Anda di halaman 1dari 6

TAJUK: APAKAH ALAS AN OLEH JUNTA MILITARY KETIKA MEREKA MERAMPAS KUASA PEMERINTAHAN DI BURMA 1962. JELASKAN.

LATAR BELAKANG MODEN MYANMAR Myanmar atau dahulunya dikenali sebagai Burma ialah sebuah negara di Asia Tenggara. Negara ini mengubah namanya kepada Myanmar pada 1989 dan nama barunya ini diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak menerima perubahan nama ini kerana kedua-dua negara ini tidak mengiktiraf kerajaan junta yang memerintah Myanmar sekarang. Hari ini, ramai orang menggunakan nama "Myanmar" walaupun sesetengahnya tidak bersetuju dengan pemerintahan junta di Myanmar.

Myanmar merdeka dari United Kingdom pada 4 Januari 1948 sebagai "Kesatuan Burma" . Kemudian bertukar kepada Republik Sosialis Kesatuan Burma pada 4 Januari 1974. Sekali lagi bertukar kepada Kesatuan Burma pada 23 September 1988. Pada 18 Jun 1989, Majlis Pelembagaan menukar nama kepada "Kesatuan Myanmar".

Myanmar bersempadan dengan Republik Rakyat China di utara, Laos di timur, Thailand di tenggara, Laut Andaman di selatan serta Teluk Bengal di barat daya. Satu per tiga tanah Myanmar atau 1,930 km di kelilingi oleh pesisiran pantai.

SENARIO POLITIK Myanmar merupakan salah satu Negara yang terletak di Asia Tenggara, dan merupakan salah satu anggota dari ASEAN. Bentuk pemerintahan Myanmar adalah Pemerintahan Militer yang di kenali dengan nama The State Peace and Development Council (SPDC). Kepemerintahan Junta bermula sejak terjadi rampasan militer yang dilakukan oleh Jendral Ne Win terhadap pemerintahan lemah yang saat itu dipimpin oleh U Nu pada tahun 1962.

ALASAN RAMPASAN KUASA Kepincangan politik Politik yang stabil merupakan tunjang kepada kemakmuran dan kemajuan sesebuah negara. Walau bagaimanapun, politik Myanmar telah memaparkan keadaan yang bertentangan dari sesuana yang dihajati. Permasalah politik Myanmar diibaratkan seperti duri dalam daging yang memberi ancaman kepada kedaulatan sejagat. Antara kurap yang merupakan penyakit kepada politik Myanmar ialah perlaksanaan struktur politik yang berlandaskan kepada Buddhisme, perpecahan AFPFL dan penolakan Marxisme sebagai ideologi parti. Dalam aspek politik permasalahan ini merupakan beban yang dihadapi Myanmar selepas kemerdekaan sehingga pentadbiran bermula pada tahun 1962. Perpecahan AFPFL (Anti-Fascist People's Freedom League) Perpecahan ini telah memberi kesan yang besar tehadap politik demokrasi kerana persaingan yang wujud untuk memerintah Myanmar. Keadaan ini menyebabkan penglibatan golongan tentera dalam kancah politik kesan daripada pergolakan yang berlaku dalam AFPFL. Semua sedia maklum penglibatan tentera akan menyumbang kepada pemerintahan kuku besi. Walaupun begitu, penglibatan golongan tentera adalah bersandarkan kepada kehendak sesetengah rakyat Myanmar yang tidak lagi percaya kepada sistem demokrasi dan meminta golongan tentera untuk campur tangan dalam sistem politik.

Kelemahan pentadbiran U-nu

pimpinan U Nu. Sepanjang pemerintahan Empayar British sehingga 1948, Burma terus berhadapan dengan masalah ketegangan kaum. Kebudayaan Myanmar, seperti jirannya berasaskan kepercayaan Buddha Theravada dengan ubahsuai dan tambahan elemen tempatan. Namun, ramai juga rakyatr Burma yang lain yg beragama islam dan kristian yg tidak setuju dgn dasar pemerintahan kerajaan. Pemimpin yang mantap akan membawa negara ke arah kecemerlangan tetapi sebaliknya pemimpin yang lemah membawa kepada permasalah yang tidak pernah padam. Bait-bait ayat ini sudah cukup untuk menerangkan masalah sosial di Myanmar akibat daripada kelemahan pemerintahan. Jika di buka lembaran sejarah pemerintah yang bertanggungjawab sekitar tahun 1948 hingga 1961 adalah insan bernama U Nu. U Nu merupakan seorang yang memandang tinggi kepada orang Inggeris kerana kekaguman dan kesenangan beliau terhadap pihak Inggeris. Hal ini dapat dibuktikan apabila U Nu mendapat jolokan George Bernard Shaw Myanmar. Tindakan ini menimbulkan ketidakpuasan hati penduduk lantaran anggapan bahawa Inggeris adalah penjajah dan tidak sewajarnya di beri muka. Namun, dalam pemerintahan U Nu berlaku sebaliknya kerana pengiktirafan dan kebanggaan beliau terhadap Inggeris sangat tebal sehinggakan pentadbiran yang sistematik tidak dapat dijalankan. Hal ini ekoran daripada ketaksubannya terhadap Inggeris yang melalaikannya daripada melakukan pemerintahan yang berkualiti. Kegagalan U Nu berterusan apabila tidak berhasil memberi kepimpinan yang berkesan. Sejarah telah membuktikan bahawa U Nu diiktiraf sebagai seorang pemerintah yang lemah kerana melakukan tindakan yang tidak munasabah. Antaranya ialah pembinaan rumah tumpangan untuk anjing-anjing yang berkeliaran di kota Myanmar. Padahal, pemerhatian menunjukkan masih ramai penduduk Myanmar tidak mempunyai tempat tinggal yang tidak selesa. Di samping itu, U Nu dilihat sebagai seorang yang tidak mempunyai pengalaman dalam pemerintahan. Pernyataan dapat dibuktikan melalui tindakan yang diambil oleh U Nu iaitu dasar Burmese Way to Socialism yang menimbulkan curiga dalam kalangan rakyat dan membawa kepada perpecahan parti. Selain itu, U Nu diibaratkan mentadbir Myanmar seperti kereta rosak yang tidak bermakna dan beliau sendiri tidak mampu memandu kereta tersebut. Kenyataan ini sudah cukup untuk menggambarkan keadaan yang tidak keruan dalam pemerintahan dan pentadbiran U Nu. Persoalan segera timbul, adakah pemerintahan akan berjaya di bawah kepimpinan manusia yang keperibadian songsang? Sudah tentu jawapannya tidak. Oleh itu, keperibadian yang hina merupakan faktor kepada pentadbiran dan pemerintahan yang lemah. Begitu juga jika diimbas kembali kenangan silam U Nu, pastinya akan dipertontonkan episod yang menayangkan kelemahan U Nu untuk mengawal diri dan emosi. Zaman remajanya memperlihatkan sikapnya yang menghadapi masalah mengawal naluri seks dan seorang kaki botol. Selain itu, U Nu mempunyai sikap panas baran yang menimbulkan banyak masalah lantaran sikapnya itu. Hal ini dapat dibuktikan apabila U Nu menjadi pelajar di Universiti Rangoon. Lantaran sikapnya, beliau telah menuduh rakan seperjuangan iaitu U Oktama sebagai pengkhianat dan

penerima rasuah. Kesannya, tindakannya ini mendatangkan aib pada dirinya selaku presiden Persatuan Pelajar Universiti Rangoon dan warga universiti keseluruhannya. -peranan tentera Sebagai badan yg berpengaruh dan berperanan penting dalam menjaga keamanan Myanmar. Pernah menjadi pemerintah apa bila u-nu memberikan kuasa kepada pihak military memrintah Burma. Mereka berpendapat tentera lebih baik memerintah daripada kerajaan U-nu. -peranan china Burma bersempadan dengan china Parti komunis Burma mempunyai hubungan dengan People Republic of china Dalam perjuangan Parti Komunis Burma atau kemudiannya dikenali sebagai White Flag telah melakukan pemberontakan dan disertai oleh pertubuhan paramilitari iaitu Peoples Volunteer Organisation. Perkara ini dibuktikan melalui Perang Etnik yang telah dilancarkan oleh orang Rohingya yang menggelarkan diri mereka sebagai Mujahid. Selain daripada Perang Etnik, telah berlaku Perang Saudara antara komunis dan Rangoon yang telah mengakibatkan keruntuhan pentadbiran pusat. Walaupun langkah pengharaman Parti Komunis telah dilancarkan tetapi pengaruhnya masih membiak dalam kalangan masyarakat. Rampasan kuasa tentera menyebabkan Burma menuju kearah penolakan komunis

Konflik etnik Suku-suku kecil seperti Karen suku lainya tidak dilibatkan dalam proses bernegara, hanyalah suku Burma yang majoriti mendapatkan peluang untuk terlibat dalam politik bahkan suku-suku lain bergerila untuk memperjuangkan keberadaan komunitainya dengan mengangkat senjata. Gabungan antara pemberontakan etnik hampir berjaya menumpaskan kerajaan yang terkepung di Yangon. Pentadbiran yang hampir lumpuh akibat huru-hara yang ditimbulkan oleh masyarakat Myanmar membawa kepada permasalahan sosial yang tidak pernah reda dalam lipatan sejarah Myanmar. Permasalahan Sosial Aspek sosial merupakan pernilaian penting bagi melihat keadaan sesbuah negara. Jika wujud permasalahan sosial akan timbul kacau-bilau dalam pemerintahan negara tersebut. Perkara ini dapat dibuktikan melalui pengamatan terhadap masalah sosial di Myanmar yang telah mengundang ketidakstabilan dalam pembangunan. Antara masalah dari aspek sosial yang dikenal pasti ialah kelemahan pemerintah, seruan agama Buddha sebagai agama rasmi, masalah etnik, pemberontakan

komunis, pelancaran mogok oleh pelajar-pelajar kolej dan university. Kepincangan social mecetuskan penglibatan tentera.

Permasalahan Ekonomi. Ekonomi ditakrifkan sebagai suatu pasaran yang wujudnya permintaan dan penawaran. Kemantapan ekonomi merupakan tunjang kepada kesejahteraan dan kemajuan sesebuah tamadun. Jika ekonomi di tahap kritikal maka pembangunan akan terencat. Myanmar juga tidak lari daripada permasalahan ekonominya yang menjadi penyumbang kepada kegawatan dalam pembangunan. Antara masalah ekonomi Myanmar ialah kegagalan progran ekonomi yang dikenali Pydawtha, kelembapan ekonomi, ekonomi sosialis demokratik, kerosakan harta benda akibat perang dan kelemahan manusia. Kegawatan ekonomi Myanmar merupakan penyumbang kepada masalah-masalah yang wujud selepas kemerdekaan sehingga pentadbiran bermula pada tahun 1962. Kelemahan-kelemahan ekonomi ini di tambah lagi dengan wujudnya kegiatan rasuah yg berleluasa di Myanmar. ANALISIS Walaupun pelbagai analisis kepada masalah yang berlaku di Myanmar tetapi punca segala masalah ini disebabkan oleh kelemahan manusia. Sesuatu yang menarik untuk dibincangkan adalah kelemahan pemerintahan U Nu itu sendiri. Jika diselidik tahap kecekapan U Nu dalam mengurus perbelanjaan di bawah tahap kritikal lantaran kegagalan memperoleh pendapatan negara untuk menampung perbelanjaan pembangunan. Kelemahan turut terserlah kerana di bawah pemerintahan beliau gejala rasuah semakin berleluasa. Rasuah merupakan api dalam sekam yang menjadi virus kepada pembangunan negara. Malang turut menimpa dalam pentadbiran U Nu kerana perpecahan dalam AFPFL yang mendorong kepada campur tangan tentera. Apabila berlaku perpecahan sudah pasti segala dasar dan program yang dirangka sukar mencapai matlamat kerana tidak wujud persefahaman antara satu dengan yang lain. Kelemahan manusia yang dapat diperhatikan melalui perancangan ekonomi yang tidak begitu realistik dan pengurusan yang tidak cekap. Kerajaan tidak mempunyai perancangan teliti berkaitan penubuhan seperti State Inland Water Transport dan SAMB. Selain itu, dasar kerajaan yang kerap berubah menjadikan rakyat terkial-kial dalam melihat arah tuju negara Myanmar. Hal ini dapat dibuktikan apabila perkhidmatan awam semakin menurun kerana perbelanjaan tidak sampai untuk membangunkan sektor ini. Oleh itu, jelaslah bahawa penglibatan golongan ahli politik dalam ekonomi demi kepentingan peribadi mendorong kepada masalah ekonomi Myanmar.

Kesimpulan Kepelbagaian masalah dari aspek politik, ekonomi dan sosial memang tidak dapat dinafikan dalam mengkaji sejarah Myanmar. Sejarah telah membuktikan tanpa penyelesaian yang terbaik terhadap masalah tersebut akan menimbulkan huru-hara yang tiada berkesudahan. Myanmar telah memaparkan sejarah yang penuh dengan tradegi yang tidak akan dilupakan. Bermula dengan perjuangan AFPFL yang diketuai oleh Aung San dalam menuntut kemerdekaan berakhir dengan tradegi pembunuhan Aung San semasa kemerdekaan hampir menjelma. Kematian Aung San telah melayakkan U Nu menjadi Perdana Menteri untuk memimpin AFPFL. Krisis yang tidak berkesudahan mewarnai arena pemerintahan U Nu yang mengakibatkan berlakunya rampasan kuasa pada 2 Mac 1962 oleh General Ne Win.

Rampasan kuasa ini telah berjaya dan mendapat sokongan sesetengah penduduk Myanmar yang dahagakan perubahan. Alasan rampasan kuasa oleh Ne Win cukup kukuh iaitu menamatkan sistem demokrasi, mempertahankan persekutuan Myanmar sejak tahun 1961 dan sikap U Nu yang terlelu lembut hati kepada suku kaum yang mendiami Myanmar seperti Mon, Arakan, Shan, Kayah dan Karen. Walaupun rampasan kuasa telah dilakukan tetapi masih gagal dalam menyelesaikan beberapa konflik. Antaranya ialah pemberontakan, tunjuk perasaan, demonstrasi jalanan dan masalah etnik. Myanmar mempunyai permasalahan dari aspek politik, ekonomi dan sosial dari dulu hingga kini dan jika tidak ditangani dengan berkesan akan berlanjutan tanpa pengakhiran yang aman. kebodohan perlu diajar, kesombongan perlu dicabar yang amat bersesuaian dengan masalah pemerintahan Myanmar.

Anda mungkin juga menyukai