Anda di halaman 1dari 12

BADMINTON Badminton adalah permainan gelanggang yang boleh dimainkan sama ada di dalam atau di luar dewan.

Badminton boleh dimainkan oleh lelaki mahupun perempuan secara individu, beregu atau beregu campuran. Terdapat tiga kategori dalam permainan badminton, iaitu acara perseorangan lelaki atau perempuan, beregu lelaki atau perempuan dan beregu campuran.

KEMAHIRAN ASAS BADMINTON A. Kemahiran Memegang Raket Terdapat dua teknik memegang raket iaitu teknik pegang depan dan pegang kilas.

Keempat-empat jari dengan keempatMenggenggam raket memegang raket, manakala ibumanakala ibu jari di empat jari, jari hanya diletakkan pada bahagian pemegang raket yang bahagian atas. Teknik pegang kilas Teknik pegang depan rata.

B. Kemahiran Servis Kemahiran servis digunakan untuk memulakan permainan. Terdapat beberapa jenis kemahiran servis. Antaranya ialah servis tinggi, servis rendah dan servis kilas. a. Servis Tinggi Servis tinggi yang baik adalah apabila bulu tangkis jatuh hampir ke garisan belakang gelanggang pihak lawan.

Berdiri dalam petak servis. Pegang raket dengan teknik pegang depan. Berat badan di kaki belakang. Sebelah tangan memegang bulu tangkis paras pinggang.

Ayun tangan ke hadapan sambil lepaskan bulu tangkis. Kontak bulu tangkis di bahagian muka raket. Pindahkan berat badan ke kaki hadapan. Ikut lajak. b. Servis Rendah Servis rendah selalu digunakan dalam permainan beregu. Pergerakan bulu tangkis yang rendah dan hampir terkena jaring menyukarkan pihak lawan untuk melakukan serangan.

Berdiri di dalam petak servis. Pegang raket dengan teknik pegang depan. Pegang bulu tangkis separas pinggang. Ayun raket ke belakang sambil siku fleksi. Mata kea rah bulu tangkis. Kunci pergelangan tangan. Bulu tangkis dilepaskan ke bawah sedikit dari paras pinggang. Kontak bulu tangkis pada tengah raket. Ikut lajak selari dengan pergerakan bulu tangkis. c. Servis Kilas

Servis kilas digunakan dalam permainan beregu dan juga perseorangan.

Berdiri dalam petak servis. Pegang raket mengikut teknik pegang kilas. Bulu tangkis dipegang separas pinggang dan hampir ke bahagian muka raket. Berat badan berada di kaki hadapan. Lakukan pukulan dengan pergerakan kilasan pergelangan tangan. Kontak bulu tangkis pada bahagian tengah muka raket. Ikut lajak. Peraturan melakukan servis: 1. Pemain dalam keadaan tenang dan sedia. 2. Kedudukan kaki hendaklah sejarak bahu, manakala berat badan adalah pada kaki. 3. Lutut dibengkokkan dengan sebelah kaki ke depan sedikit. 4. Perhatikan kedudukan lawan dan pada masa yang sama perhatikan juga pada bulu tangkis yang anda pegang. 5. Lakukan servis dengan yakin dan jangan tergopoh-gopoh. 6. Bersedia dengan mengawal setiap bahagian gelanggang. Servis dikira batal dalam keadaan seperti berikut: 1. Kaki pembuat barisan servis memijak mana-mana garisan gelanggang. 2. Pemain mengangkat kaki semasa membuat servis 3. Memberhentikan pergerakan dalam membuat servis dengan tujuan memerangkap lawan.

4. Memukul buku tangkis melepasi pinggang.


5. Raket melepasi jaring semasa membuat pukulan.

Cara membuat servis 1. Kedudukan badan dan kaki: Berdiri dengan kaki kiri ke depan sedikit.
Kedua-dua kaki pada sudut 45o ke garis dengan bahu kiri ke depan jaring.

Lutut dibengkokkan sedikit. Berat badan adalah sama pada kedua-dua kaki.

2. Memegang raket Pegang raket mengikut keselesaan sendiri. Dalam pegangan depan, ibu jari pada sebelah depan raket. C. Kemahiran Pukulan Terdapat pelbagai pukulan dalam permainan badminton yang harus dikuasai oleh seseorang pemain supaya pukulan daripada pihak lawan dapat dibalas semula. Pemain harus mempelbagaikan jenis pukulan bagi mengelirukan pihak lawan. Antara jenis pukulan ialah pukulan hadapan, kilas dan lob. a. Pukulan Hadapan Pukulan hadapan digunakan untuk menyerang pihak lawan. Pukulan buku tangkis laju dan deras.

Pegang raket mengikut teknik pegang depan. Bawa raket ke belakang dengan siku refleksi. Pergerakan pergelangan tangan dikunci. Ayun raket ke hadapan dan kontak bulu tangkis separas dengan ketinggian jaring. Ikut lajak. b. Pukulan Kilas Pukulan kilas digunakan untuk bertahan. Kadang-kadang digunakan untuk mematikan bulu tangkis melalui smesy kilas.

Pada kedudukan sedia. Pegang raket mengikut teknik pegang kilas. Kilas pinggang sambil siku fleksi menyilang dada. Ayun raket ke hadapan dan kontak bulu tangkis pada paras bahu. Ikut lajak.

c. Pukulan Lob Pukulan lob digunakan untuk bertahan serta menyukarkan pihak lawan melakukan serangan. Pukulan ini dapat memberi masa dan kesempatan pemain kembali ke posisi bersedia.

Pada kedudukan seida. Pegang raket dengan teknik pegang depan. Bawa raket ke belakang atas kepala. Siku refleksi sambil kepala didongakkan. Bawa raket ke hadapan atas kepala dengan siku refleksi. Kontak bulu tangkis semasa ia berada di atas kepala. Ikut lajak. D. Kemahiran Smesy Smesy adalah pukulan junam dengan tujuan mematikan permainan pihak lawan. Lompatan dilakukan untuk menambah daya bagi menghasilkan kelajuan bulu tangkis. Teknik melakukan smesy ialah:

Pada kedudukan sedia. Pegang raket mengikut teknik pegang depan. Raket diayunkan ke belakang kepala, siku refleksi. Kedudukan badan di belakang bulu tangkis. Kontak bulu tangkis semasa bulu tangkis berada di atas depan kepala, setinggi yang boleh dicapai. Ikut lajak. E. Kemahiran Gerak Kaki. Pemain berada di posisi untuk melakukan pukulan balas. Kebanyakan gerak kaki adalah terarah ke sisi atau bergerak ke hadapan ataupun ke belakang dengan langkah-langkah yang berbeza. Asas pergerakan kaki adalah mengikut nombor-nombor seperti ditunjukkan pada Rajah 2.1.

Rajah 2.1 Asas pergerakan kaki di gelanggang.

a. Asas Pergerakan Kaki Pergerakan kaki kepada semua penjuru gelanggang untuk kembali ke fasa persediaan (no.5). b. Gerak Kaki Ke Belakang (no. 7, 8 dan 9) Pada kedudukan sedia (no.5) Kaki kanan bergerak atau undur dahulu ke belakang. Diikuti dengan kaki kiri. Kedua-dua kaki refleksi. Kaki kanan bergerak selangkah ke belakang dan lakukan pukulan.

c. Bergerak ke hadapan (no. 1, 2 dan 3) Pada kedudukan sedia (no.5) Gerak kaki ke hadapan. Kaki kanan bergerak ke hadapan, diikuti kaki kiri. Kedua-dua kaki fleksi. Kaki kanan bergerak menjangkau jauh ke sisi kanan. Diikuti kaki kiri dengan langkah yang pendek. Kaki kanan fleksi dan kaki kiri hampir lurus. Selepas melakukan pukulan, undur semula pada kedudukan sedia.

d. Bergerak ke sisi (no. 4 dan 6)

Pada kedudukan sedia (no.5) Bergerak ke kanan, kaki kanan fleksi, kaki kiri ekstensi.
Lakukan pukulan dna balik semula pada kedudukan sedia.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN a. Ciri-ciri Peralatan Peralatan Raket badminton Bulu tangkis Jaring badminton

Bulu Tangkis Terdapat dua jenis bulu tangkis yang selalu dugunakan iaitu yang diperbuat daripada bulu angsa dan juga jenis plastik. Raket Raket adalah peralatan yang digunakan untuk memukul bulu tangkis. Diperbuat daripada kayu, besi atau gentian karbon.

Berat raket adalah antara 99.2g 141.1g. Gelanggang Berbentuk segi empat tepat. 13.40m panjang dan 6.10m lebar untuk acara beregu. Bagi acara perseorangan panjang gelanggang ialah 13.4m dan lebar 5.18m. Tinggi tiang badminton ialah 1.55m

Tinggi jaringnya ialah 1.54m dari aras lantai dan lebar jaring ialah 0.76m. b. Membuat Undian Undian dilakukan sebelum memulakan perlawanan bagi menentukan pihak yang memenangi undian membuat pilihan sama ada untuk: Membuat servis mula.

Memilih gelanggang.

c. Pertukaran Petak Gelanggang Pemain-pemain hendaklah menukar petak gelanggang: Pada akhir permainan set pertama. Sebelum permulaan permainan set ketiga (jika ada). Dalam permainan ketiga: i. ii. Mata ke-6 dalam permainan 11 mata atau; Mata ke-8 dalam permainan 15 mata.

d. Kiraan Mata Acara Mata Permainan Perseorangan Lelaki Perseorangan Perempuan Beregu Lelaki Beregu Perempuan Beregu Campuran 15 11 15 15 15 Mata Dius 14 - 14 10 - 10 14 - 14 14 - 14 14 - 14 Tambahan Mata 3 3 3 3 3 Mata Permainan Dius 17 13 17 17 17

UKURAN GELANGGANG DAN PERALATAN BADMINTON

Anda mungkin juga menyukai