Anda di halaman 1dari 8

SMK TELOK PANGLIMA GARANG KUALA LANGAT SELANGOR

3.3 KESAN PERTUMBUHAN PENDUDUK 3.4 PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN

PELAJAR:MOHD NADZIRUDDIN BIN NAKHROWI MOHD NUDZAIRUDDIN BIN NAKHROWI

TINGKATAN:6 BAWAH KEMANUSIAAN 1

GURU:EN KHAIRUDDIN BIN ABDUL RAHMAN

Isi Kandungan

Perkara Pendahuluan Bab 3 Pertumbuhan Penduduk 3.3 Kesan pertumbuhan penduduk 3.4 Penduduk dan pembangunan 3.3 Kesan pertumbuhan penduduk Kesan positif Kesan negatif 3.4 penduduk dan pembangunan Tahap 1:Tahap tinggi tidak bergerak Tahap 2:Tahap pertumbuhan awal Tahap 3:Tahap pertumbuhan lewat Tahap 4:Tahap rendah-Tiada pertumbuhan Rujukan

Muka surat 1 2

13

Pendahuluan 2

Dalam tajuk kesan pertumbuhan penduduk kita akan mempelajari bahawa pertumbuhan penduduk dapat memberikan kesan positf dan juga kesan negatif terhadap pembangunan ekonomi sesebuah negara. Dalam tajuk penduduk dan pembagunan kita akan mempelajari tentang bagaimana pembagunan ekonomi dapat mempengaruhi taburan penduduk disesuatu wilayah.Kita juga akan mengetahui bagaimana proses peralihan demografi ini boleh berlaku.

Kesan Positif Antara kebaikkan pertumbuhan penduduk yang pesat ialah dapat menjadi aset untuk membekalkan tenaga kerja.pertumbuhan penduduk yang pesat dalam sesebuah negara akan mempunyai bekalan tenaga kerja yang banyak.Negara akan mempunyai ramai tenaga kerja yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang. Selain itu juga pertumbuhan penduduk yang pesat dapat memperluaskan saiz pasaran.Pertumbuhan penduduk yang pesat akan membantu memperluaskan saiz pasaran domestik dan mampu menarik pelaburan dari luar. Pertumbuhan penduduk yang pesat juga dapat menguatkan pertahanan Negara.dengan adanya jumlah penduduk yang ramai memberikankan banyak pilihan kepada pihak kerajaan untuk memilih rakyat yang berkualiti sahaja untuk diserap kedalam bidang ketenteraan.Contohnya negara Indonesia. Selain itu juga pertumbuhan penduduk akan mempercepatkan penjanaan dan pembangunan sumber alam.Pertumbuhan penduduk yang pesat akan menyebabkan sumber alam digunakan dengan maksimum.

Kesan Negatif Walaubagaimanapun pertumbuhan penduduk yang pesat boleh juga mendatangkan kesan negatif.Antaranya ialah tekanan terhadap sumber alam.Tekanan guna tanah akan berlaku untuk pertanian,pertempatan dan kemudahan asas yang menyebabkan saiz guna tanah semakin sempit dan memyebabkan kualiti tanah semakin semakin merosot.Hal ini akan menyebabkan negara akan kekurangan bekalan makanan kerana kawasan pertanian tadi terpaksa dikorbankan untuk pembinaan pertempatan dan kemudahan asasi yang lain. Kemerosotan dan kepupusan sumber juga akan berlaku akibat daripada kesan pertumbuhan penduduk yang pesat.pertumbuhan penduduk yang pesat menyebabkan sumber semakin berkurang terutamanya sumber tanih yang diekspolitasi untuk pembinaan pertempatan.Hal ini boleh menyebabkan berlakunya bencana seperti banjir kilat,tanah runtuh dan sebagainya. Selain itu juga pertumbuhan penduduk yang pesat akan menyebabkan Pencemaran dan kerosakan sumber.Pertumbuhan penduduk yang pesat juga menyebabkan berlakunya pencemaran udara,air daripada sisa-sisa toksik yang dikeluarkan oleh kilang.Pertumbuhan penduduk yang pesat juga akan mengakibatkan kepupusan flora dan fauna. Kemiskinan dan kemunduran juga akan berlaku sekiranya pertumbuhan penduduk pesat.Pertumbuhan penduduk yang pesat menyebabkan masalah pengangguran,kemiskinan,dan taraf hidup penduduk menjadi rendah.Hal ini berlaku kerana terdapat banyak persaingan yang berlaku diantara penduduk terutamanya dalam bidang pendidikan.Krisis kekurangan makanan juga akan berlaku. Pertumbuhan penduduk yang pesat juga akan menggalakkan migrasi penduduk ke luar negara.Tekanan hidup yang dihadapi menyebabkan penduduk berhijrah ke tempat lain.Contohnya penghijrahan rakyat Filipina ke Sabah untuk mencari sumber perkerjaan untuk menyara kehidupannya.

PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN Ramai ahli kaji penduduk(ahli demografi)meyakini bahawa kemerosotan kadar partumbuhan penduduk,antara lainya disebabkan oleh pembagunan ekonomi.Hal ini kerana semakin maju ekonomi di sesuatu kawasan semakin ramai penduduk sedar tentang faedah ekonomi mengawal pertumbuhan penduduk. Kesan daripada kesedaran perkara ini akan menghasilkan saiz keluarga yang lebih kecil.Perkara ini telah terbukti terutama di negara-negara maju dari sega ekonomi.Bukti sejarah menunjukkan bahawa pembangunan ekonomi dan pemodenan seiring dengan kemerosotan kadar kesuburan dan kadar pertumbuhan semulajadi. Sifat dan kedinamikan pertumbuhan penduduk sesebuah wilayah di katakan boleh dikaitkan dengan taraf pembangunan ekonomi.Dipercayai bahawa transformasi ekonomi sesebuah wilayah akan membawa perubahan perubahan tertentu kepada profil demografi wilayah itu.Perubahan ini merujuk kepada perubahan kadar kelahiran dan kematian. Perubahan ini dikenali sebagai peralihan demografi.Peralihan demografi ini boleh ditakrif sebagai perubahan demografi empat tahap.Perubahan dipercayai berlaku apabila sesebuah wilayah itu membangun dan menjadi semakin moden.Ekonomi dunia juga dikaitkan sebagai salah satu punca peralihan demografi .Proses ini melibatkan empat tahap iaitu: -Tahap 1:Tahap tinggi tidak bergerak -Tahap 2:Tahap pertumbuhan awal -Tahap 3:Tahap pertumbuhan lewat -Tahap 4:Tahap rendah-Tiada pertumbuhan Tahap 1:Tahap tinggi tidak bergerak Tahap 1 ini dicirikan oleh kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah dan turun naik.Kadar kematian yang tinggi ini mungkin disebabkan oleh kurangnya 5

ketersampaian kepada teknologi perubatan moden.Kekurangan ubatan dan makanan juga adalah perkara biasa.Masyrakat pada tahap ini gemar memiliki keluarga yang besar. Bagaimanapun,kadar kelahiran dan kematian yang tinggi dan jangkaan hayat yang rendah menyebabkan jumlah penduduk kecil dan kepadatan penduduk rendah dan stabil.Tahap ini dapat di lihat di negara-negara miskin seperti di benua Afrika.

Tahap 2:Tahap Pertumbuhan Awal Tahap 2 ini boleh dicirikan sebagai kadar kematian yang pesat menurun dan kadar kelahiran yang tinggi dan stabil.Kemerosotan kadar kematian disebabkan oleh faktorfaktor sepert peningkatan bekalan makanan berterusan,penggiatan pengeluaran pertanian,,penyebaran dan penggunaan teknologi,dan sebagainya. Pada masa yang sama,kadar kelahiran dan kesuburan terus tinggi.Kesanya ialah pertumbuhan penduduk yang mendadak atau ledakan penduduk yang sekarang dialami oleh kebanyakkan negara sedang membangun ,terutama yang miskin dan padat dengan penduduk. Tahap 2 ini biasa dikaitkan dengan ekonomi pinggiran(mundur dan membangun)yang mengalami kadar pertumbuhan semulajadi.Contohnya Malaysia. sedang

Tahap3:Tahap Pertumbuhan Lewat Tahap3 ini boleh dicirikan sebagai kemerosotan kadar kelahiran secara perlahanlahan dan kestabilan kadar kematian pada tahap yang habis rendah.

Penurunan kadar kelahiran dan kesuburan disebabkan oleh penigkatan akses kepada penjagaan kesihatan,pendidikan dan perancangan keluarga.Oleh sebab kematian di kalangan bayi dan kanak-kanak sudah berkurangan,maka keperluan untuk melahirkan ramai anak juga merosot. Tambahan pula apabila pembangunan dan pemodenan menghasilkan pembandaran dan penyebaran teknologi,keluarga besar mula menjadi beban.Bagaimanapun pertumbuhan penduduk masih berlaku dengan agak pesat kerana kadar kelahiran masih melebihi kadar kematian.

Tahap 4:Tahap Rendah-Tiada Pertumbuhan Tahap 4 ini dicirikan oleh kadar kelahiran rendah dan kadar kematian rendah.Pada tahap ini kadar kelahiran kasar terus merosot ke tahap menyamai kadar kematian kasar yang rendah.Kesanya penduduk akan menjadi stabil dan tidak bertambah.Malah,ada negara seperti Jepun,kadar kematian kasar sudah melebihi kadar kelahiran kasar dan akan kehilangan penduduk dan pertumbuhan negetif.Tahap ini berkait dengan wilayah yang sangat maju dari segi ekonomi seperti Eopah,Amerika Utara dan Jepun.

Rujukan Oxford Fajar. ACE AHEAD, teks STPM. Geografi alam sekitar manusiakertas 2, m/s 32-42. Abdul Hamid Abdullah & Keng Su Seng. 7

Longman. Teks Pra-U STPM. Geografi Alam Sekitar Manusia, m/s 35-54. Rusly Musa & Nurashikin Abdullah

Anda mungkin juga menyukai