Anda di halaman 1dari 5

Guru Pembina Negara Bangsa

OLEH SYARIFAH ZUNAIRAH SYED ANUAR (Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Bidong Setiu Terengganu). Sasterawan Negara Allahyarham Datuk Usman Awang dalam sajaknya yang terkenal Guru Oh Guru, menyatakan jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa, jika hari ini seorang raja menaiki takhta, jika hari ini seorang peguam menang bicara, sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Sajak ini membuktikan bahawa betapa besar dan pentingnya peranan guru kepada agama, bangsa dan negara. Tugas dan peranan guru tidaklah terhad di dalam bilik darjah sematamata malahan lebih luas daripada itu. Guru merupakan arkitek bangsa dan agen utama perubahan masyarakat. Tugas guru yang maha berat adalah bagi melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segenap aspek. Guru perlu menerapkan segala ilmu, kemahiran serta nilai-nilai murni ke dalam jiwa para pelajar. Guru juga perlu membimbing anak-anak didiknya agar menjadi modal insan kelas pertama yang mampu hidup sejahtera dan dapat pula menumbangkan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara. Maju atau mundurnya sesuatu bangsa dan sesebuah negara amat bergantung kepada sumbangan dan peranan guru. Peribahasa ada menyatakan kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Guru menjadi suri teladan yang utama kepada anak-anak didiknya. Generasi pelajar hari ini yang akan menjadi pemimpin pada masa depan akan dicorakkan oleh guru. Kesimpulannya adalah tepat sekiranya dikatakan guru ialah pembina negara bangsa. (198 patah perkataan)

Guru sebagai arkitek bangsa Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Sajak ini selalu kita dengar terutama ketika menyambut Hari Guru saban tahun. Nukilan Sasterawan Negara Allahyarham Datuk Usman Awang dalam sajaknya yang terkenal Guru Oh Guru,

Sajak ini membuktikan bahawa betapa besar dan pentingnya peranan guru kepada agama, bangsa dan tanah air. Guru merupakan arkitek bangsa dan agen utama perubahan masyarakat. Tugas guru amat berat. Di bahu guru diletak harapan dan amanah ibu bapa untuk mendidik anak mereka menjadi insan yang berjaya. Tugas guru bukannya mudah.Bukannya hanya setakat mengajar di dalam kelas tetapi juga mendidik pelajar menjadi insan yang berilmu dan berketrampilan untuk menghadapi dunia yang semakin mencabar. Sebagai arkitek bangsa, seorang guru perlu mendalami dan mahir dalam ilmu yang ingin disampaikan kerana mereka akan menjadi role model untuk anak murid yang dididik. Guru perlu menampilkan watak yang terpuji, menjaga imej dan berbudi pekerti.

itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yang unggul." Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah.

Profesion guru dan pendidik terutamanya dalam zaman-zaman mencabar ini bukanlah semudah yang disangka - kerjanya separuh hari dan cutinya panjang. Sebagai arkitek sosial, guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu. Gurulah insan yang dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh negara. Justeru kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan sesebuah negara.

Lebih daripada itu, guru juga perlu menjadi model utama kepada anak didiknya. Oleh itu mereka perlu berjiwa besar. Bukan sembarangan orang layak menjadi guru. Hanya mereka yang luhur jiwa dan kental semangatnya yang sanggup mencurahkan bakti untuk menjadi guru. Kecintaan terhadap profesion ini juga seharusnya bukan sekadar secara luarannya sahaja, sebaliknya sifat keguruan itu perlu mendarah daging.

Selain itu, guru sering dikaitkan sebagai agen perubahan dalam agenda sosial, politik dan ekonomi. Perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh kerajaan selalunya disalurkan

melalui falsafah dan matlamat ( juga merupakan input ) yang perlu diterjemahkan oleh guru sekolah dalam aktiviti kurikulum dan ko kurikulum.

Falsafah Pendidikan Negara (PPN) pula memberikan matlamat yang jelas mengenai jenis manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem kita. Pendekatan melahirkan insan harmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya faktor perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. Bagi memberi tindak balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus mampu mendepani cabaran zaman. Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia tidak boleh terpencil dari arus pendidikan dunia. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luar lingkungan jangan sampai menjadikan kita kehilangan jatidiri.

Alaf baru ditandai dengan kebangkitan revolusi maklumat dan multimedia yang amat besar pengaruhnya terhadap penyebaran sistem maklumat yang bukan saja memberi kesan terhadap pembinaan minda generasi muda tapi mencorakkan gaya hidup yang amat unik di kalangan mereka. Oleh itu, pendidikan tidak hanya dibatasi dengan meletakkan pendidik sebagai fasilitator semata-mata. Konsep fasilitator dalam konteks budaya bestari mestilah mampu menghubungkan kemajuan teknologi sebagai alat dan kandungan maklumat mesti mampu membangunkan sahsiah. Justeru itu aspek keinsanan seperti hubungan guru dengan murid mestilah dalam konteks pendidik sebagai model contoh yang memberikan imej teladan.

Oleh yang demikian, bagi memastikan jatidiri guru terus utuh, seseorang guru haruslah mematuhi Etika Profesion Keguruan. Etika ini merupakan panduan tingkah laku yang menjadi pegangan guru berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia. Melalui etika inilah masyarakat boleh menganilisis, menilai serta menentukan sama ada tingkah laku guru telah mengikut peraturan yang ditetapkan atau sebaliknya. Melalui etika ini juga dapat membantu guru menangani cabaran dalam dunia pendidikan yang begitu mencabar dewasa ini.

Guru berperanan mengembangkan potensi murid-murid dari segi intelek, jasmani, rohani dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh untuk membina sifat-sifat yang boleh membawa ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Gu

Benar cikgu Amanah yang diberi perlu dipikul sebaiknya. Tugas dan peranan guru untuk memperkembangkan potensi murid dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, dan sosial perlu dilakukan sebaik mungkin. Sebagai arkitek bangsa, guru perlu berkemampuan menangani permasalahan dengan cara yang terbaik. Segala cabaran dalam dunia pendidikan yang penuh mencabar dewasa ini harus ditangani dengan baik dan penuh keikhlasan .Di alaf kebangkitan revolusi maklumat dan multimedia yang amat besar pengaruhnya terhadap penyebaran sistem maklumat yang bukan saja memberi kesan terhadap pembinaan minda generasi muda tapi mencorakkan gaya hidup yang amat unik di kalangan mereka. Oleh itu, guru perlu bertindak sebagai fasilitator yang terbaik. &&&&&&&&

Gugu penjana modal insane gemilang

Cikgu Siti Saya setuju dengan pandangan cikguPeranan guru sebagai arkitek bangsa. sangat penting untuk menentukan jatuh bangunnya sesuatu bangsa. Ya pendidikan adalah pelaburan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Pencapaian yang dijana melalui sisitem pendidikan akan menentukan halatuju negara kita pada masa hadapan.Di sinilah peranan guru sebagai arkitek bangsa untuk melahirkan modal insan yang mantap dan dapat membantu memajukan diri dan negara setanding dengan negara-negara maju yang lain. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerajaan memberi penekanan dalam pembangunan modal insan. Di sini guru memainkan peranan dengan memberi fokus dalam usaha membina serta membangunkan modal insan yang bersifat holistik,lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran serta mempunyai nilai moral dan etika yang teguh. Rakyat terpelajar adalah kunci kepada pembentukan negara maju pada tahun 2020 nanti. Lihatlah betapa besar tanggungjawab seorang guru Memang betul apa yang cikgu katakan seorang arkitek bangsa perlu memahami dan mendalami ilmu pengetahuan supaya tidaklah nanti kita mangajar sambil lewa sahaja. Dalam ledakan teknologi telekomunikasi hari ini guru perlulah lebih bersedia dan bijak dalam penggunaan teknologi maklumat seperti perisisan, e-mel, laman sembang dan laman web terutama dalam persediaan pembelajaran yang bersifat interaktif. Gaya hidup serba canggih hari ini memaksa guru untuk lebih maju ke hadapan Sebagai arkitek bangsa, guru perlu sentiasa prihatin dan sentiasa memajukan diri demi memberi didikan

yang terbaik untuk anak didik agar mereka mempunyai mentaliti yang kuat dalam menempuh cabaran masa hadapan. &&&&&&&&&&&&

(ini pendapat cikgu lain) Guru arkitek bangsa sebenarnya mempunyai maksud yang mendalam , di mana peranan guru sangat penting kerana tanggungjawab untuk membentuk sesuatu bangsa menjadi maju seiring dengan kepantasan teknologi pada era kini agak tercabar hebatnya.. Namun demikian semua guru haruslah menerima cabaran yang terbentang luas untuk diwarnai dengan corak-corak pembuka minda seseorang pelajar yang ingin dibentuknya. Tugas seseorang arkitek sebenarnya sebagai perangcang untuk membentuk sesuatu projek dan mempunyai susunan langkah yang srategik, samada berjaya atau tidak bergantung pada usaha dan kesabaran seseorang guru itu. Gurulah yang ditugaskan merangcang dan mendidik bagi menginsankan seseorang manusia itu. Kejujuran di dalam mengharungi liku-liku seorang arkitek bangsa memang perlu dipikul dengan bersungguh-sungguh agar perangcangan terhasil dengan sempurna.Kesan tersebut dapatlah dibentuk setiap insan yang diasuh menjadi berjaya dalam segala lapangan yang diceburinya nanti. Attachment : Saya begitu tertarik dengan ayat ini Tugas seseorang arkitek sebenarnya sebagai perancang untuk membentuk sesuatu projek dan mempunyai susunan langkah yang srategik, samada berjaya atau tidak bergantung pada usaha dan kesabaran seseorang guru itu. Di sini saya boleh katakan gurulah yang akan membentuk kemenjadian seseorang pelajar itu. Inilah yang dikatakan guru itu sebagai role model. Ilmu pengetahuan yang diajar, diiring kata kata hikmat, semangat, dorongan, galakan dan motivasi yang tinggi akan menjadikan mereka insan yang kuat, berkeyakinan dan sentiasa bermotivasi untuk mencemerlangkan diri dalam alam pekerjaan nanti.