Anda di halaman 1dari 16

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

Soalan 1 PRINSIP-PRINSIP REKA BENTUK GRAFIK SIMPLISITI Simplisiti atau kesederhanaan merupakan prinsip seni reka yang bersifat sederhana dan tidak berat komposisinya.Prinsip kesederhanaan ini dapat memberi ilusi yang menarik dan mendorong audien untuk terus menghayati sesuatu karya seni tersebut.Sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas.Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa.Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan. Contoh 1

NORHAYATI ABD KADIR 691001055050

Page 1

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

Visual yang mengandungi sedikit elemen adalah lebih baik,kerana mudah dilihat.Hadkan perkataanperkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan. Contoh 2

Lukisan hendaklah jelas dan terang.Garisan luar(outline) hendaklah dibuat dengan garisan tebal.Garisangarisan kecil harus ditinggalkan kerana garisan-garisan kecil yang terlalu banyak akan mengelirukan. Contoh 3

NORHAYATI ABD KADIR 691001055050

Page 2

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran DOMAIN Domain atau dominan merupakan salah satu prinsip yang selalu digunakan dalam penghasilan reka bentuk grafik.Misalnya penggunaan warna yang dominan dalam reka bentuk kad jemputan dan juga papan iklan.Dominan berasal dari perkataan Dominance yang bermaksud keunggulan.Sifat unggul dan istimewa ini menjadikan sesuatu unsure seni tersebut sebagai penarik dan menjadi pusat perhatian.Dominan mempunyai beberapa tujuan iaitu menarik perhatian,menghilangkan kebosanan dan memberi titik fokus pada sesuatu karya yang dihasilkan.Dalam sesuatu rekaan visual,objek atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya. Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan,antaranya ialah: a)Menggunakan peraturan satu pertiga(Rule Of Third).Peraturan satu pertiga berdasarkan kajian bagaimana manusia menyaring sesuatu visual.Daripada kajian itu,didapati perhatian tertumpu lebih di sudut atas kiri daripada tempat-tempat lain. b)Warna dan bentuk yang kontras. c)Saiz yang lebih besar. d)Menggunakan garis-garis yang menunjuk kea rah item utama. e)Menggunakan anak panah yang menunjuk kea rah item utama. f)Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair,guli atau kipas. g)Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar. Contoh:

NORHAYATI ABD KADIR 691001055050

Page 3

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran Pola Pola adalah berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual.Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat: a)Menarik penglihatan mata kea rah utama. b)Menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul. c)Mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sampai ke titik akhir. Kesimpulannya,pola bermakna penyusunan elemen-elemen visual bagi menarik dan mengekalkan perhatian penonton/pembaca dan sekaligus memandu mereka maksud yang terkandung dalam visual. Contoh:

NORHAYATI ABD KADIR 691001055050

Page 4

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran Seimbang Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang.Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga perlu seimbang,di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk.Dengan cara ini,mata rasa selesa memandang.Terdapat 2 jenis seimbang iaitu seimbang formal atau symmetric dan seimbang tidak formal atau asymmetric. Seimbang formal bermakna pembahagian yang sama antara dua bahagian visual samada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah.Contoh jongkang-jongkit yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah. Seimbang tidak formal bermakna pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah.Contohnya jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi ianya bukan beban atau bahan yang sama jenis,Cuma beratnya sahaja yang sama. Dalam rekaan visual penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan.Keseimbangan membabitkan pengagihan elemen-elemen dalam sesuatu gambar.Keseimbanganlah yang akan mengawal elemen-elemen untuk menarik perhatian.Keseimbangan boleh dihasilkan secara simetrikal atau asimetrikal.Ia juga boleh mengakibatkan perasaan,pergerakan,tekanan atupun ketenangan. Contoh 1

Contoh 2

NORHAYATI ABD KADIR 691001055050

Page 5

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran Variasi Variasi adalah kepelbagaian yang diperolehi melalui penggunaan kontra dan perincian sesuatu karya.Penggunaan elemen kontra dalam hasil karya mampu mewujudkan variasi dari segi warna,bentuk dan komposisi sesuatu hasil karya.Ia merujuk kepada penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan yang pelbagai dalam sesuatu hasil rekaan.Kepelbagaian dapat memberikan gaya,variasi,tenaga dan tarikan dari gubahan tersebut.Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual.Penggunaan elemen-elemen dalam sesuatu komposisi dapat menjadikan visual seolah-olah hidup.

Contoh:

Harmoni Harmoni wujud pada benda-benda alam dan benda buatan manusia.Harmoni adalah sesuatu rekaan seni visual yang melibatkan susunan atau ulangan unsur-unsur seni visual mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan kesan yang menarik.Dalam konteks seni,ulangan garisan,rupa,bentuk,jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu atau berpandukan garisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni.Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna,teratur,seragam dan selesa pandangan mata.Harmoni juga memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton,pembaca apabila melihat gabungan elemen-elemen grafik,aliran persembahan dan kesatuan mesej.

Contoh Harmoni
NORHAYATI ABD KADIR 691001055050 Page 6

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

SOALAN 2
NORHAYATI ABD KADIR 691001055050 Page 7

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

Laman Web yang dicadangkan ini mempunyai bermacam reka bentuk pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat pelajar untuk melihat dan memberikan tumpuan ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Laman web tersebut ialah; . http://www. anuar2u.com(Nota Pendidikan Islam Tingkatan 5)

NORHAYATI ABD KADIR 691001055050

Page 8

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

NORHAYATI ABD KADIR 691001055050

Page 9

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

Huraik
NORHAYATI ABD KADIR 691001055050 Page 10

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran an Empat Ciri Reka Bentuk yang dapat mening katkan Kemah iran Berfiki r dan Sertaka n Gamba rajah untuk setiap huraia n. Definisi Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakkan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza.Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesikan masalah. Dengan itu pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami. Tujuan Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar : Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak. Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah. Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif. Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit. Meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan setrusnya perkembangan intelek mereka.

NORHAYATI ABD KADIR 691001055050

Page 11

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran Bersikap terbuka dalam menerima dan member pendapat, membina keyakinan diri untuk member hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritikan

Komponen utama KBKK terbahagi kepada dua iaitu: Berfikir secara Kritis Berfikir secara Kreatif.

Kemahiran Berfikir Secara Kritis: Kemahiran Berfikir secara Kritis ialah kecekapan, dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. .

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Kecekapan menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan, menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah secara inivatif.

NORHAYATI ABD KADIR 691001055050

Page 12

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

Contoh dan komponen yang termasuk dalam pemikiran secara Kritis dan Kreatif
NORHAYATI ABD KADIR 691001055050 Page 13

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran

ALAT BERFIKIR Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun, luas, jelas, dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu.Di sini dikemukakan empat alat yang boleh digunakan untuk meningkatkan keterampilan berfikir iaitu: Alat untuk Berfikir Terbahagi kepada empat iaitu: Soalan dan Penyoalan Peta minda Pengurusan Grafik CoRT.

Alat-alat berfikir ialah instrument yang boleh membantu kita membuat pengurusan lisan, mengurus pemikiran, secara visual dan terkawal.

1. SOALAN DAN PENYOALAN

NORHAYATI ABD KADIR 691001055050

Page 14

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran Spalan dan penyoalan membantu kita berfikir secara mendalam dan meluas, sebagai guru, pengetahuan mengenai soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan dan menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Soalan yang baik harus mengambil kira semua aspek iaitu aras, skop, dan fokus. Soalan mengikut Taksonomi Bloom mengandungi beberapa aras seperti gambarajah dibawah:

Membentuk soalan mengikut Taksonomi Bloom adalah penilaian berdasarkan pemikiran (kognitif), ianya menekankan domain kognitif.Aspek pengetahuannya pula berdasarkan fakta, Teori, Hukum dan lain-lain lagi. Tujuannya adalah untuk membina kebolehan, oemikiran dan pemahaman.Contoh soalan , seperti: Beri pendapat../ menjawab soalan berdasarkan petikan yang telah diberi. 6 peringkat dalam Taksonomi Bloom adalah seperti gambarajah diatas. SOALAN BERTUMPU DAN BERCAPAH Soalan juga boleh diketegorikan kepada jenis bertumpu dan bercapah.Perbandingan soalan adalah seperti berikiut:

SOALAN BERTUMPU Aras yang rendah Jawapan atau respon yang terhad Soalan berbentuk tertutup Sesuai menguji daya ingatan Lebih bersifat objektif
NORHAYATI ABD KADIR 691001055050

SOALAN BERCAPAH Aras yang tinggi Jawapan atau respon yang luas Soalan berbentuk terbuka Sesuai menguji penaakulan dan pentafsiran Lebih bersifat subjektif
Page 15

HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran LINGKARAN SOALAN Soalan jenis ini mula diperkenalkan oleh Christenbury dan Kelly (1983) dan telah diperkenalkan di Malaysia oleh William w.Wilen pada 1994.Lingkaran soalan member tumpuan kepada tiga skop khusus iaitu: Perkara Individu Luar Individu

Perkara(P) dalam konteks pembelajaran Bahasa Melayu misalnya, merujuk kepada sama ada tema, tajuk, idea, isu, peristiwa atau teks yang dipelajari.Contohnya tajuk Buah-buahan Tempatan, soalan yang dikemukakan hendaklah ditumpukan kepada tajuk atau teks bacaan secara langsung. Contohnya: Namakan lima jenis buah-buahan tempatan tanpa musim. Mengapakah Durian digelar raja segala buah? Individu (L)- Merujuk kepada orang atau pelajar yang terlibat sebagai pembaca teks atau orang yang dikehendaki menjawab soalan berkenaan.Oleh itu soalan yang dikemukakan hendaklah dikaitkan dengan pengalaman, pengetahuan, pemerhatian, atau pandangan pelajar. Cohtohnya: Adakah anda suka makan buah-buahan tempatan? Pada pendapat anda, apakah buah-buahan yang mempunyai potensi untuk dieksport secara besar-besaran? Luar individu(LI)-Merujuk kepada skop diluar individu(pelajar) seperti masyarakat, komuniti, manusia sejagat, kawasan, daerah, negeri dan luar Negara yang sesuai dengan peringkat pelajar. Contohnya: Senaraikan buah-buahan luar Negara yang terdapat di dalam pasaran? Mengapakah Negara Australia banyak mengeksport buah-buahan? Ternyata soalan-soalan di atas dibina berdasarkan skop lingkaran yang berbeza.Untuk mempelbagaikan lagi aras penyoalan, guru-guru bolehlah menggunakan aras keupayaan kognitif Bloom bagi setiap lingkaran. Bagi mempertingkatkan kemahiran berfikir pelajar, setiap lingkaran tersebut dapat digabungkan dengan lingkaran yang lain sehingga menjadi dua atau tiga lingkaran.Kombinasi tiga skop ini akan menjanakan lebih soalan yang boleh meningkatkan kemahiran berfikir.

NORHAYATI ABD KADIR 691001055050

Page 16