Anda di halaman 1dari 4

SINOPSIS DI SEBALIK WAJAH BAB 1 Cikgu Saiful resah di ruang menunggu Hospital Ratu Elizabeth.

Isterinya, Halipah bakal melahirkan anak mereka. Dalam resah menunggu, Cikgu Saiful disapa oleh Doktor Fikri. Mereka solat Isyak bersama-sama. Malam itu, Halipah melahirkan anak lelaki. Cikgu saiful pada mulanya berasa kecewa dan tidak dapat menerima bahawa anaknya cacat-balar (albino). Dr. Vasuthevan meminta supaya Cikgu Saiful bertenang dan menerima ketentuan Allah. Halipah juga berasa sedih dan asyik menangis. Selepas dipujuk oleh suaminya dan menyusukan anaknya, Halipah berasa sayang kepada anaknya. Anaknya dinamakan Doktor Fikri sempena nama doktor yang ditemui oleh Cikgu Saiful.

BAB 2 Doktor Fikri meningkat remaja dan bersekolah di SMK Menggatal. Muridmurid di kelas itu selalu mentertawakan dan mengejek Doktor Fikri kerana dia albino. Pada waktu rehat, Doktor Fikri akan duduk bersendirian kerana tiada kawan. Narius, Jai dan Jamadi mula membuli Doktor Fikri.

BAB 3 Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz adalah rakan baik Doktor Fikri. Pada suatu hari, mereka pergi ke rumah Doktor Fikri dengan menunggang basikal. Mereka kagum melihat bilik bacaan Doktor Fikri yang dipenuhi buku. Mereka juga kagum melihat kebun sayur Doktor Fikri. Sayur-sayurannya hidup subur. Selain berkebun, Doktor Fikri juga memelihara ayam. Kawan-kawan Doktor Fikri berjanji mahu mengikutnya ke Pasar Tamu Menggatal untuk menjual sayur-sayuran. Doktor Fikri juga teringin mahu memiliki sebuah basikal apabila melihat rakan-rakannya pulang menunggang basikal.

BAB 4 Doktor Fikri menunggang basikal baru ke sekolah. Oleh sebab terlewat sampai, pintu pagar sekolah telah berkunci. Cikgu Wahab membukakan pintu pagar itu. Doktor Fikri meminta maaf kepada Cikgu Wahab atas kelewatannya. Guru kelas Doktor Fikri, Cikgu Asnawi juga berpesan agar Doktor Fikri menjaga nama baik kelas itu. Pada hari itu juga Doktor Fikri mendapat rumah sukannya, Rumah Tun Ismail.

BAB 5 Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz ke rumah Doktor Fikri pagipagi lagi. Ibu Doktor Fikri memberikan mereka sarapan. Selepas menyusun sayur-sayuran, mereka pun bergerak ke Pasar Tamu Menggatal dengan

menunggang basikal. Baru sahaja mereka memulakan perniagaan, hujan lebat pun turun.

BAB 6 Doktor Fikri telah ditahan oleh Narius, Jais dan Jamadi ketika dia mahu pulang dari latihan sukan. Narius meminta wang perlindungan RM10 daripada Doktor Fikri. Mereka sangat marah apabila gagal memperoleh wang seperti yang dikehendaki oleh mereka.

BAB 7 Doktor Fikri mengadu kepada guru disiplin kerana diugut oleh Narius. Dalam satu perhimpunan pada tengah hari, pengetua SMK Mengatal, Puan Hamidah telah merotan Narius, Jais dan Jamadi kerana memeras ugut Doktor Fikri. Mereka bertiga semakin mendendami Doktor Fikri kerana hukuman rotan yang telah diterima oleh mereka di khalayak ramai.

BAB 8 Pemeriksaan mengejut diadakan kerana terdapat aduan daripada beberapa orang pelajar bahawa mereka kehilangan buku-buku perpustakaan, dompet dan pen yang mahal. Barang-barang itu telah dijumpai dalam beg Doktor Fikri. Doktor Fikri dibawa ke bilik kaunseling untuk disoal siasat. Apabila Doktor Fikri hanya mendiamkan diri, Cikgu Wahab mengambil keputusan untuk mengirim surat kepada ayah Doktor Fikri. Sejak itu, Doktor Fikri digelar Doktor panjang tangan. Kawan-kawan Doktor Fikri juga menjauhkan diri daripadanya kecuali Josy yang banyak memberi semangat kepadanya.

BAB 9 Acara sukan tahunan sekolah akan diadakan pada hari esok. Semua rumah sukan sibuk membuat persiapan terakhir seperti menghias rumah dan berlatih perbarisan.

BAB 10 Pada hari sukan Doktor Fikri menyertai acara larian 1500 meter. Josy memberikan sokongan kepadanya. Sebelum menamatkan larian, Doktor Fikri jatuh beberapa langkah sebelum tiba di garisan penamat. Josy dan ahli-ahli PBSM memberikan bantuan. Ibu bapanya memohon untuk membawa Doktor Fikri pulang. Doktor Fikri mendapati basikalnya hilang.

BAB 11 Kehilangan basikal Doktor Fikri menjadi bualan rakan-rakannya. Mereka suka akan kejadian tersebut. Bagi mereka itulah balasan perbuatan Doktor Fikri yang mencuri.

BAB 12 Cikgu Wahab membawa Doktor Fikri ke bilik kaunseling. Doktor Fikri rasa gementar. Cikgu Wahab memberitahu bahawa basikal Doktor Fikri telah ditemukan dan kini berada di Balai Polis Menggatal. Basikal itu telah dicuri oleh Narius, Jais dan Jamadi. Seorang pengakap ternampak mereka memotong kunci basikal Doktor Fikri dengan pemotong besi semasa hari sukan berlangsung. Mereka jugalah yang telah memasukkan buku-buku perpustakaan ke dalam beg Doktor Fikri.

BAB 13 Doktor Fikri memberitahu kepada ibu bapanya bahawa basikalnya telah dijumpai. Doktor Fikri dan bapanya pergi ke balai polis untuk menuntut basikal tersebut. Ketika di balai polis, Doktor Fikri ternampak Narius telah ditahan di dalam lokap. Bapa Narius tidak mampu menjaminnya kerana kesusahan hidup. Manakala Jais dan Jamadi telah dijamin oleh bapa masing-masing. Doktor Fikri meminta bapanya membantu untuk menjamin Narius. Walaupun pada mulanya bapa Doktor Fikri agak keberatan, namun akhirnya bersetuju untuk menjamin Narius dan berharap Narius akan berubah.

BAB 14 Persahabatan antara Doktor Fikri, Narius, Jais dan Jamadi menimbulkan perbincangan dalam kalangan rakan sekelasnya. Suriani dan Dayang Mahani bertekad mahu menyelamatkan Doktor Fikri, Narius, Jais dan Jamadi daripada terus terjebak dalam kejahatan.

BAB 15 Ketidakhadiran Doktor Fikri ke sekolah selama dua hari menimbulkan tanda tanya dan perbualan dalam kalangan rakan sekelasnya. Narius, Jais dan Jamadi masuk ke Kelas Dua Mawar. Mereka meminta maaf dan menceritakan segala perbuatan buruk mereka menganiaya Doktor Fikri. Kemudian, Narius menyerahkan surat yang ditulis oleh Doktor Fikri. Surat itu menjelaskan bahawa Doktor Fikri telah berhijrah ke Jepun mengikut ayahnya yang bertugas disana.

BAB 16 Doktor Fikri dan ibu bapanya bercuti dan kembali ke tanah air setelah setahun berada di Osaka. Rakan-rakan Doktor Fikri turut menantinya di lapangan terbang. Rakanrakan Doktor Fikri kagum apabila mengetahui Doktor Fikri berjaya memenangi pertandingan mencipta kereta mainan kawalan jauh. Doktor Fikri turut menghadiahi rakan-rakannya sebuah jam penggera.

BAB 17 Doktor Fikri bercadang mahu mendaki Gunung Kinabalu sebagai mengisi masa dua bulan percutiannya. Ibu dan ayahnya turut bersetuju.

BAB 18 Doktor Fikri dan ibu bapanya menuju ke Taman Negara Kinabalu. Mereka tinggal di sebuah chalet yang telah ditempah oleh ayahnya.

BAB 19 Doktor Fikri kagum melihat panorama di sekitar Gunung Kinabalu. Mereka mula mendaki gunung itu dengan bantuan jurupandu. Mereka akhirnya sampai di Panabalan iaitu sebuah rumah rehat sebelum meneruskan pendakian pada dinihari esoknya.

DUA PULUH Doktor Fikri terpisah dari ibu bapanya semasa pendakian. Dia keseorangan. Tiba-tiba muncul seekor naga yang menggerunkan. Naga itu cuba menelan Doktor Fikri, tetapi Doktor Fikri terlebih dahulu jatuh ke dalam gaung.

DUA PULUH SATU Doktor Fikri terjatuh dari katilnya. Penghuni di Panabalan gempar. Rupa-rupanya Doktor Fikri bermimpi.