontraktor untuk dibuat rujukan untuk kerja-kerja pembinaan projek. Seperti yang dinyatakan di dalam peringkat cadangan rekabentuk, kerja-kerja design untuk electrical parts akan dibuat kemudiannya akan diserahkan kepada kontraktor. Di sini kontraktor akan mengikut segala spesifikasi-spesifikasi serta requirements yang terkandung di dalam lukisan pembinaan.

1.6.9

LUKISAN PERUBAHAN

Lukisan Perubahan merupakan lukisan perubahan daripada kontraktor. Perubahan di sini bermaksud, sekiranya terdapat penambahan ataupun pengurangan di dalam kerja-kerja binaan, maka lukisan perubahan akan dikeluarkan. Sebagainya contoh, pihak kontraktor ingin membuat penambahan untuk kerja-kerja binaan seperti membuat bilik tandas, dengan ini lukisan 18

perubahan akan dikeluarkan oleh kontraktor. Lukisan perubahan ini akan diserahkan oleh kontraktor kepada pihak perunding untuk disahkan. Namun kebiasaannya lukisan perubahan ini jarang dikeluarkan kerna pihak kontraktor akan mengikut segala kandungan di dalam lukisan pembinaan.

1.6.10 LUKISAN TERPASANG

Peringkat terakhir untuk skop perlaksanaan projek adalah penghasilan lukisan terpasang oleh pihak kontraktor. Lukisan terpasang merupakan lukisan untuk keseluruhan projek sepertimana yang telah siap dibangunkan oleh kontraktor. Lukisan terpasang ini kemudiannya akan di serahkan kepada perunding dan juga klien.

1.6.11 PROJEK DIJALANKAN SYARIKAT

Menara Teknik telah terlibat dalam kerja-kerja perkhidmatan perunding kejuruteraan elektrik dan mekanikal. Banyak projek yang telah dikendalikan dengan baik dan telah dibangunkan. Antara projek-projek tersebut adalah seperti berikut : Cadangan Membina dan Menyiapkan pejabat / Akademik dan Pentadbiran Intan Kampus / Wilayah Selatan Johor. ( INTAN ) Projek Kompleks IPK Polis, Bukit Katil , Melaka Tengah. ( IPK ) Cadangan Membina dan Menyiapkan pejabat / Akademik dan Pentadbiran Intan, Kampus / Wilayah Selatan Johor. ( INTAN ) Cadangan membina dan menyiapkan Hotel Seri Malaysia di Sebahagian Lot PT 12332, Mukim Bukit Katil, Melaka. Cadangan Merekabentuk, Membina, Menyiapkan, menguji dan pengesahan Projek Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) di Mukim Durian Tunggal, Daerah Alor Gajah, Melaka.

19

Cadangan Merekabentuk, Membina dan Menyiapkan Projek Sekolah Tanjung Minyak, di Mukim Cheng , Daerah Melaka Tengah. Cadangan Membina Sebuah Kompleks 5 Tingkat Yang Mengandungi 3 Tingkat Ruang Perniagaan Dan 2 Tingkat Tempat Letak Kereta Dengan Tempat Letak Kereta Terbuka Diatas Lot 897 , KB V11 , Bandar Melaka Tengah , Melaka. (Tourist Mall).

20

PENYATAAN MASALAH ORGANISASI

Semasa saya menjalankan latihan industri di syarikat Menara Teknik saya telah banyak belajar tentang sistem kewangan di syarikat tersebut. Tetapi ada juga masalah yang dihadapi oleh syarikat Menara Teknik, antaranya adalah lambat membuat tuntutan pembayaran daripada kontraktor. Setelah siap projek yang dilaksanakan sepatutnya syarikat perlulah segera membuat tuntutan pembayaran supaya syarikat mendapat untung. Disebabkan lambat membuat tuntutan pembayaran, pihak kontraktor juga melambatkan pembayarannya. Ini masalah yang amat dikesali dan staf-staf syarikat perlulah mengambil iktibar.

Masalah syarikat yang kedua pula adalah melambatkan membuat tuntutan perjalanan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Syarikat Menara Teknik telah mendapat tender pada tahun 2010 dari luar negeri, oleh itu jurutera-jurutera syarikat perlu menghadiri mesyuarat di luar negeri. Jurutera-jurutera syarikat boleh membuat tuntutan perjalanan kepada syarikat dan syarikat akan membuat tuntutan kepada pihak JKR. Menjadi sukar membuat tuntutan apabila syarikat melambatkan membuat tuntutan, setelah setahun projek siap baru hendak membuat tuntutan dan sukar untuk staf mencari bahan lampiran.

Masalah syarikat yang ketiga adalah masalah dengan pihak JKR. Apabila jurutera telah menyiapkan dokumen tender sebanyak 5 set untuk dijualkan kepada kontraktor lain, pihak JKR tidak dapat menerima dokumen tersebut dan syarikat tidak boleh menjual dokumen tersebut, ini telah merugikan syarikat yang telah menyiapkan dokumen tersebut. Pihak JKR tidak dapat menerima dokumen tersebut kerana syarikat ingin menjual dokumen tersebut pada harga RM30.00. Dengan itu, pihak JKR telah menjual dokumen itu dengan sendiri pada harga yang lebih rendah iaitu dengan harga RM10.00 sahaja. Syarikat terpaksa menanggung rugi dengan menyiapkan dokumen tender sebanyak 5 set itu.

21

Masalah yang terakhir yang saya dapati semasa menjalani latihan industri di Menara Teknik adalah tiadanya penghantar surat. Setiap hari ada sahaja surat yang perlu dibuat oleh jurutera-jurutera syarikat dan perlu dihantar ke pejabat pos. Dengan tiadanya penghantar surat, ini menyusahkan jurutera-jurutera untuk menghantar surat, jurutera-jurutera terpaksa menghantar sendiri surat-surat yang telah dibuat.

22

OBJEKTIF LAPORAN

Setelah menjalankan latihan industri ada beberapa objektif laporan latihan industri yang saya dapati, antara objektif laporan latihan industri adalah seperti berikut:

a. Memberi gambaran mengenai kegiatan gerak kerja yang dilakukan oleh pelatih dan seterusnya peranan jabatan atau firma tersebut. Mendedahkan kepada pelajar suasana pekerjaan yang sebenar sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan yang sebenarnya. b. Sebagai buku untuk mengumpulkan semua laporan latihan industri semasa menjalani latihan industri. c. Menerangkan dengan lebih jelas kerja yang dibuat berdasarkan buku laporan harian pelatih. d. Sebagai gambaran awal dan rujukan kepada pelajar yang akan menjalani latihan industri. e. Pendedahan awal seperti menjalani latihan industri dapat memantapkan jati diri pelajar, selain dapat memberi semangat kepada pelajar untuk meneruskan pengajian mereka sehingga tamat dan memperolehi sijil atau diploma. f. Setelah menjalani latihan industri, pelajar akan lebih yakin dan mengetahui pesekitaran kerja yang sebenar. Ini dapat membantu pelajar untuk mempraktikan apa yang telah dipelajari di dalam bilik kuliah pada kehidupan yang sebenar. Dengan cara ini akan dapat menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar itu sendiri.

23

ANALISIS SWOT

Strengths (kekuatan)

Weaknesses (kelemahan)

1. Sumber kewangan yang kukuh.

1. Staf-staf kurang motivasi

2. Pengurusan yang komited dan yakin 3. Kemudahan tempat yang baik.


4. Tanggapan kualiti perkhidmatan.

2. Bangunan yang kecil 3. Mengaburkan tanggungjawab bagi tugas keseluruhan.

Opportunities (peluang)

Threats (ancaman)

1. Peluang besar dalam negeri cukup besar.

1. Modal tinggi akibat situasi ekonomi yang kurang menguntungkan.

2. Syarikat tempatan.

mendapat

sokongan

kerajaan
2. Meningkatnya

daya

saing

di

antara

syarikat-syarikat lain.
3. Syarikat terkenal diserata negari.

3. Perubahan

teknologi

dan

peraturan

undang-undang

24

Strengths (kekuatan) Syarikat Menara Teknik mempunyai kekuatan seperti sumber kewangan yang kukuh, dengan adanya projek-projek untuk dilakukan syarikat dapat sumber keuntungan. Menara Teknik mempunyai pengurusan yang komited dan yakin. Semua jurutea-jurutera syarikat menjalankan tugas dengan baik dan mengikut kesemua peraturan syarikat. Di Menara Teknik ada kemudahan yang baik, semua kemudahan ada untuk memudahkan jurutera-jurutera syarikat untuk membuat kerja.

Weaknesses (kelemahan) Selain kekuatan yang ada di Menara Teknik, ada juga kelemahannya. Antara kelemahan yang ada adalah bangunan Menara Teknik yang kecil. Dengan bangunan yang kecil akan menyukarkan jurutera-jurutera syarikat untuk bergerak dan membuat kerja. Staf-staf syarikat kurang motivasi, kadangkala staf-staf syarikat datang lambat ke pejabat dan tidak memakai pakaian yang sesuai ke pejabat. Mengaburkan tanggungjawab bagi tugas keseluruhan, kadangkala jurutera-jurutera syarikat tidak mengetahui tugas yang mereka harus lakukan.

Opportunities (peluang) Peluang yang ada pada syarikat adalah, peluang besar dalam negari cukup besar, banyak arkitek-arkitek dalam negeri sudah mengenali Menara Teknik dan ini sungguh membanggakan syarikat. Menara Teknik mendapat sokongan kerajaan tempatan, JKR sering juga membantu Menara Teknik dalam mengendali projek. Menara Teknik telah terkenal diserata negari, ini memberi peluang untuk mengembangkan lagi perkhidmatan syarikat.

Threats (ancaman) Ancaman yang dihadapi oleh Menara Teknik adalah modal tinggi akibat situasi ekonomi yang kurang menguntungkan, apabila arkitek mengalami kekurangan modal ini menyukarkan syarikat untuk mendapat projek. Ancaman yang seterusnya adalah meningkatnya daya saing diantara syarikat-syarikat lain dan perubahan teknologi dan peraturan undang-undang.

25

Swot Matrik Strengths (kekuatan)


1. Sumber kukuh. kewangan yang

Weaknesses (kelemahan)
1. Staf-staf kurang motivasi

2. Bangunan yang kecil


2. Pengurusan yang komited dan yakin 3. Kemudahan baik. 4. Tanggapan kualiti perkhidmatan. tempat yang

3. Mengaburkan tanggungjawab bagi tugas keseluruhan.

Opportunities (peluang)
1. 1. Peluang besar dalam negeri cukup besar.

Strategi SO
Membiayai sebuah pasukan petugas untuk potensi peluang identiti akibat perubahan dalam perundangan Latihan pekerja dalam teknik interaktif peningkatan kualiti. 1.

Startegi WO
Tingkatkan perkhidmatan dan melabur dalam sebuah rancangan pemasaran. Membentuk semula kemudahan dengan kerajaan tempatan dan bantuan.

2.

2.

Syarikat mendapat sokongan kerajaan tempatan.

2.

3.

Syarikat terkenal diserata negari.

Threats (ancaman)
1. Modal tinggi akibat situasi ekonomi yang kurang 2. 2. Meningkatnya daya saing di antara syarikat-syarikat lain. 3. Perubahan teknologi dan peraturan undang-undang 3. 1.

Strategi ST
Pemulihan kos perkhidmatan dengan bayaran perkhidmatan. Pembayaran insentifinsentif kepada kakitangan berdasarkan prestasi. Bangunkan dan menyampaikan perkhidmatan khusus di satu asas yang dikehendaki. 1.

Strategi WT
Meningkatkan modal untuk menbangunkan bangunan yang lebih besar. Mengetahui kelebihan syarikat yang bersaing dan memberi motivasi yang lebih kapada staf syarikat. Meningkatkan teknologi untuk kesenangan staf membuat tugas yang diberi.

menguntungkan.

2.

3.

26

PENYELESAIAN MASALAH

Setiap syarikat tidak lari dari menghadapi masalah, Menara Teknik juga menghadapi masalah dalam menjalankan perkhidmatan mereka dalam perundingan elektrikal dan mekanikal. Untuk mengurangkan masalah saya memikirkan beberapa cadangan untuk menyelesaikan masalah yang ada di Menara Teknik. Cadangan yang pertama adalah, saya cadangkan staf-staf sepatutnya pergi ke kem motivasi untuk mempertingkatkan lagi mutu kerjaya yang yang

dihadapi, dengan ini staf-staf dapat mengurangkan stress di pejabat.

Cadangan yang kedua adalah, membesarkan bangunan Menara Teknik supaya syarikat boleh menambah kakitangan syarikat. Walaupun Menara Teknik mempunyai cawangan di Seremban, tidak semestinya itu cukup untuk memperkembangkan lagi syarikat, syarikat utama di Melaka perlulah dibesarkan lagi. Ini akan menarik minat arkitek-arkitek untuk memberi projek kepada Menara Teknik.

Cadangan ketiga adalah, Menara Teknik perlulah ada penghantar surat supaya syarikat senang untuk menghantar surat kemana-mana. Pada pengetahuan saya, Menara Teknik mengharapkan pelajar praktikal yang menghantar surat-surat yang dibuat, jika tiada pelajar praktikal di syarikat jurutera-jurutera itu sendiri yang perlu menghantarkan surat. Ini menyusahkan jurutera-jurutera syarikat.

Cadangan saya yang terakhir adalah, syarikat perlulah membuat jadual projek yang mereka perlu kendalikan kepada staf-staf supaya mereka tidak ketinggalan dengan projek yang dijalankan. Syarikat juga perlu mengemaskini tuntutan perjalanan yang belum dibuat supaya senang untuk mendapatkan tuntutan daripada pihak JKR.

27

CADANGAN TERHADAP LATIHAN INDUSTRI

Terdapat beberapa cadangan dan pandangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak Kolej dan juga pihak industri dalam menigkatkan lagi keberkesanan latihan industri kepada pelajar-pelajar yang akan mengambilnya pada masa akan datang.

Antara cadangan-cadangan tersebut ialah:

1. Pihak kolej hendaklah memanjangkan lagi tempoh latihan industri yang sediada. Ini kerana tempoh latihan selama 2 bulan ini terlalu singkat dan secara tidak langsung menyebabkan pelajar yang menjalani latihan industri ini kurang mendapat pendedahan kepada industri yang diceburi dan tidak dapat belajar banyak perkara yang sepatutnya dipelajari semasa latihan tersebut. Selain daripada itu, melalui pemanjangan tempoh latihan ini juga dapat memberikan pengalaman bekerja yang lebih kepada para pelajar dan meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan pelajar terhadap bidang yang diceburi. Melalui pemanjangan tempoh latihan industri ini dapat memberi impak yang amat besar terutamanya kepada pelajar dalam menempuhi alam pekerjaan yang sebenar yang akan dilalui tidak lama lagi.

2. Pihak industri hendaklah menyediakan jadual perancangan latihan yang khusus untuk pelajar praktikal. Dengan adanya jadual ini dapat memastikan pelajar sentiasa mempelajari sesuatu yang baru setiap hari atau minggu dan memastikan pelajar sentiasa mempunyai kerja di sepanjang latihan industri tersebut. Selain dariapada itu ia juga dapat memudahkan pihak industri dalam menguruskan pelajar-pelajar praktikal tersebut.

3. Pihak industri haruslah menyediakan satu bahagian atau organisasi yang khusus untuk mengendalikan dan menguruskan pelajar praktikal. Ini kerana kadangkala pelajar tidak dapat bimbingan daripada penyelia industri disebabkan beliau terlalu sibuk dengan tugasan beliau dan selalu tiada di pejabat. Ini menyukarkan pelajar untuk berinteraksi dan 28

mendapat tunjuk ajar daripada penyelia industri. Dengan adanya organisasi ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar semasa ketiadaan penyelia industri amnya dan keseluruhan semasa tempoh latihan industri khasnya.

4. Pelajar mestilah menyediakan dan memantapkan diri dengan segala pengetahuan terutamanya dalam bidang yang mereka ceburi untuk mengelakkan segala kesulitan dan kesukaran semasa latihan industri dijalankan. Dengan segala persiapan dan pengetahuan ini dapat membantu pelajar dalam melaksanakan segala tugasan atau kerja yang diberikan dengan mudah dan berkesan.

5. Pelajar mestilah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal sebelum menjalani latihan industri di syarikat yang telah dipilih. Ini amat penting untuk mengelakkan pelajar daripada mengalami kejutan disebabkan perubahan daripada situasi belajar kepada situasi bekerja. Selain itu ia juga dapat mengelakkan atau mengurangkan tekanan bekerja yang dihadapi oleh pelajar.

29

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat saya buat di sini ialah latihan industri ini adalah satu perkara yang penting kerana ia dapat melatih kemahiran yang telah dipelajari oleh pelajar sepanjang pembelajaran di dewan kuliah di mana ia dapat diaplikasikan dengan berkesan. Latihan industri ini juga adalah merupakan satu cabang untuk membina keyakinan diri dan kendiri para pelajar bagi menghadapi alam pekerjaan sebenar yang bakal ditempuhi pada masa akan datang.

Ini kerana latihan industri ini telah memberi pendedahan yang sewajarnya tentang selokbelok pekerjaan demi menyiapkan diri pelajar dalam alam pekerjaan kelak. Di samping itu ia juga telah dapat membolehkan saya mengetahui segala kegunaan bagi pelajaran-pelajaran dalam bidang yang telah saya pelajari.

Latihan industri ini juga bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri saya bagi menghadapi alam pekerjaan sebenar tetapi turut juga membantu saya memperbaiki cara saya dalam berkomunikasi dengan orang ramai. Kerjasama daripada kakitangan di tempat latihan juga amat baik dan ini telah mengajar saya betapa besarnya erti kerjasama. Saya berasa amat berbangga dan beruntung kerana mendapat peluang menjalani latihan industri ini. Ini kerana, pada masa sekarang untuk mendapatkan pekerjaan di mana-mana syarikat, kita hendaklah mempunyai kemahiran mengenai jawatan yang kita mohon.

30

RUJUKAN
1. Sh. Firhan Bin Sh. Zakaria, Pentadbiran & Kewangan 1, Menara Teknik. 2. Shahira Akmal Binti Md Taha, Pembantu Khas, Menara Teknik. 3. Nor Azdhar Bin Mat Johan, Pentadbiran & Kewangan 2, Menara Teknik. 4. Ir. Sh. Jaafar Bin Sh. Ismail, Prinsipal (Elektrik), Menara Teknik.

31

LAMPIRAN

32

Anda mungkin juga menyukai