Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Saya Ravind A/L Sivalingam dari PISMP semester 1 opsyen MT/BI/BT bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Pada mulanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang sudi membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Khususnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing subjek Anatomi Dan Fisiologi PJM3106 Pn. Shaireena Binti Jaafar dan En. Norizan yang sudi membantu dan membimbing saya bukan sahaja dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya malah memberi dorongan dan nasihat yang membina semasa

melaksanakan kerja kursus ini. Saya juga tidak melupakan jasa dan pertolongan yang diberi oleh ahli kumpulan saya iaitu Arivalagan A/L Raja Manickam dan Roobendhiran A/L Sivasamy dalam penyiapan kerja ini. Semasa melaksanakan kerja kursus ini saya telah mempelajari banyak perkara. Pada pendapat saya, kerja kursus ini merupakan salah satu cara baik dalam menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang Anatomi dan Fisiologi. Semasa proses menjalankan kerja kursus ini saya telah meluangkan masa untuk membuat rujukan di Pusat Sumber. Saya juga turut dibantu oleh pensyarah dalam memberi penerangan yang lebih lanjut dan terperinci tentang tajuk tugasan ini. Saya juga telah membuat perbincangan beberapa kali mengenai tajuk tersebut bersama rakan sekumpulan saya.. Daripada tajuk ini kami dapat mengenali lebih lanjut tentang bagaimanakah badan manusia berfungsi. Di samping itu, kami juga banyak dibantu oleh rakan-rakan seunit untuk mnyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Mereka juga memberi pendapat dan menjelaskan pertanyaan kami tanpa rasa ragu-ragu. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih

sekali lagi kepada semua pihak yang membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Topic yang telah diberi kepada kami ialah sistem saraf pinggir. Sistem saraf pinggir pula dibahagikan kepada tiga iaitu sistem kranial, sistem spinal dan sistem refleks. Kami telah dikehendaki untuk membuat satu laporan tentang topic ini dan juga dikehendaki membuat satu model. Kami telah memilih sistem saraf refleks untuk dibuatkan model. Apa yang dimaksudkan dengan sistem refleks? Sistem saraf refleks bertindak apabila gerakan yang dilakukan tanpa sedar dan

merupakan respon segera setelah adanya rangsangan. Contohnya semasa kita menyentuh sesuatu benda yang panas, dengan segera kita akan mengalihkan tangan kita. Inilah yang dipanggil refleks. Proses ini hanya berlaku dalam masa yang singkat, jadi otak tidak akan mengambil bahagian dalam proses ini. Antara kebaikkan system refleks ialah ia akan mengelakkan kita daripada mengalami kecederaan yang serius kerana kita dapat bertindak kepada rangsangan dalam masa yang begitu singkat. Dengan adanya sistem ini, kita juga dapat mencepatkan lagi masa tindak balas kita. Tanpa adanya rangsangan, kita tidak dapat merasai apa-apa lantas kita tidak dapat bertindak mengikut keadaan. Contohnya jika kita tersentuh cerek yang panas, kita dapat mengalihkan tangan kita dengan pantas supaya mengelakkan tangan kita daripada melecur. Akan tetapi, jika sistem saraf refleks kita tidak berfungsi, maka kita akan mengalami kelecuran. Pada pandangan saya, subjek Anatomi ini sangat penting kepada muridmurid. Melalui subjek ini, mereka dapat mengenali lebih lanjut lagi tentang anatomi dan fisiologi masing-masing dan apakah kepentinganya. Saya berasa ilmu-ilmu yang telah saya terima dalam subjek ini akan banyak membantu saya dalam mengajar murid-murid tentang anatomi pada masa hadapan.

Antara kekuatan yang dapat saya peroleh daripada perlaksanaan kerja kursus ini ialah saya dapat tahu cara-cara bagaimana sesuatu sistem saraf itu berfungsi. Saya juga dapat mengenalpasti kebaikkan dan juga kepentingan sistem saraf ini dalam anatomi manusia. Tanpa adanya sistem saraf, maka kita akan mengalami masalah yang amat serius sehingga boleh mengundang maut. Dari segi kerja berkumpulan pula, saya dapat bertolak ansur dengan ahli kumpulan saya dalam menyiapkan tugasan ini. Semua tindakkan dan juga keputuan yang diambil dan dilaksanakan adalah sebulat suara dan ini telah memudahkan kerja kami dalam menyiapkan tugasan ini tanpa sebarang masalah. Akhir kata, saya harap agar tugasan ini dapat memenuhi kehendak soalan dan juga pensyarah.

......................................
(Ravind A/L Sivalingam)

Anda mungkin juga menyukai