Anda di halaman 1dari 22

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK PENGANTAR PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR NO K.P KUMPULAN/UNIT NAMA PENSYARAH TARIHK SERAHAN

: : : : :

SITI HAZIQA BTE AHMAD 920908-01-6304 PENGAJIAN AGAMA 2 / SEMESTER 2 PPISMP PN. FAZIAH BT HASHIM @ AHMAD 5 OGOS 2011

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan kerja kursus pendek Pengantar Pendidikan ini. Dalam tugasan ini, ia telah menuntut saya supaya menjelaskan mengenai Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Guru dan juga Model Konseptual Pendidikan Guru dalam sistem pendidikan negara kita. Ia juga menjelaskan mengenai akauntabiliti sebagai seorang guru dan juga implikasinya terhadap kerjaya guru. Seterusnya, saya ingin merakamkan sejuta penghargaan terima kasih kepada Puan Faziah Bte Hashim, pensyarah akademik Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn kerana telah memberi segala tunjuk ajar dan ilmu kepada saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini berlangsung. Beliau telah bertungkus-lumus untuk memastikan kami dapat menyiapkan kerja kursus pendek ini dalam masa yang telah ditetapkan. Akhir kata, saya ingin menyatakan penghargaan kepada ibu saya yang telah menyumbang bantuan kepada saya dari segi sokongan moral dan kewangan untuk memastikan saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan saya yang telah sedikit sebanyak telah membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Jasa kamu semua tidak akan dapat saya lupakan.

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN 1.0 2.0 3.0 4.0 PENDAHULUAN DEFINISI KONSEP LITERATURE REVIEW AKAUNTABILITI GURU DALAM MEREALISASIKAN TIGA DIMENSI 5.0 IMPLIKASI MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU TERHADAP GURU 6.0 RUMUSAN

M/S i ii iii

BIBLIOGRAFI REFLEKSI LAMPIRAN

PENDAHULUAN Pendidikan merupakan suatu cara untuk mengembangkan keterampilan, kebiasaan dan sifat-sifat yang berpotensi untuk menjadikan seseorang itu menjadi seorang individu yang berguna untuk masyarakat mahupun negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha dalam membangunkan generasi anak bangsa yang akan menaikkan nama negara pada masa akan datang. Dalam menangani segala cabaran pada era globalisasi ini, sistem pendidikan negara juga memerlukan pelbagai usaha yang dapat meningkatkan keupayaan dan praktikalnya ke tahap yang lebih tinggi dan cemerlang. Pendidikan menurut Islam pula adalah satu proses untuk merubah, melatih, dan mendidik akal, jasmani dan rohani manusia dengan berasaskan nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi melahirkan insan yang bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah Taala untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan di akhirat. Ilmu dalam perspekktif Islam bukan sahaja mempelajari soal keagamaan malah ia juga melibatkan pengetahuan umum. Orang Islam dibekalkan ilmu bagi keseimbangan di dunia dan di akhirat. Selain itu, falsafah juga boleh dikatakan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Usaha kajian ahli falsafah telah menghasilkan pelbagai bentuk pemikiran atau pandangan dengan cara saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ini adalah untuk mencari bukti kebenaran dan memberi panduan mengenai perkara-perkara mustahak di dalam kehidupan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan falsafah pendidikan yang dijadikan panduan bagi semua bentuk aktiviti berunsur pendidikan di Malaysia. Melalui falsafah pendidikan ini, Malaysia mampu melonjakkan diri ke hadapan dengan mengutarakan segala prinsip dan dasar yang digunakan untuk membentuk sistem pendidikan di Malaysia daripada peringkat yang terendah kepada peringkat yang tertinggi iaitu peringkat institut pengajian tinggi.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan gabungan antara falsafah tradisional dan falsafah progresif ataupun dengan kata lain ia bersifat eklektisisme. Falsafah ini juga merangkumi falsafah aliran epistomologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme, perenilaisme, progresivisme and eksistensialisme. Falsafah ini juga sangat berkait rapat dengan proses pembangunan negara dalam jangka masa yang panjang dan perkembangan dunia Islam. Selain itu, matlamat dan tujuan pendidikan untuk individu dan bangsa juga telah dijelaskan dengan lebih jelas melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Kejayaan falsafah ini juga disokong oleh Falsafah Pendidikan Guru yang selama ini menjadi landasan kepada sistem pendidikan negara dalam melahirkan individu dan warganegara yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang-orang yang berada di sekitarnya. Kedua-dua falsafah ini telah digubal berdasarkan beberapa pertimbangan. Antaranya ialah Penyata Razak 1965 dan Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961 dan Rukun Negara. Setelah melalui beberapa proses penyuntingan dan pertimbangan, maka terhasillah Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang masih digunakan sehingga hari ini. Disamping itu, pendidikan merupakan proses asas dan utama dalam pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu secara keseluruhan dalam menjadi harapan utama untuk merealisasikan cita-cita negara. Antara hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Bagi mencapai matlamat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, peranan guru sangat penting dalam menggalas tanggungjawab

yang besar ini. Oleh yang demikian, Falsafah Pendidikan Guru telah digubal dalam menyokong sistem pendidikan di Malaysia. Antara matlamat Falsafah Pendidikan Guru ini ialah Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Berdasarkan konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat pendidikan menitik beratkan pembangunan semua aspek diri manusia secara seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Selain itu, falsafah ini juga menerangkan konsep mengenai nilai dan peranan ilmu dalam kehidupan seharian manusia. Ilmu juga dapat memberi fungsi mengubah manusia menjadi sesuatu yang amat tinggi nilainya berbanding yang lain. Falsafah ini juga akan dapat melahirkan rakyat yang baik budi pekertinya, memiliki tingkah laku yang sopan dan berdisiplin melalui konsep rakyat Malaysia berakhlak yang diterapkan di dalam falsafah ini. Oleh yang demikian, profesion perguruan mempunyai falsafahnya yang tersendiri untuk menghasilkan guru yang dapat merealisasikan segala konsep yang diterapkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Maka, Falsafah Pendidikan Guru telah digubal berasaskan Model Konseptual Pendidikan Guru. Antara matlamatnya ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, sosial dan amalan tingkah laku. Selain itu, guru yang dihasilkan juga mestilah menguasai ilmu, kemahiran dan mengamalkan nilai-nilai keguruan yang sepatutnya ada di dalam setiap individu yang bergelar guru. Melalui kedua-dua falsafah ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat dilaksanakan demi menampung keperluan negara bagi menjamin masa depan. Bagi mencapai hasrat negara, adalah penting bagi rakyat Malaysia diberikan pendidikan yang secukupnya yang setanding dengan ilmu pendidikan yang diberikan oleh pihak swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, perlancongan,

perkhidmatan, perhotelan dan sebagainya.

DEFINISI KONSEP

Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan matlamat pendidikan. Model ini telah menjelaskan mengenai akauntabiliti guru yang pelbagai dikelaskan di bawah tiga dimensi utama iaitu ketuhanan, kemasyarakatan, dan kendiri.

KETUHANAN

ROHANI

pengetahuan

nilai

INTELEK

ikhtisas

EMOSI

JASMANI

KENDIRI

KEMASYARAKATAN MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU

Dari

segi

dimensi

ketuhanan,

ia

menganjurkan

peningkatan

ilmu,

penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. Dari segi kata lain, ketuhanan ini bemaksud apabila seseorang insan yang bergelar guru itu percaya akan kewujudan tuhan dan patuh kepada ajaran agama, maka, akan berlaku peningkatan ilmu pengetahuan, dan penghayatan terhadap individu tersebut.

Selain itu, tahap kualiti penghayatan seseorang guru itu terhadap profession perguruan yang telah diceburi ini akan bertambah apabila guru itu faham mengenai kebergantungan sepenuhnya kepada tuhan dalam setiap apa yang kita lakukan. Secara tidak langsung, segala amalan dan perbuatan yang dilakukan oleh guru ini akan lebih terbatas sebagai seorang yang berpegang teguh kepada agama apabila guru ini dapat membezakan antara perbuatan yang boleh dilakukan dan sebaliknya seperti yang diajar di dalam agamanya. Selain itu, model pendidikan ini juga terangkum di bawah dimensi kemasyarakatan. Di bawah dimensi ini, kemasyarakatan menekankan mengenai peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan. Ini menjelaskan bahawa seseorang guru itu memainkan peranan yang sangat penting di mata masyarakat. Guru itu berperanan sebagai pendidik yang mendidik anak bangsa menjadi seorang individu yang mampu mencurahkan bakti dan memberi manfaat serta faedah kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Tambahan pula, guru juga berperanan sebagai satu agen perubahan yang dapat merubah sesuatu keadaan menjadi yang lebih baik. Sebagai contoh, apabila seorang guru itu telah dihantar untuk bertugas di sebuah sekolah. Maka, guru itu telah digalas dengan tanggungjawab untuk melakukan sebarang jenis perubahan positif ke atas sekolah tersebut. Misalnya, dengan kehadiran dan semangat yang ditonjolkan oleh guru tersebut, beliau telah berjaya meningkatkan peratus kelulusan peperiksaan pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Semangat seperti ini yang sentiasa diharapkan oleh masyarakat untuk ada di dalam diri setiap insan yang bergelar guru dalam mendidik anak bangsa. Seterusnya, dimensi kendiri juga termasuk di dalam Model Konseptual Pendidikan Guru ini juga. Dimensi kendiri ini menjurus dan menekankan kepada pembinaan daya kefahaman dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia. Melalui dimensi ini, ia menegaskan bahawa seseorang guru mestilah mempunyai daya kefahaman terhadap subjek yang diajar. Semestinya seseorang guru mestilah menguasai sepenuhnya ilmu dan segala maklumat mengenai subjek yang diajar supaya para pelajar dapat menguasai subjek itu dengan baik juga.

Selain itu, guru juga mestilah sentiasa memupuk sahsiah yang baik di dalam diri. Hal ini kerana, guru selalunya akan dijadikan idola oleh murid-murid terutama sekali bagi pelajar sekolah rendah. Secara tidak langsung, guru mestilah sentiasa menunjukkan peribadi dan perwatakan yang baik dan mulia di hadapan para pelajar supaya para pelajar mendapat contoh yang terbaik daripada guru-guru. Pada yang sama, ketiga-tiga dimensi ini tertakluk di bawah tiga aspek iaitu pengetahuan, nilai dan ikhtisas. Ketiga-tiga aspek ini disepadukan merentasi semua disiplin mata pelajaran serta program yang dirancang di sekolah. Ketiga-tiga aspek ini perlu dipenuhi oleh setiap insan yang bergelar guru kerana ia dapat menjamin tahap kualiti pelajar yang bakal dilahirkan. Jika seseorang guru dapat mengamalkan dan mempraktikkan ketiga-tiga aspek ini, maka, tidaklah menjadi kebimbangan kepada sistem pendidikan negara kita kerana ia akan dapat melahirkan generasi muda yang berkualiti dan dapat menyumbangkan jasa kepada masyarakat dan negara. Aspek yang pertama ialah pengetahuan. Di dalam aspek ini, ditekankan supaya para guru mempunyai pengetahuan yang secukupnya bagi memastikan para pelajar mendapat ilmu pengetahuan yang paling maksima. Guru-guru seharusnya mencari pelbagai inisiatif yang berkaitan untuk mencari dan menambahkan ilmu mereka seperti membuat rujukan mata pelajaran tersebut sebelum masuk ke kelas. Selain itu, guru juga perlulah sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan oleh para pelajar mengenai mata pelajaran yang sedang dipelajari. Terdapat beberapa kajian yang telah membuktikan bahawa apabila seseorang guru itu mempunyai pengetahuan dan ilmu yang secukupnya mengenai subjek yang diajar oleh mereka, tahap kualiti dan pencapaian para pelajar di dalam subjek tersebut menjadi lebih meningkat berbanding sebelumnya. Tambahan pula, aspek nilai juga termasuk di dalam tiga aspek asas di dalam Model Konseptual Pendidikan Guru yang dijadikan dasar dan panduan sistem pendidikan di negara kita. Aspek nilai ini mempunyai makna yang sangat menyeluruh untuk difahami. Terdapat pelbagai nilai positif yang boleh dipupuk dalam kalangan guru-guru bagi mempersiapkan diri dengan lengkap dalam misi memenuhi ciri nilai ini.

Antara nilai yang positif ialah mengambil berat dan prihatin terhadap pelajar, sentiasa menggunakan perkataan dan bahasa yang baik dan sopan, mengamalkan perwatakan yang baik dan berakhlak mulia, serta sentiasa berusaha menjadi guru yang kreatif, produktif dan inovatif. Disamping itu, Model Konseptual Pendidikan Guru ini juga amat menekankan aspek ikthisas. Dalam aspek ini, guru diuji dalam kemahiran menggunakan bahanbahan dan alatan yang boleh didapati di persekitaran kita untuk dijadikan sebagai alat bantu mengajar bagi para pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PNP) berlangsung. Jika seseorang guru menggunakan kemahiran ini semasa proses pembelajaran berlangsung, maka para pelajar akan menjadi lebih faham dan dapat menguasai subjek yang dipelajari itu dalam jangka masa yang cepat. Ini kerana, penggunaan alat bantu mengajar ini dapat meransang fikiran dan minda para pelajar untuk berfikir secara cepat dan bertindak segera untuk menyelesaikan masalah. Jadi, tidak mustahil potensi para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pelajaran akan menjadi lebih terserlah.

LITERATURE REVIEW Model Konseptual Pendidikan Guru telah menjelaskan mengenai kepentingan ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan, nilai dan ikhtisas bagi menjamin tahap kualiti dan kreativiti para guru yang bakal menjadi pendidik dan agen perubahan kepada generasi-generasi hebat negara kita pada masa hadapan. Ini bukan hanya kata-kata biasa kerana terdapat banyak kajian yang telah dilakukan oleh golongan yang cerdik pandai bagi membuktikan kebenaran kenyataan tersebut. Kajian-kajian ini telah dikumpulkan dan dijadikan sebagai jurnal yang boleh dijadikan sebagai bukti sahih mengenai kepentingan ketiga-tiga aspek tersebut di dalam sistem pendidikan negara kita. Aspek yang pertama ialah aspek pengetahuan. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, aspek pengetahuan ini sangat penting kerana guru yang mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup di dalam bidang yang diajar akan dapat menjamin peningkatan akademik para pelajar. Selain itu, guru juga mestilah mempunyai inisiatif yang tinggi dalam mencari bahan pelajaran yang akan digunakan melalui internet dan multimedia dan bukan sahaja diperolehi daripada buku teks. Guru juga seharusnya menjadi lebih kreatif dalam mencari idea-idea baru bagi meransang pemikran para pelajar supaya bertambah minat kepada subjek yang dipelajari. Di samping itu, guru juga seharusnya sentiasa berusaha dalam meningkatkan taraf profesional diri dengan menjalani latihan dalam perkhidmatan dan membuat penyelidikan tindakan aktiviti yang dilakukan sepanjang tempoh mengajar. Guru juga hendaklah sentiasa memupuk dan menerapkan budaya ilmu seperti suka membaca dalam diri murid-murid. Guru juga seharusnya menambah ilmu dan kemahiran yang terkini untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk mencetuskan suasana pembelajaran yang efektif. Mengikut J.M.Cooper dalam bukunya Classroom Teaching Skill, pengajaran yang efektif ialah hasil pembelajaran yang Berjaya dicapai mengikut objektif dan matlamatnya. Secara tidak langsung, pengajaran yang efektif ini dikaitkan dengan guru yang berkesan. Ini kerana, apabila seseorang guru itu tahu dan cekap dalam merancang dan melaksanakan sesuatu pelajaran, maka, pengajaran itu akan menjadi lebih berkesan dan mudah difahami oleh pelajar.

Beliau berpendapat bahawa guru yang berkesan merupakan guru yang dapat menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia. Apabila seseotang guru itu dapat menguasai kedua-dua ilmu ini, maka guru tersebut bukan sahaja akan dapat mencurahkan ilmu kepada pelajar-pelajar bahkan guru itu juga akan dapat mengetahui cara-cara untuk mendekati murid-murid dan menambahkan minat mereka terhadap pelajaran. Seterusnya merupakan aspek nilai. Aspek ini telah dibuktikan oleh Asnah Abdul Hamid daripada bahagian Pengurusan Pendidikan Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia. Nilai dalam apa jua profesion membimbing pekerja melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengikut dan berpandukan cara yang mengarah kepada pencapaian objektif seperti yang ditetapkan oleh profesion tersebut. Di negara kita, nilai dijadikan dasar penting dalam penyebaran budaya kualiti kepada perubahan hidup masyarakat. Walaupun begitu, sejak akhir-akhir ini, guru sentiasa dituduh mengetepikan atau melanggar batas yang wajar dilakukan sebagai seorang guru kepada anak murid. Mengikut David L. Goersch (1994), beliau menegaskan bahawa nilai adalah kepercayaan yang teramai di dalam individu yang menjadi asas kepada pembentukan dirinya yang sebenar. Damiri individu adalah berasaskan kepada sistem nilainya. Nilai juga mengarahkan perlakuan dan juga tingkah laku. Dalam erti kata lain, beliau mengatakan bahawa nilai merupakan elemen terpenting yang dapat mempengaruhi tingkah laku dan amalan guru tersebut. Manakala Alhabshi (1995) pula mengatakan bahawa nilai penting dalam kehidupan manusia. Oleh yang demikian, nilai diertikan sesuatu yang dihormati oleh setiap individu dan masyarakat yang berkaitan dengan sistem kepercayaan berteraskan apa yang dianggap sebagai baik dan juga tidak baik. Antara nilai yang sepatutnya wujud di dalam diri setiap guru ialah guru seharusnya mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama dan lain-lain lagi. Guru juga seharusnya sentiasa berusaha untuk mengesan dan menerima sebarang perbezaan yang berlaku pada pelajarnya. Sekiranya pelajar itu mempunyai apa-apa masalah, guru itu seharusnya membimbing mereka dan memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.

Tambahan pula, guru juga seharusnya mempunyai tingkah laku yang baik dan sentiasa bertutur dengan tutur kata yang sopan dan menjadi idola kepada pelajarnya. Guru juga seharusnya sentiasa mempunyai keterampilan yang baik dan tidak mempunyai perwatakan yang boleh menjatuhkan imejnya sebagai seorang guru. Guru juga mestilah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya agar mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna kepada bangsa dan negara. Selain itu, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Encik Kamaruzzaman Jalaludin daripada Bahagian Pendidikan Guru, seseorang guru itu juga perlu menguasai kemahiran di dalam aspek kaunseling. Kaunseling dan pengajaran saling berkait dalam menggalakkan pembelajaran di dalam bilik darjah, malah ia sangat baik untuk proses pendidikan itu sendiri. Menurut Richardson dan Mary Baron (1975), kaunseling dalam pengajaran berinteraksi antara satu sama lain di dalam proses pembelajaran untuk mendorong, memudahkan, memandu, mengarah, dan mengawal tumbesaran seseorang individu sehingga pembelajaran terus menjadi produktif. Selain pengetahuan dan nilai, aspek yang ketiga ialah ikhtisas. Dalam aspek ikhtisas ini, guru diuji kebolehannya untuk menggunakan sebarang alatan ataupun bahan untuk dijadikan alat bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Mohd Saheh bin Haji Mokhtar daripada Jabatan Kajian Sosial. Beliau mengkaji mengenai keberkesanan penggunaan media pastel minyak terhadap kemajuan dan perkembangan psikomotor dalam pembentukan kualiti simbol-simbol visual dalam kalangan kanakkanak tahap satu. Dalam kajian ini, beliau telah dapat membuktikan bahawa apabila beliau menggunakan bahan media pastel minyak, peratus murid menguasai kemahiran dalam psikomotor ini meningkat. Ini kerana, media pastel minyak ini mempunyai banyak manfaat terutamanya dalam memperkenalkan pelbagai jenis warna dan tona warna berhubung dengan subjek Pendidikan Seni. Media pastel minyak mempunyai kelebihan dalam kandungan lilin yang dapat menghasilkan tanda-tanda di permukaan dengan geseran yang paling rendah.

Selain itu, ia juga mempunyai kandungan pewarna di dalamnya adalah pekat dan ini membolehkan tanda-tanda di atas kertas dapat dibuat dengan padat serta lebih jitu. Secara tidak langsung, ia menunjukkan bahawa penggunaan alatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat menghasilkan impak yang besar dalam membantu pelajar-pelajar menguasai kemahiran dalam pelajaran mereka. Di samping itu, hasil kajian yang dikaji oleh Dearana Bte Morshidi daripada Jabatan Pendidikan, Maktab Perguruan Sarawak. Dalam kajian ini, beliau telah mengkaji mengenai keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Beliau mendapati bahawa pelajar-pelajar tahun dua tersebut sangat lemah dalam menguasai mata pelajaran Bahasa Arab. Jadi, beliau telah menggunakan alat bantu mengajar sebagai wahana untuk mengatasi masalah ini. Beliau telah menggunakan alat bantu mengajar iaitu beliau telah melukis anggota badan beserta pilihan jawapan yang ingin dipilih di dalam bahasa arab oleh para pelajar. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, beliau akan memanggil pelajar untuk memilih jawapan, seterusnya meletakkan pilihan jawapan tersebut pada anggota badan yang sebenarnya. Selepas itu, pelajar dikehendaki menyebut nama anggota badan tersebut di dalam Bahasa Arab beserta maknanya di dalam Bahasa Melayu. Hasilnya, selepas tiga minggu, para pelajar telah memberikan respon yang positif. Buktinya, apabila beliau membuat refleksi kepada murid-murid, majoriti daripada murid-murid mengatakan bahawa mereka mula meminati Bahasa Arab dan memahami mata pelajaran Bahasa Arab.

AKAUNTABILITI GURU DALAM MEREALISASIKAN TIGA DIMENSI Model Konseptual Pendidikan Guru yang dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru menekankan kepentingan tiga aspek iaitu pengetahuan, nilai dan ikhtisas. Ketiga-tiga aspek ini perlulah ada dalam diri setiap individu yang bergelar guru. Kelangsungan aspek-aspek ini dapat menjamin kualiti dan tahap kreativiti generasi-generasi muda kita yang bakal menerajui tampuk pemerintahan negara kita. Jadi, guru mestilah mencari idea dan cara bagi merealisasikan ketiga-tiga aspek tersebut untuk dipraktikkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di sekolah. Menurut Kamus Dewan (2007), akauntabiliti merupakan sifat tanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan lain-lain serta sentiasa bersedia untuk memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan. Secara tidak langsung, ia sangat berkait rapat dengan disiplin dan keperluan untuk memberi justifikasi dan menerima kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang diambil. Dalam konteks pendidikan, guru tertakluk dengan akauntabiliti keguruan. Akauntabiliti ini merupakan tanggungjawab seorang guru terhadap profesion keguruannya. Tanggungjawab ini haruslah difahami dan dilaksanakan oleh seorang guru terhadap profesionalisme keguruan tersebut. Berdasarkan dapatan yang telah dikumpul, akauntabiliti keguruan ini boleh dibahagikan kepada lima bahagian. Bahagian-bahagian tersebut ialah akauntabiliti terhadap diri sendiri, akauntabiliti terhadap pelajar, akauntabiliti terhadap ibu bapa, akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara dan yang terakhir ialah akauntabiliti terhadap profesion keguruan. Berdasarkan akauntabiliti terhadap diri sendiri, seseorang guru itu mestilah mempunyai pengetahuan yang luas dan beketerampilan dalam bidang yang diajar. Selain itu, guru juga mestilah sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan sentiasa berusaha untuk meneroka dan mencari ilmu baru untuk diajarkan kepada para pelajar. guru juga seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan dalam psikologi kanak-kanak, perbezaan individu dan pedagogi bagi memudahkan proses mengawal pelajar di dalam kelas. Tambahan pula, guru mestilah sentiasa komited terhadap tugas, bersikap positif dan melaksanakan tugas yang diberi dengan adil dan saksama.

Di samping itu, seorang guru juga mestilah mempunyai kemahiran dalam menyampaikan maklumat yang berkesan, kemahiran interpersonal, pengurusan bilik darjah, pengurusan disiplin, proses dinamika kumpulan, cara memotivasikan pelajar dan penglibatan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar proses penerimaan ilmu oleh para pelajar menjadi lebih berkesan. Guru juga seharusnya mempunyai tingkah laku yang baik, perwatakan yang mulia, bersifat patriotik dan daya tahan yang tinggi supaya dapat menjadi idola yang terbaik pada mata para pelajar. Selain itu, akauntabiliti terhadap pelajar pula menuntut guru untuk mendidik pelajarnya ke tahap yang cemerlang dalam pencapaian akademik. Guru juga perlu untuk berusaha membentuk potensi diri pelajar secara menyeluruh supaya melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Guru juga mestilah mencuba untuk membentuk sahsiah dan disiplin pelajar menjadi yang lebih baik. Guru juga sangat bertanggungjawab ke atas prestasi para pelajarnya dari semua aspek. Oleh yang demikian, guru seharusnya mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif, selamat, dan suasana sosioemosi yang sesuai dengan para pelajar. Penggunaan alat bantu mengajar yang bersesuaian dan menarik unuk para pelajar juga menjadi tanggungjawab seorang guru ke atas pelajarnya. Seterusnya, merupakan akauntabiliti terhadap ibu bapa pelajar. Hubungan yang erat antara pelajar, ibu bapa, dan guru akan dapat mewujudkan permuafakatan yang amat membantu dalam memantau perkembangan dan kemajuan pelajar. Secara tidak langsung, hubungan yang erat ini dapat memupuk kerjasama antara kedua-dua pihak dalam mencorak peribadi dan sahsiah pelajar. Kerjasama ini bertanggungjawab dalam memastikan pelajar-pelajar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara. Tambahan pula, akauntabiliti tehadap masyarakat dan negara juga sangat penting bagi seorang guru. Dalam aspek ini, guru amat bertanggungjawab dalam memenuhi hasrat negara seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsan iaitu mengembangkan potensi diri secara holistik. Guru juga mestilah sentiasa peka terhadap persekitaran komuniti dan mengelakkan diri daripada dipengaruhi dengan unsur-unsur negatif dan sentiasa bersikap positif.

Selain itu, guru juga mestilah sentiasa mengamalkan budaya membaca dalam kalangan murid-murid dan juga menguasai kemahirankemahiran dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Sebagai agen perubahan dalam kalangan masyarakat, guru mestilah memupuk sikap dan nilai yang positif dalam diri pelajar. guru juga mestilah menghormati ahli masyarakat setempat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat dan berusaha mewujudkan suasana harmoni antara sekolah dan masyarakat. Akauntabiliti yang terakhir ialah akauntabiliti terhadap profesion keguruan. Akauntabiliti ini sangat menekankan guru supaya sentiasa menjalin hubungan baik antara rakan sejawat, bersedia membantu rakan sejawat yang baru dalam profesionnya dan bekerjasama dengan rakan sejawat demi menjaga imej profesion. Selain itu, guru juga hendaklah sentiasa menghormati profesionnya dan sentiasa berusaha melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Bagi meningkatkan profesionalisme diri, guru juga boleh menghadiri kursus, diskusi intelektual, penyelidikan tindakan dan lain-lain lagi. Di samping itu, guru juga mestilah berusaha meningkatkan kualiti pengajaran bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan supaya lebih berkesan. Guru juga mestilah menggunakan behan-bahan yang disediakan di Pusat Kegiatan Guru, pusat sumber serta mengadakan perkongsian pintar dengan guruguru cemerlang bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran.

IMPLIKASI TERHADAP KERJAYA GURU

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru merupakan panduan dan arah tuju dalam sistem pendidikan negara kita. Terdapat pelbagai matlamat yang terkandung di dalam kedua-dua falsafah ini yang dapat memberi implikasi dan impak yang besar kepada sistem pendidikan negara kita. Oleh yang demikian, amatlah penting bagi seseorang yang bergelar guru untuk meneliti dan menghayati kandungannya serta memahami secara mendalam hasrat dan cita-cita yang terkandung di dalamnya. Antara implikasinya ialah guru itu akan lebih cemerlang dalam aspek akhlak dan akademik. Selain itu, ia akan menjadi seorang yang lebih peka kepada aspirasi bangsa, masyarakat dan negara dan mempunyai menjadi seorang guru yang serba boleh. Selain itu, guru itu akan mempunyai paras tenaga yang tinggi dan mempunyai stamina untuk bekerja keras dan tidak mudah putus asa untuk mengejar impian dan cita-cita. Guru juga akan mempunyai unsur kecindaan dan kemesraan serta mempunyai penampilan diri yang menarik. Tambahan pula, guru juga akan menjadi seorang yang lebih tanggungjawab dan sentiasa berusaha untuk menyempurnakan tugasnya dengan lebih sempurna. Guru juga akan mempunyai tenaga fizikal dan mental yang tinggi dan mencukupi serta berkeupayaan untuk terus belajar seiring dengan pertambahan tugas yang telah diberi serta mempunyai daya kepimpinan supaya boleh berpengaruh ke atas orang lain. Sebagai seorang pendidik juga, kedua-dua falsafah ini memberi impak kepada guru. Guru akan dapat melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, serta pengetahuan ikhtisas keguruan. Selain itu, guru juga dapat mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya dalam mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Tambahan pula, seorang guru itu juga dapat menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan murid selaras dengan tuntutan falsafah tersebut. Guru juga terkesan apabila ia dapat menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan yang bergelar guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. Guru juga lebih menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk meransang perkembangan murid.

RUMUSAN

Berdasarkan

maklumat-maklumat

mengenai

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru yang telah dibincangkan sebentar tadi, dapatlah disimpulkan bahawa kedua-dua falsafah ini merupakan dasar yang sangat penting dalam merealisasikan hasrat dan aprisasi pendidikan negara. Seperti yang dibincangkan sebentar tadi, seorang guru mestilah memenuhi ciri-ciri tersebut dan dilatih untuk menjadi seperti yang dikehendaki oleh sIstem pendidikan negara kita. Melalui cabaran era globalisasi yang kian melanda negara kita pada masa kini, negara kita sangat memerlukan golongan pendidik dan guru-guru yang sanggup melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, nilai dan kemahiran yang jitu bagi menghadapi cabaran-cabaran baru pada masa akan datang. Selain itu, guru juga mestilah memiliki keterampilan diri sebagai pendidik yang sempurna dan memiliki ilmu pengetahuan yang maksima sama ada ilmu moden ataupun tradisional, mempunyai kefahaman mengenai dasar dan hasrat negara dengan jelas dan teliti, mempunyai sahsiah yang murni dan tinggi, sentiasa beretika cemerlang, dan mempunyai pelbagai kemahiran dalam pengajaran dan

pembelajaran serta kaedah pendidikan yang moden. Tambahan pula, pada masa kini, telah diselaraskan dengan zaman ledakan ilmu teknologi maklumat, zaman sains dan teknologi, zaman komputer, zaman langit terbuka dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, guru pada zaman sekarang mestilah bergerak dengan pantas dan bergerak saing sepantas dengan perubahan kemodenan dunia pada hari ini. Sejajar dengan itu, pemahaman yang jelas terhadap profesion keguruan ini sangat penting bagi seorang guru bagi memastikan kecemerlangan sistem pendidikan negara kita berada pada tahap yang

membanggakan di mata dunia.

Bibliography
jalaludin, k. (1992). peranan pendidikan guru bagi memenuhi matlamat wawasan 2020. kaunseling merentas kurikulum , 45-56. miskon, s. i. (2011). pengantar pendidikan . selangor: penerbitan multimedia sdn. bhd. morshidi, d. b. (1999). jurnal penyelidikan pendidikan mps. respons murid-murid tahun dua sekolah rendah terhadap mata pelajaran bahasa arab , 107-111.

REFLEKSI Selepas saya menerima tugasan kerja kursus ini, saya berasa sangat keliru kerana saya tidak memahami kehendak soalan tersebut. Namun begitu selepas berbincang bersama rakan-rakan saya, alhamdulillah, saya telah berjaya

menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kemudiannya, saya telah pergi ke pusat sumber untuk mencari jurnal-jurnal yang berkaitan dengan tugasan ini. Saya juga telah mencari buku-buku yang berkaitan dengan tajuk ini untuk dijadikan rujukan bagi menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga telah berjumpa dengan rakan-rakan untuk bertanya mengenai maklumat yang sepatutnya ada di dalam tugsan ini. Saya juga telah melayari internet untuk menambahkan maklumat mengenai tugasan ini. Di sana, saya telah terjumpa banyak laman web yang menerangkan mengenai tugasan yang bakal saya tulis nanti. Selepas mendapat beberapa maklumat tersebut, saya mula membuat tugasan ini sehingga ke akhirnya. Berdasarkan kerja kursus pengantar pendidikan ini, saya telah mendapati bahawa guru-guru di Malaysia ini mestilah menghayati Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Guru dan Model Konseptual Pendidikan Guru kerana ia amat penting dalam usaha untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita sistem pendidikan negara kita. Guru-guru juga mestilah berusaha untuk menyiapkan diri dengan ciri-ciri yang terkandung di dalam ketiga-tiga falsafah ini. Terutamanya sekali tiga aspek di dalam Model Konseptual Pendidikan Guru iaitu pengetahuan, ikhtisas dan nilai. Ketiga-tiga aspek ini dapat menjamin tahap kualiti dan kecemerlangan para pelajar dalam bidang pelajaran jika guru-guru dapat melaksanakan semua ciri tersebut denga jayanya. Saya juga telah dapat mengetahui pelbagai akauntabiliti yang harus dilakukan sebagai seorang guru dalam menjalankan tugasnya. Pada akhir proses menyiapkan tugasan ini pula, saya telah mendapati bahawa terdapat banyak impak yang berlaku apabila seorang guru itu berjaya mengamalkan ketigatiga aspek tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.