Anda di halaman 1dari 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU LEMBAH PANTAI, 59990, KUALA LUMPUR __________________________________________________________________________________

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH AMBILAN FEBRUARI 2012 SESI JANUARI MEI 2012

LITERASI NOMBOR ( WAJ 3105 )


NAMA WAHIDA BINTI SUKERMAN ( 019 3029742 ) NORAZIATUL SHIMA BINTI MOHD BADRIN ( 012 2649325 ) NO IC 831007-01-6548 821013-08-5022 TAJUK TUGASAN PENGUKURAN ( BROSUR ) RUANG ( TESELASI 2 D )

KUMPULAN/ AMBILAN TARIKH SERAHAN

PRASEKOLAH ( A ) FEBRUARI 2012 14 APRIL 2012 SUBJEK PENSYARAH

LITERASI NOMBOR ( WAJ 3105) PUAN NOR AFIZAH BINTI MOHD NOOR

LITERASI NOMBOR ( WAJ 3105 )

PENGHARGAAN

Pertama sekali kami ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana melalui pengajian PPG ini kami berpeluang untuk belajar dengan lebih mendalam lagi mengenai Literasi Nombor dalam menempuh pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang akan kami tempuhi empat tahun nanti.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah kami iaitu Puan Nor Afizah Bt Mohd Noor kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada kami ketika menjalankan tugasan kerja kursus ini. Tunjuk ajar beliau amat kami hargai kerana pertolongan yang beliau telah hulurkan sungguh bermakna dalam membantu kami menyiapkan tugasan ini.Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada suami serta ibu bapa kami kerana telah memberi semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu dan memberi komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan kami berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Sekian ,Terima kasih.

Page 2

LITERASI NOMBOR ( WAJ 3105 )

ISI KANDUNGAN ______________________________________________________________________

Penghargaan 2 Isi kandungan3 Pendahuluan ( Tugasan 1 ).... Definisi ( Isi ). Laporan (Bahan yang memudaratkan dalam makanan ). Penilaian terhadap kandungan bahan-bahan. Cadangan ( Resepi alternatif ) Pendahuluan ( tugasan 2 ) Jenis- jenis teselasi Contoh-contoh corak hasil transformasi Langkah-langkah penghasilan teselasi 2D Refleksi. Bibliografi . Borang markah.. Lampiran:borang rekod kolaborasi kerja kursus............................. Lampiran : bahan/artikel/jurnal dsb.....

Page 3

LITERASI NOMBOR ( WAJ 3105 )

PENDAHULUAN ( TUGASAN 1 )
Makanan proses ataupun makanan segera seringkali menjadi santapan setiap orang saban waktu. Ini kerana penyediaan dan keboleh dapatannya sungguh mudah dan ringkas sesuai dengan kamus hidup kita yang sibuk dengan pelbagai kerja harian. Namun kita sendiri tidak sedar sejauh mana ia akan menyumbang kebaikan kepada kesihatan kita. Kajian juga menunjukkan rakyat negara ini biasanya tidak mengambil makanan yang seimbang kerana ja d u a l ke r ja d a n ga ya h id u p ya n g s ib u k se b a l ikn ya le b ih ge m a r m e m e sa n m a ka n a n ya n g su d a h sia p tersedia sama ada yang dibungkus atau yang ditinkan dan tanpa disedari ia mendedahkan kepada pelbagai penyakit. Lazimnya makanan segera lebih enak berbanding dengan makanan yang berkhasiat dan kerana itulah pengguna lebih berselera untuk menikmati makanan segera. Kewujudan produk makanan yang pelbagai juga mendorong pengguna lebih gemar memilih makanan segera. Mereka boleh memilih menu makanan yang disukai tanpa berusaha untuk menyediakannya. Untuk mengatasi masalah ini, ibu bapa se h a ru sn ya p e n e ra ju u t a m a d a la m m e n d id i k a n a k -a n a k m e n ge n a i ke b u ru k a n m a ka n a n se ge ra d a n bukannya sibuk atau malas sebagai

alasan. Selain itu, iklan makanan segera yang lebih interaktif dan positif turut diwarwarkan kepada pengguna. Budaya membaca komposisi nutrien pada setiap produk perlu digalakkan supaya pengguna dapat menilai makanan segera berkhasiat ataupun sebaliknya. Kesibukan pengguna terutamanya masyarakat bandar kini t e l a h m e n d o r o n g p e m i l i h a n makanan segera yang lebih mudah disediakan. Pengguna lebih gemar membeli makanan yang t e la h sia p t e rse d ia ke ra n a s e t e la h ke p e n a t a n p u la n g d a r i b e ke r j a m e re ka t id a k p e r lu la g i menyiapkan makanan. Dengan adanya restoran makanan segera seperti Baskin Robbins, MC D o n a l d , Kentucky Fried Chicken (KFC), Pizza Hut, jajan, coklat dan
Page 4

LITERASI NOMBOR ( WAJ 3105 )

sebagainya

i a memudahkan mereka untuk memilih pelbagai makanan.

Selain itu, makanan yang ditin dan dipekkan juga menjadi sajian harian kerana mereka hanya perlu memanaskan sahaja. Hal ini m e n ye b a b ka n p e n g gu n a t id a k m e m p e rd u l i ka n la gi makanan ya n g se i m b a n g a sa lka n ia

menjimatkan masa dalam penyediaannya. Selain menyebabkan itu, rasa makanan ketagih segera yang lazat juga

pengguna

u n t u k menikmatinya

terutama

golongan kanak-kanak dan remaja. Perasa tambahan dan pewarna tiruan digunakan untuk menyedapkan lagi sesuatu produk makanan tersebut. Makanan segera merupakan makanan yang mengandungi kurang khasiat pemakanan. Ia juga memberi kesan yang kurang baik kepada kesihatan. Jika ia dijadikan hidangan yang hanya dinikmati sekali sekala, makanan tersebut kurang memudaratkan. Tetapi apa yang dikhuatiri jika makanan segera diambil secara kerap, ia bakal menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan. Tanpa kita sedari, ia akan mendedahkan kepada kita dengan pelbagai penyakit. Antaranya kerosakan gigi, penyakit kencing manis, sembelit, obesiti', tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung dan juga kanser usus. Bebanan kerja dan kekangan waktu mendorong sebilangan orang menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Lagipun ia cukup mudah diperolehi. Ini kerana beberapa unsur yang menggalakkan perkembangannya seperti perkhidmatan segera yang ditawarkan, tempat yang menyenangkan, persekitaran yang bersih dan nyaman serta harga yang berpatutan membentuk ciri- ciri restoran makanan segera yang menjadi pilihan orang ramai masa kini. Bagi makanan dalam tin pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Jika tiada masa, ia mudah dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Tetapi kandungan lemak tepu, garam dan kalori dalam makanan segera kegemaran ramai adalah tinggi berbanding kandungan vitamin A dan vitamin C atau kalsium yang rendah.

Page 5

LITERASI NOMBOR ( WAJ 3105 )

Ibu moden zaman ini sering membeli makanan segera untuk anak-anak mereka kerana ia digemari kanak-kanak serta mudah mendapatkannya.Justeru pengambilan makanan secara kerap boleh menyebabkan kekurangan mikronutrien antaranya iodin, vitamin A, zink dan zat besi yang kekurangannya boleh mengakibatkan anemia di kalangan kanak-kanak prasekolah. Justeru, penting bagi kita meneliti maklumat pemakanan mengenai makanan segera sebelum mengambilnya kerana ia membantu kita membuat pilihan. Kita juga diingatkan jangan mudah terpedaya dengan isi kandung hidangan yang ditawarkan semata-mata kerana nilai perbezaan harga hanyalah RM1. Ini bermakna, jika hidangan yang diambil lebih besar bermakna kita cenderung mengambil lebih tinggi kalori, lemak, kolesterol dan garam. Kita juga perlu memikirkan apakah tubuh kita berupaya membakar kalori berlebihan yang diambil. Ini kerana, kita perlu menyeimbangi kalori yang diambil dengan kalori yang digunakan oleh tubuh badan kita bagi menjamin Sebagai kesimpulannya, sekali lagi ditegaskan bahawa makanan segera mempunyai kesan buruk kepada kesihatan jika kita tidak bijak memilihnya dan mengambilnya secara berlebihan atau kerap. Walaupun makanan segera adalah lebih lazat, tetapi kandungan yang tersembunyi di dalamnya cukup untuk mengundang kepada penyakit yang tidak diingini jika kita mengambilnya secara keterlaluan. Oleh itu, kita perlu mengamalkan pendekatan yang dianjurkan oleh Islam yang menggalakkan bersederhana (wasatiah) walaupun dalam bab pemakanan. Ini kerana, terlalu banyak mengambil makanan yang melebihi keperluan kita juga boleh menyebabkan masalah kesihatan dan kurang mengambil makanan juga menampilkan kesan yang buruk. Justeru, kita sebagai pengguna sepatutnya mampu serta bijak dalam memilih makanan yang terbaik untuk diri kita serta mengutamakan sumber halal agar kesihatan rohani kita juga terjamin.

Page 6

LITERASI NOMBOR ( WAJ 3105 )

Laporan ( Bahan yang memudaratkan dalam makanan yang di kaji )

Ayam goreng: Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperolehi dari lemak). Banyak garam. Ia membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Page 7

LITERASI NOMBOR ( WAJ 3105 )

PENDAHULUAN ( TUGASAN 2 )
Apa itu teselasi dalam Geometri? Kata teselasi berasal dari kata bahasa Inggeris. Namun menurut Forum Matematik, kata tessellate berasal dari bahasa Yunani, Tesseres yang dalam bahasa Inggeris ertinya adalah empat. Kita dapat melihat bentuk teselasi 2d pada batik, desain motif, atau juga gambar pengubinan matematik dengan menggunakan kertas berpetak. Teselasi bermakna penyusunan berulang sebuah model untuk memenuhi sebuah bidang.Dalam matematik, kita mengenalnya sebagai pengubinan. Hal ini dilakukan untuk menghias motif lantai, batik, ataupun langit-langit. Pengertian corak yang mencakupi permukaan satah dengan memasang bersama - sama dari bentuk asas yang sama yang telah diciptakan oleh bentuk. Definisi teselasi terhasil daripada beberapa bentuk yang disusun tanpa jurang atau pertindihan secara berulang meliputi satah atau satu permukaan.Atau dengan pengertian lain teselasi ialah jubin. Berdasarkan kamus teselasi ertinya membentuk atau mengatur satu dataran kecil dalam pola imej berkotak-kotak atau mozek.Perkataan teselasi berasal dari perkataan Greek.Dalam Bahasa Inggeris bermaksud Tilings pertama telah dibuat daripada jubin persegi. Contoh-contoh susunan dari corak heksagonal mudah seperti sarang madu lebah atau lantai seramik. Teselasi dengan poligon ialah suatu keadaan di mana penyusunan bentuk bentuk poligon tanpa ada pertindihan rajah di atasnya dan ada jurang yang berlaku di antaranya untuk menutup sesuatu ruang. Contohnya seperti lantai dan siling rumah. Sebuah teselasi ( atau jubin ) adalah suatu susunan bentuk tertutup berpadanan bersama-sama untuk menutup permukaan satah tanpa pertindihan dan tanpa meninggalkan jurang. Teselasi-teselasi ada di mana-mana di alam ini seperti sarang lebah dan objek buatan manusia seperti selimut. M.C Eschar, seorang seniman dan ahli matematik, telah menjadi terkenal kerana teselasi yang mengagumkan . empat.

Page 8

LITERASI NOMBOR ( WAJ 3105 )

Jenis-jenis teselasi
a) Teselasi sekata
Teselasi sekata merupakan sepenuhnya dari polygon sekata kongruen. Semua pertemuan bucu bertemu bucu.Hanya terdapat tiga teselasi sekata yang menggunakan segitiga sama sisi, segi empat tepat dan segi enam. Berikut yang menggunakan segi tiga dan segi enam.

b) Teselasi separuh sekata


Teselasi separuh sekata dicipta dengan dua atau lebih jenis poligon sekata yang dipasangkan bersama sama sedemikian rupa supaya poligon yang sama dalam susunan kitaran yang sama mengelilingi setiap bucu. Terdapat lapan teselasi separa sekata yang merangkumi pelbagai kombinasi segi tiga sama sisi, segi empat sama sisi, segi enam, oktagon dan dodekagon.

Page 9

LITERASI NOMBOR ( WAJ 3105 )

c) Teselasi tidak sekata.

Teselasi tidak sekata adalah di mana tidak ada halangan dalam susunan poligon di sekelilingnya. Terdapat nombor infiniti di dalam teselasi. Dengan mengambil kira definisi di atas akan membuat kita faham seadanya yang kebanyakan corak yang diperbuat daripada satu atau lebih polyiamond adalah bukan teselasi kerana komponen polyiamond adalah bukan polygon sekata. Coraknya mungkin lebih tepat dipanggil mozek atau corak jubin.

Teselasi sekata dalam matematik adalah mungkin, tetapi dengan moniamond, segitiga tetriamond dan juga sisi enam hexiamond. Teselasi separuh sekata adalah mungkin kombinasi moniamond dan sisi enam hexiamond. Namun, saya akan aplikasikan sebutan teselasi untuk menerangkan corak yang diperoleh daripada susunan salah satu atau lebih polyiamond untuk menutupi satah tanpa ada persilangan atau pertindihan.

Page 10

LITERASI NOMBOR ( WAJ 3105 )

Definisi dan penerangan berikut merujuk kepada teselasi polyiamond. Contoh adalah terhad , dengan sedikit pengecualian kepada teselasi polyiamond individu. Teselasi boleh direka dengan mempersembahkan satu atau lebih operasi asas, transisi, putaran dan pantulan pada polyiamond ( rujuk rajah)

Translasi- menggerakkan polyiamond di sepanjang satah. Operasi translasi boleh diaplikasikan kepada semua polyiamond. Putaran- putar polyiamond di atas satah. Operasi putaran boleh diaplikasikan kepada semua polyiamond yang mana tidak mempunyai simetri bulat, contohnya hexiamond sisi enam, yang mana tidak berubah. Pantulan- memantulkan polyiamond di atas satah, seperti yang terdapat pada cermin. Operasi pantulan adalah terhad kepada polyiamond yang enantiomorphic. Polyiamond enantiomorphic adalah yang mana tidak boleh ditumpangkan pada pantulannya, ianya adalah imej cermin. Dinyatakan klasifikasi teselasi polyiamond berikut berdasarkan operasi yang digunakan pada polyiamond yang telah diteselasikan. Satu atau lebih polyiamond boleh digabungkan untuk membentuk rajah yang boleh menteselasikan satah menggunakan hanya operasi translasi.. Rajah ini akan dipanggil unit sel. Teselasi boleh diklasifikasikan dengan lebih mendalam mengikut bagaimana unit sel mengandungi satu atau lebih polyiamond yang disusun.. Jika unit sel disusun seperti corak sekata yang berulang-ulang atau corak rambang , teselasi disebut
Page 11

LITERASI NOMBOR ( WAJ 3105 )

periodic. Jika susunan menghasilkan corak yang tidak sekata atau rambang , teselasi disebut aperiodic. Susunan lain yang menghasilkan teselasi dengan pusat simetri bulat adalah disebut radial seperti teselasi , dengan pengecualian kes-kes istimewa , adalah kompleks dan akan meliputi dua per tiga atau enam unit sel yang salah satunya mengandungi nombor polyiamond yang tidak terbatas. Kesemua teselasi yang sekata termasuk dalam tujuh belas set simetri yang berlainan kumpulan yang mana menguras semua cara yang coraknya boleh diulang tanpa had dalam dua dimensi. Kita sepatutnya sedar bahawa susunan ganjil polyiamonds tidak boleh menjadi teselasi mudah. Operasi putaran dan pantulan mesti digunakan untuk menyediakan keseimbangan unit sel untuk teselasi.

d) Teselasi ringkas.
Teselasi ringkas yang mana hanya operasi translasi digunakan.

e) Teselasi kompleks.
Teselasi kompleks yang mana menggunakan satu atau lebih putaran dan pantulan yang digunakan bersama-sama translasi.

Page 12

LITERASI NOMBOR ( WAJ 3105 )

Contoh-contoh corak hasil transformasi yang terdapat di sekeliling. 1. Sapu tangan 2. Tikar getah

3. Rumah

4. Baju batik

5. Bola

6. Laluan pejalan kaki

Page 13

LITERASI NOMBOR ( WAJ 3105 )

7. Selimut

8. Batik

9. Pintu

10. Beg tangan

11. Bumbung

12. Kain batik

Page 14

LITERASI NOMBOR ( WAJ 3105 )

Langkah-langkah penghasilan corak teselasi 2-D tersebut.

Saya telah menggunakan tiga bentuk iaitu empat segi sama , heksagon dan segi tiga sama sisi serta tiga jenis transformasi iaitu pembesaran, putaran dan translasi dalam proses membentuk rekaan teselasi. Pertama sekali ,saya melukis satu garis lurus dan memilih satu titik sebagai pusat. Seterusnya saya menggunakan putaran 90 darjah untuk membentuk satu empat segi sama yang sempurna.Kemudian , dengan menggunakan operasi pembesaran, saya mengecilkan segi empat sama tersebut dengan menggunakan faktor pembesaran satu per dua berpandukan titik tengah iaitu pusat bagi segi empat sama tersebut yang juga disebut sebagai objek. Seterusnya ,saya membina sebuah heksagon sekata yang sisinya adalah 3 cm. Heksagon tersebut dilukis dengan menggunakan setiap sisi segi empat sama tadi sebagai asasnya. Kemudian lukis lagi tiga garisan lurus yang menghubungkan setiap bucu yang bertentangan pada heksagon tersebut untuk membentuk enam segitiga sama sisi. Seterusnya ,saya menggunakan operasi putaran ke atas segi empat sama tersebut dengan berpandukan pusat heksagon sebagai pusat putaran. Langkah seterusnya saya menggunakan operasi translasi ke atas bentuk heksagon bagi membentuk tiga lagi imej heksagon.

Page 15

LITERASI NOMBOR ( WAJ 3105 )

Refleksi
Kursus Literasi Nombor ( WAJ3105 ) telah memberi beberapa ilmu-ilmu serta pengetahuan baru yang berguna kepada pelajar-pelajar Program Pensiswazahan Guru. Tugasan kerja kursus pendek bagi subjek Literasi Nombor ini terbahagi kepada dua tugasan yang berkaitan dengan topik-topik pembelajaran.Tugasan pertama adalah berkaitan dengan topik pengukuran.Kami diminta untuk mereka satu brosur atau risalah tentang

penggunaan bahan memudaratkan dalam makanan seperti pewarna tiruan, perasa tiruan, perisa makanan, pengawet atau kandungan lemak yang berlebihan dalam

sejenis makanan yang dipilih serta menyatakan kandungan bahan-bahan yang terdapat dalam makanan tersebut. Tugasan tersebut dijalankan dengan membuat kutipan data dari sumber kehidupan sebenar sebagai asas kajian. Dalam brosur itu, dimuatkan satu resepi sihat tetapi mudah bagi menggantikan produk makanan yang telah dinyatakan. Tugasan tersebut dikumpul dan kemudian dibincangkan untuk mendapatkan

penyelesaian yang sesuai bagi mengatasinya. Fakta-fakta yang berkaitan dengan topik dan contoh diperolehi melalui pencarian di dalam Internet.. Tugasan kedua pula berkaitan dengan makna ruang. Satu rekaan geometri teselasi (tessellation geometric design) 2-D telah dihasilkan. Penghasilan rekaan geometri tersebut memerlukan idea dan pelan rekaan yang sesuai untuk memberi gambaran mengenai maksud ruang. Idea tersebut telah dikumpul melalui pencarian di dalam Internet dan buku-buku berkaitan. Rekaan tersebut kemudian dilukis di atas kertas bersaiz A4 dan diwarnakan mengikut kesesuaian bentuk dan corak. Hasil lukisan rekaan akhirnya di laminate bagi memberi kekemasan. Kesimpulannya, Kursus Literasi Nombor (WAJ3105) dan tugasan-tugasan yang diberikan adalah berguna dan bermanfaat bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG). Ia mengandungi pengetahuan-pengetahuan yang penting dan boleh diaplikasikan dalam pengajaran kepada murid-murid sekolah rendah. Selain itu, tugasan-tugasan yang diberikan banyak mengajar pelajar program ini untuk berfikir secara sistematik, kritis, dan kreatif. Secara keseluruhannya, kursus ini berkesan dan bersesuaian dengan Program Pensiswazahan Guru (PPG).

Page 16

LITERASI NOMBOR ( WAJ 3105 )

Page 17