Anda di halaman 1dari 5

1. Pengenalan- (ringkas sahaja) 2.

Kes Victor

Faktor persekitaran

Apabila membicarakan tentang Victor, maka akan tergambar kepada kita akan kisah kehidupan seorang budak lelaki yang pada awal kehidupannya terdedah kepada binatang di dalam hutan. Keadaan ini sebenarnya telah merencatkan perkembangannya dalam pemerolehan bahasa pertama dalam peringkat awal kanak-kanaknya, yang dikatakan ditemui dalam usia antara 11 hingga 12 tahun. Berdasarkan teori biologis yang dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti N.Chomsky dan Lenneberg, semua kanak-kanak yang sihat dan normal akan mulai bertutur pada tahap usia yang sama, misalnya menurut Piaget, tahap usia 7 hingga 12 tahun , kanak-kanak mulai mempelajari bahasa formal dan menguasai sejumlah kosa kata serta berkemampuan memahami maknanya. Keadaan ini kita lihat tidak dimiliki oleh Victor. yang dikatakan hanya mengeluarkan suara yang dikeluarkan dari tekak seperti bunyi binatang pada lingkungan usia tersebut. Faktor persekitaran utama yang dianggap menarik dalam membicarakan kes Victor ini ialah sikap kerajaan Perancis pada masa itu yang berkobar-kobar dengan pencarian saintifik dan bersimpati dengan kanak-kanak hilang. Keadaan ini membantu memastikan Victor mendapat perlindungan dan jagaan sepenuhnya. Walaupun pada peringkat awalnya gagal tetapi Victor tidak dibiarkan begitu sahaja malah diberikan pula kepada pembantu yang lebih berwibawa. Ini telah banyak membantu Victor untuk mempelajari bahasa pertamanya walaupun pada asasnya ia telah dianggap lewat. Walaupun boleh dikatakan agak lewat bagi insan seperti Victor itu untuk memperoleh bahasa pertama dalam hidupnya, kita dapat melihat kaedah latihan bahasa disamping pendedahan sosial yang digunakan oleh Itard boleh dianggap berjaya membantunya. Apa yang menarik penggulangan perkataan seperti li (daripada nama pengasuhnya, Julie ) dan lait ( milk ) merupakan aspek peneguhan bahasa pertama yang dipelajarinya. Keadaan ini sesuai dengan pandangan golongan yang mempelopori Teori Behaviouris seperti Skinner yang berpendapat seorang kanak-kanak itu dapat menguasai bunyi-bunyi dan menyebut perkataan yang telah didengar oleh mereka secara berulang kali sehingga mereka dapat melafazkannya dengan betul, di mana teori ini menekankan peri laku dan individu banyak belajar melalui pengalaman daripada otaknya.

Faktor Sosial

Walaupun sehingga ke akhir hayatnya, dikatakan Victor hanya mampu bertutur dengan menggunakan hanya 3 patah perkataan ( li, oh Dieu! dan lait ) tetapi kita harus mengakui bahawa faktor sosial banyak membantu perkembangan pemerolehan bahasa Victor, hal ini diakui oleh Teori Interaksional yang berkembang pada tahun-tahun 60-an dan 70-an dan dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Bloom dan Halliday yang antara lain menjelaskan dalam kajian mereka bahawa faktor sosial membantu perkembangan bahasa seseorang, ini disebabkan melalui interaksi dengan individu lain akan memberikan pengalaman bahasa khasnya kepada kanak-kanak. Ini dapat kita lihat melalui kaedah pendedahan sosial oleh Itard maka melalui pergaulan dan berinteraksi dengan orang lain juga, Victor telah dapat berkomunikasi dengan orang lain dengan bantuan kad-kad perkataan. Bukan itu sahaja, dia kemudiannya dapat menulis dengan sendiri perkataan- perkataan tersebut di atas sekeping kad. Selain itu juga, kita dapat melihat bagaimana faktor sosial juga turut memainkan peranan dalam perkembangan bahasa pertama Victor, walaupun dia tidak dapat bertutur tetapi Victor dapat memahami arahan dan tugasannya, perbuatan seperti mandi, berpakaian dan menyediakan meja makan merupakan sesuatu perkara di luar kebiasaan yang berada di luar kotak pemikiran Victor jika dia masih berada di hutan dan tidak berpeluang untuk didedahkan kepada tutur kata dan tingkah laku manusia normal.

Faktor Psikologi

Salah satu faktor yang kuat mempengaruhi aspek pemerolehan bahasa ialah faktor psikologi. Menurut E.R Guthrie yang menjadi professor psikologi di Universiti Washington, bukunya The Psychology of Learning (1985) mengandungi pendapat bahawa pembelajaran itu berlaku dengan adanya rangsangan dan dikuti dengan giat bias. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Victor merupakan seorang budak yang tidak pernah merasai kasih sayang daripada kedua ibu bapanya. Hal ini telah menyebabkan dia terlalu bergantung kepada persekitarannya di dalam hutan untuk berinteraksi dan bergerak balas. Melalui jagaan yang rapi daripada pengasuhnya Julie dan Itard, tingkah lakuan Victor dapat dibentuk. Aktiviti seperti mandi, berpakaian dapat mencerminkan bahawa pengasuhnya Julie telah memberikan persekitaran yang selamat kepada Victor. Hal ini memberikan rangsangan kepada Victor untuk melakukan sesuatu keluarbiasaan berbanding semasa Victor menjalani kehidupannya di dalam hutan. Ini membuktikan faktor kasih sayang dan perhatian yang baik dapat membantu perkembangan bahasanya. Dalam pada itu juga, tidak keterlaluan sekiranya kita boleh mengandaikan bahawa bahasa haiwan tersebut merupakan bahasa pertama Victor, memandangkan Victor telah terdedah kepada bahasa tersebut berkemungkinan semenjak dari lahir hingga ke peringkat umur 12 tahun. Sebagai buktinya tiga perkataan yang dapat disebutnya iaitu ( li, oh Dieu! dan lait ) merupakan naluri ataupun perkara-perkara asas yang diperlukan oleh alam haiwan, li pada tafsiran Victor mungkin bersifat untuk mendapatkan perhatian, oh Dieu! pula merujuk kepada

kasih sayang dan keperluan untuk dilindungi dan lait pula mungkin merujuk kepada makanan dan minuman yang kebetulan mamang diperlukan oleh makhluk bernama haiwan. Dari sudut psikologinya, melalui perlakuan yang berulang kali melalui ketiga-tiga perkataan itu, Victor dapat berasakan bahawa ketiga-tiga perkataan tersebut dapat membantunya dalam memperoleh keperluan fisiologinya, atas sebab itu Victor berusaha untuk menguasainya. Hal tersebut jika diteliti mempunyai persamaan dengan pandangan seorang tokoh Behavioris iaitu B.F Skinner yang menyatakan dalam teorinya bahawa lakuan automatis hanya akan berulang-ulang jika diwujudkan rangsangan. Misalnya jika bayi menyebut mammam, lalu ibunya memberikannya makan, maka bunyi itu akan diasosiasikan dengan makan dan diulang-ulang apabila bayi itu hendak makan. Selain itu juga, jika kita mengambilkira kaitan antara bahasa dan otak, kita dapat merumuskan bahawa kegagalan Victor untuk bertutur mungkin berkait rapat dengan keberangkalian dia pernah mengalami kecederaan di bahagian otaknya, iaitu di hemisfera kiri, di mana kemungkinan kebolehan berbahasanya akan terjejas. Apa yang jelas, pada masa itu tidak ada alat yang dapat digunakan untuk menentukan sama ada Victor mengalami kerosakan alat pemahaman dan penghasilan bahasa akibat daripada kecederaan di bahagian kepala yang mungkin pernah dialaminya sepanjang tempoh kehidupannya di dalam hutan.

Faktor pendedahan bahasa

Dalam mempelajari bahasa, faktor pendedahan bahasa merupakan faktor yang tidak boleh diabaikan, ini disebabkan melalui pendedahan bahasa, dapat membantu seseorang itu menguasai bahasa yang ingin dikuasainya. Apa yang berlaku pada Victor banyak berkisar dengan pendedahan bahasa yang berlaku di dalam ruang lingkup kehidupannya. Lihat sahaja apabila dia dijumpai di hutan, tanpa pendedahan bahasa, Victor hanya bertindak mengeluarkan bunyi seperti haiwan apabila memberikan sesuatu reaksi. Keadaan ini sangat berbeza apabila dia diambil oleh kerajaan Perancis dan pada awalnya diserahkan penjagaannya kepada Sicard, pengarah Institut OrangOrang Pekak dan Bisu, diikuti kepada Itard. Selain daripada diberikan pendedahan bahasa melalui latihan bahasa, Victor juga pernah diajar menggunakan bahasa Isyarat. Melalui latihan bahasa, kita dapat melihat perubahan pada tingkah lakunya.Victor bukan sahaja dapat menghilangkan tabiat asalnya seperti perlakuan yang berlaku pada haiwan seperti merangkak ketika berjalan dan tidak berpakaian malah berubah sikap kepada perlakuan yang lebih baik. Dengan berpakaian, berjalan secara normal di samping menyediakan meja makan, membuktikan kepada kita betapa pentingnya pendedahan bahasa kepada manusia. Melalui latihan bahasa yang diperkenalkan oleh Itard, Victor bukan sahaja telah belajar mengaitkan simbol-simbol bertulis dengan objek-objek, malah kadang kala membuat generalisasi berlebihan (pengitlakan) seperti yang dilakukan oleh kanak-kanak yang normal.Misalnya, <knife> (pisau) dianggap sama dengan <razor> (pisau cukur) kerana keduaduanya benda yang tajam.Melalui pendedahan bahasa juga Victor dapat mempelajari kata-kata

adjektif yang antonim seperti <big> dan <small> serta dapat mempelajari kata kerja seperti <eat> dan <drink>. Melalui pendedahan bahasa juga telah membantu Victor untuk lebih berkeyakinan ketika berinteraksi dengan manusia, penggunaan bahasa tulisan merupakan kaedah yang terbaik yang diajar oleh Itard dalam mengatasi masalah pertuturan Victor. Oleh sebab itu walaupun pelbagai teori pemerolehan bahasa diperkenalkan oleh pelbagai tokoh, Teori Tradisional yang diperkenalkan oleh Panini yang antara lain mementingkan bahasa tulisan sebagai sebahagian daripada bahasa komunikasi masih dianggap releven jika dikaitkan dengan kes Victor ini.Melalui penulisan perkataan-perkataan di atas sekeping kad, Victor dapat menyampaikan hasrat atau keinginannya kepada individu lain.

Faktor motivasi.

Berdasarkan Teori Pembelajaran Maslow, terdapat 4 keperluan utama seseorang manusia sebelum mempunyai kesempurnaan kendiri iaitu keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan dan motivasi. Keempat-empat keperluan ini sebenarnya amat berkait rapat dengan faktor pemerolehan bahasa seseorang individu itu. Merujuk kepada kes Victor tersebut, kita melihat bahawa Victor mula mempelajari bahasa apabila dia ditempatkan di bawah jagaan Itard bersama pengasuhnya Julie. Kegagalan Victor menguasai bahasa isyarat yang cuba diperkenalkan oleh Sicard, mungkin berpunca dengan 4 faktor yang dijelaskan oleh Maslow tersebut. Dengan layanan dan perhatian yang baik oleh pengasuhnya Julie telah memberikan rangsangan kepada Victor untuk mula mempelajari bahasa yang dianggap asing. 3 perkataan yang berjaya disebut oleh Victor, jika kita kaji secara mendalam amat berkait rapat dengan pengasuhnya Julie, perkataan li untuk Julie, lait untuk susu merupakan perkataan yang mempunyai kaitan dengan Julie, persoalan yang timbul ialah bagaimanakah Julie mampu membantu Victor menyebut perkataan-perkataan tersebut jika Victor berasakan dirinya tidak selamat atau tiada perasaan kasih sayang yang wujud antara dirinya dengan pengasuhnya. Berdasarkan faktor tersebut, jelaslah kepada kita mengapa faktor motivasi dapat merangsang seseorang itu untuk belajar bahasa. Selain itu kita dapat melihat apabila melalui latihan bahasa yang dijalankan secara berulang-ulang, Victor telah diberikan peneguhan. Misalnya dengan menyebut perkataan lait, maka peneguhannya Victor akan diberikan susu, maka peneguhan tersebut akan memberikan rangsangan kepada Victor untuk menyebutnya apabila dia memerlukan susu tersebut.

3.Kes Helen

Faktor persekitaraan

Faktor sosial Faktor psikologi Faktor pendedahan bahasa Faktor motivasi.

4.Penutup (ringkas)

Anda mungkin juga menyukai