Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Alhamdulillah,dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya siapkan tugasan untuk matapelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah bagi matapelajaran TITAS kelas saya iaitu Dr. Mohd Hairudin Bin Amin yang telah banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang proses saya menyiapkan tugasan ini agar menepati segala kehendak yang diperlukan. Kumpulan saya telah ditugaskan untuk membuat tugasan berkaitan dengan tokoh Islam yang bernama Al- Baitar iaitu seorang tokoh dalam bidang botani. Pada mulanya, saya dan kumpulan saya menghadapi banyak masalah dalam mencari maklumat berkaitan dengan tokoh ini kerana sumber yang terhad. Hasil bimbingan daripada pensyarah, saya dan kumpulan saya telah dapat mempelbagaikan sumber kami dan mencari maklumat berkaitan dengan Al-Baitar. Ekoran daripada kekurangan buku mengenai Al-Baitar di pusat sumber IPTHO, saya dan kumpulan saya telah mengambil alternatif untuk mencari buku tersebut di pusat sumber Universiti Tun Hussein Onn. Di sana, kami telah menjumpai buku yang menceritakan sedikit sebanyak mengenai Al- Baitar. Setelah selesai mencari maklumat berkaitan dengan tokoh, saya dan kumpulan saya menghadapi satu lagi masalah besar iaitu dalam proses mencari buku yang ditulis oleh Al- Baitar. Puas kami mencarinya di pusat sumber IPTHO dan UTHM, namun demikian usaha kami tidak membuahkan hasil. Setelah itu, saya dan kumpulan saya telah berbincang mengenai masalah tersebut dengan pensyarah. Atas persetujuan pensyarah, saya dan kumpulan saya diarahkan untuk mencari buku yang ditulis oleh Keris Mas. Seelah menjumpai buku yang dikehendaki, saya dan kumpulan saya menjalankan analisis mengenai buku tersebut mengikut setiap tajuk yang ada di dalam buku tersebut. Melalui tugasan ini, banyak kemahiran baru yang telah saya pelajari. Jika sebelum ini saya kurang mengenali tokoh Islam, ianya berubah setelah saya

menyiapkan tugasan ini. Banyak maklumat penting berkaitan dengan tokoh Islam yang telah saya pelajari. Sebagai contoh, saya telah mempelajari betapa tekun dan gigihnya Al- Baitar dalam usahanya mengkaji dalam bidang botani dengan mengumpul seluruh tumbuhan di sekitar Sepanyol dan meneruskan pengembaraannya sehingga ke benua Asia. Selain itu, saya juga telah mempelajari kaedah yang betul semasa menjalankan proses mencari maklumat berkaitan dengan tugasan. Saya telah belajar bagaimana cara untuk mempelbagaikan sumber maklumat dengan tidak hanya merujuk internet semata-mata, malah perlu mengkaji buku dan kitab-kitab lama. Selain itu, nilai kerjasama antara ahli kumpulan telah dapat kami pupuk sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Jika tiada nilai kerjasama, mustahil saya dan ahli kumpulan saya dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan.