Anda di halaman 1dari 74

Arasharrina

Bab 1
Hah? Hah! Masya-Allah! Helo! Helo! Bomba? Pejabat buruh? Hah! Bilik mayat??? Eh, Polis! Polis Bilik saya terbakar! Tolong!!! Di suatu sudut kelihatan sesusuk tubuh yang sedang asyik mentertawakan teman yang sedang meroyan. Hoi!!! Kau dah kenapa, Kea? tingkah Maria dengan gelak tawa yang bisa menggegarkan seisi alam. Kea yang masih terperanjat termangu-mangu sambil memandang sekeliling rumah. Celah mana yang terbakarnya ni? desis hatinya apabila melihat keadaan bilik yang masih seperti sediakala. Diurut dadanya perlahan. Terasa diri sedang dipermainkan, Maria di sebelah dijelingnya tajam. Mariaaa lirihnya. Kau ni sengaja, kan! Pantang tengok orang senang sikit. Nasib baik tahap kesihatan aku ni excellent, kalau tak sahih gol! Maria hanya tersengih menyambung tawanya yang

EA!!! Bangun! Bangun!!! Bilik kita terbakar! Bangun!!!

KEA

masih bersisa sambil mempamerkan puppy eyes yang minta pelempang. Faham apa tu puppy eyes? Tak faham? Maksud bahasa Melayunya, mata anak anjing. Tak faham lagi? Tak apa, tak masuk exam pun. Maria melabuhkan punggung di atas katil temannya. Ingin disambung ketawa, tetapi ditahan. Kasihan pula melihat telatah Kea yang masih terpisat-pisat menggosok mata sepetnya. Alaaa chilllah Kea sayang. Aku balik-balik tengok kau dah baik punya terbongkang, bukan salah aku, okey! Kau yang bagi aku ruang untuk bergurau senda, sangkalnya. Bergurau senda kepala brain kau! jerkah Kea sambil membulatkan matanya. Ya! Mata sepet memang takkan jadi bulat. Isk! Tersembur lagi ketawa Maria tatkala mendengar jerkahan Kea tu. Kepala brain? Wakaka! Amboi kau, Kea.... Takkan nak manja-manja sikit pun tak boleh? Hmmm... okey, okey.... Sorry tak buat lagi. Jom tidur balik jom! pujuk Maria seraya merebahkan tubuhnya ke katil empuk Kea Alyissa. Teman sehidup dan semati katanya. Eceh tapi betul! Kea memang kenalannya sejak zaman persekolahan lagi. Dan sekarang masing-masing sedang menuntut di universiti yang sama, cuma jurusan pengajian yang berbeza. Kea dalam bidang perubatan dan Maria pula dengan jurusan peragaan. Tak mahulah. Aku nak mandi then pergi kafe, isi perut dulu. Dah berzanji dah ni! Tuala mandi bercorak lady bug di belakang pintu dicapainya. Kau duduk bilik ni baik-baik, kunci pintu, almari

Arasharrina

segala. Semalam bilik JJ kena pecah. Habis lap-top dengan handphone semua kena kebas. Kita ni bukannya orang senang, so pandai-pandailah kau sebelum kau dipandaikan. Renung-renungkanlah dan selamat beramal bebel Kea sambil tertawa kecil dengan gurauannya sendiri. Menangis keluar air mata darah ustaz tu kalau dengar trademarknya telah disalahgunakan. Gelagat Kea diperhatikan oleh Maria dengan khusyuk. Kea memang gadis yang cantik dan menyenangkan. Sikapnya yang bersahaja ditambah pula dengan kenakalannya yang kadangkala mengundang bala, sering kali menjadi perhatian ramai. Gerak tubuh, bahasa badan dan penampilan dirinya juga tidak ketinggalan daripada menjadi buah mulut orang. Haters di kalangan loser tak usah cakaplah, boleh dibuat list sepanjang lima kilometer. Tetapi Kea tetap merendah diri. Dia tidak pernah melatah, paling teruk pun dia akan cakap: Like me or not, Im still gonna be shine. Oh diva okey! Tapi itu kalau dia tak tahanlah. Kadang-kadang haters ni melampau. Jealous tak bertempat, padahal kenal pun tidak. Tetapi itulah Kea Alyissa, a beautiful girl with brain. Ha ha ha ha... apesal tetiba aje ni? Pasti kembang kucup Si Kea ni kalau dengar pujian Maria yang melambung tu....

MAK ESAH! Mak Esah!!! Hesy lembap betul orang tua ni! pekik Haikal Hakimi memanggil orang gajinya. Pakaian dan segala perkakas bilik itu dipunggah semuanya. Habis bersepah. Mak Esah yang berumur lewat lima puluhan itu

KEA

terkedek-kedek berlari mendapatkan tuannya. Kasihan. Apalah sangat lariannya kalau hendak dibandingkan dengan orang lain yang jauh lebih muda daripada umurnya. Ada apa, nak? soalnya sambil tercungap-cungap. Haikal menoleh dengan pandangan tajam. Nak! Nak! Aku bukan anak kaulah! Sedar sikit aku ni majikan kau! Ada hati nak panggil aku anak! dengusnya. Errr maafkan Mak Esah, Haikal. Ada apa-apa yang boleh Mak Esah bantu ke? soalnya lagi apabila soalan yang pertama dijawab dengan herdikan. Mana baju kemeja kuning aku? Baju kuning yang berjalur hitam itu ya? Mak Esah sudah cuci, ada di ampaian. Hampir tersembul biji mata Haikal mendengar jawapan daripada orang gajinya itu. Kau basuh baju tu? Yang kau pandai-pandai ni kenapa? Ada aku suruh kau buat semua tu? Ada? Hey! Pandang aku ni! Kau tahu tak aku nak guna baju tu hari ni? Sekarang? Kau tahu tak??? Suara Haikal seakan halilintar yang boleh memecahkan gegendang telinga mereka yang mendengarnya. Pucat lesi muka Mak Esah apabila melihat tingkah Haikal yang menyinga itu. Errr... errr... maaf, nak... eh Haikal, Mak Esah tak tahu. Mak Esah ingat Haikal tak mahu guna baju tu lagi. Mak Esah Ahhh!!! Cakap dengan kau pun tak guna! Keluar kau dari sini! herdik Haikal lagi. Tubuh orang tua itu ditolak keluar dengan kasar. Tidak cukup dengan itu, pintu biliknya pula dihempas sekuat hati. Arghhhh!!! jeritnya.

Arasharrina

Serabut benar kepalanya saat itu. Entah syaitan apa yang merasuk. Mukanya disembamkan ke bantal dan mata ditutup rapat. Ditendangnya briefcase hingga ke hujung katil. Hilang sudah moodnya untuk ke pejabat hari itu. Sebab baju kuning? Tidak. Ada sesuatu yang lebih merunsingkan hatinya. Sesuatu kebenaran yang amat menyesakkan jiwanya. Di luar bilik, kedengaran esak tangis Mak Esah. Dia tidak mengerti kenapa Haikal bersikap sebegitu padanya. Haikal yang dikenalinya merupakan seorang anak yang baik, seorang anak yang hormat kepada orang tua. Tetapi entah mengapa, sejak dua tiga minggu kebelakangan ini sikap Haikal berbeza. Dia berubah menjadi seorang lelaki yang pemarah, panas baran, biadab dan tidak tahu menghormati orang tua. Termenung sebentar Mak Esah bila memikirkan hal itu. Dipujuk hati agar tidak dipanjangkan lagi sedihnya. Masih banyak lagi kerja yang terbengkalai di dapur. Biarkanlah dia. Mungkin ada perkara yang sedang mengganggu fikirannya pujuk hati kecil Mak Esah. Bilik Haikal ditinggalkan dengan seribu satu persoalan.

KEA

Bab 2
Eh, ye... ye.... Maria mengangkat tangan paras dada. Dengan tenang dia sabar menanti doa yang akan dibacakan oleh Kea. Setelah hampir beberapa minit, Maria berpaling ke arah Kea. Mulut teman itu terkumat-kamit, tetapi sepatah haram pun Maria tidak dapat menangkap biji butir perkataannya. Oiii! Kau baca dalam hati ke apa? Bacalah kuat sikit! sergah Maria. Laaa doa aku pun kau nak dengar ke? soal Kea. Maria jongket kening. Amin berjemaah lebih berkesan. Dah, cepat! Errr... okey, aku baca kuat, jawab Kea walaupun dia agak ragu-ragu dengan clause Maria: Amin berjemaah lebih berkesan. Hurm. Apa sajalah labuuu. Ya Allah, Ya Tuhanku Kau permudahkanlah

H... eh! Maria, baca doa dulu. Cepat tadah tangan!

Arasharrina

segala urusanku. Minta-minta aku tak tercampak ke kawasan pasir berdengung! Amin Ya Rabbulalamin.... Kea menekup mukanya. Maria jeling Kea. Doa apakah ini? Desis hatinya. Dah... dah, cepat! Kea tarik lengan Maria. Pintu Dewan Kuliah B dibuka dan dikuaknya perlahan. Gulp!!! Mak datuk, ramainya orang! rungut Kea. Inilah padahnya kalau terlupa hendak kunci alarm... keluhnya. Hari ini merupakan hari pembahagian tempat latihan klinikal untuk pelajar jurusan perubatan sepertinya. Ya! Jurusan perubatan. Ini bermakna hanya Kea sahaja yang terlibat. Maria? Biasalah Keas pom-pom girl. Tengok baju pun dah tahu, pink liplap-liplap. Kea! Laung satu suara. Berpinar-pinar mata Kea mencari si empunya suara. Melilau-lilau dia memerhatikan sekeliling. Kea! Suara itu kedengaran lagi. Seketika kemudian, bahunya dicuit. Lah! Izat rupanya. Awatnya terjerit-jerit panggil nama aku ni? Izat Afifi, teman sekuliah or Maria called him as Keas boyfriend wannabe! Oh, tidak ye. He-is-so-not-likemy-type, sangkal Kea. Bukan berlagak diva, cuma dia masih lagi berpegang pada kata-kata ibu. Kea anak ibu, jadi doktor dulu baru fikir pasal boyfriend, ya. Ibu tak mahu pelajaran Kea terjejas. Oh ibuku... so a typical mummy! And she knows what is the best for her daughter (yang kadangkala terbabas

KEA

juga). Tersenyum Kea teringat pesanan ibunya itu. Ibu, I miss you... desis hatinya. Izat yang perasan Kea tersenyum ke arahnya turut tersipu-sipu membalas senyuman itu. Maria hanya menggelengkan kepala melihat telatah Kea. Mengelamunlah tu! Sempat aje! Disikunya lengan Kea, tersentak gadis itu daripada lamunannya. Dipandang pula pada Izat yang masih lagi tersipu-sipu. Hoi, Izat! Apa yang kau senyum-senyum ni? tingkah Maria mengejutkan lelaki itu. Eh! Perempuan ni kalau dah menjerit, boleh terenjat otak aku! marahnya di dalam hati. Dalam hati ajelah pun! Sememangnya dia sering sahaja menjadi mangsa buli perempuan ini. Dari dulu lagi memang begitu fitrahnya. Hah? Eh, nothing. Ermmm... Kea, kita satu tempat internship nanti. Alhamdulillah, makbul jugak doa aku nak satu internship dengan kau. Kea bagai tiada perasaan mendengar perkhabaran itu. Baginya: Alamak! Mesti ada yang tak kena ni! Tetapi hendak buat macam mana, terpaksa diterimanya dengan hati yang tenang. Doktor wannabe, kan? Behave Kea... behave! Oh, really? Kat mana tu? soalnya acuh tak acuh. HUKM! jawab Izat dengan terujanya. Untung tak jauh dari sini.... So, Maria. Allah dengar doa kita. Maria mengangguk mengiakan kata-kata Kea. Mereka berpelukan gembira. Satu bebanan terasa terlepas dari bahu Kea. Kini dia selangkah lagi menuju ke hadapan. Alhamdulillah, ini bermakna dia tidak perlulah bersusah payah mencari rumah

Arasharrina

sewa baharu, room-mates baharu. Subhanallah, semuanya telah diaturkan sempurna buat diriku. Syukur kehadratMu, Ya Allah.... Walaupun mengeluh kerana digandingkan dengan rakan yang bukan pilihan, cahaya kegembiraan tetap terpancar di wajah bersih gadis kacukan CinaMelayu itu. Ibu tak lama lagi Kea akan menyempurnakan hajat ibu.

KEA

Bab 3
tercoret tulisan:

EA kerling jam di tangan. Cantik. Jam tangan buatan Itali itu dibelek lagi. Di belakang jam

Kea Alyissa, from ibu with love. Oh! Ibu sangat sweet... sengihnya sendirian. Entah kenapa hatinya sangat merindukan ibu. Dipandang lemah Tuan Zaki di hadapan. Hari ini hari terakhir taklimat untuk pelajar-pelajar yang bakal menjalani latihan klinikal. Selepas ini para pelajar akan ditugaskan untuk membantu doktordoktor yang telah tersedia dijadualkan untuk mereka. Dari situ nanti bermulalah detik baru mereka sebagai doktor pelatih. Dialih pula pandangannya ke arah Izat yang sedang tekun mendengar dan menyalin nota. Yelah tu menyalin, entah-entah sama spesies dengan aku! bisik hati kecilnya. Eh, Kea... jangan menuduh bukan-bukan, tak mahu Tak mahu! nasihat hatinya di sebelah yang baik.

10

Arasharrina

Ha ha ha ha... macam kau tau aje hati kau tu ada bahagian baik dan ada bahagian yang tidak, ye Kea...! Setelah dirasa tiada apa lagi yang menarik perhatiannya di dalam dewan itu, Kea mengarahkan pula penglihatannya ke luar dewan. Tiba-tiba matanya terpaku ke arah sesusuk tubuh yang sedang duduk membelakanginya. Dari belakang nampak sempurna! desis hati nakalnya. Teringin sekali dipandang muka si empunya badan. Dijongketkan sedikit kerusi dan kakinya, dipanjangkan lehernya dengan harapan penglihatannya akan menjadi lebih jelas. Tetapi langit tidak selalunya cerah. Bukkk!!! Terduduk Kea di lantai dewan itu. Sepantas itu juga dewan bergema dengan gelak tawa rakan-rakan seperjuangan. Kea terkasima. Dapat dirasakan adrenalina darahnya bergerak laju naik ke muka. Ditekup muka dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Ibuuu!!! Malunya Kea! Okey! Okey! Relaks Kea, relaks. Tarik nafas. Nak menangiskah? Nak pura-pura pengsankah? Akalnya segera berfikir bagaimana mahu menyembunyikan perasaan malu yang sedang bermaharajalela. Kea, kenapa ni? Terasa seseorang memaut lembut lengannya untuk bangun. Perlahan-lahan Kea menurunkan tangan yang menutupi mukanya. Izat! Superhero dah datang. Kea mari bangun, aku tolong. Okey, superhero sudah mula memainkan peranan dan seperti anak kecil Kea menuruti arahan superheronya. Dikibas-kibas belakang seluar yang kotor dek habuk lantai. Nasib baik aku pakai seluar, kalau skirt tadi... erk.... Tidak dapat hendak dibayangkan malu yang akan ditanggungnya

11

KEA

jika Ah! Tak mahu bayangkanlah! Bentak hatinya. Diberanikan diri mengangkat muka bagi membalas setiap pandangan. Si superhero pula sibuk menolak lembut helaian rambut yang jatuh mengenai dahinya. Nampak tidak kemas, mungkin itu yang difikirkan oleh superheronya. Kea, kenapa dengan awak? Awak okey? tegur Tuan Zaki selepas keadaan menjadi tenang. Lembut sahaja intonasi suaranya. Errr errr Im sorry sir. Pening sikit, tipu Kea. Tipu sunat! Eh, ada ke tipu sunat? Suka suki kau aje mencipta hukum sendiri, Kea! Serius??? You need rest? Ermmm mungkin saya perlukan masa rehat sekejap. Boleh saya off to ladies, sir? pinta Kea untuk lari daripada situasi yang memalukan itu. Tuan Zaki hanya menganggukkan kepala tanda memberi kebenaran. Okay, you may go. Yes!!! Kea menjerit dalam hati. Dikemas serba sedikit barang di atas meja, dicapainya tas tangan dan telefon bimbit Blackberry Torch pemberian Along Aimannya. Wajib inform Maria ni! Hati-hati. Erk! Alamak! Kea tepuk dahi. Dia terlupa akan superhero yang masih setia tercegat di sebelahnya. Thank you so much, my dear. Aku belanja kau makan nanti, okey? Meremang bulu roma Izat tatkala Kea membisikkan ungkapan itu. Bukan yang, aku belanja kau makan... tu tau, yang part my dear tu. Hai bilalah hati kau dapat aku miliki, Kea....

12

Arasharrina

HELO... panggilan disahut. Maria! Oh Maria! Where are you? Kau busy tak? Aku ada gosip terbaru tentang diri aku ni! Helo? Helo? Yes, Kea. Kenapa kau? Aku ada ni, slowly talk boleh? Kau kena kejar hantu kum-kum ke? gurau Maria di hujung talian. Hantu kum-kum? Apa ke jadahnya tu? Ahhh... Mar aku jatuh kerusi tadi, and things happened at hall time. Aku tengah dengar taklimat! Malu tahap anjing laut ni, Mar rengeknya. Hahhh! Ya Allah! Macam mana boleh jatuh? Kau tengah berkhayal ke? Atau Maria tidak sempat menghabiskan kata-katanya, talian sudah diputuskan. Helo... helo! Kea, are you there? Kea! Isy, habis kredit ke minah ni? Nombor Kea dihubunginya. Harap maaf, nombor yang anda panggil. Ah! Kakak operator pula yang jawab.

YA ALLAH handphone aku!!! jerit Kea, tetapi sudah terlambat bila melihat telefon bimbit pemberian along sudah pun tersadai elok di tepi longkang. Hey! You buta ke? Tak nampak orang? Mata letak kat lutut ke? marah satu suara. Berasap telinga Kea mendengar amarah daripada pemuda di hadapannya itu. Ewah! Marah kau aje yang kau tahu ya, kau tak dengar lagi marah aku macam mana! Hamboi sedara, mulut tu ada insurans ke tak?

13

KEA

Siapa yang langgar siapa ni? Dan tengok sekarang handphone siapa yang tersadai kat bawah tu? balas Kea keras. Dibongkokkan badannya untuk mengambil telefon bimbit di tanah dan bagai hendak luruh jantungnya bila melihat skrin telefon bimbit kesayangannya sudah pun retak. Matanya mula digenangi air, tunggu masa sahaja untuk tumpah! Pemuda di hadapan ditenung dengan pandangan berkaca. Apalah malang nasib kau hari ni, Kea. Sah-sah tadi jatuh, sekarang ditimpa tangga pulak! Dah! You tak payah nak menangis-nangis bagai. Simpan saja air mata simpati you tu. Im leaving now! Kasar sahaja lelaki itu menuturkan kata seraya berlalu meninggalkan Kea yang masih termangu-mangu. Kea hanya mendiamkan diri. Tidak terjawab herdikan yang diterima daripada pemuda yang baru sahaja melanggarnya. Disoroti langkah pemuda itu dengan linangan air mata. Tak guna punya jantan! Dipandangnya lagi pemuda itu sehingga hilang kelibatnya, dan tidak semena-mena hatinya berdebar-debar. Eh, lelaki tu! Teringat kembali peristiwa di dewan, lelaki yang ingin dilihatnya dan lelaki yang baru sahaja meninggalkannya adalah lelaki yang sama! Ya Allah. Minta simpang, janganlah dia jadi jodoh aku nanti! Doanya sambil berlalu dengan perasaan yang berbelah bahagi. Jodoh? Hmmm. Kau tak payah nak berangan sangatlah Keaaa...!

14

Arasharrina

Bab 4
APA dengar kamu tak datang ke pejabat tadi? soal Dato Ashraf kepada anak terunanya, Haikal Hakimi. The only son in the family. Dialah racun, dialah madu. Haikal hanya mendiamkan diri. Makanan yang terhidang tidak sedikit pun menggoda nafsu makannya. Fikirannya jauh melayang kepada peristiwa perlanggaran petang tadi. Aku ke yang salah? detik hatinya. Garpu dan sudu yang dipegangnya dilagakan sama sendiri. Dia tidak tahu kenapa mindanya tidak berhenti daripada memikirkan gadis itu. Ya! Gadis manis dengan pandangan berkaca. Haikal! Papa tanya ni. Senyap pulak dia. Kenapa tak datang office pagi tadi? Papa tengok sejak kebelakangan ni kamu macam tak bersemangat saja. Kenapa? Tak happy dengan kerja-kerja di office? Atau kamu bergaduh dengan sesiapa dekat office tu? Teguran papanya disambut dengan senyuman sinis. Meluat pun ada! Sejak dari dulu lagi papanya langsung tidak

15

KEA

pedulikan halnya. Semuanya diuruskan sendiri. Papanya hanya mementingkan syarikatnya sahaja. Kata Mak Esah, mama Haikal bercerai dengan papa pun disebabkan oleh sikapnya yang workaholic. Rumah tangga terabai. Yang papa tahu hanya kerja, kerja, kerja! Haikal tak ada mood nak kerja! Ringkas sahaja jawapannya. Im done, tambahnya lagi seraya bangun meninggalkan papanya bersendirian di meja makan. Dia malas hendak memanjangkan perbalahan di antara mereka. Dato Ashraf hanya menggelengkan kepala melihat telatah anak bujangnya itu. Ditegur salah, tidak ditegur lagilah salah. Haikal melontar badan ke atas sofa. Wajah gadis itu sekali lagi berlegar-legar di ruang matanya. Pelik! Perempuan tu dah mandremkan aku ke? Memang selepas kejadian itu, wajah gadis itu ada di mana-mana. Masih terbayang lagi mata sepet milik gadis itu, kulit mukanya yang kemerahan, hidung yang cantik terletak, gigi yang putih tersusun cantik, rambut ikal yang nampak lembut beralun, memang indah ciptaan Tuhan. Ah, kenapa dengan aku ni? Dicapai organizer dari atas mejanya. Helaian kertas diselak satu per satu. Keluhan panjang kedengaran tatkala melihat coretan dakwat merah pada organizernya itu. Appointment with Dr. Yusoff 10.30am. Organizer kulit yang digunakannya sejak zaman kolej itu ditutup rapi. Walaupun hanya sebuah buku, ia telah

16

Arasharrina

banyak berjasa kepada dirinya. Organizer itu seakan diari yang tersimpan seribu satu rahsia.

SEDIHNYA hati bila melihat telefon bimbit pemberian along rosak. Uwaaa! Menangis air mata darah sekalipun bukannya telefon itu dapat kembali ke rupa asal. Waktu ini mulalah membayangkan diri sebagai pari-pari kecil dengan tongkat sakti. Kan senang kalau benda itu wujud. Rosak sikit aje, ka... ching! Ada orang buat hal sikit aje, ka...ching! Aku sumpah kau jadi beruang kutub. Okey, dah! Bab melalut kau memang nombor satu. Eh, tak! Nombor dua, nombor satu Maria ha ha ha ha.... Dipandang Maria yang sudah lena dibuai mimpi. Dah ke mana dah kaukan, Maria? Agaknya dah termasuk dalam mimpi Si Ijam. Tersengih Kea bila terbayangkan perbualan di antara pasangan kekasih itu. Okey sayang. Good night, sweet dreams. Malam nanti yayang masuk dalam mimpi yaying eh eh...? Okey tak? Yaying tu aku tipu! Hampir setiap malam mereka akan begitu. Berdesing telinga ni tatkala terdengar ayat-ayat geli-geli yang keluar daripada pasangan kekasih yang mereka sendiri ibaratkan sebagai Romeo and Juliet tu. Uwekkk! Muntah darah on off aku dibuatnya! Telefon bimbit di atas meja dipandang lagi. Dipegang dan digodek-godek. Dan akhirnya satu keluhan berat dilepaskan. Hesy!!! Kalau aku jumpa lagi mamat tu, akan kutuntut ganti rugi! Aduh, geramnya pada lelaki itu memang tidak habis

17

KEA

lagi. Bayangkanlah dia boleh blah macam tu aje. Air mata aku pun tak sempat nak gugur, budget bila dah meleleh-leleh air mata dan air hidung ni, dapatlah raih simpati... tapi, haremmm. Bukan simpati yang aku dapat, tapi tempikan sedas dua. Hambik! Padan muka kau, Kea. Berangan mesti nak lebih! Yang aku ni pun satu, cepat betul lepaskan dia pergi. Errr tapi mungkin sebab dia handsome kut! Tapi lelaki tu memang kacak sangat weh! Tahap-tahap... Argh! Susah untuk diinterpretasikan tahap kekacakannya, cececeh vocabulary aku memang makin menjadi-jadi sekarang ni.... Biasalah, doktor wannabelah katakan! Eh, Kea jangan berlagak sangat! Suara ibu seakan berbisik memberi amaran. Erk! Baik, ibu... desisnya perlahan. Tiba-tiba dia baru teringatkan kes yang diberikan oleh doktor pemerhatinya petang tadi. Fail kertas berwarna coklat tertera nama HAIKAL HAKIMI ASHRAF diamati lama. Tak! Bukan nak cakap namanya sedap, sedap lagi nama aku, kan? Cuma, kata-kata pesanan yang diberikan oleh doktor itu benar-benar meninggalkan kesan di hatinya. Okey Kea, nama pesakit, Haikal Hakimi Ashraf, dua puluh lapan tahun, suffered primary brain tumor early stage two, kondisi pesakit tidak terlalu baik. Kemurungan. I nak you study case ni and take it as your first baby. I mean, handle it as serious as you can. Bear in mind even without any concerns from patient, he actually needs us to help him. Bukan dari sudut physical saja, tapi mental juga. So, since you have no other commitment, I wish to handover this case to you, be extra focus okay?

18

Arasharrina

Begitulah tanggungjawab yang telah diamanatkan kepadanya. Dia sebenarnya gementar juga bila mendapat tahu doktor menyerahkan kes itu kepadanya. Berpinar-pinar mata membayangkan segala-galanya itu. Tetapi mujur doktor itu kembali membetulkan ayatnya: I wish to handover it to you, but of course with my hundred percent supervision. Fuhhh... lega! Agaknya doktor tu pun tak berapa yakin nak lepaskan kes dia dekat aku. Budak internship yang baru nak merangkak-rangkak dengan ilmu kedoktoran ni. Jangan kata doktor tu, aku sendiri pun tak yakin dengan diri aku sendiri!

19

KEA

Bab 5
LAMAK! Mana orang lain ni? Takkan nak masuk sorang-sorang? Kea termangu-mangu di hadapan pintu lif hospital tempat praktikalnya. Dipandangnya sekeliling. Kenapa tak ada orang nak naik lif pagi ni? Dia berteka-teki sendiri. Hatinya resah. Jam di pergelangan tangan ditenung beberapa kali. Haish. Dah pukul sepuluh suku ni...! Hanya lima belas minit sahaja lagi waktu temu janji dengan doktor pemerhatinya. Dan yang lebih penting, dia akan diperkenalkan dengan tuan empunya nama Haikal Hakimi Ashraf itu. Isy... nak masuk ke tak nak? Nak masuk ke tak? Nak? Tak? Nak? Tak? Dia berkira-kira sendiri. Butang buka sudah tidak tahu berapa kali ditekannya. Sememangnya dia takut berada di dalam lif sorang-sorang. Dahulu masa kecil dia selalu disogokkan dengan cerita-cerita mistik si penunggu lif oleh alongnya. Sejak dari situ sampailah ke sudah, dia memang takut untuk

20

Arasharrina

naik lif sorang-sorang. Bukan pemalas tidak mahu naik tangga, tapi tingkat sembilan tu! Goyang lutut mak, nyah! Jam di pergelangan tangan ditenung lagi. Excuse me sapa suatu suara dan sejurus itu jugalah senyuman terukir di bibir Kea Alyissa. Yesss! Ada orang! Hatinya menjerit keriangan. Ditoleh sekilas ke arah suara yang menyapa. Erk, you? Hampir terkeluar biji mata Kea bila terpandangkan pemuda yang melanggarnya semalam dan lelaki itu jugalah yang telah menyebabkan dua ratus ringgitnya melayang. Yes? You in? jawab pemuda itu tenang. Lagak suci! dengus hati Kea. Errr. Kalau tak, tepi sikit! Sebab lif ni nak bergerak bukannya nak pasif macam awak. Move! Tangkas tangan lelaki itu menekan butang tutup. Eh, nanti! Sepantas kilat Kea melompat masuk ke dalam lif itu dan terus mengambil tempat yang paling belakang. Pemuda itu agak terkejut dengan perlakuan Kea yang secara tiba-tiba. Kea buat tak tahu, dibetulkan rambut yang hampir terburai dek kerana lompatannya yang agak ekstrem tadi. Tingkat berapa? soal pemuda itu setelah keduaduanya berada dalam keadaan tenang. Sembilan, jawab Kea ringkas. Tetapi pemuda itu diam. Tidak sedikit pun menunjukkan tanda untuk menekan butang yang dinyatakan oleh Kea. Sem... bi... lan.... Kea mengulangi kata-katanya. Kasihan... muka kacak tapi pekak. Isy... isy....

21

KEA

Pemuda itu masih tidak berbuat apa-apa. Wah! Hangin pulak satu badan ni. Bila ditanya, dah diberitahu... bila dah diberitahu, diam pulak! Tak nak tolong tak payahlah tanya! Berbuku perasaan Kea sekarang ini. Tepi sikit! Pemuda itu ditolak kasar dan terdorong sedikit ke belakang. Butang 9 dicari. Eh! Dah warna merah? desis hatinya. Ini bermakna butang itu telah ditekan. Gulp!!! Eh, you pun nak naik tingkat yang sama ke? soalnya lembut. Konon nak cover malulah tu. Kea Kea, kau ni memang clumsylah! Ermmm. Suara garau lelaki itu menggerunkan Kea. Errr... sorry, lirihnya comel sambil kembali ke bahagian belakang. Pemuda itu hanya mendiamkan diri. Kea pun turut sama mengunci mulutnya. Dah malu, kan? Diamdiam sudah. Lif mula bergerak dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Lancar. Gedeganggg!!! Lif tiba-tiba terhenti. Lampu terpadam. Kea cemas. Dapat dirasakan yang jantungnya berhenti berdegup. Ibu! teriaknya. Lengan baju pemuda di hadapan tidak semena-mena ditariknya. You macam mana ni??? Lengan pemuda itu digoncangnya. Sudah mula terbayangkan penunggupenunggu lif yang pernah diceritakan oleh alongnya dahulu. Tidak!!! Matanya dipejam rapat. Ya Allah Ya Tuhanku, selamatkanlah hambaMu dari sebarang malapetaka. Badannya sudah mula menggigil. Dapat dirasakan peluh yang mula menjalar di wajahnya. Dia benarbenar berada dalam ketakutan.

22

Arasharrina

Seketika kemudian bahunya terasa dipeluk oleh seseorang. Siapa??? Ditepisnya tangan itu sekuat hati. Pergi! Pergi! Hello miss! Control sikit boleh tak? I pun samasama terperangkap dengan you, be with me! So, kita boleh sama-sama cari jalan untuk keluar dari sini. Ini tak, suruh I pergi. Dah keluar dari lif ni nanti I pergi, okey? Tak payah nak suruh-suruh! Lantang sahaja pemuda itu memarahinya. Melalui cahaya yang masih bersisa, Kea ternampak pemuda itu mengurut-urut tangan kanannya. Eh, tangan dia ke yang aku tepis tadi? fikirnya. Eh, tak! Bukannya I suruh you pergi. I takut. Nak takut apa? Kalau nak mati, kat mana-mana pun boleh! jawab pemuda itu keras. Ek eleh! Yang kau ni nak garang sangat apa hal? Tak boleh ke cakap lembut-lembut sikit? Aku ni dahlah tengah takut! Nanti kalau aku nangis dekat sini, terkontang-kanting pulak kau nak pujuk! gumam hatinya berang. Amboi! You ni kalau bercakap memang main sedap mulut aje, kan? Geram pulak aku dengan mamat ni! Cakap main sesedap anak tekak aje! Macamlah aku yang suruh lif ni stuck! Dah tu, you nak I buat apa? Haish.... Susahlah kalau dengan perempuan ni, banyak sangat merungut. Otak tak berjalan langsung! You cubalah call siapa-siapa, mana tahu boleh dapatkan bantuan ke apa. I mana ada phone! Bukan you ke yang rosakkan handphone I semalam? Lepas tu pergi macam tu aje, tak ada adab langsung! Ha, yang you cakap orang, handphone you mana? Kedekut kreditlah tu! tingkahnya kuat. Kali ini dia

23

KEA

betul-betul bengang. Mulut lelaki ni memang nak kena cabai! Kedekut kredit? You ingat semua orang pakai kredit macam you ke? My phone is out of battery, tahu? Pakai bil pun kalau tak ada bateri tak guna jugak, kan! Tembakan bertubi-tubi dikenakan ke arah pemuda tersebut. Gedegang!!! Mereka terdiam apabila terdengar bunyi hentakan kuat di luar lif. Kea kembali cemas. Itulah, tadi mulut tu berlagak sangat! Agaknya penunggu lif ni dah marah kat aku.... Errr... pegang I please! I takut! rayu Kea. Dia terduduk di sudut lif. Tidak mampu rasanya untuk terus berdiri. Dia tidak peduli kalau pemuda itu fikir yang dia cuba hendak ambil kesempatan atau apa, kerana sesungguhnya dia memang takut. Ditekup kedua-dua telinga dengan tangannya. Pemuda itu terdiam mendengar permintaan Kea. Tidak tahu hendak bereaksi yang macam mana. Loceng kecemasan sudah ditekannya beberapa kali. Dipandang lagi gadis yang berlagak kental dengannya sebentar tadi. Mahu sahaja dia memulakan kembali perbalahan yang terhenti dek bunyi hentakan itu. Pleaseee! Rintihan itu melemahkan nalurinya sebagai seorang lelaki. Dan akhirnya dia mengalah. Gadis itu didekatinya. Sini. Pemuda itu menghulurkan tangannya. Tanpa berfikir panjang, Kea terus menyambutnya. Bergetar hati pemuda itu tatkala tangan lembut gadis itu disambut. Dapat dirasakan ketakutan yang dialami oleh gadis di hadapannya itu. Kea ditarik perlahan dan dibawa

24

Arasharrina

ke dada bidangnya. Dipaut lembut bahu gadis manis itu, mungkin dia akan rasa lebih selamat, duganya. Beberapa ketika kemudian, lampu terbuka. Lif mula bergerak perlahanlahan. Kea lega. Tangan pemuda yang melingkari bahunya ditolak lembut. Dijauhkan sedikit tubuhnya dari pemuda tersebut. Merah mukanya menahan malu. Ting! Pintu lif terbuka setibanya mereka di tingkat sembilan. Di luar pintu kelihatan beberapa orang pekerja maintenance sedang menanti mereka. Cik okey? tegur mereka. Kea mengangguk. Tolong saya! pintanya. Kaki terasa tidak berpijak di bumi nyata. Mahu sahaja dia berpura-pura pengsan dan terbaring bahagia sambil diangkat oleh lelaki-lelaki gagah di sekelilingnya sekarang, akan tetapi dia cepat-cepat mematikan anganannya. Hilang akal nak suruh dia orang angkat aku? Aku dahlah berat! Sedarnya. Cis! Sewaktu berjaya keluar dari lif, matanya ligat mencari pemuda yang senasib dengannya tadi. Tetapi hairan, lelaki itu ghaib entah ke mana. Alaaa... tak sempat nak mintak maaf and say thank you (dan minta nombor telefon). Ceh! Boleh tahan gatal jugak kau ni, Kea! Dipercepatkan langkah. Hampir sebelas setengah dah ni! Maaati!!!

25

KEA

Bab 6
Kea, sorry.... Due to some emergency matter, I need to postpone todays appointment. I did call you twice, but no body pickup. TICKER notes di hadapan pintu bilik Doktor Yusoff dicabut lemah. Penat aje terkejar-kejar datang sini! Siap stucked dalam lif lagi! bisik hatinya. Mata liar memerhati sekeliling. Sepi. Susah betul kalau tak ada phone ni! Sekarang nak buat apa? Nak roger-roger member pun tak dapat. Takkan nak balik rumah, awal lagi kut! Maria pun entah ke mana. Argh! Bosan!!! Kea! Macam kukenal aje suara tu! Dipalingkan mukanya ke belakang. Eh, superheroku! Terkasima Kea pabila melihat Izat yang sedang berlari-lari anak menghampirinya. Bagus betul budak ni! Ada aje di saat aku memerlukan teman. Dalam diam dia menyimpul senyum.

26

Arasharrina

Maria selalu cakap Kea cuba untuk mempergunakan Izat, tetapi rasanya tidak. Tidak pernah pula rasanya Kea pergi mencari Izat, selalunya Izat yang selalu datang ke tempat Kea dan kebetulan dia datang waktu Kea sedang memerlukan seseorang untuk membantu. Kebetulan tau! Izat sapanya dulu. Lirih sahaja bunyinya. Terasa mahu gugur jantung Izat tatkala mendengar intonasi yang sebegitu. Tetapi dicoolkan lagaknya. Cover beb! Hai, lain benar aku tengok muka kau hari ni, Kea. Ketat aje. Period pain ke? soalnya. Erk! Apa ke jadahnya soalan PMS yang aku tanya ni? Kea hanya tersenyum sinis mendengar soalan Izat yang macam dah-tak-ada-soalan-lain-nak-tanya-dalam-duniani! Huh! Hello dude! Widen your mind please.... Typical kut, kalau perempuan muka ketat aje, you all ingat period pain, PMS. Hmmm. Im not! Letih aje. Sepatutnya ada appointment dengan my supervisor, tapi last minute cancel pulak. Peluh pun tak sempat kering lagi ni. La dia tak call dulu ke? Why suddenly? Doktor tu ada call, tapi handphone aku kat kedai, repair, screen problem la! jawab Kea. Sebuah keluhan panjang dilepaskan. Entah kenapa dia rasa sangat letih hari ini biarpun belum sampai setengah hari lagi. Peluh memercik keluar macam baru lepas lari maraton. Dipandangnya Izat. Aku hauslah, Zat. Haus? Nak pi pekena dulu ke? gumam Izat. Keningnya diangkat signal pelawaan. Kea senyum mengangguk.

27

KEA

Mesti mauuu! tingkah Kea kuat. Lagaknya seakan anak kecil yang minta mamanya belikan jajan. Izat tergelak melihat gelagat Kea yang keanakanakan itu. Okey, jom! Izat menarik buku di tangan Kea. Kea tidak mahu melepaskannya. Apa ke hal tariktarik buku aku ni! Aku boleh bawak sendiri la.... Its okay Izat, aku boleh bawak sendiri. Errr malunya! Aku ingat nak terlebih romantik tadi.... Tanpa melanjutkan bicara, mereka terus berjalan seiringan menuju ke kafe. Teringatkan yang dia perlu menaiki lif sekali lagi, tiba-tiba lengan Izat dirangkul kemas. Izat pelik. Kau okey ke, Kea? Kenapa tiba-tiba pucat ni? Jemari gadis itu dicapai. Kea tersedar yang dia sudah terlebih, cepat-cepat ditarik kembali tangannya dari lengan lelaki itu. Eh tak ada apa-apa. Kelat senyumannya. Dapat dirasakan darahnya berhenti berjalan. Peluh sudah mula membasahi muka dan seluruh badannya. Ting! Pintu lif sudah terbuka luas untuk mereka berdua. Izat mengambil langkah pertama dengan memasuki lif terlebih dahulu, manakala Kea Kea la.... Apa yang kau duk tercegat kat situ, masuklah. Ermmm... kenapa tak nak turun pakai tangga? Exerciselah sikit. Hari-hari naik lif, mana nak sihat dan kuat... bebel Kea.

28

Arasharrina

Izat hanya tercengang memandang gadis di hadapannya itu. Dah kenapa kau ni, Kea? Sembilan tingkat tu! Agak-agaklah kalau nak exercise pun balas Izat. Curiga dengan sikap Kea yang berubah secara tiba-tiba. Kea terdiam sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hesy... macam mana ni? Memang aku bencilah kat siapa-siapa yang perkenalkan lif ni, kan! Maaf. Serentak dengan itu mereka berdua menoleh ke arah suara yang menyapa. Maaf, cik... nak naik tak? Lama sangat tahan ni.... Ingat aku ada banyak masa nak tengok drama depan lif ni? Agaknya itu yang dibisikkan oleh pemuda yang menegur mereka sebentar tadi. Eh, nak... nak. Kea, cepatlah! Mudah sahaja Izat menarik Kea masuk ke dalam lif. Sepantas itu jugalah pemuda tadi menekan butang tutup. Nampak benar bengangnya! Kecut perut Kea tatkala lif bergerak dari satu tingkat ke satu tingkat yang lain. Dipandangnya sekeliling. Akibat fobia dan rasa takutnya, Kea merapatkan diri dengan Izat. Doanya agar janganlah Izat menoleh. Kalau tidak, pasti sebuah ciuman akan melekat di mana-mana sahaja sekitar mukanya itu. Oh! Tak sanggup, mak! Dianjakkan sedikit tubuhnya ke belakang. Eh, mungkin terlalu jauh ke belakang sehingga dia dapat mendengar deruan nafas si pemuda yang sama-sama dengan mereka di dalam lif itu. Okey, tinggal empat tingkat lagi. Sabar!

29

KEA

Dicapainya tisu, niat hati ingin membuang masa mengeringkan peluh yang membasahi muka dan lehernya. Tiba-tiba dia tersedar akan sesuatu yang hilang dari tubuhnya. Leher jenjangnya disentuh, Ibu punya necklace! jerit Kea tiba-tiba mengejutkan kedua-dua pemuda yang ada bersamanya. Kenapa Kea? soal Izat. Dah kena sampuk ke budak ni? Pelik sangat rupanya sejak masuk dalam lif ni, desis hati Izat. Izat, rantai ibu aku. Dah hilang! Kea panik. Rantai itu pemberian ibunya ketika ulang tahun kelahiran Kea yang kelima. Sudah lama rantai itu bersamanya, tidak pernah ditanggalkan dari lehernya. Rasa ralat dan terkilan memenuhi relung hatinya apabila barang kesayangannya hilang secara tiba-tiba begitu. Matanya sudah mula bertakung dengan air. Dicarinya di seluruh lif. Izat juga turut membantu. Tidak dihiraukan perasaan takut yang menghantui dirinya sebentar tadi. Rantai pemberian ibu lebih penting! Ting! Pintu lif sudah terbuka menandakan mereka sudah sampai ke tingkat yang ingin ditujui. Rantai Kea masih belum dijumpai. Rasa longlai seluruh tubuh Kea untuk melangkah keluar dari lif itu. Izat cuba untuk memeluk bahunya, namun ditepis lembut. Hai... cepat betul tangan kau ni, Zat! gumamnya di dalam hati. Aku okey, jomlah. Mungkin dah tak ada rezeki aku nak jumpa rantai tu. Lemah sahaja tutur katanya. Izat hanya menuruti langkah Kea. Tidak tahu bagaimana mahu memujuk gadis itu. Dengan hanya melihat

30

Arasharrina

keadaan Kea sekarang ini, dia sudah dapat mengagak yang gadis itu sedang cuba untuk mengawal perasaannya sendiri. Nanti aku belikan yang baru, ya. Kata Izat, cuba menenangkan hati Kea. Kea hanya tersenyum pahit. Dalam hati Allah sahaja yang tahu bagaimana sedihnya dia ketika ini. Memanglah boleh beli yang baru, tapi sentimental value yang ada pada rantai itu mana nak cari...! Satu keluhan berat dilepaskan.

BUTANG pendingin udara BMW miliknya ditekan kuat. Kalau boleh sehingga tahap maksimum. Dicampaknya fail dan briefcasenya ke belakang seat. Panas! Hatinya panas bila temu janjinya dengan Doktor Yusoff terpaksa ditangguhkan. Bukan hendak marahkan sangat pun doktornya itu, tetapi tak tahulah, sejak kebelakangan ini dia selalu gagal mengawal emosinya sendiri. Mudah marah. Pantang orang buat salah sikit, habis semua kena sembur. Arghhh!!! Kali ini kot yang dipakainya pula menjadi mangsa balingan. Dicampaknya ke tempat duduk sebelah pemandu. Ketika hendak menghidupkan enjin kereta, dia terpandangkan sesuatu yang menarik perhatiannya. Kot jenama Misty Harbor yang dibelinya tempoh hari dicapai. Eh! Dia terkejut tatkala melihat seutas rantai emas yang sudah pun putus tersangkut di butang kotnya. Loket yang melekat pada rantai itu diteliti, mungkin ada tanda si pemakai. Tulisan Kea Alyissa tertera di bahagian hadapan loket itu. Mungkin kepunyaan gadis tadi. Lantas dia teringatkan gadis itu, gadis dengan pandangan berkaca yang

31

KEA

sama-sama terperangkap dengannya di dalam lif pagi tadi. Ermmm... tak sempat ditanya namanya. Fikirannya melayang seketika tatkala teringatkan peristiwa pagi tadi. Gadis manis yang bersikap keanakanakan. Raut wajah gadis itu sangat menyenangkannya. Gementar hati tatkala memaut tangan gadis itu masih lagi bersisa sehingga kini. Dia hairan, tidak pernah pula rasanya dia berperasaan sebegini dengan mana-mana perempuan yang mendekatinya, bahkan tidak juga pada perempuan yang pernah dikenalinya. Ada sesuatu dengan gadis itu fikirnya tiba-tiba. Tanpa disedari, sebuah senyuman terukir di wajahnya. Rantai emas dan loket itu digenggam erat. Ada hari esok untuk dipulangkan kepada si empunya. Senyumannya makin meleret.

32

Arasharrina

Bab 7
AIN symptoms of brain cancer; frequently headaches, vomiting, lost of appetite, changes in mood and personality, change the ability to think, seizures. Ayatnya termati di situ. Entah kenapa hatinya menjadi sayu, teringat arwah baba barangkali. Baba Kea meninggal dunia akibat kanser hati, sembilan belas tahun yang lalu. Sewaktu itu Kea masih kanak-kanak lagi. Dia tidak pernah terfikir betapa hebatnya penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh arwah baba sewaktu hidupnya. Pandangannya dilempar jauh ke luar tingkap. Kenangan lama menerjah kembali ke kotak ingatan. Ibu, kenapa baba asyik jerit-jerit dan marahmarah Ea? Baba dah tak sayang Ea ke, bu? rengek Kea di pangkuan ibunya. Ketika itu dia baru berusia enam tahun. Ibu hanya tersenyum sambil membelai lembut rambut anak kecil yang masih tidak mengerti apa-apa itu. Eh, tak baik cakap macam tu, sayang. Kan ke Kea

33

KEA

anak baba, mestilah baba sayang Kea. Baba cuma tak sihat aje tu. Kea anak ibu yang kuat, kan? Tak mahulah menangis macam ni... pujuk ibunya. Baba tak sihat? Baba demam ke bu? soal Kea. Ibunya hanya mengangguk. Baba tak kuat ye, bu? Sebab tu baba marah-marah Ea? Hari tukan bu, Ea nampak baba nangis sambil jerit-jerit. Ha, mesti baba tak makan ubat yang doktor bagi, kan bu? Eee baba ni degil laaa! Petah sungguh Kea waktu itu. Macam-macam benda yang dicakapkannya hingga tidak terlayan oleh mereka yang mendengarnya. Ibu Kea hanya tersenyum melihat gelagat puteri bongsunya itu. Dikucup mesra dahinya. Kea masih belum mengerti, sayang bisik hati kecilnya. Kea dipeluk erat. Kea mari sini, sayang panggil babanya, cuba untuk memujuk anak kecil yang baru sahaja dimarahinya. Kea hanya mendiamkan diri. Tidak seinci pun dia berganjak dari pangkuan ibunya. Rajuk dengan babanya masih belum pulih lagi. Dia tarik muka masam. Kea pergi dekat baba tu, sayang.... Pergilah. Anak ibu ni dah besar, mana boleh merajuk lagi. Ibunya pula cuba mengumpan. Kea masih lagi berdiam diri. Susah betul hendak pujuk anak daranya yang seorang ini. Kea nanti baba bawak Kea makan aiskrim kat McDonalds. Haaa... Kea mesti suka, kan? Terkelip sedikit mata Kea tatkala mendengar perkataan aiskrim McDonalds. Memang makanan kesukaannya tu! Dia berkira-kira sama ada hendak meneruskan rajuknya atau

34

Arasharrina

Ala baba ni... suka buat Ea macam ni tau! Sepantas kilat Kea bangun menghampiri katil babanya. Tersenyum kedua-dua ibu bapanya melihat gelagat anak kecil itu. Umpan dengan aiskrim terus hilang rajuknya. Baba tak sihat ke? Sian baba. Nanti bila Ea dah besar, Ea jadi doktor, Ea ubatkan baba, okey? Baba dah makan ubat? Babanya hanya tersenyum. Diusap lembut pipi anak gadisnya itu. Kea sayang baba tak? Mestilah Ea sayang baba jawab Kea laju lantas memeluk babanya. Erat pelukan Kea waktu itu seakan tahu babanya nanti akan pergi meninggalkannya. Kalau sayang, Kea boleh tolong baba tak? Boleh, boleh! Tolong apa, ba? Okey, Kea dengar baik-baik tau! Nanti bila baba dah tak ada, Kea jaga ibu baik-baik, okey? Kea kena jadi anak yang baik, jangan lawan cakap ibu, cakap along. Ha Kea kata Kea nak jadi doktor, kan? Nanti Kea kena belajar rajinrajin, masuk universiti. Tau? Ingat pesan baba ni. Eh, apa abang cakap macam tu dengan Kea? Dia tak faham apa-apa lagi, bang. Abang pun tak akan pergi mana-mana. Ibunya pula bersuara. Lemah sahaja bunyinya. Abang dapat rasa yang abang dah tak lama lagi, Zah. Kea hanya mendengar perbualan ibu dan babanya. Kea nampak mata ibu dan babanya bertakung dengan air. Dia hairan. Kenapa semua nangis ni? Tak malu eh, nangis depan Ea? Emmm... okey baba, Ea janji, Ea jadi anak yang baik, tapi baba nak pergi mana? Ooo... baba nak pergi jalan-jalan tinggalkan Ea ye?

35

KEA

Babanya hanya mampu tersenyum. Baba nak pergi jauh, sayang. Itulah pesanan terakhir babanya kerana seminggu selepas itu, babanya pergi menghadap Ilahi. Kea! Panggilan Maria mengejutkannya daripada lamunan. Cepat-cepat Kea kesat air matanya. Entah bila gugurnya, dia sendiri kurang pasti. Dipusingkan tubuhnya menghadap Maria. Eh, kau menangis ke? What happened? Terkejut Maria melihat keadaan Kea. Mana ada, la! Habuk masuk dalam mata aku.... Hanya alasan itu yang mampu difikirkannya saat itu. Sudahlah kau! Kalau nak menipu aku pun, tak payahlah nak guna ayat klise, kan? Masuk habuk konon! Pirahhh!!! Cepatlah... tell me why? gesa Maria, tidak puas hati dengan jawapan sahabatnya tu. Aisey kantoi pulak! Mar, belanja aku makan aiskrim pinta Kea tibatiba. Haish... tiba-tiba minta aiskrim, mesti ada apa-apa ni... duga hati Maria. Semakin pelik dengan gelagat Kea. Faham benar dengan sikap temannya yang seorang ini. Kea dengan aiskrim, macam best friend, tetapi selalunya Kea akan makan aiskrim waktu emosi dia tak stabil, macam tengah sedih ke, rindu keluarga ke, kena marah dengan lecturer ke. Hmmm... kenapa ni, dear? Beritahu la. Bahu Kea dipegangnya. Kea mengalah. Dia memang akan kalah setiap kali

36

Arasharrina

dengan Maria. Memang akan! Senang cerita, tidak ada satu rahsia pun dia boleh sembunyikan daripada temannya itu. Kalau dia berjaya menyorokkan sesuatu daripada pengetahuan Maria, wow! Boleh kenduri nasi kunyit la.... Aku rindu baba aku, Mar. Itu saja. Hmmm kenapa tiba-tiba teringat kat arwah ni? soal Maria ingin tahu. Kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang? Entah, mungkin sebab sekarang ni aku tengah study kes patient aku, brain tumor stage two.... So, duk sibuk-sibuk baca symptoms cancer, terus teringat kat arwah. Terkilan sebab waktu tu aku tak faham apa-apa. Aku selalu merajuk bila arwah marah-marah kat aku. Aku pun selalu tuduh dia tak sayang aku. Aku tak tahu pun yang waktu tu dia sedang menderita.... Ala Kea sudahlah.... Tak naklah sedih-sedih, okey. Aku pasti arwah faham. Budak umur enam tahun, kan... apalah sangat IQnya. Amboi! So, kau nak cakap IQ aku waktu umur enam tahun rendahlah... kan? Kan? Dibulatkan matanya yang tidak seberapa nak bulat itu. Pinggang dicekak tanda protes. Maria tergelak. Kelakar dengan gerak tubuh Kea ketika itu. Dahlah kurus kering, ada hati nak cekak pinggang. Ada ke pinggang tu? Tak adalah aku nak cakap IQ kau rendah. Ermmm... ke memang IQ kau waktu tu rendah? Tu yang perasan sangat tu? Ceh! Sorry ye... IQ aku waktu umur enam tahun dah macam umur dua belas tahun, kau tahu? Kau apa tahu, aku malas nak cerita aje... lagaknya. Enam tahun dengan

37

KEA

dua belas tahun? Jauh tu, Kea! Dia tergelak dengan kebodohan sendiri. Ala, Maria bukan faham pun. Dahlah, apa saja kata kau, Kea. Eh, tadi kau tengah study case patient kau yang kena kanser otakkan? How eh? Maksud aku macam mana kau handle? Internship aje kut, tapi dah handle kes besar. Kau tak takut ke? As for your info, Cik Maria... aku pun belum tengok lagi rupa pesakit pertama aku ni macam mana. Sepatutnya semalam, tapi postponed esok pagi. Gementar jugak ni, tapi kena tahanlah, kan? Ye ke? Berapa umur dia? I bet around forty or fifty plus, kan? Eh, muda lagi, Mar. Twenty eight. Kesiankan, muda-muda lagi dah ada sakit heavy macam ni. Tapi baru stage two. Insya-Allah masih sempat nak berubat. Fail kuning profil pesakit yang berada di tangan, terus diselaknya. I see. Muda lagi tu, status? soal Maria lagi, cuba untuk mengusik temannya itu. Kea yang sememangnya lambat menangkap maksud yang tersirat pada soalan Maria, terus membelek-belek fail kuning yang masih berada di tangannya. Emmm single, belum berkahwin. Maria hanya tersenyum penuh makna. Single??? Haaa apa lagi Kea, jangan nanti ada kes percintaan di antara doktor pelatih dan pesakit sendiri sudahlah, kan! Sarkastik sahaja usikan Maria. Kea hanya tergelak kecil sambil menjeling manja membalas usikan Maria. Gila apa! bisik hati kecilnya. Tak mungkin, okey! Sebiji bantal dilemparkan ke arah Maria.

38

Arasharrina

Aduh! Sakitlah! Aku bagi ingatan aje, Kea. Sekarang ni macam-macam boleh jadi tau. So, just be prepared ajelah, kan? Tak ada yang mustahil dalam dunia ni! Usikan Maria semakin menjadi-jadi. Dah dah! Malas aku nak layan kau, Mar. Aku nak bersiap-siap ni, nak ambil along kat airport. Nak ikut? tanya Kea. Malas hendak memanjangkan hujah, takut nanti meleret. Maria ni bukannya boleh! Along? Along mana? Along Aiman akulah, along mana lagi.... Kelmarin baru dapat e-mel daripada dia, kata nak balik Malaysia for good hari ni. So, kalau nak ikut, cepatlah bersiap. Oh, cakaplah Aaron Aziz aku...! Ni along... along, mana aku kenal! Tergelak besar Kea bila Maria cuba menyamakan alongnya dengan Aaron Aziz, hero Singapura yang famous di Malaysia itu. Alongnya memang kacak. Kerjayanya sebagai senior consultant di London, melengkapkan lagi pakej dalam dirinya. Tetapi mujur alongnya bukan jenis yang sosial, kalau tidak pasti sudah jadi playboy tegar sekarang ini. Dulu Si Maria pun pernah cuba untuk tackle alongnya, tetapi sayang tidak dilayan. Bukan sebab tidak cantik, cuma kata alongnya, Maria bukan gadis yang diimpikannya. Memang selera along terarah kepada gadis kampung yang ala-ala perempuan Melayu terakhir. Mana nak cari gadis seperti itu sekarang ini? Sebab itu sampai sekarang dia masih membujang lagi. Aaron Aziz ye? Suka hati hanglah, Maria. Kembang kempis hidung along aku tu nanti kalau dia dengar. Dah, cepatlah siap! Okey! Okey!

39

KEA

ALONG!!! Kea menjerit macam dia sorang sahaja yang wujud dalam dunia ini tatkala terlihat kelibat alongnya. Sangat teruja lagaknya. Dia bergegas mendapatkan lelaki itu, habis semua orang dilanggar. Lupa sebentar pada Maria yang menemaninya. Sudahnya, terkedek-kedek orang itu mahu mengejarnya. Alonnnggg!!! Tidak sempat dibalas, Kea terus memeluk alongnya. Rindunya menggunung tinggi. Maklum, sudah hampir lima tahun alongnya tidak pulang ke Malaysia. Selalunya hanya bertukar khabar melalui e-mel, kalau tidak pun Yahoo Messenger. Tak puas! Alongnya hanya ketawa melihat gelagat adiknya itu. Kea ni. Tak lama lagi awak nak jadi doktor tau, tapi perangai macam budak-budak lagi, tak malu...! Pipi Kea dicubit. Geram! Makin gebu pula dilihat adiknya ini. Sedang bahagia ke? Nanti akan ditanya. Ala along ni Kea rindulah! Along pun dah lama tak balikkan, haruslah Kea peluk along lama sikit... jawab Kea manja. Tangan alongnya dipaut mesra. Mereka memang akrab sedari kecil. Hanya alonglah saudara kandung yang dia ada dalam dunia ini. Selepas baba meninggal, ibunya memang tidak mahu lagi mencari pengganti. Bukan tidak disuruh, tetapi ibunya tidak mahu. Ibu selalu kata, babanya lelaki pertama dan terakhir untuknya. Yelah... yelah! Nanti kita sembang puas-puas, okey? Along pun dah stand by telinga nak dengar gosip-gosip liar daripada adik along yang sorang ni, usik Aiman. Kea hanya mencebik mendengar usikan lelaki itu. Aiman tahu Kea sekadar mahu bermanja dengannya. Dahi adiknya dicium lembut dan diusap perlahan. Adiknya semakin cantik sekarang.

40

Arasharrina

Kea datang sorang saja ke? Soalan Aiman membuatkan Kea tersentak. Alamak!!! Dia tepuk dahi. Diperhatinya sekeliling untuk mencari seseorang. Memang dia betul-betul lupa tentang Maria. Pasti merajuk budak ni! Kea datang dengan Maria, long. Ha sudah Marianya mana? Along nampak Kea aje dari tadi. Errr... ada! Mungkin dah tercicir kat mana-mana. Heee habis Kea, long! Tiba-tiba dia terpandangkan sesusuk tubuh yang sedang menghampiri mereka. Dari jauh sudah nampak muncungnya. Tersenyum kambing Kea memandang Maria. Beb... sorry sorry Mar pujuknya. Amboiii! Sampai hati tinggalkan aku terkontangkanting kat belakang ye! Ala yang Sorry! Sorry. Tidak henti-henti Kea memohon maaf. Tangan Maria dipegangnya. Sorry Mar. Perasaan serba salah pantas sahaja menyelubungi diri gadis itu. Along Aiman hanya memerhatikan gelagat mereka berdua. Bahu adiknya itu dipeluk mesra. Hai Maria, makin cantik sekarang ni ye. Tegurannya membuatkan Maria tersipu-sipu. Ah, malu! Eh... mana ada along, macam biasa aje. Along pun makin handsome sekarang ni.... Kata-kata Maria melegakan Kea. Budak ni dah okey! Pantang saja kena puji... desis hatinya.

41

KEA

Alaaa... Maria malulah along puji dia. Dah blush dah muka tu, tambah Kea. Maria hanya menjeling manja. Eh, dah! Aku belum maafkan kau lagi tau, Kea. Tukar tajuk pulak dia ye. Pipi Kea dicubit geram! Aduh! Kenapalah pipi aku aje yang jadi mangsa kau ni! rungut Kea sambil menggosok-gosok kesan cubitan Maria. Pedih! Siapa suruh pipi kau tu gebu sangat. Dah, jom gerak! Along mesti dah letih, lagi-lagi nak melayan kerenah kau ni. Silap-silap along kau tidur kat sini. Tangan Kea ditarik. Aiman hanya tertawa melihat telatah mereka berdua. Ye laaa. Jom along, kita pergi tapau makan dulu, then kita balik rumah. Lusa baru balik rumah ibu, sebab esok Kea ada appointment half day. Aiman hanya menganggukkan kepala. Perjalanan yang jauh dan lama itu amat meletihkan. Okey, sayang. Nah! Masing-masing bawak beg along sorang satu. Okey bos! Jawab mereka serentak.

42

Arasharrina

Bab 8
SSALAMUALAIKUM. Kea melangkah masuk ke bilik Doktor Yusoff dengan perasaan yang gementar. Entah apalah yang hendak ditakutkan sangat, kencang sahaja degupan jantungnya saat ini. Haish! Doktor Yusoff hanya tersenyum memandangnya. Kea perhatikan ada sesusuk tubuh yang sedang membelakanginya ketika ini, mungkin pesakit yang bakal diambil alihnya nanti. Hatinya semakin berdebar. Lambat ke? Eh, dah pukul sepuluh sepuluh minit! Dah terlambat sepuluh minit. Eleh, baru sepuluh minit. Relaks dulu. Hati Kea berbisik sendiri. Waalaikumussalam Kea, sila duduk. Doktor Yusoff menjawab salam Kea dengan lembut. Kea dengan pantas mengambil tempat di sebelah lelaki yang membelakanginya tadi. Kea, let me introduce you, Encik Haikal Hakimi. Kea dimaksudkan. memandang ke arah pemuda yang

43

KEA

Hahhh!!! Terasa terhenti nafasnya tatkala terpandangkan wajah pemuda itu. Haikal Hakimi? Lelaki yang melanggarnya dan lelaki yang sama-sama dengannya di dalam lif tempoh hari? Urgh sabar Kea, sabar. Hatinya di bahagian baik mula memujuk lembut. Hendak pura-pura pengsan lagikah??? Oh, what a shame! Dapat dirasakan yang mukanya kini sedang menjalani proses penukaran warna. Malu ke? Ke nak marah? Sebab? Rosakkan handphone? Eh, tak.... Mungkin malu aje. Helo. Haikal menghulurkan tangan tanda perkenalan. Riak mukanya sedikit pun tidak menunjukkan tanda-tanda yang mereka pernah bertembung sebelum ini. Langsung tak, okey! Pandai betul mamat ni buat muka innocent. Mungkin dia ada degree dalam bidang ekspresi muka kut! Okey, itu tipu, sorry... tak merapu lagi! Haikal dipandang lama sebelum tangannya disambut. Hello, Im Kea Alyissa. Panggil aje Kea. Bergetargetar suaranya menuturkan kata. Senyuman cuba diukir semanis boleh. Setelah hampir beberapa kali bertembung dan bertelagah, itulah kali pertama mereka berpandangan sambil berbalas senyuman, dan bagai hendak tercabut otot-otot badan apabila melihat Haikal membalas senyumannya. Sangat kacak!!! Haikal, Kea doktor praktikal di hospital ni. We appointed her as your second referral doctor, after me. Second referral doctor? And with this lady? The internship doctor? You must be kidding me, right doctor? She is not eligible! Not at all! Sekali lagi Haikal gagal mengawal emosinya. Mulutnya begitu ringan menuturkan kata-kata yang tidak sedap untuk didengari. Takkan nak bagi nyawa aku dekat doktor internship! Lagi-lagi perempuan ni....

44

Arasharrina

Come on, this is all about life okay! Kea diperhatinya dengan pandangan tajam. Tidak yakin langsung dirinya untuk mendapatkan rawatan daripada gadis itu. Erk! Menyesal aku puji kau! Muka aje handsome, tapi mulut macam longkang! Sesedap hati aje meragui kebolehan dan kewibawaan aku sebagai doktor praktikal ye...! bentak hati Kea. Hatinya bagai disiat-siat dengan kenyataan yang baru sahaja keluar dari mulut pesakit wannabenya itu. Pemuda itu dijeling tajam! Mata mereka bertentang dan seperti biasa Kea yang akan terlebih dahulu melarikan anak matanya daripada pandangan Haikal. Bukan apa, lemah lutut kalau pandang lama-lama, mamat handsome! Eh, sempat! Matanya kini terarah pula kepada Doktor Yusoff yang masih lagi diam tanpa sebarang kata. Wajahnya juga amat tenang. Dont worry. Kea cuma berperanan sebagai assistant you saja. Dia akan update your treatment schedule, remind you about all deadlines and appointment, assisting you in theraphy sessions, equipe you with all the medicines. We wont let her to hundred percent in charge. This is the procedure, Encik Haikal. The policies that will help you to recover fast. We want you not to worry about your illnesses, just focus on your treatment and all the theraphy things, okay? Panjang lebar Doktor Yusoff memberikan penerangan dan hujah. Ternganga mulut Kea mendengarnya. Fuyohhh!!! Doktor contoh ni! Tahap hormatnya terhadap Doktor Yusoff semakin tinggi. Untung dia dapat bekerja di bawah pengawasan doktor yang berkaliber seperti doktornya itu. Kembang kempis hidungnya, bangga dengan keuntungan diri. Tidak dihiraukan kata-kata kesat yang dilemparkan Haikal sebentar tadi. Well said, Kea sudah dimotivatedkan!

45

KEA

Hmmm I harap dia tahu apa yang perlu atau sedang dia buat, atau. Kata-katanya terhenti di situ. Sudahlah Haikal, give her a try, pujuk hatinya. Kali ini dia cuba untuk mengawal emosinya. Okey, putusnya. Tersenyum puas Kea bila mendengarkan kata setuju dari mulut pesakit wannabenya itu. Ya Allah, permudahkanlah segalanya untuk hambaMu ini, Ya Allah doanya di dalam hati. Haikal dipandangnya. Entah kenapa dia suka melihat wajah itu. Sebab dia kacak ke? Ye ke? Tak sangat kut, mungkin sebab raut wajah dan susuk tubuhnya persis seseorang yang pernah dia kenali. Kea tersenyum lagi. Dia makin asyik dengan lamunan sendiri sampai tidak sedar si empunya badan sudah hilang daripada pandangan matanya. Kea. Panggilan Doktor Yusoff mematikan lamunan Kea. Errr... yes, Doktor Yusoff. I akan tinggalkan you dengan Encik Haikal. While you on the way tadi, I ada brief sikit pasal his treatment progress. So, nanti you cuma perlu periksa tekanan darah dan temperature. Let me know if anything, Ill be around. Eh, mana dia? soal Kea tiba-tiba apabila tersedar yang mereka hanya tinggal berdua. La, Kea. You mengelamun ke? He was off to toilet, nanti dia masuk balik. Errr... sorry Doctor Yusoff, my bad! Eh, tapi. Kea mula cemas bila terbayangkan sikap Haikal yang macam tidak stabil itu. Doktor Yusoff tersenyum memandang Kea. Dia

46

Arasharrina

faham benar perasaan gundah yang dirasai Kea sekarang. Dia dulu pun pernah jadi doktor internship. Dont worry, Kea. Everything will be fine. Patient actually okay, tak ada record makan orang pun, seloroh Doktor Yusoff. Kea sengih. Boleh tahan juga doktor ni buat lawak! I yakin you dah study kes nikan? And I am confident dengan you. His temper is actually one of the symptoms. He is not able to control his emotion. So, your part is to help him out, okay? Tambahnya lagi. Kea bagaikan anak kecil yang disumbat gula-gula kapas, terus menganggukkan kepala tanda faham. Doktor Yusoff menggelengkan kepala melihat tingkah gadis itu. Dan Kea... one more thing, kurangkan sikap main-main, okey? Errr baiklah, doktor. Perlahan sahaja Kea menjawab sambil menundukkan kepalanya.

BARINGLAH.... Lambat-lambat sahaja Haikal merebahkan dirinya. Bimbang agaknya Kea akan mengapa-apakannya. Kea perasan akan situasi itu. Encik Haikal, tak ada apa-apa. Free yourself okay, insya-Allah, no harms pujuk Kea sambil tersenyum. I nak periksa tekanan nadi, ambil darah dan temperature. Tahan sikit, sambung Kea. Lagaknya sudah seperti doktor yang sudah lama berkhidmat. Jarum untuk mengambil darah sudah pun berada di tangannya.

47

KEA

Haikal hanya diam membatukan diri. Takut ke? usik Kea. Haah! Takut sebab tak confident dengan you. Ingat, kalau jadi apa-apa I saman you! Haikal memberikan amaran. Kea hanya membuat muka selamba. Nak gertak aku? Kirim salam.... Lengan Haikal dipegangnya. Cuba untuk mencari urat penyalur darah. Ditepuk-tepuknya beberapa kali. Haish tak jumpa pulak. Haikal ditenungnya. Encik Haikal janganlah stres. Kan I dah suruh you freekan diri. I cant find any of your blood vessel, please.... Eh, youkan doktor! Takkan tak tahu macam mana nak cari! rungut Haikal. Dia sebenarnya takut untuk disuntik. Ianya adalah sesuatu yang amat menyakitkan. Encik Haikal, boleh tolong tak? Janganlah macam ni, cepat Encik Haikal tenangkan diri, cepatlah kita boleh settle... pujuk Kea lagi. Dia tahu Haikal takut, sebab itu dia stres. Saluran darah memang susah hendak jumpa kalau pesakit stres. Nah! Kalau tak tahan, boleh gigit sapu tangan ni. Kea menghulurkan sapu tangan kepunyaannya. Haikal memandang lama sebelum ianya bertukar tangan. Perlahan-lahan dia cuba untuk menenangkan dirinya. Matanya dipejam rapat dan mukanya dipalingkan ke arah bertentangan. Kea masih tercegat memandang Haikal. Rasa simpati tiba-tiba menyelubungi diri. Dia dapat rasa macam mana menderitanya Haikal sekarang ini. Lengan lelaki itu ditepuk lagi. Kali ini dia tersenyum kerana urat saluran darah sudah mula kelihatan. Dengan cepat dia menyuntik jarum ke lengan Haikal. Okey, dah.

48

Arasharrina

Dah? Sekejapnya! Habis tu you nak berapa lama? Ambil darah sekejap aje, nak cari urat saluran darah tu aje yang lama. You dah okey ke? Pucat aje muka tu? soal Kea, sengaja mahu mengusik lelaki itu. Diperhatikan Haikal dengan anak matanya. Haikal tampak gelisah. Berdirinya serba tak kena. You kenapa? soal Kea bila tersedar keadaan Haikal yang tidak seimbang. Pening macam nak pitam, jawab Haikal sambil memegang kepalanya. Kea dengan cepat merangkul lengan Haikal. Nanti kalau jatuh tidak fasal-fasal lain pula yang jadi. You duduk dulu. Mungkin hormon you masih tak stabil lepas ambil darah tadi, jelas Kea sambil cuba menolong Haikal untuk duduk dan tidak semena-mena Haikal menepis tangannya. Amboi sombong! gumam Kea di dalam hati apabila pertolongannya ditolak. Sakit-sakit masih nak berlagak lagi? Sound Kea tepat. Letih juga hendak melayan pesakitnya yang seorang ini. Dugaan betul! Tak payah nak sibuk. I kuat lagi. Entah macam mana you cucuk I tadi sampai kepala I jadi sakit macam ni. Eh! Aku pulak yang kena? Ini sudah lebeyyy! Buntang mata Kea memandang Haikal. Encik Haikal, tak baik tuduh-tuduh. No no no! Hormon you yang tak stabil lagi ni. Perasaan takut you tadi yang buat you pening, blood circulation dah mantul macam tuan dia juga. Haikal hanya senyum mengejek. Digagahi juga untuk bangun. Langkahnya masih belum kuat untuk berdiri lantas membuatkan dia terjatuh ke lantai.

49

KEA

Kea terkejut dengan situasi itu. Nak tolong tak? Nanti kena sembur. Tapi kalau tak tolong, kesian pulak tengok dia terkontang-kanting sorang diri macam ni. Ah!!! Mari I tolong. Kea menghulurkan tangannya, tetapi ego si lelaki masih kuat menghambakan diri. Kea tidak peduli. Lengan Haikal dirangkulnya. Kita ni kalau nak sombong pun kena bertempat sikit, Encik Haikal. Amat sarkastik. Haikal merenung tajam ke arah Kea yang sedang cuba untuk membangunkannya. Bersusah payah benar lagaknya. Kedudukan mereka terlalu rapat, hampir sahaja bibirnya mengenai pipi Kea yang gebu itu. You larat ke nak angkat I? Diri you sendiri pun tak terangkat. Pedas kata-kata yang dilemparkan kepada Kea. Kea jeling Haikal yang cuma tersenyum bersahaja. Mulut mamat ni memanglah macam longkang, kan? Tak sayang nyawa, aku rasa mamat ni.... Dia belum kenal siapa Kea Alyissa! bentaknya di dalam hati. Pegangannya dilepaskan. Kea bangun. Tidak dihiraukan lagi pemuda ego itu. You bangun sendirilah!!! Pantas sahaja Haikal bangun sambil menepuknepuk seluarnya yang kotor dek habuk lantai. Macam hendak terkeluar biji mata Kea tatkala melihat keadaan Haikal waktu itu. Tadi kemain lagi kau susah nak bangun, kan? Ni laju aje dah boleh berdiri tegak! Sukar sungguh hendak meramal perangai pemuda yang baru dikenalinya itu. Sekejap baik, sekejap macam singa. Hmmm... betul kata Doktor Yusoff mengenai simptom pesakit kanser yang selalu tidak stabil dan berubah-ubah. Dipandangnya Haikal dengan pandangan sayu.

50

Arasharrina

Haikal yang sedar dirinya diperhatikan cepat-cepat menoleh ke arah si pemerhati. Mata mereka bertentangan. Dan entah untuk keberapa kalinya Kea yang terlebih dahulu melarikan anak matanya ke tempat lain. Haikal tersenyum di dalam hati. Jom I belanja you minum, pelawanya. Kea terkejut dengan pelawaan Haikal. Biar betul dia ni? Jangan-jangan dia nak kenakan aku lagi.... Ditenungnya lelaki itu atas bawah. Minum aje tak payah nak minta lebih-lebih. Lagipun tekak I haus bergaduh dengan you, dan lagi anggap saja pelawaan I ni sebagai tanda perkenalan kita. Kata-kata Haikal menusuk tepat ke kalbu Kea. Lebih-lebih lagi bila Haikal menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya. Hmmm okeylah putus Kea. Malas hendak melanjutkan pertelingkahan. Tangannya diangkat perlahan dengan niat untuk menyambut salam, tetapi belum sempat pun tangan mereka bersentuhan, Haikal cepat sahaja menurunkan tangannya. Sudah. Lambat!!! You ni memang slow, kan? Ucapnya selamba sambil melangkah pergi. Argh!!! Geramnya aku dengan mamat niii...!!! Ya Allah, Kau berikanlah aku tahap kesabaran yang tinggi....

NAK duduk mana? Semua full? soal Kea sambil matanya melilau mencari tempat kosong. Ramai betul! Dia orang tak kerja ke? Pelik! Nak kata lunch hour, rasanya ada dua jam lagi.

51

KEA

Hoi, sini! Eh! Hoi kau panggil aku? Memanglah dia ni tak ada adab langsung! rungut Kea perlahan. Lemah sahaja langkahnya mendekati Haikal yang bersahaja memegang menu. Lepas tu buat muka tak bersalah! Eee geramnya aku!!! Kalau terhegeh-hegeh macam tu, sampai kiamat pun tak jumpa seat, sindir Haikal. Kea hanya menjeling tajam. Errr menyesal pulak aku ikut dia ni! Haish, nilah namanya terlajak perahu tak boleh diundur! Sabar Kea, sabar. You ni kalau cakap tak boleh nak lembut-lembut sikit ke? Atau you akan rugi kalau cakap baik-baik? soal Kea. Panas betul hatinya bila melihat sikap Haikal yang acuh tak acuh mengajaknya minum. Order! Haikal terus memanggil pelayan tanpa menjawab soalan Kea. Tambah berasap Kea dibuatnya. Isy! Boleh pulak dia buat-buat tak dengar. Hmmm, fine!!! Kea bangun. Hilang terus seleranya hendak makan, tetapi langkahnya terhalang oleh pelayan yang ingin mengambil pesanan. Ye cik? soal pelayan itu sambil tersenyum sinis. Pergaduhan rumah tangga, mungkin itu yang difikirkannya. Ah!!! Lantaklah! You nak pergi mana, sayang? sapa Haikal tiba-tiba sambil menarik tangan Kea untuk duduk. Sayang? Terbeliak mata Kea bila mendengar panggilan manja yang secara tiba-tiba itu. Dah sewel ke hormon mamat ni lepas kena cucuk? Ala sayang, duduklah. Teman abang makan.

52

Arasharrina

Sampai ke hati sayang nak tengok abang makan sorangsorang ni? Manja sahaja bunyinya. Kea dipandang Haikal dengan pandangan mengharap. Abang? Sayang??? Arghhh! Apa dah jadi ni? Kea semakin pelik. Errr... ni aku ke atau dia yang sakit ni? Confuse aku weh! Dia tertanya-tanya sendiri. Tidak fasal-fasal dia memegang dahinya. Sejuk! Order, encik? Eh bagi I nasi goreng Cina dengan limau ais ye. You sayang? Soalan Haikal membuatkan Kea sedikit terperanjat. Kelu lidahnya untuk bersuara. Errr. Abang pesankan sayang nasi goreng kampung okey? Ermmm... air kita kongsi. Barulah romantik. Tidak berkelip Kea memandang Haikal ketika itu. Mengangguk tidak, menggeleng lagilah tidak. Duduknya jadi serba tak kena. Apa agaknya permainan yang cuba dicipta oleh mamat ni? Duganya. Itu saja, encik? soal pelayan itu lagi. Haikal hanya mengangguk sambil buat muka yang budget comel. Oh, please! Rasa macam nak hantuk aje kepala kau kat dinding tu! Arghhh! Buat air tu manis-manis sikit ya, sebab nak bagi minum tuan puteri yang sedang merajuk tambahnya lagi. Kea yang mendengarnya hanya mencebikkan bibir. Silap besarlah kalau fikir aku merajuk, cemuhnya di dalam hati. Diperhatikan si pelayan hingga hilang daripada pandangan. Apa yang you cuba nak buat, hah? Kasar sahaja intonasi suaranya.

53

KEA

Haikal hanya mendiamkan diri, menu di tangan masih dipandang. Selamba sahaja gelagatnya. Lama Kea merenung Haikal sebelum akhirnya dia mengalah. Hendak dipanjangkan amarahnya tetapi hmmm.... Keluhan berat dilepaskan. Sabar Kea, sabar. Dugaan ni. Dialihkan pandangannya ke luar. Dah habis cakap? soal Haikal sambil meletakkan menu di atas meja. Gadis itu ditenung tajam. Kea hanya menunduk, kini gilirannya pula untuk mendiamkan diri. Malas nak bertekak dengan orang sewel! Hey I cakap dengan you! You ingat I suka bersayang-sayang, berabang-abang bagai? Lagi-lagi dengan you. I sengaja nak cover you, tak nak bagi pelayan tu tengok muka you yang dah macam kerang busuk tu. Lagipun youkan freshie kat sini, I tak naklah orang cakap you berlagak! Haikal masih cuba memancing Kea untuk bersuara, tetapi kali ini nadanya keras. What do you want? Kea mula hilang sabar. I tanya you dah habis cakap ke belum, itu saja. Susah sangat ke nak jawab? Ke you tak faham bahasa Melayu? sindir Haikal. Dia cuba menahan gelak tatkala melihat muka Kea yang merah padam menahan marah. Haikal sebenarnya sengaja mahu mengusik gadis itu, dia tahu usikannya keras. Tapi biarlah, nak sangat jadi doktor aku, kan? So, tahanlah.... You nak belanja I, sebab nak buat macam ni ke? Nak sakitkan hati I? Atau nak malukan I? I peliklah, apa ntah salah I dengan you. Kalau you tak nak I jadi doktor referral you, you cakap, I boleh inform Doktor Yusoff untuk tukar. I dont mind at all, putus Kea. Mungkin sudah give up untuk melayan lelaki itu.

54

Arasharrina

Haikal agak terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Kea. Dia tahu dia sudah melampau. Hai, takkan you dah give up nak melayan I? Ini baru sikit, Doktor Kea Alyissa. More to come. Haikal menduga doktor muda di hadapannya. This is not about giving up, Encik Haikal... and I even belum start apa-apa lagi dengan you and. Katakatanya terhenti di situ bila melihat pelayan membawa makanan yang dipesan. Okey dah, continue later. I lapar, pintas Haikal. Cepat-cepat dia menyuapkan nasi ke mulutnya. Kea terdiam sambil memerhatikan makanan yang dipesan oleh Haikal. Nampak pedas. Gulp! Kenapa pandang aje nasi tu? Nak tunggu abang suapkan ke? Haikal masih lagi dalam mood mengusik. Suka benar dia melihat reaksi Kea bila disakat. Kea hanya menjeling. Nasi di hadapan mata dijamahnya perlahan. Janganlah pedas... doanya di dalam hati. Dia memang alah dengan makanan yang pedas. Tekaknya memang langsung tidak boleh terima. Tetapi disebabkan ego yang bermaharajalela, disumbatnya juga. Erk! Pedas! Pedasss!!! Tidak semena-mena Kea menggelupur. Dicapainya air yang dipesan oleh Haikal, dan dengan sekali teguk habis segelas diminumnya. Haikal hanya menggelengkan kepala. Muka cantik, tapi pelahap! You ni kenapa? Tiba-tiba macam ayam berak kapur aje! soal Haikal. Pedaslah nasi ni, I tak tahan pedas. Nak air lagiii... rengek Kea macam anak kecil.

55

KEA

Mata Haikal membuntang memandang Kea yang sedang asyik mengipas-ngipas mulutnya. Aku sedang berdepan dengan seorang doktor atau kanak-kanak Ribena yang terlepas ni? Kali ini Haikal pula yang confuse. Dipandangnya Kea atas bawah. Helo... you ni doktor, kan? Atau I dah tersalah pandang ni? Perangai macam budak kecik! Pedas sikit ajelah. Mengada aje lebih, bebel Haikal, tetapi sempat juga dipanggilnya pelayan untuk menambah air. Eleh tiba-tiba nak ambil berat, pirahhh! Dahlah kedekut order air satu aje! Sempat lagi Kea mengumpat Si Haikal di dalam hati. Eleh, budget I nak manja-manja dengan you ke apa? Maaflah, jangan nak perasan sangat. I memang tak tahan dengan makanan pedaslah. Alergi, tahu? I tak cakap you nak manja, I cuma fikir you ni mengada-ngada, you know what? Kind of annoying. Ada I kisah you alergi ke apa? Ada??? Dengan selamba Haikal menghamburkan kata. Eee you nikannn...!!! Air, cik. Dan dengan pantas Kea meneguk air yang telah terhidang di hadapan mata. Tidak dihiraukan mata-mata yang memandang. Errr... buruk benar perangai. Confirm tak ada pesakit yang nak berubat dengan aku lepas ni! Ah, aku peduli apa! Memang dalam kepedasan yang melampau ni, sumpah! Tak tipu. Air di gelas diteguknya lagi. Haikal hanya memandang Kea tanpa sebarang kata. Dia akui hatinya bahagia melihat tingkah Kea yang sebegitu. Kea nampak jujur pada pandangan matanya. Tidak macam perempuan lain yang selalu cover cun, budget hot!

56

Arasharrina

Dah okey ke? soal Haikal. Belumlah. First stage dah kurang, rasa lidas dekat lidah dah okey, tapi bibir I ni tak lama lagi jadi macam mulut ikan flowerhorn. Kea merungut sambil memegang bibirnya. Haikal tergelak. Ikan flowerhorn? Apa tu? You ni macammacamlah. You ni sebenarnya nak tarik perhatian I, kan? Kan??? Sebab tu mereka-reka cerita! Kedua-dua belah keningnya diangkat sambil tersenyum sinis kepada Kea. Eh eh, tolonglah! I nak tarik perhatian you hish! Dahlah, malas nak layan. I ve got to go. Nak cari killer. Remember, ambil ubat you di kaunter. I gerak sekarang. Ni semua you bayar, kan? Thanks. Pantas sahaja Kea bangun dan terus menghilangkan diri. Belum sempat pun Haikal hendak jawab apa-apa. Dan untuk sekian kalinya, Haikal tersenyum. Kea Alyissa. Desis hatinya.

57

KEA

Bab 9
BU, boleh pinangkan Saleha untuk along hujung bulan depan? Aiman yang entah dari mana datangnya, tiba-tiba bertanyakan soalan yang boleh merenjatkan jantung sesiapa yang mendengar. Berkerut-kerut dahi Kea memandang alongnya. Aiman dah bincang baik-baik dengan Saleha ke? Ibu tak kisah, asalkan Saleha dan keluarganya setuju. Nanti ibu cakapkan dengan Pak Lang Aziz dan nek cu. Hahhh!!! Along ni mamai ke? Kak Saleha tu anak Haji Amri, kan? Bilal kampung kita tukan? Yang kiut miut tukan??? Bertubi-tubi soalan ditujukan Kea kepada alongnya. Aiman hanya tersenyum mengangguk. Kea masih tidak berpuas hati. Dipalingkan muka mencari ibunya pula. Ibu. Yelah, Kea ibu dah tahu lama dah. Along balik ni pun sebab hal tu, la.

58

Arasharrina

Haaa??? Tak beritahu Kea punnn...!!! Ni yang nak merajuk ni rajuk Kea. Bingkas bangun ke singki untuk membasuh tangan. Aiman menghampiri Kea. Memang sudah dijangka adiknya akan merajuk bila mengetahui hal ini. Bukan sengaja dirahsiakan, cuma masih belum bersedia untuk meluahkan benda yang belum tentu jadinya. Eh... Kea merajuk dengan along ke? Jangan laaa, tak cantiklah adik along ni kalau merajuk. Along minta maaf, okey? Kea diam tanpa reaksi. Sabun di tangan digosoknya berulang kali. Nampak benar marahnya. Kea sudahlah tu. Alongkan dah minta maaf tu. Bukan sengaja pun nak rahsiakan daripada Kea. Hal tak confirm lagi, sayang. Ibu pun tahu last minit. Giliran ibunya pula memujuk. Pening kepalanya melihat telatah anak daranya yang seorang ini. Sudah besar panjang pun masih hendak merajuk. Anak bongsu memang begitulah ragamnya. Hmmm okey, sentap sikit aje. Along niii!!! Dah nak tunang pun, nak berahsia lagi. Nanti kalau dah nak kahwin buat macam ni lagi, memang setahun Kea tak nak cakap dengan along. Sempat Kea bergurau. Lengan alongnya dicubit manja. Mengaduh jugalah Aiman bila terkena cubitan berbisa daripada adiknya itu. Puan Zahara menggelengkan kepala melihat telatah dua beradik itu. Fikirannya tiba-tiba melayang teringatkan arwah suaminya. Abang along dah nak kahwin... bisik hatinya perlahan dengan harapan bisikannya itu dapat didengari oleh arwah suaminya. Matanya mula digenangi air. Air mata gembira seorang ibu apabila melihat anak-anaknya bahagia di hadapan mata.

59

KEA

Eee tak sabarnya nak tengok along kahwin! Kak Saleha tu dahlah lemah lembut, cantik, solehah Along Kea pun boleh tahan. Wahhh!!! Nanti Kea boleh dapat anak buah yang comel-comel. Okey! Nanti Kea jadi wedding planner along tau! Kea tiba-tiba teruja lebih. Hah, sudah! Dah jauh perginya tu. Ermmm... lepas along, Kea pulak, kan? Along tengok makin berseri-seri muka adik along sekarang ni, mesti ada apa-apa ni. Giliran Aiman pula mengusik. Terus berubah muka Kea bila diajukan pertanyaan sebegitu. Kea dah ada boyfriend ke sayang? Tak beritahu ibu pun? Ibunya pula menambah. Eh mana ada, ibu. Keakan busy dengan study. Mana nak sempat cari boyfriend-boyfriend ni. Isy! Jawapan Kea yang bersahaja membuatkan along dan ibunya tertawa. Hai sejak bila Kea jadi budak skema ni? Entahentah Kea yang kahwin dulu dari along, tak? Adik along ni cantik apa, muka dah macam pelakon Korea dah, takkanlah tak ada siapa-siapa yang tersangkut! Ke... Kea memilih sangat ni? Usikan Along Aiman makin menjadi-jadi. Ala bukan tak ada, long. Kea malaslah nak bercintan cintun ni. Leceh! Lagipun Kea baru dua puluh lima, long. Lambat lagi nak fikir pasal hal ni. Tak apa, biar along lepas dulu, lepas tu baru fikir pasal Kea, ye? Terkelip-kelip mata Kea menjawab soalan cepumas daripada along dan ibunya. Dan entah kenapa, tidak semena-mena dia teringatkan Haikal, pesakitnya yang banyak songeh tu. Rindu ke? Soalnya pada hati.

60

Arasharrina

DARI sudut pintu, Haikal memerhatikan Mak Esah yang sedang cuba memasukkan benang ke dalam jarum. Bersusah payah gayanya. Sesekali kedengaran Mak Esah merungut memarahi si pembuat jarum. Macam manalah dia orang buat benda ni, kecil betul lubangnya! Haikal tersenyum melihat gelagat orang gajinya itu. Sudah hampir tiga puluh tahun Mak Esah menjadi orang gaji di banglo itu. Semenjak ibu bapanya bercerai, Mak Esahlah tempat dia bermanja. Mak Esah memang sudah dianggap seperti orang tuanya sendiri. Hati Haikal menjadi sayu tibatiba. Teringat kembali layanannya terhadap Mak Esah sejak kebelakangan ini. Mak Esah dihampirinya. Mak Esah. Lembut sahaja Haikal menegur wanita itu. Tidak seperti sebelum-sebelumnya. Tengkingan dan maki hamun yang menjadi santapan telinganya. Mak Esah terkejut melihat Haikal berada di biliknya. Kelam-kabut dia bangun dan cuba untuk menyembunyikan sesuatu di belakangnya. Errr... Nak Haikal eh, Haikal! Terkejut Mak Esah. Ada apa-apa yang Haikal nak ke? Nak makan? Mak Esah siapkan. Jelas kedengaran getaran suara Mak Esah. Mukanya tunduk memandang lantai. Haikal ternampak bajunya di belakang Mak Esah. Diambil dan dibelek-beleknya. Ada kesan koyak di bahagian poket hadapan. Mak Esah. Haikal memanggil lagi, nadanya masih sama. Lembut dan perlahan. Dipegangnya bahu Mak Esah. Terketar-ketar tubuh Mak Esah tatkala Haikal meletakkan tangan di bahunya. Mungkin takut dimarahi. Errr maaf, Haikal. Mak Esah tak sengaja

61

KEA

terkoyakkan baju tu masa Mak Esah nak angkat tadi. Tersangkut dekat paku ampaian tu. Tapi Mak Esah tengah nak jahit ni. Pucat muka Mak Esah ketika ini. Tidak langsung dipandangnya muka Haikal. Gerun akan ditengking lagi. Semakin sayu Haikal melihat Mak Esah. Rasa bersalahnya mula menjalar di seluruh badan. Mak Esah tak apa, sikit aje koyaknya ni. Nanti Haikal beli baru. Mak Esah tak perlu susah-susah nak jahit balik ye, pujuk Haikal. Mak Esah mengangkat mukanya memandang Haikal. Eh, betul ke apa yang aku dengar ni? Haikal tak marah? bisik hatinya. Haikal tersenyum bila Mak Esah sudah mula memandangnya. Tangan Mak Esah dipegangnya. Diusap lembut tangan orang tua itu. Diperhatinya muka Mak Esah yang sudah jelas menampakkan kedutannya. Mak Esah maafkan Haikal ye. Haikal dah buat Mak Esah kecil hati dengan sikap Haikal. Tersentuh hati Mak Esah mendengar ungkapan maaf dari mulut Haikal. Ubun-ubun Haikal diusapnya. Hampir sahaja wanita itu menitiskan air mata. Haikal tak ada apa yang Mak Esah nak maafkan, nak. Haikal dah macam anak Mak Esah sendiri. Mak Esah faham. Jiwa muda memang selalu memberontak. Haikal jangan risau. Kalau ye pun Mak Esah terasa dengan Haikal, dah lama Mak Esah maafkan. Giliran Mak Esah pula yang memujuk. Haikal berasa sedikit lega mendengar kata-kata Mak Esah. Dipeluk erat tubuh wanita tua itu. Mak Esah pelik dengan kelakuan Haikal, tetapi

62

Arasharrina

dibiarkan sahaja. Haikal memang manja dengannya, cuma sejak akhir-akhir ini sahaja kelakuannya berbeza. Haikal pun dah anggap Mak Esah macam mak Haikal sendiri. Sekali lagi Haikal minta maaf. Haikal membalas pujukan Mak Esah. Pelukannya masih erat. Terpinga-pinga orang tua itu melihat gelagat Haikal. Mak Esah takkan faham. Haikal dah tak lama di sini desis hatinya. Sebak. Ingin sahaja dia menangis di bahu Mak Esah, ingin sahaja diluahkan apa yang terbuku di hatinya, biar keluar semua, tetapi ditahannya. Memang berat dugaan yang sedang menimpa dirinya. Tetapi dia harus kuat. Jika ditakdirkan umurnya tidak panjang, dia reda. Itu janjinya pada diri sendiri. Pelukannya dileraikan. Mak Esah ada masak tak? Haikal lapar. Rengek Haikal sambil memegang perutnya. Dia tidak mahu lagi memanjangkan kesedihan hati. Mak Esah ketawa melihat tingkah Haikal. Mestilah Mak Esah dah masak, tengah tunggu Haikal makan aje. Mak Esah hidangkan sekarang ye. Mak Esah bingkas bangun. Haikal juga bangun menuruti Mak Esah. Mari Haikal tolong. Dia tersengih melihat dahi Mak Esah yang berkerut. Ditariknya tangan Mak Esah ke dapur. Wanita itu hanya menurut tanpa sepatah kata. Hatinya bahagia bila melihat Haikal yang sudah mula mahu bergurau dengannya kembali. Ya Allah semoga Engkau pelihara Haikal dari sebarang perkara yang tidak baik. Doanya di dalam hati.

63

KEA

HAIKAL masih lagi duduk berteleku di atas sejadah. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Dia malu dengan Allah dan dirinya sendiri. Mungkin ini hukuman yang diberikan Allah kerana sikapnya yang sentiasa lewa dan sering meninggalkan suruhan-Nya. Dia mengimbas kembali kelakuannya ketika sihat dahulu. Dia sering kali lalai melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan Islam. Apa yang dilarang, itulah yang dilakukannya. Sebut sahaja kelab mana yang tidak pernah dikunjunginya. Kawan-kawan dan perempuan tak usah cakaplah, tidak pernah lekang dari hidupnya. Tidak perlu dicari, ada sahaja yang ingin mendampinginya. Walaupun dia sedar semua itu hanya menginginkan duitnya sahaja. Dia tidak kisah jika terpaksa berhabis beribu-ribu ringgit, asalkan dia bahagia. Ya! Memang waktu itu dia menganggap dirinya terlalu bahagia. Dia tidak sedar bahawa itu bukan kebahagiaan hakiki yang sepatutnya dicari. Sehinggalah suatu malam dia terduduk lemah di salah sebuah kelab di ibu kota. Kepalanya terasa bagai dihentak-hentak dan dicucuk-cucuk dengan benda tajam. Matanya memang langsung tidak boleh dibuka dan akhirnya dia pengsan. Dia tidak ingat apa yang terjadi ketika itu. Ketika tersedar dia mendapati dirinya sudah pun terbaring lesu di atas katil hospital seorang diri tanpa kawan-kawan atau perempuan-perempuan yang sentiasa menemaninya. Lebih memeranjatkannya bila doktor mengesahkan dirinya menghidap kanser otak peringkat kedua. Kata-kata itu bagai halilintar yang meragut kebahagiaannya. Sejak itu tiada lagi kawan-kawan mahupun perempuan yang ingin mendampingi atau didampinginya. Dirinya sering kali murung dan tidak terurus. Emosinya jadi tidak menentu, pasang surut marahnya. Tetapi hari ini entah

64

Arasharrina

kenapa, hatinya tiba-tiba diruntun rasa bersalah kepada diri sendiri. Untuk sekian kalinya, dia terpandangkan sejadah yang tergantung di biliknya. Dirinya terpanggil untuk menunaikan kewajipan yang sudah lama diabaikan. Tatkala air wuduk mengenai kulitnya, dapat dirasakan satu perasaan yang amat luar biasa, perasaannya menjadi sangat tenang hingga sukar diterjemahkan melalui kata-kata. Dia bersyukur kerana Allah telah membukakan hatinya. Dia bersyukur Allah tidak meninggalkan dirinya jauh ke belakang dan dia lebih bersyukur kerana masih sempat sujud dan menadah tangan memohon keampunan dari-Nya Yang Maha Kuasa. Terima Kasih Ya Allah kerana masih lagi memberikanku kesempatan untuk mendekatiMu. Hanya padaMu aku menghambakan diriku, Ya Allah.... Walaupun sebegini berat dugaan yang Engkau letakkan di bahuku, aku reda Ya Allah. Aku reda jika ini memang sudah tertulis untukku. Aku tahu Engkau tidak akan memberi ujian di luar kemampuan hambaMu. Aku yakin akan adanya hikmah di sebalik semua ini. Aku pohon Kau berikanlah aku kekuatan untuk mengharunginya sehingga hujung nafasku. Amin Ya Rabbulalamin.

65

KEA

Bab 10
EMALAM Doktor Yusoff menghubungi Kea untuk memberitahu bahawa laporan perubatan Haikal sudah berada di tangannya. Doktor Yusoff meminta Kea untuk datang berjumpanya hari ini dan kini dia sudah pun berada di luar bilik doktor pemerhatinya itu. Jantungnya berdegup kencang. Terasa ingin mengambil laporan itu untuk dirinya sendiri. Hmmm entah apalah keputusannya nanti. Minta-minta semuanya baik-baik saja. Digagahi tangannya untuk mengetuk pintu. Masuk! Kedengaran suara Doktor Yusoff memberi arahan dari dalam. Perlahan-lahan Kea memulas tombol dan pintu dikuaknya sehingga menampakkan separuh daripada tubuh Doktor Yusoff yang sedang tersenyum menantikannya. Kea membalas senyuman doktor pemerhatinya itu. Sila duduk, Kea... pelawanya. Kea menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya betul-betul di hadapan Doktor Yusoff.

66

Arasharrina

Kea as Ive told you yesterday. Ini reportnya. Doktor Yusoff menyuakan fail kertas kepada Kea. Kea mengambilnya dengan cermat. Diselaknya satu per satu. Sel kanser pesakit sudah mula merebak ke bahagian lain? soal Kea dengan muka yang berkerut. Doktor Yusoff mengangguk. Pesakit menghidap malignant type of brain cancer, so it can be easily invade and destroy nearby tissue and spread to other parts of the body quickly. Tapi doktor, from first result patient cuma suffered benign type of brain cancer, kan? Why suddenly boleh malignant pula? And is that possible? In dealing with cancer, nothing impossible, Kea. Memang pada mulanya result menunjukkan hal yang berlainan. Tapi, selepas pemeriksaan secara menyeluruh, kami dapati sel kanser pesakit merupakan malignant type dan sekarang dah merebak ke bahagian yang lain. We have nothing to do with this, ianya normal. Expected, terang Doktor Yusoff dengan tenang. Kea kagum melihat doktor pemerhatinya itu, tidak sedikit pun dia melatah dengan keadaan. Mungkin inilah yang dinamakan pengalaman. Hmmm so, apa tindakan selanjutnya, doktor? Kita akan monitor pesakit melalui MRIs Scan, or otherwise kita akan lakukan surgery. But still, will depend on patients condition. Well I think you should talk with him about this. Hahhh??? Me? Errr... I am not sure I can do this. Its difficult isnt? Kea cemas bila disuruh untuk menerangkan tahap kesihatan yang sebenar kepada lelaki itu.

67

KEA

Hesy mamat tu dahlah lain macam sikit perangainya. Takkan kut! Ditenungnya Doktor Yusoff yang masih lagi dengan lagak tenangnya. You patut cuba, Kea.... At least in future nanti you akan lebih senang bila diberikan kes-kes yang sebegini. Belajar melalui pengalaman. Lagipun, tak lama lagi you akan jadi doktor yang sebenar, kan? No more internship doctor. So, you should take this as an opportunity. I believe in you, so do you okay? Doktor Yusoff cuba menyuntikkan semangat ke dalam diri Kea. Kea terasa dirinya dimotivated. Why not, kan? Akhirnya Kea mengangguk. Dia rasa tercabar dengan peluang yang diberikan oleh doktor pemerhatinya itu. Good! I tahu you boleh lakukannya. Kata-kata perangsang daripada Doktor Yusoff membuatkan Kea tersenyum bangga. Bangga dengan tahap keyakinannya yang sudah semakin tinggi. Thanks, doktor. Insya-Allah, kalau ada apa-apa nanti I akan update doktor. Akhiri Kea. Dia bangun. Tas tangan dicapai dan dengan cepat dia melangkah keluar dari bilik Doktor Yusoff. Tidak sabar rasanya dia ingin menyalurkan semangatnya kepada Haikal. Dia yakin pemuda itu mampu menerimanya. Dia yakin pemuda itu kuat. Dia yakin!

NAK cakap apa? Tiba-tiba call suruh I datang, report dah keluar? Gulp! Terkedu Kea mendengar suara Haikal saat itu. Keras betul bunyinya. Hilang sudah semangatnya untuk

68

Arasharrina

berbicara. Macam mana nak salurkan semangat ni, kalau semangat sendiri pun dah hilang! Haish! Senyap pulak! Ada apa sebenarnya ni? Haikal sudah mula meninggikan suara. Errr Encik Haikal, tolonglah jangan tinggitinggi suara bila cakap dengan I. Encik Haikal bolehkan cakap baik-baik? Kata-kata Kea membuatkan pemuda itu terdiam. Hesy lemah betul aku kalau minah ni cakap dengan suara dan muka macam tu! bentak hatinya. Dipandangnya Kea yang duduk di sebelahnya. Wajah gadis itu memang bisa menggetarkan naluri lelakinya. Hmmm... okey, nak cakap apa? Sepatutnya appointment kita petang esok, kan? Ni awal-awal dah call suruh I datang. You dah rindu I ke? duga Haikal cuba mengusik. Kea yang mendengar terbatuk kecil, malu diusik begitu. Merah mukanya menahan malu. Eh, aku rindu dia ke? Apesal tiba-tiba nak merah muka??? Erk! Kea mula tersedar yang dia sudah terperasan lebih. Come on Kea, you can do this! Kea memberanikan dirinya untuk berdepan dengan pemuda itu. Dipusingkan kerusinya betul-betul berhadapan dengan Haikal. Haikal pelik. Lain benar minah ni. Tetapi dibiarkan sahaja gelagat Kea. Dia sudah bersedia untuk menerima apa sahaja perkhabarannya. Encik Haikal I harap Encik Haikal tabah mendengar apa yang akan I cakapkan ni. Kea mula bersuara. Dipandangnya Haikal sekilas. Wajahnya masih tenang, tidak sedikit pun menunjukkan reaksi terkejut. Kea masih lagi menyusun kata. Dia tidak mahu kata-katanya kedengaran

69

KEA

teruk dan menyebabkan pesakit menerimanya dengan perasaan negatif. Sel-sel kanser di dalam otak Encik Haikal sudah mula merebak ke bahagian lain. Tapi tapi masih lagi di tahap yang tidak membimbangkan. Haikal hanya tersenyum sinis mendengar keputusan itu. Sudah dijangka yang keputusannya takkan berubah menjadi yang lebih baik. Errr... Encik Haikal jangan risau, ianya masih dalam pemerhatian kami. Kami sedang berusaha untuk melemahkan sel-sel kanser yang sedang aktif. Kami juga akan monitor keadaan Encik Haikal melalui MRIs scan dan Kea tidak sempat menghabiskan kata-katanya. Dan boleh jamin I akan selamat? Dan hidup untuk tiga puluh tahun lagi? Soalan Haikal membuatkan Kea makin gementar. Dia bimbang Haikal akan berubah sikap dan tiba-tiba mengamuk. Dia cuba mencari akal untuk memujuk pemuda itu. Encik Haikal jangan cakap macam tu. Seperti yang I cakap tadi, ianya masih tidak membimbangkan dan boleh dikawal. Perubatan sekarang dah moden, Encik Haikal. Kalau tak pun, masih banyak lagi rawatan alternatif yang boleh kita guna pakai. Kita ada banyak pilihan, Encik Haikal. Kalau kita berusaha dan tidak mengalah, insya-Allah ada jalannya. Kita cuba dulu, ya? Kita??? I yang menanggungnya, tahu tak? You tak rasa memanglah boleh cakap. I ni pesakit kanser you and as for today, kanser I ni dah stage keberapa pun I tak tahu, dan I tak nak pun ambil tahu! Jelaslah tak ada ubat untuk pesakit kanser macam I ni. You doktor, you lebih arif. I bukan budak kecil yang boleh disogokkan dengan gula-gula dan kemudiannya boleh lupa apa yang dah jadi. I dah dewasa

70

Arasharrina

dan dah faham benar apa yang sedang I alami sekarang ni. Tidak membimbangkan dan boleh dikawal? Its all rubbish!!! You tahu ini petanda yang tak baik! Petanda yang jangka hayat I dah tak lama, kan? Encik Haikal. Kea cuba lagi untuk memujuk, tetapi Haikal terlebih dahulu bangun meninggalkannya. Kea tergamam. Aku dah salah cakap ke? Kea menggaru kepalanya yang tidak gatal. Errr nak kejar ke tak? Nak ke tak? Diperhatikan Haikal yang sudah semakin jauh meninggalkannya. Haishhh!!! Kejarlah. Kea berlari mendapatkan Haikal. Sayup-sayup kedengaran Kea menjerit memanggil nama Haikal. Lupa sebentar yang dia masih lagi di hospital dan masih lagi lengkap beruniform. Hmmm... memang tak macam doktor langsung lagaknya! Encik Haikalll!!!

71

No. ISBN:- 978-967-0448-01-5 Jumlah muka surat:- 784 Harga Runcit:- S/M: RM27, S/S: RM30 Harga Ahli:- S/M: RM23, S/S: RM26 Sinopsis:Terima kasih sebab jaga abang dengan baik. Terima kasih juga sebab abang izinkan Kea untuk jaga abang. Terima kasih sebab jadi isteri yang terbaik untuk abang. Terima kasih juga sebab jadi suami yang terbaik untuk Kea. Terima kasih untuk malam tadi. Erk! Tiba-tiba Kea jadi tak tentu arah. Maluuu! I love you. Sekali lagi kata-kata keramat itu keluar dari mulut Haikal. Kea senyum sendiri. Dipandangnya wajah Haikal

dan kemudian mereka sama-sama tertawa. Benar kata orang, berdua biasanya lebih baik daripada seorang diri. Kea dan Haikal merupakan pelengkap di antara satu sama lain. Kea datang sebagai pelangi bagi menggantikan hujan Haikal, manakala Haikal pula datang sebagai ombak untuk menghilangkan pantai kesunyian Kea. Namun, dugaan tiba untuk menguji keutuhan mahligai syurga yang sedang mereka bina. Dugaan yang tidak pernah mereka sangka! Haikal menghidap kanser otak. Doktor Yusoff. Aku tak akan biarkan mereka bergembira di atas penderitaan aku! Zarif Zaquan. Tetapi bagi Kea, dia bukan hidup untuk menyerah kepada takdir semata-mata. Jika I diberi peluang untuk bertanyakan sesuatu kepada Yang Maha Pencipta mengenai you, ianya adalah, adakah you ditakdirkan untuk I?. Jika Dia berkata ya, I akan mencintai you dengan sepenuh hati I. Tapi jika Dia berkata tidak, I akan terus mencintai you sehingga Dia setuju untuk menyatukan kita berdua.- Kea Alyissa. Adakah Yang Maha Pencipta akan menjawab YA kepada soalan Kea? Mampukah Kea dan Haikal hidup bahagia hingga ke syurga? Kun fayakun. Semua boleh berlaku dengan izin-Nya.

Kesungguhanmu menawanku. Cinta itu adalah medan perjuangan untuk mereka yang sanggup berjuang! Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan KEA di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196

Anda mungkin juga menyukai