Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-29 SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TAWAR SESI

2012 1. (KETIBAAN TUAN PEGAWAI PEMBANGUNAN KEDA DAERAH BALING ) Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik MOHD HAFIZ BIN AHMAD , Pegawai Pembangunan KEDA Daerah Baling masuk ke dalam Dewan .

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh , Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Yang Berbahagia, Encik Mohd Hafiz Bin Ahmad , Pegawai Pembangunan KEDA Daerah Baling Yang Dihormati, Puan Zauyah Bt. Zakaria , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar Yang Berusaha , Encik MARZUKI BIN MUSTAFA. , Tuan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar Barisan Guru-guru Penolong Kanan , ahli-ahli jawatankuasa PIBG , warga pendidik yang dedikasi , staf-staf sekolah, ibu-ibu , bapa-bapa seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Sirih berlipat bersama pinang, Pinang berasal Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurnia-Nya yang amat banyak, dapat kita berkumpul dan berkenal mesra dalam majlis yang penuh permuafakatan iaitu Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar bagi edisi yang ke-29 Sebelum tari kata diatur lebih lanjut lagi , pihak Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Encik Mohd Hafiz Bin Ahmad di atas kesudian melapangkan masa untuk bersama-sama menjayakan majlis ini. Dengan berkat kehadiran Yang Berusaha Encik Mohd Hafiz akan menjadikan majlis ini menjadi lebih bermakna lagi. Ucapan Terima kasih juga dikalungkan kepada para ibubapa dan waris yang sudi meluangkan masa seketika bertandang ke teratak ilmuan ini bagi mencapai satu kata sepakat dan berkongsi pendapat dalam merencana agenda kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak yang berguru di sini . Kehadirin tuan puan sekalian menandakan tuan puan begitu positif dan saling memberi kerjasam dalam program anjuran sekolah ini. Syabas dan tahniah diucapkan .

Tetak buluh panjangnya tujuh, Buat menjolok sarang penyengat; Menadah tangan jari sepuluh, Doa dipohon supaya berkat.

Bagi memakmurkan lagi majlis kita pada petang yang gemilang ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Ustaz Zulhazmi Bin Kamarudin naik ke atas pentas untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya , dipersilakan.

(BACAAN DOA DAN APABILA SELESAI)

Alhamdulillah. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Zulhazmi Kamarudin di atas bacaan doa itu tadi.Semoga perhimpunan ini mendapat barakah daripada Allah SWT dan berjalan dalam suasana penuh harmonis .

2. (UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI) Dayung sampan dulu-duluan, Singgah berlabuh di Tanjung Jati; Ucapan sebagai alu-aluan, Mari tuan sama-sama amati.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Encik Marzuki Bin Mustafa selaku YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Ulu Tawar untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

(UCAPAN PENGERUSI DAN APABILA SELESAI) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Marzuki Mustafa di atas ucapan itu tadi. 3. (UCAPAN TNC)

Hadirin dan hadirat sekalian, Marilah kita bergerak pula ke aturcara yang seterusnya .Sesungguhnya ,Tidak lengkap rasanya majlis ini sekiranya kita tidak mendengar ucapan daripada pentadbir Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar . Oleh yang demikian , bagi menyempurnakan aturcara seterusnya , marilah kita bersama-sama mendengar pula ucapan dan kata-kata aluan daripada Puan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar , Puan Zauyah Bt. Zakaria . Dengan segala hormatnya dipersilakan .

(UCAPAN GURU BESAR ) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dikasihi Puan Zauyah Zakaria di atas ucapan itu

4. (UCAPAN PERASMIAN OLEH PEGAWAI PEMBANGUNAN KEDA )

Para hadirin yang dirahmati sekalian, Dari Melaka pergi ke Serdang, Singgah sebentar di Bukit Serindit; Tuan umpama bintang gemilang, Titipkan amanat barang sedikit.

Kini tibalah kita ke puncak acara yang dinanti-nantikan iaitu mendengar ucapan bervisi dan ucapan perasmian daripada tetamu terhormat jemputan kita . Majlis dengan penuh rasa rendah hati mempersilakan Yang Berusaha , Encik Mohd Hafiz Bin Ahmad untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan seminar ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(UCAPAN TETAMU JEMPUTAN KHAS) 5. (PENYAMPAIAN CENDERAMATA)

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang BERUSAHA ENCIK MOHD HAFIZ BIN AHMAD kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar edisi yang ke-29 ini. Air laut tenang-tenangan, Tanam selasih tepi perigi; Cenderamata tanda kenangan, Terima kasih sekalung budi.

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Yang dihormati, Puan Zauyah Zakaria untuk mengiringi Yang Dipertua PIBG Encik Marzuki Mustafa naik ke atas pentas untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berusaha Encik Mohd Hafiz Bin Ahmad. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (Penyampaian cenderamata dan apabila selesai)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG dan Puan Guru Besar kerana sudi menyampaikan cenderamata kepada tetamu kehormat itu tadi. (Penyampaian cenderamata) Dengan berakhirnya penyampian cenderahati dan hadiah itu tadi , maka agenda pertama majlis kita pada petang ini berakhir sudah . Bagi pihak seluruh anggota jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar, majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Encik Mohd Hafiz Bin Ahmad atas kesudian untuk bersama-sama kita pada petang ini. Dengan itu , pihak majlis ingin menjemput Yang Berusaha Encik Mohd Hafiz Ahmad ke bilik guru untuk menikmati sedikit jamuan kecil yang telah disediakan. Dengan segala hormatnya , dipersilakan .

Hadirin dan hadirat sekalian , Majlis kita akan berhenti untuk seketika dan akan disambung semula pada jam . Untuk kita teruskan pula agenda utama majlis petang ini iaitu Mesyuarat Agung PIBG SK Ulu Tawar kali ke-29. Untuk membasahkan tekak dan mengalas perut , pihak majlis ingin menjemput hadirin hadirat sekalian untuk menikmati sedikit jamuan ringan yang disediakan oleh pihak jawatankuasa mesyuarat ini .Dengan segala hormatnya dipersilakan .

Pengumuman tambahan : .. .. 6. (PENUTUP) Para hadirin sekalian. Ibarat berjalan dah sampai di halaman, Ibarat berenang dah sampai di tebing, Ibarat terbang dah hinggap di dahan, Ibarat mendaki dah sampai di puncak.

Terima kasih kepada hadirin dan hadirat yang sudi melapangkan masa untuk bersamasama menjayakan majlis ini.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan padu dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar kali ke-29 ini.

Akhir kata, Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti; Yang baik itu ketentuan Allah, Yang cela itu kelemahan diri.