Anda di halaman 1dari 14

Pengenalan Kes Yong Vui Kong Untuk kebanyakan orang, hidup mungkin hanya bermula pada usia selepas

20 tahun. Namun, untuk Yong Vui Kong, seorang warga Sabah, hidupnya mungkin bakal ditamatkan pada usia 22 tahun. Yong melakukan kesilapan pada usia 19 tahun, ditangkap kerana mengedar 47.27 gram heroin di Singapura pada 13 Jun 2007. Yong disabitkan hukuman gantung di Singapura pada 7 Januari 2009, di bawah Seksyen 5 (1)(a) Akta Penyalahgunaan Dadah. Yong

mengemukakan rayuan, biarpun rayuan itu ditarik balik kemudiannya. Setelah ditarik balik rayuannya, Yong memohon pengampunan, tetapi ditolak. Kerajaan Singapura telah menulis surat kepada keluarganya, meminta agar mereka bersedia untuk mengendalikan pengebumian Yong. Malah, Yong Vui Kong telah berjanji untuk menderma organnya kepada Singapura. Empat hari sebelum Yong digantung, peguambelanya M.Ravi telah merayu kepada mahkamah, meskipun Yong pernah menarik balik rayuan sebelumnya. M.Ravi memohon agar mahkamah menggantung pelaksanaan hukuman tersebut. Mahkamah Rayuan telah meluluskan kedua-dua pemohonan ini pada 31 Disember 2009. Pada 14 Mei 2010, kedua-dua pemohonan tersebut didengar, dan ditolak oleh Mahkamah Rayuan. Lantaran daripada penolakan tersebut, Yong Vui Kong memohon pengampunan Presiden Singapura, hak yang diperuntukkan kepadanya di bawah Perlembagaan Singapura. Di bawah Seksyen 22 (p), Presiden berkuasa untuk meringankan hukuman (bertukar dari hukuman mati kepada penjara seumur hidup) Yong Vui Kong setelah dicadangkan kabinet.
1

Startegi Pembinaan Hirarki Dalam kes Yong Vui Kong, Presiden Singapura menghadapi konflik antara ketegasan undang-undang dengan hak asasi manusia. Presiden Singapura memilih nilai ketegasan undang-undang jika beliau menolak rayuan yang dikemukakan oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi dan sebahagian masyarakat, iaitu mengekalkan hukuman gantung sampai mati ke atas Yong Vui Kong. Manakala beliau akan dikritik oleh golongan masyarakat hukum (law society) yang berpegang tegas kepada keadilan undang-undang jika beliau memilih untuk mengampun Yong Vui Kong daripada hukuman mati dengan kuasa ampuan khas, walaupun Yong mungkin akan dipenjarakan seumur hidup juga. Maka, apa yang tersirat dalam pemilihan, pertimbangan atau keputusan Presiden Singapura itu ialah idea hirarki dan penggunaannya untuk menyelesaikan sesuatu masalah moral. Presiden Singapura melihat dua nilai yang berkonflik iaitu sama ada mementingkan ketegasan undang-undang atau menyebelahi hak asasi manusia. Beliau tidak boleh memilih kedua-duanya. Justeru, beliau menghadapi soalan: Antara dua nilai ini, yang mana satu lebih penting dan rasional?. Dengan demikian, Presiden Singapura mungkin membentuk hirarki atau menyusun atur nilai-nilai itu berdasarkan kepentingan seperti berikut:

Lebih Penting : menegaskan keadilan undang-undang. Kurang Penting : menerima rayuan dan membebaskan Yong daripada hukuman gantung sampai mati. Hirarki di atas mempunyai implikasi bahawa kerana keadilan undangundang adalah lebih penting berbanding dengan hak asasi (sekurang-kurangnya dalam kes Yong Vui Kong) dan disebabkan kedua-duanya berkonflik, memilih keadilan undang-undang patut diambil walaupun hak asasi akan dikorbankan.
2

Hal ini merujuk kepada nilai yang tersirat dalam kedua-dua pilihan tersebut, di mana ketegasan undang-undang mambawa nilai yang lebih tinggi berbanding dengan hak asasi dalam kes ini. Daripada susunan hirarki ini, tindakan yang patut dilakukan ialah mengenakan hukuman mati ke atas Yong Vui Kong. Dalam kes Yong Vui Kong, penegasan undang-undang adalah lebih penting. Salah satu undang-undang yang menjadi asas kepada keadilan asasi adalah tidak ada sesiapa pun yang akan dijatuhkan hukuman tanpa didengari. Walaupun Yong seorang yang muda, apakah isyarat yang disampaikan sekiranya Lembaga Perundangan melepaskannya daripada hukuman yang termaktub? Pengeluar dadah pasti akan memilih mangsa (pengedar dadah) yang berkebelakangan pahit seperti remaja yang berasal dari keluarga pecah atau seorang ibu yang mempunyai anak yang muda. Mereka akan diperalatkan untuk membawa dadah ke mana-mana satu negara. Ketika mereka ditahan dan disabitkan kesalahan, orang ramai akan berasa simpati ke atas keadaan mereka dan petisyen akan dibuat, akhirnya mereka akan terlepas daripada hukuman yang telah lama ditetapkan, memandangkan sekiranya Yong Vui Kong diberi ampuan khas. Pertimbangan faktor utama yang relevan dalam petisyen beliau akan diketepikan dalam pembicaraan yang berasaskan keadilan undangundang. Dengan kata lain, pelaksanaan hukuman mati ke atas Yong Vui Kong menjadi nilai yang lebih asas kerana jika ia tidak dicapai, lebih banyak kesan negatif yang akan menimpa berbanding jika Yong dilepaskan. Di antara impaknya adalah seperti runtuhan imej perlembagaan sesebuah bangsa, kesempatan kepada pengedar dadah untuk mengelakkan diri daripada hukuman mati dan huru-hara dalam sistem sosiopolitik. Selain itu, hirarki ini dibina berdasarkan kriteria tindakan yang lebih menyeluruh iaitu tindakan menafikan/menolakkan pengampunan hukuman ke atas Yong adalah lebih rasional dan menyeluruh, kerana melibatkan banyak nilai yang penting untuk dihargai misalnya keadilan, keselamatan dan kurangnya kes jenayah serta masalah sosial, berbanding dengan tindakan meluluskan rayuan

yang menyelamatkan nyawa seseorang tetapi mendatangkan lebih banyak impak dan pengaruh negatif kepada bangsa.

Pengenalan Kes Suami Isteri Adila Adila adalah seorang wanita yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 2 tahun. Adila dan suaminya Fazli tinggal bersama sama dengan ibu mertuanya sejak berkahwin selama 4 tahun
4

dahulu. Ibu mertua Adila berubah sikap menjadi seorang yang ego dan cerewet selepas perkahwinan anaknya Fazli dengan Adila. Fazli adalah anak bongsu dalam keluarganya dan selalu mendengar cakap ibunya yang bersikap melampau. Adila dan suaminya selalu hidup di bawah bayangan ibu mertua.Setiap pergerakan mereka digongkong terutama suaminya, pengurusan wang ringgit dan makan pakai mereka pun ditentukan oleh ibu mertua juga.Setiap bulan ,suami isteri Adila dikendaki member sejumlah wang kepadanya untuk disimpan.Sejumlah wang lagi untuk perbelanjaan dapur,membayar bil,dan lainlain.Hampir separuh daripada gaji mereka telah dicurahkan kepada ibu mertua mereka. Pada suatu hari , ibu mertua Adila meminta Fazli membuat pinjaman wang dari bank untuk membesarkan rumahnya,tetapi kali ini Adila tidak dapat menerima tuntuntan ibu mertuanya. Adila berasa tuntutan tersebut melampau dan pinjaman wang daripada bank untuk membeli sebuah rumah baru di luar adalah lebih sesuai. Pada mulanya, suaminya merajuk kerana Adila berkira dengan ibu mertuanya tetapi selepas mereka berbincang, mereka mendapati membeli rumah yang baru sekurang-kurangnya dapat menjamin kebebasan rumah tangga mereka,lagipun rumah yang sedia ada telah cukup luas dan besar. Ibu mertua mula mengamuk apabila mendapati mereka tidak merestui tuntutanya. Pada akhir keputusan, suami isteri Adila berdekad untuk membeli rumah yang baru sambil mengorbankan tuntutan ibu mertua mereka . Ibu mertua masih marah sehingga kini walaupun mereka telah berpindah ke luar.Bagi Adila, dia hanya boleh berdoa semoga ibu mertuanya akan maafkannya dan bertimbang rasa terhadap mereka suatu hari nanti . Startegi Pembinaan Hirarki Dalam kes suami isteri Adila, kita boleh menyatakannya sebagai konflik antara beli rumah yang baru dengan membesarkan rumah ibu mertuanya
5

lagi. Suami isteri Adila memilih nilai terus membesarkan rumah ibu mertua mereka jika mereka terus mengikut cakap ibu mertua. Tetapi suami isteri Adila tidak akan melayan tuntutan itu jika mereka memilih untuk lebih menjaga kerohanian dan kebebasan rumah tangganya. penggunaanya untuk menyelesaikan sesuatu Apa yang tersirat dalam masalah moral. Sebagai pemilihan, pertimbangan atau keputusan suami isteri Adila itu ialah hierarki dan penjelasan lanjut, suami isteri Adila melihat dua nilai (beli rumah yang baru dan membesarkan rumah ibu mertuanya) yang berkonflik. Suami isteri Adila yakin mereka tidak boleh memilih kedua-duanya. Oleh itu, mereka mesti menghadapi soalan: Antara dua nilai ini, yang mana satu lebih penting kami capai? Setelah itu,suami isteri Adila mungkin membentuk hierarki atau menyusun atur nilai-nilai iaitu bermula dengan yang paling penting seperti berikut, Lebih penting Membeli rumah baru supaya kehidupan rumah tangga mereka : Kurang penting : mendapat kebebasan daripada sikap ibu mertua yang melampau membesarkan rumah ibu mertua supaya ibu mertua senang hati

Hierarki di atas mempunyai implikasi bahawa kerana kebebasan hidup suami isteri Adila adalah lebih penting berbanding dengan tuntutan ibu mertua untuk membesarkan rumahnya yang sementara ( sekurang-kurangnya dalam kes yang dibincangkan) dan disebabkan kedua-duanya berkonflik,memilih membeli rumah baru ( nilai yang lebih tinggi) patut diambil dengan mengorbankan tuntutan ibunya ( nilai yang lebih rendah). Dengan kata lain,strategi pembinaan hirarki adalah seperti berikut : Suami isteri Adila harus memastikan nilai yang lebih penting,akan diikuti usaha menyusun atur nilai-nilai berkenaan bermula dengan yang amat penting sehingga paling kurang penting. Daripada susun atur ini, suatu keputusan akan dibuat tentang apakah tindakan yang patut dilakukan. Dalam kes suami isteri Adila berikut,mereka mengakui bahawa membeli rumah baru di luar untuk mendapat kebebasan dan kerohanian rumah tangga
6

adalah paling penting. Ini boleh diterangkan seperti berikut: Kita boleh mendapat lebih kebebasan jika tinggal di luar,tetapi jika terus tinggal bersamasama dengan ibu mertua mereka ,maka hidup mereka akan terus digongkong oleh ibu mertua . Dengan kata lain, konsep nilai asas ialah konsep suatu nilai yang jika tidak diperoleh atau dicapai akan menyebabkan nilai lain ( nilai yang kurang asas) dapat atau telahpun tercapai.Kehidupan ,kebebasan dan kebahagian boleh dikatakan nilai yang lebih asas kerana tanpa nilai-nilai itu, banyak lagi nilai lain ( yang kurang asas) seperti menyenangkan hati ibunya, menyayangi ibunya,dan menghormati ibunya dan sebagainya tidak dapat dinikmati atau sekurang-kurangnya akan terjejas.

Pengenalan bagi kes terhapus subsidi barangan keperluan Subsidi tol, bahan api dan tenaga serta gula, tepung dan minyak masak dicadang dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini bagi membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan sehingga RM 103 bilion dalam tempoh lima tahun.
7

Malaysia adalah antara Negara yang paling bersubsidi di dunia dengan tahun lalu saja jumlahnya mencegah RM 74 bilion merangkumi bahagian sosial ( RM 42.4 bilion ), bahan api dan tenaga ( RM 23.5 bilion ), prasarana ( RM 4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion). Jumlah subsidi itu bersamaan RM 12,900 bagi setiap isi rumah . Ini menimbulkan beban siskal kepada ekonomi Malaysia dan kita patut menghindarinya bagi menyelamatkan Negara menjadi muflis seperti Negara Greece yang pendapatannya 100 peratus terpaksa membayar hutang. Beban hutang Negara ini mencecah RM 362 bilion atau 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK) yang tertinggi sejak merdeka dan dianggar akan meningkat kepada RM 1,158 bilion menjelang 2019 yang boleh mengakibatkan negara tersebut muflis. Negara kita member subsidi yang tertinggi , iaitu 4.6 peratus daripada KDNK, malah lebih tinggi berbanding dengan Negara Switzerland ( 3.5 peratus ), Indonesia ( 2.7 peratus ) dan Perancis ( 1.4 peratus). Harga petrol dicadang supaya dinaikkan sebanyak 15 sen seliter ,diesel ( 10 sen seliter), manakala Gas Petroleum Cecair (LPG) sebanyak 10 peratus. Bagi mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga makanan pula, rebat tunai RM 20 diberi kepada pemegang kad MyKad atau MyKid untuk tahun pertama manakala tahun kedua diskaun hanya untuk pemegang kad MyKasih yang berpendapatan seisi rumah di bawah kadar tertentu. Rasionalisasi subsidi minyak dijangka dapat menjimatkan RM 44.9 bilion dalam tempoh lima tahun sehingga 2014, elektrik ( RM 35.9 bilion), tol ( RM 3.7 bilion) , makanan ( RM 8.5 bilion). Strategi Pencairan Masalah Dalam kes tersebut iaitu wajarkah kerajaan menghapuskan sbusidi barangan keperkuan, satu konflik te timbul iaitu kerajaan perlulah membuat keputusan samada menghapuskan subsidi baragan keperluan atau tidak, sekiranya kerajaan menghapuskan subsidi tersebut, kebaikan yang diperolehi oleh kerajaan ialah kerajaan akan mengurangkan bebanan kewangan kerajaan
8

dan juga defisit kewangan kerajaan. Kebaikan kedua ialah subsidi tersebut tidak akan dinikmati oleh orang yang tidak layak seperti orang kaya. Kebaikan ketiga ialah subsidi kerajaan tidak akan disalahgunakan oleh sesetengah orang seperti seorang menjual petrol yang telah disubsidi oleh kerajaan kepada rakyat asing, maka subsidi kerajaan akan dinikmati juga oleh rakyat asing. Walaubagaimanapun, penghapusan subsidi barangan keperluan akan membawa keburukan kepada kerajaan iaitu kebajikan dan kehidupan oragn miskin akan terjejas serta sokongan rakyat terhadap kerajaan akan terkurang. Jadi, penghapusan subsidi tersebut pastilah membawa konflik kepada kerajaan. Maka kerajaan perlu mencari strategi penyelesaian konflik moral yang sesuai untuk menangani konflik tersebut. Dalam keadaan tersebut, strategi yang sesuai adalah strategi pencairan masalah. Sebenarnya, masalah yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia tidak semestinya suatu konflik. Kerajaan Malaysia boleh mencapai kedua-dua matlamat berkenaan iaitu penghapusan subsidi dan kehidupan orang miskin tidak akan terjejas dengan mengambil langkah atau mengadakan alternative yang menukarkan masalahnya daripada bersifat kepada divergence. Dengan kata lain, kerajaan Malaysia boleh mengubah matlamat mengurangkan bebanan kewangan kerajaan (penghapusan subsidi) dan matlamat tidak menjejaskan kebajikan dan kehidupan orang miskin daripada berkeadaan tidak sepadan kepada sepadan. Ini boleh dilakukan jika kerajaan Malaysia mengusahakan rancangan kedua untuk menangani kebajikan dan kehidupan golongan miskin terjejas. Kerajaan Malaysia, misalnya, boleh memberi bantuan kewangan atau subsidi khas kepada golongan miskin. Dengan mengubah keadaan atau mewujudkan alternative, kerajaan Malaysia telah mencairkan masalah dan seterusnya menyelesaikan konflik yang dihadapinya. Daripada perbincangan di atas, boleh dirumuskan bahawa strategi pencairan masalah melibatkan penghasilan satu alternative atau lebih yang
9

dapat menjauhkan atau menhindarkan masalah terbabit, jika sesuatu konflik timbul antara dua matlamat kerana keadaan tersebut atau kerana cara dan kaedah yang dipilih, keadaan atau cara itu hendaklah diubah supaya yang tinggal hanyalah divergence, bukan konflik. Dengan kata lain, strategi ini dibina bersandarkan keluwesan yang dapat memudahkan cara mengenal pasti satu alternative atau lebih yang perlu diambil. Yang penting kita mesti jelas dan sedar tentang matlamat yang jhendak dicapai, kesedaran ini membolehkan kita membezakan matlamat berbanding dengan kelaziman cara kita mengusahakan sesuatu sedangkan dalam keadaan tertentu kita tidak memerlukan cara itu, sebaliknya memerlukan cara lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Tegasnya, strategi pencairan masalah mudah dilaksanakan jika kita lebih luwes kerana keluwesan kita akan dapat mewujudkan alternative yang lebih banyak atau cara yang berbeza dalam mencapai sesuatu matlamat.

Soalan Tugasan 3:
Apakah kepentingan adanya strategi yang pelbagai dalam penyelesaian konflik moral? Konflik bermaksud ketegangan yang timbul akibat daripada terdapat beberapa kemungkinan atau syor yang berbeza dan tidak sepadan dalam usaha menangani sesuatu isu. Konflik boleh berkaitan dengan seseorang diri sendiri
10

yang berkisar kepada matlamat dan kekecewaan (konflik intra -personel) atau berlaku antara dua individu berlainan, ataupun antara seseorang dengan kumpulan (konflik inter-personel). Kadang kala, konflik juga wujud dalam kumpulan akibat kedudukan hirarki jawatan dalam kumpulan dan konflik dalam menyelaraskan tugasan kumpulan (konflik antara kumpulan). Kemunculan konflik boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti: a. Perkongsian punca bahan pengeluaran b. Perbezaan matlamat c. Kebergantungan d. Ketidakjelasan tanggungjawab e. Desakan untuk memperolehi kuasa Konflik yang berlainan puncanya memerlukan cara pertimbangan yang berbeza dalam penyelesaiannya. Menurut Kohlberg, sebelum kita menyelesaikan sesuatu konflik moral, kita perlu memahami nilai moral yang berkonflik serta mengenalpasti pilihan yang ada pada diri kita. Untuk menyelesaikan masalah konflik, kita boleh merujuk kepada strategi-strategi berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Strategi Pembinaan Hirarki Strategi Pencairan Masalah Strategi Kompromi Strategi Analisis Nilai Strategi Perkembangan Moral Kognitif Walaubagaimanapun, tiada penyelesaian konflik moral yang lengkap dan sempurna yang dapat menyelesaikan semua konflik dalam pelbagai situasi. Hal ini demikian kerana tiada satu strategi yang dapat menyempurnakan semua aspek dalam sesuatu konflik, maksudnya, setiap strategi mempunyai kelemahan di samping kelebihannya masing-masing. Kelemahan dalam strategi-strategi penyelesaian konflik moral:

11

Bil. 1

Jenis Strategi Strategi Pembinaan Hirarki

Kelemahan - nilai-nilai yang berkonflik tidak selalu dapat disusun mengikut hirarki atau kepentingan. Dalam situasi tertentu, adalah sukar untuk menyatakan bahawa sesuatu nilai lebih asas atau lebih menyeluruh berbanding dengan nilai lain.

Strategi Pencairan Masalah

- sesetengah konflik tidak dapat dielakkan terutamanya jika kita berdepan dengan keadaan yang tidak terkawal atau di luar jangkaan. - tidak membina perwatakan, menggalakkan kita lari, mengelak atau menjauhkan diri daripada berdepan secara langsung dengan konflik.

Strategi Kompromi

- nilai-nilai yang berkonflik hanya boleh dicapai pada kadar tertentu dan tidak sepenuhnya, memandangkan bukannya semua nilai dapat diamalkan pada takat tertentu seperti menghormati seseorang. - kompromi akan memihak kepada pihak yang lebih berautoriti, iaitu sedikit sebanyak tidak adil.
12

Strategi Analisis Nilai

- taksub dengan fakta dan logik sahaja. - dimensi emosi moral dan perlakuan moral yang berpatutan dan termampu dilakukan kurang dititikberatkan.

Strategi Perkembangan Moral Kognitif

- kebolehan menaakul pada peringkat yang tinggi tidak semestinya bermakna kesanggupan mengamalkan tingkah laku moral. - prinsip kepedulian tidak diberikan tekanan yang penting.

Memandangkan kelemahan dalam setiap strategi, kita perlu ingat bahawa sesuatu strategi mungkin dikatakan lebih sesuai untuk menyelesaikan konflik moral tertentu, tetapi ia berhasil hanya dalam keadaan tertentu sahaja. Menurut Scherer, et al. (1979), strategi penyelesaian konflik moral yang lebih rasional memang wujud. Strategi itu berkesan tetapi tidak akan sempurna. Apabila seseorang menghadapi konflik, beliau haruslah mengenalpasti dahulu kelebihan dalam nilai yang akan diperoleh dengan aplikasi strategi-strategi yang berlainan sementara mempertimbangkan kelemahan yang akan terhasil, sebelum memastikan strategi yang akan dipilih. Bagi kes-kes yang berlainan, strategi penyelesaian konflik yang tertentu akan menjadi lebih berkesan berbanding dengan yang lain dan impak negatif dapat diminimakan. Maka, kepentingan
13

adanya strategi yang pelbagai adalah bahawa ia membenarkan seseorang individu membuat perbandingan antara strategi-strategi sebelum memilih mana satu yang paling sesuai, walaupun kelemahannya tetap akan wujud.

14

Anda mungkin juga menyukai